Followers

Sunday, October 23, 2011

Islam Baka.

Masalah juga apabila Bapa Kemerdekaan kita seperti Tunku meletakkan syarat untuk menjadi Melayu adalah Islam. Dari satu segi, saya bangga kerana hanya Melayu di Malaysia perlu Islam sebagai pra-syarat untuk diterima menjadi Melayu dalam perlembagaan. Namun kebijaksanaan ini mempunyai sudut gelapnya.

Di Malaysia adalah taboo jika ada dikalangan kita orang Melayu bernama Paul atau John dan menganut agama selain Islam seperti Kristian. Terbaca diblog-blog yang mendakwa adanya paderi Melayu di Singapura saja sudah menyenakkan benak saya. Kebiasaan atau convention membuatkan bawah sedar saya tidak dapat menerima manusia Melayu sebagai Kristian. Sangat taboo, sangat janggal lalu menyalahi tabii mereka sebagai Melayu.

Namun seperti kata-kata dalam lagu Raihan: 'Iman tidak dapat diwarisi'. Masalah juga apabila keIslaman seseorang Melayu hanya diturun dari ibubapa ke anak dan tidak secara jujur dan secara pasrah kepada Allah SWT. Islam berkembang dengan biaknya di Malaysia dengan hanya membiakkan lebih ramai manusia Melayu - tanpa perlu kefahaman akidah dan tauhid yang sebenar. We all take this for granted.

Maka kita mencipta undang-undang demi undang-undang bagi mememenjarakan manusia Melayu secara fizikal supaya mereka kekal dalam keIslaman mengikut kefahaman perlembagaan iaitu menganut Islam sebagai agama ibubapa mereka. Kita, orang yang memahami akidah Islam tidak mempeduli samada anutan itu merupakan anutan pasrah kepada ungkapan 'Tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhamad itu rasul Allah', atau hanya sekadar catatan dalam kad pengenalan untuk meramaikan statistik umat Islam.

Akidah muslim sebenarnya sangat rapuh di Malaysia ini kerana ramai yang masih gagal memahami Islam sebagai anutan kefahaman untuk pasrah kepada 'God's will'. Mereka mewarisi dari ibubapa, dan itu saja.

Mereka akan menerima Islam sebagai beberapa peraturan yang dibuat oleh pakar bernama 'ulama' tanpa digalak memahami Islam dari sumber sebenar yang diperturunkan oleh Allah iaitu Quran. Kebanyakkan mereka keliru yang mana sebenarnya hukum Allah dan yang mana hukum manusia tapi dibabitkan dengan hukum Allah. Dan, paling mustahak, mereka tidak faham rasional mengapa mereka perlu menjadi muslim selain ianya diturunkan dari ibubapa sebagai budaya dan ritual saja.

Mereka dapat percuma dan tidak menghargai rahmat lahir sebagai muslim. 

Segala undang-undang dan peraturan ciptaan manusia akan tetap gagal tanpa hidayah dari Allah SWT. Rasulullah sendiri gagal mengIslamkan bapa saudaranya Abu Talib dan ditegur Allah dalam Quran soal hidayah adalah soal Allah, hanya Allah menentukan siapa yang akan ditunjukkan jalan lurus dan siapa yang akan terus kekal dalam kejahilan dan kesesatan.

Lebih malang, Islam di Malaysia menjadi alat politik bagi meraih undi. Syukur kita kepada Allah kepada sesiapa yang Allah turunkan hidayah dan yang Allah pandu ke jalanNya. Sesungguhnya, ia tidak dapat diwarisi dari ibubapa yang warak.

Wallahualam bisawab.

1 comment:

Anonymous said...

anda tulis satu masallah berat tetapi benar.nur iman yang diterima daripada islam baka tiada salahnya,tapi bagaiman kita hendak menambah nurnya sahaja yang mejadi persolan .para ustaz.ulamak yang iklash hendaklah menanakan rasa benar benar taat kapada allah yang isa bukan kerana lain.

hari ini anda akan dapat para cedik pandai agama akan bercakap dengan hebat tentang pehala,dosa,syurga dan neraka,'bagi saya kita mesti faham allah menjadikan manusia dan jin semata mata untuk menyembahnya sahaja bukan kerana lain bukan kerana syurga dan neraka.disinilah banyak orang keliru '

cuba anda bayangkan jika sekirany allah
tidak memaklumkan adanya surga dan neraka,
cuma beribadat sahaja ,apakah muslim/mulimat akan benar benar patuh kapada allah// cuba anda tanya kapada pak
jangut/musang berjangut ataupun datuk nikak kawin spt dalam filam siti muslihat, terkejut beruk mereka silapharibulan disuruh sritribuana mengucap duakelinah sahyadat semula .

pengara filanm siti muslihat

tk'