Followers

Friday, January 14, 2011

Debat Khairy-Anwar - sudah bertemu buku dengan ruas.

Anwar mengajak Najib berdebat. Debat ini berkaitan ekonomi. Sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor yang dibayar RM1, kita boleh bayangkan nilai debatnya nanti. Anwar bukan seorang ahli ekonomi yang ampuh. Beliau hanya mampu memukau orang ramai dengan retorik sahaja. Hakikatnya beliau sangat dangkal.

Semasa beliau menjadi Menteri Kewangan di zaman Mahathir, Anwar banyak membuat angkara dan menikam Mahathir dari belakang. Sebenarnya, krisis kewangan yang melanda Asia pada tahun 1997 tidak ada kena mengena dengan soal kroni, bail out dan nepotisme. Ianya serangan matawang oleh rogue trader dengan bantuan electronic herd yang dapat memindahkan duit pelabur dengan pantas.

Buktinya, seperti posting saya yang terdahulu, IMF memuji Malaysia sebagai negara yang bijak menguruskan ekonomi dua minggu sebelum krisi melanda pada bulan Julai 1997. Dalam sekelip mata, Malaysia telah dilabel sebagai pengamal rasuah, tidak transparent, kronisme, nepotisme, tidak mengamalkan pasaran bebas kerana bail out sana, bail out sini dan sebagainya.

IMF cuba menguasai ekonomi Malaysia, seperti Dajal menawarkan bantuan kewangan. Jika ini berlaku, maka IMF akan mencorakkan ekonomi Malaysia mengikut kehendak mereka. Maka tergadailah sovereignty ekonomi Malaysia. Terhapuslah dasar affirmative dan hak istimewa orang Melayu. Ini yang membuatkan Tun dr. Mahathir enggan tunduk dan mencari formula sendiri bagi menangkis serangan dan memulihkan ekonomi Malaysia.

Alhamdulillah, Tun yang tidak putus asa berjaya mengelakkan Malaysia dari menjadi mangsa IMF. Apa yang Anwar buat selaku Menteri Kewangan? Beliau menaikkan BLR(Based Lending Rate) kepada sekali ganda, ini bererti jika hutang rumah berharga RM 700, peminjam kena bayar RM1400. Beliau pendekkan tempoh Non Performance Loan(NPL) dari 6 bulan kepada 3 bulan. Ramai orang akan bankrap jika diteruskan.

Tun terpaksa mengambil alih sendiri perjalanan ekonomi ketika itu. Beliau mengikat ringgit kepada 3.80 sedollar, menyelamatkan beberapa syarikat GLC, memberi kelonggaran pinjaman, dan menyuntik projek kepada Kelas F supaya mereka berbelanja dan ekonomi berkembang, bukan mengucup. Anwar pula menyarankan rakyat agar kurang berbelanja dan menyimpan.

Memang ketika ekonomi sedang rancak, Anwar mendakwa beliau sebagai Menteri Kewangan yang berjaya. Beliau berjaya kerana visi Tun Mahathir, dan kebetulan ekonomi rantau Pacific Rim sedang memuncak. Saya juga boleh jadi Menteri Kewangan yang berjaya ketika itu. Kebijaksanaan seorang genius adalah ketika susah, ketika senang semua orang boleh jadi genius.

Jadi tokoh ini - Anwar bin Ibrahim - yang mendapat sokongan yahudi, disambut seperti presiden oleh Amerika dengan tembakkan 21 das meriam semasa menjadi TPM adalah ahli ekonomi yang gagal. Beliau di arak dan disanjung oleh Amerika kerana ingin menyakiti hati Tun Mahathir sahaja ketika itu. Beliau merupakan duri dalam daging kepada Tun Mahathir.

Bagaimana seorang tokoh yang gagal dari segi menangani ekonomi ketika Malaysia dilanda krisis boleh mengajak PM berdebat? Dalam blognya, penyelesaian beliau untuk menyelesaikan masalah ekonomi sungguh mudah, iaitu menghapuskan rasuah dan mengawal ketirisan. Adakah benar ini adalah penyelesaian kepada masalah ekonomi? 

Anwar bukan tandingan Tun Mahathir dari segi berfikir. Beliau juga tidak layak berdebat dengan Datuk Seri Najib dalam soal ekonomi. Anwar hanya layak berdebat dengan seorang yang akan-akan klonnya iaitu Khairy Jamaludin. Mungkin persamaan antara mereka yang mendorong Khairy ingin menjadi jaguh di sini. 

Persamaannya adalah keduanya sukar untuk menjadi PM dan menawan Putrajaya.

Thursday, January 13, 2011

Gugurnya Seorang Blogger Pahang.

Semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-orang yang diredhaiNya.

Beliau pendek dan periang, walaupun kadang-kadang 'moody'. Secara amnya beliau sering melawak dalam hampir semua keadaan. Ketika bermesyuarat, beliau sering bangun bercakap, dengan suaranya yang lantang beliau mengemukakan kebenaran tanpa prejudis.

Itulah insan yang bernama Aziz Shaharum, seorang yang pernah satu jabatan dengan saya. Kini beliau telah tiada.  Sudah saya dengari kesihatannya yang merosot dalam seminggu dua ini. Saya masih berharap dapat bertemu dengannya. Dua hari lepas, seseorang memberitahu beliau sedang tenat kerana jangkitan kuman di paru-parunya.

Kebetulan Sabtu ini saya akan ke Kuantan, saya masih berharap dapat menemui bekas rakan sekerja saya ini. Namun Allah lebih mengetahui. Aziz meninggalkan kita pada 11.10, 12hb Januari 2011. Beliau merupakan seorang blogger juga, agak terkenal dari Pahang. Semasa hayatnya, beliau berusaha keras untuk menyembunyikan identitinya. Untuk menghormati beliau, saya tidak akan dedahkan nama blognya.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Alfatihah.

Wednesday, January 12, 2011

Pembakaran Interlok - Kejahilan Berlanjutan.

Amat mudah kita memanipulasikan ketakutan. Lebih mudah lagi jika ketakutan - dan rasa tidak selamat - itu dari golongan yang tidak berpelajaran. Saya percaya, golongan berpelajaran, tidak kira dari kasta mana dan bangsa mana, tidak akan membakar sesebuah karya. 

Saya tidak bersetuju dengan Micheal Chicken kerana mengata bangsa Melayu tidak wujud, tapi tidak pula saya membakar laptop saya., atau laptop orang lain, atau mencari dan mengugut beliau. Sampah yang ditulis oleh Chick(en) tetap sampah; sampai masa manusia berilmu akan tahu menilainya.

Saya juga kurang faham, mengapa satu-satu kaum boleh tersentuh dengan sususan yang dibuat oleh agama mereka sendiri. Dalam agama hindu yang berkasta, paria adalah ciptaan mereka. Jika seorang penulis menulis untuk mengambarkan sistem kasta dalam hindu menggunakan perkataan berkenaan, ianya tidak rasis.

Selalunya golongan yang menganggap satu-satu perkataan itu rasis adalah golongan yang datang dari tingkat sosial yang rendah, atau kurang self-esteem, atau inferiority complex yang berlebihan. Kita ambil contoh jika kita memanggil orang Eropah sebagai 'orang putih', atau 'kuaylow' atau 'white man', mereka tidak merasakan panggilan itu rasis. Portugis dipanggil 'benggali putih' dalam Sejarah Melayu, tapi tidak pula mereka minta buku Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang dibakar.

Sebaliknya orang kulit hitam sangat marah jika dipanggil 'nigger' atau 'negro'. Mereka lebih senang dipanggil 'black' walhal 'negro' berasal dari bahasa Sepanyol yang bermakna hitam juga. Sama warna, tetapi satu dianggap rasis kerana keturunan kulit hitam yang bertaburan diluar Afrika pada mulanya diculik oleh pedagang hamba  Sepanyol untuk dijadikan hamba di Amerika. 

Pembakaran novel 'Interlok' karya Abdullah Hussain oleh lebih kurang 100 orang India di Klang baru-baru ini menunjukkan bahawa karya seni juga tidak terlepas dari manipulasi politik. Sudah 40 tahun karya itu ditulis, tetapi sebelum ini - ketika kaum India bersatu dibawah MIC - tidak pula mereka membakarnya. 

Kita tidak dapat menafikan bahawa peristiwa tidak bertamadun ini diledakkan oleh orang politik yang dangkal . Mereka sudah bankrap idea untuk mencari isu. Kehadiran Dr. Mariah Mahmud, ahli Parlimen Kota Raja mengesahkannya. 

Sementara dunia di sekeliling makin maju, dan ini pula cara ahli parlimen Kota Raja itu ingin meraih sokongan kaum India - dengan menggalakkan mereka membakar sebuah karya seni. Ini cara beliau 'educate' pengundinya. Sentimen rasis memang mudah dipermainkan oleh parti politik murahan seperti PKR opps... DAP.....tapi samalah mereka itu.

Dan saya percaya, mereka itu tidak pernah membaca buku berkenaan. 


Tuesday, January 11, 2011

The Angry Old Man.

Pada tahun 1950an, dunia seni mengenali satu gerakan penulis generasi muda Inggeris yang memanggil mereka sebagai 'The Angry Young Men'. Golongan ini menolak sebarang nilai sosial tradisional, anti-establishment dan memberontak mencari kelainan.

Sudah tentu pengaruh sebegini akan menular ke timur. Seperti kata Victor Hugo: "A stand can be made for invasion of an army, but no stand can be made for invasion of an idea." Seperti mana juga zaman hippies yang mengambil cara hidup santai India, telah menular ke barat dan diikuti anak muda lain di timur. Anak muda yang selalunya ingin berbeza sering mencari pendekatan yang berlainan.

Pada tahun 1970an, dunia gerakan pelajar di Malaysia juga tidak kurang radikal. Para pelajar sering merasakan mereka lebih bijak, lebih pandai dari generasi terdahulu lantas membuat gerakan memprotes tindak tanduk kerajaan. Melalui pergaulan baru di universiti, terdedah kepada berbagai teori dan ideologi, darah muda ini diransang oleh 'spirit of adventure' sering merasa menjadi tugas mereka untuk mengubah dunia.

Mereka berarak dijalanan, bertempur dengan polis, melawan pihak berkuasa, dan menjadi agitator hingga kadang-kadang ada antaranya tidak menghabiskan pelajaran atau tercicir. Kebanyakkan mereka ini berbangsa Melayu. Sementara anak kaum Cina dan India tidak terlibat, mungkin lebih berjaya dan mendapat kedudukan yang berguna untuk memajukan bangsanya.

Lantas AUKU diperkenalkan, antara tujuan AUKU menurut pencetus akta ini iaitu Tun Dr Mahathir adalah tidak mahu pelajar membuang masa membuat sesuatu yang tidak berkaitan dengan sebab mereka ke universiti. Mereka ke universiti untuk belajar, dan bukan mengajar kerajaan bagaimana hendak memerintah.

Sementara rakan-rakan kaum lain berjaya dengan cemerlang dalam akademik, pemimpin gerakan pelajar ada juga yang berjaya; ada yang menyertai politik samada dalam pembangkang atau kerajaan. Anwar Ibrahim dari ABIM mengejutkan semua orang apabila mengambil keputusan untuk menyertai UMNO. 

Ini kerana tingkah laku beliau semasa menjadi pemimpin gerakan pelajar sangat bertentangan dengan langkah politiknya. Menurut Anwar, beliau ingin mencuci UMNO dari dalam. Hakikatnya, beliau sudah mabuk kuasa berada dalam UMNO dan ingin dengan pantas menjadi PM dengan menunggang UMNO dan ABIM. Kuasa adalah matlamat beliau.

Nasib seorang lagi pemimpin gerakan pelajar,rakan Anwar, Hishamudin Rais tidak seindah Anwar. Beliau yang pernah semasa di UM memimpin 'revolusi' dan melantik dirinya sendiri sebagai 'Naib Chancellor' UM telah melarikan diri ke England. Beliau menjadi buangan di England selama bertahun-tahun.

Sekarang blogger Tukar Tiub ini sudah tua. Beliau sudah berumur 60an. Beliau bukan lagi 'the angry young man'. Namun dalam penulisan, kritikan beliau terhadap semua sistem masyarakat seperti sistem beraja, ulama dan kerajaan masih menampakkan beliau tidak puas hati kepada semua sistem. Seperti filem  'No Country for Old Men' Hishamudin Rais masih kekal sebagai 'the angry old man'. Dan ini hasilnya:


KAH KAH KAH KAH, KAH KAH KAH KAH, KAH KAH KAH KAH. WOIT!

Monday, January 10, 2011

"Antara Saya dengan PM"; kata KJ.

Setelah mengesahkan tidak akan bertanding di Rembau, dan ingin kembalii 'belajar', Khairy Jamaludin kembali berteka-teka tentang kedudukannya. Setelah bertemu dengan PM, sebagaimana hampir semua Ahli Parlimen BN mengadakan pertemuan dengan PM di PWTC semalam, beliau menyatakan soal bertanding atau tidak, adalah keputusan antara dia dengan PM.

Blog Tunku memanggil beliau sebagai 'Drama King'. Begitu juga dengan Big Dot Com.

Sebenarnya, apabila berita beliau tidak akan mempertahankan kawasan Rembau, masih ramai yang skeptik samada KJ akan benar-benar bersara dari politik. Ada yang menyifat beliau berniat untuk 'lay low' bagi menutup beberapa perkara. Ada juga yang berpendapat, KJ akan menggantikan Pak Lah di parlimen Kepala Batas.

Merajuk, terpujuk, berpindah atau minta perhatian, hanya satu perkara KJ kena faham  - samada beliau akan bertanding dimana-mana parlimen atau tidak - era S(on) I(n) L(aw) sudah berakhir.

Saturday, January 8, 2011

Blogger, Ahli Politik dan Perang Saudara.

"Semalam blog tersebut membuat seruan nekad untuk menggempur habis-habisan pihak tertentu yang dibabitkan dengan kes rogol itu. Apakah akan muncul satu perang baru di dunia siber?"

Itu kata-kata Kickdefella dalam posting terbarunya bertajuk: Wan Azizah, Hilary Rodham Clinton dan Maznah Rais.

Dan ini, dalam hal yang tidak berkaitan, Rocky's Bru yang menjadi primadona dalam 'perang siber' ini pernah berkata: "The Malaysian blogosphere is so fragmented, Mahaguru. Divided and ruled by politicians."

Saya sendiri pernah menulis dalam posting Siapa Control Blogger? tentang secara licik dan jika tidak hati-hati blogger akan jadi alat kepada orang politik - tanpa mengira dari parti mana.

Blogger mempunyai sejarah mereka yang tersendiri. Mereka muncul dan membentuk 'Band of Bloggers' semasa era penentangan terhadap Tun Abdullah yang menafikan kebebasan bersuara. Tanpa mengira ideologi dan parti politik, mereka membentuk satu pakatan untuk menumbangkan Tun Abdullah. 

Mereka yang awal adalah nama-nama besar seperti Rocky's Bru; Big Dot Com,Another Brick in the Wall, Kickdefella, Outsyed the Box, Jeffrey Ooi, Penarik Beca dan akhir sekali yang turut membantu memberi 'credible' kepada Band of Blogger adalah Tun Mahathir sendiri.

Kemudian muncul beberapa blogger, atas kesedaran peribadi, tanpa pamrih, dari kalangan pro-BN yang semangat membela Melayu dan Islam membentuk apa yang mereka namakan 'Blogger Pembela Negara'. Mereka ini seperti Braveheart, Papa Gomo, Parpu Kari, Panglima Perang Cyber dan sebagainya.

Perak Today telah mengeluarkan Ranking Alexa, dan sekarang menjadi bagaikan satu ketaksuban baru para blogger untuk ada dalam ranking berkenaan. Secara peribadi saya tidak kisah tentang ranking dan bagi saya tidak membawa makna apa-apa kerana ranking bekenaan menilai melalui kesibukan trafik yang melayari blog berkenaan.

Cara mudah adalah dengan menghantar banyak posting, tanpa mengira kualiti posting berkenaan. Dengan adanya ranking berkenaan, maka bermacam istilah telah tercipta seperti 'blogger elit', blogger otai', 'blogger picisan' dan lain-lain.

Kemasyhuran sesuatu blog ini boleh menarik hati 'penaung' untuk menjadi 'caretaker' kepada blogger professional, atau orang yang berniat untuk menjadikan blog sebagai mata pencarian. Maka terbentuklah ghanimah.

Saya tidak mencampuri urusan antara Menteri dengan seorang blogger tersohor. Saya tidak menulis sebarang posting berkenaan dengannya. Blogger tersohor berkenaan merupakan seorang wartawan terlatih, tidak seperti kebanyakkan blogger, beliau bijak mengeluarkan fakta, hatta spin sekalipun tanpa memberi kesan. Saya yakin, beliau terlatih untuk melindungi dirinya dengan 'defence mechanism' kewartawannya.
 
Dan saya juga tidak percaya bahawa Menteri berkenaan melakukan perkara seperti yang diperkatakan. Soalnya disini, bahkan blogger berkenaan tidak menyatakan dengan tepat siapa menteri berkenaan. Sejak bermula masalah antara Menteri dengannya; tercetus kerana isu agihan telco, beliau tidak dengan nyata membuat sebarang tuduhan. Beliau hanya sekadar melapor apa yang beliau dengar. Di sini naluri kewartawannya membantu.
 
Begitu juga dengan isu 'rogol amah'. Blog yang menuduh Menteri berkenaan adalah dari blog pembangkang. Kemudian blog pro kerajaan melompat dan mula membuat tuduhan di sana sini, membujur lalu melintang patah. Hampir semua yang tidak sependapat dengan mereka akan dikerjakan. 

Another Brick in the Wall dengan bijak memberi tunjuk ajar kepada 'blogger baru' bagaimana hendak berblog, dan dalam masa yang sama boleh melindungi diri dalam posting Rais denial, Rocky's response, and shallow reactions.

Benar kata-kata Rocky, apabila para blogger terhimpit seperti nasib menimpa Hassan Skodeng dan Datuk A Kadir Jasin, bahkan Rocky sendiri, mereka tidak boleh berharap kepada 'paymaster' mereka lagi. Blogger hanya ada fellow blogger dalam blogger fraternity.

Era blogger bersatu seperti zaman pra pilihanraya 2008 sudah berakhir. Kini, kebanyakkan blogger samada pro pembangkang atau pro kerajaan telah benar-benar dipecah dan diperintah oleh poli-tikus.

Benarkah perang saudara akan tercetus? Kata Kickdefella: "Saya rasa tidak akan berlaku perang saudara dalam dunia siber tempatan. Kalau ada pun hanya satu pihak bertepuk sebelah tangan."

Jika benar ramalan Kickdefella, alhamdulillah. Kita sangat berharap untuk bersatu menjelang pilihanraya ini. Lagipun kita mempertahankan parti, bukan individu. Pemimpin datang dan pergi. Wadah perjuangan mempertahankan Melayu/Islam itu adalah perjuangan yang lestari.

Oh sebelum terlupa, sebagai ingatan, "Never put your trust on Prince", kata Machieavelli.









Thursday, January 6, 2011

Angin Pilihanraya.

Datuk A Kadir Jasin meramalkan pilihanraya akan diadakan lebih awal dari mandat parlimen yang sepatutnya berakhir Mac 2013. Dari segi teori, pilihanraya boleh diadakan lebih lewat dari itu iaitu selama 60 hari selepas tempoh mandat berkenaan. Namun angin pilihanraya sudah semakin kuat bertiup. Baca di blog Datuk A. Kadir Jasin disini.

PM Najib yang telah mengambil alih pucuk pimpinan dari Tun Abdullah pada April 2009 tidak mengemudi bahteranya sendiri. Sebahagian besar ahli kabinet dan parlimen BN merupakan calon Pak Lah(read Khairy). Sampai masa PM mengadakan pilihanraya dan menentukan hala tuju kepimpinannya sendiri. Persoalannya, sudah bersediakah BN?

Ada beberapa perkembangan yang menarik selepas Tun Abdullah mengundurkan diri. Pakatan Rakyat nampak sudah tidak boleh berpakat, atau pakatan mereka nampak longgar. Keazaman mereka untuk menumbangkan BN tidak diperlihatkan seperti menjelang pilihanraya ke 12. Sudah mula nampak tembelang masing-masing.

Namun demikian, Datuk Seri Najib masih kelihatan gusar,dan sebagai seorang yang terkenal berhati-hati beliau meluahkan pilihanraya akan datang merupakan  'hari penentuan bagi BN' pada 2 Disember 2010 di Phnom Penh. Beliau memang wajar untuk tidak terlalu overconfident.

Ini bukan lagi era dimana laporan 'K10' sangat tepat, atau laporan agensi seperti MIO atau SB atau JASA dan KEMAS extremely accurate. Bukan salah mereka juga kadang-kadang tidak tepat. Mood pengundi cukup mudah disway hingga saat akhir masih boleh berubah kerana isu yang sensitif. Mood pengundi semakin sukar diramal. Mereka hanya mendiamkan diri pada isu-isu mereka tidak gemari, dan mengundi protes ketika pilihanraya.

Lihat sahaja pilihanraya ke 12. Tidak ada satupun agensi kerajaan, ataupun laporan dari sayap UMNO boleh meramal ada bara atau ribut taufan akan melanda BN. Pakatan rakyat yang nampak lemah dalam pilihanraya ke 11 tiba-tiba mampu menawan hingga 4 negeri.

Sebenarnya, seperti kata Datuk A.Kadir Jasin, PRU ke 13 ini merupakan 'hantu' yang ditakuti oleh kedua BN dan PR. BN bimbang mereka akan terus hilang kuasa. PR pula bimbang beberapa kemelut dalam parti mereka baru-baru ini memberi kelebihan kepada BN, lalu melupuskan mereka terus dari 'force to be reckoned'.

Seperti yang pernah saya tulis, apa-apa keputusan pilihanraya ke 13 ini bakal merubah landskap politik Malaysia. Jika BN masih kekal berkuasa, BN - terutama PM - mempunyai talian hayat untuk membetulan kesilapan Tun Abdullah.

Langkah yang pertama KJ perlu dipencenkan, bercuti atau sambung belajar selamanya. Atau ada blogger mengatakan lebih tepat lagi beliau cuba lari bagi menutup 'tengkorak dalam almari'nya. Baca sini.

PM Najib sudah mengorak langkah memantapkan UMNO dengan merombak beberapa ketua perhubungan negeri. Seperti kata Bicara Nobisha, setelah cuba mengukuhkan ekonomi dan memberi tumpuan kepada negara, sampai masa PM Najib sebagai Presiden BN memberi tumpuan kepada pengukuhan parti.

Ini pertanda jelas angin pilihanraya semakin bertiup kencang. Dan lebih ramai lagi apes yang perlu digugurkan untuk memulihkan imej BN. Seperti cerita 10 budak hitam, satu apes dah bersiap untuk digugurkan, tinggal lagi berapa?




Tuesday, January 4, 2011

Man in the Mirror.

Saya google lagu lama Micheal Jackson, saya terjumpa lagu 'Man in the Mirror'. Lagu ini bukan lagu terkenal Micheal Jackson, tapi ketika itu saya baru berumur 17 tahun.

Banyak nostalgia dalam footage youtube ini. Imej-imej yang mengharukan: mangsa kebuluran Afrika, Ku Klax Klan, pembunuhan dua beradik Kennedy - John dan Bobby, Mother Theresa, Mahatma Gandhi, Martin Luther King, Gorbachev mengakhiri Soviet Union, orang-orang gelandangan, John Lennon dan Yoko Ono, veteran perang Vietnam yang kudung kakinya, pertempuran pelajar Korea dengan polis, Chernobyl, dan usaha menyelamat seorang bayi terjatuh dalam lubang yang mengambil masa beberapa hari untuk mengeluarkannya.





"Man In The Mirror"

I'm Gonna Make A Change,
For Once In My Life
It's Gonna Feel Real Good,
Gonna Make A Difference
Gonna Make It Right . . .

As I, Turn Up The Collar On My
Favourite Winter Coat
This Wind Is Blowin' My Mind
I See The Kids In The Street,
With Not Enough To Eat
Who Am I, To Be Blind?
Pretending Not To See
Their Needs
A Summer's Disregard,
A Broken Bottle Top
And A One Man's Soul
They Follow Each Other On
The Wind Ya' Know
'Cause They Got Nowhere
To Go
That's Why I Want You To
Know

I'm Starting With The Man In
The Mirror
I'm Asking Him To Change
His Ways
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change
(Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change)
(Na Na Na, Na Na Na, Na Na,
Na Nah)

I've Been A Victim Of A Selfish
Kind Of Love
It's Time That I Realize
That There Are Some With No
Home, Not A Nickel To Loan
Could It Be Really Me,
Pretending That They're Not
Alone?

A Willow Deeply Scarred,
Somebody's Broken Heart
And A Washed-Out Dream
(Washed-Out Dream)
They Follow The Pattern Of
The Wind, Ya' See
Cause They Got No Place
To Be
That's Why I'm Starting With
Me
(Starting With Me!)

I'm Starting With The Man In
The Mirror
(Ooh!)
I'm Asking Him To Change
His Ways
(Ooh!)
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself And
Then Make A Change
(Take A Look At Yourself And
Then Make A Change)

I'm Starting With The Man In
The Mirror
(Ooh!)
I'm Asking Him To Change His
Ways
(Change His Ways-Ooh!)
And No Message Could've
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself And
Then Make That . . .
(Take A Look At Yourself And
Then Make That . . .)
Change!

I'm Starting With The Man In
The Mirror,
(Man In The Mirror-Oh
Yeah!)
I'm Asking Him To Change
His Ways
(Better Change!)
No Message Could Have
Been Any Clearer
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
(Take A Look At Yourself And
Then Make The Change)
(You Gotta Get It Right, While
You Got The Time)
('Cause When You Close Your
Heart)
You Can't Close Your . . .Your
Mind!
(Then You Close Your . . .
Mind!)
That Man, That Man, That
Man, That Man
With That Man In The Mirror
(Man In The Mirror, Oh Yeah!)
That Man, That Man, That Man
I'm Asking Him To Change
His Ways
(Better Change!)
You Know . . .That Man
No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself And
Then Make A Change
(Take A Look At Yourself And
Then Make A Change)
Hoo! Hoo! Hoo! Hoo! Hoo!
Na Na Na, Na Na Na, Na Na,
Na Nah
(Oh Yeah!)
Gonna Feel Real Good Now!
Yeah Yeah! Yeah Yeah!
Yeah Yeah!
Na Na Na, Na Na Na, Na Na,
Na Nah
(Ooooh . . .)
Oh No, No No . . .
I'm Gonna Make A Change
It's Gonna Feel Real Good!
Come On!
(Change . . .)
Just Lift Yourself
You Know
You've Got To Stop It.
Yourself!
(Yeah!-Make That Change!)
I've Got To Make That Change,
Today!
Hoo!
(Man In The Mirror)
You Got To
You Got To Not Let Yourself . . .
Brother . . .
Hoo!
(Yeah!-Make That Change!)
You Know-I've Got To Get
That Man, That Man . . .
(Man In The Mirror)
You've Got To
You've Got To Move! Come
On! Come On!
You Got To . . .
Stand Up! Stand Up!
Stand Up!
(Yeah-Make That Change)
Stand Up And Lift
Yourself, Now!
(Man In The Mirror)
Hoo! Hoo! Hoo!
Aaow!
(Yeah-Make That Change)
Gonna Make That Change . . .
Come On!
(Man In The Mirror)
You Know It!
You Know It!
You Know It!
You Know . . .
(Change . . .)
Make That Change.

Sunday, January 2, 2011

Khairy Merajuk?

Rocky's Bru menulis tentang ini dalam posting bertajuk KJ Merajuk?

Dalam STAR, KJ mengesahkan beliau tidak akan bertanding di parlimen Rembau. Rocky's Bru memberi kemungkinan KJ akan bertanding di negeri yang mana selalunya dilihat sebagai laluan untuk menjadi MB kepada mana-mana tokoh nasional.

Saya tidak merasakan demikian, KJ bukan mengorak langkah untuk menjadi MB. Ini bukan era beliau boleh menentukan banyak hal seperti zaman bapa mentuanya Perdana Menteri. Mungkin KJ merasakan laluan politiknya semakin getir. Tidak ada lagi payung dan penaung.

Benar kata-kata seseorang yang saya sudah lupa siapa pengungkapnya: "Orang yang berlari laju dalam perjalanan yang jauh, dia akan cepat letih".

Omak, den dah lotih.

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010.

Hari ini merupakan hari terakhir 2010. Kebetulan hari ini hari Jumaat. Kebetulan juga kerajaan mengumumkan cuti sempena kemenangan Malaysia sebagai juara Suzuki Cup. Perfect last day of the year.

Kemenangan Malaysia baru-baru ini bukan hanya kemenangan. Lebih dari itu, ia mengangkat self esteem Malaysia yang sudah lama tidak mengecapi 'keagungan'. Seperti kata iklan Maxis, "They didn't just win, they made a nation believe in itself."

Ia juga menyatukan semua kaum di Malaysia. Kita hanya orang Malaysia, dari keturunan mana semua menyokong skuad negara. 1Malaysia yang gagal di Selangor kerana ditolak oleh Ronnie Liu, mendapat tempat di stadium dan mana-mana televisyen yang menayangkan perlawanan itu. Tanpa politik. Tanpa disedari oleh kita semua.

Kita harap, kejayaan pasukan Malaysia penutup kepada 2010 ini bukan pula pengakhiran kegemilangan Malaysia. Kita sudah lama tidak gemilang walaupun dibawah PM yang melancarkan slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'. Yang 'Tak Cemerlang, Gemilang dan Terbilang for the wrong reasons' hanya SIL.

Malaysia pernah setaraf dengan Korea Selatan, bukan tandingan Jepun. Thailand. Indonesia dan Singapura bukan saingan di era Mokhtar Dahari, Santokh Singh dan Sau Chi An.Sementara Korea Selatan dan Jepun sudah melangkah ke World Cup, kita bergelut dengan Timor Leste, sesekali gembira bila berjaya mengalahkan Laos dan Vietnam.

Ini ingatan bahawa kita pernah gemilang, merundum dan baru menanjak naik semula. Jangan terlalu dibuai mimpi kerana masih banyak kerja perlu dilakukan. Tahniah Safee Ali, ada jejak bertapak Supermokh dalam diri anda. The revival of no 10 dalam skuad negara.

Selamat datang 2011.

Thursday, December 30, 2010

Melayu Berpolitik Kerana Sentimen?

Saya nak tergelak membaca posting Anwar Ibrahim bertajuk Mengapa Melayu Berpolitik Mengikut Sentimen?

Satu ketika dulu, saya pernah melabelkan pengikut Anwar dalam reformasi selepas beliau dipecat kerana mengikut sentimen. Bukankah Anwar yang terkenal dengan kebolehan pidato membakar semangat orang itu sebenarnya memainkan sentimen? Sejak bila jaguh retorik tidak menggalakkan sentimen?

Seorang rakan saya, warga Kanada yang bekerja di Malaysia sebelum ekonomi gawat melabelkan Anwar sebagai hanya 'cheerleader'. Ketika beliau melabelkan itu, Anwar berada dipuncak kuasa, dikatakan tokoh Islam paling sempurna yang pernah dilahirkan dan berkarismatik dan dinamik. Tapi rakan saya telah nampak Anwar hanyalah ketua 'pom pom' saja.

Dalam posting berkenaan, beliau mengutuk dasar pengswastaan. Kononnya sejak ia diperkenalkan oleh Tun Mahathir, UMNO bukan berjuang untuk rakyat lagi. Anehnya, beliau merupakan sebahagian anggota kabinet zaman Tun Mahathir ketika era pengswastaan. Tengku Razaleigh yang menentang pengswastaan kalah dengan Tun Mahathir lalu menubuh parti Melayu Semangat 46. Anwar ketika itu penyokong tegar Tun Mahathir. Anwar ingin tipu siapa di sini, mungkin generasi muda tidak tahu namun masih ramai yang ingat.

Benar kata Syed Akhbar Ali, sesuatu yang merungsingkan kita jika Anwar menjadi PM adalah bahagian intelligentnya, belum lagi di ambil kira bahagian intelektualnya.

Tun Mahathir yang telah memodenkan Malaysia dengan begitu pantas, dengan sekelip mata menjadi musuh generasi baru setelah memecat Anwar. Mengapa Anwar tidak menilai kejayaan Tun Mahathir bukan hanya sekadar memodenkan Malaysia, malah menyelamatkan Malaysia dari menjadi hamba IMF?

Anwar hasut rakyat, membawa cerita kekejaman Tun Mahathir kepadanya, antara beliau dipecat tanpa sebab(kita pun tahu sebabnya), mata lebam dan sebagainya. Jadi modal apa yang Anwar gunakan ketika itu kalau bukan sentimen?

Kaum Cina yang mengundi berdasarkan perkiraan 'untung-rugi' telah menyelamatkan kerajaan BN Tun Mahathir pada tahun 1999. Orang Melayu gagal melihat kebenaran Tun Mahathir, kejayaan Tun mengekang IMF dari menerobos menguasai ekonomi Malaysia. Orang Melayu tidak mengundi BN kerana hanya mata lebam, dan 'aniaya' Tun Mahathir kepada Anwar. Siapa yang main sentimen di sini?

Sekarang kebanyakkan orang Melayu sudah bijak. Mereka akan mengundi berdasarkan parti yang menjamin kesejahteraan mereka. Isu mata lebam sudah gagal meraih undi. Buktinya Tun Abdullah mendapat undi paling tinggi tahun 2004, mendapat mandat paling sedikit dalam sejarah pilihanraya Malaysia pada tahun 2008. Pengundi yang hampir sama, kepada kerajaan pimpinan PM yang sama tetapi keputusan yang sangat berlainan.

Ini buktinya generasi muda Melayu juga bukan senang dipengaruhi oleh sentimen 'mata lebam' lagi, Mereka mahu kerajaan yang lebih dari sekadar pemimpin yang memainkan sentimen seperti Anwar Ibrahim.

Wednesday, December 29, 2010

Oh Semua Itu Duit Pembayar Cukai.

Terkejut juga saya membaca cerita bagaimana kerajaan negeri Selangor mengadakan Demo Air di masjid negara baru-baru ini dengan menggunakan duit kerajaan. Blog Outsyed the Box menulisnya dalam tajuk RM265k Taxpayer's Funds for Demonstrations.

Blog APANAMA turut mendedahkan perkara yang sama, dalam tajuk Quarter Million Demo Man. Jadi begini cara kerajaan Pakatan Rakyat membelanjakan duit pembayar cukai. Mereka ingin jadi baik, menjanjikan 'bulan dan bintang' kepada pengundi. Mereka menjanjikan air percuma, kemudian terpaksa membayar juga kepada Syabas. Sekarang sudah pening, mula demo sana demo sini.

Kalau free tak apa, kalau demo itu atas sukarela demi agama, bangsa dan negara tapi rupanya dengan kos. Kosnya adalah sebanyak RM265 ribu, duit kerajaan negeri a.k.a duit pembayar cukai. Jadi ini cerita klasik 'rompak Ahmad sebab nak bayar Ali'la. Kesian.


Kalau macam ini siapa-siapa pun boleh keluar macam-macam manifesto manis-manis. MB boleh guna banyak kuasa lain sebab hendak tutup isu air ini, antaranya menyalahkan kerajaan Pusat. Bukan ke banyak Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Parlimen, minta la Khalid Samad berdebat di Parlimen, buat demo jumpa Agong, perbelanjaan pakai duit kerajaan merugikan. 

Macam mana hendak jadi alternatif kepada BN macam ini perangainya.

Tuesday, December 28, 2010

Jika Isa Samad Di Lantik, Mengapa Tidak Khairy Jamaludin?

Mula-mula Isa Samad menang Naib Presiden UMNO, undi tertinggi. Kemudian beliau didapati bersalah, dilucutkan jawatan dalam parti, tidak dibenarkan bertanding dan memegang apa-apa jawatan selama sepenggal. Sebaik habis tempohnya, beliau menjadi calon ADUN Teluk Kemang dan menang besar.

Adakah peluang kedua Isa Samad menerajui GLC ini menunjukkan bahawa Dato' Sri Najib seorang yang pemaaf? Tidak ada siapa yang tidak boleh 'dipulih'kan oleh beliau.

Banyak tekanan yang dikenakan oleh beberapa pihak agar menggugurkan menteri seperti Nor Mohamad Yaakob dan Nazri Tan Sri Aziz, tetapi DSN masih memberi mereka peluang. Dengan terlantiknya Isa Samad menerajui GLC penting ini, adakah bermakna desas desus Khairy Jamaludin akan dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri akan menjadi kenyataan?

Seperti yang pernah ditulis oleh Dato' Ariff Sabri, blogger Sakmongkol AK47, Dato' Najib, seperti bapanya Tun Razak, boleh menerima kesalahan-kesalahan orang disekelilingnya dan memberi peluang kedua kepada mereka. Menurut Sakmongkol, Tun Razak tahu beberapa pegawainya berfahaman kiri aka komunis tetapi masih mengekalkan mereka.

Namun dalam jangka pemerintahannya yang pendek, Tun Razak berjaya membawa kemajuan kepada Malaysia dan masih dianggap salah seorang negawan ulung yang Malaysia pernah ada. Adakah Dato' Sri Najib akan mengalami perkara yang sama?

Melantik Isa Samad menerajui Felda dan memberi peluang kedua kepadanya berbeza dengan Khairy Jamaludin. Khairy didapati bersalah, seperti Isa tetapi ketika itu Tun Abdullah masih PM, jawatankuasa disiplin tidak menghukum Khairy dengan sewajar. Beliau diberi amaran keras, dibenar bertanding dan menang. 

Irregularity yang menaungi Khairy sepanjang kareer mentuanya ini yang tidak disenangi rakyat. Belum diambil kira lagi campurtangan KJ dalam menentukan calon, ahli kabinet dan beberapa deal khazanah yang merugikan Malaysia yang dibrokerkan oleh KJ. Dan sebenarnya beliau masih tidak menerima sebarang hukuman, malah bebas menerajui sayap Pemuda.

Sebaliknya, Isa sudah menjalani hukumannya, sudah di 'pulih' dan di 'putih'kan dan sewajar beliau diterima. KJ merupakan liability kepada BN, dan sewajarnya beliau kekal begitu jika Dato' Sri Najib ingin nama BN sebagai jenama yang semakin diterima kini.




Sunday, December 26, 2010

Hati Malaya.

Isnin lepas saya menghantar isteri saya berkursus di Jalan Kelang Lama. Kursus Induksi Kementerian Kesihatan kerana isteri saya akan membuat intern atau menjadi doktor pelatih. Kursus berlangsung selama lima hari. Semasa saya melawat beliau pada hari ke empat, beliau menyatakan pada malam Khamis itu akan diadakan tayangan filem Hati Malaya.

Isteri saya berusia 25 tahun. Beliau tergolong dalam golongan generasi Y yang kebanyakkan kurang memahami sejarah. Dalam perbualan dengan saya, kadang-kadang perdebatan, beliau sering juga menyoal perkara-perkara seperti 'Ketuanan Melayu', affirmative action dan sebagainya. Apabila beliau memberitahu saya pada malam berkenaan akan ada tayangan filem Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba, saya lantas menyatakan: 'Awak akan menangis nanti'.

Pada malam berkenaan, selepas habis menonton filem itu, saya menerima sms dari beliau: "Ok. nangis, tapi tak paham sgt".

Faham atau tidak sejarahnya adalah persoalan informatif, tetapi filem berkenaan berjaya menyentuh nalurinya melihat bagaimana jerih payah bapa-bapa kemerdekaan membentuk sebuah negara bernama Malaysia. Menurut beliau, bahkan rakan-rakannya berbangsa Cina dan India turut mengakui mereka menangis, terutama dalam babak ramai orang mendermakan gelang bagi membiayai pemergian Tunku ke England untuk menuntut kemerdekaan.

Dan mereka semua ini, doktor, lawyer, arkitek dan sebagainya; rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan sedar dan insaf Malaysia bukan terjadi sendiri. Pemimpin kita, ibubapa kita telah bergolok gadai untuk menjadikannya aman, stabil dan makmur. Sebuah filem berjaya melakukan apabila  pendidikan sejarah dari Kementerian Pelajaran gagal.

Hati Malaya. Hati Melayu. Hati Malaysia.

Saturday, December 25, 2010

Mencari Sang Genius.

Keputusan PMR sudah keluar. Seperti biasa akhbar dan berita perdana akan mengembar gemburkan berapa ramai pelajar yang mendapat A. Tak lama lagi keputusan SPM juga akan keluar, dan seterusnya STPM. Rakyat Malaysia masih dan makin taksub dengan berapa ramai A anak-anak mereka dapat.

Adakah A ini boleh dicerakinkan kepada daya saing mereka nanti apabila mereka memasuki dunia 'realiti'? Berapa ramaikan rakyat Malaysia yang pernah mendapat banyak A akhirnya memenangi Hadiah Nobel, mencipta sesuatu yang baru dan membuka horizon baru kepada umat manusia? 

Genius tidak datang dari persekitaran yang 'mendatar'. Genius datang dari persekitaran yang menggalakkan kreativiti. Kreativiti yang asal dari perkataan 'create' atau mencipta. Dan genius bukan juga orang yang sentiasa betul dalam percubaan mereka untuk melepasi 'uncharted territory'. Mereka sering gagal, mengalami proses 'trial and error', sebelum akhirnya berjaya menyambung 'dot' yang terlepas dari mata kasar manusia.

Ini yang membezakan mereka dengan 'gifted'.

Lihat sistem pendidikan kita. Di peringkat sekolah seluruh tenaga pekerja guru dicurahkan untuk melahirkan seramai mungkin pelajar yang mendapat A. Di universiti juga hampir sama. Akhirnya dimana lahirnya sang genius? 

Bill Gates pelajar yang 'tercicir' semasa di Harvard. Albert Einstein gagal memasuki universiti dan hanya lab assistant semasa menemui teori relativitinya. Pencipta laman web sosial Facebook, Mark Zuckerberg juga mencipta Facebook ketika isengnya, hanya untuk membalas dendam terhadap bekas teman wanita yang memutuskan hubungan dengannya. 

Genius sebenarnya boleh dilahirkan di mana-mana. Apa yang penting mereka perlu diberi kebebasan untuk mencipta dan tidak dilarang dengan sekian banyak taboo(antaranya sekatan 'agama' dan tahyul). Jika Malaysia hanya menyanjung pelajar yang mendapat sekian banyak A tapi tidak menggalakkan kebebasan mereka untuk 'mencipta', akan lahir pula sebahagian ramai 'bekas pelajar mendapat A' tetapi beratur untuk menjadi PTD.

Mereka tidak ada jawapan lain kepada masalah kurang pekerjaan. Tunggu dan tunggu, kerana mereka tidak pandai 'mencipta', tetapi hanya menghafal. 

Genius tidak lahir dari orang yang mendapat banyak A. Tidak juga sama sekali dari sekolah pintar seperti Permata tanpa iklim yang menggalakkan kreativiti.








Sunday, December 19, 2010

Mari Kita Fikir Mengapa....

Zaman Dark Ages di Eropah merupakan zaman orang putih sangat mundur. Faktor utama yang memundurkan mereka adalah kerana pengaruh gereja pada semua aspek kehidupan mereka. Dari sekecil-kecil perkara seperti pakaian, hingga ke pentadbiran yang mana jika seseorang raja Eropah tidak sebulu dengan Vatican, mereka akan di 'excommunicate'kan. Jika ini berlaku dalam dunia Christiandom, semua raja Christian yang lain akan memusuhi raja yang di'excommunicate'kan.

Akibatnya, berlaku perang yang tidak ada kesudahan, bukan hanya antara Christian dengan Islam, tetapi juga antara Chrstian dengan Christian. Eropah ketika itu sangat mundur, tidak ada penggunaan akal yang rasional, penemuan sains hampir pupus dan pemikiran Eropah diselubungi oleh dogma 'ulama' Christian. Fatwa Vatican merupakan agama mereka.

Kemudian muncul zaman Renaissance dan Enlightment. Pemikiran rasioanal dan saintifik mengambil alih pemikiran Eropah. Fine arts muncul di mana-mana, penemuan sainstifik oleh Galileo Galilee dan Corpernicus mengubah corak pemikiran Eropah walau disanggah gereja. Eropah menjadi maju dari segi sains, seni, ketenteraan, politik dan perdagangan apabila meninggalkan agama dan 'ulama-ulama' Christian.

Sekarang Barat jauh lebih maju dari umat Islam dari segala segi. Umat Islam terlalu mendengar pendapat-pendapat diluar Quran. Kononnya hanya golongan tertentu boleh menafsir Quran, dan golongan biasa hanya perlu ikut saja. Apa yang berlaku kepada Christian sudah berlaku kepada umat Islam..

Quran tidak bertentangan dengan pemikiran rasioanal tetapi pemikiran sesetengah ulama bertentangan. Kita menjadi mundur kerana menjadi dogma. Allah dengan jelas menyatakan Allah menurunkan Quran bukan untuk menyusahkan hambaNya. Pemikiran ulama banyak yang menyusahkan ummah dan bertentangan sesama mereka pula.

Quran bukan hanya untuk dibaca dan diperindahkan bacaannya sahaja. Ia merupakan panduan, seperti peta perlu difahami semasak-masaknya jika kita tidak mahu sesat. Learn it by heart. Quran menjanjikan jika umat Islam benar-benar mengikuti panduan yang Allah perturunkan melalui Quran, umat Islam tidak akan sesat, tidak akan keliru. tidak mundur dan tidak miskin. Lihat sekeling dalam dunia Islam, jelas kita sudah keliru dan meninggalkan Quran.

Secara empirical, terbukti kita menjadi mundur kerana kita mendengar terlalu banyak dogma, dan Quran bukan dogma.Sampai masa kita perlu mengikut Quran dan berfikiran rasioanal dan sainstifik yang mana ini sebenarnya ajaran Quran, dan Islamik.


Wednesday, December 15, 2010

Kita Semua Ingin Hapuskan Rasuah Tapi.....

Rasuah merupakan satu wabak yang boleh meruntuhkan tamadun. Rasuah juga merupakan bukan penyakit baru. Sejak bermula tamadun manusia dari empayar Rom hingga kini, rasuah merupakan aktiviti tertua dunia. 

Di Malaysia, dan seringkali negara dunia ketiga, amalan rasuah selalunya dianggap berleluasa. Adakah Barat tidak mengamalkan rasuah? Saya meragui mereka tidak melakukan tetapi kesedaran sivik dan 'pemikiran negara maju' mereka dengan 'rules of law' dan sebagainya berjaya mengekang aktiviti itu seperti di negara dunia ke tiga. Lagipun, di Barat pemisahan kuasa mereka benar-benar diikuti tidak seperti di sini yang banyak 'kuasa budi bicara'.

Apabila sesebuah kerajaan berkuasa, rakyat akan bertempik hapuskan rasuah. Dalam survey kebanyakkan rakyat Malaysia menyuarakan keresahan mereka terhadap amalan rasuah di Malaysia. Mereka minta kerajaan bersungguh-sungguh memerangi rasuah. 

Tapi hakikatnya, jika Malaysia sudah benar-benar teruk rasuahnya, siapa sebenarnya yang tidak terlibat? Adakah rasuah masih dianggap aktiviti individu atau sebenarnya sudah menjadi penyakit hingga ke tahap institusi?

Kita memang tidak ada data yang komprehensif tentang kegiatan rasuah kerana berbagai sebab. Selalunya rasuah berlaku kerana ada faedah yang terlibat kepada kedua pihak. Kecuali mungkin perangkap yang dibuat oleh pegawai SPRM, amat jarang rasuah yang berlaku antara dua pihak - yang memberi dan menerima - boleh dibuktikan. Ini dilema SPRM.

Dalam politik contohnya, seringkali kita marahkan pemimpin yang memberi wang, dan perwakilan yang menerima wang. Kita kata politik wang merosakkan, tetapi hanya pemimpin yang dihukum dan dicela. Mengapa perwakilan tidak dicela sedangkan mereka juga mendapat faedah dari aktiviti 'memberi dan menerima' ini. 

Dan cuba kita fikirkan apa akan jadi kepada negara apabila semua lapisan masyarakat sedikit sebanyak terlibat dalam aktiviti rasuah. Apa jadi jika bukan hanya ahli politik yang rasuah, malah pegawai kerajaan, perniaga kecil dan besar yang terlibat dengan kerajaan, orang awam yang ingin masalah mereka segera diselesaikan dan kebetulan pegawai berkenaan 'perlukan duit kopi' untuk mencepatkan proses, kontraktor bukan hanya kelas A tapi juga kelas F yang mana jika tidak beri, technician akan cari jalan duit kerja susah lulus dan sebagainya. List ini tidak akan ada kesudahannya jika hendak saya bariskan.

Segala ini akan berpilin-pilin bagaikan spiral yang tidak ada mula dan tidak ada akhirnya. Saya cadangkan kerajaan perlu banyak kurangkan red tape dalam urusannya, dan kurangkan kuasa budi bicara kepada pegawai yang menguruskan kepentingan awam.

Saya biasa dengar orang kerajaan marahkan orang politik yang rasuah, tetapi kebanyakkan mereka juga melakukan perkara yang sama dalam urusan yang mereka berkuasa.Begitu juga dengan pegawai sektor awam, untuk mendapatkan projek dan ingin mencepatkan sesuatu, mereka memberi 'imbuhan' tumbuk rusuk.

Jadi kita semua yang anti rasuah ini sebenarnya ingin rasuah dihapuskan tetapi.....




Sunday, December 12, 2010

'Senjata Pengecut'

Tajuk ini sebenarnya mengambarkan dilema antara kita memilih maruah dan kemenangan. Selalu orang akan merujuk kepada Machiavellian dengan kata-kata "matlamat menghalalkan cara"

Di Jepun, ketika zaman yang dikenali dengan nama 'Sengoku Jidai' atau 'The age of country at War' telah menimbulkan beberapa nama besar yang terdiri dari warlord atau daimyo seperti Takeda Shingen, Oda Nobunaga, Toyotomi Hideoyoshi dan Uesugi Kenshin.

Zaman ini adalah diakhir era Keshogunan Ashikaga. Shogun wujud hanya sebagai boneka sahaja, sementara kuasa sebenar direbut oleh beberapa warlord. Samurai atau makna sebenarnya 'those who serve' merupakan kelas pahlawan yang telah mendominasikan politik Jepun selama hampir 1000 tahun. 

Samurai yang terkenal dengan kod Bushido atau 'the way of bow and arrow' sebagai code of conduct yang menjadi asas kepada segala tindakkan mereka. Antara kod bushido adalah setia, kerja kuat dan berani walaupun mengorbankan nyawa. Samurai juga sangat menghargai pedang dan menganggapnya sebagai 'soul of samurai'.

Dalam tahun 1542, pedagang Portugis telah berlabuh disebuah pulau bernama Tanegashima dan membawa senjata iaitu musket(senapang). Portugis memperkenalkan musket kepada warlord Tanegashima, dan beliau segera minta tunjuk ajar Portugis berkenaan cara menggunakannya.

Bermula dari saat itu, Jepun diperkenalkan kepada senapang oleh Portugis. Mereka memanggilnya 'tanegashima' mungkin semperna nama pulau itu. Mula-mula senapang diperkenalkan, sebahagian besar samurai melecehkan daimyo atau warlord yang menggunakannya. Ramai mereka memanggilnya sebagai 'coward weapon'.

Kepada samurai yang menganggap pedang sebagai suci dan senjata sejati orang Jepun, mereka akan memandang rendah golongan yang menggunakan musket ini. Menembak musuh dari jauh dan tidak bertempur secara 'face to face' dan melee merupakan satu sikap hina bagi samurai yang tinggi moralnya. Tidak banyak daimyo yang menggunakan musket kerana takut dilabelkan pengecut.

Walaubagaimanapun, seorang daimyo muda dari Owari bernama Oda Nobunaga akan mengubah segalanya. Oda Nobunaga menjadi daimyo ketika berumur 17 tahun. Ketika beliau mula menjadi daimyo, jirannya yang lebih kuat bernama Imagawa Yoshimoto berniat melalui kawasannya untuk ke Kyoto dan menjadi Shogun.

Oda bermesyuarat dengan panglima-panglimanya dan mereka semuanya berpendapat lebih baik Oda membiarkan Imagawa melalui kawasannya tanpa penentangan kerana tentera mereka sangat kecil. Oda terlalu angkuh untuk membenarkan kawasannya dilalui tanpa dicabar.

Dengan bersusah payah, akhirnya daimyo muda ini berjaya mengumpul tenteranya seramai 2500 orang bagi menentang tentera Imagawa seramai 30000 orang. Imagawa berehat di sebuah tempat bernama Dengaku-hazama. 

Oda menyerang Imagawa dengan tenteranya yang kecil. Kelebihan Oda adalah dia sangat mengenali selok belok tempat berkenaan dan dengan serangan kilat dan mengejut, Imagawa gagal bersedia dan akhirnya tewas ditangan Oda. Peperangan yang dinamakan 'Battle of Okehazama dimenangi oleh Oda hanya selama 15 minit. 15 Minit sahaja dan daimyo yang berusia 17 tahun ini berjaya menghancurkan sebuah clan. 

Imagawa clan tidak bangkit lagi selepas itu. Akibatnya, seorang pegawai muda bernama Matsudaira Motoyasu telah bebas dari cengkaman Imagawa, berjaya menubuhkan clan sendiri dan menukar nama kepada Tokugawa Ieyasu, pengasas Keshogunan Tokugawa.

Oda Nobunaga seorang yang berani. Perang Okehazama merupakan bukti beliau berani mencabar musuh yang lebih kuat. Oda juga sangat revolutionary, dan selalu mengenepikan adat resam atau convention  jika menguntungkan. Ini meyebab beliau dipanggil 'Simpleton of Owari' atau 'Si dungu dari Owari'.

Oda sangat berminat dengan tanegashima atau coward weapon ini. Beliau sudah nampak potensi senapang sebagai senjata masa depan. Ketika daimyo lain masih berminat dengan calvary, heavy infantry dan pasuka n pemanah,  Oda sudah menyiapkan pasukan musketnya.

Di zaman Sengoku Jidai, hanya Takeda Shingen merupakan warlord yang beliau geruni. Shingen juga merupakan seorang daimyo yang handal berperang, dan sangat tidak menyenangi Oda kerana beliau seorang muda yang kurang ajar. Shingen sebagai penganut agama Buddha yang taat memusuhi Oda kerana Oda membunuh 3 ribu sami dalam usaha Oda menumpaskan gerakan Ikko-ikki(gerakan sami Buddha yang memusuhi Oda).

Suku Takeda ini sangat terkenal dengan serangan tentera berkuda mereka. Shingen meninggal dunia pada tahun 1573, dan diganti oleh anaknya, Takeda Katsuyori. Katsuyori mengingkari amanat ayahandanya yang berpesan jangan menyerang mana-mana tokoh apabila Shingen mati.

Dalam 'Battle of Nagashino', Katsuyori telah menggunakan senjata ampuh suku Takeda iaitu serangan berkuda(calvary charge) yang selama ini digeruni oleh seluruh Jepun. Sementara Oda Nobunaga telah menyiapkan tentera jalan kaki yang bersenapang.

Kelemahan cowar weapon ini adalah perantara satu tembakan dengan satu tembakan yang lain. Musket atau senapang zaman itu menggunakan percikan api untuk meledakan belerangnya. Dari satu tembakan kepada satu tembakan mengambil proses selama 15 minit. Dengan kelajuan tentera berkuda Takeda, mungkin unit senapang ini gagal menghentikan serangan ini.

Oda menyelesaikan masalah itu dengan menyediakan tiga kumpulan seramai 1000 orang setiap kumpulan. Sementara satu kumpulan melepaskan tembakan, satu kumpulan bersedia, dan kumpulan akhir mengisi peluru dan meledakan belerang.

Apabila suku Takeda melancarkan serangan tentera berkuda mereka, unit senapang ini menembak tanpa henti setelah Oda merevolusikan cara melepaskan tembakan. Tembakan tanpa henti dari hanya 3000 tentera senapang ini menghentikan serangan tentera berkuda Takeda, mereka keliru dan tidak organised, dan membenarkan tentera berkuda Oda membunuh mereka tanpa belas. 

Nagashino merupakan kemenangan Oda terhadap keluarga Takeda, dan Takeda tidak bangkit lagi kemudiannya. Kemenangan ini juga kemenangan senjata yang selama ini dicemuh sebagai 'coward weapon'. Selepas itu, tanegashima dikenali dengan nama tekko atau firearm. Kemenangan Oda ini menjadikan arquebusier(tekko) ini menjadi senjata hampir keseluruhan daimyo Jepun selepas itu.

Moral dari cerita ini, walaupun senjata yang dianggap pengecut atau apa-apa label yang diberi sebenarnya tetap berguna jika ia memang berguna. Pedulikan cemuhan orang, yang penting ia berguna. Pedulikan juga adat resam dan moral code yang dibuat asalkan bukan dari Quran.

Jadi bukan 'maruah' penting tapi menang. Matlamat memang menghalalkan cara.








Saturday, December 11, 2010

Planet of the Apes

Beberapa hari lepas Husin Lempoyang bercerita tentang beruk. Kemudian dunia blogosphere dari yang picisan hingga ke yang establish seperti Big Dot Com dan Shamsul 'Marahku' menulis diblog mereka 'beruk' mana yang akan ditemui jika kita google 'beruk'.

Kemudian rumour bertiup, seseorang akan dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri. Dalam usaha BN memenangi pilihanraya ke 13 untuk keluar dari 'sumpahan' kurang majoriti dua per tiga, kerajaan perlu usaha yang lebih dari biasa. Sepatutnya sudah banyak 'apes' dalam kabinet perlu digugurkan, sebaliknya, lebih banyak apes dikatakan akan menyertai kabinet.

Betul salah belum tentu kerana segalanya hanya rumour. Jika benar, welcome to planet of the apes apabila manusia yang sepatutnya intelligent diperintah oleh beruk-beruk. 

Monday, December 6, 2010

Anak Cucu Akan Kenang Melayu Sebagai Bangsa Bodoh.

Lagi isu 'Ketuanan Melayu' ini dimanipulasikan. Sebagai orang Melayu dalam negara demokrasi, kita bebas memilih apa jua idealogi atau parti untung disokong, tetapi menyetujui ketuanan Melayu perlu ditukar dengan ketuanan rakyat adalah membawa kemusnahan kepada orang Melayu.

Pertama sekali sebelum berhujah, fahami dulu konsep 'Ketuanan Melayu.' Saya sudah terangkan dalam posting sebelum ini. Sebelum mengulas sesuatu kita kena fahami sejarahnya dulu jika tidak ia boleh mengelirukan ummah. Sila baca asal usul istilah 'Ketuanan Melayu' yang memang tidak ada dalam perlembagaan dalam blog Panglima Perang Cyber. Klik sini.

Saya ulangi, Malay Dominance, Malay Supremacy atau Ketuanan Melayu adalah konsep yang sering di salah erti. Maksud asalnya adalah Melayu penduduk asal. Period. Ianya tidak bercanggah dengan Islam. Period. 

Asalnya sebelum merdeka, Inggeris yang telah mengimport sekian banyak buruh dan perdagang bukan Melayu ingin menyerapkan mereka ke dalam Tanah Melayu dan menghapuskan Melayu sebagai penduduk asal ditentang oleh orang Melayu. Ini namanya Malayan Union.

Mereka - kaum bukan Melayu - masih belum warganegara Tanah Melayu, tetapi kaum yang terpelanting dari induknya. Mereka ingin tinggal di sini dan ingin menjadi warganegara. Melayu berbaik hati menerima mereka walaupun mereka masih belum warganegara mana-mana negeri Melayu ketika itu.

Mereka bersetuju mengakui Melayu sebagai penduduk asal atau tuan kepada bumi Tanah Melayu. Kata Dr. Asri 'Ketuanan Melayu' bercanggah dengan Islam kerana mana-mana konsep 'tuan' memang bercanggah. Bagaimana bangsa Melayu yang lebih ramai susah dari kaya ini boleh menjadi tuan kepada bangsa yang lebih kaya dan berjaya? Sejak awal lagi ini bukan erti sebenar 'Ketuanan Melayu.'

Saya mencadangkan kepada semua pembaca yang membaca posting ini, sila rujuk kepada posting Kuda Kepang yang bertajuk Ketuanan. Permuafakatan. Kewarganegaraan. Perlembagaan.

Baca penuh keseluruhan posting itu kerana ianya sangat penting memahami agenda bukan Melayu. Bangsa Melayu yang telah ditindas dan dijajah selama 446 tahun kehilangan digniti, maruah dan harga diri. Selepas merdeka bukan mudah untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu bahawa mereka bangsa yang mampu.

Ketuanan Melayu sering dikaitkan dengan UMNO. Tidak mengapa jika kita tidak menyokong UMNO tetapi jika majoriti orang Melayu menolak diri mereka sebagai 'tuan rumah' kepada Malaysia, satu masa nanti Melayu akan jadi hamba. Muncul sebuah parti yang kononnya adil dari insal kamil lagi mutakamil yang menolak 'daulah Melayu/Islam' dan kita sokong, walhal partinya sendiri gagal menjadi adil kepada kaum minoriti.

Satu hari nanti ummah Melayu yang berpecah kerana diperkotak katik oleh orang-orang politik akan mengalami penjajahan kedua. Jika bukan Melayu menang dalam pencaturan ini dan mereka menjadi dominance dan supreme, maka banyak keistimewaan Melayu dan Islam akan hapus. 

Ingat Palestine dan Yahudi. Ketika itu, anak cucu kita akan kata: 'mengapa nenek moyang aku bodoh?"


Saturday, December 4, 2010

Ketuanan Melayu Tak Islamik?

Saya ingin mengulas artikel Dr. MAZA dalam Minda Tajadid. Baca sini.

Artikel itu bertajuk 'Iktikad Ketuanan Melayu Menyanggahi Islam'. Pertama saya bersetuju dengan beliau jika 'Ketuanan Melayu' ditilik dari segi semantik atau bahasa yang mana 'ketuanan' berasal dari perkataan 'tuan'. Tuan maknanya pemilik dan tiada siapa memiliki sesiapa kecuali Allah memiliki hambaNya.

Beliau juga memberi pandangan Ketuanan Melayu berbeza dengan 'hak-hak istimewa orang Melayu'. Dalam Islam tidak ada 'the chosen race' seperti konsep bangsa kepada orang Yahudi. Saya setuju sepenuhnya dengan beliau.

Bagi saya, konsep 'Ketuanan Melayu' ini timbul bukan dengan tujuan untuk mengangkat martabat bangsa Melayu sebagai tuan kepada bangsa yang bukan Melayu. Istilah ini ada kaitan dengan perisitiwa dan kejadian politik. 

Ini kerana realitinya bangsa Melayu bukan bangsa yang boleh dibanggakan dari segi ekonomi, jatidiri dan kebudayaan. Masih ramai Melayu yang miskin dan masih belum ramai yang benar-benar menguasai ekonomi. Maksud 'Ketuanan Melayu' ini timbul kerana cabaran dari bukan Melayu yang mengatakan Melayu bukan penduduk asal.

'Tuan' di sini bukan bererti 'master' yang memiliki, tetapi 'host' atau 'tuan rumah'. Oleh kerana Melayu 'tuan' yang menduduki Tanah Melayu ini sebelum kaum lain, maka kaum lain setuju mengiktiraf 'hak-hak istimewa orang Melayu'. Jadi ke 'Tuan' an ini ertinya Melayu penduduk asal, menghapuskannya bererti menghapus sekali hak-hak istimewa mereka seperti konsep Malayan Union.

Lagipun, selain dari kegemilangan Melaka, dan kerajaan-kerajaan Melayu sebelumnya, atau pasca penjajahan, tidak ada apa yang nak dibanggakan menjadi Melayu, apa lagi hendak menjadi tuan kepada kaum lain.

Melayu hanya berjuang untuk survival mereka sahaja.

Friday, December 3, 2010

Siapa Control Blogger?

Peranan para blogger sudah mula diiktiraf. Sebenarnya sebelum PRU ke 12, blog digunakan sebagai saluran menyampaikan maklumat oleh golongan yang dinafikan oleh media perdana. Tun Abdullah dengan Kallimullah menyekat orang yang tidak setuju dengan dasar mereka dari menyuarakan pendapat mereka dari arus perdana. Tokoh paling besar yang menjadi mangsa ketika itu adalah Tun Dr. Mahathir.

Walaubagaimanapun, pembangkang sudah lama menggunakan blog ini sebagai penyampai maklumat dan propaganda yang berkesan. Seperti kata Datuk Ibrahim Yahya, tidak seperti media konvensional seperti akhbar-akhbar, blog menerobos masuk ke mana sahaja tanpa sekatan. 

Baru-baru ini Utusan Malaysia mengeluarkan ranking 100 blogger mengikut traffik paling ramai dikunjungi. Statistik menunjukkan, blogger mesra kerajaan melebihi blogger pembangkang dari segi kunjungan. Penulis artikel berkenaan, Zaini Hassan mengiktiraf blog sebagai media berpengaruh masa kini, malah beliau mengakui lebih berpengaruh jika dibanding dengan akhbar atau media konvensional. Baca sini.

Sementara itu, seorang blogger otai, Braveheart telah mengimbau semula sejarah penubuhan Blogger Pembela Negara yang dilakukan secara sukarela oleh beberapa orang individu yang tidak mempunyai kepentingan politik selain membela kerajaan BN yang mereka yakini dapat menjaga Malaysia dengan lebih baik.

Ada dua artikelnya yang menarik. Artikel pertama dibawah tajuk Pro Kerajaan Menguasai Blog, Mana UMNO Sebenar?  dan Mengimbau Kenangan - Blogger Pembela Negara.

Dalam artikel pertama, beliau menyoal peranan UMNO yang sebenar kerana boleh dikatakan selama ini blogger cambah sendiri. UMNO tidak menyediakan kemudahan dan latihan  yang intensif dalam menyediakan cyber troopernya. Memang ada sekali sekala usaha tetapi hanya sekadar melepaskan batuk ditangga. UMB atau Unit Media Baru boleh dikatakan gagal jika di ukur dari segi produktivitinya.

Dalam artikel kedua, beliau bernostalgia sejarah awal penubuhan BPN. Ada antara rakannya sudah menjadi tersohor dan elit, ada yang tercicir, malah ada yang bersara seperti blogger Kumbang. Turut dimuatkan adalah senarai asal ahli BPN serta tarikh mereka mula berblog. Dan mereka melakukannya secara sukarela.

Sejak akhir-akhir ini, nampaknya memang dunia blog diwarnai oleh golongan yang 'menjaga' blogger. Golongan yang 'manjaga' blogger ini bukan usaha UMNO tetapi usaha segelintir orang-orang yang mempunyai kepentingan dan berupaya dari segi kewangan. Ini mewujudkan golongan 'blogger elit' yang menjadi blogger sebagai career. Mereka dibayar. Baca sini.

Seperti politik wang, fenomena ini merosakkan dunia blogosphere dan BPN sendiri sudah hilang keaslian serta lari dari matlamat. Semuanya kerana 'komersialisme'. Fenomena ini juga lambat laun akan memecahkan para blogger yang sepatutnya bersatu dalam hal menyokong kerajaan. Mereka akan berpuak dan berpecah mengikut kehendak 'towkey' mereka.

Orang politik - samada pembangkang atau kerajaan - memang cekap menggunakan apa senjata saja yang mampu membunuh musuh mereka. Senjata ini akan diekspoit sebaik mungkin dan blogger akan berguna - sangat berguna - apabila ia mampu membunuh penghalang mereka. 

Tapi ingat jika para blogger tersilap langkah, mereka akan menghadapi masalah hasil dari penulisan mereka. Pertama, kebanyakkan mereka tidak terlatih secara ilmiah kursus kewartawanan kecuali beberapa blogger seperti Syamsul 'Marahku' dan Datuk A. Kadir Jasin sendiri. Kedua kebanyakkan mereka tidak terlatih dari segi perundangan untuk melindungi diri mereka dari saman undang-undang.

Beberapa blogger tersohor seperti Rocky's Bru, A. Kadir Jasin dan Hassan Skodeng sedang menunggu perbicaraan kes-kes saman yang melibatkan blog mereka. Sheikh Kickdefella dan blogger Penarik Baca pernah ditangkap kerana blog mereka. Jika ini berlaku, para blogger tanpa mengira ideologi politik akan melaungkan semangat fraternity mereka sebagai 'fellow blogger'.

Kawan semasa senang mudah dicari, ketika menangis semua lari. Blogger tidak ada siapa yang peduli dimasa jatuh mereka, apa lagi jika mereka sudah tidak berguna politically. Tidak juga dipedulikan oleh 'paymaster' mereka. Blogger hanya akan mencari rakan blogger juga untuk bahu membahu minta sokongan.

Maka bertempiklah kita minta bantuan rakan-rakan blogger yang kita tinggalkan ketika kita menjadi 'elit'. Pada 24 September, di mahkamah seksyen PJ ketika perbicaraan kes saman TNB terhadap Hassan Skodeng, blogger Mahaguru memberitahu Rocky's Bru sampailah masanya blogger-blogger bersatu menentang kezaliman. Katanya: "authorities are not done with intimidating us".

Dan jawapan Rocky adalah: "Yeah, easier said than done. The Malaysian blogosphere is so fragmented, Mahaguru. Divided and ruled by politicians." Untuk ke artikel penuh, klik sini.

Yeah you were so right Datuk Rocky, as you being referred as Penghulu Blogger. Open and read Niccolo Machieavelli's The Prince; you will find this: "Don't put your trust on princes." 

Jangan sesekali mempercayai bulat-bulat orang politik - tidak kira parti apapun mereka.

Wednesday, December 1, 2010

Ketuanan Rakyat.

Kogress PKR sudah berakhir. Banyak yang menarik tentangnya. Antaranya apabila bukan Islam menghuraikan dengan panjang lebar tentang makna Al Quran sedangnkan beliau masih belum beriman dengan ajaran Allah, maka ini antara liberal a'la PKR.

Anwar merupakan anugerah Allah atau 'Godsend' buat rakyat Malaysia., kata Wan Azizah. Saya merasakan, Anwar sendiri yang buat teks ucapan Wan Aziziah itu, dan selain dari isteri memuji suami, comfirm Anwar satu golongan dengan Kkairy Jamaludin - mendapat penyakit narcissus aka syok sendiri.

Paling menarik apabila Wan Azizah minta dihapuskan Ketuanan Melayu dan gantikan dengan ketuanan rakyat. Dengan retorik ini, Wan Azizah berharap seramai 28 juta rakyat Malaysia sebagai rakyat akan menyokong PKR. Jangan terpedaya dengan retorik ini.

Wan Azizah sebenarnya hanya melaungkan semula perjuangan DAP dengan Malaysian Malaysianya. Jika tidak ada Ketuanan Melayu maka hasrat DAP menjadikan Malaysia sebagai Malaysian Malaysia akan mudah tercapai. 'Rakyat' hanya bidak untuk mengumpan Melayu dengan gambit murahan PKR.

Jadi rakyat mana yang hendak diperjuangkan?

Wan Azizah mendakwa Ketuanan Melayu disalahgunakan oleh UMNO untuk membenarkan mereka merompak rakyat atas nama Melayu. Tuduhan yang sama dilemparkan oleh mereka terhadap Dasar Ekonomi Baru sebelum ini. 

Mari kita imbasi sejarah. 

Dalam Revolusi Perancis, 'rakyat' bangkit sebagai mob dan memaksa raja turun takhta. Kemudian rakyat yang ramai itu tidak boleh memerintah Perancis dan akan melantik 'orang-orang' tertentu untuk menjadi 'kerajaan'. Dan 'orang-orang' tertentu itu yang kononnya dari kalangan rakyat menjadi monster dan menjadi lebih kejam dari raja.

Robbiespiere dan 'Reign of terror' memancung lebih banyak kepala orang Perancis - bersalah atau tidak - atas nama rakyat. 'Gerakan Rakyat' ini akhirnya bertindak lebih zalim dari raja yang mereka gulingkan. Komunis Russia menggulingkan Czar atas nama 'People of Soviet.' Komunis Rusia membunuh dan menzalimi rakyat Rusia lebih zalim dari Czar. Semuanya atas nama rakyat.

Jadi PKR bukan parti pertama menggunakan 'rakyat' sebagai extra value menarik orang ke partinya yang kian hancur. Memang ada segelintir Melayu liberal yang berminat dengan konsep 'sama rata sama rasa' tetapi  masih ramai Melayu yang takut mereka kehilangan kuasa. 

PKR ingin memberi gambaran mereka perjuang rakyat dan tidak seperti UMNO yang mengenyangkan tembolok masing-masing, tetapi mengapa Ketuanan Melayu menjadi mangsa? Jika ketelusan yang PKR dambakan, mengapa ahli India mereka wiped out kesemuanya dalam pemilihan pucuk pimpinan.

Ketuanan apa dalam PKR sekarang? Bangsa apa Azmin Ali, Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah dan  Shaifudin Nasution? Mana kaum minoriti yang mereka perjuangkan?

Jika PKR gagal menghapuskan Ketuanan Melayu atau Malays dominance dalam partinya sendiri kerana majoriti ahli PKR Melayu, dan mereka tidak senang juga melihat kaum lain dominan dalam parti mereka, apa beza PKR dengan UMNO? 

Sebenarnya ketuanan rakyat ini hanya retorik untuk meraih sokongan bukan Melayu, dan Melayu liberal. Jika UMNO jaguh ketuanan Melayu, PKR lebih teruk kerana mereka jaguh 'Ketuanan Anwar.'




Tuesday, November 30, 2010

Celoteh Aneh Menjelang Perlawanan El Classico.

Saya makin sibuk sekarang ini dan masa untuk menulis mungkin berkurangan. Ada beberapa perkembangan yang sihat menyebabkan satu aset berharga saya iaitu masa terlepas untuk saya menulis sebanyak mungkin. Tapi saya tetap akan menulis walaupun dihambat kesibukan - insyaAllah.

Dalam profile diblog ini pernah saya tulis saya sebagai 'full time thinker'. Itupun ada orang tidak senang dan melemparkan bermacam kata-kata terhadap saya. Dan 'orang-orang' itu datangnya dari Jerantut. Ingin menjadi 'full time thinker' pun ada orang marah sedangkan saya tidak hijack projek mega sesiapa, tidak juga berangan untuk merampas kerusi ADUN atau ahli Parlimen Jerantut.

Itu antara reason saya menyiarkan tentang Karl Marx dan 'confession'nya. Favourite occupation Karl marx merupakan 'bookworming'. Maknanya, pekerjaan kegemaran Karl Marx adalah ulat buku. Di dunia barat segalanya itu mungkin. 

Di Malaysia, aspirasi saya ingin menjadi 'full time thinker' merupakan 'dosa' dan menjadikan saya alien dari planet zargot, mungkin menyalahi peribadi saya sebagai Melayu. dan sebagai Melayu saya perlu kekal bodoh, pemungkor dan hanya kejar projek mega. Duit adalah segalanya.

Saya berblog kerana hanya satu tujuan - adanya keresahan jiwa saya terhadap persekitaran saya yang tidak dapat saya ubah melalui tindakan atau perbuatan. Tidak juga saya mengharap tulisan saya boleh mengubah apa-apa. Saya hanya insan kerdil yang mungkin hanya 'small time thinker'.

Saya bukan menulis kerana rating untuk menjadi popular hingga masuk dalam golongan 'blogger elite' yang mendapat bayaran dan dijaga oleh orang tertentu. Saya tidak sanggup jadi seperti apa yang disifatkan oleh blog Gelombang Wangsa Maju sebagai BLOGGER FIRAUN KECIL. Demi Allah saya tidak akan melacurkan sedikit sebanyak bakat saya.

Saya juga bukan menulis supaya 'orang atas' pandang saya untuk saya menjadi pemimpin. Saya juga tidak menulis kerana hendak bersaing sesama blogger siapa paling popular. Jika idea kita bernas, seratus tahun akan datang penulisan kita tetap mendapat perhatian kerana emas yang asli tidak akan bercampur dengan loyang. Lambat laun, emas sepuh akan hilang keasliannya.

Kickdefella menulis tentang kesengsaraan Vincent van Goth dalam Vincent - Kesedihan Abadi Selamanya. Sebagai artis, van Goth miskin, melara dan pernah menjual karya-karyanya dengan hanya menukar dengan sedikit makanan dan pekakas lukisan. Semasa hidupnya, lukisan beliau tidak diiktiraf, namun kematiannya menjadikan karyanya masterpiece. Setahu saya, hanya Piccaso seniman yang terkenal dan kaya semasa hidupnya. Yang lain semuanya merempat.

Namun seniman tetap akan memberontak terhadap persekitarannya. Steinbeck memberontak terhadap kemiskinan dan jurang antara 'have' and 'have not'. Hemingway memberontak terhadap hidup yang baginya kosong. Manusia seperti sentiasa terpaksa bertarung dengan alam untuk mengisi makna kewujudannya. 

Franz Kafka memberontak terhadap privacy yang tidak wujud kerana sebagai seorang Yahudi Austria, beliau dihantui oleh penindasan Nazi German, dan semasa kecilnya Kafka tidak mempunyai bilik sendiri, bapanya sering bebas keluar masuk untuk membaca surat-surat peribadinya. 

Seniman tahu apa yang diberontakkan itu tidak akan seleasai dan tidak akan ada penyelesaian. Keresahan ini menimbulkan rasa syahdu dan kerinduan untuk melepaskan sesuatu gelora yang tersimpan akibat rasa sensitif mereka menafsirkan alam dan manusia mengikut 'sensibility' kesenian mereka. Ini melahirkan tema.

Mungkin manusia yang digarap, cerita dihikayatkan boleh berlaku dimana-mana, namun keuniversalan tema mereka seperti kemiskinan, keresahan, kemelaratan, ketidakadilan ekonomi dan sosial, ketamakan merupakan tema yang universal melangkaui batas agama, budaya, bangsa dan negara.Ianya hanya kisah suka duka manusia.

Saya akhiri posting aneh saya pagi ini dengan maxim kegemaran Karl Marx : "Nihil humani a me alienum puto"

atau


"I consider that nothing human is alien to me."

Monday, November 29, 2010

Media Baru.

Era baru, strategi baru. Siapa yang mengamalkan strategi lama, atau enggan berubah, akan rebah. Beberapa ahli politik yang masih memiliki mentaliti zaman Jurassic, merupakan dinosour politik yang akan pupus. Inilah rumusaan keadaan yang berlaku selepas PRU ke 12.

Sebelum PRU ke 12, pemimpin BN/UMNO memandang remeh para blogger. Mereka cuba menguasai media perdana dan mengabaikan media baru. Malah salah seorang pemimpin sayap ketika itu memanggil blogger 'beruk'. Akhirnya title 'beruk' itu kembali kepadanya. Baca sini.

Selepas PRU ke 12, BN baru memahami selama ini senjata ampuh untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat adalah melalui media baru. Antara rahsia kejayaan PKR sehingga mereka mengangkat diri mereka sebagai 'government-(forever)-in-waiting' adalah  sms based, blog, tweeter dan facebook.

Saya mula membuka akaun facebook pada tahun 2006. Ketika itu Myspace dan Friendster lebih popular. Saya tidak temui seorang pun orang politik berjawatan menteri dalam facebook semasa saya mula-mula membuka facebook. Selepas PRU ke 12, facebook dihuni oleh semua lapisan masyarakat dari tok empat, ketua cawangan, ketua bahagian hingga ke Perdana Menteri. Alhamdulillah, mereka berubah.

Ini bermakna, kerajaan mula mengakui pentingnya media sosial dan media baru. Malangnya dalam kabinet masih ramai dinosour politik yang gagal memahami - dan membaca - realiti baru. Tun Mahathir pernah sekali berucap bahawa para journalist merupakan golongan yang berpengaruh - malah lebih berpengaruh dari beliau yang hanya sekadar ahli politik.

Ketika Tun Mahathir membuat ucapan itu, media baru ini masih belum wujud. Malangnya bagi sesetengah menteri - dan kebanyakkan ahli politik lapisan bawahan seperti ADUN dan ahli parlimen - mereka masih hidup di zaman 'pemimpin tahu semua.' Mereka akan meremehkan media baru dan para blogger yang bagi mereka tidak setanding dengan 'kuasa dan pengaruh yang ada pada mereka.'

Jika negarawan ulung memahami batas-batas kuasanya sebagai 'orang politik', ada pemimpin kini yang gagal memahaminya. Seorang blogger tersohor telah menulis dalam blognya berkaitan penglibatan anak seorang menteri dalam hal lobi melobi projek. Blogger berkenaan telah disiasat oleh SKMM, laptopnya dirampas dan dipaksa menyerahkan password blognya.

Tindakkan menteri berkenaan membuka 'Pandora's Box'. Saya merasakan dalam dunia blogosphere; ini merupakan pengetahuan umum. Moralnya mudah. Malaysia dan seluruh dunia sudah berubah apabila adanya ledakan maklumat yang dijana oleh internet. Orang politik kena faham sekarang tidak semua boleh ditutup dan disimpan bawah karpet.

Mana-mana pemimpin UMNO yang masih hidup zaman kegemilangan 'selected tender', atau kautim, mesti memahami UMNO masih parti yang sama, yang berubah sekarang adalah persepsi. Berubahnya persepsi ini bukan kerana maklumat tetapi 'maklumat yang tidak baru tetapi baru difahami oleh rakyat' telah melanda dunia blog, tweeter dan facebook.

Masalah yang sama sekarang berlaku kepada PKR. Setiap tindak tanduk mereka juga diteliti dan dihuraikan oleh blogger. Mereka tidak bebas menggunakan 'kuasa yang ada pada mereka' kerana setiap penyelewengan akan dibongkar. Imej PKR yang kononnya bersih dan telus juga telah tercalar dek 'maklumat yang baru' itu sudah sampai kepada rakyat.

Pengajaran kepada BN jika mahu kekal memerintah adalah, seperti kata PM Najib, juarailah media baru. Alhamdulillah, sudah banyak juga blogger pro BN yang sudah ada 'ummp'. Dulu dikatakan blog pro BN tidak ada umph, dan BN berjaya belajar dari musuh dan membaiki 'senjata itu' dengan lebih tajam.

Namun pengajaran yang paling penting BN perlu fahami adalah, insaflah, menteri-menteri perlu faham mereka bukan lagi berkuasa penuh. Semuanya sudah diteropong dan dihidangkan dizaman 'third wave' ini. Jadi mana-mana menteri yang tidak faham realiti baru ini, masih hidup dalam zaman 'closed tender', eloklah berundur jika tidak menjadi liabiliti kepada BN.

Menjadi menteri bukan lagi bererti berkuasa penuh, memberi dan mengagihkan  projek kepada kroni, mengamalkan korupsi dan paling penting, bukan jalan untuk cepat kaya dan mengkayakan kroni. 

Zaman sudah berubah.