Followers

Saturday, April 16, 2011

Tun Mahathir berceramah, Omega Man Dah Cabut Pulang.


Semasa saya kecil, ada sebuah siri TV yang terkenal bernama Gemini Man. Klik sini

Dalam siri berkenaan, pemilik jam boleh menghilangkan diri selama 15 minit dengan menekan jam tangannya. Dia hanya diberi masa selama 15 minit untuk hilang dan kembali, atau hilang untuk selama-lamanya. Menarik bukan jika kita memiliki jam demikian.

Semalam ada ceramah Tun Dr. Mahathir di Kampung Pulo Ulu, Kuching. Seramai lebih kurang tiga ribu orang hadir ke ceramah berkenaan. Tun ada menyentuh tentang gemini man omega man. Cuma berbeza dengan Gemini Man, Omega Man ini tuannya tidak hilang, tapi jamnnya pula yang hilang. 

Hari ini rakyat Sarawak akan mengundi. Semalam dalam blog Datuk Seri Anwar, beliau yakin BN akan tumbang dengan hanya memperolehi 21 kerusi saja. Peliknya semalam lagi saya dapat berita Anwar sudah balik ke Semenanjung. Ini bukan cara orang yang yakin menang. Beliau patut tunggu kerana yakin menang dan partinya akan membentuk kerajaan Isnin ini.

Omega Man sebenarnya suka menghilangkan diri sekarang ini. Dia sangat berharap dapat jadi Gemini Man. Jika boleh dia bukan hendak menghilangkan diri selama 15 minit, tapi selamanya. Kes liwat. Video tape. Papa Jahat. 16 September. Jam Omega Hilang. Polis dah jumpa China Doll. RPK pula buat hal.

Apa lagi selepas ini? 

Lupakan Omega eh salah, Gemini Man, untuk rakyat Sarawak, undi dengan bijak. Jangan undi parti yang ketuanya mudah hilang. Jika hilang 15 minit ok lagi, kalau hilang untuk selamanya?

Selamat mengundi!




1 comment:

usin said...

aik? dh ilang? mlm n camane? sapa nk istihar baru bian jg ketua menteri yg baru?. x kan najib kot? mula2 jam ilang, pas tu tuan punya jam ilang. nasib, nasib....