Followers

Sunday, January 2, 2011

Khairy Merajuk?

Rocky's Bru menulis tentang ini dalam posting bertajuk KJ Merajuk?

Dalam STAR, KJ mengesahkan beliau tidak akan bertanding di parlimen Rembau. Rocky's Bru memberi kemungkinan KJ akan bertanding di negeri yang mana selalunya dilihat sebagai laluan untuk menjadi MB kepada mana-mana tokoh nasional.

Saya tidak merasakan demikian, KJ bukan mengorak langkah untuk menjadi MB. Ini bukan era beliau boleh menentukan banyak hal seperti zaman bapa mentuanya Perdana Menteri. Mungkin KJ merasakan laluan politiknya semakin getir. Tidak ada lagi payung dan penaung.

Benar kata-kata seseorang yang saya sudah lupa siapa pengungkapnya: "Orang yang berlari laju dalam perjalanan yang jauh, dia akan cepat letih".

Omak, den dah lotih.

3 comments:

dzimba said...

satu berita yang baik dan tiada sudah duri dalam daging dalam BN/UMNO. Bagi masa pada dia berfikir samada mahu BN/ atau PKR

Ular Menyusur Akar said...

Ha, ha, ha....Saya tau siapa yang mengungkapnya.. Saya pun naik angin selepas ungkapan itu di ucapkan.

Selamat jalan KJ.

usin said...

yes!yes!yes! doa den hampir makbul..