Followers

Thursday, April 14, 2011

Wajah-wajah Anwar.



Kita berhak tahu siapa Anwar yang sebenar kerana beliau bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jika Anwar bersara dan menjadi rakyat biasa, bukan urusan kita untuk tahu siapa Anwar yang sebenarnya. Soal peribadi Anwar tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia jika Anwar bersara dari politik. 

Anwar sudah keliru siapa dia yang sebenarnya. Dalam UMNO dulu, dia pejuang Islam. Dalam PKR, dikelilingi oleh berbagai kaum, dia menjadi liberal. Dalam UMNO dia kutuk DAP sebagai parti chauvanist, dalam PR, dia mengutuk UMNO kerana terlalu 'Melayu'.

Sooner or later, a man who wears two faces forget which one is real. Mari kita tengok wajah-wajah Anwar dalam himpunan 'the best of Anwar' as the best actor.

Lihat minit ke 2:06 dan 2:12, 2:25 betapa  bercanggah kata-kata Anwar semasa dalam UMNO dan selepas dipecat dari UMNO, pada minit ke 2:44 harapan dan janji palsu Anwar kepada pengikutnya bahawa akan menjadi PM pada 16 September 2008, pada minit ke 6:28 kononnya surat dah ditandatangani antara dia, Lim Kit Siang dan Haji Hadi, dalam minit ke 7:36 tepat pada 16 September Anwar masih menipu dengan mengatakan dalam masa beberapa jam saja lagi PR akan jadi majoriti dan dia tidak bergurau. Selebihnya hanya kelentong demi kelentong selepas 16 September, malah kononnya dia menumpukan pada bajet. Sampai bila rakyat Malaysia ingin di tipu olehnya?




Kemudian berlaku 'great exodus' dalam PKR. Seorang demi seorang wakil rakyat dan pengikut Anwar meninggalkannya. Dalam minit ke 1:02, bekas-bekas pengikut setia Anwar mula mempersoal janji Anwar dan merasakan mereka dipergula-gula dan dipergunakan, dalam minit ke3:16 Datuk Seri Najib bersumpah dia terlibat dan tidak kenal Altantuya berbanding dengan Anwar yang enggan bersumpah dan enggan memberi DNA.

Video dibawah ini merupakan lakonan terhebat beliau. Sakit dan memakai penyokong leher dikhalayak ramai, tapi tiba-tiba sihat apabila beliau hanya dikelilingi oleh keluarga sahaja. Sekarang, kerana berbagai teknologi kita dapat lihat wajah Anwar yang sebenar.





Anwar seperti Hitler, pemidato yang hebat, karismatik, dan mempunyai kebolehan meyakinkan pengikutnya. Hitler berjaya menundukkan orang-orang yang lebih bijak darinya ketika Perang Dunia Kedua. Selepas Battle of Al Amein dan Stalingrad, semua orang German yang mempunyai fikiran waras tahu German akan kalah dalam Perang Dunia Kedua. Namun mereka tidak sedar, Fuhrer mereka semakin lama semakin kurang waras kerana taksub. Kesilapan ini akhirnya menyebabkan German kalah tanpa syarat, dan German dibelah-belah menjadi German Barat dan German Timur.

Beberapa pengikut Anwar seperti Zulkifli Nordin dan Zahrain sudah nampak tanda-tanda ketidakwarasan Anwar. Tidak seperti Goebbel, Martin Boerman, Ribbentrop dan Goering, mereka meninggalkan 'Fuhrer ' mereka kerana  menggunakan kewarasan bukan taksub. 

PKR parti Anwar. Anwar adalah PKR dan PKR adalah Anwar. UMNO bukan parti Datuk Seri Najib, atau Tun Abdullah. Kita boleh saja turunkan mereka, seperti kita lakukan kepada Pak Lah apabila kita meragui kepimpinan beliau. 

Bolehkah PKR berbuat perkara yang sama terhadap Anwar, dan jika Anwar jadi PM, ini bererti seluruh rakyat Malaysia terikat dengan cita-cita peribadi Anwar. Ini akan membawa jalan ke era dictatorship. Kenali wajah beliau yang sebenarnya.

"You can cheat somebody every time, you can cheat everybody sometime, but you cannot cheat everybody, everytime."

 






5 comments:

Dot said...

STB,

mohon cilok video Bapak Seribu Wajah" tu!

sri tribuana said...

salam anti bohmau,

silakan

Anonymous said...

sama je ahlil politik ni...Anwar sama ...najib pun sama ...kata minyak xnaik pastu naik gak hmmm

Anonymous said...

anon...minyak naik turun mengikut harga global...tak dapat dielakkan..
itupun masih ada subsidi.kalau banding kat negara keliling kita...kita masih bernasib baik..belajarlah bela unta..kalau banyak songeh sangat.

Anonymous said...

Siapa2 yg complain harga minyak naik tu belajar2lah naik basikal bila pergi dekat2 tu.. Kalau bela unta, nak kena kasi makan pulak ;p Mahal jugak... hehehehe. Jangan marah ye.. lawak bodoh aje :)