Followers

Tuesday, November 15, 2011

All Powers are corrupt.

PR mendabik dada kononnya mereka anti-rasuah. Jika ada parti yang mahsum dan suci di Malaysia, ianya adalah PAS, DAP dan PKR. Ahli mereka bukan manusia biasa, tetapi menghampiri taraf malaikat dan wali. Ini termasuk yang tidak beragama Islam dari DAP dan PKR.

Mereka menggambarkan HANYA ahli politik dari BN sahaja yang corrupted. Pemegang kuasa mereka semuanya suci murni. Jika blogger pro BN - termasuk saya - membalun pemimpin BN, namun blogger pro-PR membungkam seribu bahasa kesalahan pemimpin mereka. Mereka menyembunyikan kebenaran, dan tidak berkata benar.

Outsyed the Box membongkar bagaimana kerajaan Selangor menyalahguna GLC kerajaan negeri iaitu PKNS dalam posting GLC Boss Paid RM1.4, 12 Months Bonus

Ketua Pembangkang BN, Datuk Satim Diman membangkit isu General Manager PKNS mendapat bonus 12 bulan gaji iaitu RM1.4juta, sementara gaji bulanan beliau RM40,000 sebulan. Ini berbeza dizaman BN memerintah apabila gaji GM PKNS hanya RM7,000 sahaja. Datuk Satim Diman juga menegaskan sebagai badan berkanun, tangga gaji GM PKNS tertakluk kepada JPA, yang mana sebagai pegawai kerajaan beliau hanya layak mendapat RM7000 sahaja.

PKNS juga sudah menyimpang dari tujuan asal penubuhannya iaitu untuk membina sebanyak mungkin rumah yang mampu dimiliki oleh bumiputera. Mereka membina perumahan bernilai RM950,000 di Batu Tiga, Shah Alam. Kita andaikan keupayaan membeli bumiputera puratanya adalah RM 200,000, jelas kawasan perumahan itu bukan untuk mereka. Semuanya adalah tentang dollar and cent juga.

Ini kerajaan yang mendakwa untuk 'rakyat'?

Kemunafikan PR ini makin nyata apabila mereka menolak kenaikan elaun Ahli Parlimen. Kononnya, kenaikan ini akan membebankan rakyat. Saya selalu tulis, elaun Ahli Parlimen Malaysia adalah yang terendah di dunia dan wajar dipertimbangkan kenaikkannya.

Di Selangor, kerajaan negeri menaikkan elain ADUN mereka. Dan paling penting tujuan kenaikan elaun adalah untuk mengurangkan salahguna public fund jika kos untuk menanggung sesebuah constituency itu agak tinggi.

Blogger JUST READ mempunyai cerita yang menarik disebalik poli-tikus PR menolak kenaikan elaun. Selain dari mereka kononnya kelihatan ambil berat kesusahan rakyat, mereka tidak perlu kenaikan yang ciput itu. Baca posting JUST READ bawah tajuk PR States impose high commission.

Blogger berkenaan mendakwa mereka mengenakan per cent yang tinggi terhadap projek di negeri-negeri mereka. Tidak hairan jika Azmin Ali, Saifudin Nasution dan lain-lain boleh buat rumah mewah tanpa kenaikan elaun. Just a plain hypocrisy. 

Ini mengingatkan saya kepada Pemberontakan Taiping di China. Kononnya nak gulingkan kerajaan Manchu yang corrupted, bejuang demi rakyat. Bila dah dapat kuasa, pemberontak hidup mewah dan lebih corrupted dari Manchu.

All powers are corrupt. Kuali hanya berkata buntut belanga hitam.

No comments: