Followers

Monday, October 5, 2009

Kesetiaan.

Pada tahun 1993, ketika arus Anwar Ibrahim sedang melanda kuat politik UMNO apabila beliau menentang penyandang Timbalan Presiden ketika itu, Tun Ghaffar Baba, ada seorang penulis yang mapan menggunakan nama pena 'Lanang Sejagat' mengulas tentang peristiwa itu dalam Utusan Malaysia. Lanang Sejagat merupakan editor Utusan ketika itu( saya tidak perlu dedahkan siapa beliau yang sebenarnya).

Tun Ghappar menjadi 'mangsa' pertama dan terakhir undi bonus yang diperkenalkan. Menurut sistem ketika itu, sesiapa yang mendapat pencalonan dari bahagian akan memperolehi undi bonus sebanyak 10peratus. Anwar berjaya memperolehi hampir keseluruhan bahagian ketika itu dan Encik Ghappar (beliau menerima anugerah Tun selepas bersara dari politik - satu tradisi yang dipinjam dari budaya British) hanya mendapat 7 bahagian.

Ini bermakna, Encik Ghappar telah tewas sebelum pengundian yang sebenar dari bahagian bermula dan beliau melepaskan jawatan itu tanpa bertanding. Ulasan dari Lanang Sejagat sungguh menarik perhatian saya: "tiada brand 'loyalty' dalam politik".

Ini kerana Encik Ghappar merupakan orang yang membuka UMNO di Sabah dan umum memandang Sabah yang mempunyai bahagian terbesar merupakan kubu kuat beliau. Namun realiti politik tidak demikian apabila Anwar turun dengan jentera yang tersusun, kewangan yang kukuh(beliau Menteri Kewangan ketika itu) dan 'restu'(beliau menggunakan restu Tun Mahathir) dari Perdana Menteri.

Ini realiti politik dulu, kini dan selamanya. Memang dalam politik tidak ada 'brand loyalty' seperti yang dikatakan oleh Lanang Sejagat. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim pula 'jatuh' dalam politik UMNOnya, ramai juga yang lari meninggalkannya. Begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir apabila beliau menyerahkan kuasa: orang-orang kuatnya sendiri menghentam dasar beliau walaupun mereka bersama Tun memutuskan dasar itu.

Setiakawan atau setia-kan-wang merupakan slogan Ketua Pemuda UMNO sekarang iaitu Khairy Jamaludin. Tanpa kuasa dan tanpa sanction bapa mentua sebagai PM, masih setiakan orang-orang KJ?

Dan oleh menyedari hakikat ini, Voltaire pernah mengatakan: "Lord, protect me from my friends, I know how to take care of my enemies". Seperti biasa manusia akan bertindak mengikut kepentingan mereka dan tidak ada kawan dan musuh sejati dalam politik.

"Yet each man kills the thing he loves
by each let this to be heard,
some does with a bitter look,
some with a flattering word,
a coward does it with a kiss,
a brave man with a sword."

-Oscar Wilde dalam poem 'The Ballad of Reading Gaols'.

Awas, apa yang bidalan Melayu sifatkan : "sokong yang membawa rebah".

2 comments:

YANG GAMBI said...

Kini tok guru rasuah UMNO macam Anwar Aljuburi menjdai idola bagi penyangak-penyangak PKR dan PAS untuk menuduh orang UMNO perasuah... inilah talibarut Yahudi yang berperanan untuk menghancurkan bangsa Melayu Islam di Malaysia.........

MAT POPIA said...

Dalam dunia politik segalanya berkemungkinan.Untuk naik,sanggup memijak sesaiapa saja. Jauhilah golongan ini.