Followers

Monday, May 16, 2011

16 Mei: Hari Lahir, Hari Guru dan D-Day.

Pada hari ini ada tiga peristiwa yang menarik. Hari ini merupakan hari lahir rakan sekolah saya, Kudza Nizan. Kami bersama-sama bersekolah di Sekolah Seri Ampang. Beliau sekarang bertugas dengan IKIM sebagai DJ ikim.fm. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Lahir' kepadanya.

Hari ini merupakan Hari Guru. "Journey of a thousand miles begin with the first step." Saya pernah quote kata-kata Confucius itu dalam satu ucapan perpisahan semasa saya menjadi guru sementara ketika menunggu keputusan STPM.

Ketika itu saya mendapat tawaran melanjut pelajaran ke UUM, Sintok. Kebetulan semasa saya menjadi guru sementara, guru saya sendiri semasa saya darjah empat mengajar di sekolah yang sama dengan saya. Saya merakamkan penghargaan kepada beliau kerana tanpa tunjuk ajar beliau, mustahil saya boleh menjejak kaki ke universiti.

Walaupun di universiti saya menemui lebih ramai pensyarah yang mempunyai banyak ilmu, namun tanpa guru yang mengajar 'langkah pertama' iaiu A B C, tidak mungkin saya boleh melangkah 'beribu batu'. Kepada semua guru saya sebelum ini, saya mengucapkan 'Selamat Hari Guru'.

Hari ini juga turut diwarnai kes liwat Anwar Ibrahim. Mahkamah akan memutuskan samada Anwar perlu membela diri atau dijatuhkan hukuman. Segalanya akan terjawap hari ini. Hari penentuan. D-Day. Saya akan kemaskini blog ini dengan keputusannya, insyaAllah.

Sempena Hari Guru ini, mari kita dengar lagu klasik 'To Sir With Love', nyanyian Lulu dari filem yang judulnya sama.



No comments: