Followers

Monday, July 4, 2011

Peribahasa.

Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa. Mungkin ini hasil dari sikap orang Melayu yang suka berkias. Namun generasi muda sudah ramai yang tidak memahami peribahasa nenek moyang mereka. Mungkin mereka merasakan mereka moden lantas boleh melekehkan kebijaksanaan nenek moyang mereka.

Tuanku Sultan Mizan selaku YDP Agung telah bertitah. Titah baginda di selit dengan dua peribahasa. Yang pertama " Yang dikendung keciciran, yang dikejar tak dapat" dan yang kedua "Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora."

Saya berpendapat, kedua peribahasa berkenaan tidak susah untuk difahami oleh orang Melayu. Cuma saya bimbang ia kurang difahami oleh Ambiga, beberapa poli-tikus Cina dan India yang selama ini enggan menguasai bahasa Melayu, apa lagi peribahasa Melayu.

Peribahasa pertama baginda mudah. Mengejar dunia impian kesempurnaan dalam dunia yang tidak sempurna, diluar batasan yang diberi boleh membawa kecelakaan. Menuntut sesuatu diluar kebiasaan dengan berarak menunjuk perasaan sedangkan masih banyak pintu rundingan masih dibuka boleh membawa Malaysia keoada kehancuran.

Mengapa susah payah berarak dan bertempur dengan polis sedangkan jalan mudah adalah tunggu pilihanraya, undi parti yang disokong dan tunggu keputusan. Di Thailand, setelah industri perlancongannya merosot teruk, penyokong akhirnya waras dan adik Thaksin telah menang sebagai wanita pertama PM.

Mengapa perlu korbankan pengikut yang selama ini bertempur dengan polis dan pengikut parti lawan. Tidak dapat apa yang penganjur BERSIH inginkan, Malaysia akan kehilangan keharmonian dan ketenteraman.

Ini maksud titah pertama baginda.

Titah kedua bermaksud, di mana-mana ada kelemahan dan cacat cela. Pengajur BERSIH gagal menerangkan kepada pengikut mereka, soal undi hantu seperti kes Azmin dan 88 pengundi dari alamat yang sama, ini terhasil sebelum SPR menguatkuasa pengundi perlu mengundi mengikut alamat kad pengenalan masing-masing sebelum 2002.

Setelah undang-undang ini dikuatkuasa, menyelaras apa yang disifatkan sebagai pengundi hantu ini tidak sepenuhnya dihapuskan oleh SPR. Kita boleh anggap ini sebagai anamoly dan akan dibaiki. SPR berjanji akan memberi kerjasama namun penganjur BERSIH berkeras ingin menunjuk perasaan juga.

Dengan ini, matlamat 8 perkara yang mana hanya lima ada kaitan dengan SPR itu hanya decoy dan bukan niat sebenar Ambiga. Mereka hanya ingin mencetuskan huru hara hingga ekonomi Malaysia runtuh, imej Malaysia tercemar dan rakyat akhirnya akan marah kepada kerajaan.

Justeru itu, YDP Agung sebagai 'payung', dan 'orang tua' mula memberi nasihat. Amat jarang kita dengar politik Malaysia dicampuri oleh banginda hingga baginda mengeluarkan titah. 

Saya masih dapati juak-juak PR masih berdegil. P.Sugumaran, DAP Perak tanpa segan silu membuat kenyataan Agung merupakan boneka DS Najib. Ini susah orang bukan Melayu apabila tidak memahami bahasa  Melayu dan adat resam Melayu, tapi masih mahu menjadi warganegara Malaysia.

Jika petisyen itu diarak untuk diserah kepada Agung, dan Agung dengan lembut, penuh peribabasa dan berkias melarang kamu berdemo, ini bererti baginda enggan melayan tuntutan karut marut itu. Apa lagi justififikasi demo apabila YDP Agung bukan saja menolak untuk menerima petisyen, malah melarang kamu berdemo.

Di mana buni dipijak, di situ langit dijunjung. Itu juga peribahasa Melayu. Halus bunyinya, kan. Dan ini bahasa budak-budak sekarang: "Raja gua sudah cakap jangan demo, kalau lu tak suka raja gua, mahu hidup bebas tak ada raja, lu boleh blah la....go to hell."

Secara jujur, saya masih suka peribahasa Melayu. Lembut, tapi bisa.






2 comments:

Zakir said...

salam. satu ulasan yang sangat baik dan bernas! mohon kebenaran untuk saya c&p ke dalam FB saya untuk dikongsi dengan yang lain. terima kasih.

sri tribuana said...

salam zakir,

silakan dan tidak perlu minta izin. cuma attribute me blog ini memadai. terima kasih.