Followers

Tuesday, May 26, 2009

PAS dan Islam

Dalam buku 'Muhammad' karya Hussien Heykal, iaitu biografi baginda S.A.W ada menceritakan apabila umat Islam sudah ramai memeluk Islam, Rasulullah S.A.W memanggil sahabat rapatnya dan berkata: "Peliharalah saudara kamu orang Ansar, kerana selepas ini akan ramai orang memeluk Islam dan mereka akan jadi kecil."

Saya minta maaf kerana saya cuma mengukap peristiwa diatas melalui memori saya sahaja kerana buku berkenaan dipinjamkan kepada seseorang dan masih belum dipulangkan untuk saya jadikan rujukan.

Intipatinya sangat mudah. Rasullulah S.A.W berdakwah selama 23 tahun di Mekah dan Madinah. Baginda mendapat sokongan yang sedikit dari bangsanya sendiri kaum Quraish dan disambut dengan baik oleh orang Madinah. Baginda saudarakan kaum Muhajirin yang terdiri dari kaum Quraish dengan orang Ansar iaitu penduduk asal Madinah.

Di Madinah kerajaan Islam yang pertama muncul. Di Madinahlah baginda dapat menerapkan dan mengamalkan ajaran Islam. Selama 10 tahun di Madinah, baginda berjuang bersama-sama umatnya yang ketika itu kebanyakkan terdiri dari orang Muhajirin dan Ansar. Ada lebih kurang 1400 orang Islam di Madinah ketika itu dan ini adalah pejuang Islam yang benar-benar memahami Islam dan ditarbiahkan oleh baginda S.A.W sendiri.

Mereka merasai kesengsaraan Rasullulah. Mereka merasai perjuangan Rasullullah. Mereka adalah denyut dan nadi Islam sebelum orang lain menerima Islam. Mereka bersama baginda S.A.W dalam Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak, Baitul Ridwan, Perjanjian Hudaibiyah dan segalanya.

Apbila umat Islam sudah kuat, selepas penaklukan kota Mekah, ramai yang memeluk Islam dan mereka tidak akan dapat menghayati perjuangan Islam seperti yang dirasai oleh sahabat banginda S.A.W orang Muhajirin dan Ansar.

Bekas-bekas musuh Islam seperti Abu Suffian, Muawiyah dan ramai lagi memeluk Islam ketika penaklukan kota Mekah. Dalam Islam, mereka suci seperti bayi selepas mengucap dua kalimah syahadat. Segala dosa lampau mereka terhapus tetapi mampukah mereka menghayati perjuangan Islam seperti sahabat Rasulullah seramai 1400 orang itu?

Kebimbangan Rasulullah terhadap sahabatnya orang Ansar bukan tanpa asas. Apabila Semenanjung Arab menerima Islam, apatah lagi sahabat dan menantu Rasulullah Syadina Ali bin Abi Talib R.a merupakan benteng terakhir(old guard) yang memahami intipati Islam seperti tarbiah baginda telah tewas kepada Muawiyah, Islam sudah berpecah kepada banyak puak.

Dengan ringkas, keutuhan kerajaan Islam pimpinan baginda S.A.W telah 'tidak asli' lagi bermula dengan terbunuhnya Usman bin Affan R.a Oleh itu, seorang penulis sejarah menyifatkan peristiwa itu sebagai 'fitnah terbesar dalam sejarah Islam(al fitnahtul kubra).

Muncullah golongan munafik, pembuat hadis palsu, nabi palsu dan bermacam-macam lagi mazhab seperti Syiah, Khawarij, Ummayah, Abbasiyah dan berbagai-bagai lagi selepas terbunuhnya Usman. Dengan ringkas, peristiwa terbunuhnya Usman bin Affan R.a merupakan peledak yang memecah belahkan orang Islam hingga ke hari ini.

Selepas itu umat Islam sudah tidak bersatu seperti zaman baginda S.A.W dan pengganti baginda(khalifah-khalifah). Semua mazhab berasa mereka betul, malah sanggup memerangi saudara mereka orang Islam seperti dalam Perang Saffin dimana puak Syadina Ali berperang dengan puak Muawiyah dan mengorbankan darah sesama Islam yang menyembah Allah yang sama dan percaya Muhammad nabi akhir zaman dan Rasulullah.

Perkara ini membimbangkan dan sudah berlaku ratusan tahun. Saya tertarik dengan komen pembaca saya Sisingamangaraja Gorgor . Beliau menyifatkan UMNO sebagai tidak Islamik kerana pro-Inggeris dan itu asas kewujudan PAS. Seperti halnya parti komunis, salah asuhan tentang sejarah memang akan besar akibatnya.

Sebenarnya, sejarah kedatangan Islam di alam Melayu ini dibawa oleh ramai ulama yang berfahaman sempit. Begitu ramai ilmuwan Islam(saya kurang gemar melabelkan mereka ulama) yang cemerlang tidak berhijrah ke sini. Bagi saya, ulama fekah yang ramai ke sini, menanam kebencian kepada orang kafir dan segala yang kafir sebagai tidak Islamik adalah silap.

Bagi mereka yang bercakap bahasa Inggeris dan menguasai bahasa lain selain Arab adalah tidak Islamik. Menguasai matematik dan ilmu bantu yang lain adalah tidak Islamik. Dalam blog Dr. Musa Bakri, beliau menyalahkan pembelajaran Islam yang memundurkan orang Melayu. Beliau menyamakan seperti di Ireland, orang Irish menjadi maju kerana membebaskan pendidikan mereka dari pengaruh gereja.

Saya tidak bersetuju dengan beliau. Islam agama lengkap. Penting sekali dalam Islam adalah soal akidah dan juga syariat seperti ajaran baginda S.A.W. Soal remeh temeh seperti hal-hal mazhab tidak ada kena mengena dengan ajaran baginda S.A.W. Ini merupakan ciptaan ulama kemudian yang berasa hanya mereka layak untuk menafsirkan hukum hakam.

Di sini PAS tidak dinamik dan progressif. Mereka mertarbiahkan pemuda sekarang dengan ajaran yang silap. Mereka tidak cuba menggalakkan anak-anak muda mencari ilmu tapi hanya jumud dengan pegangan yang remeh temeh.

Islam bukan hanya sekadar hukum hakam. Pembelajaran sekolah pondok umpamanya banyak menekankah apa yang mereka sifatkan sebagai 'ilmu agama.' Bukankah Islam itu syumul. Bukankah tiada hal agama dan hal dunia. Semuanya adalah termaktub dalam Islamisasi.

Bila kita melahirkan generasi yang 'berat sebelah', bagaimana orang Islam akan bersaing dalam banyak hal yang memerlukan ketangkasan selain ilmu fekah? Mana dia saintis Islam setanding Ibnu Sina, mana dia pemikir Islam setanding Ibnu Khaldun.

Bila kita tidak menguasai ilmu-ilmu sedemikian tidak hairan jika orang Islam ditindas pada akhir zaman. Jika kita tak habis-habis menegakkan kita lagi islam dari orang ini dan orang itu, sampai bila kita hanya jadi 'permerhati' sahaja dalam dunia yang makin global dan kompleks.

Saya rasa generasi sekarang perlu banyak berubah. Jangan mudah terpedaya dengan parti yang jumud seperti PAS.

4 comments:

Juan said...

Pas hanya sebuah parti politik bukannyer agama! Mereka kononnyer berjuang atas nama Islam, tapi adakah mereka tahu apa sebenarnyer perjuangan Islam dalam konteks politik....

AKK-KAY said...

erm.. nk komen banyak2 pn tak berani, jahil kat kepala ni rasenye masih berat lagi. Mungkin apa yg diperjuangkn oleh PAS ada benar, yg remeh temeh dengan yg tidak mungkin tidak didoktrinkan oleh mana2 undang2 lisan atau bertulis. Tetapi sebagai pejuang negara dan bangsa, rasanya tak logik di akal untuk menjaja yg remeh dari isu2 yg lebih perlu. Salah PAS mungkin tidak, tetapi salah timbangan mereka yg mendokongnya?
Kalau semua yg kafir itu haram didekat, apa jadi dengan tanggungjawab khalifah yg terpikul di bahu tiap2 muslim? islam utk semua bukan utk melayu atau sesiapa yg lahir islam? tak ke?

sri tribuana said...

Mengkafirkan org islam tetap salah. Siapa mereka nk jadi tukang cop org ni islam org ni kafir. Semuanya akan diadili oleh Allah. Mereka juga makhluk, Allah juga yg meredhai

Apache said...

Belsaha bro..jangan tak belasah..mana2 yang menyimpang kita tegur..kalau kita menyimpang..orang lain tegur..jangan maki hamun macam PAS..