Followers

Monday, November 14, 2011

Anwar Tahu Dia Bukan PM Jika PR Menang.

Antara spekulasi menarik andaikata PR menang PRU ke 13 adalah siapa PM dari PR? Jika selepas PRU ke 12, tanpa ragu PR akan menjawap sudah tentu Anwar Ibrahim. Tapi sekarang ianya bukan satu jawapan yang pasti atau tuntas lagi. Ternyata credibility Anwar sudah mula diragui oleh sekutunya.

Bermula dengan pembohongan 16 September, Anwar bukan lagi dilihat sebagai tokoh yang mempunyai karisma untuk memimpin Malaysia. Ini kerana beberapa siri secara berbondong-bondong 'exodus' dari pengikut Anwar sendiri yang mulai meragui kata-kata Anwar.

Sekarang, selain berhadapan kemungkinan didapati bersalah dalam kes liwat, Anwar menghadapi kemelut video seks yang dibongkar oleh kawan baiknya, Datuk Eskay. Anwar bukan lagi asset, malah liability kepada PR. Chua Soi Lek pernah membuat kenyataan mengikut hematnya andaikata PR menang, calon PM dari PR akan datang dari PAS.

Walaupun ini dinafikan oleh Lim Guang Eng, namun penafian ini meragukan. Lim Guang Eng menyembunyikan sesuatu. Di bawah adalah terjemahan suratkhabar Cina yang menolak Anwar Ibrahim sebagai PM sekiranya PR menang.:

Siapa bakal Calon perdana menteri Pakatan rakyat?
Goh Chee Chong

Penulis tidak perasan dan sudah tidak ingat lagi, sudah berapa lama presiden MCA Chua Sui Lek pernah bertanya “siapa bakal perdana menteri Pakatan Rakyat?” apa yang saya tahu Pakatan Rakyat tidak tidak pernah bersuara dan terus membisu tidak menjawab, mereka tidak menjawab secara berdepan.

Sehingga waktu baru-baru ini, setiausaha DAP Lim Guan Eng akhirnya membalas dan bersuara, Lim Guan Eng berkata, 28 juta rakyat Malaysia semuanya sudah tahu bahawa bakal calon perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng berkata hanya Chua Sui Lek seorang sahaja yang tidak tahu, tetapi sebenarnya Lim Guan Eng tidak perlu beritahu kita tentang perkara itu apa yang dimaksudkan perkataan “semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa calon bakal perdana menteri Pakatan Rakyat ialah Anwar Ibrahim”. Lim Guan Eng hanya perlu beritahu kita:  “selepas Pakatan Rakyat memerintah, akan lantik siapa yang bakal jadi PM” sudah memadai.

Jika dilihat dari segi perkataan dan maknanya, Lim Guan Eng tidak perlu bertanggungjawab atas apa yang beliau sebutkan itu, kerana beliau sendiri tidak pasti dan bukan wakil mutlak kepada Pas ataupun kepada Pakatan Rakyat, untuk secara terbuka umumkan pendirian kesefahaman dalam Pakatan Rakyat. Lim Guan Eng hanya secara kebetulan berkata-kata manis seperti itu sahaja, dengan menyebut semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Anwar Ibrahim bakal perdana menteri Pakatan Rakyat, jika kamu sudah pun tahu, sebab itu boleh dimaksudkan bahawa ia tidak perlu disebut-sebut lagi.

Perdana menteri menunggu (bakal calon) Pakatan Rakyat itu dikatakan ialah Anwar Ibrahim, ini adalah menjawab soalan yang wajar, apa yang difahamkan oleh semua orang, sedangkan kabinet bayangan Pakatan Rakyat pun sudah amat susah dan getir untuk diwujukan, bukankah sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat perlu persetujuan dan sebulat suara dari semua ahli Pakatan Rakyat untuk mencalonkan bakal calon perdana menteri? persoalannya sekarang ini, pertanyaan Chua Sui Lek sehingga air liur beliau kering, kenapa gabungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat tidak secara terus terang dan terbuka menjawabnya, umumkan sahaja siapa sebenar bakal calon perdana menteri mereka, sumbat mulut Chua Sui Lek cukup-cukup?

Masih Ada Lagi Orang Yang Tidak Tahu

Lim Guan Eng berdasarkan beliau orang Cina, sejak mula lagi beliau menyatakan beliau tidak layak menjadi perdana menteri, dengan itu jawatan itu sama ada dari kalangan PKR ataupun Pas, mereka akan pilih salah satu daripada itu, DAP hidup hanya mengharapkan tiket-tiket undi orang-orang Cina, sudah tentu tidak setuju jawatan perdana menteri disandang oleh calon dari kalangan ahli Pas ataupun jawatan itu jatuh ke tangan Pas, persoalannya sekarang ini adakah Pas setuju dan sebulat suara sokong dan iktiraf Anwar Ibrahim itu ketua dalam gabungan parti Pakatan Rakyat?

Jika kata-kata Lim Guan Eng itu telah menjawab soalan dari Chua Sui Lek, pasti isu itu sudah selesai, dengan itu Chua Sui Lek tidak patut menyoal perkara itu tidak henti-henti sehingga sekarang.

Apa yang saya nampak di sini, bukan sahaja Chua Sui Lek seorang yang tidak tahu siapa bakal calon perdana menteri dari Pakatan Rakyat adalah Anuar Ibrahim, sekurang-kurangnya Nik Aziz, Hadi Awang dan keseluruhan Pas pun tidak tahu menahu siapa sebenarnya calon perdana menteri dari kalangan Pakatan Rakyat….



*Orang Cina pun tak mahu Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
-sumber dari MyMassa

Pada hemat saya pula, oleh kerana kemelut yang menghantuinya sekarang ini, Anwar sendiri tahu beliau tidak akan menjadi PM. Bukan hanya Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Haji Hadi, dan Nik Aziz juga sudah tahu.

Saya juga yakin mereka sudah mempunyai calon PM mereka. Calon itu, saya yakin sudah dipersetujui oleh Anwar, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Haji Hadi dan Nik Aziz.

Cuma mereka simpan kad itu rapat ke dada mereka.





Sunday, November 13, 2011

Reconnect

I was alone in Jerantut Hill. As usual, I always online there to enjoy its free wi-fi. I read some blogs, watching youtube and play game in facebook. Suddenly, I attracted to one profile, Kharunnisa Saleh. I try to add her, about a few minutes later she approved me.

She was in Ireland, whereby I was in Malaysia. 

We communicated via FB message. Then she invited me to Yahoo Messenger. We chatted, like every one else in new google generations. She sent me this song, Reconnect, a song by an Irish Band named Director. She sent it via YM too. 

Only in this age it possible. I saved it in my lappy. I began to like it. Whenever I hear again this song, it will bring back the memory how I meet my wife. It was May 2009, and we married in Ireland August 2009.









Oh new age, your bring a fairy tale to reality. 

Saturday, November 12, 2011

Mikawa-bushi 5.

Ada perumpamaan yang menarik tentang sikap dan character ketiga-tiga tokoh penyatu Jepun ini. Jika diberi seekor burung, Oda akan berkata: "Menyanyi, jika tidak aku bunuh." Toyotomi pula akan berkata: "Aku akan buat hingga kau menyanyi." Dan Tokugawa akan berkata: "Aku akan tunggu hingga kau menyanyi."

Kebolehan Tokugawa menunggu, kesabarannya dan ketelitiannya menjadikan beliau berbeza dengan Oda dan Toyotomi.Tokugawa menasihati putera-puteranya tentang kesabaran, malah berkata beliau sendiri tidak sekuat mana, tapi beliau seorang yang penyabar.

"Pemimpin agung," kata Tokugawa  "adalah orang yang boleh menahan emosinya". Beliau malah berkata ada 7 emosi yang perlu dikawal: "marah, gembira, takut, sedih, bimbang, benci dan suka" dan pemimpin agung tidak akan memberi ruang kepada emosi ini mengawal mereka.

Toyotomi Hediyoshi akhirnya telah memerangi Shibata Katsuei, salah seorang dari general Oda yang sama-sama menyokong anak sulung Oda sebagai waris Oda. Kekalahan Shibata mengukuhkan kedudukan Toyotomi, dan seterusnya Toyotomi meneruskan polisi 'Sword Hunt'nya.

'Sword Hunt' adalah larangan Toyotomi kepada sesiapa yang bukan dari kelas samurai untuk memiliki pedang. Alasannya, kerajaan memerlukan sebanyak mungkin besi untuk membina patung Buddha sebagai projek negara, tetapi ini adalah bagi mengelakkan pemberontakan kaum petani, dan mengekang kebebasan beberapa daimyo kecil untuk memberontak.

Toyotomi juga telah mengakhiri saki baki daimyo zaman Sengoku Jidai, iaitu suku Hojo dalam Kepungan di Kubu Odawara pada tahun 1590. Odawara akhirnya jatuh dan kemenangannya secara rasmi menamatkan era Sengoku Jidai.

Seterusnya, Toyotomi menghantar ekspedisi tentera menakluk China, dan terpaksa berperang dengan Korea yang mana satu negara bawah jajahan China. Polisi ini merugikan Toyotomi, mengurangkan perbendaharaannya dan menyebabkan general-general setianya berperang di negara asing

Ini juga memberi masa kepada Tokugawa mengukuhkan kedudukannya, dan walaupun semasa hayat Toyotomi masih ada, Tokugawa kekal sebagai sekutu yang setia, tetapi Tokugawa mula mencengkam selepas kematian Toyotomi.

Selepas kematian anak sulung Toyotomi, beliau dihantui masalah waris kepada empayarnya. Beliau melantik anak saudaranya dan mengambil sebagai anak angkat iaitu Hidetsugu. Harapan dinastinya kembali menerang selepas lahir anak keduanya, Hideyori dihujung usianya yang lanjut. Kelahiran anaknya dan memberi harapan terhadap dinastinya, membuat Toyotomi memaksa anak angkat yang juga anak saudaranya membunuh diri.

Taiko, atau regent yang bersara ini telah mati pada September 1598, meletakkan masa depan dinasti dan warisnya terumbang-ambing. Semasa ekspedisi Korea, beberapa general tangguhnya tidak berada di Jepun, dan ini memberi ruang kepada beberapa birokrat seperti Ishida Mitsunari untuk mencaturkan Hideyori.

Akibatnya, dua general Hideyoshi yang handal seperti Kato Kiyomasa dan Fukushima Masanori akhirnya menyokong Tokugawa. Tokugawa sendiri sebenarnya dinamakan regent, atau Council of Five Elder oleh Toyotomi untuk menjaga warisan Toyotomi dan menjaga kepentingan anaknya yang masih kecil. Antara daimyo lain yang turut dinamakan adalah: Ukita Hideie, Maeda Toshiie, Mori Terumoto dan Uesegi Kagekatsu.

Maeda Toshiie


Antara kelima orang regent itu, Maeda Toshiie merupakan penyokong fanatik Hideyoshi. Tokugawa sendiri tidak akan bertindak sebelum matinya Maeda Toshiie. Pada tahun 1599, Maeda Toshiie telah mati. Tokugawa tidak menunggu lama lagi. Beliau telah mengepung anak Hideyoshi, Hideyori di Kubu Osaka.

Tindakan ini mencetuskan kemarahan tiga lagi regent yang masih hidup. Angin peperangan mula bertiup. Beberapa siri alliances, pencaturan, plotting sedang mengambil tempat, sebagai prelude kepada Pertempuran di Sekigahara, pertempuran antara Barat dan Timur, pertempuran antara dua coalition, dengan hadiah besarnya adalah menjadi Shogun jika Tokugawa menang.

Bersambung.






Thursday, November 10, 2011

Siapa Sebenarnya Ku Li?

Seperti yang saya ramal, Ku Li tidak akan menyertai pembangkang. Beliau hanya melancarkan Amanah, atau NGOnya. Namun yang pasti, Ku Li lagi sekali menjadi pemecah berita, membuat lawan atau kawan berteka-teki dengan langkah seterusnya. Beliau kembali mewarnai politik Malaysia dalam usianya lewat 70an.

Sebelum Rocky's, APANAMA dan Unspinner cuba-cuba menebak samada benar atau tidak Ku Li akan menyertai pembangkang, penulis kolum Cuit Sikit, Zaini Hasan telah cuba membaca pencak silat tokoh veteran ini. Cuba baca dalam kolum Cuit bertajuk Siapa Di sekeliling Ku Li...? 

Artikel in ditulis pada 3/8/2011.

Ku Li adalah tokoh yang sezaman dengan Tun Dr Mahathir. Tidak seperti TDM, beliau ditakdirkan kalah. Sebagai orang kalah, banyak jasa tokoh ini telah digelapkan. Kadang-kadang cybertrooper BN dan juga wartawan media perdana agak kurang sopan dalam mengkritik langkah-langkah Ku Li.

Ku Li menyatakan antara sebab mengapa Amanah ditubuhkan adalah beliau kurang diberi ruang untuk menyuarakan pendapatnya. Walaupun TPM, TS Muhyidin menyangkalnya dengan menyatakan tidak ada 'gag order' dalam UMNO, namun saya rasa pemimpin UMNO kurang tepat dalam menyelami hati nurani Ku Li.

Penulis kolum Cuit dalam artikel di atas membuat ulasan menarik. Katanya:

"Ternyata Ku Li adalah political animal yang tidak boleh ditolak tepi  begitu saja. Semangat juangnya masih kuat sehingga kini."

Saya merasakan Zaini Hasan tidak begitu jauh dari kebenaran.

Generasi muda hanya akan mengenangi Ku Li sebagai tokoh yang pernah menentang TDM. Mereka juga akan mengenangi beliau sebagai penubuh Semangat 46, pencetus APU. Mungkin ramai generasi muda UMNO yang memandang remeh sumbangan Ku Li kepada UMNO sendiri di era pra TDM. 

Lagi sekali saya suka memetik ulasan Zaini Hasan:

"Apa sekali pun, kita harus mengiktiraf juga sumbangan Ku Li dalam pembangunan negara. Pernah menjadi Menteri Kewangan negara yang hebat. Menubuhkan Amanah Saham Nasional, bangunan UMNO dibina di atas tanah miliknya, Naib Presiden UMNO yang paling kuat serta anak emas kepada Tun Razak."

Amat jarang saya dapati adanya wartawan dari arus perdana akan memuji Ku Li sebegini. Ramai yang tidak tahu PWTC yang tersergam indah itu berdiri diatas tanah milik Ku Li. Setiap hari Pejabat UMNO akan memancarkan imej Presiden UMNO seorang demi seorang, namun penyumbangnya makin dilupakan, malah kadang-kadang dikeji.

Dan sebagai penutup ulasan beliau:

"Dan pada pendapat kita, beliau tidak akan menjadi begitu sekiranya beliau diberi sedikit peranan penting dalam negara."

Itu pandangan Datuk Zaini ala-ala 'keep your friends closed, but keep your enemies closer'.

Ku Li, sebagai Menteri Kewangan Melayu Pertama, menubuhkan Bank Bumiputera untuk membantu bumiputera berniaga, Chairman Petronas, mendermakan tanah miliknya untuk mendirikan bangunan UMNO, penubuh Amanah Saham Nasional dan banyak lagi jasa layak mendapat pengiktirafan, bukan cemuhan. Sementara beberapa orang menikmati faedah dari pejuangan beliau, beliau sendiri disisih dan dilupakan.

Teringat saya ungkapan dalam Gaelic yang saya ambil dari muzium di Galway:




Wednesday, November 9, 2011

Blogger v Poli-tikus.

Maka masanya sudah tiba.

Sudah lama saya mejangka lambat laun akan terjadi juga hal sebegini. Di blog-blog blogger tersohor seperti Papa Gomo, Parpu Kari, GAP dan sebagainya telah menulis perihal mereka dimainkan oleh orang politik. 'Diliwat' menurut istilah mereka.

Al Kisah ada orang kuat atau pegawai tokoh politik yang menjual nama blogger kononnya mohon peruntukkan. Walaupun peruntukkan turun tapi para blogger mendakwa ianya tidak turun kepada mereka. Nama mereka hanya digunakan atau 'diliwat' saja. 

Memang blogger berpengaruh pada zaman ini tapi kadang-kadang kita lupa apabila berhadapan dengan poli-tikus, mereka sudah diajar untuk menjadi 'musang' atau fox kata Machivelli. Sebagai musang, mereka sangat cekap memanipulasikan manusia dan peluang. Bloggers bukan tandingan mereka.

Blogger yang selama ini juga suka bergroup dan berpuak, suka menembak sesama sendiri dari segi mencari pengaruh dan 'ghanimah' sekarang perlu belajar nasihat Machievelli: "Don't put your trust on Prince". Sejak dulu saya berkali-kali mengingatkan mereka.

Tersebut juga al kisah seekor kala dengan katak yang terperangkap dalam banjir. Sang kala yang tidak boleh berenang minta bantuan katak, namun katak enggan kerana mengetahui sangat bahaya membawa kala dibelakangnya. 

Sang kala sangat bijak mempengaruhi, lalu meyakinkan katak jika dia menyengat, dia juga akan mati lemas apabila katak tenggelam. Dengan act of good faith, sang katak membenar kala mem'bonceng' belakangnya. Sampai ditengah, kala menyengat juga sang katak. Sebelum mati, katak bertanyakan kala, mengapa dia disengat sedangkan perbuatan kala ini akan menyebabkan kedua-dua mereka akan mati.

Jawap kala: "Macam mana aku nak tahan, memang aku kala, semulajadinya aku akan sengat juga".

Mari kita baca posting amaran Papa Gomo dalam tajuk : To All Bastard Politician Don't Play With Us.









Sweet Dream

Some of them want to use you,
some of them want to get used by you,
some of them want to abuse you,
some of them want to be abused



Tuesday, November 8, 2011

Ku Li Sertai Pembangkang?

Politik Malaysia makin bewarna-warni. Beberapa blogger sudah membuat spekulasi Ku Li akan mengumumkan beliau akan keluar UMNO dan menyertai Pakatan Pembangkang. Malah ada yang meramalkan Ku Li akan menerajui PR bagi menggantikan Anwar.

Blogger yang pertama menulis tentang ini adalah blogger APANAMA dalam posting Finally Ku Li. Kemudian diikuti oleh Rocky's dalam posting A new party again, Ku?  Dan akhirnya Unspinner dalam posting Ku Li and AMANAH leaders will annouce to join Pakatan Rakyat Today? 

Rocky's menyifatkan pengumuman yang bakal dilakukan oleh Ku Li merupakan 'hottest news in town'. APANAMA mengatakan, andainya tidak ada pengumuman dari Ku Li kerana itu hanya spekulasi, maka Ku Li kekal pemimpin UMNO yang disegani.

Ku Li tidak mungkin menyertai PAS, Ku Li tidak mungkin menyertai PKR dan Ku Li tidak mungkin menyertai DAP. Jauh sekali DAP. Jika Ku Li ingin menyertai Pakatan Rakyat tanpa ketiga-tiga parti berkenaan,  PR bukan perikatan yang berdaftar, tidak seperti BN. Jadi kemungkinan itu mustahil juga.

Satu perkara yang pasti, saya berani jamin Ku Li tidak akan menyertai Pakatan Rakyat. Tidak perlu saya nyatakan dari mana saya dapat sumber berkenaan, namun ianya tidak akan berlaku. Saya sangat yakin 201 peratus.




Monday, November 7, 2011

PPSMI: Pengajaran Dari Ireland.

Sean Lemass - ada iras-iras TS Muhyidin tak?

Pada tahun 1950an. Perdana Menteri Ireland bernama Sean Lemass telah membuat keputusan yang sangat penting buat Republic Ireland. Beliau menjadi PM Ireland dari tahun 1959-1966.

Pertama beliau membebaskan pendidikan orang Ireland dari pengaruh gereja dan catholic. Selama ini, Ireland sangat dicengkam oleh kuasa gereja dan semua pendidikan tidak terlepas dari pengaruh gereja. Sean Lemass mengambil langkah berani apabila pentadbirannya memisahkan pendidikan dari pengaruh agama. Dan tindakannya ini telah mengubah Ireland dari negara yang mundur kepada negara maju terutama dalam pendidikan perubatannya.

Kedua, Lemass telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Pendidikan di Ireland dibawah Lemass telah diajar dalam bahasa Inggeris. Orang Irish sangat membenci segala-gala tentang British kerana, seperti Malaysia, mereka telah dijajah. Bahasa Irish adalah bahasa Gaelic.

Gaelic adalah bahasa yang tidak mampu untuk menjadi bahasa ilmu. Untuk meng'gaelic'kan ilmu akan mengambil masa yang lama. Namun Ireland mengalami perubahan yang pantas dibawah pentadbiran Lemass. Antara kejayaan Lemass dengan pantas menukar Ireland dari negara mundur kepada negara maju adalah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran semua subjek.

Sekarang bahasa Gaelic sudah hampir mati di Ireland. Di Dublin sudah tidak ada orang yang boleh bertutur dalam Gaelic lagi. Semua orang Irish di Dublin bertutur dalam bahasa Inggeris - bahasa penjajah mereka. Di beberapa kawasan agak pendalaman seperti Galway masih ada yang memahami bahasa Gaelic. 

Hasil perjudian Lemass selepas 50 tahun pentadbirannya, Ireland muncul sebagai negara yang mempunyai pendapatan per capita yang tinggi. Mereka maju dalam bidang perubatan dan teknologi maklumat. Walaupun sekarang selepas kemelesetan ekonomi global, Ireland, Itali dan Sepanyol dikatakan terumbang-ambing, namun Ireland sangat berlainan sebelum Lemass menjadi PM.

Seperti Tan Sri Muhyidin, saya juga tidak mahu bahasa Melayu terus berkubur seperti bahasa Gaelic. Namun dengan kelemahan penterjemahan dalam dunia ilmu ke dalam bahasa Melayu, saya juga tidak mahu Malaysia ketinggalan dari segi sains dan teknologi kerana tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik.

Isu PPSMI bukan isu bahasa. Terbaca tweet Syed Husin Ali yang mengkritik jika ingin perkasakan bahasa Inggeris, kerajaan perlu ajar sastera Inggeris bukan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik. Saya rasa beliau keliru di sini. PPSMI bukan tentang keindahan bahasa Inggeris, sastera dan puisinya, tetapi kerana ilmu dalam pengajian tinggi lebih mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris dari terjemahan. 

Saya masih ingat semasa saya sekolah rendah, kerana hanya mengelak dari menggunakan bahasa Inggeris, kami belajar istilah dalam keadaan janggal. Biology diterjemah menjadi kajian hayat sedangkan biologi bukan hanya mengkaji hayat, namun juga mengkaji benda mati.

Kemudian dalam sains sekolah rendah kami diajar carnivor sebagai maging(makan daging), hernivor sebagai maun atau makan daun dan omnivor  sebagai maserba atau makan serba serbi. Anehnya, manusia masuk golongan maserba.

Matematik menjadi ilmu hisab atau kira-kira sedangkan hisab dan kira-kira adalah arimatik. 

Sementara penterjemah akan berbalah soal istilah yang perlu untuk diterjemahkan, dunia ilmu didunia sana berkembang dengan pesat - lebih pesat dari yang mampu diterjemahkan. Dan saya boleh tebak bagaimana Ireland sekarang jika Lemass bertegas ingin menggunakan bahasa Gaelic sebagai bahasa ilmu di Ireland 50 tahun lalu.

Pendidikan bukan masalah politik. Pendidikan adalah masa depan anak cucu kita.











Saturday, November 5, 2011

Mikawa-bushi 4

Kematian Shingen dan Kenshin menghapuskan persaingan Oda Nobunaga. Oda bebas merencana agenda politiknya. Beliau sudah sangat hampir dalam usaha menyatukan Jepun dibawah hanya seorang warlord. Beliau juga telah menghancurkan sama sekali Keshogunan Ashikaga.

Oda bukan berdarah Minamoto, atau bukan berdarah keturunan Shogun. Beliau sendiri tidak boleh menjadi shogun. Jawatan tertinggi yang boleh dipegangnya hanyalah regent, atau pemangku yang menggunakan nama Maharaja. Shogun adalah institusi yang telah dihapuskan Oda.

Ironi bagi seorang hulubalang perang yang tangguh seperti Oda, yang tidak pernah tewas dan tidak pernah gentar dalam mana-mana medan perang, beliau menemui ajalnya di castlenya sendiri, di Gifu. Oda telah mengarahkan seorang generalnya, Akechi Mitsuhide untuk menyerang sebuah puak, namun menjadi misteri hingga kini, Akechi tidak menurut perintah Oda.

Sebaliknya, Akechi telah berpaling dan menyerang tuannya. Oda yang tidak bersedia, bertarung sendiri kerana kebanyakkan askarnya telah dihantar ke perbagai ekspedisi. Terperangkap dalam castlenya, dan tidak mampu melawan generalnya sendiri, Oda akhirnya membunuh diri dengan melakukan acara seppuku.

Oda seorang peminat drama Noh, dan sebelum beliau menyerang Imagawa Yoshomoto dalam Battle of Okezahama, ketika berusia 17 tahun, beliau telah melakunkan satu watak dalam drama Noh. Ungkapan yang diminatinya berbunyi:

"A man's life is fifty years, in the universe what is there but dreams and illusions;
is there any who is born and does not die?"

Takdir menetapkan Oda mati ketika berusia 49 tahun, dan sudah sangat hampir dengan cita-citanya.

Kematian Oda memberi ruang kepada seorang lagi general Oda bernama Hashiba Hideoyoshi membuat jasa dengan memburu dan membunuh Akechi. Selama tiga belas hari, Akechi Mitsuhide berkuasa penuh hingga mendapat julukan 'Thirteen days Shogun'.

Toyotomi Hideoyoshi -diluar perang, tampangnya menyerupai monyet, di medan tempur, dia dewa perang yang tidak terkalah

Hashiba yang kemudian menukar nama kepada Toyotomi Hideoyoshi. Menurut Datuk A. Kadir Jasin, dalam postingnya Hideoyoshi Pemimpin Yang Berterima Kasih gelaran Toyotomi itu bermakna Menteri Makmur.

Latarbelakang Toyotomi sangat berbeza dengan Tokugawa. Toyotomi hanya datang dari keluarga samurai rendahan. Bapanya hanya pembawa sandal, dan Toyotomi sendiri naik hanya melalui merit bukan keturunan. Asalnya Toyotomi hanya ashigaru, atau askar jalan kaki saja. Melalui kegigihan dan usaha keras, beliau melonjak naik hingga pernah digelar 'Commander of thousand armies'.

Dengan segera Toyotomi menjadi pengganti Oda. Ramai general Oda tunduk kepadanya kecuali Tokugawa. Ini kerana, berbeza dengan Toyotomi, Tokugawa bukan retainer Oda, tetapi ally. Tokugawa berdarah Minamoto, darah shogun dan Toyotomi hanya asalnya petani.

Maka kedua pemimpin ini terjebak dalam Perang Dingin. Sebagai sekutu Oda, Tokugawa rasa tidak sesuai beliau menjadi bawahan Toyotomi, namun dari segi hieraki, Toyotomi lebih senior dari Tokugawa. Tidak ada pertempuran sebenar dua warlords ini kecuali dalam Battle of Nagakute. 

Bahkan dalam battle of Nagakute, tidak ada pertempuran sebenar, hanya beberapa siri skirmish dari kedua-dua pihak. Kedua-dua sebenarnya enggan bertempur. Tidak lama kemudian, mereka menemui penyelesaian. Walaupun Tokugawa tidak dianggap sebagai bawahan Toyotomi, namun Tokugawa menjadi sekutu Toyotomi, sebagai junior partner.

Toyotomi telah memberi sebuah kawasan bekas kawasan keluarga Hojo di Timur Jepun. Kawasan itu dinamakan Edo. Edo adalah Tokyo moden. Ketika Tokugawa sampai ke Edo, kawasan itu boleh membuat orang yang kuat pun menangis. Ianya hanya sebuah perkampungan nelayan, mundur dan tidak mempunyai kemudahan asas.

Tokugawa berazam untuk menjadikan Edo sebagai pusat pentadbiran, walaupun jauh dari Kyoto, jauh dari Maharaja yang mana merupakan pusat segala intrigue dan politicking dijalankan.

Bersambung










Friday, November 4, 2011

Ilmu Bantu dan Bantuan Ilmu.

AUKU diputuskan oleh mahkamah sebagai 'unconstitutional'. PR yang suka menyalahi apa saja polisi kerajaan sebagai perjuangan mereka mula mengambil kredit atas keputusan ini. Kononnya, mereka adalah pejuang kebebasan akademik. Dan segala kononnya yang lain.

Ada seorang Timbalan Menteri yang bagaikan Zaid Ibrahim wannabe sering sependapat dengan pemimpin PR dalam banyak isu. Maklumlah, 'new politic'. Jika mengikut kefahaman demokrasi yang sebenar, andaikata kita tidak setuju dengan dasar parti kita, kita perlu meletakkan jawatan. Seseorang itu berada dalam parlimen atau dalam kabinet kerana memperjuangkan kepercayaan parti masing-masing.

Tapi ini 'new politic', katanya. Mungkin maksud 'new politic' adalah beliau dibenar menjadi hydra, mempunyai banyak kepala lantas popular. New politic!

Ada pro dan con tentang isu ini. Saya setuju juga student pendidikan tinggi menyertai parti politik kerana jika kita membenarkan mat rempit menyertai politik seawal umur 18 tahun, mengapa kita nafikan hak student yang sepatutnya 'the cream of society?'

Namun mengenali student Malaysia terutama Melayu, saya yakin akan ramai mengabaikan pelajaran dan terlalu commited dengan kononnya 'perjuangan parti'. Jika Mat Rempit masuk politik awal, memang tidak menguntungkan bangsa Melayu kerana mereka tidak ada masa depan, tapi jika mahasiswa yang akan mendapat CGPA corot dan kemungkinan terus keciciran, masa depan bangsa Melayu terancam.

Untuk menjadi cemerlang dalam apa bidang pun, manusia perlukan bantuan ilmu, dan ilmu bantu. Mengapa sekarang ramai suka jadi ahli politik dan bloggers? Apa persamaan kedua 'kerjaya' ini?

Hanya melalui politik orang yang lemah dalam akademik, ambil jurusan pengajian Melayu, hampir menjadi PM Malaysia kerana hanya pandai bercakap. Dalam PAS, Timbalan Presidennya adalah school drop out. Ringkasnya, kedua-dua profession ini tidak memerlukan skill sangat. Pandai bawa isu sensasi, goreng sana dan goreng sini, tak perlu kemahiran bahasa, tidak perlu mantik berfikir, seseorang boleh menjadi popular.

Ada yang berhujah, ramai orang buta huruf seperti Boon Siew dan Lim Goh Tong boleh jadi kaya tanpa menjadi mahasiswa. Benar, tetapi kekayaan per se buka kejayaan. Manusia memerlukan lebih dari duit untuk menjadi bangsa yang kreatif dan maju. Arab Saudi mungkin lebih kaya dari Korea Selatan kerana duit minyak tapi siapa lebih maju?

Lagipun, kebebasan akademik adalah kebebasan untuk membuat penyelidikan, pengajian, membuat tesis dan sebagainya yang tidak ada kena mengena dengan demo dan politik. Melayu perlu menguasai ilmu dulu sebelum menjadi orang politik, blogger, ataupun janitor.


Pembangkang Juga Perlu Berkualiti.

Baru-baru ini anak beranak Lim iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng 'mengamuk' sakan apabila waris mereka, anak LGE telah dibabitkan dengan isu 'ramas tetek'. Mereka gagal membezakan mereka sebagai bapa/datuk kepada Marcus Lim atau mereka sebagai pembangkang dari parti DAP. Mereka eksploit semua menjadi isu politik.

Namun kedua dinasti Lim itu lupa mereka pernah menggunakan senjata yang sama apabila cuba membunuh karakter musuh mereka dari BN. Blogger pro PR juga pernah membuat gambar super-imposed PM Najib bersama Antantuya dan Razak Baginda. 

Sekarang, selepas seminggu atau lebih sikit kedua beranak dari dinasti Middle Malaysia itu merengek menyalahkan semua orang dari blogger hingga ke TPM, cyber trooper PR telah menyeret anak PM pula kononnya berbelanja sebanyak AUD60,000 untuk membeli mutiara semasa lawatan PM ke Perth, Australia.

Kebetulan, blogger pro BN, Rocky's Bru turut serta membuat liputan di Australia. Beliau pergi sendiri ke kononnya kedai mewah Davis Jones di Perth. Menurut Rokcy, Davis Jones bukan shopping complex mewah pun, tidak lebih hanya seperti Jusco atau Metro di Malaysia. 

Dan yang paling penting,tidak seorang pun anak perempuan PM berada di Australia ketika itu. Hanya Wisma Putra yang boleh memastikan. Namun sudah jelas cybertrooper PR langsung tidak membuat 'homework' dan memberi berita palsu kepada pembaca.


Tidak lama selepas dua beranak dinasti Maharaja Lim merengek fitnah 'ramas tetek' anaknya, mereka turut membenarkan cybertrooper mereka menyeret anak musuh mereka ke dalam medan tempur politik. Ini kerana kedua-dua Lim tua dan Lim tidak berapa muda tidak mengutuk pihak yang menyebar fitnah itu.

Bagaimana nak minta hapuskan 'gutter politic' jika anda sendiri pengamal tegarnya?

Thursday, November 3, 2011

Idris Jala Tidak Lulus Lesen 'Pemandu'.

Masih ingat kenyataan Idris Jala, "saya bukan orang politik".? Dengan bangga beliau membuat kenyataan beliau bukan Menteri yang datangnya dari latarbelakang politik. Impliedly beliau mengatakan beliau tidak perlu gentar dengan tekanan politik, dan boleh 'call a spade, a spade.'

Justeru itu beliau boleh berkata benar Malaysia akan bankrupt menjelang 2019 jika subsidi tidak dikurangkan secara beransur-ansur.

Dalam laporan beliau berkenaan rancangan transformasi ekonomi yang baru setahun jagung, Idris Jala memberi nasihat, kerajaan tidak boleh meminjam untuk mengurus perbelanjaan tetapi dibolehkan meminjam untuk tujuan pelaburan. Brilliant bukan?

Masalahnya, Jebat Must Die dan Pure Shiite telah membongkar apa sebenarnya disebalik kebijaksanaan Idris sebagai Menteri yang mengetuai PEMANDU. Rahsianya adalah, memang termaktub dalam Perlembagaan, Akaun Kerajaan dalam Akta Prosedur Kewangan dan Perlembagaan Persekutuan Artikel 96-104.




Kalau macam ini saja nasihatnya, saya pun boleh jadi Ketua PEMANDU. Memang menyalahi prosedur untuk meminjam bagi membiayai perbelanjaan. Kerajaan hanya dibenarkan meminjam bagi tujuan pelaburan. Semua perbelanjaan mengurus tadbir adalah difinance melalui revenue atau keuntungan atau cukai-cukai yang dipungut.

Sebagai 'ahli ekonomi' beliau tidak sebijak mana. Sebagai orang politik lebih merbahaya kerana beliau telah memberi gambaran palsu bahawa selama ini kerajaan menngunakan dana pinjaman untuk membiayai pegurusan dan subsidi, yang mana illegal menurut perlembagaan. Akhirnya, Menteri bukan dari orang politik ini memberi peluru kepada pembangkang kerana telah mencipta persepsi yang salah tentang cara kerajaan menguruskan ekonomi negara.

Jawatan dan segala credential tidak menjadikan beliau betul dalam soal ini.

Pure Shiite hanya memberi Idris Jala lesen L sahaja dalam artikelnya. 

Wednesday, November 2, 2011

Seks dan Politik Tidak Dapat di Pisahkan.

Saya masih ingat tidak lama dahulu, politik masih sesuatu yang bermaruah dan bermartabat. Saya masih ingat pemimpin masih dipuja dan dihormati. Malah tidak langsung kedengaran istilah 'gutter politic' dalam sedekad yang lalu.

Kata Rocky Bru, rakyat Malaysia menjadi semakin aneh selepas Tun Dr. Mahathir bersara dari politik. Kenyataan Rocky mengingatkan saya kepada German selepas bersaranya Bismarck, menjelang Perang Dunia Kedua. Tidak ada baik pengganti Bismarck mahupun musuh German mampu 'juggle eight balls' serentak lagi. Akibatnya, Eropah terjebak ke kancah perang. 

Mereka bermain game seperti Bismarck, kata Henry Kinssinger, cuma kali ini tanpa Bismarck, 'master of the game'.

Malaysia semakin menjadi aneh selepas PRU ke 12. Kerosakan akibat politik bukan hanya berkisar soal ideologi, soal perbezaan pendapat atau prinsip tetapi turut terbawa-bawa ke isu peribadi. Anak-anak ahli politik dan keluarga turut terseret. Mereka juga turut diteropong para blogger, bukan sedikit yang ditelanjangkan.

Paling aneh fenomena seks. Siapa yang mempunyai skandal seks, atau separa skandal atau hanya rekaan saja akan mendapat liputan yang meluas. Isu berkenaan akan dimainkan, dan dimainkan. Banyak blog yang menyumbang kepada 'pendidikan' dan ilmu seperti Outsyed the Box dan Another Brick in The Wall tidak meletup seperti blogger seks.

Sudah sampai masanya, akhirnya seks dan politik tidak dapat dipisahkan. Mungkin lebih tepat lagi blog, seks dan politik tidak dapat dipisahkan. Apabila kita kekeringan pemimpin yang mempunyai skandal seks, saya curious apa yang akan ditulis oleh para blogger penggila seks ini? Masih mampu mereka menulis selain persoalan seks?

Dan seperti biasa, tidak ada penawaran tanpa permintaan. Majoriti pembaca juga suka membaca soal seks. Adakah majoriti rakyat Malaysia sebenarnya pesakit seks?

Masalahnya Adalah Pemasaran.

Saya tertarik dengan posting terbaru blogger Just Read:  Our innovation is only to win international award, Mr. PM!

Apa yang diperkatakan oleh blogger berkenaan sangat benar. Saya sendiri pernah terfikirkan perkara yang sama. Blogger berkenaan juga membuat perbandingan peruntukkan untuk Reseacrh and Development(R&D) di Malaysia berbanding dengan negara lain. Di Malaysia hanya 5% sahaja diperuntukkan untuk R&D dari GDP berbanding 15% di Singapura, 18% di Jepun, dan 10% di China, Korea Selatan dan negara-negara Barat.

Berita baik buat rakyat Malaysia adalah, penyelidikan kita banyak memenangi pertandingan antarabangsa. Kita menggondol banyak piala tapi hanya itu. Tidak lebih dan tidak kurang. 

Banyak trofi telah dimenangi hasil penyelidikan oleh Mardi, LKIM, RRI, UPM, Felda, Felcra, USM, MTIB dan lain-lain tetapi penyelidikan tinggal penyelidikan. Kita gagal mengkomersialkan produk berkenaan. Di mana salahnya?

Sekadar masih mengulangi hujah Just Read, sudah 50 tahun lebih merdeka Malaysia masih mengimport beras, gagal menghasilkan beras sebaik beras siam dan basmati dari India. Malaysia masih gagal memajukan penternakan, lembu dan susu masih diimport dari Australia dan New Zealand. Walaupun sudah 200 juta lebih pernah diperuntukkan kepada keluarga VVIP untuk menghasilkan 60ribu ekor lembu setahun, namun hasilnya memualkan. Lembu punya susu, sapi dapat buruk nama.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita menangani atau meguruskan industri. Antara yang kelihatan adalah kurang pemasaran. Mungkin kita banyak pencipta, innovator seperti Zulkilfi tetapi tiada syarikat yang berani mengambil produk mereka untuk dipasarkan secara komersial.

Mungkin fenomena ini datangnya dari mentaliti disuap. Mentaliti ingin berniaga cara selamat, iaitu ambil geran kerajaan, dan buat kerja lebih kurang kerana bukan duit peribadi yang dilaburkan. Ternyata rent seeker dan patronage perlu segera ditamatkan.

Kebanyakan 'usahawan' kita bukan benar-benar usahawan. Kebanyakkannya adalah tyconn yang mempunyai modal, mempunyai hubungan baik dengan kerajaan dan menender projek kerajaan. Dan ini bukan hanya bumiputera, termasuk YTL dan Vincent Tan. 

Ringkasnya, walaupun kita mempunyai innovator tetapi 'usahawan' kita lebih senang membiayai projek yang pasti untung dengan risiko yang rendah dari membiayai rekaan yang belum tentu boleh memberi keuntungan.

Sejarah membuktikan, kebanyakan usahawan mati miskin, hingga datang golongan pemodal yang memasarkan produk mereka dengan berkesan seperti perihalnya Coke dan Dunlop. Masalahnya berkisar sekitar kemahiran pemasaran dan keberanian serta sikit kegilaan pemodal.

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11

Hari ini saya rasa pelik apabila melihat kalendar sudah 1.11 tahun 2011. Sebenarnya saya bukan orang yang percaya pada tahyul atau nombor atau apa-apa. Hidup berjalan seperti biasa: kelaparan masih berada di mana-mana dalam planet ini, kemiskinan, pembunuhan, ketamakan, cerita suka dan cerita duka, kesedihan, kegembiraan, masalah ekonomi, global warming dan fitnah.

In fact, just another ordinary day. Dan kata E.M Foster: "The most of life is so dull."

Sejak akhir-akhir ini saya makin menyedari perubahan sudah banyak berlaku dalam diri saya. Bukan menjadi tua dan semakin matang, tapi lebih kepada tabiat dan habit. Tidak dapat tidak, saya sebagai haiwan sosial juga terperangkap dengan perubahan yang berlaku sekeliling kita.

Suatu hari saya di rumah, bersendirian dan cuba menghabiskan novel Pramoedya: 'Bukan Pasar Malam', saya dapati novel setipis itu sudah tidak mampu saya tamatkan. Sebentar saya terganggu di bunyi Time Line Twitter, sebentar tenganggu di bunyi Blackberry Messenger, sebentar terganggu di bunyi notification email, sebentar terganggu dibunyi notification Facebook.

Anehnya, saya tidak terganggu sangat oleh bunyi sms atau telepon. Dalam sedekad lepas, saya terbaca di akhbar ramai remaja tidak tidur lena kerana gangguan sms. Sekarang saya yakin mereka lebih tidak tidur lama, bukan hanya diganggu sms tetapi twitter, BBM dan sebagainya. Saya sangat yakin gangguan itu bukan hanya saya yang melaluinya. Seperti 'global warming' ianya adalah masalah sejagat.

Zaman saya hanya diganggu oleh talipon rumah saja sudah berakhir, dengan kata lain saya sudah tidak menikmati membaca buku-buku lagi kerana mengejar apa saja berita yang ditweet, di BBM atau dalam facebook. Ianya juga menganggu kenikmatan atau tumpuan semasa menonton filem - walaupun dalam cinema.

Dunia itu - twitter, facebook, BBM - memberi saya dunia kecil seperti dalam drama 'No Exit'nya Sartre. 






Saturday, October 29, 2011

Mikawa-bushi Bahagian 3.

Kematian Takeda Shingen memberi nafas kepada Oda Nobunaga untuk terus menyerang beberapa suku di Barat Jepun. Mangsa seterusnya adalah Asai Nagamasa dan clan Asakura yang mana sekutu Shingen semasa Shingen menyerang Mikawa. Juga beberapa siri punitive expedition terhadap biara-biara Buddha. 

Beberapa daimyo cuba mengekang kekuasaan Oda. Mereka menyerang serentak dari Barat dan Timur. Antara satu serangan usahasama antara Kenshin dari Timur dan Mori Motonari dari Barat. Seperti serangan dari Takeda Shingen, gabungan dua daimyo ampuh ini hampir memusnahkan career Oda, tetapi lagi sekali beliau diselamatkan oleh faktor tuah.

Tuah menyebelahi Oda apabila Kenshin mati mengejut. Ada sumber mengatakan Kenshin mati dibunuh oleh assasin iaitu seorang ninja yang bersembunyi selama dua hari didalam tandas peribadi Kenshin. Kematian Kenshin menyebabkan Mori Motonari tidak berani bertindak sendirian. Lagi sekali Oda diselamatkan oleh faktor nasib.

Pada tahun 1582, Oda dan Tokugawa bergabung menyerang Kai setelah mengetahui musuh yang digeruninya, Shingen sudah mati. Gabungan ini terlalu besar buat waris Shingen, Takeda Katsuyori. Apa lagi  beberapa 'Shingen's renowned 24 General' telah berpaling tadah.

Shingen merupakan daimyo yang terkenal dengan kebolehan mewujudkan 
kesetiaan yang tinggi terhadap general-generalnya. "My men are my castles" 
merupakan beberapa kata-katanya yang membuktikan beliau menghargai orang-
orangnya lebih dari sekadar fortress dan kubu. Walaupun Katsuyori mempunyai 
keupayaan perang setanding bapanya, namun samurai-samurai Takeda tidak 
mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadapnya.


Katsuyori juga telah mengengkari amanat ayahnya supaya jangan menyerang 
mana-mana musuh selama tiga tahun selepas kematian bapanya. Dalam Battle 
of Nagashino, Katsuyori telah tewas teruk apabila tersalah timing dalam
melepaskan serangan berkuda samurai Takeda yang selama ini amat digeruni. 
Beberapa general Takeda yang terkenal seperti Baba Nobufasa, Hare Masatane, 
Sanada Nobutsuna dan Yamagata Masakage terkorban di Nagashino. 


Tokugawa pernah mengakui, dalam 24 general Takeda yang masyhur itu, 
Yamagata Masakage adalah yang paling digeruninya.


Pada 1582, Yamagata Masakage sudah tiada, begitu juga dengan beberapa 
general lain yang handal. Malah salah seorang dari 24 general itu, Anayama 
Nobukimi telah berpaling tadah dan membantu Oda dan Tokugawa menyerang                                                                 
Kai. 


Katsuyori gagal mempertahankan Kai, dan telah membunuh diri bersama-sama 
anaknya, waris keluarga Takeda yang seterusnya. Ini bererti, berakhir kesinam-
bungan keluarga Takeda dalam jurainya yang ke generasi 184.


Oda memberi wilayah Shingen, iaitu Kai dan Shinano kepada Tokugawa. Walau
pun berkali-kali telah ditewaskan oleh Shingen, Tokugawa sebenarnya seorang
pengkagum Shingen. 


Shingen bukan hanya terkenal mempunyai kemahiran berperang, beliau juga 
seorang pentadbir yang cemerlang. Hingga kini, jika sesiapa ke Kai dan
memburuk-burukkan Shingen, perkara itu boleh menimbulkan kemarahan
penduduk Kai walaupun di zaman moden.


Tokugawa banyak belajar dari bekas musuhnya. Di katakan, diantara kejayaan 
Tokugawa dalam membentuk dinasti Keshogunan yang kekal selama 250
 tahun adalah kerana beliau meniru dan meneruskan sistem pentadbiran Takeda
 Shingen.


Bersambung



















Friday, October 28, 2011

Pemimpin BN ini comfirm bukan winnable candidate!

Seorang pemimpin, tidak kira apa jawatan dalam parti adalah liabiliti kepada BN jika melakukan 'kesalahan' seperti ini.

Kita sayangkan parti lebih dari mana-mana individu, jadi pucuk pimpinan tolong selamatkan BN dari kerakusan pemimpin seperti ini. Benar saya pro BN tapi sebagai rakyat, saya tetap tidak suka pemimpin seperti ini dicalonkan bertanding mana-mana kawasan parlimen pun.

Mulanya hanya blogger yang angkat isu ini. Kemudian AG sendiri menyatatkan dalam laporan ada sesuatu yang tak kena. Banyak perkara dalam laporan AG yang kurang enak didengar. Kuda yang tidak boleh berlari bernilai jutaan, sebuah teropong bernilai RM 53000, dan projek lembu jutaan yang juga gagal.

Dalam era rakyat inginkan transperancy, pemimpin seperti ini merupakan dinasour, species yang sepatutnya sudah pupus. Dinasour tidak memahami persekitarannya, lantas masih bertindak seolah-olah ianya masih gagah.

Rujuk kepada blog Aku Peduli Apa. Juga blog Din Turtle. Kedua-duanya blogger pro BN tapi hati nurani mereka - seperti saya - tidak boleh menerima pemimpin seperti ini. Kerana kerbau seekor akan terpalit lumpur yang lain.

Banyak kepincangan dalam laporan AG, malah Tun Dr. Mahathir juga ada membuat teguran. Mungkin bukan semua salah BN kerana ada antaranya bidangkuasa pegawai kerajaan. Laporan AG tahun lepas juga ada isu sebuah laptop bernilai RM 43,000. Namun tidak ada siapa yang terhukum.

Bazir Wang Negara Satu Pengkhianatan tulis Datuk A. Kadir Jasin dalam posting terbarunya.

The buck must stops here. We want to see some head rolling. 

Wednesday, October 26, 2011

Winnable Candidate versus Warlord UMNO.

Apabila PM mencari calon untuk bertanding di 222 kerusi Parlimen dan DUN-DUN, beliau selalu menyebut winnable candidate. Winnable candidate adalah calon yang boleh menang, sepatutnya tanpa mengira jawatan atau hierakinya dalam parti.

Dalam erti kata lain, PM akan mengubah calon yang secara konvensionalnya adalah pemegang jawatan dalam parti. Ketika UMNO/BN sendiri merupakan winnable party, soal ini tidak menjadi masalah. BN boleh meneruskan kebiasaan meletak calon yang popular dalam parti kerana kebolehan mereka untuk menang kerana parti. Atau istilah lebih tepat ketika itu: "letak songkok pun menang". Tapi era itu sudah berakhir.

Winnable candidate boleh merangkumi sesiapa saja. Ketua Bahagian jika diterima pengundi winnable candidate. Begitu juga seterusnya Timbalan Ketua, Naib, atau AJK Bahagian. Jika memang calon winnable terpilih dari kalangan pemegang jawatan dalam bahagian, mungkin tidak timbul masalah. Bagaimana jika calon winnable tidak datang dari pemegang jawatan dalam bahagian?

Kita tahu antara masalah UMNO adalah sikap ke 'warlord' an pemegang jawatan dalan bahagian. Oleh kerana mereka memegang jawatan, mereka sering merasakan mereka paling layak dicalonkan. Sesetengah tidak memahami realiti menjadi popular dalam UMNO yang dipilih oleh segelintir perwakilan tidak secara automatik menjadi popular dikalangan pengundi - terutama pengundi di atas pagar.

Bagaimana jika pucuk pimpinan berpendapat seorang calon winnable bukan datangnya dari pemegang jawatan di bahagian, adakah calon berkenaan dapat kerjasama dari jentera parti yang dipegang oleh warlord-warlord UMNO?

Kita tahu antara faktor penting menyumbang kemenangan seseorang calon adalah mempunyai jentera yang licin, kemas dan mantap. Pada PRU yang lalu, di sini antara kekuatan UMNO, dan masih setidaknya separuh dari kekuatan UMNO. Bagaimana jika jentera ini yang dikuasai oleh warlord UMNO sabotage calon pucuk pimpinan yang dikatakan winnable candidate?

Saya cadangkan, sebelum PRU diadakan, perlu diadakan reformasi parti dahulu. Reformasi dan transformasi mesti bermula dengan UMNO/BN. Jika BN masih terbawa-bawa sikap feudal mereka ketika UMNO masih sebagai winnable party, ini akan mengundang padah.

Persoalannya masih sempatkah reformasi parti menjelang PRU? Hanya PM yang mampu menjawab.

Tuesday, October 25, 2011

Lim Guang Eng Ambil Kesempatan Isu Anaknya.

Saya dah tak tahu apa dah jadi dengan politik Malaysia. Isu anak Lim Guang Eng disebarkan oleh blogger pro-UMNO, tapi LGE tidak dapat bezakan antara blogger dengan menteri atau kerajaan dengan penyokongnya. Blogger menulis mengikut kreativiti mereka.

Lim Guang Eng menyatakan kekecewaan apabila beliau menuduh Tan Sri Muhyidin menyokong cerita 'ramas tetek' anak Lim Guang Eng. Ini berdasarkan temuramah antara Tan Sri Muhyidin dengan pemberita Malaysian Insider.

Soalan dari pemberita berbunyi:

"Tan Sri can you comment on the sexual harrasment claim on Lim Guang Eng's son by pro-UMNO bloggers....?"

Ini jawapam TPM:

1. "dont blame anybody, there is a tendency for opposition or pakatan.. and there think theres a problem, for all problem, they blame umno... we dont blame u, we dont blame anybody else, if theres a fault, we have to find out what is the main cause if it.
.
2. jadi dalam soal itu, saya pun tak tahu sebenarnya, infact i do not know, apa keadaan sebenarnya, samada betul atau tidak, jadi pihak guan eng dengan lim kit siang dan tony pua saya lihat sudah buat kenyataan very strong, defend dan buat tuduhan pelbagai-bagai...
.
3. biasanya dalam keadaan soal begini orang kata, kalau kita nak clear everything, kita minta pihak polis siasat, kalau betul takde berlaku, apa yang kita worry? i mean that is the way orang biasa lah... supaya kita orang kata dapat bersihkan diri kita, saya tidak nak tuduh, because saya sendiri tak tahu, dan tak adillah for me to blame or whatever it is, i know and understand dia nak exploit apa yang statement yang saya gunakan, saya pun buat, im sure what im saying is..
.
4. kalau dia pikir penting bagi dia untuk dibersihkan ataupun dibetulkan maklumat itu, dia mesti buat kenyataan tegas, penafian sahaja tidak mencukupi, rakyat akan bertanya oh, dia nafi betullah dia kena nafi, tapi kalau betul tidak ada, macam kes-kes yang lain, kita minta pihak berkuasa siasat membantu kitalah, membantu dia, membantu keluarga dia, baru itu tidak berlaku, jadi kalau dah buat begitu, baru, setakat hari ini saya boleh bercakap itu sajalah...
.
5. Tan Sri ada terima laporan daripada pejabat pelajaran Negeri Penang?
.
Tiada."

Di mana dari kenyataan di atas TPM menyokong atau mengiyakan belakunya tuduhan 'ramas tetek' itu?

TPM hanya menyatakan beliau tidak tahu duduk perkara yang sebenar. Malah beliau minta pihak berkuasa menolong Lim Guang Eng andaikata LGE mendapati berlaku kerosakan dan ketidakadilan terhadap anaknya. 

Mudah bukan?

LGE tidak dapat membezakan beliau sepatutnya mempertahankan anaknya sebagai seorang ayah, atau sebagai seorang Setiausaha Agong DAP. Ini masalahnya Pakataran Rakyat, kerana kebanyakkan pemegang jawatannya terdiri dari anak beranak, suami isteri dan datuk nenek. Mereka sudah keliru menangani masalah peribadi dan masalah parti.

Lim Guang Eng sepatutnya menyaman pihak yang mengeluarkan berita ini. Ini yang kebiasaan dilakukan oleh orang politik apabila di fitnah oleh media massa, Khalid Samad baru menang kes menyaman Utusan Melayu sebanyak RM 60,000. Dalam twitter Khalid Samad kata beliau akan dermakan untuk partinya bagi dana PRU ke 13.


Saya tweet semula minta beliau dermakan kepada fakir miskin dalam constituencynya yang hingga minta bantuan gereja, tapi apa boleh buat, parti lebih penting dari fakir miskin.

Datuk Utama Rais Yatim menyaman blogger Sharpshooter dan menang mendapat pampasan RM300,000. Jadi mengapa susah sangat LGE hendak menyaman blogger berkenaan? Mengapa perlu seret PM, TPM dan sebagainya?



"If the only tool you have is a hammer, you tend to see every problem as a nail."




Monday, October 24, 2011

Robinson Crusoe - Protes Terhadap Dunia Kebendaan.

Tahunnya adalah 1993, saya masih menuntut di Uitm. Saya sering berbincang dengan Encik Darby, seorang pensyarah undang-undang di fakulti saya. Saya masih ingat kata-katanya: "Sekarang ini, jika kita pergi ke kenduri, majlis, keramaian dan sebagainya, kita akan dengar orang-orang Melayu akan cakap tentang duit, duit dan duit. Kadang-kadang saya lemas."

"Tak ada lagi orang nak bercakap soal iman ke, soal ilmu ke, atau soal seni atau falsafah." Tambahnya lagi.

Tahun berkenaan Malaysia dikenali sebagai 7 Harimau Asia. KLSE adalah lubuk duit. Peguam, guru, doktor, pensyarah sanggup berhenti kerja untuk menjadi remiser. Dari satu segi ianya sangat baik. Semboyan 'Melayu Baru' yang sering dilaungkan oleh Tan Sri Muhamad Taib sering berkumandang.

Sepertinya duit minyak Arab, suatu hari nanti telaga akan kering. Jepun yang tiada sumber asli mampu menjadi kuasa ekonomi kerana menguasai ilmu. Kebanyakkan orang-orang kaya Malaysia, terutama Melayu tidak menjadi kaya kerana 'mencipta' tetapi kerana dasar affirmative action.

Mendapat faedah dari dasar ini, ramai orang Melayu mula hidup mewah. Tidak salah hidup mewah tetapi salah apabila kemewahan tidak datang dari 'creativity', lebih dari patronage dan rent-seeker. Apabila kekayaan Malaysia sudah tidak ada, mereka masih rakus mengejar kekayaan tanpa susila, batasan dan moral.

Selepas Revolusi Industri pada tahun 1800, dunia Barat sudah berubah apabila semua manusia mengejar kebendaan. Sifat-sifat manusiawi semakin terhakis. Kaum pemodal hanya memikirkan bagaimana ingin memaksimumkan untung. Penindasan kaum pekerja berlaku dimana-mana.

Manusia hanya terbahagi kepada golongan 'have' and 'have not'. 

Daniel Defoe menulis novel Robinson Crusoe tentang seorang pertualang yang mengembara mencari kekayaan dunia. Kapalnya terdampar di sebuah pulau dan semua anak-anak kapal mati kecuali Robinson Crusoe. 

Sekarang Robinson Crusoe memiliki segalanya. Segala harta pedagangan kapal berkenaan ada ditangannya kerana beliau satu-satunya survivor dalam nahas berkenaan. Namun apa yang boleh beliau lakukan dengan harta itu apabila beliau satu-satunya manusia di pulau itu sebelum kedatangan Friday.

Robinson Crusoe merindui sentuhan manusia. Apabila Friday muncul, mereka bergaduh soal pegangan agama walaupun di pulau kecil itu namun persahabatan walaupun dengan seorang yang tidak bertamadun lebih berharga dari segala harta yang beliau perolehi.

Kemajuan dan kekayaan ada baik, dan ada buruknya. Jika kita membicarakan soal globalisasi, isunya tentang ekonomi, tentang bagaimana negara kaya dan lebih maju akan menelan negara kecil dan lemah. Dalam salah satu posting Outsyed The Box A Unique Kampong beliau memuji sebuah perkampungan di China, Huaxi yang mempunyai bangunan pencakar langit, penduduknya kaya-raya, mempunyai rumah, kereta, duit 250,000 USD dalam bank, mendapat khidmat perubatan percuma dan pendidikan percuma.

Saya terpegun hingga seorang memberi komen yang bunyinya begini:



"-thethinker- said...




Syed.. pls see thing from diff angle , i dont think that u wan to live in that kg if u know that :1. u need to work 364 days /year . no cuti hari ahad .

2. U need to apply to go holiday which subject to approval , where normally u wont get."



Yueyue telah meninggal dunia tanpa dihiraukan oleh manusia yang tidak berjiwa.

Hidup dalam dunia material, Yue Yue tidak sempat menjadi 'Material Girl'.

Nasib baik Madonna sempat.