Followers

Tuesday, September 25, 2012

Homo Novus versus Renaissance Man

Semalam saya membuat posting tentang 'homo novus'. Homo novus atau new man merupakan orang yang boleh breakthrough sistem sosial dari golongan yang sudah establish tanpa mempunyai connection. Mereka naik kerana merit.

Sementara Renaissance Man pula merujuk kepada seorang yang serba boleh, versatile dan all rounder. Istilah ini diambil ketika zaman Renaissance yang melahirkan ramai artis yang mempunyai kebolehan yang lain. Leonardo da Vinci merupaka contoh tokoh renaissance.

Beliau bukan hanya sekadar seniman, namun juga seorang engineer, arkitek dan ahli matematik. Di Malaysia, Anwar Ibrahim pernah di nobatkan sebagai seorang Renaissance Man. Sudah tentu pada ketika itu beliau orang kedua paling berkuasa di Malaysia, 'the darling of Malaysian media'.

Kebetulan beliau menulis buku berjudul 'Asian Renaissance' untuk membuktikan beliau insan serba boleh dalam dunia intelek selain bijak berhujah, berpolitik dan berpidato. Beliau mampu dari quote hadis hingga quote pemikir Greek seperti Aristotles dan Plato. Malah beliau mengakui antara buku kegemarannya adalah buku garapan Octavio Paz: "In Light of India'.

Tidak seperti mentornya, Tun Dr Mahathir, penulisan Anwar bombastic dan sarat dengan bahasa bahasi yang tidak menggambarkan kejituan ideanya. Cuba bandingkan karya Anwar: 'Menangani Perubahan' dengan 'Dilema Melayu' Tun Dr Mahathir, pembaca akan faham apa yang saya maksudkan.

Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah dinobatkan oleh Margaret Thatcher sebagai seorang Menteri Kewangan paling bijak walaupun hanya berlatarbelakangkan Pengajian Melayu. Dan endorsement yang semacam ini dari PM Britain menguatkan cult Anwar dikalangan pengkagumnya.

Ketika krisis kewangan melanda Malaysia pada tahun 1997, sebagai Menteri Kewangan Anwar mengambil langkah yang menyusahkan rakyat: menaikkan BLR, memendekkan tempoh Non-Performance Loan(NPL) dan menggesa agar Malaysia menerima IMF.

Sementara Tun Mahathir selalu sangsi dengan kejujuran Barat, Anwar sedia melaksanakan apa sahaja pil yang di 'prescribe' kan oleh Barat. Ini beza antara Homo Novus dengan Renaissance Man. Tun Mahathir bertekad untuk menyelamatkan Malaysia dengan caranya dan menambat ringgit. Tun tidak takut walaupun dilabel barat sebagai 'heretic'.

Sejarah membuktikan tindakkan Tun Mahathir tepat. Sementara Anwar hanya mempunyai senjata 'simpati' - satu senjata yang ampuh untuk memenangi hati kebanyakkan orang Melayu.

Sekarang, dengan hanya bergaji seringgit sebagai Penasihat Kewangan Selangor, Anwar mampu mempunyai rumah bernilai 7 juta, mampu mempunyai bodyguard bagi mengawal keselamatan keluarganya, mampu memiliki bas mewah untuk kempen pilihanraya ala-ala Presiden Amerika, dan yang terbaru mampu menaiki jet peribadi.

Pemimpin yang memperjuangkan 'rakyat'



'Incorruptible'?




No comments: