Followers

Wednesday, October 26, 2011

Winnable Candidate versus Warlord UMNO.

Apabila PM mencari calon untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen dan DUN-DUN, beliau selalu menyebut winnable candidate. Winnable candidate adalah calon yang boleh menang, sepatutnya tanpa mengira jawatan atau hierakinya dalam parti.

Dalam erti kata lain, PM akan mengubah calon yang secara konvensionalnya adalah pemegang jawatan dalam parti. Ketika UMNO/BN sendiri merupakan winnable party, soal ini tidak menjadi masalah. BN boleh meneruskan kebiasaan meletak calon yang popular dalam parti kerana kebolehan mereka untuk menang kerana parti. Atau istilah lebih tepat ketika itu: "letak songkok pun menang". Tapi era itu sudah berakhir.

Winnable candidate boleh merangkumi sesiapa saja. Ketua Bahagian jika diterima pengundi winnable candidate. Begitu juga seterusnya Timbalan Ketua, Naib, atau AJK Bahagian. Jika memang calon winnable terpilih dari kalangan pemegang jawatan dalam bahagian, mungkin tidak timbul masalah. Bagaimana jika calon winnable tidak datang dari pemegang jawatan dalam bahagian?

Kita tahu antara masalah UMNO adalah sikap ke 'warlord' an pemegang jawatan dalan bahagian. Oleh kerana mereka memegang jawatan, mereka sering merasakan mereka paling layak dicalonkan. Sesetengah tidak memahami realiti menjadi popular dalam UMNO yang dipilih oleh segelintir perwakilan tidak secara automatik menjadi popular dikalangan pengundi - terutama pengundi di atas pagar.

Bagaimana jika pucuk pimpinan berpendapat seorang calon winnable bukan datangnya dari pemegang jawatan di bahagian, adakah calon berkenaan dapat kerjasama dari jentera parti yang dipegang oleh warlord-warlord UMNO?

Kita tahu antara faktor penting menyumbang kemenangan seseorang calon adalah mempunyai jentera yang licin, kemas dan mantap. Pada PRU yang lalu, di sini antara kekuatan UMNO, dan masih setidaknya separuh dari kekuatan UMNO. Bagaimana jika jentera ini yang dikuasai oleh warlord UMNO sabotage calon pucuk pimpinan yang dikatakan winnable candidate?

Saya cadangkan, sebelum PRU diadakan, perlu diadakan reformasi parti dahulu. Reformasi dan transformasi mesti bermula dengan UMNO/BN. Jika BN masih terbawa-bawa sikap feudal mereka ketika UMNO masih sebagai winnable party, ini akan mengundang padah.

Persoalannya masih sempatkah reformasi parti menjelang PRU? Hanya PM yang mampu menjawab.

3 comments:

Anonymous said...

Ketua wanita dulu kalah tapi masih jadi ketua juga dlm UMNO.l So dlm UMNO segalanya mungkin asalkan depa menjilat buntut bos :-)

Anonymous said...

Anon 17;07 AM,

U jangan marah dengan orang Lembah
Pantai tu,nanti , lembu lembu dianangis.......

Bukankah dia buah hati pengarang jantong Tun dolllll.Dia senyum saja
terus pengundi muda,tua dan OKU akan
sokong ,sokong membawa rebah.......


Tun Dolll,anak omak porrrrrrah

AKU BUAH KETIAU TK

Wake UP! said...

Salam bro. Calon BN haruslah yang bersih dari sebarang skandal. Juga harus berada di tempatnya bukan dengan menjadi menantu bekas PM.