Followers

Saturday, April 23, 2011

Sekolah Seri Ampang: Nolstalgia Zaman Sekolah.


Lencana zaman saya dahulu berlambangkan Helang, mungkin itu punca pelajar zaman saya sangat ganas.


Minggu depan akan diadakan sessi Teh Tarik bekas pelajar Sekolah Seri Ampang, batch 1985-1989. Kami memilih 1 Mei, sempena Hari Buruh.

Pada tahun 1985, saya memasuki Sekolah Seri Ampang dengan terpinga-pinga. Saya baru berpindah dari Sekolah Kebangsaan Jerantut, dan sebagai pelajar berumur 13 tahun saya tiba-tiba bersekolah di kota raya.

Saya tinggal dengan bapa saudara saya, Dato' Wan Abu Bakar, dan di Pahang sekalipun saya bersama emak dan adik beradik saya tinggal di rumahnya. Selepas bapa saya meninggal dunia, saya dibesarkan olehnya. Pada tahun 1985, beliau merupakan Ahli Parlimen Jerantut.

Ketika zaman saya bersekolah di Sekolah Seri Ampang, sekolah kami terkenal dengan masalah disiplin, gangsterisme, ponteng sekolah, dan 'serong'. Mungkin ada bekas pelajar tidak suka saya menyatakan fakta ini tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Saya masih ingat di depan Hock Chon,dekat dengan restoren mewah Victoria Station pada satu bulan Ramadhan, beberapa kelompok pelajar tingkatan 4 membelasah seorang pelajar Cina. Pelajar Melayu itu dari Kampung Datuk Keramat, dan pelajar Cina berkenaan seorang pelajar Tae Kwon Do. Apa punca pelajar Cina itu dibelasah saya tidak pasti.

Sekarang, 'medan tempur' tempat pelajar gangster bertumbuk itu sudah bertukar menjadi kondominium mewah. Begitu pesat pembangunan dari 1985 hingga 1990an, Sekolah Seri Ampang dan sekitarnya sudah berubah wajah.

Saya tinggal di Taman Watan, hanya ada jalan kecil sehala saja ke kawasan berkenaan. Untuk ke sekolah, kami akan menaiki samada bas mini no 23 atau bas 182A. Tidak ada Ampanng Point lagi semasa itu. Selepas saya menamatkan persekolahan di Ampang Boys, sekitar tahun 1990an, ada pemaju yang memajukan sebuah apartment di sekitar Ampang Point sekarang. Ketika itu Ampang Point hanya kawasan kosong, tidak ada pembangunan.

Seseorang pernah berkata, sesiapa yang membeli apartment itu sangat bodoh, kerana hanya ada sebuah saja apartment, tidak ada shopping complex dan apartment lain di sekitarnya. Sekarang, kawasan Ampang Point penuh sesak, mencari parking pun susah walaupun pada hujung minggu. Sudah tentu apartment berkenaan sudah melambung harganya.

Saat paling saya kenang sekarang bersekolah di Sekolah Seri Ampang adalah semasa di tingkatan lima. Kami mengambil peperiksaan SPM pada tahun itu. Saya mengambil aliran perdagangan. Asalnya saya budak sains, tetapi selepas kawan rapat saya, Rizal Mushahar berpindah ke Sekolah Muzafar Shah, saya tiada kawan di kelas sains. Saya membuat keputusan untuk masuk kelas perdagangan.

Ada seorang rakan kelas saya bernama Saiful Lizan bin Ramli. Beliau suka menyanyi di dalam kelas. Selalunya beliau akan menyanyi lagu-lagu lama. Ada sebuah lagu yang dinyanyikannya merevolusi minat budak-budak kelas saya. Lagu berkenaan adalah lagu Neil Sadaka: 'You Mean Everything To Me.'

Kemudian pada tahun itu ada sebuah siri TV yang kami minati bertajuk 'Crime Story'. Lagu tema 'Crime Story' itu adalah 'Runnaway', lagu Del Shannon. Setiap hari Isnin, kami akan menunggu siri tv 'Crime Story' itu. Dua lagu ini, Runnaway dan You Mean Everything To Me menyebabkan budak kelas saya addicted kepada lagu-lagu oldies





Walaupun saya nyatakan di atas, Sekolah Seri Ampang terkenal dengan masalah disipilin, tetapi sekolah ini tetap mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang. Masalahnya apabila budak asal Seri Ampang cemerlang selepas SRP, mereka akan berhijrah ke sekolah-sekolah asrama penuh. Ada seorang pelajar senior setahun dari saya bernama Sazali Satari berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Khabarnya sekarang ini beliau sudah menjadi seorang doktor.

Pelajar-pelajar batch saya sudah kurang ganasnya. Batch kami tidak terkenal bergaduh cuma ada yang suka ponteng dan serong saja. Saya suka membuat pengakuan di sini, saya sebenarnya juga kaki ponteng semasa tingkatan empat.

Selepas era kami, lencana sekolah telah ditukar. Lencana yang berlambangkan helang itu telah ditukar. Mungkin kerana itu, pelajar Sekolah Seri Ampang sekarang sudah kurang belligerent. 

 Lencana SSA sekarang.
Zaman saya dahulu, lencana besi hanya boleh dipakai oleh pengawas. Ini kerana bimbang pelajar biasa akan mengasahnya dan menjadikan senjata. 

Setelah lebih dua puluh tahun saya terpisah dengan kebanyakkan rakan-rakan tingkatan lima dahulu, tetapi kini kami berjaya menjejaki antara satu sama lain. Semuanya kerana facebook. Kemudian kami wujudkan group Old Skool Clan. 

Sekarang kami sudah menghampiri 40an. Banyak peristiwa yang kami lalui selepas zaman persekolahan. Kami melalui liku-liku yang berlainan selepas masing-masing meninggalkan Sekolah Seri Ampang. Malah ada antara rakan-rakan kami telah meninggal dunia. Seorang rakan kami bernama Yunus telah meninggal dunia setahun selepas kami meninggalkan Sekolah Seri Ampang.

Seorang lagi pelajar batch kami bernama Bernard Bernado Sup Sup, berasal dari Filipina juga telah meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Mereka, dan mungkin ada lagi diluar pengetahuan saya, tidak mencecah umur 30an. Syukur kerana Allah masih memanjangkan umur kami, dan dengan izin Allah, akan bertemu semula pada 1 Mei ini.








10 comments:

Anonymous said...

paling lawak gengster cina pendek selalu bwk rotan merata... kantoi ngan dia kat toilet tengah berasap.. apalagi tonggeng kena libas ler... huhu...

sekoalah seri ampunk
tempat kami sama berjuang...

wakakaka...

sri tribuana said...

adush, itu point yg lupa nak cerita tadi, nak cerita pasal cikgu lau dan bola ketam. Dalam dunia ni rasanya budak ampang jer yg main bola ketam.

Anonymous said...

Saya juga pelajar sri ampang tapi lebih senior dari kamu ... habis spm tahun 1983. Memang saya selalu teringat permainan bola ketam yang hanya ada di sekolah sri ampang shj

Monabijan said...

Huih.. popular ler nama teman... hahahaha... nyanyi lagu neil sedaka...

pakosvespa said...

salam,bang.lambang baru yg abg ltk tu salah la.tu skolah kt kedah.

sri tribuana said...

salam pakosvespa,

Saya goggle dlm internet, saya sendiri tak pernah tgk lencana baru SSA, anyway tolong email kat saya jika ada maklutmat, tq

pakosvespa said...

sy da htr da.psl cogankata ampang boy jujur dan ikhlas.sy igt badge yg abg ltk ni lmbang baru.tp cogankata dia lain.

sharifuden mohammad dom said...

Assalamualaikum. Sekolah ini memang salah sebuah sekolah yang terkenal pada 80'an - awal 90'an. Saya antara pelajar 81 - 85. Kerana 'ganas' nya pelajar tahun 85 tersebut, kebanyakan kami gagal dalam SPM dan tidak diberi sijil testimonial.

Kami keluar ke alam pekerjaan dengan berbekalkan SRP. Alhamdulillah, pada 25/12/2011, kami mengadakan reunion dan ramai antara kami yang Alhamdulillah berjaya didalam bidang masing2 dan kebanyakan adalah ahli perniagaan. Awie / Ahmad Azhar Othman juga telah turut serta dan banyan kenangan lama diimbau bersama diiringi gelak ketawa.

SSA, walaupun tidak banyak menghasilkan pelajar cemerlang IQ pada zaman kami,tetapi telah menghasilkan banyak insan yang mempunyai keyakinan tinggi dan jatidiri yang kukuh. Kepada pelajar SSA 81-85. Sila masuk ke akaun FB ARBS 81/85.

Terima Kasih

Anonymous said...

ASLM,Semua bekas pelajar SEKOLAH SERI AMPANG KL yg diingati. Sy adalah bekas pljr SSA (1980)Tgkt 5(NEWTON)dgn nama samaran dlm kelas 'BASIRPILUSMASRISARDI'. So,ambil kesempatan manamana batch klik sy mengenali nostalgia ini nama samaran ni.AND sy juga bekas bouncer (PENGAWAS ,
'PENGGANAS')DICIPLINE MASTER ckgu FADIL LIDUN & GPK1 PUAN SRI BAINUN ALI kini adalah TUANKU PERMAISURI SULTANAH NEGERI PERAK D.R. Jangan tak tau.... sekolah kita ada 'NAMA' GLAMOUR LAGI. BUDAK2 AMPANG BUKANLAA JAHAT SANGAT TAPI BEGITULAH CARA TURUN TEMURUN KAMI BERKENALAN & BER'GURAU SENDA' . Terutama sekali BUDAK2 LEMBAH KERAMAT.Tak percaya tanya AWIE WINGS si OTAI ROCKERS. OK...ariossss

Unknown said...

Saya bercadang nak hantar anak saya sekolah ni thn dpn... ramai yg marah...ckp x bgs...tp hati saya nak sgt anak sy sek sini... blh bg nasihat