Followers

Thursday, June 14, 2012

Mengapa PAS Perlukan Lebuhraya PrePaid?

Dalam mencapai ke arah Malaysia sebuah negara maju, Tun Mahathir telah meletakkan asas yang baik. Beliau membina beberapa lebuhraya yang mana merupakan pra-syarat kepada sesuatu kemajuan. Tanpa jaringan lebuhraya yang sistematik, sesebuah negara tidak akan menjadi maju.

Baru-baru ini PAS melancarkan gimik politik lagi apabila ingin menyiapkan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai. Lebuhraya ini akan dibiayai dari hasil derma orang ramai, seperti biasa yang PAS lakukan apabila berceramah.

"No money, no religion", kata Outsyed The Box.



Derma ini disalurkan kepada sebuah syarikat persendirian. Tidak dinyatakan dari segi undang-undang trusteeship, transparency dan audit perbelanjaannya. Tapi sesetengah kita mengharapkan pahala, tidak mengapalah soal technicality perundangan. Seperti saham Kohilal dan Tabung Memali, kerana Allah tidak mengapa rugi di dunia.




"No money no religion."

Baru-baru ini, Pakatan sering mendabik dada mereka menang dalam menawan jalanraya. Mereka bangga menang menawan jalanraya - bukan menang pilihanraya. Walaupun sudah menawan lima negeri, Pakatan mendakwa wakil-wakil mereka juga kerajaan tidak sah kerana menang berdasarkan 'irregularity' SPR.

Pakatan memang memerlukan lebih banyak jalanraya dan lebuh raya untuk ditawan. Mereka ingin mengumpul berjuta-juta penyokong ke jalan dan lebuhraya. Tidak seperti Tun Mahahtir yang cuba membina jaringan lebuhraya sebagai prasarana menjana ekonomi, PAS mempunyai alasan tersendiri untuk membina lebuhraya mereka.

Kita dengar alasan Hishamudin Rais aka blogger Tukar Tiub.




"Saya datang ke sini hanya satu tujuan.... saya menghasut rakyat untuk menjatuhkan United Malay National Organisation...bercakap, bermesyuarat, menghantar manifesto sudah tamat.... masanya untuk turun ke jalanraya.... kita ke jalanraya sebelum pilihanraya....."


Patutlah PAS nak buat lebuhraya.

1 comment:

Ali said...

Moga-moga PAS berjaya melaksanakan lebuhraya pertama dalam perjuangan mereka seumur dengan UMNO. Jangan impian tidak kesampaian kerana untuk mengumpul wang sebanyak itu bukan semudah apa PAS selalu menyebut UMNO rasuah, songlap dan bagai-bagai lagi dengan angka berbilion-bilion.