Followers

Sunday, March 15, 2009

Oliver Cromwell dan Ahli Parlimen 'Bapa Ayam.'


Dunia semua tahu, Oliver Cromwell yang bertanggungjawab menjatuhkan hukuman pancung kepada Raja England. Ketika itu, perang saudara meletus antara pihak Parlimen dan pihak Royalist. Dipendekkan cerita, Cromwell berjaya mengalahkan Raja England dan memegang tampuk kuasa selepas itu, digelar 'Lord Protector'.

England menjadi kuat dengan reformasi beliau, walaupun beliau bukan pemimpin yang popular. Beliau bersara setelah menolak untuk menjadi Raja England, mengembalikan kuasa pemerintahan England kepada rakyat melalui demokrasi berparlimen. Setidak-tidaknya itu yang beliau harap; dan fikir.

Realitinya tidak begitu. Seorang kuat pergi, dan demokrasi berperlembagaan di uruskan oleh joker-joker politik. Parlimen Inggeris menjadi lelucon, diurus oleh sekelompok ahli-ahli Parlimen yang tidak berkaliber. Dari jauh, beliau memerhatikan perkembangan politik England, hingga beliau tidak tahan lagi.

Beliau yang masih popular dengan pihak askar, mengambil keputusan untuk menutup parlimen. Ketika Parlimen bersidang, beliau menerobos masuk, dan setelah jelak melihat isu remeh temeh yang dibincangkan di Parlimen; beliau menyampuk dengan mengatakan ahli-ahli Parlimen Inggeris hanya layak jadi 'bapa ayam' dan menguruskan Parlimen seperti pusat pelacuran(brothel).

Lantas beliau mengucapkan kata-katanya yang terkenal, diulangi oleh Leo Amery menjelang Perang Dunia Kedua bila beliau mengutuk pentadbiran Chambelain :" You have sat too long here for any good you are doing. Depart, I say, and let us have done with you. In the name of God, go!"(Cromwell mengucapkannya pada tahun 1649 - British Long Parliament)

Baru-baru ini, Gobind Singh menuduh TPM Dato Sri Najib sebagai pembunuh(murderer). Sebagai seorang lawyer, beliau patut tahu, seseorang itu tidak bersalah hingga dibuktikan oleh mahkamah beliau bersalah. Malah ada yang memang sudah menjalani hukuman pun di Parlimen tidak dilabelkan oleh rakan-rakan sejawatan beliau sebagai sodomizer.

Sebagai ahli politik, tugas Gobind Singh adalah membahaskan usul berkaitan politik, bukan menjadi hakim, juri atau lawyer. Adakah Singh ini yang mempersoalkan kekebalan Raja-raja Melayu berasa beliau kebal, sangat kebal di Parlimen hingga boleh bersultan di mata beraja di hati?

Ini akibatnya jika ahli Parlimen kita merupakan joker-joker politik.

1 comment:

Mook said...

haha~

ape leh ckp, bile org da bg kuasa, mcm tu le jdnye... plus, kite pon byk y senyap...

tp itu singh mmg kurg hajar...