Followers

Thursday, February 21, 2013

Heroes of Hero




"Hero of Heroes" 
(aka "A Laugh at the World")

The seas laugh, lashing on both shores.
Carried in the waves, we only know the here and now.

The heavens laugh at the troubled world.
Only they know who is to win and lose.

The mountains laugh, the rain is afar.
When the waves grow old, the world still goes on.

The clear winds laugh, such a feeling of solitude.
Bygone camaraderie, leaving behind a tinge of melancholy.

The earth laughs, solitude no more.
My sentiments laughing still.

Sunday, February 17, 2013

Battle of Cannae

Semalam saya bertemu dengan seorang Doktor bedah yang berkongsi minat dengan saya. Beliau meminati Julius Caesar, dan menyedari saya meminati Caesar apabila menamakan syarikat saya Tenth Legion, seperti legion elite Julius; Legio X dalam latin.

Kami diperkenalkan oleh blogger Outsyed The Box, dan saya tidak pasti beliau membaca blog saya atau tidak. Namun pada hari Ahad yang santai, secara isengan saya menulis tentang satu pertempuran yang mengkagumkan peminat sejarah ketenteraan: Battle of Cannae.

Rujukan saya bukan wikipedia, sudah tentu, tetapi buku penulis ketenteraan terkenal: Theodore Ayrault Dodge. Tapi saya memimjam diagram dari wiki kerana senang untuk saya upload.


Cannae merupakan pertempuran yang mengesahkan Hannibal sebagai seorang military genius dan reputasinya sering dibanding dengan Cyrus the Great dan Alexander the Great. Hanya kekalahannya di Zama oleh Scipio Africanus telah meletakkannya di tempat kedua.




Roman Legion warna merah dan Carthagian warna biru.



Dalam pertempuran ini, Hannibal bersemuka dengan Varro, pro consul yang dilantik menggantikan Fabius Maximus atau Fabius the Delayer. 

Varro mempunyai 66000 heavy infantry yang diletakkan berhadapan dengan tentera Carthage. 11000 reserve ditempatkan di kem besarnya dan 3000 di kem kecil. Varro membawa seramai 80000 heavy infantry.

Sementara Hannibal mempunyai 40000 infatry. Hannibal meletakkan 32000 infantrynya berhadapan dengan 66000 legion rom yang terkenal itu. Hannibal meletakkan 8000 infantrynya di kem sebagai reserve.

Tidak seperti legion Rom, infantry Hannibal bercampur antara light infantry dan heavy. Light infantry Hannibal merupakan Gallic light infantry dan Spaniard light infantry. Hannibal meletakkan Light Infantrynya di tengah-tengah menentang legion Rom. Sementara heavy infantry Hannibal terdiri dari African Heavy infantry disusun seperti legion Rom. 16 barisan dan 10 line. Ianya diletakkan berselang antara light infantry.

Sementara Varro mengubah susunan legionnya. Kebiasaan legion Rom disusun 16 barisan dengan 10 line. Di Cannae, Varro mengubah menjadi 10 barisan dengan 16 line. Susunan ini sangat penting kepada menyumbangkan  kekalahan tentera Rom kerana dengan susunan ini, ramai tentera tidak dapat aktif dalam pertempuran dan cramp.

Hannibal yang mempunyai infantry yang lemah sebaliknya mempunyai cavalry yang lebih hebat dari Varro. boleh dikatakan, cavalry Hannibal sebenarnya yang memberi final blow kepada tentera Rom. Varro mempunyai 2400 calvary dan sekutunya 4800.

Varro meletakkan cavalry Rom menentang kiri Hannibal, sementara cavalry sekutunya di kanan Hannibal. Pakar tentera mengkritik susunan ini kerana lebih baik jika keseluruhan cavalry Varro diletakkan di kanan Hannibal supaya dapat exploit disebelah kiri Varro apabila tengah Hannibal sudah berjaya ditembusi. Seperti kita tahu, tengah Hannibal sangat lemah jika dibanding dengan infantry Rom.

Hannibal meletakkan Hanno command di kanannya dan ditambah 2000 lagi Numidian Cavalry. Di kirinya Hannibal meletakkan adiknya, Hasdrubal dengan seramai 8000 cavalry terdiri dari Spaniard dan Gallic menentang sekutu Varro seramai 4800 cavalry. Hannibal sendiri command dari tengah.

Varro command dari kanan Hannibal menentang Hanno dengan Numidian cavalrynya. 

Selesai menyusun cavalrynya yang mana merupakan penentu dalam pertempuran ini, Hannibal menyusun infantrynya. Dengan sengaja Hannibal meletakkan infantry yang lemah di tengah supaya dapat mengumpan legion Rom. Hannibal merancang taktik ini dengan pengetahuan bahawa legion Rom dilatih untuk maju kehadapan dan tak tahu berundur.

Hannibal memulakan pertempuran dengan memajukan light infantrynya. Ruang yang diduduki oleh light infantry Hannibal berbentuk seperti bulan sabit sejauh sebatu setengah. Setelah formasi ini dicapai, Hannibal mengarahkan Hasdrubal dengan 8000 cavalrynya menyerang sekutu cavalry Rom seramai 2400.





Sementara itu, Numidian cavalry tidak membuat sebarang tindakkan. Mereka mempunyai tactic yang aneh dengan mengelilingi musuh mereka tetapi tidak bertempuran secara bersemuka. Mereka mendapat arahan untuk membuat skirmish. Namun Numidian berjaya pin Varro heavy cavalry. 

Sementara itu, di tengah Varro mula mengerakkan infantrynya. Tentera Carthage berpura-pura berundur dan ini memberi semangat kepada Varro. Varro menyangkakan infantry Hannibal akan cair ditangan legion Rom. Ini sebenarnya permainan Hannibal. Dengan sengaja mereka berundur hingga tentera Rom cramp di tengah. Mereka terlalu rapat hingga ada yang tidak dapat menghayun dan menikam pedang mereka. 

Sementara itu, African heavy infatry mula envelop dari kiri dan kanan legion Rom. Setelah Hasdrubal berjaya memusnahkan keseluruhan cavalry sekutu Rom, mereka kembali dan menyerang dari belakang heavy cavalry yang dipimpin Varro. Ketika itu Numidian cavalry akhirnya turut serta dalam memusnahkan keseluruhan cavalry Rom.

Sekarang legion Rom sudah terperangkap di'sedut' oleh infantry Hannibal. Cavalry mereka sudah hancur sama sekali. Dan belakang mereka terdedah kepada belas kasihan cavalry Hasdrubal dan Numidian cavalry. Perangkap sudah benar-benar mengena.

Varro berjaya melepaskan diri dengan beberapa cavalry sekutu. Hasdrubal dan Numidian cavalry akhirnya menyerang dan memberi final blow kepada legion Rom. Livy dan Polybius menganggarkan seramai 40000 ke 70000 tentera Rom telah terbunuh. Mommsen memberi jumlah yang lebih besar.

Seramai dua quaestor, dua puluh satu tribune tentera, seorang bekas consul, praestor, aediles dan lapan puluh senator terbunuh. Tentera Hannibal yang terbunuh cuma enam ribu orang, 2/3 darinya Celt.


Cannae moden diberi tugu memperingati Battle of Cannae.


Hannibal Barca, anak kepada Hamilcar Barca, dan dari mereka Barcelona dinamakan.





Friday, February 15, 2013

Berakhirnya politik kebangsaan dan bermula politik agama.

Ketika era menjelang merdeka, menjadi trend negara yang dijajah mencari identiti yang boleh menyatukan mereka. Di negara-negara Arab, Islam bukan satu-satunya faktor menyatu kerana ramai Arab yang menganut agama selain Islam. Maka mereka memilih semangat kebangsaan(nationalist).

Selepas Perang Kemerdekaan Turki 1919, Attaturk dan beberapa 'Young Turks' memilih nationalism yang menyatukan bangsa Turki. Bangsa Turki tidak wujud. Usmaniyah merupakan sebuah fiefdom yang berkembang menjadi empayar bermula dengan Osman Ghazi sebagai founder.

Rakyat Turki berasal dari berbagai keturunan, dari Balkan, Serbia, Greek, Yahudi, Slovakia dan Rusia. Selepas Turki memenangi Perang Kemerdekaan, antara persetujuan dengan Greek adalah memindahkan orang Turki di Greek pulang ke Turki, dan orang Greek di Turki pulang ke Greek. 

Masalah timbul, bagaimana menentukan bangsa sebenar orang Turki yang berlatarkan berbagai etnik. Attaturk menetapkan Islam. Mana-mana Turki dari berbagai etnik itu Islam mereka dianggap berbangsa Turki.

Sementara Arab pula menentang kekuasaan Usmaniyah kerana menganggap mereka penjajah, walaupun seagama. Malah Arab menerima bantuan British dengan kedatangan Lawrance of Arabia. 

Di Malaysia UMNO bersetuju menjadikan antara ciri-ciri kemelayuan pasca kemerdekaan adalah mesti beragama Islam. Selama 55 tahun UMNO dan BN memerintah, mereka mengamalkan semangat musyawarah dengan bangsa dan agama lain. 

BN berjaya membawa keharmonian.

Namun PAS sering mencemuh UMNO tidak Islamik kerana membawa semangat kebangsaan. Mereka ingin menjadikan Malaysia negara Islam. Masalah dengan 'negara Islam' adalah, ianya tidak seragam dan mempunyai berbagai versi mengikut selera pejuangnya.

UMNO juga di cemuh oleh DAP yang mengaku parti liberal dan tidak berfahaman sesuatu bangsa. DAP juga mencemuh MCA dan MIC kerana mempejuangkan kepentingan kaum masing-masing. Ironinya, selama BN menjadi kerajaan, segala masalah kaum boleh diselesaikan dengan perbincangan.

DAP yang mengaku mereka parti tidak berasaskan kaum sekarang ini makin lama makin nampak belangnya. DAP sebenarnya berasaskan agama iaitu Kristian. Lim Guan Eng dalam usaha memenangi hati pengundi Sabah dan Sarawak minta kalimah Allah dibenarkan dalam bible Melayu.

15 daripada 20 ahli CEC merupakan Kristian. Hannah Yeoh mendapat liputan hampir setiap hari oleh akhbar STAR kerana kebanyakkan wartawan STAR merupakan pro DAP kerana seagama.

Jadi adakah benar bahawa era ini kononnya berakhir era semangat kebangsaan yang merupakan trend menjelang kemerdekaan? Benarkah generasi baru Malaysia menolak parti berasaskan kaum?

Namun muncul trend yang lebih meruncing. Jika agama menjadi asas kepada sesebuah parti seperti PAS(Islam) dan DAP(Kristian) ia lebih merbahaya dari sekadar rusuhan kaum. Adakah politik Malaysia sekarang ini sedang membiakkan kebencian terhadap agama selain agama sendiri dan menjadi medan tempur kepada rusuhan agama?


Tahaluf siyasi PAS bagi saya hanya kaedah siasah. Ia hanya 'pakat' (plot) , bukan 'barisan'(coalition).

Jika benar parti berasaskan kaum tidak mempunyai masa depan di Malaysia, menyuburkan parti berasaskan agama lebih membawa kemunduran sebenarnya.

Mari kita menjadi lebih  progressif.










Wednesday, February 13, 2013

Polis Melayu Tak Ada Kuasa?

Syed Akhbar Ali telah memblog isu ini dalam entry Polis Melayu Tidak Ada Kuasa Di Pulau Pinang? Unspinner mempunyai nada yang sama dalam entry Polis Melayu Tidak ada Kuasa, Pulau Pinang Hak Milik Cina.

Blogger Helen Ang juga turut mengulas dalam entry Kes tunjuk 'jari tengah': belum tahu langit tinggi rendah. Helen banyak menekan bahwa STAR sebagai akhbar MCA gagal, malahan sering gagal membawa berita yang menguntungkan MCA dan merugikan DAP.

STAR adalah gunting dalam lipatan, dibiayai oleh MCA tetapi mempunyai kesetiaan terhadap Kristian Evangelist, kebetulan satu mazhab dengan Kristian DAP. Ini golongan Mujahideen Kristian.

Kebanyakkan blogger-blogger sudah membongkar pemuda yang bernama Leong Pei Koe ini.



Pemuda di atas telah menunjukkan isyarat lucah dengan menunjukkan jari tengahnya kepada Pemaisuri Agong ketika lawatan baginda ke Pulau Pinang, menziarahi rakan baginda yang menyambut Tahun Baru Cina. Apabila ditegur oleh ADC Baginda pemuda di atas menjawap polis Melayu tidak ada kuasa di Pulau Pinang ini.

Saya terdengar degungan(echo) 13 Mei di sini, satu peristiwa ahli politik dari DAP berkeras menafikan mereka punca Melayu berbunuhan dengan kaum Cina pada tahun 1969 dahulu. Secara adil, bukan semua Cina seperti Leong, tetapi kebencian penyokong Cina DAP terhadap apa saja yang berbau Melayu sudah mencapai puncaknya.

Pertama Leong menghina Raja Melayu. Kedua, Leong menghina institusi polis dan mengapa mesti dikaitkan Melayu dengan polis? Ayat 'Polis Melayu Tidak ada kuasa' menunjukkan kebencian penyokong DAP bukan hanya kepada UMNO tetapi kepada seluruh institusi Melayu, atau institusi kerajaan yang dianggapnya Melayu.


Polis sedang menahan Leong dan sedang menjalankan siasatan. Malangnya PKR sudah siang-siang menjadikan Leong Pei Koe seperti Teoh Beng Hock. Mungkin Leong lebih berfaedah kepada politik PKR dan DAP jika beliau mati dibawah tahanan polis.

PKR memberi jaminan akan membela Leong dari 'kekejaman' polis(walaupun dia yang menjolok sarang tebuan). Baca sini.

Mungkin benar, Melayu, bukan hanya polis sudah tidak ada kuasa di Malaysia ini. 





Friday, February 8, 2013

Arnab Spring

Syed Akbar Ali meramalkan dalam bukunya 'Malaysia And The Club of Doom', sejak dari tahun 2005 lagi bahawa satu masa negara-negara Arab yang confuse tentang Islam akan mengalami masalah untuk hidup dalam zaman moden ini. Mereka akan gagal, mereka akan huru hara dan mereka akan terpinggir.

Ternyata ramalannya menjadi kenyataan. Bermula dengan Tunisia, Libya, Syria dan Mesir, berlaku apa yang dipanggil 'Arab Spring'. 'Arab Spring' terjadi kerana budaya bangsa Arab yang tidak sesuai dengan demokrasi. Arab, seperti China sepatutnya di perintah secara 'kuku besi'.

Hingga kini, walaupun pemimpin-pemimpin yang dikatakan korup, kuku besi dan zalim kebanyakkannya sudah tumbang(kecuali Syria), kebanyakkan negara yang terdiri dari 'Club of Doom' itu belum pulih sebenarnya. Ekonomi Mesir makin teruk. Pengangguran meningkat hingga 80%. Bahkan 'anugerah Allah' versi Mesir, Morsi gagal menangani krisis yang kian meruncing.

Anehnya, negara-negara 'Club of Doom' ini menjadi pujaan para Mullah sebelum huru-hara. Negara yang masih huru hara itu masih menjadi pujaan para Mullah dan pembangkang kerana terinspirasi dengan 'kejayaan' 'club of doom' lain menjatuhkan rejim 'club of doom' lama.

Tun Mahathir menulis dalam blognya ANWAR'S PROMISE bahawa di Australia, Anwar berjanji  dalam PRU ke 13 jika PR tewas, beliau akan mengadakan demostrasi a'la Arab Spring. Beliau sudah membuat 'groundwork' bahawa SPR tidak telus dan selama ini kemenangan BN kerana menipu undi. Beliua sudah membuat pre emptive moves, mungkin sudah merasakan PR akan kalah.

Malaysia merupakan sebuah negara yang indah. Bahkan seorang rakan kongsi saya berbangsa Arab yang bermaustautin di sini pernah mengatakan Malaysia merupakan 'syurga'. Allah merahmati Malaysia kerana sikap toleransi orang Melayu sebagai penduduk asal.

Semuanya akan dirosakkan oleh Arab Spring a'la Anwar, justificationnya hanya beliau ingin menjadi PM. Namun demikian, saya tidak merasakan Malaysia sesuai menjadi lapangan Arab Spring. Saya tidak merasakan rakyat merasakan kerajaan yang ada sekarang terlalu zalim seperti pemimpin negara Arab.

Memang ada kepincangan di sana sini, terutama dalam soal korupsi dan karenah birokrasi tetapi Malaysia, berlatarkan sifat Melayu yang lembut, tidak bersedia untuk menumpahkan darah dan menganggu keharmonian dan keamanan hanya kerana cita-cita seseorang untuk menjadi PM.

Namun di bawah PR, sejak membentuk kerajaan, sudah berlaku satu revolusi baru. Saya namakan revolusi 'Arnab Spring'. Arnab Spring sangat sesuai dengan PR. Bermula dengan Ketua Umum yang boleh kongsi isteri dengan Timbalannya, diikuti oleh seorang ulama PKR yang kaunseling isteri orang pada pukul 3 pagi.

Jangan lupa pada tahun 90an, Timbalan Presiden sebuah parti Arab di Malaysia ini juga berkhalwat dengan isteri rakannya. Seorang exco Selangor yang masih bujang boleh duduk serumah dengan suami orang.

Demi keamanan, saya lebih rela PR membuat revolusi Arnab Spring dari revolusi a'la Arab Spring.


Say Hi to Hugh Hefner.




Thursday, February 7, 2013

Najib The Delayer?

Pembangkang sering mengkritik PM sebagai pengecut dan mengelakkan diri dari berdebat. Mereka juga sering mempersenda-sendakan PM kerana tidak berani mengadakan pilihanraya dengan segera, walau jentera BN sudah bersedia dan yakin BN masih boleh menang pilihanraya.

Benarkah Najib seorang penakut? Benarkah Najib seorang yang 'lack of boldness' atau sebenarnya beliau mempunyai strategy yang tidak difahami oleh musuh-musuhnya? 

Atau disebalik 'bibir merah' dan muka tenang Datuk Seri Najib beliau sebenarnya seorang 'consummate politician' yang tangguh?

Lawannya, Anwar Ibrahim memang terkenal aggresif dan rakus, kadang-kadang reckless. Banyak sebenarnya kerugian politik Anwar hasil dari kegopohan Anwar sendiri. Mengarahkan polis menahan Ummi Hafilda dalam 'Operation Turning Over' merupakan satu contoh.

Anwar pemain catur yang mengerakkan buah-buahnya dahulu, kemudian baru memikirkan langkah seterusnya. Mungkin Najib, seperti Karpov yang berhati-hati, menyediakan umpan demi umpan sebelum 'melemaskan' musuhnya.

Dalam dunia catur, Karpov dikenali dengan nama 'Python'.

Najib mengingatkan saya kepada seorang ahli politik Rom yang bernama Fabius Maximus. Fabius hidup sezaman dengan Hannibal Barca, general dari Carthage, musuh ketat Rom. Hannibal melancarkan Perang Punic Kedua dan menyerang Rom dari Sepanyol merentasi Gunung Alps.

Hannibal merupakan seorang general yang sangat genius. Seorang demi seorang general Rom telah ditewaskan olehnya hingga Rom melantik Fabius Maximus menjadi Dictator, memberi kuasa tentera untuk mengalahkan Hannibal.

Fabius Maximus menyelidiki peribadi Hannibal. Hannibal seorang yang 'offensive', pakar 'pitch battle' dan tenteranya mempunyai infantry yang lemah berbanding legion Rom, tetapi calvary yang lebih kuat. Tentera Hannibal akan berkesan dalam 'pitch battle' dan polisi Fabius adalah mengelakkan pertembungan secara terbuka dengan Hannibal.

Fabius tahu kelemahan Hannibal: berperang di negara musuh, mengharapkan allies Rom seperti Persekutuan Latin(Latin Confederation) berpaling tadah, bangkit melawan 'kekejaman' Rom. Hannibal sangat jauh dari bekalan tenaga tentera, bekalan makanan dan tidak mempunyai 'siege machine' untuk menawan kubu kota Rom.

Justeru itu Fabius melancarkan polisi mengekalkan tentera Rom supaya jangan terkorban, dan melemahkan tentera Hannibal melalui war of attrition. Polisi ini tidak disenangi oleh Senat Rom kerana selalunya Rom yang aggresif dan offensive bukan sebaliknya.

Sebaik saja tamat tempoh lantikkan Fabius sebagai Dictator, Senat melantik Varro bagi memerangi Hanibbal dan Varro meninggalkan polisi Fabius. Varro bertempur secara terbuka dengan Hannibal dalam Battle of Cannae. Seramai 70000 tentera Rom terkorban dari 80000 yang dihantar.

Fabius terkenal dalam sejarah peperangan sebagai pencipta Fabian Tactic. Di Rom, beliau dikenali sebagai Fabius the Delayer. Walaupun dikritik hebat, namun ternyata Fabius adalah general yang mampu mengalahkan Hannibal jika diberi masa.

Adakah Najib The Delayer mampu mengalahkan Anwar dengan strategy war of attritionnya? Adakah Najib menggunakan Fabian Tactic dalam menangani gelombang Pakatan selepas PRU ke 12 dahulu.

PRU ke 13 merupakan jawapannya namun apa yang saya perhatikan, kerana Najib tidak terbawa-bawa rentak Anwar, gelombang atau wave itu sudah makin mengendur. 

Boleh kita katakan pembangkang sudah tidak ada isu baru selain Altantuya, cincin Rosmah, Teoh Beng Hock, BN zalim, isu royalty dan NFC. Makin lewat PRU diadakan, makin nampak PAS dan DAP tidak boleh duduk semeja.

Walaupun saya menyamakan Najib The Delayer dengan Maximus The Delayer, namun Anwar tidak sesuai disamakan dengan Hannibal Barca. Walaupun kalah kepada Scipio Africanus, Hannibal tetap seorang general yang genius dalam sejarah.

Monday, January 21, 2013

PAS - Flip Flop.

Suka atau tidak, PAS perlu mengakui bahawa ianya sebuah parti. Dan apa matlamat sebuah parti politik dalam negara demokrasi? 

Kuasa.

PAS yang pernah menuduh UMNO tidak Islamik kerana bekerjasama dengan 'kafir' akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama. Mereka beri istilah Arab agar nampak Islamik: 'Tahaluf Siyasi'. Hakikatnya sama saja. Hanya permainan mantiq dan semantik.

Dan untuk memuaskan hati sekutu-sekutunya dalam Pakatan yang cenderung kepada secularism PAS juga menganjak lagi pintu golnya. Sudah tidak ada lagi negara Islam. Sudah menjadi negara kebajikan. Kalau dulu seorang ulama PAS siap beramanat orang Islam akan jadi kafir jika mengatakan 'ugama suku, politik suku', sekarang pemisahan itu amat ketara dalam PAS - demi kuasa.

Apabilah Khalifah Joseph menyatakan kalimah Allah patut digunakan dalam bible Melayu, PAS berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang pragmatik setuju demi meraih undi bukan Melayu. Ada kumpulan yang agak tradisional tidak setuju. 

Apabila kembali bersama sesama Melayu dan Islam, golongan seperti Nik Aziz dan Mat Sabu yang pada mulanya setuju kalimah Allah digunakan dalam bible Melayu menjadi tidak setuju. Sampai bila PAS akan menganjak dan menganjak pintu golnya?





Bishop yang pada mulanya gembira dan sudah tentu menghentam BN terperanjat dengan permainan flip flop PAS. Minyak dan air tidak akan bercampur.


When in Rome, PAS is Roman.

Begitu juga dengan isu hudud. PAS flip flop mulanya hudud adalah pejuangan mereka. Kemudian tiada hudud. Bila minta pendirian sebenar, hudud akan dilaksanakan selepas PRU.




Dan ramai penyokong bukan Melayu makin kurang senang dengan flip flop PAS. Patrick Teoh antaranya walaupun beliau agak keterlaluan menghina Quran dan orang Islam seluruhnya kerana marahkan PAS Kedah. 

Bagaimana kita ingin Pakatan memerintah jika soal asas sebegini mereka tidak mempunyai permuafakatan yang tuntas. Semua polisi ad hoc dan flip flop. Pintu gol sentiasa berubah dan setiap parti berusaha untuk outwit sekutunya yang lain.

Hanya PKR, seperti vulture, menunggu bangkai yang reput. PKR tidak mampu menyelesaikan perbezaan seperti ini. Pakatan hanya bersatu atas kebencian terhadap BN. Period.


Kata-kata mutiara dari Sang Khalifah.





Wednesday, January 16, 2013

Hari Paling Menyedihkan

Setelah seminggu berjuang, akhirnya bondaku Wan Sauja Ratna bte Wan Muhammad telah menghembus nafasnya yang terakhir pada 3.10 pagi, 15.1.2013. Beliau meninggal 10 hari sebelum setahun ulangtahun kewafatan ibunya tahun lepas.

Bersemadi dengan aman bonda, putera dan puterimu akan sentiasa mengenangi Mu.



 Wan Sauja bte Wan Muhammad
1943-2013

Sunday, January 13, 2013

Bondaku Tenat, Pohon Doa Pembaca.

Salam para pembaca budiman,


Saya tidak berupaya untuk menulis sebarang isu di blog ini kerana bonda saya, Wan Sauja Ratna bte Wan Muhammad sedang sakit tenat. Bonda saya mengalami masalah kegagalan hati (liver failure). Beliau mengidap penyakit ini sudah lama. Ketika berjaya di diagnosis ianya sudah terlewat untuk berbuat apa-apa.

Pada Isnin lepas, beliau dimasukkan ke Hospital Jerantut, setelah hatinya sudah benar-benar gagal berfungsi. Pada hari Rabu kami membawanya pulang kerana tiada rawatan lagi yang mampu diberikan kepadanya oleh rawatan hospital.

Kepada keluarga dan saudara mara yang membaca blog ini, boleh melawat beliau di rumah kami di Jerantut. Saya pohon doa pembaca moga Allah permudahkan perjalanan terakhir beliau.


Monday, December 31, 2012

In Time

Pada tahun 2011, saya menonton sebuah filem bertajuk 'In Time' lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried. 

Seseorang mempunyai masa yang penuh hingga berumur 25 tahun, kemudian 'masa' menjadi currency. Semua perbelanjaan dibayar dengan 'masa.' Makanan, tambang kenderaan, sewa rumah, semua dibayar dengan masa dan jika kehabisan 'masa' seseorang itu akan mati serta merta.

Setiap orang mempunyai masa secukupnya jika mereka tidak berbelanja, tapi jika berbelanja mereka perlu 'masa' aka 'duit' lebih, jika tidak mereka akan mati. Maka wujud sistem bank yang memberi pinjaman 'masa/wang' dengan bunga yang tinggi.

Seperti biasa, ada golongan miskin yang mempunyai masa secukupnya, atau tidak cukup masa hingga mati dan ada golongan kaya raya dengan masa yang tidak pernah kehabisan hingga boleh mewujudkan sistem bank masa. Golongan kaya menindas golongan miskin. Golongan kaya tidak akan mati kerana tidak pernah kehabisan masa.

Perkataan 'Time is Gold' sudah tidak tepat. Even gold, limitless gold still cannot buy 'time'.

Jika kita amalkan sistem ini di Malaysia, mungkin Melayu terpaksa bekerja keras lagi itu tidak mati. Manusia adalah spesies yang diprogramkan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Justeru itu, mungkin tidak ada orang Melayu yang duduk bawah pokok main dam, atau lepak kedai kopi berjam-jam, atau menyertai demo, mogok lapar dan 'Occupied Dataran Merdeka'.

Oh Melayu, masa itu bukan hanya emas, tapi segalanya. 'Space we can recover,' kata Napoleon, 'time never'.

Kita belum kiamat walaupun kalendar Maya melangkaui 21.12.2012. Tapi kita tinggal lapan tahun sahaja lagi sebelum 2020. Sementara China, India bahkan Indonesia memecut pertumbuhan KDNK lebih dari Malaysia, jurang ekonomi Melayu  dengan kaum lain - Cina dan India - sudah kembali melebar selepas 2009.

Baca entry terbaru A. Kadir Jasin dalam Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga.

Cukup-cukup salahkan kerajaan. Sementara kerajaan yang sama dituduh sesetengah pihak menyebabkan mereka miskin, kaum lain tetap boleh kaya. 

Bezanya, bagaimana Melayu menggunakan masa?


Wednesday, December 26, 2012

Merry Christmas Santa Lims!

Lim Kit Siang telah memuatkan tulisan Christopher Kannan dalam blognya di bawah entry : We don't need Santa Claus. Seperti biasa, isi mestinya kebencian orang Kristian terhadap pemimpin UMNO/BN, dan target utama adalah PM.

Kannan tidak rasa wajar untuk mengucapkan terima kasih kepada PM Najib walaupun membuka jalan membenarkan umat Kristian melakukan pilgrim ke Jurusalem. Kannan lupa tindakan PM itu boleh mengundang padah politik jika Melayu terutama PAS menjadikan isu itu sebagai sentimen agama.

Tiba-tiba Lim Kit Siang menjadi champion orang Kristian, maklumlah 15 daripada 20 CEC DAP adalah Kristian Mazhab Evangelican. Ada yang berseloroh memanggil Kristian  jenis ini 'born again' atau Mujahideen  Christian. 

Di Sabah dan Sarawak, DAP memainkan sentimen agama bukan bangsa. Kononnya Kristian tertindas oleh kerajaan BN. Saya tak tahulah di mana lagi orang Kristian boleh hidup aman jika dengan orang Melayu yang sanggup menyerah sejuta kerakyatan kepada bukan warganegara sebelum merdeka pun dianggap menindas.

Jika semangat toleransi ditunjukkan oleh pemimpin BN dalam hal-hal adat resam dan agama, saya tidak tahu bagaimana Malaysia jika dipimpin oleh Pakatan. DAP Mujahideen Kristian. PAS pula Inquisitor Islam. Eloklah kedua-dua sanggup mati syahid untuk agama masing-masing.

Pejuangan DAP adalah pejuangan Kristian. Dari 15 daripada 20 CEC beragama Kristian, dan mereka gagal memilih seorang pun dari agama Islam - agama terbesar dalam Malaysia. Dan berapa orang dalam CEC Cina Budhha. Lim Kit Siang seorang Budhha? Atau Khalifah Lim Joseph Guan Eng seorang Buddha?

Kita sudah pening dengan sebuah parti seperti PAS yang mempolimik apa saja tentang Islam. Dan sekarang kita ada kembar tak seiras pula dari Kristian. 

Merry Christmas Santa Lims. To both of you - father and son - in your kingdom of heaven. Your can bring your hatred to heaven, too if you wish.

To PAS, Take Beer, Take Beer!


Friday, December 21, 2012

Amanat Haji Hadi - Bukti PAS Merbahaya.



Ucapan a'la Taliban Haji Hadi di atas telah mengorbankan banyak nyawa. Ucapan di atas juga sebenarnya telah memecahkan umat Melayu yang beragama Islam. Ketika itu saya masih kecil tetapi saya ingat kisah surau dan masjid sembahyang dua imam kerana orang PAS tidak menerima imam orang UMNO. Di kampung saya ada kisah orang PAS tidak mahu uruskan jenazah orang UMNO, boikot kenduri orang UMNO dan tidak membenarkan anak-anak mereka kahwin dengan anak-anak orang UMNO.

Semuanya kerana amanat yang tidak bertunjangkan Quran.

Kemudian berlaku peristiwa Memali. Ibrahim Libya dan mereka yang terkorban percaya mereka menentang orang kafir kerana kerajaan BN adalah kerajaan kafir. Semuanya kerana sebuah amanat. Kasihan mereka yang percayakan PAS adalah agama. 

30 tahun kemudian ulama politik dari parti politik yang menjadikan Islam hanya selling point sahaja sudah mengubah pendiriannya. Tidak ada pula negara Islam dalam Quran. Apa jadi kepada mereka yang dikatakan syahid dan ditanam tanpa dikafan dan disembahyangkan?





Itu persoalan yang dilontarkan oleh YB Zulkifli Nordin dalam youtube di atas.


Pada tahun 1981, pendapat seperti Amanat Hadi itu tidak nampak janggal. Umat Islam belum dilabel sebagai 'terrorist'. Ayatollah Khomeini baru menggulingkan Shah Iran dan kononnya satu milestone kepada orang Islam - tertubuh negara Islam. Ia menjadi inspirasi kepada orang Islam seluruh dunia dan semua perkara perlu dijenamakan 'Islam' - walaupun tidak membawa semangat Islam seperti ajaran Quran.

Pertama Islam mengikut Quran bermakna 'keamanan', peaceful. Orang mukmin merupakan orang yang 'peaceful' dan "provider of peace and security to others". Tidak ada penindasan sesama manusia atas nama apa sahaja.

Tapi agama PAS bertindak sebaliknya. Akibatnya ummah berpecah. Mereka mengajar manusia menjadi ganas dan militant demi kononnya menegakkan hukum Allah. Lebih teruk, seperti Taliban mereka menuduh amalan hidup cara 'Islam' yang tidak sesuai dengan mereka sebagai 'kafir'.




Dalam zaman globalisasi, PAS sendiri malu dengan Amanat Hadi itu. Mereka cuba membuktikan bahawa mereka parti yang sesuai dengan zaman globalisasi di mana fahaman seperti mereka itu amat mudah dilabel sebagai militant dan terrorist. Maka mereka menganjakkan pintu gol mereka.

Persoalannya, di zaman pemikiran logic menjadi teras kepada masyarakat civil, bolehkah PAS keluar dari kesilapan silam mereka yang menghasut rakyat yang tidak bersalah supaya mati sia-sia? PAS hanya boleh akui bahawa ideologi mereka merupakan cara hidup yang obsolete.

Dan kemelut tidak terhenti di sini sahaja.

Saya minta pembaca menelusuri blog Outsyed the Box bawah posting bertajuk: The Assasination Attempt Against Dr. Mahathir Mohamed dan Amanat Haji Hadi: Old but Evergreen and still Relevant Today. oleh Another Brick in the Wall.

Seorang fanatik PAS, namanya Cikgu Non telah dipecat dari PAS kerana mempersoalkan derma anak yatim Memali. Cikgu Non yang sangat berhajat untuk mati syahid, terlibat dalam merancang membunuh Tun Mahathir namun gagal. Beliau akhirnya ke Afganistan kerana ingin syahid di sana.

Cikgu Non terlibat dalam kejadian Memali. Sekembali dari Afganistan, beliau masih sedih memikirkan balu dan anak yatim Memali. Beliau mengaku terlibat dalam mengutip dana untuk membantu balu dan anak-anak yatim. Akhirnya beliau menyedari bahawa kutipan yang mencecah lebih dari RM sejuta tidak sampai ke tangan anak-anak yatim dan balu berkenaan.

Ini satu contoh klasik 'no money no religion.' Duit berkenaan telah hilang entah ke mana, diseleweng oleh pendita agama PAS. Quran memberi amaran tentang ini dalam surah 9:34

Quran 9:34

"Wahai orang-orang beriman sesungguhnya kebanyakkan besar dari ulama-ulama(minal ahbaari) dan rahib-rahib(warruhbaani) memakan harta manusia dengan batil dan mereka menghalangi dari jalan Allah dan orang yang menyembunyikan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah maka beritakan kepada mereka siksaan yang pedih."




Di atas adalah gambar Cikgu Non dengan buku yang diltulisnya, 'Kafirkah Aku'. Beliau juga membongkar penyelewengan Tabung Memali oleh PAS dalam buku 'Air Mata di Bumi Memali'. Buku berkenaan menjadi kontroversi. Penyelewangan Memali menjadikan Cikgu Non berpatah arang dan berkerat rotan dengan PAS.

Menurut Outsyed the Box, balu-balu Memali mendapat ugutan dan panggilan telefon nakal jika mereka cuba mendedahkan penyelewangan berkenaan. Pada tahun 2004, semasa Tun Abdullah menjadi PM, kerajaan membayar pampasan sebanyak RM20,000 kepada 14 balu Memali. Lagi sekali PAS mengambil kesempatan dengan minta duit sebanyak RM4000 untuk membiayai 'yuran guaman', kononnya.




Jadi inilah parti yang mengatakan kerajaan BN zalim dan tidak Islamik, menjadi zalim sendiri dengan menyeleweng harta anak yatim kerana itu bukan sifat yang Islamik. Ini parti yang hendak menawan Putrajaya 'walau dengan darah sekalipun' seperti ucapan Nik Abduh.

PAS merupakan contoh extremist yang memburukkan nama Islam dengan ajaran yang tidak menyanjung semangat Quran.

Sunday, December 16, 2012

Ma'Lims'sia

Pemerintahan Lim Kit Siang sudah menjangkau 46 tahun, lagi empat tahun akan menyamai rekod Ratu Elizabeth. Beliau masih terpilih sebagai Penasihat Parti, mungkin sama taraf dengan 'Minister Mentor' andainya Lim Guan Eng jadi PM.

Dalam penjenamaan semula DAP yang terkenal sebagai chauvinist, mereka cuba meyakinkan Melayu dan India bahawa DAP parti semua kaum. Mereka bawa masuk Aspan Alias dan Sakmongkol dalam usaha mereka itu. 

Pemilihan semalam menunjukkan bahawa Melayu adalah third class member dalam DAP. Singh dan India mempunyai wakilnya, tetapi lapan calon Melayu bertanding untuk kerusi CEC kalah teruk. Karpal Singh dan anaknya Gobind terpilih dengan masing-masing mendapat 1411 undi dan 1197 undi. Sementara suara kaum India diwakili oleh M.Kula mendapat sebanya 984 undi. Di bawah adalah senarai calon Melayu dan undi yang mereka dapat:

1. Ariffin SM Omar           -     348  undi
2. Ahmad Ton                   -     347  undi
3. Zairil Khir Johari            -     305  undi
4. Zulkifli Mohd Noor        -     216  undi
5. Tengku Zulpuri               -     121  undi
6. Sulaiman OP S Ibrahim  -       93  undi  
7. Roseli Abd Ghani           -       39  undi
8. Harun Ahmad                 -      28   undi 



Pakai semantik apapun, DAP adalah parti kaum Cina dan  hanya mengutamakan kepentingan kaum Cina.

Kesimpulan dari pemilihan di atas, Dinasti Lim adalah tunggak DAP sejak mula tertubuhnya parti itu dan hinggalah mereka mati. DAP yang menentang apa saja establishment yang pro Melayu berhajat sangat untuk mengubah kedudukan hak istimewa Orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu, kedudukan agama Islam boleh memikirkan nama baru Malaysia jika mereka berkuasa. 

Seorang dungu dari DAP pernah mencadangkan bendera Malaysia patut ditukar. Nama Malaysia patut ditukar kerana ada nama 'Malay' sebelum 'sia'.

Mungkin Malaysia sesuai ditukar kepada 'Malimssia' sempena nama penemu dinastinya, Lim Kit Siang.

Syabas Melayu yang menyokong DAP. Anda adalah 'Kitol Moden.'


Saturday, December 15, 2012

Kami Rindui Pak Suharto

Ketika saya ke Medan sebanyak dua kali, saya sering menjumpai penduduk Medan yang memuji Allahyarham Presiden Suharto. Mereka mengakui walaupun rejim Suharto dilabelkan korup, namun jasa Suharto memajukan Indonesia sangat banyak.

Kemudian saya mendapat tahu, di Medan merupakan kubu kuat Parti Golkar. Mungkin kerana itu mereka cenderung mengkagumi beliau.

Baru-baru ini saya ke Bali. Jalan di sekitar penginapan kami, Mercure Harvestland agak macet(jam). Kerajaan sedang membuat subway di jalan masuk ke hotel kami. Seringkali perjalanan kami mengambil masa yang lama kerana kemacetan ini.

Sebagai pelancong, ini merugikan masa kami. Kami menyewa van dengan supirnya. Dalam perbualan saya dengan supir, beliau menyatakan jika Pak Suharto masih Presiden, Bali sudah sangat maju. Sekurang-kurangnya itu yang beliau yakini.

Walau bagaimanapun, beliau mengutuk sikap kroni dan korupsi anak-anak Suharto, terutama Utoemo Mandala Putera atau lebih dikenali dengan nama Tommy.

Selepas Suharto digulingkan akibat serangan matawang pada tahun 1997, demokrasi memang rancak di Indonesia. Presiden sudah bertukar kepada beberapa orang. BJ Habibie(setahun), Gus Dur(2 tahun), Megawati(3 tahun) dan terkini Susilo Bambang namun masih ramai yang merindui sentuhan 'pembangunan' Suharto.

Kita melihat kebangkitan 'Arab Spring' yang menjadi 'holy grails' kepada PR. Mereka sangat suka cerita apa saja tentang kerajaan jatuh, tanpa mengambil iktibar apa kebaikan kepada negara. Perubahan memang perlu tetapi perubahan yang bagaimana? Ditangan siapa ingin kita percayai untuk menerajui negara ini.

Selama 55 tahun, BN berjaya membawa konsep perkongsian kuasa yang sebenar. Ini merupakan 'tamadun' Malaysia dalam negara berbilang kaum. Tidak perlu menangkap non-muslim berkhalwat. Tidak ada undang-undang purba memisahkan lelaki dan perempuan.

Sebelum wujudnya PKR, sensitiviti kaum dan agama di negara ini terkawal dibawah kejituan pentadbiran BN. Memang BN ada kelemahannya, dan bumi mana yang tidak ditimpa hujan tetapi setidak-tidaknya sebelum ini Malaysia tidak terlalu perkauman, dan agak liberal tanpa extremist seperti PAS.

Cerita indah tentang Arab Spring tidak menemui happy endingnya. Orang Arab masih mundur, masih bertelagah sesama sendiri, masih tertinggal dari segi sains dan teknologi. Morsi sendiri sedang menghadapi 'counter-revolution' dari orang yang pernah menumbangkan Mubarak.

Kesimpulan, tukar pemimpin bukan  jawapan kepada masalah kita. Tukar budaya tahyul kepada rasional dan saitifik boleh mengubah kita ke negara maju.

Baca posting saya terdahulu: Tukar Kerajaan Bukan Penyelesaian.




Thursday, December 13, 2012

Pembohongan Baling Secara Terperinci.

Semalam saya mendapat panggilan telefon dari Tan Sri Zainudin Maidin. Beliau membaca posting saya sebelum ini. Sebagai wartawan yang terlibat secara langsung menyiasat 'Peristiwa Baling 1974', Tan Sri berasa perlu memberi saya info yang tepat.

Pada tahun 1974, Tan Sri diminta oleh Ketua Pengarang Utusan, Tan Sri Mazlan Nordin menyiasat kekecohan yang dibuat oleh sekumpulan gerakan pelajar yang diketuai oleh 'Fidel' dan 'Che' palsu. Menurut Tan Sri Zam, beliau telah berjumpa dengan doktor, OCPD, Penolong Pegawai Daerah dan beberapa orang kampung dalam usaha menyiasat dakwaan bahawa di bumi bertuah Malaysia ini ada orang yang mati kebuluran.

Asas dari kekecohan ini berasal dari harga getah yang makin merudum. Ketika itu harga komoditi di Malaysia ini jatuh dengan teruk. Akibatnya penduduk kampung sangat merasai jerih payah kerana getah adalah pendapatan penduduk luar bandar.

Keadaan ini telah dieksploit oleh 'Che' dan 'Fidel' palsu. Kononnya mereka jaguh penduduk luar bandar. Kononnya mereka jaguh rakyat marhein. Mereka menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Mereka sangat keterlaluan hingga berbohong adanya penduduk Baling yang mati kebuluran.

Menurut Tan Sri Zam sebagai wartawan yang menyiasat kejadian sebenar, tidak ada kematian pun di Baling ketika itu. Cerita tentang penduduk Baling mati kelaparan itu hanya 'pure fiction', hanya rekaan semata-mata. Propaganda yang tidak mengenal batasan etika.

Ada juga peristiwa lucu dari propaganda 'penduduk mati kebuluran' ini. Berita adanya 'kematian' akibat kebuluran ini akhirnya sampai ke pengetahuan komunis yang masih ada saki bakinya ketika itu. Maka keluarlah komunis seramai 20 orang membawa ubat-ubatan dan makanan untuk penduduk kampung. Sebijak-bijak propagandist  komunis, mereka juga  menjadi mangsa pembohongan Anwar dan Hishamudin Rais.

Pelajar Che wannabe seperti Hishamudin Rais itu sepatutnya menumpu kepada pelajaran universiti, bukan membuat kecoh di sana sini. Begitu juga Anwar yang tidak cemerlang dalam Pengajian Melayunya. Mereka membuang masa dan usaha kerajaan untuk menaiktaraf bumiputera dengan menjalankan polisi 'Affirmative Action' yang dikritik oleh DAP.

Tun Dr. Mahathir adalah Menteri Pelajaran pada tahun itu. Tun memang wajar memperkenalkan AUKU pada tahun 1971, kerana Melayu-Melayu seperti Anwar dan Hishamudin ini 'membakar' duit pembayar cukai. 

Kerajaan memperuntukkan jumlah yang banyak bagi pendidikan Bumiputera, dengan harapan ramai bumiputera lahir terpelajar, mendapat kerja baik, atau mendapat ilmu supaya boleh pergi jauh dalam pernigaan tetapi mereka lebih suka berdemo dan membuat pembohongan.

Akhirnya kedua mereka ditahan dibawah ISA. Mereka menimbulkan kekecohan tanpa asas. Kemudian menuduh kerajaan zalim. 

Modus operandi ini masih berlangsung. Anwar dan Hishamudin menurunkan ilmu kepada Safwan Anang, Adam Adli dan sebagainya. Asasnya adalah fitnah: kerajaan zalim. 

Kerajaan yang sedang menyuap mulut mereka.








Wednesday, December 12, 2012

Memperingati Pembohongan Mangsa Kebuluran Baling.

Pada tahun Disember 1974, Anwar Ibrahim dan 'partner-in-crime'nya Hishamudin Rais mengadakan tunjuk perasaan kononnya ada mangsa kebuluran di Baling, Kedah. Terence Netto telah mengukirkan nama Anwar setaraf dengan Martin Luther King, yang mana bagi saya sangat tidak tepat dan sangat menghina pemimpin gerakan sivil Amerika yang agung itu.


Hishamudin Rais nak tiru Che Guevara tapi dia tak cukup tinggi dan tak cukup ilmu.

Oleh kerana ketandusan ilham untuk dispin, pembangkang cuba mencipta cult dari Peristiwa Baling. Seperti cult BERSIH yang mengingati kematian pemandu teksi, Baharudin sepatutnya diadakan setiap 9 hb kini sudah dilupai.

Pada awal-awal masih ada budak-budak meletakkan bunga kuning di tempat kejadian. Sekarang ianya sudah tidak penting. Hanya kematian seorang pemandu teksi. Tidak ada ingatan. Tidak ada ceremony. Tidak ada significant. Hanya kematian seorang peserta.

Seluruh rakyat Malaysia tahu malah pembangkang mengeksploit kematian Allahyarham dengan skrip palsu 'kematian' Supardi. Untuk mengingatkan semula sindrom Melayu mudah lupa, baca kepalsuan itu dalam blog Pink Turtle.

Baru-baru ini, PKR mengadakan Peristiwa Mengenang Mangsa Baling. Seperti kes Baharudin, itu hanya 'political ploy' Anwar untuk mengambarkan beliau pejuang rakyat marhein. Hakikatnya, rakyat marhein itu hanya alat manipulasi politiknya. Sebentar saja, mereka akan dilupakan setelah Anwar and Co naik jet mewah dan bas mewah, kembali ke rumahnya yang bernilai tujuh juta.

Benar kata Tun Dr. Mahathir. Kita tidak boleh benarkan orang macam ini menjadi Perdana Menteri. Mangsa Baling itu, menurut Tun bukan mati kebuluran. Beliau mati sakit. Itupun di eksploit oleh 'Che' palsu dan 'Fidel"(Castro) palsu.






Monday, December 10, 2012

Menjawap Berita Tentang Tengku Azlan Keluar BN.



Sebaik saja berita ini menjadi sensasi, ramai yang menelefon menanyakan keadaan yang sebenar. Ada sesetengah tahu saya rapat dengan YBM Tengku Azlan, Ahli Parlimen Jerantut. Saya menafikan kebenaran cerita ini. Namun saya tidak berniat untuk menulis tentangnya.

Akhirnya saya terjumpa sebuah blog pro BN (baca sini)   yang mengutuk 'tindakkan' Ku Lan keluar parti, lantas saya buat keputusan perlu menjawap bagi pihak Ku Lan. Saya menelefon Ku Lan sebentar tadi. Beliau menerangkan kedudukan yang sebenar.


Beberapa hari lepas beliau telah ditemuramah oleh sebuah akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai. Dalam temuramah itu beliau tidak menyentuh langsung soal keluar parti atau menyertai pembangkang. Apa yang beliau nyatakan bahawa beliau akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding dalam PRU ke 13.

Hasrat beliau untuk bersara sudah dinyatakan sebaik beliau menolak jawatan Timbalan Menteri Luar pada zaman Tun Abdullah. Hingga sekarang beliau masih konsisten dengan kata-katanya. 

Untuk pengetahuan pembaca, YBM Tengku Azlan sudah memaklumkan keadaan sebenar iaitu beliau masih dalam BN dan tidak pernah berhasrat keluar parti kepada Datuk Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri  Besar Pahang.

Saya harap kekeliruan ini terjawap dan minta mana-mana blog pro BN lebih memberi tumpuan membongkar fitnah pembangkang dari membuat spekulasi. Sesuatu berita yang diterima perlu diselidiki dahulu sebelum kita membuat keputusan.



Saturday, December 8, 2012

Mitos Melayu Malas.

Sebenarnya saya ingin meletak entry ini berbunyi 'Mitos Pribumi Malas'. Saya menukarnya kerana terlalu berbunyi carbon copy kepada karya Syed Hussein Al-Attas - 'The Myth of Lazy Natives'. 

Syed Hussein menulis panjang lebar untuk menangkis tohmahan Barat - atau penjajah - bahawa secara umumnya pribumi yang mereka jajah - di Indonesia dan Malaysia - adalah pemalas. Beliau berjaya meyakinkan saya bahawa sebenarnya pribumi tidak malas, cuma tidak mahu menyertai program penindasan kapitalis penjajah.

Di Jawa dan sebahagian Indonesia beliau berjaya meyakinkan saya bahawa secara fizikalnya pribumi rajin memerah keringat dan membanting tulang empat kerat. Cuma meraka tidak menunjukkan kerjasama yang baik terhadap sistem tanam paksa Belanda.

Cuma di Malaysia mungkin pribuminya agak santai atau laid back. Ini mungkin kerana persekitaran terutama di Tanah Melayu yang tidak perlu 'bergegas' dalam banyak hal. Tanah subur, tanaman mudah tumbuh, tidak ada cabaran alam sekitar seperti lava gunung berapi, gempa bumi atau banjir yang besar. Melayu agak santai hingga datangnya penjajah dan kaum lain yang lebih aggresif.

Namun dari pemerhatian saya, sebelum merdeka juga orang Melayu tidak malas. Mereka secara fizikal rajin. Di kampung-kampung sebelum 'mentality subsidy' menjadi budaya, Melayu sebenarnya rajin membanting tulang dan tulang empat kerat. Cuma mereka terlalu rapat dengan 'pertanian' dan kurang budaya niaga.

Akhirnya saya mencapai satu kesimpulan. Kemungkinan besar kemalasan orang Melayu atau pribumi Indonesia yang diperkatakan oleh penjajah bukan kemalasan fizikal. Saya fikir, maksud sebenar mereka adalah pribumi sebenarnya malas berfikir.

Mereka tidak cuba memecahkan kebiasaan dengan pertanyaan kritis terhadap authority - sebarang authority - dari ibubapa, Mullah, ketua kampung, penghulu hingga ke sultan. Pribumi  kebanyakkan hanya mengikut.

Dalam era pendidikan sepatutnya membebaskan minda kebanyakkan pribumi - di Malaysia saya tujukan kepada Melayu - warisan ini masih belum sebenarnya terhapus. Manusia Melayu sering mencari tempat rujukan dan bagai tidak yakin dengan penemuan sendiri.

Penyakit ini saya temui bukan dikalangan mereka yang tidak terpelajar, malah ramai juga yang datangnya dari golongan terpelajar - ada yang mendapat pendidikan luar negara. Dulu manusia Melayu berpegang teguh dengan tradisi taat kepada raja. Sekarang kuasa 'taat kepada raja' makin terhakis.

Institusi raja-raja telah dipaterikan menjadi 'raja berpelembagaan' dan sebenarnya tidak memainkan peranan besar dalam kehidupan manusia Melayu sehari-hari. Mereka semakin lama menjadi 'relic' dari masa silam. Muncul pula golongan baru yang sebenarnya sama saja kesannya dalam memadamkan semangat kebebasan intelek.

Mereka adalah kuasa ulama. Kuasa raja-raja pernah dianggap 'divine' pada era pra-Islamic. Sekarang kerana kebangkitan 'Islam' maka 'divinity' raja-raja sudah mula dipersoalkan. Ramai manusia Melayu yang terpelajar yang tidak suka melihat 'telatah para baginda' mula mengalihkan kesetiaan dan keyakinan tidak berbelah bahagi kepada para ulama - yang kebanyakkannya diangkat sendiri oleh pengikut mereka. Malah ada yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai ulama.

Ini sebenarnya bertentangan dengan seruan Allah sendiri dalam Quran. Allah minta kita menggunakan akal, logic dan common sense. Itu senjata yang ampuh disediakan oleh Allah kepada manusia untuk menjadi khalifah di mukabumi. 

Akal juga membezakan kita dengan binatang yang lain.


Quran 10:100

"Allah will not guide those who defy their common sense".

Monday, December 3, 2012

Pejuangan Memerangi Rasuah Bukan Milik PR.

Jika kita perasan, sejak akhir-akhir ini, isu yang dibangkitkan oleh PR masih isu-isu lama. Pakatan masih berlegar dari sekitar isu Scopene, Altantuya, Feedlot, cincin Rosmah, Lynas, BERSIH dan kegemaran mereka; rasuah.

Rasuah adalah sesuatu yang buruk. Ia boleh meruntuhkan satu-satu tamadun. Dan untuk membuktikan berlakunya rasuah juga bukan mudah. Pakatan akan mempersendakan usaha kerajaan menangani rasuah apabila terbentuk SPRM, walaupun institusi berkenaan berada di bawah Parlimen, bukan Jabatan Perdana Menteri seperti BPR.

Jika yang disiasat adalah juak-juak PR seperti kes DAP, mereka akan mempolitikkan seperti kematian Tan Beng Hock. Jika tidak ada kematian, mereka akan menuduh siasatan adalah bermotif politik dan konspirasi. Jika pemimpin BN/UMNO yang disiasat, mereka akan spin SPRM tidak telus, dan memihak.

Ringkasnya, mereka tidak sebenarnya sepenuh hati ingin memerangi rasuah, cuma sekadar secara politik dan persepsi ingin meletakkan musuh politik mereka dilabel perasuah. Seperti yang dinyatakan di atas, SPRM bertanggungjawap kepada Parlimen, yang mana antara jemaahnya ada wakil rakyat Pakatan.

Malah Ambiga sendiri pernah membenarkan rasuah jika kecil-kecilan boleh dipejamkan mata. Jika boleh berkompromi dalam soal prinsip sebegini, saya tidak tahu hingga  ke mana Pakatan boleh 'bending' peraturan ini. 

Beberapa keajaipan juga berlaku dalam PR. Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang Jaya yang hanya asalnya penjual buah dan ubat-ubatan boleh mempunyai empat kereta mewah dalam masa empat tahun sahaja menjadi Ahli Parlimen. Berapa sangat elaun Ahli Parlimen?

Jangan salah faham. Saya menulis ini bukan bererti saya ingin membenarkan rasuah yang berlaku dalam BN. Rasuah tetap rasuah. Period. Jika pemimpin BN melakukan, tindakan perlu dikenakan jika ada bukti yang sah dan nyata. 

Namun Pakatan cuba mengelirukan masyarakat apabila ingin menyatukan kebencian samada Melayu, Cina dan India kepada BN dengan agenda kononnya mereka wujud untuk memerangi rasuah. Pejuangan memerangi rasuah ini bagaikan hak eksklusif Pakatan.

Apa yang saya nampak, pemimpin mereka juga bermewah-mewah. Azmin Ali dengan Ferrari, Zuraidah, Husam Musa, Azizan Razak dengan Mercedez S Class, begitu juga Nik Aziz. 

Menjadi tanggungjawap semua kita menolak pemimpin yang rasuah. Pemimpin BN banyak yang samada digugurkan, dikenakan tindakan atau didakwa. Dan menangani gejala rasuah ini bukan hanya hak milik Pakatan.

Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Mari bermula dengan membenarkan SPRM menjalankan tugas tanpa gangguan politik samada dari BN ataupun Pakatan.


Sunday, December 2, 2012

Ibadat Yang Sebenar.

Ayat-ayat Quran banyak menyentuh tentang sedekah, mendermakan rezeki kepada yang tidak mampu, menjaga anak yatim dan memberi makan orang-orang kelaparan.


"Kami telah tunjukkannya dua jalan"(90:10)
"tetapi tidak ia menempuhkan pendakian"(90:11)
"dan apakah kamu tahu apa pendakian itu?"(90:12)
"membebaskan hamba"(90:13)
"memberi makan pada hari kelaparan"(90:14)
"kepada anak yatim dari kaum kerabat"(90:15)
"atau orang-orang miskin yang terbaring atas debu"(90:16)
"kemudian adalah dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan dgn kesabaran
dan mereka saling berpesan dengan kasih sayang"(90:17)
"mereka itu golongan kanan"(90:18)
"dan orang-orang yang kafir pada ayat-ayat kami mereka golongan kiri"(90:19)
"untuk mereka neraka tertutup rapat"(90:20)


Video di bawah adalah dari Facebook Datin Paduka Marina Mahathir yang saya share dengan rakan-rakan Facebook lain. Saya ingin share pula dalam blog ini. Mungkin ada pembaca yang terlepas pandang video di bawah ini. Sangat menyentuh perasaan.