Followers

Sunday, October 23, 2011

Islam Baka.

Masalah juga apabila Bapa Kemerdekaan kita seperti Tunku meletakkan syarat untuk menjadi Melayu adalah Islam. Dari satu segi, saya bangga kerana hanya Melayu di Malaysia perlu Islam sebagai pra-syarat untuk diterima menjadi Melayu dalam perlembagaan. Namun kebijaksanaan ini mempunyai sudut gelapnya.

Di Malaysia adalah taboo jika ada dikalangan kita orang Melayu bernama Paul atau John dan menganut agama selain Islam seperti Kristian. Terbaca diblog-blog yang mendakwa adanya paderi Melayu di Singapura saja sudah menyenakkan benak saya. Kebiasaan atau convention membuatkan bawah sedar saya tidak dapat menerima manusia Melayu sebagai Kristian. Sangat taboo, sangat janggal lalu menyalahi tabii mereka sebagai Melayu.

Namun seperti kata-kata dalam lagu Raihan: 'Iman tidak dapat diwarisi'. Masalah juga apabila keIslaman seseorang Melayu hanya diturun dari ibubapa ke anak dan tidak secara jujur dan secara pasrah kepada Allah SWT. Islam berkembang dengan biaknya di Malaysia dengan hanya membiakkan lebih ramai manusia Melayu - tanpa perlu kefahaman akidah dan tauhid yang sebenar. We all take this for granted.

Maka kita mencipta undang-undang demi undang-undang bagi mememenjarakan manusia Melayu secara fizikal supaya mereka kekal dalam keIslaman mengikut kefahaman perlembagaan iaitu menganut Islam sebagai agama ibubapa mereka. Kita, orang yang memahami akidah Islam tidak mempeduli samada anutan itu merupakan anutan pasrah kepada ungkapan 'Tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhamad itu rasul Allah', atau hanya sekadar catatan dalam kad pengenalan untuk meramaikan statistik umat Islam.

Akidah muslim sebenarnya sangat rapuh di Malaysia ini kerana ramai yang masih gagal memahami Islam sebagai anutan kefahaman untuk pasrah kepada 'God's will'. Mereka mewarisi dari ibubapa, dan itu saja.

Mereka akan menerima Islam sebagai beberapa peraturan yang dibuat oleh pakar bernama 'ulama' tanpa digalak memahami Islam dari sumber sebenar yang diperturunkan oleh Allah iaitu Quran. Kebanyakkan mereka keliru yang mana sebenarnya hukum Allah dan yang mana hukum manusia tapi dibabitkan dengan hukum Allah. Dan, paling mustahak, mereka tidak faham rasional mengapa mereka perlu menjadi muslim selain ianya diturunkan dari ibubapa sebagai budaya dan ritual saja.

Mereka dapat percuma dan tidak menghargai rahmat lahir sebagai muslim. 

Segala undang-undang dan peraturan ciptaan manusia akan tetap gagal tanpa hidayah dari Allah SWT. Rasulullah sendiri gagal mengIslamkan bapa saudaranya Abu Talib dan ditegur Allah dalam Quran soal hidayah adalah soal Allah, hanya Allah menentukan siapa yang akan ditunjukkan jalan lurus dan siapa yang akan terus kekal dalam kejahilan dan kesesatan.

Lebih malang, Islam di Malaysia menjadi alat politik bagi meraih undi. Syukur kita kepada Allah kepada sesiapa yang Allah turunkan hidayah dan yang Allah pandu ke jalanNya. Sesungguhnya, ia tidak dapat diwarisi dari ibubapa yang warak.

Wallahualam bisawab.

Saturday, October 22, 2011

Mikawa-bushi 2

The Great General Takeda Shingen, Lord of Kai and Shinano.


Pertembungan buku dengan ruas antara Shingen dan Kenshin merugikan kedua-dua pihak. Ini memberi peluang kepada Oda Nobunaga meluaskan pengaruh dan kawasannya di Barat Jepun. Beliau bebas memerangi clan Asakura dan Asai Nagamasa. Beliau juga bebas menggunakan Shogun untuk kepentingan politiknya.

Makin jelas Shogun semakin lemah dan tidak mempunyai kuasa sebenar. Menyedari keadaan itu, dan terdesak, Shogun meminta beberapa daimyo besar membantunya bagi menghapuskan cengkaman Oda. Ini termasuk Takeda Shingen dari Timur dan Mori Motonari dari Barat. Tiada seorangpun yang memberi jawapan. Kedua-duanya tidak berani meninggalkan wilayah mereka kerana ancaman jiran yang aggresif.

Oda sebagai seorang pembenci Sohei atau tentera sami Buddha dibawah Liga Ikko Ikki telah memerangi gerakan itu hingga ke akar umbi. Dalam satu serangannya ke biara, Oda telah membunuh tiga ribu orang rahib samada lelaki dan wanita kerana kebenciannya terhadap campurtangan sami buddha dalam politik Jepun.

Ini menimbulkan kemarahan Shingen dan Kenshin, dan kedua-duanya merupakan penganut Buddha yang fanatik. Shingen dan Kenshin setuju berdamai, untuk memberi laluan kepada Takeda Shingen memerangi Oda Nobunaga.

Akhirnya, apa yang ditakuti oleh Oda menjadi kenyataan. 'Monyet Gunung', seperti ejekan yang sering dilemparkannya telah keluar dari gunungnya. Kali ini beliau mula menyerang Oda Nobunaga. Seluruh Jepun menggeruni serangan berkuda dari unit cavalry Takeda yang tiada tolok bandingnya, termasuk Oda Nobunaga yang gagah berani itu.

Tugas untuk menghalang kemaraan Takeda Shingen terletak pada Tokugawa Ieyasu, sekutu Oda yang menjadi buffer state antara Kai dengan Owari. Sebelum sampai ke Owari, Shingen perlu melalui kawasan Tokugawa iaitu Mikawa. Sebagai seorang kepala perang yang ampuh, tidak sukar bagi Shingen mengalahkan 'the young upstart' seperti Tokugawa.

Dalam pertempuran yang dikenali dengan nama Mikata-ga-hara, samurai Shingen telah mengalahkan tentera Tokugawa dengan mudah.Serangan demi serangan dari tentera berkuda Shingen yang dikepalai oleh Yamagata Masakage, Baba Nobufasa, Kosaka Masanobu dan anak Shingen, Takeda Katsuyori telah menghancurkan sama sekali tentera Tokugawa.

Tokugawa telah melarikan diri ke Hammatsu Castle, berkubu di situ dan menunggu nasib menimpanya. Dalam sejarah hidupnya, pertempuran ini paling hampir mengorbankan nyawanya. Legenda mengatakan, sebaik tiba di Hammatsu Castle, beliau mengarahkan seorang artis mempotretkan wajahnya, bimbang jika beliau terkorban, anak cucunya tidak akan mengenali wajah kepala keluarga Tokugawa.

Sebelum Shingen menyerang Tokugawa Ieyasu, beliau telah membuat perjanjian dengan suku Asakura untuk memberi tekanan kepada Oda dari Barat, supaya Oda tidak dapat membantu sekutunya. Namun demikian, Oda telah menghantar seramai 3000 askar bagi membantu Tokugawa di Mikata-ga-hara.

Kemenangan Shingen di Mikata-ga-hara membuka ruang untuk menyerang Oda secara langsung. Shogun sudah mula kegembiraan. Oda juga dalam bahaya kerana belakangnya sudah terdedah. Hanya tinggal satu halangan antara Oda dan Shingen iaitu Tokugawa. 

Dalam usaha Shingen menakluk Hammamatsu Castle, daimyo agung ini telah terkena tembakan sniper dikepalanya. Beberapa hari kemudian, Shingen telah meninggal dunia, dan sempat berwasiat setelah kematiannya, beliau mengarahkan tenteranya pulang ke Kai, rahsiakan kematiannya selama tiga tahun dan jangan menyerang mana-mana musuh pun. Peristiwa ini telah difilemkan oleh Akira Kurusawa dalam filem 'Kagemusha'.

Hanya kematian mengejut daimyo yang digeruni ini mengurangkan ancaman dari jentera perang Takeda yang digeruni, terutama calvarynya. Dan kematian ini memberi talian hayat kepada Tokugawa serta sekutunya Oda Nobunaga. Shogun kembali bermuram durja.

Bersambung




Friday, October 21, 2011

Gutter Politic - Kedua-dua Pihak Mesti Berhenti.

Apabila anak Lim Guang Eng dibabitkan dalam isu 'Ramas Tetek', maka melompat Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng. Begitu juga dengan penyokong-penyokong DAP yang lain. Saya memang consistent menentang pembabitan tokoh politik dengan keluarga mereka jika keluarga mereka tidak terlibat dalam politik.

Dan saya sentiasa percaya salah bapa tidak patut ditanggung oleh anaknya. Dan vice versa.

Malaysia sepatutnya mengorak langkah kepada politik yang lebih bermanfaat kepada rakyat. Ahli politik tidak sepatutnya mengambil alih publisiti murahan a'la artis dengan isu-isu peribadi yang melibatkan keluarga mereka. Mereka tidak perlu menjadi glamour kerana isu 'ramas tetek', 'China Doll' dan 'berzina di Puduraya'.

Dalam isu terbaru, Lim Guang Eng menyalahkan UMNO dan cybertroopernya. Masalah cybertrooper baik ia dari pembangkang atau dari UMNO, mereka memainkan isu peribadi. Milo Suam dan Topeng Perak Unmasked sebagai contoh, adalah cerminan Parpu Kari dan Papa Gomo di belah UMNO.

Apa yang menghairankan saya, jika pihak cybertrooper pro PKR melakukan kesalahan yang sama, contoh mengeluarkan gambar anak Datuk Nazri Tan Sri Aziz atau anak Perdana Menteri, pemimpin pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng mendiamkan diri, malah turut serta spin dalam blog dan twitter.

Apabila terkena ke batang hidung sendiri, mereka melompat menuduh UMNO/BN sebagai pengamal politik kotor, atau 'gutter politic'. Mereka menyerat pemimpin UMNO/BN sebagai dalang.

Dr. Chua Soi Lek, salah seorang yang terkena mainan 'gutter politic' lebih rasioanal apabila beliau mengakui, politik kotor adalah mainan dua belah pihak. Setidak-tidaknya ada yang berani memanggil 'a spade, a spade'.

Dan bila terkena atas batang hidung Chua Soi Lek sebelum ini, beliau tidak merengek macam budak-budak baru belajar politik a'la Malaysia seperti LGE dan bapanya. Malah beliau tanpa ragu melepaskan jawatan dan berani tampil mengakui beliau pelakun dalam CD berkenaaan.

Chua Soi Lek tidak menafikan hingga minta qazaf dan empat orang saksi, tidak meletakkan jawatan kemudian menarik balik seperti halnya Elizabeth Wong. Ironinya, Anwar dan Eli Wong lantang bercakap soal moral dan 'gutter politic'.

Untuk berlaku adil, saya gesa semua pihak kembali matang berpolitik, tinggalkan fitnah dan 'gutter politic'. Malaysia memerlukan ahli politik yang boleh menyumbang kepada masyrakat, bukan sekadar men 'spin' untuk menganjak persepsi pengundi untuk membenci parti lawan masing-masing.

For Malaysia, and for a better tomorrow.

Thursday, October 20, 2011

Orang Kaya Bukan Lagi Winnable Candidate?

Menarik membaca posting terbaru Outsyed The Box: Winnable Candidates.

Untuk berlaku adil, Syed Akhbar Ali menyatakan dua golongan yang sepatutnya tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam PRU akan datang. Pertama, golongan dinosour, golongan yang gagal berubah, yang hidup dalam zaman Jurassic. 

Dinosour dalam UMNO, dalam MCA, dalam MIC, dalam Gerakan dan dalam parti apa saja dalam komponen BN mesti digugurkan. Dinosour yang tidak faham angin perubahan dan tidak memahami aspirasi pengundi terutama golongan muda.

Golongan kedua, dan ini menarik minat saya adalah 'menteri kaya'. 

"The "menteri kaya" also have to be dropped from the scene. It is high time we move on in life. We dont need Ministers who have become millionaires AFTER becoming Ministers. Liwat started this trend in UMNO. Proof : the Bentley, the multi million Ringgit mansion." Saya quote kata-kata Syed Akhbar Ali 

Saya pernah menulis perkara yang hampir sama dalam posting bertajuk: Sekarang Sudah Berubah.

Pada awal 90an sememangnya orang suka lihat kejayaan anak Melayu dan ketika itu UMNO diterima hampir keseluruhan orang Melayu kecuali PAS. Sekarang UMNO bukan parti automatik Melayu, disaingi oleh PAS, PKR dan KITA. UMNO perlu bersaing dan ketika itu belum ada istilah 'UMNOputra' dicipta pembangkang.

Sekarang rakyat atas pagar sedang menilai pemimpin UMNO. Jika mereka masih suka hidup mewah, rumah harga berjuta, kereta mewah dipamerkan kepada rakyat marhein, gaya hidup bagaikan tycoon, rakyat mula mempersoalkan dimana datangnya duit itu. Mereka boleh kaji berapa sangat elaun mereka sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

"Times have changed. Before, many Malays did not mind to see 'Menteri kaya'. It was expected that the Menteri must be rich. So should the local ADUNs and Wakil Rakyats. Only then can the Ministers and the Wakil Rakyat "help" them financially. The kampong people can drop by the local Wakil Rakyat's house and ask for cash to pay the school bus for their kids.

But times have changed. The success of the NEP has created millions of educated, degree and diploma holding Malays who now enjoy a much higher standard of living. More importantly, education has given them the boldness to question things."

Lagi seperti kata Syed Akhbar Ali, masa sudah berubah. Rakyat sudah makin cerdik dan makin kritikal. Mereka ingin melihat pemimpin adalah pemimpin sebenar, bukan yang naik dengan duit, dan kembali membuat duit dengan jawatan. Kemudian kembali membeli pengaruh dengan duit, The buck must stop here.

Kita tidak mahu lagi ' milionaires Datuk ex salesman car with fake degree' sebagai calon. Beliau tujukan kepada seorang Datuk yang mendapat julukan 'Mat Rempit' yang kalah bertanding di Kedah dalam PRU ke 12 baru-baru ini.

Sampai masanya kita kembali memilih pemimpin sebenar dari orang biasa dan berkelayakan untuk memenuhi aspirasi 'Rakyat didahulukan'.






Wednesday, October 19, 2011

Tiada Imam Bertauliah Untuk Anak Dr. Moosa.

Dari kiri: saya, isteri saya, isteri Dr Moosa dan Dr. Moosa.

Semalam, hari Selasa, 18 Oktober saya cuba membantu Dr. Mahomed Moosa untuk mendapat kebenaran melangsungkan perkahwinan anak perempuannya. Saya ke Pusat Islam dan bertemu dengan pegawai JAWI. Kami mendapat jawapan yang sama: beliau perlu menetap di Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan untuk memboleh anaknya bernikah di Malaysia.

Apabila saya bertanyakan alasan, jawapan yang saya dapat adalah, Malaysia tidak mahu jadi seperti Thailand sebagai pusat pernikahan warga asing. Satu jawapan paling tidak logik dan tidak rasional yang pernah saya dengar. Apa salah jika Malaysia menjadi hub perkahwinan muslim seluruh dunia? Tidakkah ini baik bagi industri perlancongan di Malaysia?

Saya menulis isu ini lagi sekali dan akan terus menulis kerana sesuatu perubahan perlu dilakukan. Menurut pegawai berkenaan, perkahwinan boleh dilangsungkan di Malaysia cuma imam yang bertauliah dengan kerajaan tidak dibenarkan terlibat. Dengan kata lain, Dr. Moosa perlu cari imam sendiri atau 'imam syndicate' menurut istilah pegawai berkenaan.

Dalam perjalanan pulang ke hotelnya, Dr. Moosa menyatakan kehairanan mengapa begitu susah wakil kerajaan Malaysia untuk memberi kerjasama dalam soal menikahkan saudara sesama Islam. Saya tiada jawapan selain berasa malu sebagai orang Islam dari Malaysia. Malaysia sepatutnya mempunyai muslimin yang moden dalam semua segi, namun peraturan zaman dinasour masih wujud, dan memberi nama buruk  kepadanya. Kita mengurung diri sebagai muslim yang terasing dari dunia Islam lain.

Bahkan Dr. Moosa menyatakan di negara 'kufar' mengikut istilahnya seperti Amerika soal perkahwinan walaupun secara Islam tidak menyukarkan. Apa boleh saya katakan lagi? Ternyata 'religious folks' kita tidak mempunyai pemikiran yang dinamik dan moden. 

Dr. Moosa merupakan seorang pelancong 'regular'. Beliau sering ke Malaysia, dan selain hal kesukaran berkahwin, menurutnya Malaysia merupakan negara yang indah. Beliau suka Malaysia hingga beliau menemui sudut gelap dunia Islam di Malaysia. Anehnya, pandangan ini tidak datang dari orang bukan Islam, tetapi datang dari saudara sesama Islam. Saya berasa janggal.

Dr. Moosa sudah berangkat pulang ke Australia petang semalam dengan pengalaman aneh berada di negara Islam bernama Malaysia.

Well done 'religous folks'.




Sunday, October 16, 2011

Mikawa-bushi Bahagian 1.

Dalam era Sengoku Jidai, atau The Age of Country at War, kuasa Keshogunan Ashikaga mula menampakkan kemerosotan. Pada asalnya, Maharaja di Jepun hanya boneka. Di bawah sistem Bakufu, kuasa pemerintahan diberi kepada Shogun, ketua segala kelas samurai atau kelas pahlawan. 

Selepas era Kamakura yang menyaksikan kuasa Bakufu mula-mula membentuk pengaruh politik dibawah Shogun Minamoto Yoritomo, institusi Shogun merupakan pemegang kuasa yang sebenar. Ketika Keshogunan Ashikaga memerintah Jepun, shogun-shogun awal menampakkan cengkaman mereka ke atas daimyo atau Tuan Tanah Feudal. Ini bakal berakhir menjelang era Sengoku Jidai.

Shogun terakhir dari keturunan Ashikaga akhirnya mengalami nasib seperti Maharaja Jepun. Shogun sudah hilang kawalan ke atas daimyo-daimyo. Daimyo mula memerintah jajahan masing-masing dengan kuasa autonomi.Shogun hanya menjadi boneka.

Tidak ragu lagi, daimyo paling berpengaruh di zaman Sengoku Jidai ini adalah Oda Nobunaga. Beliau berani ke Kyoto dan menabalkan seorang Shogun boneka yang  menurut katanya. 

Dalam era ini, kebanyakan warlord atau daimyo bukan dari keturunan yang mempunyai pedigree, tetapi daimyo kebanyakkannya datang dari suatu istilah yang dipanggil 'gekokujo'. Kebanyakkan mereka datang dari bekas general kepada daimyo yang tidak mempunyai waris seperti keluarga Takeda, Eesugi, Hojo dan Mori.

Gekokujo bererti 'the low overcome the high'.

Antara daimyo yang mempunyai pedigree, mempunyai hubungan kekerabatan dengan shogun adalah Imagawa Yoshimoto. Beliau merupakan daimyo kepada kawasan Mikawa, Totomi dan Suruga.

Imagawa menyimpan niat untuk menjadi shogun, membawa seramai 30 000 tentera ke Kyoto. Cita-citanya gagal apabila diserang mengejut oleh Oda Nobunaga, seorang daimyo muda berusia 17 tahun dari Owari yang hanya mampu membawa 2500 orang tentera. Dalam Battle of Okezahama, Oda memusnahkan clan Imagawa dalam masa 15 minit sahaja!

Impak kekalahan kemusnahan keluarga Imagawa ini adalah muncul seorang tokoh yang bakal menubuhkan Keshogunan Tokugawa. Beliau adalah Tokugawa Ieyasu, antara tiga tokoh penyatu Jepun. Selama ini, Ieyasu adalah vassal kepada keluarga Imagawa. Kematian tuannya membebaskannya. 

Beliau pulang ke Mikawa, mula merencana kebangkitan keluarganya. Langkah pertama adalah menukar namanya dari Matsudaira Takechiyo kepada Tokugawa Ieyasu. Beliau memerintah Mikawa, mempunyai seorang general yang terkenal bernama Honda Tadakatsu.

Langkah kedua, beliau menjalinkan alliance dengan pembunuh tuannya, Oda Nobunaga kerana Oda adalah bintang yang sedang naik. Oda memerlukan Tokugawa di Mikawa bagi menghalang kemaraan seorang daimyo besar yang digeruni Oda bernama Takeda Shingen.

Takeda Shingen merupakan seorang daimyo yang mempunyai kemahiran berperang yang tinggi. Sepanjang career Oda, beliau sangat menggeruni Takeda yang dipanggilnya 'Monkey Mountain'. Shingen juga kurang menyenangi Oda yang dilihat sebagai orang muda yang kurang ajar. Paling tidak disenangi Shingen adalah kebencian Oda terhadap sami Buddha, kerana Shingen merupakan penganut Buddha yang taat.

Malangnya, kedua-dua daimyo agung ini tidak dapat memerangi antara satu sama lain kerana Takeda Shingen sedang dalam usaha membesarkan jajahannya di Utara Jepun. Shingen akhirnya berperang dengan seorang lagi daimyo yang taat beragama Buddha bernama Eusugi Kenshin. Ini kerana dalam usaha Shingen menakluk Shinano, ia mencabuli kawasan Kenshin iaitu Echigo.

Ada lima pertempuran terkenal antara dua warlord ampuh zaman Sengoku Jidai ditempat yang dinamakan Kawa Nakajima. Namun pertempuran ke empat Battle of Kawa Nakajima paling terkenal apabila Eusugi Kenshin menyelinap masuk ke khemah Shingen, dan menyerang lawannya secara berdepan. 

Shingen yang tidak bersedia hanya mampu menangkis tetakan pedang Kenshin dengan kipas perang yang diperbuat dari besi. Tetakan demi tetakan ditangkis oleh Shingen dengan kipas perangnya, hingga bodyguardnya menyedari tuannya sedang diserang oleh daimyo lawan. Seorang dari bodyguard Shingen menikam kuda Kenshin dengan tombak, dan Kenshin melarikan diri untuk mengelak dari ditangkap.

Perlawanan satu sama satu antara dua warlord terkenal era Sengoku Jidai ini menjadi perbualan hangat dan legenda dalam sejarah Jepun. Ini membuktikan, walaupun perang complicated dan mempunyai formasi unit-unit seperti infantry, pemanah dan cavalry, namun semangat samurai yang suka pertempuran bersemuka dengan musuhnya tidak pernah pudar. 

Samurai suka single combat, hanya selepas percubaan Monggol menakluk Jepun mereka belajar tentang formasi, lalu dengan pantas meniru unit-unit seperti pemanah, tentera berkuda dan sebagainya.

Kenshin v Shingen


Pertempuran satu sama satu antara Shingen dengan Kenshin ini akhirnya diukir dikayu-kayu, dicanvas dan ada tugu yang menggambarkan keadaan itu.

Bersambung.




Saturday, October 15, 2011

Lagi Kisah Sedih Orang Nak Menikah.

Pada hari Jumaat baru-baru ini saya bertemu dengan YBM Tengku Azlan di Mandarin Oriental. Kami berbual-bual sambil makan tengahari dan bertukar-tukar cerita dan isu-isu politik. Ku Lan didatangi oleh seorang yang tidak dikenali, nampak seperti pelancong luar. 

Kemudiannya Ku Lan menceritakan kepada kami, lelaki yang berusia awal 60an itu warga Australia, keturunan India-Muslim dan ingin mengahwinkan anaknya di Malaysia. Bakal menantu beliau seorang muslim dari Afrika Selatan. Menyedihkan, JAWI meletakkan syarat untuk berkahwin di sini mesti menetap di Malaysia sekurang-kurangnya tiga bulan. Mereka akan berangkat balik ke Australia Selasa ini.

Ku Lan minta saya cuba mendengar masalah mereka. Nama beliau adalah Mahomed Moosa, seorang doktor di Melbourne, Australia. Beliau pernah menjadi lecturer di Royal College Dublin. Beliau terperanjat dengan syarat yang dikenakan oleh penguasa agama di Malaysia.

Alasan mereka ingin mengadakan acara nikah di Malaysia adalah kerana kedudukan geografi antara Afrika Selatan dan Australia yang mungkin menelan belanja besar. Mereka memilih Malaysia sebagai titik pertemuan, kerana menyangka Malaysia sebagai negara Islam sudah tentu tidak sukar mengadakan acara nikah secara Islam di Malaysia. Apa yang beliau tidak tahu adalah kejumudan penguasa agama di Malaysia.

Sebagai muslim dan rakyat Malaysia saya berasa malu. Ku Lan juga menyatakan kejanggalan undang-undang perkahwinan di Malaysia ini sebagai aneh. Menurut beliau, kita patut galakan saudara muslim dari negara luar yang berminat untuk berkahwin di Malaysia, elok untuk industri perlancongan dan mempromosi Malaysia sebagai negara Islam moden. Realitinya saudara Islam kita ini terjebak dengan 'orang-orang agama' yang pelik, yang tidak ada dalam  dunia Islam lain meletakkan syarat sebodoh itu.

Mungkin jabatan agama memikirkan perkahwinan sebegini tidak menguntungkan kerana tiada sijil kursus kahwin yang dikeluarkan. Satu kepala sijil berkenaan yurannya RM 80. Adakah menjana pendapatan sampingan mereka perkara utama yang mereka fikirkan?

Ada masa saya tidak setuju dengan pendapat Dr. Asri tetapi dalam perkara memudahkan perkara mulia ini saya bersependapat dengan beliau. Kerana keanehan pandangan beliau, beliau dicop sebagai Wahabi. Saya rasa sampai masa penguasa agama perlu mendengar pandangan  orang ramai. Peraturan bodoh yang mereka kenakan itu bukan syarat dari Allah tapi rekaan manusia. Manusia sering berbuat kesilapan.

Ku Lan dan saya cuba membantu saudara Mahomed Moosa, anak perempuan dan menantunya untuk berkahwin di Pahang. Ku Lan akan minta bantuan Tuanku Sultan Pahang menyelesaikan perkara ini. Sepatutnya jabatan agama menjadi pemudahcara, bukan menyukarkan kerja mudah mencari keredhaan Allah.

Saudara kita Encik Mahomed Moosa akan datang kembali ke Malaysia bulan April bagi melangsungkan perkahwinan anaknya di sini, insyaAllah di Pahang. Moga Allah memudahkan segalanya.

Amin.


Friday, October 14, 2011

Tiada Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia, semuanya bahasa Melayu.

Melihat perkembangan hubungan Malaysia-Indonesia akhir-akhir ini membimbangkan. Walaupun tindakan tak matang segelintir rakyat boleh mengundang padah. Indonesia adalah rumpun bangsa Melayu, seperti halnya Melayu Malaysia dan Brunei.

Sesetengah orang bukan Melayu di Malaysia menganggap Melayu berasal dari Indonesia. Mereka tidak tahu bahawa negara Indonesia wujud tahun 1947 - selepas mereka berjaya memerdekakan jajahan Belanda itu pada tahun berkenaan.

Sebelum wujudnya Indonesia peristiwa penting di Kepulauan Melayu adalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Pentingnya perjanjian ini kerana British dan Belanda membelah dunia Melayu kepada dua: satu di bawah pengaruh British dan akhirnya merdeka sebagai Malaysia. Satu lagi dibawah pengaruh Belanda yang merdeka sebagai Indonesia.

Jika Melayu di Tanah Melayu berhijrah dari serata Nusantara sebelum ke Tanah Melayu sebelum 1824 dan sebelum 1947 adakah mereka berasal dari Indonesia sedangkan Indonesia ketika itu masih bukan entiti politik, apa lagi sebuah negara?

Bagi sub etnik di Nusantara,mereka mengenali dunia kepulauan Melayu ini sebagai dunia Melayu dan mobiliti mereka masih dari kelompok rumpun bangsa Melayu.

Begitu juga dengan bahasa Melayu. Setelah Melaka menjadi empayar yang mengawal Selat Melaka(apa nama selat itu sebelum wujudnya Melaka?) bahasa Melayu telah dipertuturkan oleh seluruh sub etnik Melayu di Kepulauan Melayu. Bangsa asing yang datang ke Nusantara juga akan turut bertutur dalam bahasa Melayu. Dengan ringkas, bahasa Melayu telah menjadi lingua franca.

Dalam novel Bumi Manusia, Nyai Ontosoroh menggalakkan Mingke menulis dalam Melayu. Mingke sebagai ningrat Jawa yang banyak bergaul dengan orang Eropah lebih senang menulis dalam Belanda atau Inggeris. Namun Nyai berpendapat, untuk menyatukan seluruh pribumi Indonesia, Mingke perlu menulis dalam Melayu. Walaupun Nyai seorang Jawa dan Mingke seorang Jawa, namun kedua-duanya setuju Jawa dengan tingkat susila feudal yang ruwet tak akan mampu menjadi bahasa pengantara di Alam Melayu.

Novel Bumi Manusia di tulis oleh Pramoedya Ananta Toer berlatarbelakangkan tahun 1900. Ini kisah benar seorang nasionalist Indonesia bernama Raden Mas Tirto Adiesojo, pengasas Bumi Utomo dan Syarikat Dagang Islamiyah. Mingke dalam dunia sebenar adalah Raden Mas Tirto, anak bupati Blora.

Setelah kedua-dua negara itu merdeka, Malaysia menjenamakan semula bahasa mereka sebagai bahasa Malaysia dan Indonesia sebagai bahasa Indonesia - kedua-duanya dari bahasa Melayu. Di Amerika hingga kini bahasa mereka tetap diiktiraf sebagai bahasa Inggeris, begitu juga di New Zealand dan Australia. Mereka tidak mengubahnya mengikut negara, jadi bahasa Amerika, atau bahasa New Zealand atau bahasa Australia. Mereka adalah English Speaking World.

Begitu juga dengan bahasa Arab. Kita tidak dengar bahasa Dubai, bahasa Abu Dhabi, bahasa Saudi, bahasa Kuwait, bahasa Mesir atau bahasa Sryria. Semuanya dikenali dengan nama bahasa Arab.

Dalam Perlembagaan Malaysia mengiktirafkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hanya orang politik menamakan bahasa Malaysia. Jadi Bahasa Malaysia adalah politik.

Hilangnya jatidiri sesuatu bangsa itu bermula dengan hilangnya identiti bahasa mereka. Hati-hati.


Thursday, October 13, 2011

Permudahkan Urusan Nikah Kahwin

Saya setuju dengan pandangan Dr. MAZA dalam twitternya. Pengalaman peribadi saya berkahwin di Ireland, imam hanya perlu menjalankan acara akad nikah semudah mungkin.
Di Malaysia, sesetengah jurunikah seperti sengaja menyusahkan pengantin. Mereka bagaikan 'membuli' pengantin, minta pengantin melafazkan semula akad nikahnya dan sebagai.
Tak perlu itu semua. Tak perlu membirokrasikan kerja yang dihalalkan Allah.
Saya berkahwin di Ireland tanpa mendapat kebenaran jabatan agama. Alasan saya mudah, sebagai lelaki mengapa perlu jabatan agama membenar atau tidak membenarkan saya. Kahwin adalah hak saya. Period.
Sekembali ke Malaysia, saya dan isteri memfailkan pendaftaran kami. Semua sudah lengkap kecuali saya tidak pernah menghadiri kursus kahwin.
Pegawai jabatan agama memaklumkan, untuk didaftarkan di Malaysia, saya WAJIB mempunyai sijil kursus JAIP, atau perkahwinan saya tak boleh didaftar. Semuanya kerana saya 'tak minta izin untuk kahwin' di luar negara.
Kami sudah mempunyai seorang anak dan pegawai masih mengatakan WAJIB hadir kursus kahwin. Saya dan isteri mengalah dan kami menghadiri dua hari kursus itu dengan membawa bersama anak kami yang baru beberapa bulan.
Selepas sudah lengkap semuanya, saya perlu ditemuduga untuk mengeluarkan sijil kahwin. Saya perlu mengisi satu borang lagi yang bertanya soalan-soalan yang tak relevan seperti berapa KM jarak tempat saya nikah dengan Malaysia, jika di Malaysia pukul sekian, di sana pukul berapa dan lain-lain.
Malah pegawai mengugut saya andai saya tak daftar nikah anak saya tidak boleh didaftarkan. Saya bertanya berani atau tidak secara rasmi mereka mengata perkahwinan saya tidak sah dari segi syarak dan anak saya anak haram?
Jawapan mereka perkahwinan saya sah dan anak saya halal kerana saya mempunyai sijil kahwin dari imam yang diiktiraf kerajaan Ireland.
Kesimpulannya, mengapa susahkan muslim yang ingin berkahwin dan memikul tanggungjawab rumahtangga? Tahukah mereka sekian banyak anak muda yang lebih mudah berzina dan sekedudukan di ibukota kerana bermacam-macam syarat yang ketat dikenakan untuk mereka bernikah.
Belum diambil kira soal adat, hantaran yang tinggi. Mengapa jika disebut jabatan agama mesti sinonim dengan menghukum.
Tangkap orang tak puasa, tangkap orang tak solat jumaat, tangkap orang beli nombor ekor, ketatkan proses nikah dan cerai. Di mana kebajikan?
Adakah Islam hanya bermaksud menghukum dan mendera, soal bersedekah, tolong orang gelandangan, anak yatim dan ibu tunggal dibiarkan pada gereja seperti berlaku di Selangor?
Jabatan agama tidak boleh dilihat sebagai lembaga yang menakutkan. Islam bererti sejahtera.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 12, 2011

Fahami Perlembagaan.

Antara masalah yang timbul di Malaysia ini adalah tidak memahami perlembagaan. Bapa-bapa Kemerdekaan sebenarnya sudah dapat menebak suatu hari nanti Malaysia akan berhadapan dengan krisis perkauman yang mendalam jika semangat pembinaan negara-bangsa itu tidak dimaktubkan dalam perlembagaan.

Pertama, rakyat Malaysia perlu faham, perlembagaan Malaysia merupakan "the highest law of the land". Walaupun pengaruh sistem pentadbiran British sangat kuat di Malaysia, tanpa kebanyakkan mereka menyedari ada beberapa  perbezaan yang vital antara undang-undang Inggeris dengan undang-undang Malaysia.

Di England, 'the highest law of the land' adalah Parlimen, bukan perlembagaan. Sementara di Malaysia, undang-undang tertinggi merupakan perlembagaan, dimana parlimen sendiri sebagai badan penggubal undang-undang tertakluk bawah perlembagaan. Dengan erti kata lain, bukan semua perkara boleh digubal dalam perlembagaan, jika undang-undang parlimen bertentangan dengan perlembagaan maka undang-undang parlimen akan terbatal.


Kes paling menarik adalah kekebalan Raja-raja Melayu yang termamtub dalam perlembagaan, walaupun parlimen pernah meluluskan undang-undang Raja-raja Melayu boleh didakwa di Mahkamah Khas namun hakim memutuskan akta berkenaan sebagai 'unconstitutional'.

Jika  saya terbaca twitter, rungutan beberapa orang dari kaum India dan Cina, ternyata mereka gagal memahami perlembagaan. Antara rungutan mereka adalah bacaan doa hanya untuk orang Islam di sekolah-sekolah kerajaan. Jelas mereka gagal memahami perlembagaan apabila membandingkan dengan Indonesia yang mengiktiraf lima agama besar dan mempunyai jabatan yang menangani kelima-lima agama berkenaan.

Indonesia berasaskan Pancasila, lima dasar yang tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi. Ini perbezaan dengan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, namun mengiktiraf hak mengamalkan agama lain di Malaysia.

Di sini saya tak tahu apa lagi perjuangan PAS yang menuduh Bapa-bapa Kemerdekaan sebagai ejen British sedang mereka berjaya menobatkan Islam sebagai agama rasmi walaupun Malaysia sendiri negara berbilang kaum dan agama. Bandingkan dengan Indonesia yang mana majoriti beragama Islam dan mendapat kemerdekaan melalui peperangan namun tidak meletakkan Islam sebagai agama rasmi. 

Di sini terletaknya kebijaksanaan Bapa-bapa Kemerdekaan yang kebetulan datang dari UMNO.

Begitu juga dalam soal kebebasan beragama. Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama tetapi seringkali mereka lupa perlembagaan juga melindungi umat Islam dengan tidak membenarkan aktiviti dakwah dikalangan mubaligh Kristian dan agama lain. Mereka bebas mengamalkan agama mereka tanpa halangan tetapi bukan bererti bebas menyebarkan agama mereka. Ini dua perkara yang berbeza.

Dalam posting Helen Ang, 'Kemelut DUMC: Beri Betis Nak Paha', beliau membidas kenyataan Bishop Paul Tan yang mempertikai titah Sultan Selangor. Baginda Sultan Selangor bertitah memang terdapat cubaan untuk memurtadkan orang Islam tetapi tidak kecukupan bukti untuk mendakwa sesiapa.

Bishop tidak berpuashati kerana titah Sultan itu baginya masih tidak membersihkan nama baik gereja Kristian. Perlembagaan juga meletakkan sultan-sultan sebagai Ketua Agama dan ini sebab mengapa hal sebegini tidak diletak dibawah parlimen atau orang politik. Nyata soall akidah muslimin bukan soal politik - tetapi orang politik suka menganggap ini adalah isu yang boleh mereka juarai. Dan mereka silap.

Menganggap ini sebagai isu politik, Bishop Paul Tan membuat kenyataan separuh mengugut:

"It's a good thing the general election is imminent, because there seems to be no let-up in this ugly campaign of innuendo and insinuation against Christians, so that the ballot box becomes our only recourse from persecution by vile slander."

Sekarang sudah jadi konflik politik pula?

Jelas pihak yang akan dihukum adalah BN, bishop lupa Sultan yang mengeluarkan titah sepatutnya berkecuali dari politik. Jika ingin melibatkan puak politik, sepatutnya kesalahan jatuh kepada PR yang mana exco agama di Selangor adalah PAS. Sedikit sebanyak, MB Selangor kelihatan gagal memberi advise yang baik kepada Sultannya jika Bishop menganggap ini persoalan politik.

Akibat gagal memahami perlembagaan, Bishop menuduh dan menganggap perkara ini sebagai isu politik dan ingin retaliate. Sebagai Christian, apa jadi dengan "jika ditampar pipi kiri, berikan pipi kananmu."?

Kebebasan beragama bukan bererti memberi cek kosong bahawa mubaligh Kristian bebas menyebarkan agamanya terutama kepada orang-orang Islam. Untuk menjadi rakyat yang baik di Malaysia,fahami perlembagaan. Dan jangan hanya pandai membanding dengan negara Islam yang lain kerana di Arab Saudi, perkara sebegini adalah 'unthinkable.'

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.




Tuesday, October 11, 2011

Pembangkang Semakin Hilang Momentum.

Di atas adalah tweet dari Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Tweet pertama beliau dengan bangga menyambut ulangtahun Revolusi 1911 oleh Dr. Sun Yat Sen. Katanya, revolusi itu menumbangkan 'feudalisme' dengan berakhir Dinasti Manchu dibawah Maharaja Terakhir China Pu Yi
Revolusi 1911 adalah sejarah negara China. Menjelang merdeka, kebanyakkan kaum Cina di Tanah Melayu terbahagi kepada penyokong komunis dipimpin oleh Mao Tse Tong atau Kuomintang dipimpin oleh Chiang Kai Shek. Mereka masih ambil kisah politik Tanah Besar kerana ketika itu bagi mereka itulah tanah air mereka. Mereka ke Malaya hanya untuk cari makan.
Setelah 54 tahun merdeka, masih ada cucu cicit mereka menyambut ulang tahun Revolusi 1911. Patriotik? Sebagai rakyat Malaysia atau sebagai keturunan tionghua?
Dan Naib Presiden PKR yang masih 'patriotik' dengan sejarah nenek moyangnya sangat 'mengambil berat' nasib orang Melayu Kg Baru.
Dalam tweetnya yang kedua, beliau menyifatkan Melayu Kg Baru bejuang mempertahankan warisan, 'habitat' dan tanah mereka.
Masalah kepada pemimpin pembangkang, mereka mengkritik tanpa menyediakan penyelesaian yang lebih baik.
"Jika anda tidak mempunyai idea yang lebih baik, lebih baik anda diam" kata Ronald Reagan.
Bagi Tian Chua, Melayu Kg Bharu adalah seperti Orang Asli Suku Batik di Taman Negara, 'a living museum' yang perlu dipertahankan habitatnya.
Kerajaan sedang berusaha membangunkan Kg Baru selaras dengan pembangunan pesat kota raya, namun usaha ini dibangkang oleh Tian Chua dan sekutunya. Mereka ingin Kg Baru kekal dengan rumah kayu dan orang Melayu kekal daif.
Mungkin jika PR memerintah mereka akan pertontonkan kedaifan rumah dan orang Melayu Kg Baru kepada pelancong. Adakah ini altenatifnya? Museum bernyawa?
PR semakin hilang momentumnya. Mereka gagal membuktikan kepada rakyat sebagai altenatif kepada BN. Mereka hanya menyeru untuk membuat perubahan tapi perubahan dari apa ke apa? Dari bad to worst?
Komen Dr Asri Zainal Abidin atau Dr.MAZA dalam twitternya menyimpul segala. Dan Dr MAZA adalah pandangan orang yang berkecuali.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 10, 2011

Wajar Elaun Ahli Parlimen dinaikkan?

Antara cadangan Bajet 2012 baru-baru ini adalah menaikkan elaun Ahli-ahli Parlimen. Jika tidak silap, elaun Ahli Parlimen sekarang lebih kurang RM 6000.

Ini bermakna elauan MP kita sama taraf dengan Pengarah Gred 48 dalam kerajaan. Secara peribadi saya sering merasakan MP kita memang dibayar rendah elaunnya.

MP perlu selalu turun ke kawasan dan mendengar masalah pengundi, tidak seperti pegawai kerajaan yang tidak perlu mengeluarkan duit poket untuk melayani pengundi.

Bukan semua MP kaya raya dan jika pendapatan mereka kurang dari perbelanjaan, ini membuka ruang kepada korupsi. Kita ambil contoh Singapura, mereka membayar tinggi kepada ahli politik mereka supaya dapat mengurangkan korupsi.

Jika ada rungutan mungkin adalah kerana ekonomi yang tidak memberansangkan jadi bukan masa yang sesuai untuk naikkan elaun MP, yang rakyat sering mempunyai presepsi sudah kaya raya.

Namun saya tetap berpendapat seseorang MP wajar berpendapatan sekurang-kurangnya dalam RM10,000 sebulan sebagai dari elaun Ahli Parlimennya.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah membangkang namun sebagai Bekas Timbalan Perdana Menteri, saya percaya Anwar sudah mengumpulkan 'war chest'nya semasa di dalam UMNO. Secara tidak langsung, Nurul Izzah juga mendapat manafaat sebagai waris dinasti politik Anwar.

Tapi fikirkan MP-MP biasa yang kurang bernasib baik, tanpa mengira parti.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 9, 2011

Pemergian Seorang Sahabat.

Saya menerima sms dari seorang sahabat yang juga seorang blogger. Saya terkejut mendengar berita sahabat saya, Muhamad Razman Sidek telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 8.40 malam tadi. Allahyarham tua setahun dari saya, dan saya pernah bekerja sepejabat dengannya. Pada tahun 1993, saya sebagai student Undang-undang menjalani latihan practical di firma guaman Radzi & Abdullah, yang mana Allahyarham menjadi kerani difirma berkenaan.

Allahyarham merupakan seorang AJK Pemuda Bahagian, Ketua Pemuda Cawangan Padang Saujana, Pengerusi Belia MAYC Jerantut dan Pengerusi MAYC Pahang.

Beliau terlibat dengan kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kerosakan teruk lututnya. Pada petang tadi, beliau ke Sungai Tekam untuk berurut. Beliau mengadu sesak nafas dan meninggal dunia pada 8.40 malam.

Dalam BBM Allahyarham, beliau membuat status 'Menanti Saat Bahagia' bagaikan beliau mendapat gerak beliau akan meninggalkan kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan syuhada.

Saya harap, pemergian beliau dapat menginsafkan sesetengah penulis blog di Jerantut yang suka mengata dan membuka aib sesama Islam. Kadang-kadang nama Allahyarham turut terbabit dalam komen-komen yang tidak manis dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan dilepaskan oleh penulis blog. Insaflah, dunia ini hanya sementara dan semua kita akan kembali mengadap Allah dan diadili.

Al Fatihah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bajet 2012.

PM sudah mengumumkan bajetnya pada hari Jumaat baru-baru ini. Antara intipati bajetnya adalah:

1. Kenaikkan gaji kakitangan kerajaan antara 7%-13%.
2. Bonus setengah bulan gaji kakitangan kerajaan.
3. Umur wajib persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.
4. Bantuan RM500 kepada isirumah berpendapatan RM3000 kebawah.
5. Hapus yuran sekolah menengah dan rendah.
6. Baucar buku sebanyak RM200 kepada pelajar tingkatan 6 dan universiti
7. Pencen pegawai kerajaan naik sebanyak 2% setahun
8. Caruman KWSP oleh majikan dinaikkan kepada 13%
9. Akaun KWSP boleh membiayai menunai fardu haji.
10. Setiap pelajar mendapat bantuan sebanyak RM100

Bajet ini bertujuan meringankan beban rakyat. Kerajaan berniat baik walau pembangkang menuduh ini bajet pilihanraya atau 'gula-gula' buat rakyat. Peliknya mereka juga menuduh bajet ini ditiru dari Buku Jingga. Dengan kata lain mereka akui mereka menggula-gulakan rakyat?

Dari satu sudut lain, saya juga meluat dengan pembodek kerajaan hingga ada yang menyifatkan bajet ini yang terbaik sejak mereka menjadi ahli parlimen.

Ke mana pergi harga diri sedangkan selama ini semua orang sangkakan anda orang berprinsip dan bermaruah?

Bagi saya ini hanya bajet rutin. Bajet yang dibentang tiap-tiap tahun sejak era TDM, Pak Lah dan sekarang DS Najib. Hanya bajet yang bukan miracle mampu menyelesaikan masalah sekelip mata. Mana perginya common sense setiap orang?

Jika boleh saya komen, saya setuju bajet ini semacam bajet 'one off' yang banyak selesaikan masalah sementara bukan jangka panjang. Saya menanti sesuatu yang lebih besar kesannya seperti penurunan harga petrol dan penurunan harga makanan.

Lebih bimbang bila gaji pegawai kerajaan dinaikkan, harga barang akan meningkat naik, inflasi gagal dibendung dan semua rakyat merasai peritnya.

Apa komen pembaca sekelian?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 7, 2011

Nasi Lemak 2.0 di haramkan?

Jangan salah faham, filem ini tidak diharamkan oleh Lembaga Penapisan Filem kerana di Tanjung Golden Village ianya tetap ditayangkan.

Tapi.......

di Golden Screen Cinema filem ini dihentikan tayangannya. GSC tidak memberi sebarang alasan mengapa Nasi Lemak 2.0 tidak lagi ditayangkan tetapi cuba baca pengumuman rasmi GSC dalam laman Facebook mereka.

Adakah dengan ini Namewee akan buat video klip 'Fuck GSC' pula? Atau 'Fuck Facebook'? Atau 'Fuck Penonton' yang tak menonton filemnya?

Namewee mahu 'fuck' semua orang. Oh icon 1Malaysia, belajar adab sopan ya sebelum minta orang hormati anda.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 5, 2011

Generasi Google.

Bila berbual-bual dengan pemuda sebaya isteri saya, mereka sering menggunakan perkataan 'google'. Untuk makluman, isteri saya berumur 26 tahun. Semasa kami di Ireland, housemate isteri saya berseloroh mengatakan saya seperti Gengkhiz Khan, kerana memakai topi bulu yang menyerupai warlord Monggol itu ketika musim sejuk.

Isteri saya tidak mengenali Gengkhiz Khan, lalu housematenya berkata: "You should google him." 

Google sebagai search engine sudah menjadi perkataan semanticnya sinonim dengan 'cari'. Google itu, google ini, dan mereka sudah tidak guna perkataan 'cari' atau 'search' lagi. Sebut 'google' sudah menghantar makna pencarian dalam dunia cyber. Dan perkataan itu sangat berpengaruh.

Seorang yang berlagak maha tahu, dalam dunia cyber sering dipanggil 'Professor Google'. Ini kerana dalam dunia internet, kita boleh google apa saja, lantas boleh menutupi kejahilan seseorang seolah-olah dia tahu semuanya. Jika zaman sedikit dahulu, julukan 'professor serba tahu' dari karakter komik Gila-gila mungkin mengandungi kesinisan yang sama.

Mungkin maksudnya mereka tidak memiliki disiplin ilmu apa yang mereka perkatakan atau hanya pseudo, namun maklumat dihujung jari boleh menampakkan mereka 'cool'.

Ada sesuatu yang juga membimbangkan terhadap fenomena 'google' ini. Gejala ini menjadikan golongan pembaca tradisi seperti Johan Jaafar semakin lama semakin pupus. Kepada generasi X dan Y, mereka akan google sahaja apa yang mereka ingin tahu, dan akan mendapat 'wiki' atau 'quick' info terhadap sesuatu perkara. 

Ini memudahkan kerja, nampak canggih, tak perlu buku tebal-tebal namun ia semakin menjurus kepada generasi pseudo-intellectual. 

Kecenderungan untuk membuat penyelidikan berdasarkan wikipidea, google dan blog adalah sesuatu yang kurang sihat tanpa disokong oleh pembacaan yang serius dalam sesuatu disiplin ilmu. Seperti keupayaan nenek moyang manusia menghafal yang dirosakkan oleh tulisan, begitu juga 'generasi google' dirosakkan oleh 'quick info.' 

Kita bakal melahirkan lebih ramai armchair strategist dan armchair scholar. Lebih tepat, kita akan melahirkan lebih ramai 'professor google.'


Sunday, October 2, 2011

Namewee Sebabkan Jebat Must Die Menulis Dalam Melayu.

Seperti blogger Jebat Must Die, saya kecewa. Saya kecewa kerana PM Najib secara terbuka menyokong Namewee sebagai kononnya icon 1Malaysia.

Kecewa  terhadap PM, Jebat Must Die telah menulis dalam blognya: Namewee - Salah Asuhan.

Namewee mempunya curriculum vitae yang memualkan. Beliau menghina azan, beliau menghina wanita Islam bertudung, dan yang paling teruk, mempersendakan Negaraku, yang diubahsuai sesuka hati dengan menamakan semula 'Negarakuku'.

Golongan radikal minta beliau dihukum. Terus terang, Namewee boleh dihukum kerana memoersedakan Negaraku, kerana tindakkannya yang tidak patriotik. Beliau tidak layak menjadi warganegara Malaysia bukan kerana beliau kaum Cina, kerana beliau tidak menyintai bumi ini.

Ahli politik kita baik hati. Mereka memaafkan Namewee. Tapi apabila Kickdefella menterbalikkan bendera Malaysia dalam blognya, beliau terus diburu, ditangkap dan digari. Memang orang politik kita tegas, tetapi sesama Melayu saja. Mungkin hanya kaum Cina ada undi.

Sebenarnya saya tidak mahu lagi bawa isu perkauman. Helen Ang menulis dalam posting terbaru: Do you, malays hate us, Chinese? 

Helen cuba mencari kewajaran dalam waktu Malaysia dilanda isu perkauman yang parah. Blogger ini tidak rasis, cuma beliau pembenci parti hipokrit seperti DAP. Blogger seperti Helen Ang dan Tony Yew dilabelkan 'pengkhianat' kerana seperti banyak bersetuju dengan dasar kerajaan. Tony Yew dilabelkan 'Judas' yang menjual Jesusnya.

Sebagai Melayu, saya sangat marah apabila seseorang menghina azan dan menghina cara bangsa saya berpakaian. Namun kita tidak ada undang-undang yang ampuh menangani perkara ini. Jika ada sekalipun, pemimpin Melayu tidak akan berani menggunakannya kerana takut dilabel racist. Al maklumlah, politician. Apa yang merema kisah hanya populariti.

Namun kerajaan masih boleh mengenakan tindakkan terhadap Namewee merana menghina negaranya sendiri dengan mempersendakan Negaraku. Kerajaan menghukum Kickdefella, kebetulan Melayu tetapi memaafkan Namewee. Mengapa kita perlu racist membenci Cina jika kerajaan kita yang menyokongnya? Kerajaan yang kini kita sudah sering salah anggap masih mempertahankan Melayu.

Saya peminat movie. Apabila ditanya saya menonton Nasi Lemak 2.0, saya menjawab tidak. Saya tidak ada masalah dengan movie berkenaan, cuma secara prinsip saya tidak akan buang masa dan sesenpun duit saya kepada orang yang menghina Islam dan wanita Islam. Saya bukan kerajaan untuk ban Nasi Lemak 2.0 kerana mempersendakan lagu Negaraku, cuma sekadar protes orang hina azan dan wanita Islam.

Hanya itu yang mampu saya lakukan.

Namun tindakkan PM memuji Namewee sebagai icon 1Malaysia melukakan hati orang seperti saya. Saya tak tahu berapa ramai Melayu yang seperti saya, tetapi menyanjung Namewee adalah sesuatu yang tidak wajar - sama tidak wajar membawa pulang Chin Peng. Mungkin jika Namewee mempunyai peluang seperti Chin Peng, dia juga akan sembelih orang Islam seramai mungkin.

PM sekarang sedang asyik dengan 'cool factor'nya. Jika terlalu 'cool' hingga menobatkan penghina Islam dan penghina Negaraku, ini adalah dayus. PM perlukan 'hot factor' iaitu keberanian, boldness dan ketegasan dalam pentadbirannya.

Dalam twitter seseorang tweet, PM hanya perlukan undi Namewee seorang sahaja agaknya, lupa undi Melayu yang lain. Saya jawab, bahkan undi Namewee PM belum tentu dapat kerana jika dia penyokong kerajaan, dia tidak akan hina Malaysia dan Melayu.

Yang dikendong keciciran, yang dikejar tidam dapat. Semuanya kerana 1Malaysia.




Friday, September 30, 2011

Belasungkawa

UMNO Bahagian Jerantut telah kehilangan Setiausaha Bahagian, Dato Ghazali Suliman yang telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Tawakal pada hari Rabu kerana stroke dan pendarahan otak. Setelah menjalani operasi, Allahyarham telah meninggal dunia pada pagi ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dan menempatkan beliau dikalangan orangIorang beriman.

Al Fatihah.

Tuesday, September 27, 2011

Politburo vs Dewan Ulama.

DAP memusatkan kuasa pada Setiausaha Agungnya. Seperti komunis, kuasa politburo atau political biro terletak pada Setiausaha Agung parti, bukan Presiden. Stalin adalah Setiausaha Agung parti dan menjadi orang nombor satu dalam empayar Soviet.

PAS pula cuba meniru cara Iran dengan Dewan Ulama sebagai entiti politik yang berpengaruh. Walaupun mereka mempunyai Presiden namun 'spiritual leader' atau Mursyidul Am adalah individu yang berpengaruh. Iran menamakan 'spiritual leader' mereka sebagai Ayatollah. 

Kedua-dua format jawatan kedua parti berkenaan tidak direka untuk demokrasi. Semua orang tahu politburo adalah segalanya tapi tidak demokratik. Justeru itu Lim Kit Siang boleh menjadi de facto leader dalam DAP selama mungkin, selagi beliau tidak meletakkan jawatannya.

Begitu juga dengan Mursyidul Am. Selagi mursyidul am sendiri tidak berniat untuk mengundurkan diri, selagi itu beliau akan terus menjawat jawatan berkenaan. Pertembungan atau gabungan dua format jawatan dari PR ini melahirkan sesuatu yang tidak demokratik dalam menangani isu-isu yang sepatutnya rakyat.patut tahu permuafakatan mereka. Atau perbezaan pendapat mereka.

Ini hasilnya:

GAG ORDER!

Monday, September 26, 2011

Hudud Datang Lagi!

Ini wajah PAS ketika memegang kuasa.

Dengarkan pengakuan Nizar Jamaludin. Ketika ini Nizar sebagai MB menjaga kepentingan politik PAS. DAP tak suka hudud, maka tiada hudud dalam perlembagaan Islam kerana kerajaan Perak dizaman PR memerintah tertegak kerana majoriti DAP. 

Jawapan politik, bukan?




Dalam Muktamar PAS yang terbaru PAS setuju untuk mengugurkan 'Negara Islam' dan hudud, digantikan dengan negara kebajikan. Maka nas dan dalil dicari untuk mewajarkan tindakan mereka. Mereka sendiri mengatakan 'negara Islam' dan 'hudud' tidak ada dalam Islam. 

Kerosakan yang dibuat oleh Mat Syabu menyebabkan undi Melayu kembali menolak PAS. Sesuatu perlu dilakukan. Sesuatu itu sudah tentu bukan pembaharuan ekonomi kerana mereka tidak cukup pemikir untuk itu. Terlalu banyak ustaz-ustaz dalam PAS dari ahli ekonomi, jadi mereka kembali ke first love mereka iaitu hudud. Dalam bab ini, mereka merasakan mereka lebih layak bercakap dan berdebat.

Ramai yang percaya kononnya isu hudud akan memecahkan pakatan antara DAP dengan PAS. Saya tidak berasa demikian. DAP, PKR dan PAS membenci UMNO lebih dari segala. Mereka akan korbankan kepentingan masing-masing demi menjatuhkan UMNO. Jadi strategist UMNO jangan berasa seronok sangat. Ini hanya lakunan.

Adalah selamat jika kedua-dua pakar strategi - UMNO dan PR - memberi undi kaum Cina sebanyak 80% kepada PR. Hanya tinggal 20% masih bersama MCA dan Barisan. Tindakan terbaru PAS ini bagi memancing semula undi Melayu menyokong PAS yang kononnya fundamentalist Islam. DAP sudah faham kerana di Perak terang-terangan PAS mengaku "negara Islam dan hudud tidak ada dalam perlembagaan PAS". 

Polemik terbaru PAS ini hanya ingin membuktikan kepada undi Melayu bahawa DAP bukan tuan mereka, kononnya PAS itu parti mempunyai pendirian. Saya masih percaya jika PAS bertanding, undi Cina tetap pergi ke PAS walaupun mereka cuba menjuarai isu hudud ini.

PAS hanya ingin melihat UMNO nampak tidak Islamik jika tidak menyokong hudud mereka. Saya setuju pandangan Datuk Zaid Ibrahim, hudud adalah undang-undang jenayah. Hudud bukan undang-undang sivil yang melibatkan soal nikah kahwin, cerai dan faraid. Undang-undang jenayah adalah seragam mengikut Persekutuan. Undang-undang jenayah juga tidak boleh berbeza-beza dari satu negeri dengan satu negeri yang lain, apa lagi berbeza mengikut pegangan agama.

Undang-undang jenayah hudud jika ingin dilaksanakan mesti melibatkan kaum lain. Sebagai undang-undang jenayah, hukuman mesti sama antara orang beragama Islam dengan Hindu, Buddha dan Kristian. Orang Islam tidak boleh mempunyai undang-undang jenayah mereka sendiri.

Orang PAS tahu itu. Jika mereka mengatakan undang-undang hudud hanya untuk orang Islam, ini kerana mereka tidak mahu hilang undi orang Cina. Rasulullah tidak menegakkan Islam dengan demokrasi.

PAS hanya menyediakan candu untuk mengkhayalkan orang-orang Melayu yang merasakan sangat penting melaksanakan hudud untuk diterima sebagai fundamentalist. Lepas PRU jika PR berkuasa, wajah sebenar PAS sebagai haiwan politik akan berubah seperti yang ditunjukkan oleh Nizar Jamaludin dalam you tube di atas.

Itu saja.


Sunday, September 25, 2011

Wisdom and wise.

"Even a wise leader must acts in an appropriate time, and to act in an appropriate time is by studying circumstances, not by knowledge."


Words of wisdom from old Chinese book of strategy.

Saturday, September 24, 2011

Orang Luar

Jika Superman tidak datang ke bumi, dan masih menetap di Planet Krypton, adakah dia dianggap sebagai manusia super di planetnya? 

Di Krypton, semua penghuninya mempunyai kuasa yang sama, semua penghuninya boleh terbang. Kar El, nama Clark Kent di Krypton hanya manusia biasa di sana. Dia diagung-agungkan dibumi kerana dibumi hanya dia yang boleh terbang dan mempunyai kekuatan luar biasa. Justeru itu dia dipanggil Superman.

Bukan satu kebetulan, pemimpin yang agung dalam sejarah bukan datang dari tempat berkenaan. Hitler merupakan orang Austria dan bukan orang German. Joseph Stalin merupakan orang Georgia dan bukan asal orang Rusia. Napoleon Bonaparte orang Corsica dan bukan orang Perancis. Malah, diwaktu mudanya, Napoleon lebih menganggap dirinya sebagai patriot Corsica dari seorang warganegara Perancis. Rasulullah S.A.W sendiri lebih diterima oleh orang Madinah dari orang Quraish Mekah pada peringkat awal kerasulan baginda.

Orang luar akan nampak lebih jelas permasalahan kaum yang bukan kaumnya. Mereka lebih cepat menghidu dan merasai denyutnya kerana mereka secara emosi dan sentimentnya detach. Detachment ini menjadikan mereka clinical dan boleh membuat pertimbangan lebih rasional dan objektif. Mungkin ini rahsia kejayaan orang luar.

Ramai yang memperolok-olokkan Tun Mahathur kerana kononnya beliau bukan Melayu tulen kerana bapanya Pakistan dan hanya ibunya Melayu. Namun Tun lebih memahami psikologi orang Melayu lebih dari orang yang mengaku Melayu tulen.

Mungkin satu masa nanti pemimpin agung Malaysia bukan datangnya dari orang Melayu langsung, maksud saya tidak beragama Islam, tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan tidak mengamalkan adat resam Melayu. 

Sekadar sergahan minda supaya Melayu jangan tidur terlalu lena.








Friday, September 23, 2011

Ban Video Klip Undilah - Tindakkan Silap dari SKMM.

PM telah ke udara menjelang 16 September untuk mengumumkan ISA akan dihapuskan. Dalam ucapan PM, beliau menyatakan bahawa "era government knows best is over". Telah berkali-kali beliau menyatakan message yang sama. Berkali-kali hingga kita merasakan cliche nya.

Pengumuman penghapusan ISA telah telah digembar-gemburkan sebagai peristiwa besar oleh Kementerian Penerangan. Sebagai lidah kerajaan, kementerian itu berhak melancarkan propaganda mereka. Saya ingat kejayaan terbesar Tun Dr. Mahathir ketika mengembeling tenaga untuk mendapat sokongan rakyat dalam 'SEMARAK'nya. SEtia bersaMA RAKyat. Itu era RTM adalah raja segala raja dalam dunia komunikasi.

Pengumuman PM ISA akan dihapuskan telah disambut dengan berbagai reaksi. Golongan menentang ISA memuji langkah PM sebagai 'bold'(bukan Blackberry),  dan memberi nafas baru kepada kebebasan di Malaysia -seolah-olah Malaysia ini negara polis(police state) selama ini.

Kita tidak perlu buang ISA kerana ISA dicipta untuk memerangi pengganas. Kepada sesiapa yang bukan pengganas, ISA tidak perlu digusarkan. Apa yang Malaysia perlu adalah sedikit kebebasan dalam berkata-kata. Kita perlukan kerajaan yang membenarkan kita berkata-kata dan meluahkan kemarahan atau perasaan juga kreativiti tanpa halangan.

Video klip 'Undilah' telah diarah Peter Teo, saya minta maaf kerana tersalah fakta dalam posting sebelum ini dengan memberi kredit kepada Namewee. Namewee hanya pelakun, salah seorang dari beberapa orang celebrity.

Tidak ada salahnya video klip berkenaan hingga SKMM telah minta beberapa media utama dibawah pengaruh Kementerian Penerangan seperti TV1, TV2, TV3 dan sebagainya untuk berhenti menyiarkan video klip berkenaan. Untuk keadilan, video itu bukan hanya dilakunkan oleh pemimpin pembangkang seperti Tony Pua, Khalid Samad dan Nurul Izzah, turun menurunkan beberapa tokoh BN seperti Tengku Razaleigh, Wee Ka Siong dan YB Rosnah.

Adil bukan?

Alasan SKMM mungkin kenyataan permulaan Ku Li "Malaysia banyak masalah". Saya masih ingat dalam era kegemilangan Pak Lah, apabila Mukhriz memberi pandangan beliau tentang ucapan Pak Lah sebagai "tidak ada yang baru", kepimpinan Pemuda dibawah Datuk Hishamudin telah menghentam.Mukhriz dengan hebat. Budaya feudalisme masih menebal dalam UMNO, kerana antara ramuan demokrasi adalah boleh dikritik.

Biarlah mereka segala rakyat jelata memberi pandangan masing-masing terhadap negara mereka. Tidak perlu disekat. Apa lagi dalam era internet yang boleh ditonton melalui youtube, tindakan sedemikian tidak membantu BN. Malah BN akan dilihat sebagai obsolete dan tidak dinamik.

Mungkin hanya PM yang ingin kelihatan liberal. Namun kita liberal ditempat yang sepatutnya kita tegas. Kita menjadi tidak liberal kepada bidang seni dan pop culture yang sepatutnya kita lenient.

Jangan serius sangat Datuk.

Tuesday, September 20, 2011

Dua Zaman.

Ini video klip zaman RTM sebagai mesin propaganda paling ampuh. Generasi kami boleh menghafal lagu ini kerana di mainkan hari-hari di RTM. Sekarang, sejak muncul ASTRO, RTM pun budak-budak jarang tengok.



Dibawah pula adalah video klip 'Undi' oleh Namewee. Ramai celebrity yang turut berlaku termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Dato' Lee Chong Wei, Datuk Wee Ka Siong dan ramai lagi. Ini senjata ampuh propaganda zaman internet, tidak perlu masuk TV, tidak perlu masuk media perdana. Dunia cyber dunia anak-anak muda, gagal memahami mereka bererti gagal memahami masa depan.


Mana versi cybertrooper pro BN selain video XXXX?

Saturday, September 17, 2011

Peace for our Time.



Footage di atas merupakan bahan sejarah. Pada tahun 1938, Perdana Menteri Great Britain, Neville Chamberlain telah menandatangani Munich Agreement dengan German. German menuntut campurtangan ke atas Chekoslavakia kerana menurut Hitler bagi menjaga kepentingan etnik German yang tinggal di Sudetenland. 

Selepas Perang Dunia Pertama, Eropah agak ragu-ragu untuk memulakan perang. Semasa Hitler mula muncul dalam pentas politik Eropah, beliau telah mencabuli 'Perjanjian Versaille' yang menghadkan kuasa ketenteraan German tidak boleh melebihi 100 ribu tentera, dan boleh mempunyai tank dan aircraft. Sebaliknya, Hitler memulakan program persenjataan German dengan membina kilang-kilang mengeluarkan lebih banyak panzer dan luffwaffe. 

Winston Churchill merupakan ahli politik yang gagal sebelum Perang Dunia Kedua. Selepas peristiwa Galipoli dimana Churchill sebagai First Lord of Admiralty iaitu Menteri Pertahanan telah membuat silap dan mengorbankan ramai tentera laut British. Sejak itu, masa depan politik Churchill suram, malah musuhnya menganggap kerjaya politiknya 'finish.'

Churchill mengkritik hebat dasar terbuka dam tolak ansur Chamberlain terhadap persiapan Hitler. Namun suara Churchill tidak didengari, lantaran beliau seorang ahli politik yang terbuang. Ramai ahli kabinet Chamberlain mempersenda-sendakan Churchill.

Beberapa tindakan agresif Hitler gagal dibaca dengan tepat oleh pentadbiran Chamberlain. Setahun sebelum meletus Perang Dunia Kedua, Hitler menuntut Great Britain dan Perancis membiarkan beliau menangani isu Chezkoslavakia bersendirian. Ini kerana sebelum ini menjadi dasar para diplomat Inggeris menghalang sebarang campurtangan mana-mana negara continental terhadap negera-negara kecil yang dianggap 'Low Countries.'

Sebelum itu, Hitler telah berjaya membawa masuk Austria ke dalam Third Reichnya tanpa menumpahkan darah.Mengejutkan general-general Hitler sendiri, beliau berjaya melakukan tanpa halangan dari Great Britain dan Perancis yang mana pada peringkat awal peperangan, German belum mampu mengalahkan Great Britain dan Perancis.

Dalam isu Sudetenland, Hitler berjaya meyakinkan Chamberlain, bahawa itu adalah permintaan terakhir German dan jika tidak dituruti German tidak akan ragu-ragu mengunakan tentera. Neville Chamberlain seorang yang lembut dan sukakan keamanan. Dengan niat yang ikhlas mengelakkan negaranya terjebak dalam perang lagi beliau setuju memenuhi tuntutan Hitler.

Maka beliau setuju dalam Munich Agreement untuk membenarkan Hitler menduduki Sudetenland dan menangani isu Chezkoslavakia. Langkah ini dikritik hebat oleh Churchill, but Churchill still in political wilderness.

Sekembali ke negaranya, Chamberlain membuat uacapannya yang terkenal iaitu "Peace for our time" tetapi sering disalah-ungkapkan "peace in our time". Meyakini keikhlasan Hitler yang tidak akan bertindak agresif dan menawan negara lain, sebaliknya Chamberlain diingati sebagai negarawan yang gagal menghalang Perang Dunia Kedua dari terjadi.

"My good friends, this is the second time in our history that there has come back from Germany to Downing Street peace with honour. I believe it is peace for our time. We thank you from the bottom of our hearts. And now I recommend you to go home and sleep quietly in your beds."
- Neville Chamberlain, 30 September 1938.

Perang tetap meletus setahun kemudian setelah Hitler menyerang Poland, Chamberlain meletak jawatan. Raja England melantik Winston Spencer Churchill sebagai Perdana Menteri. Churchill dianggap sebagai British Last Lion, dan membawa kemenangan kepada Great Britain kemudiannya.

Di bawah adalah ucapan terkenal Churchill ketika England berperang dengan German berseorangan setelah Perancis jatuh ke tangan German.














Friday, September 16, 2011

Tiada Lagi ISA - Siapa Untung?

Menjelang sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan, Malaysia ternanti-nanti pengumuman yang 'gempak' dari PM. Tepat 8.45 malam,.PM memulakan ucapannya. 

Tak perlu saya ulangi ucapan beliau. Segala preamble, segala bunga bahasa dan segala retorik berkisar hanya pada satu perkara: tidak ada lagi ISA. TIDAK ADA. Bukan digubal, bukan diubah atau bukan dipinda. Di HAPUSkan. HALAS. FINISH.

Selama ini keamanan Malaysia dijaga oleh ISA. Memang ia mencemar beberapa hak individu seperti penahanan tanpa bicara, namun 'desperate time, desperate measure'. Sebenarnya, tidak ada apa yang salah pada ISA kerana tujuan asal mengekang unsur-unsur subversif dan komunisme. Kesalahan, seperti halnya yang lain adalah pelaksanaan - apabila Menteri Dalam Negeri menggunakan kuasa ini untuk tujuan politik yang tidak ada kena mengena dengan tujuan asal akta berkenaan.

Aneh apabila jaguh demokrasi dan hak asasi manusia seperti Amerika memperkenalkan Patriot Act setelah 9/11, Malaysia pula memansuhkan ISAnya. Patriot Act juga mencemar hak asasi manusia, dan saya yakin ada antara tahanan di Guatanamo yang tidak bersalah, dan disiksa.

Aneh apabila jaguh menentang ISA seperti DAP adalah penyanjung Singapura, manakala Singapura pula penyanjung Amerika. Singapura juga memperkenalkan Patriot Act mereka, dan selama ini lebih tidak liberal dan lebih tidak demokratik berbanding Malaysia.

PKR, DAP dan PAS adalah pembangkang. Mereka akan hanya bangkang. Mereka tidak benar-benar minat melihat hasil bangkangan mereka kerana bagi mereka, apa sahaja yang berbentuk kerajaan adalah salah. Namun mereka sudah mula mengaku penghapusan ISA ini adalah hasil jerih dan penat lelah mereka berdemo. Mereka mendapat kredit, PM dikecilkan peranan sebagai pembuat 'perutusan sahaja.'

Dan saya percaya jika PR memerintah, mereka akan cari jalan untuk menghidupkan semula akta sedemikian walaupun atas nama dan bentuk yang berlainan. Liberalisasi hanya 'political ploy' sahaja. Lagipun, DAP adalah pemuja PAP, dan PAP mentadbir Singapura dengan cara kuku besi.


"When you in power, make yourself powerful, otherwise, you are bloody FOOL."

Menurut PM, ada akta baru akan diperkenalkan. Akan bererti 'bakal'. 'Bakal' bererti 'cadangan'. 'Cadangan' bererti akan dibahaskan. Dan PR yang memiliki suara yang ramai tidak akan mendiamkan diri untuk menyuntik pengaruh mereka dalam akta yang bakal digubal bagi menguntungkan mereka. Ya, menguntungkan MEREKA kerana parti hanya memikirkan keuntungan politik, untuk menarik sokongan rakyat.

Kita harap PM dan MP BN tidak flip flop dalam perbahasan nanti.

PR juga sudah menyediakan list permintaan yang panjang untuk dihapuskan dan sudah tentu atas nama 'rakyat'.(Komunis cukup suka 'in the name of the peoples of so and so').

Mari kita lihat PM mampu melayani mereka satu per satu atau tidak. PM terakhir sebelum Datuk Seri Najib cuba bersungguh-sungguh untuk kelihatan toleran dan liberal, hanya mendapati beliau masih tidak dapat memuaskan hati rakyat dan diminta turun. Partinya gagal membentuk 2/3, dan beliau hilang kuasa.

SPRM yang dibentuk oleh beliau, yang menyerahkan kuasa PM semasa BPR dan diletak dibawah Parlimen masih boleh dikecam oleh PR seperti halnya kes Teoh Beng Hock. Dan PR terus mendapat sokongan sesetengah pihak yang naive, disebalik niat murni Tun Abdullah, ianya masih tidak menguntungkan BN.

Mari kita lihat adakah ISA akan mengalami nasib yang sama.

Rakyat ingin lihat reformasi ekonomi yang mana kesan segala pengumuman masih tidak dirasai oleh peniaga tepi jalan, kontraktor kelas F, petani, orang kampung dan pegawai kerajaan. Jika ini berjaya, ISA kekal atau tidak, BN akan menang majoriti yang besar.

Nothing else matter.




Wednesday, September 14, 2011

Siapa Punahsihat PM?

"GST akan dilaksanakan selepas Pilihanraya ke 13," kata PM.

Siapa punahsihat PM? Masih mampu BN menjadi kerajaan selepas PRU ke 13? Melepaskan anak panah bukan pada masanya.

Wrong timing again Mr. Prime Minister.

Tuesday, September 13, 2011

Tukar Bas Saja, Pemandu Tetap Sama.

Kadang-kadang saya merindui zaman bas mini. Ianya sangat cute, dengan tambang 50 sen akan membawa anda ke mana-mana sahaja di Lembah Kelang ini. Di sisimya terpampang-pampang no seperti identiti ianya akan membawa anda ke mana. No 34 dan 23 pernah menjadi sangat penting kepada saya.


Bas mini asalnya warna hijau sebelum menjadi 'puteri umno'.

Tiap-tiap petang lepas sekolah, jika kami terlepas 'bas panjang', atau 'bas panjang' terlalu lambat, kami akan menaiki bas mini, bersesak-sesak hingga ke tangga. Ketika waktu peaknya, jangan harap dapat duduk dengan selesa. Kebanyakkan penumpang hanya merasa berdiri, macam ikan sadin, dan macam-macam bau hamis, masam dan masin berbaur. Bau mu sudah menjadi bauku juga.

Mujur bas mini tidak mempunyai penghawa dingin, semuanya 'open air' belaka. Tapi cuaca ketika itu tidak sepanas sekarang, kami langsung tak perasan ketidakselesaannya. Paling panas jika duduk dekat enjin, sebelah pemandu.

Memang bas mini ini tidak selesa, tetapi ia dimansuhkan kerana banyak sebab. Antaranya untuk menaiktaraf pengangkutan di Kuala Lumpur. Masalah paling besar bas mini ini ketika itu adalah masalah pemandunya. Pemandunya kebanyakkannya tidak berdisiplin dan sering mengejar masa dan berebut penumpang kerana mereka juga mempunyai komisen.

Saya masih ingat menjelang kepupusannya, media massa yang ketika itu hanya akhbar harian dan TV kerajaan hari-hari memainkan isu bas mini. Bas mini langgar rumah orang. Bas mini merempuh divider. Bas mini itu, bas mini ini.

Akhirnya tiba zaman bas intra kota.

Dari segi baru dan selesa, memang intrakota sangat berbeza dengan bas mini. Namun pada awal ianya beroperasi, masalah disiplin bas intrakota tetap sama. Ada joke yang mengatakan, selepas bas mini dihapuskan, pemandu bas-bas mini ini tidak mempunyai pekerjaan. Ramai juga dikalangan bekas pemandu bas mini ini menjadi pemandu bas intrakota kemudiannya. Ia atau tidak wallahualam tetapi itu antara joke yang diperkatakan.

Perubahan ala-Malaysia.

Saya simpati dengan PM Najib yang berusaha untuk mengubah persepsi terhadap BN selepas PRU ke 12. Dan dia nampak seperti kerja bersendirian. Namun samada orang politik, pemimpin GLC dan agensi kerajaan masih banyak melakukan blunder.

Kita tukar bas saja, PEMANDU masih sama.

Masih kedengaran dari 'perbendaharaan yang tidak berapa lama' nama-nama seperti Omar Ong, Kallimullah, Zarinah Anwar dan bekas-bekas pengguni 'Tingkat Empat' yang menyeramkan. Hantu masih berkeliaran di sana sini mencorak Malaysia mengikut kehendak mereka.

Sri Tri Buana Bebas Malware

Alhamdulillah blog Sri Tri Buana bebas malware. Pembaca boleh mengunjungi semula blog ini seperti biasa. Terima kasih atas sokongan.

Monday, September 12, 2011

Sri Tri Buana Di serang Malware?

Seorang sahabat dan juga pembaca memaklumkan pada saya bahawa blog ini telah diserang malware. Saya tidak pasti kerana saya hanya akan membuka blog melalui Black Berry Playbook, tidak melalui google chrome. Selalunya google chrome yang akan memberi amaran.

Saya mohon maaf pada pembaca. Saya sedang berusaha membetulkan keadaan. Kejadian ini berlaku mungkin kerana ada link yang diserang malware turut saya pautkan disini. Kepada rakan-rakan blogger yang terkena serangan malware, saya terpaksa buang sementara link saudara. Bila selesai nanti saya akan linkkan semula.

Harap maklum.

Friday, September 9, 2011

Akibat Gagal Mendengar.

Baru dua hari lepas posting saya tentang 'audi'. Ianya bukan hanya berkenaan kereta Audi, tetapi berkenaan bahana gagal mendengar suara rakyat. Hari ini, dalam facebook saya terbaca suara-suara anak muda yang mengamuk sakan mengutuk kerajaan kerana mengenakan cukai 6% kepada top up pre-paid.

Mungkin mereka pengundi, dan dengan aliran sebegini, kita boleh tebak ke mana undi mereka akan laburkan. Tidak sesuai masa ini untuk naikkan apa-apa yang membebankan rakyat.

Pembangkang bagi bola tanggung, kerajaan bagi bola tanggung balik. 

Seperti kata Tun Dr. Mahathir, ahli politik yang baik adalah yang mempunyai 'good sense of timing.' Malang buat saya, terbaca nasihatnya setelah saya bertanding di bahagian saya ketika masa yang tak sesuai. Dari pengalaman peribadi, saya tahu nasihat Tun itu benar.

Bagaimana dengan ahli-ahli kabinet yang kebanyakkan mereka sudah menteri di zaman Tun. Tidak ada langsung kebijaksanaan dari beliau ketika beliau PM untuk dipelajari? A wise man learn a lot from his enemy, let alone his mentor.

Oh saya lupa, Melayu mudah lupa.