Followers

Thursday, January 6, 2011

Angin Pilihanraya.

Datuk A Kadir Jasin meramalkan pilihanraya akan diadakan lebih awal dari mandat parlimen yang sepatutnya berakhir Mac 2013. Dari segi teori, pilihanraya boleh diadakan lebih lewat dari itu iaitu selama 60 hari selepas tempoh mandat berkenaan. Namun angin pilihanraya sudah semakin kuat bertiup. Baca di blog Datuk A. Kadir Jasin disini.

PM Najib yang telah mengambil alih pucuk pimpinan dari Tun Abdullah pada April 2009 tidak mengemudi bahteranya sendiri. Sebahagian besar ahli kabinet dan parlimen BN merupakan calon Pak Lah(read Khairy). Sampai masa PM mengadakan pilihanraya dan menentukan hala tuju kepimpinannya sendiri. Persoalannya, sudah bersediakah BN?

Ada beberapa perkembangan yang menarik selepas Tun Abdullah mengundurkan diri. Pakatan Rakyat nampak sudah tidak boleh berpakat, atau pakatan mereka nampak longgar. Keazaman mereka untuk menumbangkan BN tidak diperlihatkan seperti menjelang pilihanraya ke 12. Sudah mula nampak tembelang masing-masing.

Namun demikian, Datuk Seri Najib masih kelihatan gusar,dan sebagai seorang yang terkenal berhati-hati beliau meluahkan pilihanraya akan datang merupakan  'hari penentuan bagi BN' pada 2 Disember 2010 di Phnom Penh. Beliau memang wajar untuk tidak terlalu overconfident.

Ini bukan lagi era dimana laporan 'K10' sangat tepat, atau laporan agensi seperti MIO atau SB atau JASA dan KEMAS extremely accurate. Bukan salah mereka juga kadang-kadang tidak tepat. Mood pengundi cukup mudah disway hingga saat akhir masih boleh berubah kerana isu yang sensitif. Mood pengundi semakin sukar diramal. Mereka hanya mendiamkan diri pada isu-isu mereka tidak gemari, dan mengundi protes ketika pilihanraya.

Lihat sahaja pilihanraya ke 12. Tidak ada satupun agensi kerajaan, ataupun laporan dari sayap UMNO boleh meramal ada bara atau ribut taufan akan melanda BN. Pakatan rakyat yang nampak lemah dalam pilihanraya ke 11 tiba-tiba mampu menawan hingga 4 negeri.

Sebenarnya, seperti kata Datuk A.Kadir Jasin, PRU ke 13 ini merupakan 'hantu' yang ditakuti oleh kedua BN dan PR. BN bimbang mereka akan terus hilang kuasa. PR pula bimbang beberapa kemelut dalam parti mereka baru-baru ini memberi kelebihan kepada BN, lalu melupuskan mereka terus dari 'force to be reckoned'.

Seperti yang pernah saya tulis, apa-apa keputusan pilihanraya ke 13 ini bakal merubah landskap politik Malaysia. Jika BN masih kekal berkuasa, BN - terutama PM - mempunyai talian hayat untuk membetulan kesilapan Tun Abdullah.

Langkah yang pertama KJ perlu dipencenkan, bercuti atau sambung belajar selamanya. Atau ada blogger mengatakan lebih tepat lagi beliau cuba lari bagi menutup 'tengkorak dalam almari'nya. Baca sini.

PM Najib sudah mengorak langkah memantapkan UMNO dengan merombak beberapa ketua perhubungan negeri. Seperti kata Bicara Nobisha, setelah cuba mengukuhkan ekonomi dan memberi tumpuan kepada negara, sampai masa PM Najib sebagai Presiden BN memberi tumpuan kepada pengukuhan parti.

Ini pertanda jelas angin pilihanraya semakin bertiup kencang. Dan lebih ramai lagi apes yang perlu digugurkan untuk memulihkan imej BN. Seperti cerita 10 budak hitam, satu apes dah bersiap untuk digugurkan, tinggal lagi berapa?




1 comment:

Wake UP! said...

Muka-muka baru harus diberikan peluang untuk bertanding di bawah tiket UMNO.

Berilah peluang kepada orang baru. Jangan orang lama saja yang nak monopoli kuasa.