Followers

Monday, March 9, 2009

Perihal Unta dengan Tuannya.

Ada sebuah cerita, kata sahibul hikayat, perihal seekor unta dan tuannya. Ditengah-tengah gurun mereka bermalam, dan suhu sangat sejuk pada malam hari digurun padang pasir. Tuan unta membuat khemah dan untanya duduk diluar khemah. Menjelang dinihari, unta kesejukan dan mengadu kepada tuannya.

Tuannya membenarkan unta masuk kepalanya sahaja ke dalam khemah. Selang beberapa lama, unta mengadu bonggolnya pula kesejukan. Atas belas kasihan, tuan membenarkan unta masuk hingga bonggol ke dalam khemah. Unta mengadu lagi, punggungnya pula kesejukan. Tuannya membenarkan punggung unta masuk ke dalam khemah. Unta mengadu lagi, minta ekor pula masuk ke dalam khemah.

Tuan membenarkan unta masuk keseluruhan badannya ke dalam khemah. Khemah menjadi terlalu sempit. Anehnya yang komplain bukan tuan khemah, sebaliknya unta. Dia kata: "Sempit la khemah ni." Sambil dia menendang tuannya keluar dari khemah.

Di Semenanjung Malaysia, semenanjung ini dikenali dengan nama Semenanjung Tanah Melayu. Pulau-pulau yang berhampiran ini pula dikenali 'Kepulauan Melayu'. Saya masih tidak faham apabila ada golongan yang mempertikaikan konsep 'Ketuanan Melayu.'

Kononnya bahkan bangsa Melayu bukan penduduk asal negara ini. Jika kaum lain boleh dirujukkan ke mana induk mereka seperti kaum India dari negara India, kaum Cina dari negara Cina, di mana induk orang Melayu kalau bukan di Kepulauan Melayu dan Semenanjung Tanah Melayu?

Baru-baru ini ada yang menyamakan polisi kerajaan Malaysia untuk mempertahankan hak istimewa orang-orang Melayu sama seperti dasar 'Apartheid' di Afrika Selatan. Kejam sungguh ke kerajaan yang ada apabila bukan hanya memberi persamaan hak dari segi undang-undang kepada kaum keturunan pendatang, malah membenarkan mereka kaya raya - malah lebih kaya dari bangsa asal.

Di mana apartheidnya? Tahukan mereka sikap rejim arpetheid yang membezakan seseorang berdasarkan warna kulit di Afrika Selatan - tidak boleh bangsa kulit hitam setaraf dengan bangsa kulit putih bukan hanya dari segi undang-undang malah status sosialnya.

Dari segi persamaan, persamaan dari sudut undang-undang, kebebasan bersuara, berpolitik dan sebagainya merupakan persamaan yang dijamin oleh perlembagaan. Sudah termaktub dalam Perlembagaan tentang hak istimewa orang-orang Melayu sebagai peribumi bumi bertuah ini.

Mengapa soal ketuanan Melayu masih dibangkit sedangkan bangsa Melayu tidak menindas mana-mana kaum pun, malah membenarkan mereka menjadi aman makmur di bumi Melayu ini. Bandingkan orang-orang Melayu dengan orang Yahudi di Israel, orang Siam di Thailand, dengan orang Indonesia contohnya, tidak toleransi lagikah bangsa Melayu ini?

Jika kita - tidak kira mana-mana kaum selain Melayu - bertujuan untuk sama-sama maju, makmur dan 'prosperous', Malaysia merupakan melting-polt yang amat sesuai. Tetapi jika sesiapa ingin menjadi unta dengan tuannya, hati-hati untuk bermain dengan api!

No comments: