Followers

Monday, July 25, 2011

Menyelami Tengku Azlan.

Saya tidak dapat update blog saya selama beberapa hari kerana terlibat dengan sesuatu kursus. Sementara Ku Li melancarkan AMANAHnya, hari ini saya ingin membicarakan Ahli Parlimen Jerantut, Ahli Parlimen saya sendiri iaitu Tan Sri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar.

Sayugia harus diingat, pandangan saya ini berbentuk peribadi, dan bukan pandangan beliau. Malah beliau mungkin tidak tahu saya ingin menulis tentang kenyataan ingin bersaranya. Sebenarnya, dalam akhbar NST dan Sinar melaporkan YBM Ku Lan, panggilan mesra beliau, menyatakan hasrat ingin bersara dan tidak akan bertanding lagi di Parlimen Jerantut pada PRU ke 13 nanti.

Mengenali Ku Lan, saya sangat memahami 'in-depth languange'nya. Saya tidak berada di Sungai Tekam Resort ketika temuramah itu diadakan. Namun saya faham 'derita' Ku Lan yang menerajui UMNO Bahagian Jerantut selama ini. Ku Lan seorang putera dan adinda Sultan. Beliau insan yang pemurah dan bermaruah. Beliau sangat pemurah hingga kadang-kadang beliau mengeluarkan duit poketnya sendiri sebagai Ahli Parlimen untuk memenuhi kehendak pengundinya.

Mungkin ada ahli politik lain yang pemurah seperti beliau, namun Ku Lan seorang yang tidak pandai(atau tidak mahu) menggunakan jawatan beliau untuk mencari dana bagi membiayai perbelanjaan politik beliau. Jika peruntukkan yang diberi oleh Parlimen atau ketika beliau Timbalan Menteri sudah habis, beliau akan menggunakan duit peribadinya sendiri.

Jerantut merupakan kawasan yang masih ketinggalan dari segi infrastruktur dan masih ramai pengundi yang bergantung dengan wakil rakyat. Selain dari Pahang sendiri merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung, dan penempatan penduduk yang jauh, semua ini kos yang tinggi bagi Ku Lan untuk menjaga kawasan ini.

Pada pandangan saya, Ku Lan memerlukan 'perhatian' dari pucuk pimpinan parti bagi menjaga kawasannya. Mungkin bukan hanya Ku Lan, malah semua wakil parlimen dalam Pahang kerana sebagai negeri PM, satu kerusi parlimen di Pahang tidak boleh jatuh ke tangan pembangkang. Ini termasuk kawasan seperti Kuantan dan Indera Mahkota.

Mungkin Ahli Parlimen lain tidak berjiwa seperti Ku Lan. Sebelum beliau menjadi Ahli Parlimen, beliau pernah memberitahu saya bahawa prinsip hidupnya adalah "politic is not my bread and butter". Mungkin Ahli Parlimen lain masih berharap kekal walaupun tidak mampu menjaga kawasan. Ku Lan berlainan. Bukan beliau tidak minat lagi, namun beliau juga perlukan bantuan. 

Andaikata pucuk pimpinan tidak mahu beliau bertanding, bantuan itu dapat membantu beliau mengekalkan populariti kerajaan BN untuk penganti beliau. Mengenali Ku Lan, jika ditakdirkan beliau tidak bertanding, beliau tidak akan sabotage calon baru kerana beliau sangat gentleman dalam politik.

Saya merasakan wartawan Sinar dan NST hanya menyampaikan 'surface' kenyataan Ku Lan. Bukan salah mereka kerana mereka tidak memahami Ku Lan secara mendalam. Saya sangat berharap pihak atasan akan memberi perhatian kenyataan Ku Lan. Untuk kebaikan BN juga samada Ku Lan bertanding lagi atau tidak.

Dan jika beliau benar-benar berundur, saya akan merindui 'political gentleman' yang cuba beliau terapkan, namun kadang-kadang tidak difahami oleh warlord-warlord UMNO.


No comments: