Followers

Tuesday, March 10, 2009

Nasionalsime Baru dan Parti tanpa ideologi.

Dato Seri Anwar Ibrahim telah berucap di hadapan 1000 orang di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam semperna setahun PRU ke 12. Kononnya dalam ucapan beliau mengajak rakyat Malaysia memeluk 'nasionalisme baru'. Beliau mengatakan: “Ajak rakyat jelata menjadi sebahagian daripada kelahiran baru nasionalisme ini bagi membina negara ini atas prinsip keadilan, kesamarataan dan peluang untuk semua."

Ucapan ini hanya omong kosong. Atau jika intelek sikit boleh dikatakan retorik politik yang dangkal. Kerana apa? Kerana dasar itu merupakan amalam Barisan Nasional. PAS memang terkenal sebuah parti berlandaskan Islam yang sama sekali menolak 'nasionalisme' kerana assabiyah. DAP memang parti yang menolak negara berteraskan semangat kebangsaan dengan slogan 'Malaysian Malaysia' mereka. Jadi nasionalisme baru apakah yang hendak dibawa oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ini?

Sebagai sebuah parti politik, Keadilan tidak mempunyai ideologi. PAS walaupun gagal memerintah tetapi sejak awal lagi mempunyai ideologi negara Islamnya. Begitu juga DAP yang menentang dominasi orang-orang Melayu di Malaysia ini. Mana-mana parti yang tidak mempunyai ideologi akan akhirnya berkubur kerana ideologinya bersifat 'comtemporary'. Ideologi Keadilan - jika dapat dikatakan ideologi - hanya untuk membebaskan Dato Seri Anwar yang kononnya ditindas.

Parti Keadilan merupakan sebuah parti yang berasaskan 'personal cult' Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini menjelaskan mengapa parti ini didominasikan oleh renegade UMNO dan orang-orang kuat badan-badan NGO. Kejayaan parti ini hanya kerana kepintaran Dato Seri Anwar sebagai 'political operator' dan 'political orator.' Apa akan jadi jika beliau tiada lagi? Mampukah parti yang tidak bertunjangkan gagasan yang perkasa ini bertahan?

Saya bimbang, dalam keghairahan mereka untuk mereformasikan Malaysia, parti ini yang perlu direformasikan zaman pasca-Anwar nanti.

1 comment:

Mook said...

stuju.

stkat ni, tgk dorg cm cermin BN, cme dorg x tntu lg cmne...