Followers

Friday, January 27, 2012

Pemergian.

Pada tahun 1982, berumur 10 tahun, Tok  telah menunaikan ibadah haji. Aku sangat rapat dengan Tok, malah lebih rapat dari ibuku sendiri. Selepas beliau berangkat ke Mekah, aku rasa kehilangan. Pulang dari menghantar beliau, aku berasa sangat sayu. Aku lihat kalendar dan hitung bilangan hari dia akan kembali.

40 hari terlalu lama bagi aku. Tanpanya emosi ku lemah. Saban hari aku menghitung berapa hari lagi beliau akan kembali ke Malaysia. Kemudian masanya tiba. Beliau kembali. Aku menangis memeluknya, aku tak mahu kehilangannya lagi. Beliau memujukku, berkata: "Jangan nangis, bercerai hidup kita akan jumpa juga."

Terlalu mendalam maksud kata-katanya. Tanpa aku sedari sepanjang hayatku, begitu banyak hikmah melalui didikannya yang tertanam dalam diriku. Beliau tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Sekolah sebenarnya hanya ujian kehidupan. Dan kehidupannya sebagai seorang yang dimadukan, bukan kepalang tanggung deritanya. Namun beliau tetap tabah, sabar dan mensyukuri apa saja ujian Allah.

Pada Rabu, 25hb Januari 2012, aku yang berada di Melaka menerima panggilan telepon dari abangku. Aku dimaklumkan bahawa Tokku sudah pergi, pulang ke rahmat Allah menemui Khalidnya. Aku bergegas pulang. Alhamdulillah sempat kutatap wajahnya yang terakhir. Kukucup dahinya. Beliau hanya seperti sedang tidur.

Kali ini aku tahu beliau tidak akan kembali. Tidak seperti 30 tahun yang lalu. Allah lebih menyayangi beliau. Moga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orany yang disayanginya. 

Buat Nendaku Wan Fatimah binti Wan Ahmad(1922-2012), bersemadilah dengan tenang, akan ku kurindui beliau setiap hari, hingga akhir hayatku.

Al Fatihah.









4 comments:

Rizal said...

I still remember that phrase from your grandmother.

You told me the exact words when when I had to leave for Muzaffar Syah in 1988.

"Alaa Zal, bak kata nenek aku, ni baru bercerai hidup. Kita boleh jumpa lagi"

And I have been using the same words to others until today.

Jeepers Creepers said...

takziah bro

Anonymous said...

Bila makin ramai orang yang kita sayang seorang demi seorang meninggalkan kita, ini bererti kita sudah makin tua. Satu hari nanti, akan tiba giliran kita.

Roslan said...

Dari Tuhan dia datang, pada Tuhan juga dia pergi..