Followers

Sunday, February 6, 2011

Sajak Untuk Anwar oleh Pak Hak.

God Sent Anwar Ibrahim To Malaysia
(Anwar Ibrahim – Anugerah Tuhan Kepada Malaysia)

By Pak Hak

At this juncture of our beloved country’s history,
God tested our people with His creature called Anwar bin Ibrahim,
He causes havoc and animosity in this once peace-loving country,
Just because all he dream about day and night is power and fame .

He’s a chameleon whose ends justify the means.
So he changes colour so often at his whims and fancy,
He would not blink an eye to cheat or to lie,
To him power and glory is his life’s aim and philosophy.

Using people to meet his aspiration is another of his trait,
So friends and supporters of Anwar Ibrahim beware,
‘Cause when he finds your “sell-by date” is long expired,
He won’t hesitate to toss you away like some old underwear!

He spent seventeen long years in the government,
From Minister of Youth, Education to Finance and PM’s Deputy,
Ask any Malaysian if they can remember what he did or achieve,
The answer is blank as he spent most office time plotting against his adversary.

His academic qualification is only a degree in Malay Studies,
But then he was made in charge of the economy,
So he swallowed IMF prescription lock stock and barrel,
Raised interest rate, shorten NPL and almost bankrupt the country.

You will be mesmerized when you hear his speech,
He’s gifted with great skill in public speaking and oratory,
In the class of Sukarno, Chairman Mao, Hitler and Mussolini,
The masses will listen to them and even forgot they are hungry!

Friends, countrymen this man can only talk but cannot work,
Al l he does is fire your emotion with hatred, finger-pointing and accusation,
Our beloved land of Malaysia is too precious to be made a pawn,
Can we trust this man to lead the nation and the future of our children?



sumber dari Barking Magpies.

Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian.

Kita faham masalah mereka. Kita faham masalah rakyat Tunisia, Mesir, Jordan dan Yaman. Kita faham apabila demokrasi tidak disuburkan, suara rakyat tidak didengari dan pemimpin mabuk kuasa serta menjadi corrupted, rakyat yang menanggung sengsara.

"A man was born good", kata Rousseau, "but corrupted by society".

Pemimpin yang ingin mereka tukar itu bukan datang dari langit. Mereka makan, minum, belajar, berkawan dan berkahwin dikalangan orang-orang Arab juga. Hosni Mubarak dan pemimpin lain di Timur Tengah itu merupakan product kepada sistem nilai budaya Arab. Jika budaya Arab mengamalkan kuku besi, maka tidak suburlah demokrasi. Dan begitulah seterusnya.

Semasa Henry VIII mula menaiki takhta, baginda merupakan seorang pemuda yang baik dan lurus. Selepas sekian lama memerintah, beliau telah menjadi monster yang banyak melakukan kezaliman kepada rakyatnya. Baginda memancung dua dari enam isterinya. Beliau membunuh tanpa kasihan penganut Kristian mazhab Protestant. Baginda benar-benar apa yang disifatkan: "All powers are corrupted, absolute power corrupt absolutely".

Marcos telah digulingkan pada tahun 1987, selepas itu Filipina bertukar lima presiden. Ya, kuasa rakyat sudah bangkit dan menggulingkan diktator dan 'First Lady'nya yang terkenal, Imelda tetapi adakah setelah 24 tahun Marcos digulingkan Filipina menjadi maju seperti Amerika, Jepun dan Korea? Jawapannya tidak. Filipina tidak banyak mengalami modenisasi pun.

Tukar pemimpin adalah hanya satu ledakan singkat people's will yang melempiaskan kemarahan dan mencari objek untuk di persalahkan. Segala masalah yang berakar umbi itu sebenarnya perlu dibetulkan diperingkat pendidikan. Bagaimana kita mendidik rakyat kita menjadi intelligent, competitive dan creative. Hawaii akan tetap seperti negara-negara polynesia yang lain, tetapi ianya sangat berlainan sekarang apabila diduduki dan diterap sistem keAmerikaan.

Pemimpin genius seperti Tun Mahathir boleh membina KLCC, KLIA, PLUS Highway, KL Tower dan berbagai lagi. Namun beliau sendiri mengaku gagal mengubah sikap orang Melayu. 

Jadi baik pemimpin UMNO yang corrupted, atau pemimpin PKR yang corrupted dan gila kuasa, atau pemimpin PAS yang corrupted dan keliru dalam ke Islamannya, kita tidak dapat menyalahkan mereka. 

Mereka muncul dikalangan kita. Mereka cambah dari persekitaran kita. Mereka berkembang dalam iklim politik kita. Mereka lahir dari kita. Kita yang menjadikan mereka.

Mereka adalah kita.

"Your character is your destiny."


Friday, February 4, 2011

Tiga Soalan, Satu Jawapan.

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang teka-teki ini:

1. Mengapa pencuri kena tangkap?

2. Mengapa gigi sakit?

3. Mengapa perempuan mengandung?

Ketiga-tiga soalan berkenaan, mempunyai satu jawapan walau soalan itu tidak berkaitan. Jawapannya adalah: lambat cabut.

Ini soalan kepada tiga kejadian:

1. Mengapa rakyat Tunisia bangkit?

2. Mengapa rakyat Mesir protes?

3. Mengapa rakyat Yaman gulingkan presidennya?

Jawapannya hanya satu: First Lady!

Thursday, February 3, 2011

selamat Menyambut Tahun Baru Cina.

Blog Sri Tri Buana mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina tanpa mengira agama. Di harap, Tahun Arnab ini akan membawa kemakmuran kepada rakyat Malaysia.

Gong Xi Fa Cai!

Wednesday, February 2, 2011

Orang-orang Politik Yang Gagal.

Tun Mahathir pernah membuat kenyataan tentang Lee Kuan Yew yang menarik: "I think he will go down in history as a very remarkable intellectual and politician at the same time, which is not very often thing."

Jika menurut pendapat Tun, intelektual dan politik merupakan kombinasi yang sangat jarang. Mungkin Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew merupakan pengecualian dari hukum umum itu. Dan saya setuju.

Dalam sejarah, kita akan terkejut menemui tokoh-tokoh politik yang gagal. Mereka gagal berkembang sebagai seorang orang politik - bukan mereka tidak bijak tetapi mungkin mereka tidak mahu mengorbankan prinsip mereka.

Niccolo Machiavelli, penulis treaty politik yang terkenal itu merupakan ahli politik yang gagal. Walaupun beliau pernah memegang jawatan semasa  era Republic Florence, beliau diketepikan oleh keluarga de Medici apabila keluarga itu memegang kuasa. Dalam usaha beliau untuk menarik minat penguasa baru Florence itu, beliau menulis surat kepada de Medici, kemudian menjadi abadi dalam 'The Prince'.

'The Prince' dikatakan kitab suci Napoleon, Benito Mussolini dan Adolf Hitler. Realpolitik atau matlamat menghalalkan cara menjadikan politik bebas dari kongkongan moral dan agama. Machiavelli membawa satu revolusi politik dalam era renaissance. Namun beliau sendiri merupakan seorang ahli politik yang gagal. Beliau tidak memegang apa-apa jawatan semasa era pemerintahan keluarga de Medici, dan mati sebagai orang biasa.

Seorang lagi tokoh intelek yang gagal menjadi orang politik yang berjaya merupakan Confucius. Sebagai seorang bijak pandai istana, beliau dikagumi. Namun sikap 'berprinsip' dan mengutamakan moralnya membuat penguasa ketika itu tidak berminat dengannya. Confucius telah dihalau dari negerinya, mengembara bersama pengikutnya dan  membawa ajarannya yang semakin mashyur.

Menjelang usia tua Confucius, rajanya memanggil beliau pulang. Confucius memberi syarat, beliau boleh kembali ke negeri asalnya, tetapi tidak akan mencampuri urusan politik. Beliau akan pulang untuk mengajar fahamannya. Dan fahaman Confucius mendominasikan peribadi China tanpa beliau menjadi sebarang tokoh politik.

Seorang lagi tokoh yang gagal mengembangkan bakatnya sebagai orang politik adalah Ibnu Khaldun. Sebagai intelektual yang sezaman dengan Timur Leng, beliau pernah ditemuramah oleh penakluk terkenal itu. Ibnu Khaldun yang masak dengan pencaturan politik gagal menjadi seorang tokoh politik. Namun beliau merupakan penulis Mukaddimah, sebuah karya teragung yang pernah dihasilkan oleh pemikiran manusia.

Boleh juga kita simpulkan, kecuali beberapa individu seperti Lee Kuan Yee dan Tun Dr. Mahathir, orang politik dan intelek merupakan gabungan yang jarang. Di tangan mereka, orang-orang politik, terletaknya arah tuju negara kita.

Semperna pengubahsuaian Interlok untuk memuaskan hati golongan minoriti, mari kita kaji kebijaksanaan sistem kasta hindu. Dalam tingkat susila Hindu, kasta paling tinggi merupakan Brahman. Brahman ini adalah kasta Machiavelli, Ibnu Khaldun dan Confucius. Manakala orang-orang politik datangnya dari kasta Kesastria, setangga bawah dari Brahman, tapi anehnya golongan intelek sering diperkotak-katikkan oleh orang politik.

Dan saya teringat filem Invictus: "Football is a gentleman game, played by hooligans, but rugby is a hooligan game, played by a gentleman."



Tuesday, February 1, 2011

Cuba Jaya versus Trial and Error.

Dalam membincangkan posting saya; 'Mencari Sang Genius', seorang kawan memberi komen, Kementerian Pendidikan tidak membenarkan perkataan 'trial and error'. Beliau merupakan seorang tokoh pendidik yang tidak mengajar, seorang yang agak penting di kementerian pelajaran. Menurut beliau, dalam bahasa Melayu istilah 'cuba-jaya' menggantikan 'trial and error'.

Saya tergelak mendengar penerangan beliau. Mungkin beliau sendiri kurang setuju tetapi itu pendapat para 'pakar'. Dr Jomo, seorang pakar ekonomi pernah meramalkan Proton akan gulung tikar dalam masa beberapa bulan sahaja ternyata salah.

Saya masih ingat kisah 'Si Tenang', seekor dugung yang terdampar dan dipelihara oleh sebuah keluarga tetapi terpaksa melepaskan anak dugung berkenaan kerana menurut pakar dugung tidak boleh hidup dipelihara. Dugung berkenaan dilepaskan dan menemui ajalnya.

Dan kita begitu banyak meletakkan harapan kepada para 'pakar' yang bagaikan ada kuasa magic menentukan banyak hal. Pakar yang membuat silap, hingga sebuah hospital seperti Hospital Serdang boleh runtuh kerana salah juruperunding yang sepatutnya 'pakar.' 

Dan kita menyerahkan urusan agama kepada para 'pakar' yang digelar ulama. Bagaimana jika 'pakar' berkenaan tersilap dan masih kita memperolehi tiket ke syurga dengan mengikut membuta tuli fatwa-fatwa 'pakar' berkenaan. Bagaimana jika pakar berkenaan memuliakan kafir harbi seperti Lee Kuan Yew yang minta 'umat Islam melonggarkan sedikit pegangan supaya senang bergaul dengan masyarakat bukan Islam'. Apa kata pakar lain seperti seorang 'ulama' perubatan ini?

'Pakar' bahasa yang menolak kebijaksanaan 'trial and error' sangat takut kepada 'error'. Dalam dunia 'pakar berkenaan hanya ada 'jaya' sahaja walaupun dalam peringkat 'cuba'. Saya menjadi tidak hairan jika umat Melayu gagal mencipta kerana mahu terus berjaya tanpa 'trial' yang mungkin 'error'.

Dan 'pakar' bahasa berkenaan lupa, Thomas Edison gagal sebanyak 999 kali dalam usaha mencari formula kestabilan mentol yang kekal ke hari ini. Sochiro Honda pernah berkata orang hanya nampak 1% kejayaannya tetapi gagal melihat 99% kegagalan sebelum beliau berjaya. Google Dunlop dan baca kisah kegagalan pencipta tayar ini hingga dihukum penjara kerana gagal membayar hutang sebelum berjaya menemui formula tayar.

Sementara dunia penuh dengan kisah 'mencuba dan gagal', pakar bahasa Melayu pula yang hanya pemikir 'armchair'  dan tidak pernah gagal - dan tidak pernah juga berjaya - seronok mencipta istilah yang tidak berjejak di bumi nyata. Cuba dan jaya.

Dan ciptaan 'pakar' berkenaan akan diterapkan di sekolah-sekolah. Sekolah-sekolah akan melahirkan ramai pelajar pintar yang menggondol banyak A. Tapi di mana sang geniusnya?

Mengapa manusia Melayu takut kegagalan? Patutlah mereka jarang berjaya mencipta kehebatan.



Monday, January 31, 2011

Masih Relevankah MCA?

Pilihanraya Tenang telah dimenangi oleh BN. Majoriti undi meningkat kepada 3707 undi. Undi Melayu solid kepada BN. Manakala undi Cina masih mengekalkan trend memihak kepada pembangkang - walaupun pembangkang adalah PAS, bukan DAP.

Di Labis sendiri, kubu Presiden MCA, BN hanya mendapat 365 undi, sementara calon PAS mendapat 801 undi. Ini bermakna BN hanya memperolehi 31% sahaja undi kaum Cina. Ini masih lanjutan trend pilihanraya 2008 yang mana 70% kaum Cina mengundi pembangkang.

Dengan usaha yang telah dibuat oleh PM, seperti 1Malaysia, liberalisasi ekonomi dan sebagainya, malah usaha beliau mendapat tentangan hebat dari core UMNO dan Melayu sendiri, trend undi kaum Cina masih ditakuk lama. Hanya satu yang boleh menterjemahkan trend ini: kaum Cina tidak mahu menjadi rakan kongsi, mereka ingin menguasai Malaysia dengan agenda 'ketuanan Cina' mereka. Dan mereka nampak perkara ini boleh dicapai melalui Pakatan Rakyat.

Soalnya, masih relevankah MCA jika mereka gagal mengembalikan undi kaum Cina kepada BN? Masih relevankah apabila mereka menggunakan tuntutan kaum Cina sebagai alat untuk bargain lebih kerusi, jawatan TPM dan berbagai-bagai.

UMNO sudah jelas perlu meninggalkan perkongsian yang sia-sia jika tidak menguntungkan. Mungkin ini termasuk MIC yang ghairah memikirkan dan mendesak perkara remeh seperti mengubah karya seorang sasterawan negara.

UMNO tidak perlukan keremehtemehan ini.

Friday, January 28, 2011

Buat Pertama Kali Saya Setuju dengan KJ!

Kerajaan BN perlu memahami zaman jika mahu kekal relevan dengan pengundi dan penduduk Malaysia. Seperti kata Bismark, ahli-ahli politik tidak boleh mencipta gelombang, mereka hanya boleh menunggang gelombang seperti surfer dan pastikan tidak terbenam di laut dalam.

Kementerian Dalam Negeri bercadang ingin meluaskan skop kawalan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang bukan hanya meliputi media cetak, malah media eletronik seperti internet, blog dan facebook. Baca sini.

Facebook! KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam, tuan datang dari planet mana dan abad ke berapa?

Dalam era bahkan media cetak kewartawanan  minta ketelusan, kerajaan ingin mengawal internet melalui akta lapuk itu ke? Dengan cadangan seperti ini, sah Malaysia menjadi Benjamin Button, mengundur ke belakang menjadi kurang matang dari usianya.

Ini saya CnP dari blog Syed Akhbar Ali, cadangan KSU berkenaan:

  • Publications Act to be amended to address loopholes
  • The Printing Presses and Publications Act to include ‘publications’ posted online and plug loopholes, said Home Ministry secretary-general Datuk Seri Mahmood Adam.
  • definition of “publication” and whether it should include Internet content, blogs or Facebook
  • “amendments will be tabled in Parliament by March
  • “.intrusion of the digital technology,” he said.
  • Mahmood said the ministry monitored Internet content on a daily basis
  • to address loopholes in the law and make it more inclusive.
  • to ensure we can control the entry of films using the latest technology, such as pen-drives and computers.” — Bernama”
Dan ini pula bantahan dari beberapa pihak:


  • Control over online media "a step backwards": NUJ
  • The Government's sudden move to ..bring online media under its scrutiny is "a step backwards", (NUJ) Malaysia president Hata Wahari said Wednesday.
  • “..turn Malaysia into an "outdated" country in terms of free flow of information."
  • " . . amend the Act to provide print publications the space to operate with more freedom.’
  • Centre for Independent Journalism (CIJ) executive officer Masjaliza Hamzah said ..there were enough laws to govern the media already.
  • "It is another form of control. It is definitely regressive and a political move because many analysts attributed the results of the previous general election to the role of the Internet," she said.
  • “..the Defamation Act were sufficient to nab anyone who published false information online.”
  • Umno Youth chief Khairy Jamaluddin tweeted: " Personally, I think it's ridiculous."

Jika sudi, baca seterusnya di sini.

Namun demikian, saya setuju dengan garis panduan untuk memantau internet dan kawalselia mereka seperti yang dilaporkan oleh blog Perak Today.

Seperti ramalan Francis Fukuyama dalam The End of History and The Last Man, liberal demokrasi akan menjadi anutan politik seluruh dunia. Dalam dunia 'liberal demokrasi'(walaupun saya tidak setuju semuanya) ketelusan adalah sangat penting. Rakyat tidak suka diperbodohkan dan disekat minda mereka.

Lihat apa jadi pada Tunisia? Akibatnya jika kehendak manusia ditindas, 'wabak Tunisia' sudah melanda negara-negara 'kuku besi bersalut baldu' lain di Timur Tengah seperti Mesir. Baca sini.

Bila rakyat sudah bangkit, tidak ada apa yang boleh menghalang. Ingat Revolusi Perancis.

*catatan peribadi: "Saya mendoakan keselamatan pelajar Malaysia di Mesir, terutama pembaca setia saya saudara Yazreen Yazeed Ya'acob. Semoga Allah melindungi saudara".



Wednesday, January 26, 2011

MCA Jangan Jadi Biawak Hidup.

Saya masih belum ke Tenang. Rakan-rakan di Tenang ada memberitahu DAP lebih aggresif meraih undi jika dibanding dengan MCA. MCA yang mendakwa mereka boleh mengembalikan undi kaum Cina ke BN andainya tuntutan mereka diikuti.

Tuntutan demi tuntutan dibuat. Hapuskan kuota 30%, minta Timbalan Perdana Menteri Cina, dan berbagai lagi. Hingga kini undi kaum Cina masih ditakuk lama dalam soal mengundi BN. MCA - dan MIC - secara tidak langsung sudah menjadi beban kepada UMNO. Demi setiakawan, UMNO masih mengusung MCA dan MIC seperti biawak hidup.

Dengan sinis Kickdefella bertanya: mengapa tidak saja UMNO keluar Barisan Nasioanal dan menyertai Pakatan Rakyat. Mampukah MCA membuat kaum Cina sayangkan calon UMNO seperti DAP buat kaum Cina sayangkan Normala? Baca sini.

Another Brick in the Wall  juga melahirkan kereseahan terhadap undi kaum Cina di Tenang. Tenang berada dalam negeri Johor, secara tradisinya kubu kuat BN. Samada Melayu atau Cina, mereka bangga menjadi negeri yang melahirkan UMNO dan seterusnya bangga dengan tradisi BN. Adakah Tenang akan menjadi pemecah tradisi; yang juga boleh dianggap bad omen kepada BN? Sementara ceramah DAP mendapat sambutan hari demi hari, MCA masih 'tidur' dan jika tidak dikawal, Tenang mempunyai potensi menjadi Sibu ke dua.

Sementara itu, DAP berusaha keras untuk keluar dari imej 'chaunavist'nya. Mereka telah rekrut beberapa tokoh muda Melayu. Antaranya anak bekas pembesar UMNO seperti Zairil, anak kepada Tan Sri Khir Johari.  Ini bagaikan persediaan awal DAP untuk mempunyai calon MB, mungkin PM dari kalangan parti mereka sendiri jika keadaan memerlukan.

Baca ulasan Datuk A. Kadir Jasin di sini.

Sementara MCA semakin berundur dalam Barisan Nasional sebagai orang yang memainkan peranan  'pelakon tambahan' atau second fiddle, DAP sedang mempersiapkan diri sebagai 'tuan' dalam wayang kulit Cina. PAS, PKR dan UMNO hanya bidak-bidak, dan Melayu korban terbesar. 





Tuesday, January 25, 2011

Khalid Gagal.

MB Selangor yang sering dilabelkan oleh blogger pro kerajaan sebagai Khalid Gagap gagal meminda perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa kepada MB menentukan pegawai kerajaan manakala Sultan hanya endorse sahaja.

Saya makin pelik dengan ahli politik pasca Mahathir. Mereka bagaikan tiada otak. Sebelum hendak membuat usul berkenaan, Khalid tidak calculate peluang kemenangan; berapa ADUN yang memihak kepada mereka atau memihak kepada pembangkang. Tidak seperti Tun Mahathir yang terkenal 'plan evertything to the end', Khalid 'leave it to chance.' Dan hasilnya beliau gagal.

Khalid gagal meminda pelembagaan kerana gagal mendapat 2/3 majoriti. Hanya 34 ADUN menyokong, manakala 20 ADUN menentang. Kalau sudah tau kalah, jangan berjuang. Sekarang sudah nampak kedangkalan politik Khalid sebagai MB.

Sekurang-kurangnya dua blog menuntut beliau meletakkan jawatan apabila masterstroke Khalid  gagal, Zulkifli Nordin sebagai bekas rakan seperjuangannya dari PKR dan Big Dog Com.

Teringat saya satu kisah lucu seorang pemimpin menemui doktor ketika wabak lembu gila melanda negara. Apabila selesai doktor memeriksanya, doktor memberitahu: "Ada berita baik dan ada berita buruk, mana satu YAB mahu dengar?"

Jawab pemimpin berkenaan: "Berita baik dulu".

"YAB tidak kena jangkitan wabak lembu gila yang  menyerang otak." 

"Alhamdulillah", jawab pemimpin berkenaan. "Dan berita buruknya?"

"YAB TIDAK ADA OTAK!", kata doktor berkenaan.

Monday, January 24, 2011

DAP Terdesak Membuktikan Melayu Bukan Penduduk Asal.

Dalam blog Lim Kit Siang, dimuatkan tulisan seorang ahli sejarah picisan. Jika dulu kita ada Micheal Chick(en), kini kita ada John Doe. Baca dalam entry Malay History: What's missing from the textbooks. Seperti nama Chick(en), John Doe juga meragukan. John Doe untuk lelaki dan Jane Doe bagi perempuan adalah nama yang umum untuk orang yang tidak dikenali.

Bapa rasis Malaysia, Lim Kit Siang meletakkan artikel aneh dari seorang sejarahwan yang kabur mencerminkan nilai intelek beliau sendiri. Patutlah beliau tidak pernah setanding dengan mentornya, Lee Kuan Yew dari segi intelek dan hanya pandai meniup api perkauman.

Dari keseluruhan artikel berkenaan, John Doe menafikan peranan Parameswara sebagai pembina empayar Melaka. Kononnya, seorang sultan Brunei yang terlebih dahulu memeluk Islam dan berkahwin dengan anak raja Johor. Raja Johor itu pula berada dibawah jajahan Siam, seperti Temasik sebelum Parameswara membunuh gabenor Siam, Temagi. 

Menurut John Doe, Ketuanan Brunei ini tidak diceritakan dalam buku teks sejarah. Ada lagi fakta yang melucukan. Dalam artikel bodoh itu, John Doe berhujah terdapat kubur seorang China Muslim bernama Pu Kung Chih Mu seratus tahun sebelum sultan Brunei itu naik takhta. Sudah ada komuniti orang Cina pada tahun 1264 di Brunie dan Islam ini datang ke Brunei melalui China Muslim.

Banyak contoh yang diberinya sekian ramai masyarakat China Islam yang berhijrah ke Brunei seawal 977, ketika Melaka masih belum terbentuk. Semua hujah ini hanya menjurus kepada satu tujuan: Melayu yang sering berbangga dengan Kesultanan Melayu Melaka tidak boleh berhujah mereka penduduk asal kerana Cina sudah mula berhijrah ke rantau ini sebelum terbentuknya Melaka. Alangkah bodohnya John Doe ini.

Pertama, John Doe mengkaji sejarah 'Kepulauan Melayu' secara geografi tanpa mengkaji geo politik Nusantara. Kepulauan Melayu yang tidak termasuk Siam menggapai hingga ke Filipina. Sebelum Melaka wujud, beberapa empayar dan kerajaan Melayu sudah muncul di Segenting Kra seperti Empayar Funan dan Langkasuka. 

Perlu diingat, dalam politik orang Melayu purba, mereka mempunyai kerajaan berlandaskan raja, bukan geografi. Beberapa empayar jatuh dan bangun hasil dari keturunan yang sama. Ada dua etnik besar yang sering berebut pengaruh mengawal alam Melayu iaitu orang Melayu dan Jawa. Kerajaan Melayu seperti Funan, Langkasuka, Sri Wijaya dan Melaka terhasil dari dinasti yang sama.

Kerajaan Jawa agak kompleks kerana masalah dalaman dinasti mereka bertukar-tukar namun nama kerajaan mereka dari Singosori hingga ke Majapahit berasaskan kebudayaan Jawa yang juga dalam rumpun bangsa Melayu. 

Dan empayar Melayu/Jawa tidak dapat tidak adalah kisah perebutan mengawal Selat Melaka. Ini kerana Selat Melaka adalah jalan laut antara India dan China. Ini yang menyebabkan samada kekuasaan laut Srivijaya atau Majapahit sangat ingin mengekalkan pengaruh mereka di Selat Melaka.

John Doe adalah penulis yang pertama memberi kepentingan kerajaan Brunei dalam politik Melayu purba. Saya rasa beliau buta sejarah tetapi menulis sejarah.

Jika ada komuniti Cina yang bertapak di Brunei, atau Johor atau Temasik atau dimana-mana sahaja rantau Melayu ini, tidak mengesahkan mereka penduduk asal kerana menjadi lumrah politik Melayu ketika itu menganggap Kepulauan Melayu itu sebagai tapak geo politik mereka. Melayu yang mendirikan dinasti di Segenting Kra seperti Funan tetap menganggap Pahang, Johor, Kedah hingga ke Pasai, Aceh, Siak, Palembang dan Brunei dibawah jajahan mereka.

Begitu juga dengan kerajaan Srivijaya. Hanya selepas empayar Melayu Srivijaya lemah pengaruhnya di sekitar Selat Melaka, barulah Majapahit mengambil alih sebagai tunggak di Kepulauan Melayu. Ketika itu baru Siam di bawah Rama Kamheng ingin menguasai beberapa jajahan Srivijaya di Semenanjung seperti Pahang, Johor dan Kedah. 

Apabila Parameswara mencabar kekuasaan Majapahit, baginda telah di serang oleh Jawa dan melarikan diri ke Temasik, secara de jure baginda cuba menakluk semula bekas jajahan nenek moyangnya. Walaupun Temasik dikuasai oleh Siam, tetapi beberapa suku seperti Orang-orang Laut masih bersetia dengan Putera keturunan Srivijaya ini. 

John Doe tidak boleh mengambil sejarah tertubuhnya kerajaan Melayu Melaka sebagai hujah untuk mengesahkan 'kependatangan' Parameswara. Jika orang Melayu tidak boleh terima kaum lain sebagai penduduk asal, bagaimana orang Semenanjung boleh menerima Parameswara dengan mudah sekiranya baginda dianggap orang luar.


John Doe kena lebih memahami lagi sejarah Melayu yang complicated. Baca Alter Terahsia Bangsa Melayu dan Mistifile setidak-tidaknya. Jika beberapa kerat masyarakat China Islam hendak dijadikan hujah, baik Lim Kit Siang kaji semula sejarah bangsa China. 


China sebagai negara bukan satu bangsa. Cheng Ho sendiri orang Islam keturunan Turki. 

Sunday, January 23, 2011

"Tulis Blog Tak Dapat Duit".

Baru-baru ini saya bertemu seorang penulis yang aktif menulis di Dewan Sastera, Utusan Malaysia dan beberapa makalah lain dalam tahun 90an. Sebenarnya saya agak rapat dengan penulis ini. Beliau pernah bertugas dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang beliau sudah pencen.

Ketika bertemunya di KLCC setelah hampir sepuluh tahun tidak bertemunya(mungkin lebih) saya terkejut melihat perubahan dirinya. Badannya menjadi susut, mungkin kerana diabetis, nampak beliau sudah sangat berumur. Usianya baru menjangkau 60 tahun. Seperti biasa, beliau membawa buku bersama-samanya.

Penulis ini telah menjadi senyap sunyi sekarang, walaupun pada tahun 90an beliau mendominasikan hampir semua media cetak. Beliau menyatakan kepada saya bahawa beliau sudah pencen dan tidak bekerja degan DBP lagi. Sekarang beliau penulis sepenuh masa dan sudah ada lima buah bukunya dipasaran. Dan beliau bakal melancarkan buku baru, dan menurut beliau, Tun Dr. Mahathir akan dijemput dalam acara berkenaan. Beliau turut menjemput saya ke majlis berkenaan.

Dalam pertemuan singkat itu, kami sempat bertukar nombor telefon dan berjanji akan menghubungi satu sama lain nanti; untuk melanjutkan silaturrahim kami yang terputus. Sebelum kami berpisah, saya sempat bertanya mengapa beliau tidak menulis blog. Jawapnya ikhlas:

"Tulis blog tak dapat duit."

Friday, January 21, 2011

Facebook, Blog, Kematian dan Hilang Rasa Kemanusiaan.

Dalam setahun yang lepas, isteri saya yang masih berada di Ireland sms saya memberitahu seorang abang kawannya meninggal dunia. Kematian abang kawannya itu merupakan kematian mengejut, kerana Allahyarham masih muda. Dan isteri saya menyatakan, beliau berasa aneh apabila mendengar berita kematian itu kerana laman facebook dan blog Allahyarham masih wujud dan masih aktif.

Facebook Allahyarham tidak 'mati'. Masih ada yang minta add sebagai kawan, masih ada yang menulis di wall atau tag gambar. Begitu juga dengan blognya, masih ada yang hantar komen dan mungkin tidak tahu penulisnya telah meninggal dunia.

Pada 12hb Januari lepas, sahabat saya Abd Aziz Shaharun aka Yang Gambi telah meninggal dunia. Pemergian beliau juga agak mengejutkan. Malah beliau masih sempat membuat posting terakhir pada 9hb Januari, beberapa hari menjelang kematiannya. 

Selepas pemergian beliau, kadang-kadang saya buka juga blog dan facebooknya. Masih ada yang komen  diblog Allahyarham, kebanyakkan menyatakan takziah kepada keluarganya. Kadang-kadang saya terlihat orang tag gambar ke wallnya di facebook. Agak sukar saya menerima bahawa beliau sudah tiada.

Namun demikian, saya kesal dengan sikap sesetengah manusia, penyokong PAS dan pembangkang yang mengutuk Allahyarham walaupun beliau sudah tiada. Mereka yang mengaku memperjuangkan Islam sanggup mengata dan mencerca orang yang sudah tiada seolah-olah mereka berhak menentukan siapa  yang Allah akan redha dan siapa yang Allah akan murka.

Mereka makin hilang sifat kemanusiaan mereka kerana sangat taksub menyokong sesuatu parti. Mereka sanggup mengutuk walaupun kepada orang yang sudah pulang ke rahmat Allah. Mereka yang masih menjalani kehidupan dan belum tentu di redhai Allah. 

Saya tertanya-tanya, inikah ajaran Islam? Inikah ajaran Quran? Inikah ajaran dan sunnah Rasulullah? Jika tidak, ini bererti mereka sudah jauh menyimpang dari Islam.

Di bawah ini adalah gambar Allahyarham yang telah ditagged oleh Pak Ngah Wee - saya percaya penyokong PAS - yang diuploadkan dalam Facebook. Baca komen-komen mereka dan kata nista mereka. Tuan-tuan nilai sendiri.



 
Dari berita yang tak sohih sahabat kita Aziz ROMPIN @ MELUKUT SENJA @ AKU YANG GAMBI yang sebelum ini amat kuat sekali membelasah Tuan Guru Nik AZIZ dengan kata nistanya telah kembali alam barzah>>>AL FATIHAH
Added January 13 · ·

    • Normisan Jumain Bior betul beb.... AKU YANGAMBI nie kaki bodek FELDA... Kalo suruh jilat lubang jubo PENGERUSI FELDA... maunya dia jilat...
      January 14 at 12:40am · ·
    • Pak Ngah Wee Aku memomohon kepada Tuan Guru memaafkan Aziz ROmpin ni atas kesilapannya yang banyak mengadu domba sesama islam dan menghina Tuan Guru
      January 14 at 1:27am · · 1 personLoading... ·
    • Penggali Kubur MENGAPA TAK BAGI TAHU PENGGALI KUBUR SENANG AKU NAK SEPAK KEDALAM LUBANG KUBUR
      January 14 at 7:13am · ·
    • Man Kadir Al-Fatihah!
      January 14 at 8:47am · ·
    • Pawang Saleh mati ke mampusss ? > biar betoi2 > ca ca ca ca
      January 14 at 3:29pm · ·
    • Wan Mohd Shahrir Tuan guru hanya manusia biasa, akan diadili oleh Allah juga nanti, xperlu taasub kerana hanya Rasulullah saja yg maksum. Tanpa mengira pegangan, Islam menghormati org yg sudah tiada. Rasulullah pernah berdiri menghormati seorang yahudi mati lalu dihadapan baginda. Kebenciaan sesama manusia, apa lagi sesama Islam bukan ajaran Islam. Dalam Quran Allah berkata akhirnya semua akan terpulang padaNya utk menentu siapa salah siapa tidak. Kita yg hidup ni belum tentu Allah redha; sapa kita nk mengadili org ni betul org ni salah?
      January 14 at 3:31pm ·
    • Pak Ngah Wee Orang yang masih hidup pun kau tak hormati inikan pula dah mampus..kata PS ni.
      January 14 at 3:35pm · ·
    • Pawang Saleh oiii pak ngah wee > betoi dia dah mampussss > mampuss betoi2 > bukan cubaan > aku sangka dia menongkat langit > tak tahu mati > heh bukan dia kot > mampus ni jangan main2 > kalau mati dalam iman tahan juga > kalau mampuss dalam rasuah > Allahuaklbar > ca ca ca ca
      January 14 at 3:41pm · ·
    • Pawang Saleh oiiiii banyak dah orang jasa yg mampuss mengejut > yg lumpuh pun banyak juga > ape sebabnye > ca ca ca ca
      January 14 at 3:44pm · ·
    • Wan Mohd Shahrir Pawang saleh, anda pasti Allah redha dgn anda dgn cara maki hamun mcm ni?
      Anda pasti cara anda ni cara islam?
      January 14 at 7:08pm ·
    • Penggali Kubur ca ca ca ca ca
      January 14 at 11:58pm · ·
    • Langau Hijau Melukut sedang menghadapi nunkar nankir
      Tuesday at 6:58am · ·

Thursday, January 20, 2011

Arak dan Judi: Haram Jika UMNO, Halal Jika PAS.

Islam dikanan, sekular dikiri tapi kita tetap parti isle.


PAS, bagaikan Janus dewa Rome yang mempunyai dua wajah mempunyai duality dalam sikap mereka. Mereka bercakap tentang Islam dan melabelkan orang lain kafir dengan sesuatu kriteria, tetapi dengan kriteria yang sama jika dilakukan oleh PAS adalah halal.

Dalam filem 'Full Metal Jacket', seorang askar telah menulis dihelmetnya 'Born to kill', kemudian memakai lambang Greenpeace dalam masa yang sama. Apabila ditanya oleh generalnya, dia berkata itulah sifatnya, duality seperti karakter yang dinyatakan oleh Jung. Seperti askar berkenaan, PAS mempunyai dua muka, duality dan Jungian. Ringkasnya: hipokrit.

Dalam blog Cucu Tok Selampit dibawah tajuk Lesen Arak Bakal Ditambah Di negeri Serambi Mekah! MasyaAllah! beliau memetik kenyataan Datuk Takiyudin Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perlancongan dan Kebudayaan Negeri. "..langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam", katanya menurut sumber BERNAMA.

Saya masih ingat PAS memprotes lesen judi bola walaupun lesen itu untuk bukan Islam sahaja. PAS pernah berjanji akan menutup kedai-kedai nombor. Apa yang terjadi sekarang adalah PAS akan menambahkan lesen arak. Jika PAS berjaya memerintah Malaysia, siapa berani jamin PAS tidak akan mengeluarkan lesen judi bola versi PAS? Jika kerajaan BN, haram tetapi jika PAS halal? Haram tetap haram, bahkan kerajaan BN tidak hipokrit.

PAS buat apa sahaja untuk diterima oleh bukan Islam, jadi apa yang membezakan mereka dengan parti lain? Nil.

Saya hairan mengapa Tok Guru mendiamkan diri dalam hal ini. Mereka minta kuasa untuk melaksanakan undang-undang Islam, apabila rakyat memberinya, inikah balasannya? Pembangunan hampir tiada, walaupun menurut Kickdefella peruntukkan pusat tetap ada, tetapi tidak dibuat pembangunan. Apabila rakyat susah, minta bersabar kerana ini hanya dunia, akhirat tempat abadi. 

Inilah hipokrasi politik. Ia berada dimana-mana. Orang jual agama tetapi hakikat ingin berkuasa dan mengumpul kekayaan. Kasihan pengikut mereka. Mohd Sayuti Omar pernah berkata, semasa mengulas lawatan Khalid Samad ke kilang beer di Selangor bahawa minum beer tidak sampai merosakkan akidah. Dan sekarang baru saya faham.

Liberal, liberal.

Tuesday, January 18, 2011

Azan, Minta Maaf dan Chu Soi Lek.

Isu protes terhadap laungan azan oleh seorang peguam yang kebetulan dari parti MCA telah mendapat reaksi yang berbagai. Ada beberapa kekeliruan di sini sebenarnya. Saya suka dengan posting Dr. MAZA tentang isu ini walaupun, seperti biasa, beliau menjadi kontroversi dan mendapat kritikan kerana pandangannya yang liberal dan tidak radikal. Baca sini.

Saya tetap dengan pendirian, mengikut lunas Islam azan perlu dilaungkan dengan kuat, terutama subuh untuk mengejutkan umat Islam bangun pagi dan bersolat. Jika untuk bukan Islam pun elok saja bangun pagi kerana bangun pagi amalan yang baik. Azan tidak sampai lima minit dan tidak akan sampai menganggu sesiapa pun.

Masalahnya, ada sesetengah masjid atau surau yang ingin menunjukkan mereka extra warak, extra alim dan extra Islamik, menggunakan mikrofon bukan tujuan untuk melaungkan azan tetapi aktiviti lain seperti berceramah, membaca Quran dan berzikir dengan kuat. Dr. MAZA dalam posting di atas telah menurunkan hadis dari Abu Said Al Khudri yang berbunyi:

“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Toleransi dalam agama sangat penting. Dalam hadis diatas adalah mustahak dalam ibadah kita tidak hingga menganggu orang lain samada orang Islam atau tidak. Kecuali azan yang bertindak sebagai pemberitahu waktu solat dan mengajak orang berjemaah, aktiviti ibadah individu seperti zikir dan lain-lain tidak perlu diperhebahkan hingga menganggu orang lain. Ada hikmah mengapa Rasulullah melarang ianya di perbisingkan.

Walaubagaimanpun, saya makin pelik dengan sikap toleransi bukan Islam pula. Suatu hari, jalan pintas yang saya lalui ada sekatan jalan kerana seorang Cina telah mati. Ia ditutup selama beberapa hari kerana berbagai ritual dan ia menganggu saya. Saya tidak protes, seperti mana orang Melayu lain tidak protes apabila acara agama seperti Thaipusam yang membuatkan jalan sibuk, kebisingan ketika malam Tahun Baru Cina dan berbagai lagi.

Kami orang Melayu sudah menjadi darah daging dalam tolenrasi dan menerima adat budaya orang lain sebagai biasa. Kami sudah dididik untuk mengalah tetapi mengapa kaum lain susah hendak faham? Hampir satu demi satu isu agama dipolitikkan.

Apabila Teresa Kok memprotes soal azan, bahkan PAS menyetujui DAP dalam soal itu. Apabila MCA memprotes soal azan, maka PAS dan PKR membantah kerana yang protes itu MCA. Tidak boleh ke kita pisahkan soal ini soal Islam, dan bangkit sebagai Islam tanpa mengambil kira parti mana yang buat onarnya. Samada Teresa Kok atau peguam MCA, mereka tetap kaum Cina yang tiada hak memprotes azan - dan hanya azan - yang sangat penting dalam Islam. Period.

Sekarang peguam berkenaan sudah meminta maaf terhadap jemaah kerana tindakan melampau beliau. Kita maafkan, kita umat Islam memang kerja kita maafkan mereka. Saya tidak setuju dalam posting Penarik Beca kononnya peguam itu beruntung kerana dia ahli MCA, mudah bagi UMNO memaafkannya. Apa jadi pada Teresa Kok? Mudah bagi PAS memaafkannya?

Lagipun, soal maaf menghina Islam ini bukan milik UMNO atau milik PAS. Ia milik Allah.

Tapi yang paling menarik hati saya adalah ulasan Chua Soi Lek. Beliau berkata pesta agama lain juga bising, tetapi orang Melayu tidak pernah protes. Sayang kefahaman Chua ini sudah terlambat. Sebagai Presiden MCA, beliau gagal educate ahlinya agar menjaga sensitiviti orang Islam dalam soal azan ini.

Jika kaum Cina dan India minta orang Melayu memahami mereka, faham juga hati dan perasaan orang Melayu. 



Monday, January 17, 2011

'Nyamuk' Pun Anwar Takut?

Anwar Ibrahim masih ghairah ingin berdebat tentang ekonomi dengan PM. Buat setakat ini, KJ dan Nazri Tan Sri Aziz menawarkan diri untuk berdebat dengannya. Anwar merasakan dua orang ini tidak layak berdebat dengannya. Ummi Hafilda yang kembali sensasi mencabar juga Anwar berdebat, lantas Anwar memanggilnnya nyamuk.

'Nyamuk' ini merupakan antara mangsa kekejaman Anwar. Semuanya bermula apabila Ummi Hafilda dengan berani menulis surat kepada Tun Mahathir. Rumour sudah bertiup sebelum itu. Karpal Singh menuduh Anwar sebagai Menteri yang tidak bermoral dan homoseks. Mat Sabu dalam ceramah-ceramah PAS memanggil Anwar sebagai 'Al Juburi'.

Khalid Jefri juga menulis buku '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM'; juga turut memuatkan tuduhan homoseks, hubungan seks dengan berbagai wanita dan aktiviviti 'aneh' Anwar. Buku itu diharamkan atas usaha Anwar yang mendapat injuction.

Antara kejadian aneh yang berlaku pada tahun itu adalah apa yang dinamakan 'Operation Turned over'. Operasi ini bertujuan memaksa Ummi Hafilda menarik semula tuduhannya melalui surat beliau kepada Tun Mahathir. Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri telah mengarahkan polis menahan Ummi dan memaksa Ummi menulis semula surat yang menafikan tuduhan itu kepada Tun Dr. Mahathir.

Tun pernah menerima surat sedemikian, dan kerana terlalu percayakan Anwar; Tun minta Anwar baca dan kemudian bakar. 'Baca dan bakar' merupakan lambang kepercayaan Tun terhadap Anwar. Tapi surat Ummi bukan surat layang. Ianya di tandatangani, dan berani bersemuka untuk menyatakan kebenaran. Lebih mencurigakan, Anwar bersusah payah mengarahkan polis melakukan 'Operatian Turned over'.

Kalau tidak ada ada, masakan tempua bersarang rendah.

Sebenarnya Awar yang menggali lubang kuburnya sendiri. Anwar cuba menyembunyikan dari pengetahuan umum surat Ummi. Selepas berita ini pecah, Anwar dengan kuncu-kuncunya melancarkan serangan peribadi ke atas Ummi. Ummi pernah syok ke Anwar, Ummi cuba ugut Anwar untuk dapatkan projek dan sebagainya. Tipikal Anwar yang bijak mengalihkan perhatian.

Tuduhan Ummi sangat berat: abangnya Azmin merupa seorang bacul dan dayus membenarkan isterinya mempunyai hubungan dengan Anwar. Sudah habis modal lain ke Ummi nak reka untuk mengugut Anwar dengan membuat fitnah ke atas keluarganya sendiri? Saya tidak merasakan demikian.

Seorang lagi mangsa yang turut diganggu polis atas arahan Anwar adalah bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar. Sekarang Saiful Bahari. Sebenarnya, kita semua tidak pernah lihat perlakuan yang diperkatakan kecuali keputusan mahkamah. 

Tapi mengapa Anwar tidak berani bersumpah seperti Saiful lakukan? Mengapa Saiful hingga kini belum dimakan sumpahnya? Ketepikan soal prosedur sumpah yang dipertikaikan, tipikal penyokong Anwar, mereka sering berbahas tentang ranting.

Pokoknya, secara mahkamah juga Anwar sentiasa mencari jalan menunda kes berkenaan. Jika berani, selesaikan secepat mungkin. Kami ingin tahu. Bersumpah juga seperti Saiful, biar Allah jadi saksi dan kita lihat siapa nanti akan dimakan sumpah.

Kini Anwar menyifatkan Ummi sebagai nyamuk. Sebagai orang yang ingin menjadi Perdana Menteri, Anwar perlu melayani 'nyamuk' ini. Apa lagi jika Anwar merasakan tuduhan Ummi tidak benar. Buktikan kepada rakyat. Ajak Ummi berdebat. Kita buka dada, luahkan segala kebenaran. Lari dari bersumpah, lari dari mahkamah dan sekarang lari dari bayang-bayang Ummi. Jangan lari lagi.

Berdebat dengan 'nyamuk' berkenaan, then you deserve our respect. Baru boleh cerita debat ekonomi.

Sunday, January 16, 2011

Rosmah Bakal PM?

Menarik membaca posting terbaru Datuk A. Kadir Jasin. Baca sini.

 Saya setuju dengan saranan sesetengah pembahas dalam blog berkenaan agar Datin Sri Rosmah bertanding dan dilantik jawatan rasmi. Ini kerana jika beliau kekal sebagai hanya 'Wanita Pertama' akan kedengaran rungutan kesahihan atau kewajaran tindakan-tindakan 'kenegaraan'nya.

Jika beliau masuk politik dan dipilih oleh rakyat; tidak akan ada lagi suara-suara sumbang. Jika Wan Azizah boleh mengapa tidak Rosmah. 

Tapi politik merupakan pedang dua mata. Ia boleh membunuh musuh, boleh juga membunuh diri sendiri. Lebih enak menunggang harimau, selagi menunggangnya, kita berkuasa. Apabila harimau kita mati, atau kita terpaksa turun darinya, nah silap-silap kita dibaham olehnya. Tak percaya tanya Khairy.

Khairy tidak puas hati hanya sekadar menunggang harimau. Beliau memilih untuk menyertai politik, bergelumang dengan rakyat biasa dan menyertai sarang 'binatang-binatang buas'. Beliau juga pernah diuar-uarkan bakal PM sebelum berumur 40 tahun. Dululah ketika Khairy belum turun dari harimaunya.

Tiger, tiger, burning bright
In the forests of the night,
What immortal hand or eye
Dare frame thy fearful symmetry?
                                                       -Tiger by William Blake.

Tapi sekarang......? Cian anak omak.

Jiang Qing merupakan isteri kepada Mao Zedong. Beliau 'menunggang harimau' selagi Mao masih hidup. Beliau merupakan ketua kepada 'Gang of four'. Setelah Mao mati, beliau dibicarakan dan dihukum bunuh. Dalam politik China, seseorang boleh dihukum bunuh apabila harimaunya mati. Literally.



Baca Gang of four.

Selamat bersantai dihari minggu.

Saturday, January 15, 2011

Pertemuan Dengan Ezam Mat Nor.

Beliau sangat boyish. Saya tertanya-tanya, benarkah beliau ini Setpol kepada Timbalan Perdana Menteri? Benarkah beliau ini mencaturkan banyak strategi Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Ini merupakan kesan pertama pertemuan secara bersemuka dengan Ezam yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan. Desas desus kuat bertiup, Dato' Sri Dr. Mahathir semakin hilang pengaruh dan cengkamannya. Anwar Ibrahim sedang mengukuhkan kedudukannya.

Beliau sudah menewaskan banyak tokoh dalam UMNO. Suhaimi Kamarudin tewas kepada Anwar, Encik Ghappar Baba, belum diambil kira lagi tokoh-tokoh seperti Dato' Sri Abdullah Badawi dan Sanusi Junid yang pernah keciciran apabila Anwar bertanding di Naib Presiden.

Sekarang hanya ada Mahathir saja penghalang kepada cita-cita Anwar. Saya tidak pernah meminati Anwar sejak beliau mula menyertai UMNO lagi. Saya dapat mengesani kepuraan-puraan yang diperlihatkan olehnya sepanjang careernya dalam UMNO.

Satu kumpulan orang politik dari Jerantut mengajak saya menemui Ezam, dan saya setuju. Saya setuju kerana sebagai persona non grata, saya ingin menilai orang-orang dikeliling Anwar. Sudah tentu kehadiran saya sebagai tukang sibuk ini tidak akan diperasani oleh Ezam. 

Orang yang membawa saya ini mempunyai hubungan baik dengan Ezam. Di bahagian Jerantut beliau mengaku beliau satu-satunya orang kuat Anwar. Beliau mempunyai kepentingan projek dengan Anwar dan Ezam. Dengarnya ratusan juta. Sudah tentu beliau hanya broker.

Ekonomi sudah gawat ketika itu. Ezam memberitahu kami, Anwar sungguh marah apabila Mahathir bailed out syarikat perkapalan  Mokhzani melalui Petronas. Ezam juga memberitahu kami, camp Anwar sudah bersedia untuk melakukan coup de tat kerana Mahathir makin lama makin tidak disenangi oleh  Amerika. IMF katanya. It's Mahathir's Fault. IBM - International Big Mouth. Itu antara gelaran yang dirujuk kepada Mahathir.

Selepas saja pertemuan itu saya termenung. Saya berharap Anwar tidak akan jadi PM dan berharap Encik Ghapar Baba boleh menewaskannya. Harapan saya hancur. Sekarang, menyelinap ke dalam 'camp' Anwar, nampak sangat PM Mahathir sangat goyah ketika itu. Arus Anwar dengan gerakkan pelajarnya sungguh kuat. UIA menjadi lubuk beliau. Begitu juga kebanyakkan pertubuhan belia. Kebanyakkan pembesar UMNO sudah mengambil insuran dengan Anwar.

Dato' Sri Dr. Mahathir kelihatan keseorangan. Orang tua yang keseorangan seperti Hidetora dalam filem 'Ran' karya Akira Kurosawa. "It's hard to be old", kata Saburo yang meramal bapanya akan dikhianati oleh abangnya, Taro. Mahathir, seperti Hidetora, sedang dipermainkan oleh bekas 'anak-anak' didiknya.

Mungkin beberapa tokoh seperti Megat Junid, Sanusi, Abdullah Badawi dan Tun Daim masih menyokong Mahathir tetapi mereka sudah terkeluar dari arus perdana. Sekarang era 'Team Wawasan' yang memerintah.

Pada pertemuan dengan Ezam yang seterusnya, saya tidak mengikuti kumpulan itu. Tokoh yang sering bertemu Ezam itu hanya memberitahu saya, Anwar bersumpah dia tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Bahkan jika ditembak sekalipun, beliau tidak akan letak jawatan. Ini bermakna, Anwar sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menggulingkan Dato' Sri Dr. Mahathir. Dan ini memberi keyakinan kepada ramai orang, Anwar merupakan kuda pertaruhan yang akan memenangi pertandingan ini.

Kejadian yang saya nukilkan di atas ini berlaku sekitar bulan Ogos 1998. Kira-kira dua minggu kemudian, pada 2 September 1998, saya terkejut membaca laporan Utusan Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat oleh Perdana Menteri Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamed. 

Kuda tua itu masih memenangi semua pertandingan. Itu memang anugerah Allah kepadanya. By the way, untuk sekadar catatan, tokoh yang membawa saya menemui Ezam itu telah tukar pendirian politiknya sebanyak 360 darjah menyokong Mahathir, sekarang menjadi wakil rakyat dan bukan sedikit mengecam Anwar.

Saya tidak hairan sebab mereka orang politik.