Followers

Wednesday, March 18, 2009

Tun untuk P.Ramlee

Bulan ini merupakan bulan kelahiran P.Ramlee. T.v-t.v pun banyak menayangkan filem-filem beliau semperna bulan kelahiran legenda seni tanahair.

P.Ramlee merupakan insan seni yang tidak mempunyai apa-apa. Beliau mencurah segala-gala yang boleh diperah dari dirinya untuk kepentingan seni semata-mata. Beliau tidak menjadi kaya kerana seni. Beliau tidak juga mendapat pangkat dan darjat. Malah, semasa hayat beliau, pingat A.M.N yang tertinggi pernah beliau terima.

Jasa dan sumbangan beliau terhadap seni Melayu tidak ada tolok bandingnya. Insan seni ini yang pergi ketika beliau hampir dilupai, sangat bimbang beliau akan tidak dikenali lagi. Namun pemergiannya, seperti tokoh-tokoh seni lain, meng'abadi'kan beliau dalam seni tanah air.

Hingga kini, kita masih merasai pemergian beliau. Hingga kini kita masih tidak dapat menemui pengganti beliau yang versatile dan universal. Beliau juga sangat simple dan mudah difahami. Beliau seniman sejati.

Sudah sampai masanya, kita membalas jasa beliau terhadap seni tanah air. Ketika zaman beliau, filem seperti 'Pendekar Bujang Lapok' dan "Anakku Sazali' telah mengangkat seni tanahair diperingkat antarabangsa. Kedua-duanya antara yang pernah meraih oscar di peringkat Asia.

Hingga kini, perfileman kita tetap lesu. Tidak ada lagi P.Ramlee yang boleh menghasilkan karya-karya agung. Saya setuju beliau dikurniakan gelaran 'Tun' walaupun posthumous bagi menghargai genius seni negara.

No comments: