Followers

Wednesday, October 14, 2009

Bravo Datuk Seri Hishamudin!

Utusan Malaysia melaporkan tentang beratus-ratus rakyat Malaysia berketurunan Cina menolak untuk kekal sebagai warganegara Malaysia kini mendapati mereka tidak bernegara!(Utusan Malaysia-12hb Oktober 2009)

Ini kerana mereka tersalah tafsir peruntukkan British Oversea Citizen(BOC) yang menyatakan rakyat yang lahir di Melaka dan Pulau Pinang(negeri-negeri Selat) merupakan warganegara British.

Undang-undang ini tamat pada tahun 2002 apabila British membatalkannya dan BOC tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara British dan boleh menetap di England. Antara 'mangsa'nya merupakan seorang arkitek yang berumur 34 tahun dan menjadi pencuci pinggan di England.

Menurut laporan Utusan Malaysia lagi, mereka bingung kerana bukan sahaja tidak diterima sebagai warganegara England, tetapi hilang kerakyatan Malaysia. Setelah mendapati mereka gagal 'menikmati rumput hijau diseberang sana', mereka ingin kembali ke 'neraka negara mengamalkan diskiriminasi'.

Hasrat mereka tidak semudah itu. Perbuatan tidak patriotik ini bukan tanpa akibat. Mereka dimaklumkan mereka bukan lagi warganegara Malaysia. Saya suka mengungkapkan sepenuhnya kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin yang boleh kita dapati dalam blog Jebat Must Die:


“people who had renounced their Malaysian citizenship would be treated the same way as any foreigner when they

applied for it.

And it could be even harder as their applications would cast doubts on their intentions and loyalty to the country, he added.

Hishammuddin said it was sad that there were people who renounced their citizenship without understanding the severity of their action.

“When they realise that the situation in the other country was not what they had hoped for, it is not easy to reverse their decision. I hope that people can take this as a lesson.”

Ini baru anak jantan. Bravo Datuk Seri!





6 comments:

alfian_firhan said...

Nothing to say:
Laugh Out Loud to them! Haha.. Tu yang menolak kewarganegaraan sebagai Malaysian. Mcm mana pula yang secara sembunyi2an. Kad IC warganegara Malaysia. Tapi dlm hati kutuk2 Malaysia! Tu la siapa suruh mudah melatah dan 'mencarut' masa buat keputusan!

Unknown said...

tuan, sy pun terkejut. tp lg terkejut, sebenarnya org melayu pun ramai yg xde negara sekarang. lucut kerakyatan sendiri tp jd mcm kt england tu gak..

tak reti bersyukur.

dr.todak said...

ada sapa lg yg tak nak jd warganegara Malaysia?!!! silakan..

YANG GAMBI said...

Bagus....... itulah balasan yang diterima bagi mereka yang khianat, surih je masuk balik ke Negara Cina.... Yang Melayu pulak, gi menumpang hidup kat Indon atau Israel.......

sri tribuana said...

Saudara Alfian, golongan munafik dimana-mana.
Saudara Khairul Anwar, orang Melayu ada juga? Osh3, x reti bersyukur.
Dr. Todak, wah semangat.
Yang Gambi, Indon pun boleh

Miss !nk said...

Sebab itu penting untuk mengingati, menghargai asal-usul kita, terutamanya orang Melayu sendiri. Selagi kita ingat dari mana kita datang, setinggi mana pun kita terbang, Insya-Allah kita akan tetap berpijak di bumi nyata- mustahil untuk kita 'lupa diri'. Biar pemikiran kita maju seiring dengan perkembangan negara menyertai liga dunia, tetapi tidak semestinya gaya hidup kita juga kena berubah mengikut budaya asing mereka. Lebih teruk andai sampai tak mengaku Melayu mahupun warganegara Malaysia. Hairan mengapa sampai begitu sekali jadinya. Janganlah tanya apa yang negara boleh beri kepada saya? Cuba tanya apa yang boleh saya sumbang kepada negara. Lebih elok kalau sesuatu itu bermula dengan diri sendiri, kan? Itu pendapat saya.