Followers

Tuesday, February 14, 2012

Anwar, Nik Aziz dan Rachel Corrie.

 "Saya (Nik Aziz), selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau".


Di atas adalah kenyataan media Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz yang mendesak Anwar bertegas dalam soal Israel. Flip flop Anwar sudah sampai ke tahap maksimum apabila masih cuba berdolak dalik dalam soal 'keselamatan Israel'.


Dalam Asian Wall Street Journal, Anwar bekata:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel".


Anwar tidak boleh selamanya menjadi dua alam, menjadi sesumpah dan menjadi serbanitas. Anwar perlu menyatakan dengan tegas, bersama Islam atau Zionis(bukan Yahudi). PR, dan PAS khususnya akan kehilangan banyak undi dari orang Melayu/Islam dalam isu ini.


Bagaimana Anwar di awal kerjayanya sebagai seorang aktivis kononnya memperjuangkan Islam telah menjadi seorang penyokong kerajaan Israel? Seorang pejuang yang sebenarnya sepatutnya istiqamah dengan pejuangannya, walaupun melibatkan nyawanya melayang.


Rachel Corrie seorang anak muda dari Amerika, sanggup mengorbankan nyawanya.Pada tahun 2003, berusia 24, beliau telah berlutut dihadapan jentolak Israel untuk menghalang usaha Israel merobohkan rumah rakyat Palestin.

Walaupun hingga mengorbankan nyawanya, Rachel Corrie tidak berganjak dari pejuangannya. Beliau pilih jalan ini:

















Rachel Corrie tidak perlu mempunyai pengikut, tidak perlu adanya 'Badrul Amin' yang mengangkat beliau sebagai 'Imam Mahadi', dan tidak perlu menjadi 'Insan Kamil lagi   mutakamil'.

Beliau istiqamah dalam pejuangannya menentang kezaliman Israel dan tidak berganjak hingga membawa maut. Beliau boleh pilih hidup seperti gadis Amerika yang lain namun beliau pilih jalan ini.


Rachel Corrie - 1979-2003.




Bersama Irish yg kempen boikot barangan Israel.


Jika Irish boleh, mengapa kita tidak - boikot pemimpin ciptaan Israel!




Boikot 'Israel Goods'





Friday, February 10, 2012

Membunuh dengan pisau pinjam.

Saya peminat strategy Cina. Selain Art of War, Water Margin, Journey to the West, Romance of Three Kingdoms, saya suka baca 36 Stratagem. Salah satu dari stratagem yang saya sedar sering digunakan oleh DAP adalah 'kills with a borrowed knife'. 

Menurut stratagem ini, "if you want to do something, makes your opponents do it for you".

Satu ketika dulu, pembangkang mendesak BPR dijadikan Suruhanjaya. Maka tertubuhlah SPRM yang mana diletak di bawah parlimen. Dalam jawatankuasa SPRM, ada beberapa Ahli Parlimen PR seperti Salehudin Ayub. Tidak seperti BPR di bawah kuasa Perdana Menteri, SPRM bebas kerana tidak dikawal oleh BN. PR juga ada 'share' dalam urusan tadbir SPRM.

Apabila Teoh Beng Hock mati, bagaimana mencurigakan sekali, DAP awal-awal sudah spin salah BN atau salah kerajaan. Beberapa persoalan kematian Teoh Beng Hock yang misteri boleh dikaitkan dengan empayar gelap DAP yang menjalankan kegiatan kongsi gelap seperti rumah urut dan perjudian di Selangor. Sebenarnya mereka ada motif untuk membunuh Teoh sebagai saksi SPRM.

Tapi mereka 'pinjam SPRM' untuk menyalahkan musuh mereka.

RPK mendedahkan bahawa seorang ahli perniagaan bernama Patrick Wong bukan sebenarnya dirompak tapi dibunuh untuk menutup isu pasir. Baca sini. 

Mengapa Lim Kit Siang tidak minta diadakan Suruhanraya Di Raja menyiasat kematian Patrick Wong? Ada tengkorak dalam almari?


Wednesday, February 8, 2012

Kisah Dua Pemimpin PR.

Blast from the past.

"Saya dipecat kerana menegakkan akidah, kerana cuba menghalang muslim dari melakukan maksiat, kerana menghalang orang Islam minum arak, berzina dan melakukan kemaksiatan. Saya bukan dipecat kerana berzina, atau meliwat atau rasuah."

-Hasan Ali


Masih ingat gambar di atas? Gambar di atas secara automatik akan mengingatkan kita beberapa keping lagi gambar yang seksi atau mungkin seksa, dengan jujuran bulu ketiak seseorang. Namun blog ini tidak akan menyiarkan gambar sedemikian namun saya kira ramai yang sudah melihatnya.

Gambar seksi/seksa itu sebenarnya 'beside the point', kata orang putih. Persoalan pokok adalah, seorang Wakil Rakyat, Exco kerajaan negeri terkantoi mempunyai hubungan sulit dengan suami orang. Exco yang bukan berbangsa Melayu itu mempunyai 'kendak' seorang Melayu, beragama Islam dan suami seseorang. Bukan seagama tapi se PKR.

Beliau menawarkan dirinya untuk meletakkan jawatan. MB Selangor bersama pimpinan PR yang lain termasuk PAS menolak perletakan jawatan beliau. Jadi zina dibenarkan dalam kerajaan PR. Isu moral adalah isu paling bawah yang boleh menyebabkan seseorang itu dipecat, atau diterima perletakan jawatannya. 

Apa isu besar? Apa dosa yang tidak terampun dalam PR?

Dalam PR, menegakkan Islam, menghalang 'dengan tangan' seseorang itu berbuat dosa adalah salah besar.  Salah besar adalah tidak dapat memejam mata apabila ada usaha memurtadkan muslimin oleh sesebuah agama selain Islam. Salah besar adalah menyerbu rumah urut dan cuba menghapuskan pusat yang tidak bermoral itu.

Bagaimana besar salahnya perkara di atas?

Seseorang itu boleh dipecat tanpa kebenaran membela diri. Satu ketika dulu UMNO memecat Timbalan Presiden dengan kebenaran membela diri namun mereka kata tidak adil. Namun dalam kes di atas kesalahan amal mahruf nahi mungkar adalah kesalahan tidak terampun oleh PR.

Dipecat tanpa bicara, dibuang exco tanpa menunggu keputusan rayuan.

Siapa lebih diktator? Siapa lebih tidak Islamik? Paling penting, siapa paling tidak adil?


Tuesday, February 7, 2012

PAS antara penghalang Negara Islam - Hasan Ali.

Semalam saya ke Temerloh menghadiri Konvensyen Media Sosial, atau Jelajah MyVo1ce peringkat Pahang. Saya salah seorang yang terlibat. Kebetulan pada petangnya ada program Hasan Ali, program 'Bicara Ummah' dan saya mengambil kesempatan untuk mendengarnya.

Sebelum ini sudah banyak kata-kata beliau, nukilan-nukilan dan bicaranya yang telah dibahaskan. Seorang blogger pembangkang membandingkan Hasan Ali dengan Azhar Idris dan mengutuk Hasan Ali kerana jika ingin mempertahankan akidah, apa perlu membuka keburukan PAS?

Untuk berlaku adil, saya hadiri ceramah beliau dan mendengar sendiri dari hanya mendengar spin sebuah blog pembangkang yang dikendali oleh seorang yangkita tidak pasti jantan ke betina(jantina).

Dalam ceramahnya, Hasan Ali tidak memburuk-burukkan PAS. Beliau mengajak audience kembali mengukuhkan akidah, syariah dan akhlak. Itu saja. Beliau juga mengajak audience menyokong konsep IMRnya atau Islam, Melayu dan Raja melalui NGO JATI.

Namun apabila bermula sessi soal jawap, ada audience mengajukan soalan yang perlu dijawap. Antara soalan yang dikemukan adalah: adakah bilangan rumah urut di Selangor lebih banyak dibawah PKR jika dibandingkan dengan zaman BN, persoalan DUMC; adakah benar pada pendapat Hasan Ali Anwar benar-benar meliwat dan ke mana hala tuju JATI.

Dalam sessi ini sebenarnya beliau 'terpaksa' mendedahkan kelemahan bekas partinya PAS. Menjawap soalan pertama, beliau menyatakan beliau tidak mempunyai statistik yang lengkap untuk membandingkan antara zaman BN dan PR. Ini kerana rumah urut yang tidak berlesen cambah lebih cepat dari yang berlesen.

Walaubagaimana pun, menurut beliau, sebagai Exco Agama, beliau cuba dengan kuasa yang ada padanya menguatlkuasakan undang-undang. Menurut beliau, pertama sekali yang beliau ingin tangani adalah arak. Beliau menegaskan, arak ini tidak membabitkan bukan Islam kerana tidak salah bukan Islam meminum arak cuma beliau cuba menghalang orang Islam dari meminumnya.

Usaha ini tidak disenangi oleh DAP dan PKR. Itu tidak mengecewakannya. Lebih mengecewakan ialah, PAS sendiri sebenarnya tidak senang dengan tindakan beliau. PAS minta Hasan Ali tunduk kepada kehendak DAP dan PKR.

Menurut Hasan Ali lagi, jika beliau ingin kekal sebagai exco, beliau perlu menuruti saja kehendak PAS tetapi beliau tidak sanggup menjual Islam dengan harga yang sedikit. Ini menyebabkan beliau dipecat dan beliau tidak kesal barang sedikitpun kerana PAS sudah bukan parti yang memperjuangkan Islam lagi. Malah boleh dikatakan sekarang ini, PAS sendiri sebenarnya parti yang menghalang cita-cita negara Islam.

Tentang DUMC, beliau mengatakan memang ada gerakan tersusun untuk memurtadkan orang Islam. Program 'berbuka puasa' yang diadakan sebenarnya tidak bertujuan berbuka puasa, dengan adanya unsur-unsur doktrin yang cuba merosakkan akidah Islam. Beliau juga berkata mereka tidak menyerbu gereja, sebaliknya menunggu hingga majlis tamat dan cuma ambil tindakan pada orang-orang Islam yang terlibat. Mereka tidak menyentuh gereja pun kerana JAIS tidak mempunyai jurisdiction dalam hal ehwal bukan Islam.

Dalam hal Anwar, Hasan Ali mengatakan bahawa mahkamah mendapati beliau tidak bersalah tetapi tidak mengatakan kejadian liwat itu tidak berlaku. Hasan Ali turut mempersoalkan mengapa susah sangat Anwar bersumpah jika beliau benar kerana persoalan moral beliau ini amat penting dibersihkan. Tapi menurutnya lagi, ini pandangan peribadi Hasan Ali sendiri. Meyakini Anwar memang tidak layak menjadi PM kerana moralnya, beliau membuat keputusan untuk 'memerangi' Anwar dengan menghalang beliau dari menjadi PM.

Apabila ditanya hala tuju JATI, beliau kata NGO itu bertujuan mempertahankan Islam, Melayu dan Raja. NGO itu akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang sesuai dengan aliran Islam, Melayu dan Raja. Itu saja.

Saya ingin menjawap perbezaan Azhar Idrus dengan Hasan Ali. Hasan Ali seorang ahli politik dan dalam politik adanya tindakan. Azhar Idrus hanya penceramah, businessman dan peraih untung hasil kutipan derma. Bercakap lebih mudah dari membuat.

Dan kuasa tidak tertegak dengan hanya bercakap.








Friday, February 3, 2012

Bangsa Malaysia.

Melihat kekalutan dan api ketegangan kaum yang cuba dinyalakan oleh sesetengah pihak, mari kita lihat kepada masa silam. Pada tahun 1991, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia melancarkan Wawasan 2020. 

Ramai yang bercakap tentang Wawasan 2020 dari sudut menjadi negara maju. Visi Tun Dr Mahathir melangkaui sekadar pembangunan fizikal. Beliau menyentuh tentang pembentukkan sebuah bangsa. Bangsa Malaysia.

Saya turunkan definasi Bangsa Malaysia menurut portal 1Klik.

Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.


Dalam satu temuramah dengan NST pada April tahun 2009, Khoo Kay Kim menafikan bahawa Inggeris menjalankan dasar 'Pecah dan Perintah' di Tanah Melayu ini. Baca sini. Menurut Khoo Kay Kim lagi, sebenarnya Inggeris cuba menyatukan tiga kaum ini iaitu Melayu, Cina dan India namun mereka enggan.

Jelas sebenarnya bukan Tun Dr Mahathir seorang yang rasis. Sebagai seorang yang dianggap ultra Malay ketika awal karier politiknya mengejutkan beliau mencadangkan penyatuan bangsa Malaysia. Beliau ingin semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menjadikan Malaysia sebagai tempat menumpahkan ketaatan. Ini berjaya dilakukakan oleh Indonesia sebagai bangsa Indonesia lantas mengenepikan sub etnik dan kaum lain.

Sejarah menurut Khoo Kay Kim membuktikan polirisasi kaum di Malaysia ini bukan berpunca dengan dasar 'Pecah dan Perintah' Inggeris. Sememangnya kaum itu sendiri enggan merapatkan diri dan bersatu. 

Dalam bukunya The Malays, Milner mengatakan Melayu merupakan satu bangsa yang cosmopolitan, terbuka dan sanggup menerima idea lain. Malah mereka secara am meletakkan mereka sebagai orang Malaysia, Islam dan Melayu kemudian. 

Oleh kerana konsep 'bangsa' bagi Melayu itu adalah tingkat susila dalam masyarakat seperti bangsa raja, bangsa hamba dan sebagainya, mereka kurang memberi penekanan bangsa berdasarkan etnik dan keturunan. Dalam erti kata lain, Melayu sebenarnya mudah larut dalam keMalaysiaan yang ingin diterapkan.

Jika British gagal dalam menyatukan ketiga-tiga kaum ini, begitu juga dengan Tun Dr. Mahathir dan kerajaan BN yang mewarisi dasar beliau, sebenarnya apa penyelesaian kepada masalah 'Bangsa Malaysia'?

Jawapan saya hanya satu: hapuskan sekolah berdasarkan etnik atau sekolah vernacular. Selagi ini tidak diselesaikan, selagi itu parti berasaskan kaum masih penting di Malaysia.





Nota kaki: dalam satu wacana ilmiah seorang rakan blogger memberi pandangan, orang Melayu tidak perlu lagi menjadi terlalu Melayu, perlu lebih fokus kepada Malaysia kerana ini trend. Terlalu tebal ke Melayuan menurutnya seperti ketinggalan zaman. 

Saya faham maksud beliau, namun dalam  hati saya menangis.




Tuesday, January 31, 2012

Ketelusan DAP.

Dalam banyak-banyak negeri ditadbir oleh Pakatan, Pulau Pinang selalu menjadi contoh, dan sering diteladani. Kononnya Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang sebanyak 95%. Lim Guan Eng dengan bangga mendakwa kerana kepimpinannya dia berjaya membayar 600 juta dan masih berbaki 30 juta hutangnya dengan Pusat.

Kononnya, itu merupakan pembayaran paling banyak oleh mana-mana negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Penipuan Lim Guan Eng ini berjaya ditepis oleh blogger SatD. Apa yang berlaku sebenarnya adalah pusat  mengambil beban hutang Pulau Pinang sebanyak 600 juta, dan menukar ke status sebagai geran selama 45 tahun. Persetujuan ini dibuat ketika Pulau Pinang masih di bawah BN.

Tanpa segan silu dan rasa malu, Lim Guan Eng mendakwa 'under his remarkable leadership' kununnya beliau berjaya mengurangkan hutang sebanyak 95%. Pemimpin tanpa credibility, tanpa malu mendakwa usaha orang terdahulu merupakan hasil kerjanya. Terdesak?


Satu lagi yang menarik, Lim Guan Eng bangga kononnya beliau dan exconya mengisytihar harta, dan mengutuk kerajaan BN yang tidak berbuat demikian. Peliknya dalam PR, hanya Pulau Pinang sahaja yang isytihar harta, adakah bermakna Selangor, Kedah dan Kelantan tidak telus dan juga pengamal rasuah mengikut standard DAP kerana tidak mengisytihar harta? 

Dan ketelusan DAP ini hanya ilusi, tidak seperti yang digambarkan. Lim Guan Eng tidak sebenarnya mengisytiharkan pendapatannya sebagai Ketua Menteri, ahli parlimen, ADUN dan berbagai lagi jawatan yang dipegangnya.

Menurut blogger JUST READ, pendapatan LGE mencecah RM 100 ribu sebulan, kerana mendapat elaun Ahli Parlimen Bagan, ADUN Air Putih, sebagai Ketua Menteri dan isterinya juga mendapat elaun sebagai ADUN di Melaka. LGE juga mendapat elaun dari berbagai anak syarikat Pulau Pinang seperti Penang Development Corporation dan InvestPenang.

Sebenarnya tidak salah mempunyai pendapatan sebanyak itu tetapi mengapa tidak isytiharkan? Che Guevara sebagai Menteri Kewangan Cuba menolak elaun sebanyak 1000 Peso, hanya menerima elauan sebanyak 250 Peso sebagai Comandantate. Dan Che memang pemimpin rakyat.

Bandingkan dengan Lim Guan Eng khalifah wannabe Umar Abd Aziz mendapat 100 ribu sebulan sedang ramai rakyat Pulau Pinang mempunyai pendapata garis kemiskinan. Umar Abd Aziz hidup zuhud, mungkin PAS masih belum berjaya tarbiah LGE. Atau sebenarnya PAS sudah ditarbiyah oleh LGE.

Menyedari hakikat pendapatan pemimpin PR yang suka mendakwa demi rakyat sangat jauh jurangnya dari rakyat yang mereka kononnya bela, mungkin itu antara sebab LGE segan mengisytiharkan pendapatannya yang mencecah 100 ribu atau lebih sebulan.

Begitu juga dengan Teresa Kok. Beliau memegang 7 jawatan menurut blogger The Kuala Lumpur Chronicle. 

1. Ahli Parlimen Seputeh dengan elaun dan gaji
2. ADUN Kinrara dengan elaun dan gaji.
3. EXCO Selangor dengan elaun dan gaji
4. Pengarah  PKNS
5. Chief DAP Selangor
6. National DAP organising secretary
7. Wanita DAP organising sectretary.


Jadi inilah pemimpin gerakan rakyat. Sementara rakyat ramai kemiskinan, mereka mengumpul duit juga. Dan mereka menuduh pemimpin BN bermewah-mewah. BN tidak pernah menerima rasuah, dan ada pemimpinnya mengamalkan rasuah ditangkap dan dihukum.

Ambiga pula menggesa PR jika menjadi kerajaan lepaskan pengamal rasuah kecil-kecilan tapi tangkap ikan besar. Dengan kata lain, rasuah kecil-kecilan dibenarkan dalam PR, dan didoktrinkan. 

Pemimpin rakyat my foot!

Saturday, January 28, 2012

Jika Jadi PM, Anwar Akan Buka Kedutaan Israel?

Sebelum saya menulis lebih lanjut, sila buka link Wall Street Journal

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel."

Ini kenyataan Anwar dalam temuramah dengan Wall Street Journal. Dalam bahasa Melayu: "Saya sokong sepenuhnya usaha mempertahankan negara Israel."

Ini kenyataan dari seseorang yang mengutuk kerajaan BN kerana membayar APCO sebagai badan perunding kerana ada dua orang Yahudi dalam badan berkenaan. APCO adalah perunding antarabangsa dan mempunyai pakar dari berbagai kaum, bukan milik Israel.

Ketika Chelsea mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia, ramai muslim yang terkeliru mengutuk kerajaan Malaysia kerana membenarkan Youssi Benayoun bermain di Malaysia. Ini kerana Benayoun seorang Yahudi. Saya berhujah dengan mereka di Facebook, tidak boleh membenci seseorang kerana bangsanya, tetapi wajib kita mengutuk Israel kerana gerakan Zionis Israel mempunyai agenda jahat terhadap umat Islam dan menindas orang-orang Palestin.

Anak-anak muda itu gagal membezakan antara Yahudi dan Israel. Ada Yahudi yang baik, malah ada yang menganut Islam pun. Namun menyokong Israel adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.

Dalam temuramah yang sama, Anwar turut menyatakan beliau akan menghapuskan affirmative action yang selama ini melambatkan pembangunan Malaysia. 

If elected, he said he would speed up the removal of racial quotas for university places and focus on helping lower-income groups regardless of race instead of solely aiding ethnic Malays.

Kononnya beliau mendakwa UMNO/BN hanya menolong orang Melayu dan tidak membantu golongan rendahan dari kaum lain. Saya tidak setuju, kerana dalam DEB, antara matlamatnya adalah menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum.

Apa yang menarik, Anwar akan menghapuskan kuota kemasukkan ke universiti yang selama ini membolehkan ramai Melayu menjadi 'middle class' kerana dasar ini. Tun Dr. Mahathir pernah berkata, ketika beliau belajar sebagai doktor hanya ada beberapa orang sahaja Melayu dalam batchnya. Ratio doktor Melayu dengan Cina dan India ketika British sangat jauh.

Selepas merdeka, kerana adanya affirmative action maka ramai anak Melayu berjaya dilahirkan sebagai doktor, arkitek,engineer dan lawyer. Walaupun masuk universiti kerana kuota bumiputera, ramai mereka cemerlang sebagai doktor, lawyer dan sebagainya.

Malangya semua ini akan berakhir jika Anwar menjadi PM(Nauzubillah min zalik). Dan sekarang baru kita faham mengapa kaum Cina sangat menyanjungi Anwar Ibrahim.


Friday, January 27, 2012

Pemergian.

Pada tahun 1982, berumur 10 tahun, Tok  telah menunaikan ibadah haji. Aku sangat rapat dengan Tok, malah lebih rapat dari ibuku sendiri. Selepas beliau berangkat ke Mekah, aku rasa kehilangan. Pulang dari menghantar beliau, aku berasa sangat sayu. Aku lihat kalendar dan hitung bilangan hari dia akan kembali.

40 hari terlalu lama bagi aku. Tanpanya emosi ku lemah. Saban hari aku menghitung berapa hari lagi beliau akan kembali ke Malaysia. Kemudian masanya tiba. Beliau kembali. Aku menangis memeluknya, aku tak mahu kehilangannya lagi. Beliau memujukku, berkata: "Jangan nangis, bercerai hidup kita akan jumpa juga."

Terlalu mendalam maksud kata-katanya. Tanpa aku sedari sepanjang hayatku, begitu banyak hikmah melalui didikannya yang tertanam dalam diriku. Beliau tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Sekolah sebenarnya hanya ujian kehidupan. Dan kehidupannya sebagai seorang yang dimadukan, bukan kepalang tanggung deritanya. Namun beliau tetap tabah, sabar dan mensyukuri apa saja ujian Allah.

Pada Rabu, 25hb Januari 2012, aku yang berada di Melaka menerima panggilan telepon dari abangku. Aku dimaklumkan bahawa Tokku sudah pergi, pulang ke rahmat Allah menemui Khalidnya. Aku bergegas pulang. Alhamdulillah sempat kutatap wajahnya yang terakhir. Kukucup dahinya. Beliau hanya seperti sedang tidur.

Kali ini aku tahu beliau tidak akan kembali. Tidak seperti 30 tahun yang lalu. Allah lebih menyayangi beliau. Moga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orany yang disayanginya. 

Buat Nendaku Wan Fatimah binti Wan Ahmad(1922-2012), bersemadilah dengan tenang, akan ku kurindui beliau setiap hari, hingga akhir hayatku.

Al Fatihah.









Wednesday, January 25, 2012

ABU dan HINDRAF.

Program kebencian terhadap sebuah parti bernama ABU yang dianjur oleh Chegu Bard dan Haris Ibrahim bersama satu pertubuhan extreme bernama HINDRAF telah menjadi kecoh dengan insiden pergaduhan pada hari Sabtu malam Ahad baru-baru ini.

Program berkenaan diadakan di Jalan Kebun, Klang. Sekumpulan remaja telah memprovokasi kaum India yang berhimpun didalam dewan hingga berlaku insiden seorang India dibelasah oleh remaja Melayu. Remaja berkenaan turut menyerang dewan dengan kayu dan helmet.

Seperti biasa insiden begini akan segera mendapat liputan dengan intepretasi yang berbagai, sudut pandangan yang berbagai seperti filem Rashomonnya Akira Kurosawa. Chegu Bard tanpa segan silu segera menunding jari kepada UMNO. Executive Director Suaram, E. Nalini mengatakan remaja berkenaan memakai logo dan lambang UMNO/BN.

Sementara Helen Ang pula lebih kepada mengkritik tindakan polis yang bagaikan 'melepaskan batok ditangga' dalam menangani isu ini. Polis dikatakan datang setengah jam selepas kejadian berlaku. Beberapa penyokong UMNO pula mengatakan ini sebahagian dari lakonan PKR, dan penyerang adalah upahan Chegu Bard sendiri.

Blog MyMassa pula memberi gambaran sebenar statistik komposisi pengundi Jalan Kebun, yang dalam DUN Sri Muda, manakala  wakilnya orang PKR. Ini statistiknya:

Jumlah Pengundi: 2596 orang
Melayu: 2383 orang
Cina: 132 orang
India: 73 orang
Lain-lain: 8 orang.

Ulasan saya dalam isu ini sangat mudah. Pertama, jelas kawasan ini adalah kawasan Melayu. Helen Ang mempersoalkan tidak boleh ke program anti-UMNO atau ABU diadakan dikawasan Melayu? Jawapannya mudah, bukan semua Melayu penyokong UMNO.  

Namun logik mempersoalkan apa urusan HINDRAF buat program tanpa kebenaran polis dan ada sumber mengatakan bahkan ADUN Sri Muda, ADUN PKR sendiri tidak dimaklumkan berkenaan program berkenaan, di kawasan majoriti Melayu? Saya tidak nampak ini isu kepartian. Ini isu perkauman.

Isunya adalah orang Melayu dikampung berkenaan tidak suka acara yang diadakan oleh HINDRAF yang berbau perkauman. Menyeret UMNO hanya kerana ada logo UMNO bukan bukti yang kukuh. Malah Datuk Rokcy mempersoalkan jika UMNO benar berniat untuk bergaduh, mereka akan cuba menyembunyikan sebaik mungkin logo mereka.

Menuduh lakonan PKR juga susah untuk dibuktikan. Kedua-duanya adalah salah apabila dengan cepat Melayu pukul India menjadi beban UMNO, dan menuduh PKR merencana pukulan terhadap peserta program mereka. Kedua-dua tuduhan ini tidak ada bukti.

Sesuatu yang jelas adalah, walaupun tak salah untuk mengadakan program ABU dikawasan Melayu, bahkan ada kawasan majoriti Melayu ABU sangat mendapat sambutan namun niat penganjur mengadakan program bersama HINDRAF dikawasan majoriti Melayu adalah tidak bijak.

Atau sememang Chegu Bard berharap perkara sebegini berlaku supaya senang beliau menyalahkan UMNO, seperti yang biasa mereka lakukan. Seperti mahasiswa, saya cuma nampak PKR cuba menwujudkan 'keadaan tertindas' semua golongan untuk menunjukkan kezaliman UMNO.

Dengan niat ini saja sebenarnya, PKR adalah sebenarnya parti yang zalim, menggunakan darah sesiapa saja untuk mengukuhkan gerakan ABU mereka. Lagipun, rakyat wajar mengundi PKR lebih dari hanya slogan kebencian terhadap sesuatu parti.

Jika benar UMNO teruk, PKR perlu menyediakan wadah yang lebih baik, bukan hanya mencipta keburukan UMNO tanpa memberi pilihan yang lebih baik kepada rakyat.























Saturday, January 21, 2012

Melayu dan Mitosnya.

Prof. Khoo Kay Kim mengatakan Hang Li Po dan Hang Tuah tidak wujud, atau tidak ada bukti kewujudan mereka. Terus terang saya tidak membaca kenyataan beliau, tetapi mengetahui perkara ini melalui perdebatan twitter rakan-rakan.

Blogger JUST READ juga turut mengulas perkara ini, baca Hang Tuah: What a Shame for Melaka.

Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan pendapat Khoo Kay Kim. Begitu juga dengan pandangan Prof. Zainal Kling apabila beliau mengatakan secata technical, Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

Sepatutnya hari Sabtu ini saya menulis tentang 'Konsep 'Bangsa' bagi Melayu' tetapi saya tundakan kerana perkara ini lebih mendesak. Ini satu contoh bahawa orang Melayu sering hilang jatidiri dan keliru dengan khazanah nenek moyang mereka.

Pertama, untuk berlaku adil kepada pakar sejarah, Khoo Kay Kim mengatakan pandangan dari sudut sejarahwan. Beliau memerlukan bukti, dan dalam disiplin sejarah selagi bukti tidak ditemui, maka sesuatu fakta hanya hipotesis. 

Menurut beliau, tidak ada dalam rekod kerajaan China  yang mengatakan perkahwinan antara Sultan Melaka dengan seorang puteri China. Dalam konteks Puteri Hang Li Po, saya percaya ini salah satu dari cara atau ethos kepengarangan penulis istana. Salah satu dari ethosnya adalah bagi meninggikan martabat raja Melaka dengan mengaitkan Melaka dengan kerajaan besar iaitu China.

Namun saya percaya Hang Li Po wujud, tetapi bukan puteri China. Ada beberapa pakar sejarah yang lain pernah memberi pendapat, kemungkinan besar Hang Li Po anak salah seorang pedagang Cina yang singgah di Melaka. Latar belakang ke'ningrat'an Hang Li Po hanyalah rekaan penulis bagi mengangkat martabat rajanya.

Dalam soal Hang Tuah dan empat lagi saudaranya, dari tahun 80an saya membaca tulisan penulis suratkhabar nyamuk, jika tidak salah akhbar Bacaria yang mengatakan Hang Tuah adalah pahlawan Cina. Ini kononnya perkataan Hang Tuah asal dari Hang Too Ah, Jebat kononnya Hang Jee Fat, dan seterusnya.

Dalam tahun yang sama, Prof. Syed Husin Al-Attas mendakwa Hang Tuah merupakan gangster Melayu, beliau tidak melakukan apa pun kebaikan kecuali membodek tuannya, raja Melaka. Saya terbaca juga dalam Dewan Masyarakat, namun saya tidak ingat penulisnya, bahawa Hang Tuah tidak ada apa-apa keistimewaan kecuali bersikap feudal.

Ini sebenarnya penyakit orang Melayu. Mereka sendiri mengasak warisan budaya mereka, memperlekeh dan meremehkannya.

Saya percaya Hang Tuah wujud. Saya percaya Hang Tuah seorang Melayu dari Pulau Duyung. Begitu juga Jebat, Leqir, Lekiu dan Kasturi. Samada seseorang akan berjaya membuktikannya atau tidak, saya percaya tokoh mitos ini wujud bukan tanpa sebab.

Dalam perbahasan twitter, saya menyampuk bahawa Cheng Ho juga bukan berbangsa Cina. Cheng Ho seorang muslim, keturunan Turki dan menurut legenda tinggi 7 kaki. Patrick Teoh tidak setuju dan membalas dalam tweet itu dengan mengatakan sejarah hanya merekodkan Cheng Ho seorang muslim, tidak menyatakan bangsanya.

Moral dari cerita ini, masyarakat Cina menyanjung mitos dan legenda mereka. Saya tidak pernah mendengar masyarakat Cina mempersoalkan kewujudan Liu Bei, Cao Cao, Guan Yu(malah mereka menjadikan beliau Dewa Perang), Zhuge Liang dan sebagainya walaupun tidak ada bukti mereka benar-benar wujud.

Dalam halnya Cheng Ho, Patrick Teoh mempertahankan keCinaan Cheng Ho walaupun beliau muslim. Di sini pemahaman kepentingan bangsa sangat berbeza antara kaum Cina dengan orang Melayu. Seperti Melayu, bangsa Cina hanya wujud selepas Shih Huang Ti berjaya menakluk enam kerajaan yang mempunyai bahasa berlainan dan bangsa berlainan.

Shih Huang Ti mewajibkan bahasa Mandarin, mengasimilasikan semua kerajaan itu dalam satu negara dan satu budaya, lantas dipanggil Cina kerana dinasti Shih Huang Ti adalah Chin Dynasty. Dan bangsa ini bangga dengan apa saja cerita mitos dan legenda nenek moyang mereka, termasuklah kisah pengembaraan Monkey King dalam epic 'Journey to the West'.

Dan bandingkan dari segi kemajuan ekonomi dan pelajaran, adakah Melayu lebih maju kerana berfikiran progressif menolak tahyul nenek moyang mereka jika dibanding dengan kaum Cina. Jepun yang super scientific mind itu pun bangga dengan kefeudalan era samurai mereka.

Namun orang Melayu baru baca buku Voltaire atau Rousseau saja sudah berani memperlekehkan legenda mereka. 






Thursday, January 19, 2012

DAP Pemenang Terbesar Dalam Pakatan.

Jika berlaku pilihanraya, saya percaya kerusi DAP akan bertambah. Jika berlaku pilihanraya, saya percaya kerusi PAS kekal, tidak ada penambahan sangat dan tidak ada pengurangan. Jika berlaku pilihanraya, saya percaya kerusi PKR banyak merosot.

Dan PR menanamkan kepada generasi muda Melayu DAP bukan parti chauvanist, bukan parti yang pernah memperjuangkan Malaysian Malaysia. Seperti biasa Melayu akan mudah lupa. Makna politik dalam bahasa Arab adalah 'siasah', sesuatu yang sukar juga untuk diterangkan. Namun 'siasah' sentiasa mengandungi 'hidden agenda'.

PAS dan PKR akan buat apa saja untuk mengalahkan UMNO, termasuk mengorbankan kekuatan Melayu (jika ada agamawan yang tidak suka perkataan 'ketuanan Melayu). Di Malaysia, kekuatan Melayu adalah kekuatan Islam. Namun PAS mempunyai logik yang aneh.

PAS percaya Islam boleh kuat dengan menolak saudara seIslamnya UMNO. PAS percaya Islam akan lebih kuat dengan bekerjasama dengan DAP. Saya sendiri tidak faham dengan mantik PAS.

Selepas kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis, dua kuasa Melayu iaitu Johor-Riau dan Acheh cuba menakluk Melaka semula. Mereka gagal kerana gagal bersatu. Seringkali mereka akan bertelagah sesama sendiri, dan lebih senang melihat Melaka jatuh ke tangan Belanda.

Belanda sebuah kuasa asing, minoriti tetapi melalui siasah yang cekap berjaya menakluk Melaka akhirnya. Dua kuasa Melayu itu hanya gigit jari saja. 

Aahh, itu sejarah lama, sejarah abad ke 16. Ini zaman moden, zaman internet dan segalanya. Benar tapi:


"Those who forget the past, condemned to repeat it"


Monday, January 16, 2012

Economist telah Menjatuhkan Hukuman: Imej Anwar sudah Calar.

Majalah Economist telah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Ini hukumannya:



The Opposition is all pumped up about the Big Acquittal, but abroad there are increasing doubts over Datuk Seri Anwar Ibrahim's ability to lead Pakatan Rakyat to success in the upcoming general election. In fact, The Economist has questioned whether his acquittal would help him in GE-13 at all.
The respected London-based weekly newsmagazine said that Anwar still remains a "distant and untrustworthy figure". Despite his claims to speak for the youth that he represents change, he is 64 years old and was a leading player in Malaysia's old establishment for over 20 years.
The verdict of The Economist is clear: "Although Mr Anwar remains a charismatic figure and a forceful speaker, his reputation has been tarnished. That won't matter to his acolytes, but at 64 he also seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysians."
In its January 14 article, 'The end of Sodomy 2.0', the magazine points out that, contrary to his repeated demands for transparency and democracy in government, Anwar has strangely failed to implement these in his own party. PKR is "a family-run affair, riven by infighting."
The Economist points out that Anwar has not allowed a second generation of leaders to develop within PR, thereby preventing the growth of younger opposition deputies who could challenge him in the future.
"He has failed to nurture a new generation of opposition leaders. Rather than turning his party into a vibrant, modernising force in politics he has allowed it to become something of a family-run affair, riven by infighting."
This concentration of power into the hands of one man, and indeed within his family, indicates an authoritative streak that could divide the opposition alliance in the lead up to the general election.
In fact, The Economist even suggested that Anwar's political allies would have privately preferred him being convicted for sodomy.
"In prison, some political operators say, he could have served as a useful martyr figure to rally the opposition. Now, they are stuck with him indefinitely as a leader."
This indicates a general weariness of Anwar's strident style of leadership where everything revolves around one man.
In an insightful analysis of Malaysia's post-verdict political situation, the magazine agrees that Anwar's victory could give a "much-needed boost" to PR in the short term, but warns that this benefit could dissipate soon.
As for Anwar's dream of taking power in GE-13, The Economist believes this is highly unlikely. He is simply not popular enough to win the election.
"Mr Anwar may still be popular enough to land a few blows on the government. But he may also be too weakened to deliver the knockout punch."
That will come as a dampener in Anwar's camp, which had claimed that his acquittal would somehow lead inevitably to winning the next election. It turns out that it won't be so simple after all, that Malaysians remain deeply unconvinced not about Anwar's charisma, but about his leadership capabilities.
It comes as a surprise that some foreign publications are actually asking the right questions, not just repeating verbatim what Anwar's media handlers tell them. Finally, The Economist is telling it like it really is.


Walaupun Anwar telah dibebaskan, namun majalah Economist yang beroperasi di London ini tidak meyakini keupayaan Anwar untuk memimpin Malaysia. Menurut Economist: "he remains a distant and untrustworthty figure".
Anwar yang melaung-laungkan reformasi sebenarnya gagal mereformasikan partinya sendiri. Partinya berantakan, lebih banyak berkisar kisah perebutan kuasa dan soal remeh temeh keluarga Anwar sendiri. Menurut Economist: " PKR is "a family-run affair, riven by infighting."
Anwar juga gagal memnyediakan pemimpin pembangkang masa depan yang berkualiti. Ini didorongi oleh sikap Anwar yang takut cabaran dalam partinya sendiri. Kita boleh lihat dalam kes Zaid Ibrahim v Azmin Ali, bagaimana Anwar secara nyata memihak kepada Azmin dan menyebabkan Zahid Ibrahim keluar parti.
Menurut majalah yang sama, sekutu-sekutu Anwar mungkin lebih senang jika beliau didapati bersalah dan dipenjara. Mudah bagi mereka meraih simpati kerana Anwar lebih berguna di dalam penjara dari bebas. Sekarang, mahu tak mahu DAP dan PAS terpaksa memikul Anwar sebagai biawak hidup.
Ini satu analisa yang menarik, bukan dari blogger pro BN atau pro PR. Ini pandangan majalah Economist, sebuah majalah tersohor dari luar negeri. Oleh kerana PR suka mengambil kenyataan luar negeri berkaitan memburuk-burukkan Malaysia, saya nasihati elok juga mereka menengok ke cermin, dan cerminkan diri sendiri.
Bagi media antarabangsa, mereka hanya jokers, not serious enough to deliver a final blow to BN.



Saturday, January 14, 2012

Konsep 'Bangsa' Bagi Orang Melayu Bahagian 2

Melalui posting yang pertama, pembaca perlu faham bahawa konsep 'Melayu' sebenarnya bukan bermaksud bangsa, kerana bangsa bagi orang-orang 'Melayu' adalah pangsa atau kedudukan dalam masyarakat. Contohnya 'bangsa raja', atau 'bangsa hamba' atau 'bangsa pedagang' dan sebagainya.

Oleh itu, ke'Melayuan' seseorang itu ketika zaman beraja ditentukan oleh ke'raja'an atau ke'datu'an, lebih bersifat territorial dari ikatan nasab dan keturunan. Seperti halnya orang Karo dan Batak di Sumatera, mereka menjadi Melayu ketika diperintah oleh kesultanan Deli dan semasa kerajaan Sriwijaya, kemudian mereka kembali kepada kesukuan mereka iaitu suka Karo dan Batak.

Hal yang sama berlaku di Borneo kepada orang Dayak. Mereka pernah menjadi 'Melayu' semasa daerah mereka dibawah kuasa kesultanan Brunei dan Sulu, apabila sudah bebas dari kedua-dua kesultanan itu, mereka memilih untuk menjadi 'Dayak'.

Jadi konsep ke'Melayu'an itu merupakan seperti tamadun, atau peradaban yang sentiasa berkembang dan sentiasa boleh di definasikan semula mengikut keadaan. Dalam kata lain, Melayu sebenarnya dinamik dan cosmopolitan - hingga keturunan seperti Arab dan India boleh diterima sebagai Melayu.

Untuk memahami lagi konsep 'Melayu' itu, ada dua perkara yang perlu difahami. Pertama, konsep 'Melayu' tidak dapat dipisahkan dari 'kesultanan' atau ke'raja'an. Kerajaan di sini bukan bererti 'government' tetapi 'kingdom'. 

Oleh kerana orang Melayu tidak boleh wujud tanpa raja, maka pada zaman polity iaitu zaman muncul ke'raja'an kecil-kecil seperti Deli, Siak, Pasai, Kedah, Langkasuka, Melaka dan Riau, orang-orang Melayu akan menjadi Melayu dengan hanya adanya kerajaan atau hidup bawah naungan sesuatu kerajaan. 

Begitu juga denga raja, baginda tidak boleh hidup tanpa rakyat. Namun rakyat sesebuah kerajaan tidak wajib untuk bersetia dengan sesuatu kerajaan. Mereka boleh berpindah dan menukar raja mereka iaitu dengan merantau dan menjadi rakyat di bawah sesebuah kerajaan yang lain.

Dengan kata lain, mereka akan mencari kemakmuran dengan sesebuah kerajaan besar, contohnya Melaka apabilla Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa ketika zaman kegemilangannya. Oleh kerana seseorang rakyat boleh 'keluar dan masuk' ke mana-mana kerajaan mereka suka berlandaskan ke'Melayu'an pemerintahnya, ini menanam sikap yang tidak akrab dengan tanah air atau tanah.

Bagi orang Melayu, tanah hanya digunakan, bukan dimiliki. Ini kerana mereka sentiasa bergerak dari sesuatu ke'raja'an Melayu kepada satu lagi ke'raja'an Melayu yang lain. Apabila Sultan Mahmud tewas kepada Portugis, ramai orang Melayu mengikut baginda ke Johor-Riau kerana orang Melayu tidak setia kepada bumi Melaka tanpa rajanya. 

Oleh kerana Melayu tidak taksub kepada tanah, dan merasakan mereka boleh membuka di mana saja tanah baru asalkan adanya ke'raja'an Melayu, ini memberi sikap yang contrast dengan kaum Cina yang datang kemudiannya. Bagi kaum Cina, tanah dan harta adalah segalanya. Mereka faham konsep 'hakmilik' dan 'jualbeli' harta. 

Tidak seperti orang Melayu yang akan tinggalkan harta dan tanah apabila merantau, kaum Cina akan pastikan apa saja yang dimiliki akan boleh di tunaikan. Mungkin ini juga punca Melayu kurang membuat wasiat, atau mengagihkan harta kepada keturunan mereka sebelum mereka mati. Berapa banyak tanah orang Melayu kembali kepada kerajaan kerana tidak difaraidkan. 

Dalam posting akan datang, saya akan huraikan perbezaan contrast tentang konsep kekayaan bagi orang Melayu dan kaum Cina. 

Bersambung.

Tuesday, January 10, 2012

Suka Sama Suka.

Alhamdulillah kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dengan bekas pembancuh kopinya, Saiful Bahari sudah mendapat keputusan. Hakim membebaskan Anwar tanpa syarat, dalam keputusan yang dibaca kurang dari 10 minit. Hakim yang dituduh Anwar dalam kandang salah ala-ala Mandela sebagai dicucuk hidung, perkakas BN dan sebagainya.

Seperti Barcelona, Anwar suka berlakon dan membawa masalah peribadinya sebagai masalah 'rakyat'. Beliau dizalimi, beliau tidak diberi perbicaraan yang adil, beliau difitnah, sistem kehakiman Malaysia corrupted, tidak bebas dan sebagainya. Saya tidak nampak dimana masalah rakyat, sedang selama 16 tahun dalam UMNO, Anwar sudah mengecapi berbagai kemewahan.

Kes liwat ini adalah masalah antara si tertuduh(Anwar) dengan si pengadu(Saiful) tetapi telah di spin hingga semua orang terlibat - Dr. Mahathir, DS Najib, Rosmah Mansur, PDRM, kerajaan BN dan semuanya. Untuk menyelesaikan kes ini hanya perlukan sebuah mahkamah, defendan melantik seorang peguam dan seorang pendakwa raya. Itu saja.

Namun Anwar menyeret semua orang hingga ke rakyat, drebar teksi, student-student yang gullible, orang kampung, menteri, PM malah isteri PM. Kes ini bermula di era Tun Abdullah lagi sebenarnya, bukan dalam era Najib. 

Anwar menangguhkan kes ini sebanyak 69 kali, dan jika dia memberi kerjasama sejak dari awal, tidak takut pada bayang-bayangnya kes ini tidak sampai 3 tahun pun. Sudah lama dia dibebaskan dan semua rakyat Malaysia boleh move on dari masalah peribadi Anwar. Tak semena-mena, Hasan Ali kena pecat.

Menarik, dalam dua gambar Wan Azizah setelah Anwar dibebaskan tidak menampakkan riak beliau gembira suaminya terlepas dari hukuman. Tengok bawah ini:


Gambar bernilai dari beribu perkataan.


dan bawah ini:

Samsidar kelihatan lagi gembira dari Wan Azizah.


Mari kita imbas fakta kes: dakwaan ini dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan, iaitu kejadian liwat berlaku dengan paksaan. Ini merupakan kes jenayah, onus of proof memang terletak pada bahu pendakwaraya. Onus of proof bermakna beban membuktikan kejadian berlaku tanpa keraguan munasabah itu terletak pada pendakwaraya.

Dalam erti kata lain, pendakwaraya memerlukan bukti yang sangat kukuh, kukuh sekukuhnya untuk membukti pihak yang didakwa bersalah. Dalam hal ini, unsur paksaan itu sepatutnya 'beyond a reasonable doubt'.

Sample air mani  Anwar dalam lubang dubur Saiful tidak membuktikan paksaan. Selain dari kenyataan Saiful sendiri, hakim tidak mempunyai bukti lain. Ini menimbulkan keraguan munasabah bahawa adanya unsur paksaan dalam kejadian berkenaan.

Tambahan lagi, Karpal Singh sebagai peguam Anwar telah menyatakan apabila Saiful datang secara sukarela, membawa KY Jelly membuktikan tidak ada paksaan dalam perlakuan tersebut. Saiful tidak berusaha untuk lari, minta tolong dan menyelamatkan dirinya, malah boleh minum kopi bersama Anwar setelah kejadian yang didakwa berlaku. Dalam kata lain, ianya  suka sama suka

Anwar bebas dari tuduhan seksyen 377B, beliau bebas dari tuduhan meliwat Saiful secara paksa. Adakah beliau bebas dari meliwat secara suka sama suka? Mahkamah rakyat akan menghukum.

Keputusan luar jangka ini sebenarnya memberi banyak kesan kepada politik. Antaranya, Anwar sudah silap selama bertahun-tahun spin mahkamah milik BN, hakim dicucuk hidung dan sistem kehakiman tidak telus tetapi keputusan hari ini membukti segalanya hanyalah spin sahaja. Paranoia, takut pada bayang-bayang sendiri. Semuanya hanya pembohongan Anwar secara besar-besaran.

Anwar mensasarkan kedatangan penyokong seramai 100 ribu orang pada hari semalam, namun yang hadir hanya seramai lebih kurang 4500. Ini berbeza dengan kes liwat 1998, kita boleh lihat begitu ramai yang turun secara sukarela tanpa menggunakan jentera parti seperti AMK lakukan semalam. Di sini sudah membayangi samada Anwar bersalah atau tidak, sokongan terhadapnya sudah merosot. Jauh merosot.

Kemudian, Pakatan sudah bersedia dengan calon, dan strategi masing-masing tanpa Anwar sekarang kena menilai semula strategi mereka. DAP contoh, mengrekruit calon-calon Melayu kerana percaya tanpa Anwar, calon-calon Melayu PKR tidak akan mampu menggugat calon UMNO. Sekarang strategi ini boleh membuat DAP berebut kerusi Melayu dengan PKR.

Kesan paling ketara, Wan Azizah masih tidak ceria walaupun suaminya dibebaskan. Tidak meliwat secara paksa, kata mahkamah. Suka sama suka bukan satu jenayah, setidak-tidaknya dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Segalanya sudah terbongkar, kepada sesiapa yang berfikir.

Monday, January 9, 2012

U Cannot Cheat Everybody, Everytime.




Kadang-kadang politik dan bola ada persamaannya, terutama dalam bab lakonan mereka. Menjelang kematiannya, Augustus Caesar memanggil keluarga rapat dan sahabatnya sahaja, dan dalam keadaan nazak menunjukkan dirinya yang sebenar. Sepanjang hayatnya, dia hanya melakonkan berbagai watak sebagai Maharaja - watak kejam. watak belas kasihan, watak tagih simpati, watak garang dan sebagainya.

PKR adalah seperti Barcelona. Mereka memang melatih kader-kader mereka untuk berbohong dan sering melebih-lebihkan 'kecederaan' apabila bertempur dengan polis. Lakonan mereka sesetengahnya mantap, hingga ramai juga rakyat Malaysia yang percaya. Seperti Barcelona, pengadil membuat keputusan kerana terpedaya dengan lakonan pemain Barcelona yang sudah berlatih berlakon 'sakit'.

BERSIH 2.0 seseorang telah berlatih 'mati' dan Tian Chua sudah tweet real time bahawa Supardi sudah mati, siap ada gambarnya dengan Tian Chua menjelang ke'matian'nya. Adam Adli dan Safwan Anang juga sudah graduate daripada universiti of lying dan berlakon sakit kerana ditendang, ditumbuk dan dipijak hingga patah rusuk, secara ajaib besok boleh berkerusi roda membuat laporan polis dengan tulang rusuk yang sudah sembuh.

Mat Sabu berlakon sakit kononnya dilanggar kereta polis, dan terima kasih kepada CCTV yang akhirnya membuka jalan kepada kebenaran lalu menyelamat maruah PDRM. Poliitik gentleman Malaysia seperti Semangat 46 berlawan UMNO sudah lama ditinggalkan sejak Anwar membentuk PKR. Segalanya adalah pembohongan, pembohongan dan pembohongan.

Syukur kepada teknologi maklumat, ia juga dapat membantu pihak yang difitnah untuk membuktikan sebaliknya, namun PKR tetap buat muka toya setelah pembohongan mereka didedahkan. Mereka adalah new breed of politicians yang muncul bersandarkan kebencian dan bukan ideologi parti. 

ABU atau Asal Bukan UMNO menampakkan slogan kebencian yang tebal tanpa membawa slogan yang lebih baik sebagai saingan kepada UMNO. Hanya kebencian.

901 akan menghidangkan drama yang menarik pagi ini. Sama-sama kita saksikan. Polis mengatakan PKR sudah menandatangani persetujuan 10 perkara melalui Shamsul Iskandar tetapi dinafikan oleh Azmin Ali. Apa yang diharap dari parti semi terrorist apabila membuat perjanjian syaitan. Mereka hanya akan terus berdusta dan berdusta.

Ini antara sebab United State tidak akan berunding dengan terrorist. List of demands will be endless.

For a better Malaysia, tolak parti yang boleh menubuhkan akademik perbohongan seperti PKR. Mereka, seperti Barcelona, tidak mempunyai rasa malu walaupun pembohongan mereka didedahkan.