Followers

Wednesday, June 1, 2011

Biasiswa, Rumah Kos Rendah dan Saham Felcra.

Ada persamaan terhadap ketiga-tiga perkara di atas. Sesuatu perlu dilakukan jika tidak sampai bila masalah di atas tidak akan selesai.

Biasiswa agak berbeza kerana biasiswa menghadapi tekanan dari kaum bukan bumi yang sentiasa menuntut, dan menuntut penambahan kuota biasiswa bagi kaum mereka. Bagi kaum bumi, pengagihan biasiswa itu perlu dilaksanakan menepati sasaran affirmative action.

Masalah rumah kos rendah pula, masalah tidak akan selesai selagi golongan tidak sesuai memohon dan tidak layak memohon tetap mendapat 'kemudahan' itu. Lebih teruk apabila mereka tidak berniat untuk mendudukinya, tetapi menjadikan sebagai punca menjana ekonomi dengan menjadikan rumah berkenaan passive income dengan menyewakannya.

Rumah kos rendah dibina untuk membolehkan golongan yang benar-benar tidak mampu memiliki rumah, bukan untuk menyediakan rumah sebagai ganjaran kerana menyokong sesebuah parti, atau lebih teruk, menyokong seseorang dalam parti. Ini akan menjadikan tujuan asal pembinaan rumah kos rendah ini tersasar dari tujuan asalnya.

Sesetengah rumah kos rendah, renovation garage dan kereta empunya rumah lebih mahal dari rumah itu sendiri, Mana logiknya?

Saya ulangi, rumah kos rendah bukan bertujuan komersial tetapi tanggungjawap sosial.

Begitu juga dengan pengagihan saham felcra. Saya dapati dimana-mana pengaguhan saham felcra ini kebanyakkannya juga tidak menepati sasaran. Sesetengah peserta yang dianugerahkan saham adalah golongan yang berpendapatan tinggi. Masih ada golongan ini mendapat saham felcra kerana servis yang baik kepada parti atau seseorang dalam parti.

It defeats the purpose to uplift low income group's economy.

Mengenai biasiswa, affirmative action bertujuan mengurangi jurang antara golongan yang tak mampu dengan  yang mampu. Jika diambil faktor banyak A saja, sudah tentu murid dari bandar dan datang dari golongan berada lebih ramai. Jadi ada faktor lain yang perlu diambil kira.

Ketika Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, ramai bahkan anak golongan mampu turut mendapat biasiswa. Seorang anak golongan mampu mendapat, bererti seorang anak golongan tidak mampu dinafikan haknya. Begitu juga perihal rumah kos rendah. Seorang yang mampu memiliki rumah biasa mendapat, seorang golongan yang tidak mampu dinafikan haknya.

Dan asas ekonomi adalah, duit sentiasa tidak mencukupi dan bukan 'unlimited'. Sekarang Malaysia sudah tidak mampu kerana ekonominya. Namun kita masih mahu 'berbelanja' seperti sebelum ini.

Di Greek, kerajaan sendiri yang berbelanja hingga ekonomi mereka lumpuh. Di Ireland dan Spain, syarikat-syarikat dan korporat berbelanja sakan ketika ekonomi mereka sedang pesat. Greek sudah comfirm bangkrupt. Ireland dan Spain bakal menyusul kerana tidak prudence dalam berbelanja.

Kerajaan Malaysia perlu lebih terperinci dan prudence dalam memilih calon untuk dianugerahkan biasiswa. Anak-anak tan sri, datuk seri, datuk dan sebagainya tidak boleh dibenarkan mendapatnya. Mereka mampu membeli cerut berharga beratus sebatang, dan tidak mampu membiayai pembelajaran anak mereka?

Ingat, seorang anak tan sri mendapat, seorang anak petani dinafikan haknya.

Kabinet akan bermesyuarat tentang tuntutan MCA berkenaan biasiswa. Perlembagaan jelas dalam artikel 153 mengatakan bahawa biasiswa, lesen dan kuota adalah hak istimewa orang Melayu. Kerajaan setuju tunduk memberi ration 55:45 iaitu 45 kepada bukan bumiputera.

Melayu dipaksa menerima 'mereka' sebagai warganegara dengan persetujuan ini. Sekarang keturunan mereka menafikan ianya wujud dan minta sama taraf yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Kerajaan sudah tidak boleh tunduk lagi. Sebagai bumiputera, 55 dari 100 hanya mendahului 10 sahaja. Nisbahkan kepada bilangan bumiputera. 

Wajar?

Kerajaan hanya perlu lebih prudence dalam memilih golongan yang sepatutnya layak mendapat kelebihan affirmative action ini. Jika tidak, kita akan jadi seperti nasib Sisyphus dalam Mitos Sisyphus.

7 comments:

mualaf said...

tak perlu layan permintaan bangsa cina tu.. if bagi biasiswa kat semua bangsa depa pun , depa tetap tak kan sokong kerajaan

Anonymous said...

the word is 'prudent' dear. that's the adjective. prudence is the noun

biasiswa patut diberi kepada mereka yang layak, tanpa mengira bangsa atau agama. kelayakan itu pula perlu melibatkan ketidakmampuan calon itu dan bukan setakat kecemerlangan akademik semata-semata.

sri tribuana said...

terima kasih anon 8:48,

soal biasiswa, jpa dh setuju menambah ratio dari 90:10 kpd 55:45, dan layak sgt subjektif. cth, ank org susah x boleh score a yg byk kira layak dibanding ank org senang yg boleh score a. dan kaum bukan melayu yg layak sudah diberi sebanyak 45%. cukuola tu utk golongan minor. cuma dlm kelompok bumi mesti sampai ke target group. jika tidak, hasilnya sama la, tolong anak org senang kerana dia bumi bukan peneyelsaian.

sri tribuana said...

terima kasih anon 8:48,

soal biasiswa, jpa dh setuju menambah ratio dari 90:10 kpd 55:45, dan layak sgt subjektif. cth, ank org susah x boleh score a yg byk kira layak dibanding ank org senang yg boleh score a. dan kaum bukan melayu yg layak sudah diberi sebanyak 45%. cukuola tu utk golongan minor. cuma dlm kelompok bumi mesti sampai ke target group. jika tidak, hasilnya sama la, tolong anak org senang kerana dia bumi bukan peneyelsaian.

Anonymous said...

Biasiswa JPA patut diutamakan kepada mereka dari sekolah kebangsaan (bukan yang dari MRSM, SBP dan SRJK) dan anak2 penjawat awam dan juga mereka dari low-income group. Soft skills perlu dinilai semasa interview. Most from sekolah Cina mungkin mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi tidak mempunyai mengetahuan am dan tak fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris kerana biasa dengan rote learning. Budak Melayu dari Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM are being sheltered from the realities of life in Msia unlike those from sekolah kebangsaan yang perlu bersaing dengan non bumis. 90% SBP dan MRSM rasa mereke pandai dan diterima belajar di top unis in the world. Tak mengaku bahawa dasar kerajaan BN yang membantu mereka berjaya. Buat apa tolong orang Melayu macam tu?

Anonymous said...

UMNO tidak mampu mempertahankan perlembagaan yg menjamin hak istimewa org melayu secara keras dan tegas kerana perpecahan dlm kalangan org2 melayu..kebodohan melayu yg suka berpecah kerana politik kebencian menjadi puncanya...terus terang saya katakan bhw melayu dlm PKR dan sebahagian dlm PAS adalah pengkhianat kpd survival org melayu seperti mana yg dijamin dlm Perlembagaan negara...

Anonymous said...

x sanggup melihat Melayu yng golongan rendah/sederhana dinafikan hak......