Followers

Saturday, April 14, 2012

Konsep 'Bangsa' Bagi Orang Melayu Bahagian 3

Saya berhenti untuk menulis tentang ini beberapa lama kerana faktor masa. Saya sangat sibuk akhir-akhir ini. Namun saya sedar adanya bahagian yang belum selesai dalam bab ini. Ini posting terakhir konsep 'bangsa' bagi Melayu.

Dalam dua posting sebelum ini, sudah jelas bahawa konsep Melayu itu berkaitrapat dengan institusi raja-raja atau ke'raja'an. Ke'raja'an di sini bukan bermaksud pihak memerintah, tetapi 'the kingship', atau polity atau ke'datu'an.

Kedua, Melayu memahamkan bahawa mereka adalah Melayu sebagai subjek sesebuah ke'raja'an Melayu, kawula raja-raja Melayu selagi mereka berasal dari kepulauan Melayu walaupun mungkin berlatarkan sub etnik Minang, Bawean, Karimun, Banjarmasin dan sebagainya. 'Bangsa' bagi tamadun Melayu adalah merujuk tingkat susila dalam sistem kasta. Bangsa wan, bangsa hamba atau bangsa raja.

Ketiga, bagi saya kurang penting namun agak menganggu adalah persaingan budaya antara dua sub etnik bangsa yang serumpun iaitu persaingan antara kebudayaan Melayu dan kebudayaan Jawa. Selama berabad-abad ini merupakan tema persaingan merebut Selat Melaka.

Jawa agak lambat dalam persaingan ini. Sejarah membuktikan Melayu terlebih dahulu membentuk polity, beberapa kerajaan kecil yang muncul dan mengawal Selat Melaka seperti Funan, Sriwijaya dan Melaka. Di bawah kerajaan Sriwijaya, Jawa masih berantakan dan hanya disatukan oleh Airlangga beberapa tahun kemudian.

Sriwijaya menjadi musnah selepas diserang oleh Raja Chola dari India, dan memberi Jawa masa untuk bangun dibawah empayar Majapahit. Kemudiannya Majapahit membangunkan armada terkuat dan mula menguasai politik Selat Melaka. Adiyawarman, Putera Melayu dari Pagarruyung yang beribukan Jawa menjadi dalang dalam Gagasan Pa-Malayu(holy alliance) yang dirancang oleh Kertanegara dari Singosori.

Terbunuhnya Kertanegara atau 'Jaka Dolog' ini memberi ruang kepada Majapahit kemudiannya. Kemudian politik Melayu di Sumatera tertutama beberapa bekas kekuasaan Sriwijaya telah ditentukan oleh kuasa Majapahit hingga muncul Parameswara. Pameswara menafikan kekuasaan Majapahit yang kian lemah, cuba mendirikan kerajaan Melayu di Singapura.

Sejarah menentapkan bahawa Melaka akhirnya menjadi tapak kerajaan Melayu yang bangkit dari debu-debu kerajaan Sriwijaya. Selepas merdeka, Tanah Melayu mula membentuk kerajaan dan berlaku perselisihan pendapat antara golongan Melayu Muda dengan golongan establish seperti Onn Jaafar, Tunku dan Tun Razak.

Ahmad Bustamam dan Ibrahim Yaacob ingin mewujudkan Melayu Raya, merdeka bersama Indonesia. Sementara UMNO tidak bersetuju. Sukarno sendiri tidak bersetuju untuk menjadikan Melayu sebagai teras kepada Indonesia selepas merdekanya negara itu. Sukarno melancarkan bangsa Indonesia namun berbahasa Melayu dan berkebudayaan Jawa.

Polisi Sukarno ini lantas mengenepikan ahli-ahli politik Indonesia lain dari Sumatera dan sebagainya. Nasionalis Indonesia sepenting Sukarno seperti Muhamad Hatta dan Sutan Shahrir yang berasal dari Bukit Tinggi dan Padang tidak akan menjadi Presiden Indonesia.

Di Deli(Medan moden), kesultanan Deli digulingkan oleh kebangkitan rakyat lantas menghilangkan salah satu dari ciri-ciri keMelayuan mereka. Melayu yang konsepnya terbuka selama ini menjadi makin sempit dan makin sempit di Indonesia. Mereka bukan kawula kepada raja Melayu yang besar, namun hanya orang Jambi dari Sungai Melayu saja yang dikenali sebagai orang Melayu.

Minang, Koro dan lain-lain walaupun di Sumatera tidak mengaku mereka sebagai Melayu lagi.

Di Malaysia, konsep itu sudah di maktubkan dalam perlembagaan dan diberi makna yang longgar. Ini sebenarnya menghasilkan kekeliruan tentang kononnya asal orang Melayu dari Indonesia. Indonesia berteraskan kebudayaan Jawa, sementara Malaysia berteraskan kebudayaan Melayu. Tidak dapat tidak, kedua-dua sub etnik ini sebenarnya meminjam kebudayaan antara satu sama lain.

Ada teori mengatakan bahawa Melayu Kelantan mempunyai kaitan dengan Jawa selain Kemboja. Ini kerana tradisi wayang kulit dan kain batik. Sebelum wujudnya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dunia Melayu tidak mengenali sempadan 'Indonesia' atau 'Tanah Melayu'. Bagi mereka selagi ianya dalam kepulauan Melayu, mereka tidak berdagang di negeri asing. Cuma ketika itu sempadan ditentukan oleh kuasa Sultan atau raja-raja.

Bahasa Jawa pula gagal menjadi bahasa lingua franca. Berbeza dengan bahasa Melayu ketika Melaka, mereka mengenepikan bahasa sub etnik dan bertutur dalam Melayu. Boleh disimpulkan bahawa bangsa Indonesia sebenarnya meminjam bahasa Melayu.




2 comments:

baron_indonesia said...

"Sukarno sendiri tidak bersetuju untuk menjadikan Melayu sebagai teras kepada Indonesia selepas merdekanya negara itu. Sukarno melancarkan bangsa Indonesia namun berbahasa Melayu dan berkebudayaan Jawa." >>> maksudnya apa ini Oom?

1. Mengenai Bahasa Kebangsaan dan Jati Diri Keindonesiaan : Coba deh Oom kaji lagi mengenai Sumpah Pemuda 28 Oktober 1928.

2. Mengenai Wilayah Negara, Dasar Negara, Lambang Negara dan Bendera Kebangsaan : silahkan baca buku yang berjudul Risalah Sidang BPUPKI 1945.

3. Di situ terekam perdebatan para pendiri Republik Indonesia mengenai antara lain seberapa luaskah Indonesia Raya tersebut. Apakah berdasarkan Historis (Sriwijaya+Majapahit) atau Yuridis (Hindia Belanda). Perdebatan tersebut dan Fakta Historis ini juga yang memberi pertimbangan kolonial Inggris membentuk FPDA.

4. Salah satu sifat Malaysia adalah tidak bisa menerima beda penafsiran tentang apa itu Melayu. Di Indonesia, kami tidak keberatan masuk dalam ras Melayu tapi tidak ke dalam suku Melayu.Di Indonesia pun, Melayu tidak harus Islam.

sebagai contoh : Orang Riau tidak terima jika Orang Minang disebut sebagai Orang Melayu, demikian juga sebaliknya. Aceh, Gayo, Batak, Nias pun begitu.

Namun, bilamana konsep Melayu tersebut adalah sub ras Austronesia maka pakar sosio-antropologi dari berbagai suku yang ada pun tidak akan meributkan.

5. Malaysia selalu menganggap diri mereka sebagai Pusat Kemelayuan, padahal nyatanya tidak. Bilamana Bahasa Indonesia berakar dari Bahasa Melayu bukan berarti itu berasal dari Malaysia ataupun Malaka, namun dari Melayu Riau.

6. Bahasa Melayu menjadi lingua franca sudah sejak jaman Sriwijaya sebagai pewaris Kerajaan Mo Lo Yoe di Jambi, bukan sejak jaman Melaka ada.

7. Saran perbaikan lain yakni alur waktu Adityawarman (1294-1310) yang lebih muda dibandingkan dengan Kertanegara (1254-1292), mereka tidak hidup sejaman dan mereka beda kerajaan.

8. Bilamana Anda sangat bernafsu melihat non Jawa menjadi Presiden RI silahkan cari tahu mengenai Sjafruddin Prawiranegara.

9. Sebagai penyeimbang mengenai konflik peradaban Melayu dan Jawa, maka saya sarankan agar Anda mencari tahu tentang Pati Unus (Pangeran Sabrang Lor) lalu tanyalah pada diri Anda sendiri mengapa Anda dan masyarakat sekitar Anda tidak mengetahui peranan Pati Unus ini?

10. Tak Hilang Melayu di Bumi, tapi Melayu yang mana?

sri tribuana said...

Salam Baron,

Saya perlu jwp dlm satu posting lain soalan saudara. Cuma disini says ingin respond dua tiga perkara.

1. Tentang bahasa. Jika saudara memandang dari Konteks negara Malaysia dan Indonesia mmg separate geopolitik mmg benar bahasa Melayu dlm geopolitik Indonesia. Namun says memandang sebelum ads perjanjian Inggeris Belinda 1824, sempadan politik itu belum wujud
Melaka hanya kesinambungan Sriwijaya, dan Parameswara tahu separate geopolitik rantau initial iaitu Sumatra, Riau, dan semenanjung adalah secara de jure merupakan dalam pengaruh nenek moyangnya. Tiada konsep Malaysia atau Indonesia ketika itu. Melaka menjadi pusat lingua franca bahasa Melayu secara kebetulan dalam semenanjung yg mana merupakan Malaysia modem tapi IA tidal significant sebelum datangnya penjajah. Setelah Melaka jatuh, Sultan Mahmud berpindah randah keep berbagai template yg mana bagi baginda dlm jajahan Melaka seperti Kampar, johor dan Riau. Tidal ads konsep Malaysia dan Indonesia lagi bg mereka ketika itu. Bahkan Riau dianggap hanya dalam jajahan Melaka, seperti semenanjung dlm era sriwijaya. Sejarah Melayu bukan hanya berkisar dari Indonesia atau dari Malaysia, kerana konsep itu diterap kemudian.

2. Saya sensitive merasakan silap dari segi zaman dalam hallnya Adiyawarman. Namun spa yg says ingin tegaskan, mmg ads usaha Jawa mengawal politik Melayu Sumatra melalui perkahwinan campur.

3. Saya pernah ke Medan dan tengok sensitive Melayu di sana menjadi sub etnik dalam bangsa Indonesia tidal seperti Melayu di Malaysia. Di Malaysia, Melayu samada Jawa, bugis, banjarmasin atau spa-spa subetnik hanya dikenali sebagai Melayu, bukan bangsa Malaysia, jadi bagaimana mereka tidal menganggap mereka jaguh dunia Melayu?

3.