Followers

Thursday, September 27, 2012

The Passing of Andy William.

Whenever I hear this: "Moon river wider than a mile, I'm crossing you in style, someday...", then of course I will remember Audrey Hepburn and Breakfast at Tiffany's. Automatically, Andy William's voice sings near my ears, so distinctively and I will remember every sweet scene in the movie, including grand finale with the cat and George Peppard. 

But, Andy will be remembered for Love Story, a song triggers enthusiasm to the generation of Ali Macgraw and Ryan O'Neil. The movie was Bobby - a Hindustan love story - of the west. A typical story about youngsters who madly in love with each other. The classic cliche of 'love conquers all'.

The lyric of  Season in the sun is almost 'a death poem' to Andy when it says: "Goodbye my friend, it's hard to die". Westlife remake the song, and the young might forgets Andy was a man who makes the song famous. 

Andy passed away on 25 of September 2012. He was 84. 



Wednesday, September 26, 2012

Renaissance Man and Exodus.

He believes he's destined to be PM


BUT

but look at his supporters who deserted him.


A weak PM with strong ally(read DAP) and tonnes of evident of his 'immorality", can we expect him to be a champion of rakyat? Let alone malays.

Tuesday, September 25, 2012

Homo Novus versus Renaissance Man

Semalam saya membuat posting tentang 'homo novus'. Homo novus atau new man merupakan orang yang boleh breakthrough sistem sosial dari golongan yang sudah establish tanpa mempunyai connection. Mereka naik kerana merit.

Sementara Renaissance Man pula merujuk kepada seorang yang serba boleh, versatile dan all rounder. Istilah ini diambil ketika zaman Renaissance yang melahirkan ramai artis yang mempunyai kebolehan yang lain. Leonardo da Vinci merupaka contoh tokoh renaissance.

Beliau bukan hanya sekadar seniman, namun juga seorang engineer, arkitek dan ahli matematik. Di Malaysia, Anwar Ibrahim pernah di nobatkan sebagai seorang Renaissance Man. Sudah tentu pada ketika itu beliau orang kedua paling berkuasa di Malaysia, 'the darling of Malaysian media'.

Kebetulan beliau menulis buku berjudul 'Asian Renaissance' untuk membuktikan beliau insan serba boleh dalam dunia intelek selain bijak berhujah, berpolitik dan berpidato. Beliau mampu dari quote hadis hingga quote pemikir Greek seperti Aristotles dan Plato. Malah beliau mengakui antara buku kegemarannya adalah buku garapan Octavio Paz: "In Light of India'.

Tidak seperti mentornya, Tun Dr Mahathir, penulisan Anwar bombastic dan sarat dengan bahasa bahasi yang tidak menggambarkan kejituan ideanya. Cuba bandingkan karya Anwar: 'Menangani Perubahan' dengan 'Dilema Melayu' Tun Dr Mahathir, pembaca akan faham apa yang saya maksudkan.

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah dinobatkan oleh Margaret Thatcher sebagai seorang Menteri Kewangan paling bijak walaupun hanya berlatarbelakangkan Pengajian Melayu. Dan endorsement yang semacam ini dari PM Britain menguatkan cult Anwar dikalangan pengkagumnya.

Ketika krisis kewangan melanda Malaysia pada tahun 1997, sebagai Menteri Kewangan Anwar mengambil langkah yang menyusahkan rakyat: menaikkan BLR, memendekkan tempoh Non-Performance Loan(NPL) dan menggesa agar Malaysia menerima IMF.

Sementara Tun Mahathir selalu sangsi dengan kejujuran Barat, Anwar sedia melaksanakan apa sahaja pil yang di 'prescribe' kan oleh Barat. Ini beza antara Homo Novus dengan Renaissance Man. Tun Mahathir bertekad untuk menyelamatkan Malaysia dengan caranya dan menambat ringgit. Tun tidak takut walaupun dilabel barat sebagai 'heretic'.

Sejarah membuktikan tindakkan Tun Mahathir tepat. Sementara Anwar hanya mempunyai senjata 'simpati' - satu senjata yang ampuh untuk memenangi hati kebanyakkan orang Melayu.

Sekarang, dengan hanya bergaji seringgit sebagai Penasihat Kewangan Selangor, Anwar mampu mempunyai rumah bernilai 7 juta, mampu mempunyai bodyguard bagi mengawal keselamatan keluarganya, mampu memiliki bas mewah untuk kempen pilihanraya ala-ala Presiden Amerika, dan yang terbaru mampu menaiki jet peribadi.

Pemimpin yang memperjuangkan 'rakyat'



'Incorruptible'?




Monday, September 24, 2012

Homo Novus

Semalam, saya tertarik dengan tulisan Outsyed The Box di bawah posting: 'The Daddy-kasi Generation'. Sebenarnya beliau mengulas tulisan kolumnis  STAR: Dina Zaman,

Dina Zaman mengkritik generasi Malaysia yang bermewah dan 'show off'' bukan dari hasil titik peluh dan kerja kuat, tetapi harta benda warisan ibubapa mereka. Dan warisan itu juga bukan dari hasil kerja kuat ibubapa mereka, tapi hasil dari 'patronage' dan 'rent-seeker' mentality.

"IF in the past all roads led to Rome', kata Syed Akbar Ali, "in Malaysia, all the easy money leads back to the Gomen".

Bravo!

Ini antara realiti yang berlaku di Malaysia, dan masih berlaku. Kata Dina Zaman:

"If you do not have the right political connections(no use getting chummy with a state assembly man unless if he can really pull strings), corporate network and an illustrious family, you might as well chuck your dreams aside."

Homo Novus dalam bahasa latin secara harfiah bermakna: "orang baru". Pada permulaan Rom sebagai sebuah negara yang belum menjadi empayar, Rom mempunyai struktur 'kebangsawanan' dan aristokrat yang unik. Selepas membunuh raja terakhir mereka, Rom bukan lagi feudal seperti di zaman medieval.

Mereka adalah republik tetapi sarat dengan aristokrat yang membuat segala keputusan. Senat dan senator adalah nadi kepada politik Rom. Dan golongan yang menjadi senator adalah keturunan senator, dari 100 senator awal yang dipanggil 'patres' atau father kerana sememang mereka adalah bapa kepada anak-anak bangsawan Rom.

Keluarga-keluarga besar seperti Brutus,Cato, Cinna, Scipio, Julian dan sebagainya mendominasikan politik Rom. Kemudian, muncul Marius, orang biasa yang tiada connection politik, bukan dari nama keluarga besar, the outsider(di Rom, outsider bermakna bukan dari keluarga senator - Pompey dan Julius Caesar optimate atau bangsawan tetapi outsider).

Marius sebagai orang biasa telah mereformasikan sistem ketenteraan Rom. Dari hanya hastati, principe dan trirari; Marius telah menjadikan mereka sebagai cohort, unit penting dalam sesuatu legion. Marius berjaya menjadi consul sebanyak 7 kali, satu pencapaian yang tak mampu ditandingi walaupun golongan bangsawan Rom.

Marius adalah homo novus, atau 'new man'.

Di Malaysia, Tun Mahathir merupakan homo novus. Beliau memecahkan tradisi golongan aristokrat untuk menjadi PM. Beliau PM pertama belajar di universiti tempatan, bukan dari connection MCKK, anak seorang guru dan bukan bangsawan.

Saya akui, dalam sistem yang dibincangkan oleh Syed Akhbar Ali dan Dina Zaman, amat susah bagi homo novus untuk 'breakthrough'. Tapi saya percaya setiap Melayu perlu berubah menjadi homo novus.

Sebagai homo novus, mereka perlu membuang tabiat buruk nenek moyang mereka - suka dinaungi, suka disponsor, pak turut,taksub dengan tahyul dan dogma agama.

Homo novus perlu mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan itu - berdikari, berfikiran rasional dan logik, cintakan ilmu, dan merdeka dalam berfikir.

Thursday, September 6, 2012

Demokrasi: Agama Baru.

Secara umum, manusia moden menganggap demokrasi merupakan satu sistem yang sangat baik - suci dan murni. Ini kerana demokrasi didakwa sebagai sistem politik rakyat. Kerajaan rakyat, oleh rakyat untuk rakyat. Kata Lincoln. 

Dan sudah tentu sistem feudalisme merupakan musuh kepada demokrasi. Kita lupa, pendukung demokrasi sebelum Pax Americana adalah Rom. Di akhir-akhir zaman republikan Rom, kebobrokan demokrasi semakin terserlah hingga Rom sendiri menjadi empayar dengan adanya Maharaja di era Pax Romana.

Kemudian datanglah 'liberty', 'hak asasi', 'kebebasan bersuara', 'equality'. Saya sendiri sebenarnya sangat menghargai kebebasan saya. Malah masih menjadi ungkapan keramat bagi saya: "Libertas virorum fortium pectora acquit" atau "liberty stimulates spirit of a strong man".

Namun lagi sekali manusia melupakan sejarah. Demokrasi memang bagus namun bukan tanpa cacat cela. Selepas Revolusi Perancis yang memancung ratusan ribu rakyatnya untuk menggulingkan sistem feudal, Perancis di bawah 'Reign of Terror' jauh lebih kejam, menindas dan menzalimi rakyatnya. 

Dengan cogan 'Liberty, Equality dan Fratenity' kekecohan dan kebobrokan berada di mana-mana hingga muncul Napoleon dengan keupayaan tinggi ketenteraannya mampu mewujudkan keamanan dan kestabilan. Dan Napoleon memilih untuk menjadi Maharaja. Rakyat Perancis berasa lebih aman ketika itu jika dibanding dengan zaman revolusi.

Akhir-akhir ini kita melihat demokrasi di Malaysia dengan slogan 'kebebasan, hak asasi, persamaan' sudah mengambil bentuk yang makin menakutkan. Ia bukan hanya menakutkan pihak berkuasa tetapi menakutkan silent majoriti yang non partisan.

Beberapa puak sudah tanpa segan silu sanggup mencerca agama lain, sanggup menghina Raja-raja Melayu, lagu kebangsaaan dan bendera Malaysia. Semuanya atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara.

Hari Kemerdekaan dipolitikkan dan dilihat sebagai sambutan pihak pemerintah. Hasutan dan tarbiah kepada anak-anak muda yang 'hanya bersemangat' tapi kosong otaknya berjaya membawa politik demokrasi Malaysia semakin menghampiri 'anarchy' dan 'chaos'.

Sementara pihak pemenrintah takut untuk melakukan sesuatu walapun sudah ada peruntukkan undang-undang kerana takut dilabel zalim. Mereka bimbang hilang undi golongan 'liberal'.

Namun demokrasi hanya sistem. Ia bukan agama. Ia tidak 'written in stone'. Dan ada pihak takut dituduh tidak demokratik kerana bimbang dengan pandangan 'orang luar'. Apa guna kemerdekaan?

Seperti ungkapan Tywin Lannister dalam Game of Thrones: "the lion doesn't cares the opinions of sheeps".

Kebiasaan dalam sejarah selepas demokrasi menjadi terlalu kucar kacir, kuasa akhirnya akan dipusatkan kepada sesuatu individu atau institusi yang kuat tanpa mendengar rungutan 'sheeps' dan 'monkeys' yang suka tunjung punggung, pijak gambar dan tukar bendera.

Indeed, I would love to have 10 elephants than 1000 rats.






Tuesday, September 4, 2012

Dilema Undi Cina.

Kepercayaan umum adalah undi kaum Cina tidak menyebelahi pembangkang. Trend ini boleh dilihat sejak PRU ke 12. Hingga kini, BN masih nampak gagal mengembalikan undi kaum Cina kepada mereka. 

DAP sudah semakin gah. Mereka sangat yakin bahawa mereka merupakan 'wakil kaum Cina' dalam politik Malaysia. Mereka yakin, label yang diberi kepada MCA - 'watchdog' - kepada MCA berkesan dan kaum Cina menyokong DAP kerana DAP bagaikan 'abang besar' dalam PR.

Untuk itu, kaum Cina sanggup mengenepikan sentimen 'was-was' terhadapap PAS dan boleh bekerjasama demi menjatuhkan kerajaan BN - dimana UMNO merupakan tunggaknya.

Dalam PR, semua parti percaya mereka mempunyai 'senjata sulit' untuk 'outwit' sekutu mereka. PAS yakin mereka hanya menggunakan DAP untuk ke Putrajaya dan menubuhkan kerajaan Islam versi PAS. DAP yakin mereka akan berjaya menipu PAS dan PKR setelah kerajaan BN ditumbangkan. PKR tidak kisah sangat soal siapa 'outwit' siapa kerana matlamat mereka hanya inginkan Anwar Ibrahim sebagai PM.

PKR parti yang tidak ada ideologi kecuali jika boleh diterima sebagai ideologi - menjadikan Anwar PM adalah ideologi PKR.

Selepas BERSIH 3.0, kita boleh lihat keyakinan kebanyakkan kaum Cina terhadap PR agak merosot. Sentimen ini makin dirasai terhadap PKR. Kaum Cina tidak yakin Anwar boleh memimpin Pakatan untuk menerajui Malaysia lebih baik dari Najib.

Kaum Cina adalah kaum peniaga. Mereka mengambil berat soal kestabilan ekonomi dan peluang perniagaan lebih dari segala. Hingga kini mereka tidak sukakan BN di bawah UMNO yang banyak memberi kelebihan kepada bumiputera. Namun mereka juga tidak yakin DAP sebagai 'UMNO PR' mampu mewujudkan 'ketuanan Cina'. 

Malah dengan PAS yang masih ada saki baki radikal, kaum Cina sebenarnya cuak mampu atau tidak PR atau DAP mewujudkan keamanan, kestabilan politik dan peluang ekonomi jika PR menjadi kerajaan. Ini adalah sesuatu yang BN mampu lakukan.

Dilema kaum Cina adalah: inginkah mereka hilang segalanya jika Malaysia menjadi tidak stabil kerana 'stalemate' selepas PRU ke 13 atau mengekalkan BN  sebagai peneraju. Sebenarnya, kaum Cina suka keadaan yang ada sekarang: BN tidak mendapat 2/3, suara pembangkang ramai dalam Parlimen dan meletakkan kerajaan dalam keadaan serba salah jika tidak melayani kehendak mereka.

Dan undi kaum Cina dicaturkan oleh Dewan Perniagaan mereka, bukan DAP atau MCA.

Friday, August 24, 2012

Aidil Fitri dan Ahli Keliuarga Baru.

Salam para pembaca.

Saya harap belum terlambat bagi saya mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami sekeluarga beraya di Jerantut, Pahang pada raya kali ini. 

Pada raya ke 3 isteri saya mengadu sakit untuk bersalin dan saya menghantarnya masuk ke hospital Jerantut. Oleh kerana mengalami komplilkasi, beliau dipindah ke hospital Temerloh keesokkannya. Doktor pakar membuat keputusan bahawa anak saya tidak boleh dilahirkan cara normal kecuali cara Cesarian. 

Tepat pukul 9 pagi isteri saya dibawah ke bilik bedah dan 10.05 maka lahirlah anak kedua saya. Seorang bayi perempuan, berat 3.5kg dan dilahirkan pada 22 Ogos 2012. Kami namakan Wan Fatimah Az Zahra, sempena nama moyangnya yang telah kembali ke Rahmatullah pada Januari tahun ini.

Isteri saya masih ditahan diwad untuk monitoring. Doakan keselamatan anak dan isteri saya. 

InsyaAllah saya akan kembali aktif berblog selepas ini.


Wan Fatimah Az Zahra



Tuesday, August 7, 2012

Kekalahan Chong Wei, Kemenangan Malaysia.

Lee Chong Wei gagal menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi pingat emas Olimpik. Namun pada hari ini, beliau disambut bagaikan wira. Bahkan, pelakon,penyanyi dan poli-tikus tidak mendapat sambutan sebegini jika mendapat tempat pertama, apa lagi kedua.

Kemenangan Malaysia adalah pada semangat, harapan dan satu padu menyokong wakil Malaysia ini. Saya berjenaka mengatakan dalam twitter, Chong Wei berjaya menyatukan 27,999,999 orang rakyat Malaysia. Ini kerana kita terpaksa menolak seorang Yang Bingai bernama Manoharan.

Mesej yang ingin disampaikan oleh kita kepada kerajaan hanya satu: kita ingin cemerlang dipersada dunia. Kita sudah lama tidak 'Proud of being Malaysian'. Sudah tidak ada pendaki gunung Everest, perenang menyeberangi Selat Inggeris, penerjun Kutub Utara. Semangat 'Malaysia Boleh' era Tun Mahathir seolah-olah sudah berkubur.

Kita dahagakan kejayaan di peringkat antarabangsa. Kita dambakan wira-wira 'Made in Malaysia'.

Sebenarnya ada. Kita boleh nampak kilau-kilauan kecermelangan dalam individu-individu seperti Nazmi Faiz dan Shafe Sali dalam bolasepak, Nicol Davies dalam squash dan sebagainya. Namun Malaysia sendiri 
seperti sudah kehilangan 'winning mentality' yang pernah kita ada.

Dalam blog Datuk A. Kadir Jasin, beliau menulis tentang Olympic: Our Solitary Medal Speaks Volumes dan beliau memberi beberapa ingatan kepada pemerintah. New Zealand sebagai negara kecil, terkini memenangi 3 emas, 1 silver dan 4 gangsa. Penduduknya hanya 4.4 juta sahaja.

Malah negara miskin seperti Jamaica berupaya memenangi  4 pingat, Cuba 7 pingat. Sukan seperti ini memberi mesej bahawa negara-negara yang memenangi bukan hanya kaya dan mampu melatih atlet mereka, selain 'natural talent' namun berjaya menanamkan semangat juang dan patriotik yang tinggi untuk memenangi sesuatu buat negara mereka.

Adakah atllet kita tidak mendapat latihan cemerlang? Sejauh mana peranan kerajaan, terutama Menteri Belia dan Sukan berjaya menanam 'winning mentality' kepada atlet kita? Atau adakah atlet kita terlalu manja dan kurang patriotik? Atau kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.

28 juta penduduk, hanya 1 pingat. Sesuatu perlu dilakukan.



Monday, August 6, 2012

Yang Bingai Lagi.

Semalam, Malaysia berkabung kerana Dato Lee Chong Wei gagal memenangi pingat emas. Lee Chong Wei sendiri menitiskan airmata, bukan untuk kemasyhuran peribadi tetapi katanya kerana gagal membuatkan Lagu 'Negaraku' dimainkan di London. Seorang pengulas sukan turut berkata: "Lin Dan wants the medal, but what Chong Wei wants is his national anthem being played here".

Saya bangga dengan Lee Chong Wei. Saya bangga walaupun tewas, beliau berjuang habis-habisan. Saya bangga sikap patriotiknya yang memberi segala untuk negaranya. Namun setiap negara yang mempunyai warganegara patriotik, ada yang sebaliknya.

Yang Bingai, ADUN dari DAP, Manoharan tweet sesuatu yang menyakitkan hati setiap insan yang menyayangi Malaysia. Untuk seketika selama Chong Wei bejuang menentang Lin Dan, semua rakyat Malaysia melupakan seketika ideologi politik dan menyokong Chong Wei sebagai wakil Malaysia. Mari kita baca tweet dari Yang Bingai ini:



Namun extremist DAP dan cybertrooper pembangkang tidak dapat memisahkan apa saja dari politik. Bahkan seni sendiri seperti filem Tanda Putera tidak dapat lari dari serangan politik mereka. Sebagai pembangkang mereka menganggu apa saja usaha kerajaan untuk membaiki apa saja keadaan. Jika mereka menjadi kerajaan saya percaya demokrasi akan berkubur. Mereka hanya percaya apa yang mereka ingin percaya dan pandangan lain bagi mereka 'sesat'.




Kita tidak melihat Chong Wei sebagai Cina,Melayu atau India tetapi sebagai rakyat Malaysia

Di atas adalah tweet dari  cybertrooper PKR. Dia spin jika Datin Seri Rosmah datang ke London dan menyokong Dato Lee Chong Wei, Chong Wei akan mampu menang emas. Lagi, mereka membenci dan hanya kebencian yang ada pada Pakatan. Period.

Yang Bingai Manoharan pernah kontroversi ingin mengubah Jalur Gemilang jika PR mendapat kuasa. Masih ada Melayu yang percayakan DAP? Seorang pemimpinnya pernah kencing tiang bendera Malaysia di hadapan rumah seorang MB.


Tuesday, July 31, 2012

Kekesalan Saya: Tanda Putera.

Beberapa hari menjelang puasa saya mendapat jemputan menonton filem terbaru dari Shuhamie Baba: Tanda Putera. Sebenarnya, ia merupakan preview kepada beberapa orang yang terpilih sebelum ditayangkan kepada khalayak. Saya sangat ingin menontonnya, tetapi beberapa urusan perniagaan tidak membenarkan.

Satu keputusan yang saya kesali hingga kini.

Filem ini dijadualkan akan ditayang kepada khalayak pada 13 September 2012. Malangnya, tarikh penayangan ini ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditentukan. Walaupun pihak pengeluar filem ini menafikan penangguhan itu ada kena mengena dengan politik, namu kita boleh menebak dengan baik.

Melayu bangsa(jika mereka faham apa itu bangsa) yang apologetik. Mereka lemah walaupun memegang kuasa. Mereka lemah walaupun mereka majoriti. Sedih saya mengucapkan ini kerana saya sendiri seorang Melayu yang patriot dengan keMelayuan saya.

Namun ini hakikat.

Tanda Putera, seperti Rashomon telah menjadi filem dinilai dari sudut persepsi penonton. Atau citarasa politiknya(bahkan seni tidak dapat lari dari politik di Malaysia ini). Dan penundaan ini sudah tentu ada kena mengena dengan 'sensitiviti kaum'. Malah terdengar desas desus dikalangan rakan blogger, ia akan ditapis dan ditapis hingga memuaskan hati sesuatu golongan.

Tanda Putera adalah kisah kegigihan Allahyarham Tun Abd Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail yang bertekad membina semula Malaysia yang baru merdeka dari puing-puing rusuhan kaum akibat radikal golongan politik tertentu. Ianya adalah sejarah sebuah negara yang dilakar secara berseni oleh Shuhami Baba. Saya tidak nampak mengapa ia perlu ditunda atau disunting hingga menghilangkan kesenian dan kesejatian sejarahnya.

Jika ada individu dalam filem berkenaan, kebetulan kaum Cina dari parti yang extreme dan chauvanist kencing kan tiang bendera Malaysia, maka generasi baru perlu tahu. Dan ini tidak menggambarkan bahawa semua kaum CIna di Malaysia anti-Malaysia, chauvanist, rasis, komunis dan radikal. Kita tahu bahawa Tan Chen Lock bahu membahu dengan Tun Razak membina semula Malaysia yang telah diporakperandakan oleh golongan radikal.

Oliver Cromwell pernah meminta pelukis potretnya melukis wajahnya yang sebenar, walaupun ada ketuat, jerawat dan kedutan. Ini pemimpin berjiwa besar dan bukan bacul seperti sesetengah pemimpin Melayu kita.










Oh Melayuku, aku impikan lahirnya pemimpin berani seperti Tun Dr. Mahathir lagi.

Tuesday, July 24, 2012

"Allah Mahu PAS Merampas Kuasa Ke Putrajaya".




Komen saya:

1.  Ucapan ini adalah ucapan abad ke 15.
2.  Ucapan ini juga sesuai di Syria bukan di Malaysia.
3.  Nik Abduh mendakwa : "perjuangan PAS paling suci dalam dunia ini." Bukan di Malaysia tetapi di dunia.
4. Nik Abduh ada kuasa ghaib berhubung dengan Allah. Allah 'berkomunikasi' dengan Nik Abduh dan mengarahkannya 'merampas kuasa' ke Putrajaya.
5.  '...walaupun bertukar merah dengan DARAH sekalipun, hijau akan tetap ke Putrajaya". Tapi mereka menafikan mereka militant. Erm...
6.  Malaysia comfirm akan menjadi 'Club of Doom' jika ramai anak-anak muda seperti Nik Abduh.
7. Kita tidak perlukan pemimpin semacam ini dalam Malaysia. Hakikatnya, kita tidak perlukan PAS pun. 

Wednesday, July 18, 2012

Usia Pencen Hingga 60, EPF Juga dikeluarkan sepenuhnya 60?

Salam Pembaca. Saya begitu sibuk dalam masa sehari dua ini dan tidak dapat berblog. Pagi ini saya terbaca entry dari Outsyed The Box: EPF Withdrawal and Chinese Votes dan ianya menarik minat saya.

Saya salin sepenuhnya entry beliau:





TUESDAY, JULY 17, 2012


EPF Withdrawals And Chinese Votes


I received this yesterday from a concerned reader Ms Lee. She writes about the EPF
withdrawal age being raised to 60 years from 55 years.







"Please pass this message to the PM

I heard on the radio this morning that the Ministry of Finance has proposed that in line with the extended retirement age of 60, the current EPF full withdrawal at 55 years will be amended to half withdrawal and the final half upon reaching 60.

Please convey this message to the PM that it will be a very grave decision indeed and that it is going to cause his BN government a huge chunk of votes in the coming election!

Thanks & Regards,
Lee 

Here is a report from The Star today about the same subject :

  • Full EPF withdrawal at 60
  • The age for full withdrawal from the (EPF) raised to 60 years and partial withdrawal to 55.
  • retirement age for private sector employees from 55 to 60.
  • ".Once we raise the minimum retirement age, we have to raise the age of EPF withdrawal as well,” 
  • Currently, contributors can make partial EPF withdrawal at 50 and full withdrawal of their savings upon retirement at 55.
  • ..looking at providing a transition period for contributors who have already planned to withdraw their contributions within the next few years.
  • “not finalised the transition period, between three and five years,” 
  • EPF contributors had expressed concern about whether the age for full EPF withdrawal would be raised.
  • Many wanted the option of withdrawing their savings at 55 even if the retirement age was raised to 60, saying that they required their savings for pressing needs such as their children's education and elderly parents' medication while some felt that they deserved the flexibility of choosing when they could withdraw their savings.
  • MTUC said they were in the dark about the planned amendment.  “We have not been involved in any discussion regarding raising the age of EPF withdrawal or any other amendment to the Act,” 

Well if the retirement age has been raised to 60, then it follows that the EPF withdrawals will match or should match the retirement age (60 years). 

However I hope the EPF will take into consideration the biology of the human species.  Raising the retirement age has come about because human beings now live longer and healthier. They can work up to age 60.  But it does not change the biological cycle of the human being.

Normally, for most people, by the time a man or woman hit 50 years of age, their kids are past the school going age. Their kids are either in university / college or working. And they will also be expecting their grandkids to arrive about this time because their kids will be getting married. This means parents in this age gap will be planning for weddings, especially if they have daughters.   You can raise the retirement age to 60 or 65 or 70 years but this is the biology of the human race which you must bear in mind.

Here is my suggestion. Despite the retirement age being increased to 60, we should allow full EPF withdrawal at 55 years.  Why? Because of the biology. 55 years or 60 years is just a stroke of the pen. (What if tomorrow the retirement age is raised again to 65 years? Takkan kita nak enjoy our EPF savings at age 65 years, bila dekat nak mati dah?) Please pay attention to the biology. 

And please give these post 55 year olds the option if they still want to make EPF contributions after age 55  (Employers cannot be exempted). My reason is because by the time you reach 55, most of your affairs are already sorted out. The kids have grown up, you already have a house or home. You are pretty much ok. 

We also know that with all the safeguards, the EPF has problems  finding places to invest all the billions of Ringgit the EPF collects every month. That is also why the EPF dividend rate is low. So why collect even more billions from people at the peak of their earning power? Where will the EPF invest all those extra billions?

Lastly a huge bulk of EPF contributors are Chinese people too. Most will be voters. As Ms Lim has written in her e mail, these voters may get angry if they have to wait another five years before they can get their EPF savings




Berita bahawa kerajaan akan menetapkan pengeluaran EPF sepenuhnya pada usia 60 membimbangkan, terutama kepada pengundi Cina. Outsyed The Box memberi beberapa pandangannya supaya duit EPF boleh dibenarkan keluar pada umur 55.

Antaranya, jika simpanan pekerja terlalu banyak, sukar bagi EPF meletakkan duit berkenaan di tempat yang boleh memberi pulangan. Di mana lagi ianya akan dilaburkan? Sebab itu pulangan EPF sangat rendah.

Sebenarnya, EPF di Malaysia ini hampir serupa dengan skim 401(k)s di Amerika. Peraturan kewangan telah berubah selepas Nixon tidak lagi menggunakan emas untuk menetapkan nilai dollar pada tahun 1971. Jadi dollar bukan lagi money yang difahimi sebelumnya. Dollar merupakan currency.

Robert Kiyosaki menulis:

"The word 'currency' comes from the word 'current', like an electrical or an ocean current. The word means movement. In overly simple terms, a currency needs to keep moving. If it stops moving, it rapidly loses value. If the loss of value is too great, people stop accepting it......"

Selepas Perang Dunia Pertama, German merupakan negara pertama pernah mengalami masalah 'duit tak laku' ini. Ada pekerja yang menerima gaji dalam perjalanan ke pasar hanya mampu membeli sebiji telur sedang sebelum itu boleh beli lebih dari itu. Ada seorang nenek tua membawa berkarung-karung duit simpanannya dengan wheelbarrow untuk memberi barangan dapur, mendapati duitnya tidak hilang tetapi wheelbarrownya sudah dicuri.

Dengan ringkas, selepas tahun 1971, saving bukan lagi cara terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan. Duit yang disimpan lama-lama itu hanya akan makin berkurangan nilainya dimakan inflasi.Apalagi jika pulangan diberi sekadar 6% dengan kadar inflasi yang tidak menentu.

Maksudnya, daripada mereka dibenarkan mengeluar selewat mungkin, lebih baik mereka dibenarkan mengeluar secepat mungkin. Makin cepat mereka boleh keluarkan EPF makin cepat mereka boleh invest sendiri pada pelaburan yang boleh memberi pulangan lebih dari 6%. 

Seperti peraturan currency selepas tahun 1971, oleh kerana dollar, atau ringgit atau mana-mana matawang dicetak dan dicetak tanpa dinilai berdasarkan emas, kuasa beli sebenarnya boleh merundum dalam sekelip mata. Kita sudah lupa tahun 1997? Setelah mawatang kita merundum hingga hampir 1 dollar=5 ringgit. Berapa ramai jutawan kita bankrap dalam masa sekelip mata.

Dan kesannya hingga ke hari ini. Malaysia sebenarnya belum benar-benar pulih dari tahun 1997. Kita tidak seperti 'kemuncak' lagi.

Benarkan saja pekerja yang berusia 55 tahun boleh memilih untuk mengeluarkan EPFnya pada umur 55 atau 60. Jangan wajipkan umur 60 boleh dikeluarkan. Dalam usia sedemikian, kita perlu anggap kebanyakkan mereka sudah matang membuat keputusan dalam hidup mereka.

Lagipun, itu duit mereka.




Sunday, July 15, 2012

When The Children Cry

Little child dry your crying eyes
How can I explain the fear you feel inside
Cause you were born into this evil world
Where man is killing man and no one knows just why
What have we become just look what we have done
All that we destroyed you must build again

CHORUS
When the children cry let them know we tried
Cause when the children sing then the new world begins

Little child you must show the way
To a better day for all the young
Cause you were born for all the world to see
That we all can live with love and peace
No more presidents and all the wars will end
One united world under God

CHORUS

What have we become just look what we have done
All that we destroyed you must build again
No more presidents and all the wars will end
One united world under God

When the children cry let them know we tried
When the children fight let them know it ain't right
When the children pray let them know the way
Cause when the children sing then the new world begin

-White lion






I dedicated this song to children all over the world. Human being the only species can inflicts tremendous agony and pain to their fellow human being. Yet we called this as 'inhumane' whereby other species can be even more humane to their own species. 

At least they might not kill their own children. But look at Syria, Palestine, Rohingya. We killed our children for golds, money, territories, powers and oils. 










And we call ourselves human?







"There would never be a good war and a bad peace."
-Benjamin Franklin

Saturday, July 14, 2012

Rainbow 5: Dengar Ini Cerita.



Pengarah Rainbow 5 sedang mencari-cari beberapa tema untuk dijadikan lagu utama dalam filem cinta tiga segi berkenaan. Kebetulan, untuk menarik kaum Melayu bagi menonton 'ini gambar', pengarah cuba mempromosi semula lagu 'Dengar Ini Cerita', nyanyian Tan Sri P.Ramlee dalam filem 'Hujan Panas'. Selalunya lepas 'Hujan Panas' maka akan berlakulah Pelangi. Tengok sini.







Selain dari lagu 'Dengar Ini Cerita', turut dipertimbangkan adalah lagu 'Pelangi Petang' oleh Allahyarham Sudirman.





Pelakon, Kim Guan Eng merupakan anak seorang diktator Khorea Uthara minta lagu ini di remixkan menjadi versi chipmunk. 

Dikatakan pelakon mempunyai hubungan romantik dengan heroin filem ini walau di luar layar perak. Kim Guan Eng bagaimanapun menafikan hubungannya dengan heroin. Namun selepas sidang akhbar, perkara pelik berlaku. Lihat bawah:





Beliau menafikan segalanya.


Aneh kerana semakin banyak beliau bercakap, semakin panjang hidungnya. Penyakit misteri ini dikenali dengan nama 'Pinocchio Effect'.

Wednesday, July 11, 2012

"Saya tidak mahu menanggung dosa jika Anwar jadi PM" - Tun Dr. Mahathir

Mungkin ramai yang sudah tengok youtube ini. Tapi ia masih seronok untuk ditonton. Dato' Ibrahim Ali menceritakan detik-detik terakhir sebelum Anwar dipecat sebagai TPM. Anwar minta bantuan Dato' Ibrahim Ali menyelamatkan careernya, mengetahui hubungan unik Tun Dr. Mahathir dengan Ibrahim Ali. Mari kita tonton.







Tapi pelik mengapa Ibrahim Ali beria-ria hendak menolong Anwar eh selepas sekian lama tidak dipeduli oleh Anwar? 

Masyuk kot?

P/S: Jangan marah Tok Him, gurau jer.

Monday, July 9, 2012

Antara Mahathirisme dan Siangisme.

Dalam entry terbaru Tun Dr. Mahathir, The Fears Of Kit Siang Tun menyuarakan kehairanannya mengapa Lim Kit Siang perlu takut dengan apa yang mereka panggil 'Mahathirisme'. Menurut Tun, 'Mahathirisme' sudah berkubur sebaik Tun Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Bagi Tun(samada benar atau tidak) Mahathirisme sudah lama lenyap.

Sebenarnya, saya sendiri hairan apabila pembangkang, bukan hanya Kit Siang malah Anwar dan Nik Aziz masih suka berperang dengan Tun Mahathir. Sebenarnya, Tun Mahathir mempunyai keunikan yang tersendiri apabila terlibat dengan kontroversi. Mungkin tidak seperti penggantinya Tun Abdullah dan DS Najib, Tun Mahathir tidak dodges kontroversi, tetapi akan mengambil jalan 'brings it on'. 

Ironynya, Mahathirisme dihidupkan oleh pembangkang. Dengan ini, Tun Mahathir kekal berpengaruh. Teringat saya kepada nasihat Tun Musa apabila beberapa individu masih menyerangnya setelah beliau mengumumkan beliau bersara politik. "Jangan ditendang bola yang sudah kempis". Sesiapa yang menendang bola yang sudah kempis, akhirnya hanya akan menyakitkan kakinya sendiri.

Sementara dunia sudah bergerak ke masa hadapan, Kit Siang, Anwar dan Nik Aziz masih terbelenggu dengan Mahathirisme - walaupun Tun Mahathir sendiri sudah tidak berada dalam keadaaan yang boleh mencorak masa depan kerajaan - atau Malaysia. Mereka gagal melihat realiti masa kini bahawa Najib merupakan opponent yang perlu mereka tangani.

Seperti Bobby Fischer yang enggan berdepan dengan Anantolia Karpov dan masih ingin menentang musuh lamanya, Boris Spassky, begitulah sikap Lim Kit Siang dan Co. 

Berbeza dengan Mahathirisme, exponent kepada isme itu sudah bersara. Apa pula falsafah atau isme Kit Siang? Kita namakan 'Siangisme'. Ini dia:

"I want to be and forever in power or put my son Guan Eng as my successor, possibly also forever and ever in power until my grandson grows up and takes DAP leadership. I will continue to instigate the nation to further divide, especially Chinese and Malay until Malays' special right will be abolished and Malaysia for Malaysian(read Chinese)."

To me, that Siangisme and unlike Mahathir, this fellow never intend to retire from politic.


Sunday, July 8, 2012

Rainbow 5.

Ini hanya jenaka hujung minggu. Mari kita lihat evolusi filem Stallone. Mula-mula filem ini bertajuk 'First Blood'. 



Bila filem ini meletup, dibuat sequel bertajuk: 'First Blood 2: Rambo'.



Kemudian Stallone buat lagi satu sequel. Kali ini sudah hilang 'First Blood' tapi dinamakan 'Rambo 3'.




Dalam usia Stallone 60 an, beliau menerbitkan filem sequel Rambo yang ke empat. Sudah tua mahu jadi hero lagi.




Sekarang Stallone sudah tua. Sudah tidak mampu berlakun. Jadi Stallone mencari bakat baru. Bakat baru ini pula tidak minat filem Perang. Dia nak berlakun filem cerita ala-ala 'Winter Sonata'. Maklumlah kulit dan wajahnya hampir sama dengan pelakun Korea.

Dia juga minta Stallone tukar tajuk dari 'Rambo' ke 'Rainbow'. Katanya, bunyi 'Rambo' agak ganas, berbau perang tak sesuai dengan jiwanya yang romantik. Dalam filem 'Rainbow 5' ini, beliau memegang watak suami curang. 

Stallone sudah 'unveiled' pelakun yang menggantikannya kepada umum. Ini pelakunnya:



Pemegang watak utama filem 'Rainbow 5'.


dan ini heroinnya





Thursday, July 5, 2012

Ceramah PAS Memang Lumayan.

Tidak seperti tajuk artikel ini, sebenarnya langit tidak selalu cerah. Ada ketika ceramah juga merugikan. Mari baca nasib Mat Sabu yang digarap oleh sahabatnya, Penarik Beca:

"Peristiwa 1 (sebelum tahun 1990)

Tiba-tiba Mat Sabu ajak aku teman dia nak ceramah di Melaka. Baru ja naik kereta, dia tanya aku, "hang ada duit?" aku kata ada la RM30. "Bagi kat aku dulu. Nak boh minyak. Nak bayaq tol. Satgi kalau depa bagi duit lepas ceramah, aku bayaq balik". Sampai tempat ceramah, kami minum kat gerai di situ. Bagai biasa, ramai ahli yang seronok minum dengan Mat Sabu. Lepas minum, dia bayar. Dalam hati aku kata, "duit tak dak pun berlagak nak belanja orang".

Lepas ceramah, sebaik sahaja naik atas kereta, Mat Sabu bagi tau, "Duit hang kemudian la aku bayaq. Tak dapat duit malam ni. Biasa dah. Melaka ni bukan ramai orang. Penganjur pun tak cukup duit nak bagi kat kita. Tak dak makan malam la kita malam ni (kebetulan penganjur tak jamu makan malam). Duit tadi dah habis".

Untuk menghiburkan perut yang lapar, kami bercerita sambil gelak deras-deras sepanjang perjalanan balik."

Ini nasib PAS jika ceramah mereka tidak mendapat sambutan. Seperti bisnes biasa, kurang yang hadir, kurang derma Tin Milo. Jika ramai yang hadir, banyak derma Tin Milo. Penceramah akan mendapat bahagiannya, pengajur dapat bahagiannya dan tuan rumah dapat bahagiannya.

Ini merupakan perniagaan 'Tin Milo Inc'.

Ketika tahun 1990, PAS dan DAP sangat lemah. Selepas Ku Li meninggalkan UMNO, Tun Mahathir berjaya membuktikan bahawa projek mega yang dibawanya menjana ekonomi Malaysia dan hampir semua orang menyokong BN. Pilihanraya tahun 1990 dan 1995 adalah paling cemerlang di bawah Tun Mahathir.

Ekonomi Malaysia juga melonjak tinggi sebagai antara 'Miracle of Pacific Rim'. Even stupid Menteri Kewangan seperti Anwar pun kelihatan hebat. Hingga ekonomi merundum akibat serangan penyangak matawang 97 kembali mengubah landskap ekonomi Malaysia.

Nasib penceramah PAS sekarang lebih mewah dari Mat Sabu tahun 1990. Hal ini dibongkar sendiri oleh blogger pro PAS Penarik Beca. Walaupun niat blogger itu adalah untuk memalukan Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali, namun amalan sedemikian memang menjadi 'bread and butter' PAS. Kita baca seterusnya:

"Tahun 2012

La ni banyak penceramah mewah. Malas la aku nak sebut nama. Ada yang dapat RM1,000 bersih. Maknanya tak masuk tambang dan lain-lain. Ada yang dapat RM2,500.

Hujung 90an, aku antara orang yang awal-awal bantai Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana minta duit banyak-banyak bila nak panggil dia ceramah. Masa tu aku ahli PAS lagi.

Biasa la, bila kita bantai pujaan ramai, macam-macam orang tibai. Sama juga macam aku mula-mula tibai Ustaz Nasharudin Md Isa sebaik sahaja selepas pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 (aku tulis dalam akhbar Siasah) dan juga ketika mula-mula dedahkan perbuatan sebahagian pemimpin tidak bermoral yang berkendak dalam gelap dengan Umno selepas pilihan raya 2008. Ikut suka hampa la nak kata pun; penyebar fitnah la, fasiq la, munafiq la, Syiah yang dengki la, Yahudi la, kafir la, macam-macam. Ayat "inja akum fasiqun bi naba'in fa tabayyanu" dah tentu ditujukan untuk aku.

Balik kepada cerita penceramah mewah. Aku tak nak bantai depa. Allah Maha Melihat, aku tak dengki. Rezqi depa la tu.

Tapi bagi la peluang aku nak ingatkan, bila ceramah dah tak banyak lepas pilihan raya nanti, orang datang ceramah pun tak ramai dan penganjur pun tak mampu lagi nak sedia duit banyak-banyak, mungkin masa tu hampa tak akan dijemput berceramah lagi sebab tak dak duit nak bayar kat hampa.

Masa tu, bila musim tengkujuh datang lagi, mohon la sangat-sangat jangan la buat kelaku pulak. Tu ja yang aku nak cakap sampai terpaksa tulis panjang lebar. Harap tak marah. Mohon maaf!"


Dalam posting terbaru Outsyed The Box: Scary News, beliau menyentuh bermula 1 Julai 2012 Public Service Commision membenarkan pemegang ijazah memohon jawatan yang pemegang SPM. Ia berita sedih bagi perkhidmatan awam Malaysia, dan Pendidikan Malaysia.

Mungkin jika ramai anak muda menyertai PAS, maka pintu perniagaan "Tin Milo Inc' sentiasa terbuka. Artis-artis pencen sudah ramai menceburinya. 



No money, no religion.


Wednesday, July 4, 2012

3 juta Pengundi Muda: PR Yakin 70% Menyokongnya dan Berjaya Tumbangkan BN.


Regim BN akan ditamatkan jika 70% pengundi baru menolaknya



Di atas merupakan twitter salah seorang cyber-trooper PR. Kerjanya siang malam pagi petang memfitnah. Tweethandlenya @nurislah. 'Nur' adalah cahaya, 'islah' maksudnya pembaharuan(reformasi). Jadi kononnya nurislah bermaksud 'cahaya pembaharuan.

Namun apa yang dilakukan dalam tweetnya hanya memfitnah. Saya memanggilnya 'nurfitnah'.

Lim Kit Siang percaya kerajaan BN akan kalah dalam PRU ke 13 JIKA 70% dari 3 juta pengundi muda tidak mengundi BN. Kononnya pengundi muda sudah muak dengan BN. Kononnya pengundi muda berminat dengan PR.

PR perasan mereka mewakili generasi muda. Kononnya mereka memahami aspirasi pengundi muda. Mari kita lihat wakil-wakil dari PR yang boleh memahami aspirasi pengundi muda:


Selain dari gambar Taib Mahmud dari BN, empat gambar di atas adalah wakil yang memahami aspirasi pengundi muda. Yang pertama sekali, Nik Aziz Nik Mat berusia 81tahun , Lim Kit Siang 71tahun, Haji Hadi 65 tahun dan Karpal Singh 72. Tidak ada dalam gambar ini adalah Anwar Ibrahim, juga 65 tahun. Wah muda-muda belaka, wajar mereka menjadi pilihan orang muda.

Mereka di atas mengutuk Tun Dr. Mahathir yang lama berkuasa selama 22 tahun. Anehnya mereka sudah berkuasa sejak 3 juta pengundi muda masih belum lahir dan masih berpolitik hingga kini. Nik Aziz selama 44 tahun, Lim Kit Siang selama 42 tahun, Karpal selama 37 tahun dan Haji Hadi selama 33 tahun.

Saya yakin idea mereka mesti comtemporary dan terkini. Hoye!

Terbaru menjadi trend PAS mengrekruit artis yang juga sudah pencen. Aishah, Dayangku Intan, Bob Lokman, Abby Abadi dan Hairie Othman merupakan PAS 'latest captured'. Malangnya artis ini adalah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kepada generasi pengundi muda seramai 3 juta itu.

Mari kita baca pendapat blogger Teh Tarik Gelas Besar dalam posting bertajuk : PR Pilihan Anak Muda? 


"Saya sering diberitahu oleh "so-called" media baru ini bahawa kini, Pakatan Rakyat adalah pilihan anak muda. Pakatan Rakyat ini pilihan anak muda kerana itu pada tahun 2008, saluran satu - mostly anak muda bring the votes from the youth - yang akhirnya memenangkan Pakatan Rakyat dia lima buah negeri. Dan sehingga hari ini, "so-called" media baru ini berkata "Pakatan Rakyat adalah pilihan anak muda".

First of all, saya pernah berbual dengan orang-orang kuat Pakatan, dan pandangan pertama saya apabila diajukan tentang surat khabar Suara Keadilan ialah "not attractive enough to youth, sebab tak ada berita sukan". Then, saya diperlekehkan - selekeh-lekehnya dengan berkata "sukan itu perkara tidak penting, tidak ada ruang dalam Suara Keadilan". Of course, the main reason why people still buying Utusan or Metro or Kosmo not because berita-berita bodoh yang ditulis, but because of sports. Lelaki baca paper dari muka surat belakang - penting tak penting - kau kena nampak ini - lelaki baca paper dari muka belakang. Kau sebutlah mana-mana pun - way over 80 percent men that I know read newspaper from back, termasuk aku dan bapak aku.

Orang Pakatan dismissed pendapat aku dengan berkata, "not important, not important".

Now, UMNO and BN are trying hard to impress the youths. In my area they're sponsoring futsal competitions, sponsoring football competitions, karaoke competitions and the list goes on. Tetapi Pakatan same old thing melakukan ceramah semata-mata. Sebagai penduduk Shah Alam aku selalu nampak banner "ceramah PR" more than "ceramah BN", while BN lebih banyak banner towards social activities, macam aku cakap.

And now, the latest news, I heard Abby Abadi are in ceramah PAS.  Shit not! Dan when was the last time I heard about Abby Abadi? Bercerai dengan suami like few years back, and now I think she's already entering like mid 40s. Berlakon pun dah jarang dapat dah, like I'm pretty sure. Before that it was Aisyah, and Dayangku Intan. Uh well, how come nak panggil "pilihan anak muda" if you're took this makciks and not like UMNO who bring Lisa Surihani and Neelofa in their function? Come on, I know bayaran agak mahal but that's what you're doing, kan? To gain support you should bring more energetic vocals to ensure you to get support. I think when these makciks were singing korang makcik-makcik yang enjoy, anak muda tak enjoy pun.

Dah kalau kau rasa anak muda macam Neelofa or Lisa Surihani market mahal - why not kau try ambik budak punkrocker dan some underground bands yang bawa korang ni. Korang tak nak, korang nak juga bawak makcik-makcik ni. End up Radio Bangsar Utama hari-hari main lagu Indonesia. Korang nak ikut sedap korang je - korang nak ke tak nak undi kitorang ni?

Yeah, memang UMNO ada duit dan kuasa yang banyak untuk offer, tapi amende yang korang nak sekat lagi? You got 4 states to govern - at least bagilah sikit duit kepada mereka yang akan mempromosi kamu untuk pilihanraya ni. Manchester City tak akan menang piala kalau owner mereka kedekut, dan Chelsea tak akan menang Champions League kalau Roman Abramovich kedekut. Untuk menang anda perlu berbelanja. UMNO dengan konfidennya akan menang - sebab Pakatan sendiri enggan nak spend untuk promosi diri sendiri. Balik-balik ceramah. Balik-balik berita politik. Come on, spend sikit duit untuk sisipan berita sukan hatta satu muka surat pun tak apalah. At least youths and men like me got something to read. Ni nak beli Suara Keadilan untuk apa kalau depan belakang tengah semua cerita yang dah recycle berkali-kali?

Memanglah berita sukan tak penting bagi politisyen macam kamu semua - tapi last-last korang juga yang berjaga malam tengok Champions League dan Premier League, so kamu pun kena sedarlah - yang sukan ini walaupun "tak penting" - kamu nak ambil tahu juga.

PR pilihan anak muda? Think again - kalau hanya makcik-makcik ni je yang sokong"


PR memang pernah berjaya memikat golongan muda. Saya akui. Ini terbukti dengan beberapa saluran muda semasa PRU ke 12 dimenangi oleh mereka. Tapi strategi mereka tidak pernah berubah. Balik-balik ceramah. Balik-balik ceramah. Balik-balik spin. Balik-balik 'kekejaman', balik-balik 'kuasa rakyat',  dan tidak ada pembaharuan.

Sekarang 'pembaharuan' mereka sudah lapuk. 

Sementara PM dan BN 'courting' anak-anak muda dengan tampil semasa konsert secara 'impromptu' dan menjayakan Himpunan Jutaan Belia dengan K-Pop, artis seperti Lisa Surihani dan Neelofa bersama BN, PR masih balik-balik ceramah, balik-balik 'enam kotak', balik-balik Antantuya dan Scopene. 

The reason why Gengkhiz Khan never lost in battles because he alway and forever an innovator. In First Punic War, Carthage naval power overwhelmed Roman which was unfamiliar with naval tactic. Roman learned very fast, in Second Punic War Rome defeated Carthage in naval battle. Rome quickly copied and improvised Carthage's tactic but Carthage herself never changes her tactic.

Dan kegagalan parti seperti DAP dan PAS keluar dari pengaruh orang tua seperti Nik Aziz dan Lim Kit Siang tidak 'memberahi'kan golongan muda. UMNO sendiri sudah tukar 7 presidennya.

PR pilihan orang muda? Tengok bawah:



PAS sudah berdekad guna ceramah tapi hasilnya????


'Cool' PM - ini baru pilihan orang muda.


Well, u cannot teach old dogs new tricks.