Followers

Friday, December 21, 2012

Amanat Haji Hadi - Bukti PAS Merbahaya.



Ucapan a'la Taliban Haji Hadi di atas telah mengorbankan banyak nyawa. Ucapan di atas juga sebenarnya telah memecahkan umat Melayu yang beragama Islam. Ketika itu saya masih kecil tetapi saya ingat kisah surau dan masjid sembahyang dua imam kerana orang PAS tidak menerima imam orang UMNO. Di kampung saya ada kisah orang PAS tidak mahu uruskan jenazah orang UMNO, boikot kenduri orang UMNO dan tidak membenarkan anak-anak mereka kahwin dengan anak-anak orang UMNO.

Semuanya kerana amanat yang tidak bertunjangkan Quran.

Kemudian berlaku peristiwa Memali. Ibrahim Libya dan mereka yang terkorban percaya mereka menentang orang kafir kerana kerajaan BN adalah kerajaan kafir. Semuanya kerana sebuah amanat. Kasihan mereka yang percayakan PAS adalah agama. 

30 tahun kemudian ulama politik dari parti politik yang menjadikan Islam hanya selling point sahaja sudah mengubah pendiriannya. Tidak ada pula negara Islam dalam Quran. Apa jadi kepada mereka yang dikatakan syahid dan ditanam tanpa dikafan dan disembahyangkan?





Itu persoalan yang dilontarkan oleh YB Zulkifli Nordin dalam youtube di atas.


Pada tahun 1981, pendapat seperti Amanat Hadi itu tidak nampak janggal. Umat Islam belum dilabel sebagai 'terrorist'. Ayatollah Khomeini baru menggulingkan Shah Iran dan kononnya satu milestone kepada orang Islam - tertubuh negara Islam. Ia menjadi inspirasi kepada orang Islam seluruh dunia dan semua perkara perlu dijenamakan 'Islam' - walaupun tidak membawa semangat Islam seperti ajaran Quran.

Pertama Islam mengikut Quran bermakna 'keamanan', peaceful. Orang mukmin merupakan orang yang 'peaceful' dan "provider of peace and security to others". Tidak ada penindasan sesama manusia atas nama apa sahaja.

Tapi agama PAS bertindak sebaliknya. Akibatnya ummah berpecah. Mereka mengajar manusia menjadi ganas dan militant demi kononnya menegakkan hukum Allah. Lebih teruk, seperti Taliban mereka menuduh amalan hidup cara 'Islam' yang tidak sesuai dengan mereka sebagai 'kafir'.




Dalam zaman globalisasi, PAS sendiri malu dengan Amanat Hadi itu. Mereka cuba membuktikan bahawa mereka parti yang sesuai dengan zaman globalisasi di mana fahaman seperti mereka itu amat mudah dilabel sebagai militant dan terrorist. Maka mereka menganjakkan pintu gol mereka.

Persoalannya, di zaman pemikiran logic menjadi teras kepada masyarakat civil, bolehkah PAS keluar dari kesilapan silam mereka yang menghasut rakyat yang tidak bersalah supaya mati sia-sia? PAS hanya boleh akui bahawa ideologi mereka merupakan cara hidup yang obsolete.

Dan kemelut tidak terhenti di sini sahaja.

Saya minta pembaca menelusuri blog Outsyed the Box bawah posting bertajuk: The Assasination Attempt Against Dr. Mahathir Mohamed dan Amanat Haji Hadi: Old but Evergreen and still Relevant Today. oleh Another Brick in the Wall.

Seorang fanatik PAS, namanya Cikgu Non telah dipecat dari PAS kerana mempersoalkan derma anak yatim Memali. Cikgu Non yang sangat berhajat untuk mati syahid, terlibat dalam merancang membunuh Tun Mahathir namun gagal. Beliau akhirnya ke Afganistan kerana ingin syahid di sana.

Cikgu Non terlibat dalam kejadian Memali. Sekembali dari Afganistan, beliau masih sedih memikirkan balu dan anak yatim Memali. Beliau mengaku terlibat dalam mengutip dana untuk membantu balu dan anak-anak yatim. Akhirnya beliau menyedari bahawa kutipan yang mencecah lebih dari RM sejuta tidak sampai ke tangan anak-anak yatim dan balu berkenaan.

Ini satu contoh klasik 'no money no religion.' Duit berkenaan telah hilang entah ke mana, diseleweng oleh pendita agama PAS. Quran memberi amaran tentang ini dalam surah 9:34

Quran 9:34

"Wahai orang-orang beriman sesungguhnya kebanyakkan besar dari ulama-ulama(minal ahbaari) dan rahib-rahib(warruhbaani) memakan harta manusia dengan batil dan mereka menghalangi dari jalan Allah dan orang yang menyembunyikan emas dan perak dan tidak membelanjakan pada jalan Allah maka beritakan kepada mereka siksaan yang pedih."




Di atas adalah gambar Cikgu Non dengan buku yang diltulisnya, 'Kafirkah Aku'. Beliau juga membongkar penyelewengan Tabung Memali oleh PAS dalam buku 'Air Mata di Bumi Memali'. Buku berkenaan menjadi kontroversi. Penyelewangan Memali menjadikan Cikgu Non berpatah arang dan berkerat rotan dengan PAS.

Menurut Outsyed the Box, balu-balu Memali mendapat ugutan dan panggilan telefon nakal jika mereka cuba mendedahkan penyelewangan berkenaan. Pada tahun 2004, semasa Tun Abdullah menjadi PM, kerajaan membayar pampasan sebanyak RM20,000 kepada 14 balu Memali. Lagi sekali PAS mengambil kesempatan dengan minta duit sebanyak RM4000 untuk membiayai 'yuran guaman', kononnya.




Jadi inilah parti yang mengatakan kerajaan BN zalim dan tidak Islamik, menjadi zalim sendiri dengan menyeleweng harta anak yatim kerana itu bukan sifat yang Islamik. Ini parti yang hendak menawan Putrajaya 'walau dengan darah sekalipun' seperti ucapan Nik Abduh.

PAS merupakan contoh extremist yang memburukkan nama Islam dengan ajaran yang tidak menyanjung semangat Quran.

No comments: