Followers

Monday, July 26, 2010

Mesej kepada Empress Dowager

Saya tertarik membaca posting terbaru Dr. Maza dalam blognya. Baca sini.

Di akhir-akhir penguasan Manchu yang mana Pu Yi menjadi Maharaja terakhir China, personaliti yang berpengaruh dalam menaik dan menjadikan Maharaja merupakan Empress Dowager. Dinasti Qing terus hancur dalam Revolusi 1911. Sebelum itu, bibit-bibit kehancuran maharaja Manchu ini bermula apabila Empress Dowager yang sebenarnya mengatur dan mentadbir negeri China.

Kita juga ada Imelda Marcos yang membawa kejatuhan suaminya, Presiden Marcos. Mungkin sebagai orang Melayu, Dr. Maza sedang berkias. Saya juga sebenarnya sedang berkias. Walaupun beberapa blogger pro kerajaan cuma meneutralkan kemeluatan rakyat, kena ada yang berani menegur bahawa 'Maharaja sedang berarak(parade) dalam keadaan telanjang'. Sebelum terlambat seperti zaman Tun Dol.

Saya masih lagi penyokong kerajaan. Untuk makluman.

No comments: