Followers

Thursday, February 7, 2013

Najib The Delayer?

Pembangkang sering mengkritik PM sebagai pengecut dan mengelakkan diri dari berdebat. Mereka juga sering mempersenda-sendakan PM kerana tidak berani mengadakan pilihanraya dengan segera, walau jentera BN sudah bersedia dan yakin BN masih boleh menang pilihanraya.

Benarkah Najib seorang penakut? Benarkah Najib seorang yang 'lack of boldness' atau sebenarnya beliau mempunyai strategy yang tidak difahami oleh musuh-musuhnya? 

Atau disebalik 'bibir merah' dan muka tenang Datuk Seri Najib beliau sebenarnya seorang 'consummate politician' yang tangguh?

Lawannya, Anwar Ibrahim memang terkenal aggresif dan rakus, kadang-kadang reckless. Banyak sebenarnya kerugian politik Anwar hasil dari kegopohan Anwar sendiri. Mengarahkan polis menahan Ummi Hafilda dalam 'Operation Turning Over' merupakan satu contoh.

Anwar pemain catur yang mengerakkan buah-buahnya dahulu, kemudian baru memikirkan langkah seterusnya. Mungkin Najib, seperti Karpov yang berhati-hati, menyediakan umpan demi umpan sebelum 'melemaskan' musuhnya.

Dalam dunia catur, Karpov dikenali dengan nama 'Python'.

Najib mengingatkan saya kepada seorang ahli politik Rom yang bernama Fabius Maximus. Fabius hidup sezaman dengan Hannibal Barca, general dari Carthage, musuh ketat Rom. Hannibal melancarkan Perang Punic Kedua dan menyerang Rom dari Sepanyol merentasi Gunung Alps.

Hannibal merupakan seorang general yang sangat genius. Seorang demi seorang general Rom telah ditewaskan olehnya hingga Rom melantik Fabius Maximus menjadi Dictator, memberi kuasa tentera untuk mengalahkan Hannibal.

Fabius Maximus menyelidiki peribadi Hannibal. Hannibal seorang yang 'offensive', pakar 'pitch battle' dan tenteranya mempunyai infantry yang lemah berbanding legion Rom, tetapi calvary yang lebih kuat. Tentera Hannibal akan berkesan dalam 'pitch battle' dan polisi Fabius adalah mengelakkan pertembungan secara terbuka dengan Hannibal.

Fabius tahu kelemahan Hannibal: berperang di negara musuh, mengharapkan allies Rom seperti Persekutuan Latin(Latin Confederation) berpaling tadah, bangkit melawan 'kekejaman' Rom. Hannibal sangat jauh dari bekalan tenaga tentera, bekalan makanan dan tidak mempunyai 'siege machine' untuk menawan kubu kota Rom.

Justeru itu Fabius melancarkan polisi mengekalkan tentera Rom supaya jangan terkorban, dan melemahkan tentera Hannibal melalui war of attrition. Polisi ini tidak disenangi oleh Senat Rom kerana selalunya Rom yang aggresif dan offensive bukan sebaliknya.

Sebaik saja tamat tempoh lantikkan Fabius sebagai Dictator, Senat melantik Varro bagi memerangi Hanibbal dan Varro meninggalkan polisi Fabius. Varro bertempur secara terbuka dengan Hannibal dalam Battle of Cannae. Seramai 70000 tentera Rom terkorban dari 80000 yang dihantar.

Fabius terkenal dalam sejarah peperangan sebagai pencipta Fabian Tactic. Di Rom, beliau dikenali sebagai Fabius the Delayer. Walaupun dikritik hebat, namun ternyata Fabius adalah general yang mampu mengalahkan Hannibal jika diberi masa.

Adakah Najib The Delayer mampu mengalahkan Anwar dengan strategy war of attritionnya? Adakah Najib menggunakan Fabian Tactic dalam menangani gelombang Pakatan selepas PRU ke 12 dahulu.

PRU ke 13 merupakan jawapannya namun apa yang saya perhatikan, kerana Najib tidak terbawa-bawa rentak Anwar, gelombang atau wave itu sudah makin mengendur. 

Boleh kita katakan pembangkang sudah tidak ada isu baru selain Altantuya, cincin Rosmah, Teoh Beng Hock, BN zalim, isu royalty dan NFC. Makin lewat PRU diadakan, makin nampak PAS dan DAP tidak boleh duduk semeja.

Walaupun saya menyamakan Najib The Delayer dengan Maximus The Delayer, namun Anwar tidak sesuai disamakan dengan Hannibal Barca. Walaupun kalah kepada Scipio Africanus, Hannibal tetap seorang general yang genius dalam sejarah.

2 comments:

roslan said...

salam tuan,

banyak faedah yang kita pelajari dari sejarah, untuk kebaikan kita sendiri. tapi berapa ramai yang menggunakan nya?

harap tuan dapat menulis perkara seperti ini dengan lebih banyak lagi

Anonymous said...

Fabius the Delayer, Najib the Winner, Anwar the Sodomiser.