Followers

Wednesday, November 2, 2011

Seks dan Politik Tidak Dapat di Pisahkan.

Saya masih ingat tidak lama dahulu, politik masih sesuatu yang bermaruah dan bermartabat. Saya masih ingat pemimpin masih dipuja dan dihormati. Malah tidak langsung kedengaran istilah 'gutter politic' dalam sedekad yang lalu.

Kata Rocky Bru, rakyat Malaysia menjadi semakin aneh selepas Tun Dr. Mahathir bersara dari politik. Kenyataan Rocky mengingatkan saya kepada German selepas bersaranya Bismarck, menjelang Perang Dunia Kedua. Tidak ada baik pengganti Bismarck mahupun musuh German mampu 'juggle eight balls' serentak lagi. Akibatnya, Eropah terjebak ke kancah perang. 

Mereka bermain game seperti Bismarck, kata Henry Kinssinger, cuma kali ini tanpa Bismarck, 'master of the game'.

Malaysia semakin menjadi aneh selepas PRU ke 12. Kerosakan akibat politik bukan hanya berkisar soal ideologi, soal perbezaan pendapat atau prinsip tetapi turut terbawa-bawa ke isu peribadi. Anak-anak ahli politik dan keluarga turut terseret. Mereka juga turut diteropong para blogger, bukan sedikit yang ditelanjangkan.

Paling aneh fenomena seks. Siapa yang mempunyai skandal seks, atau separa skandal atau hanya rekaan saja akan mendapat liputan yang meluas. Isu berkenaan akan dimainkan, dan dimainkan. Banyak blog yang menyumbang kepada 'pendidikan' dan ilmu seperti Outsyed the Box dan Another Brick in The Wall tidak meletup seperti blogger seks.

Sudah sampai masanya, akhirnya seks dan politik tidak dapat dipisahkan. Mungkin lebih tepat lagi blog, seks dan politik tidak dapat dipisahkan. Apabila kita kekeringan pemimpin yang mempunyai skandal seks, saya curious apa yang akan ditulis oleh para blogger penggila seks ini? Masih mampu mereka menulis selain persoalan seks?

Dan seperti biasa, tidak ada penawaran tanpa permintaan. Majoriti pembaca juga suka membaca soal seks. Adakah majoriti rakyat Malaysia sebenarnya pesakit seks?

2 comments:

Anonymous said...

"Adakah majoriti rakyat Malaysia sebenarnya pesakit seks?"

Itu sudah pasti YB.

Jikalau tidak, masakan lelaki Melayu Malaysia ni tak sudah-sudah berangan nak kahwin lebih dari satu? Kepala dah botak atau penuh uban pun masih ada hati nak kahwin anak dara. Lagi muda lagi bagus... teenager lagi ok!

Jikalau tidak, masakan ada COW (Club of Obedient Wives)?

Jikalau tidak, masakan pirated porno DVD mendapat sambutan hangat?

RCZ

sri tribuana said...

Salam RCZ,

Saya percaya begitu. Bila seks saja mesti dianggap sensasi, mcm dah tak ada hiburan lain.