Followers

Tuesday, May 22, 2012

Muzakarah.

Dunia politik Melayu makin menarik dengan muzakarah. Nik Aziz ingin mengadakan muzakarah dengan UMNO tapi dengan syarat........

Nik Aziz merupakan 'political animal'. Kebetulan orang menganggap beliau ulama. Ulama politik atau ulama berpolitik. Objektifnya: kuasa atau mengekalkan kuasa. 

Syarat yang dikenakan:

1. Mesti terima DAP dan PKR.
2. Tukar dasar dari kebangsaan ke Islam dan
3. muzakarah perlu diadakan sebelum PRU.

Aneh bukan? Syarat yang kedua sudah bertentang dengan syarat pertama. Nik Aziz minta UMNO tukar dasar dari kebangsaan ke Islam, namun sekutunya yang sedia ada iaitu DAP menentang apa saja berbentuk Islam - negara Islam dan hudud.

Nik Aziz tidak berani letak syarat itu sebelum kerjasama dengan DAP, tapi berani letak syarat apabila ingin bermuzakarah dengan UMNO. Ermm.....

Kita semua tahu bahawa muzakarah ini memang tiada langsung keikhlasan, lebih sebagai perangkap atau ploy. Saya dapat mengesani keresahan PAS, mungkin kerana terlalu 'carried away' dengan DAP dan PKR, PAS sudah jauh menyimpang dari pejuangan asalnya.

Saya dengar desas desus dalaman PAS ada yang kurang setuju kerjasama yang 'melampau' antara PAS dengan DAP dan PKR. Parti itu sebenarnya sedang menghadapi perpecahan, permberontakan dari golongan purist.

Mungkin juga peminat tegar PAS di kampung-kampung sudah tawar hati dengan PAS yang nampak sangat liberal dan tak 'seIslamik' dulu. Saya percaya PAS kerugian ramai undi Melayu akibat persengkokolan melampau dengan DAP.

Keluarnya Hasan Ali dari PAS bukan tanpa ekor. Saya dapat maklumat, masih ada ekor-ekor Hasan Ali dalam PAS dan makin hari makin tidak puas hati dengan pucuk pimpinan PAS yang bagaikan dilimau-sintukkan oleh Anwar dan DAP.

Dan mereka ini merasakan Anwar makin lama makin menjadi beban kepada PAS. Skandal dan aksi-aksi videonya.

Jadi muzakarah ini mungkin untuk menunjukkan kepada golongan purist bahawa PAS sebenarnya tidak menutup pintu kepada UMNO. Mungkin jika benar-benar terdesak. 

Namun demikian, Mahfuz dan Mustafa Ali menolak untuk mengadakan muzakarah ini. Alih-alih, saya dengar Haji Hadi kata media tersalah lapor, muzakarah itu bersama NGO bagi menerangkan bahawa PAS tidak menyeleweng dalam pejuangan Islam. 

Kenyataan-kenyataan yang bercanggah ini semakin menampakkan PAS makin resah dan keliru. 

Kantoi!

Sunday, May 20, 2012

Orang Itali di Kelab Inggeris.

Pertama saya mengakui, saya bukan peminat Itali dalam World Cup dan Euro. Permainan mereka selalunya defensive dan mengharap counter attack. Ia tidak menyemarakkan imaginasi saya. Tidak seperti Brazil, Argentina, Portugal dan Sepanyol. 

Pada pagi tadi, buat julung kali Chelsea merangkul Piala Juara-juara. Kebetulan Chelsea dipimpin oleh Roberto di Matteo, bekas pemain Chelsea sendiri. Beliau orang Itali yang menjadi 'interim manager' menggantikan Andre Villa-boas yang telah dipecat selepas Chelsea menunjukkan permainan yang buruk dalam Liga Inggeris.

Usaha pemilik Chelsea, Roman Abromovich untuk menjadi Juara dalam Liga Juara-juara tercapai. Sebelum ini, beberapa pengurus tersohor seperti Ranieri, Jose Mourinho, Guus Hiddink dan Ancelotti telah gagal. Kejayaan akhirnya di tempa oleh di Matteo, bukan pilihan utama Abramovich.

Beberapa hari sebelum itu, Roberto Mancini berjaya membawa Manchester City menjadi Juara Inggeris selepas 44 tahun kali terakhir kelab itu menjulang Piala Liga. Memang tahun 2012 merupakan tahun bertuah bagi orang Itali di kelab Inggeris.

Jika ada orang Itali yang tidak bernasib baik di kelab Inggeris; ianya adalah Mario Balotelli. Kerana attitude problem dan masalah disiplin, nasib beliau masih samar di City.

Mungkin kerana beliau Itali celup, walaupun nama dan asal dari  Itali.




Thursday, May 17, 2012

Kebebasan Bersuara: Antara Najib dan Anwar.




Anwar kononnya ingin menjadi jaguh dalam dunia kebebasan bersuara. Bandingkan dua video ini. Video pertama adalah dalam lawatan Datuk Seri Najib ke Britain baru-baru ini, ada tiga orang pro BERSIH bertempik melolong "BERSIH! BERSIH! BERSIH"

Hanya tiga orang, bertujuan untuk menarik khalayak yang lain untuk turut sama melalak, lantas memalukan PM. Namun tiada siapa yang mengikut. Menarik di sini apabila PM yang agak tertanggu dengan perbuatan biadap mereka tidak minta mana-mana pegawai menghalau mereka dari majlis, cuma beliau minta mereka beri peluang beliau meneruskan ucapan.

"Can  you please stop"

"You can meet me later,"

"You wait for me,"

"You can talk to me later".

PM sanggup meluangkan masa bertemu mereka untuk membincangkan rasa tidak puas hati mereka. Tidak dihalau. Tidak dihalang.

Bandingkan:




Lihat bagaimana Anwar menangani soalan dari Benji Lim. Ketika membuat Sidang Akhbar berkenaan BERSIH 3.0. Benji, bertanya ditempat yang sesuai kerana ianya adalah Sidang Akhbar. Bandingkan dengan tiga orang melaungkan "BERSIH" yang terpekik terlolong dalam majlis rasmi.

PM tidak emosi, tenang dan minta mereka bersabar jika ingin bertemunya. Anwar, tidak tahan dengan soalan demi soalan, juga kenyataan dari Benji Lim yang tidak memihak kepada PKR akhirnya menghalau Benji dari sidang akhbar berkenaan.

Sebelum Benji keluar beliau sempat berkata: "I am a citizen too".


Anwar jaguh kebebasan bersuara?

Kah! Kah! Kah! Kah!

Wednesday, May 16, 2012

DAP Hauskan Darah: Dari Peristiwa 13 Mei 1969.




Jika Zulkifli Nordin membuat fitnah, Lim Kit Siang sila saman beliau. 'Right to differ' adalah 'keistimewaan'(privilege) Lim Kit Siang dan bukan rakyat lain. Bukti: Tunku Abdul Aziz.


Masih Melayu lupa? Begitu mudah kitakan lupakan siapa pencetus 13 Mei?

Tuesday, May 15, 2012

Dictatorial Autocratic Party.

Keputusan Tunku Aziz untuk keluar dari DAP setelah digugurkan sebagai Naib Presiden dan tidak disambung sebagai senator mewakili DAP hanya membuktikan satu perkara: tiada tempat untuk orang Melayu dalam parti itu KECUALI mereka sanggup menjadi boneka.

Dalam satu perbahasan saya dengan generasi Y, mereka melabel saya sebagai spesies yang phobia akan DAP(untuk berlaku adil, saya dahulu melabelkan beliau sebagai 'spesies suka melabel orang tidak Islamik dan sebagainya').

Mungkin saya silap tetapi generasi kami meragui DAP seperti kami takutkan komunis. Selepas roboh tembok Berlin tahun 1989, sekaligus menepati ramalan Fukuyama sebagai 'the end of History', manusia kembali menganuti fahaman liberal demokrasi dan kapitalisme.

Tiada lagi komunisme.

Namun generasi saya masih ingat betapa kejamnya komunis di Rusia, di China dan juga masih mendengar kekejaman komunis di Malaysia dari orang-orang tua kampung. Kami mendengar bukan hanya sekadar membaca dari buku sejarah.

Kami masih ingat ketika Tun Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Politiknya ditangkap oleh Menteri Dalam Negeri kerana menjadi spy komunis. Kami masih ingat teori domino selepas Vietnam jatuh kepada komunis dan Amerika cabut lari dari Vietnam, ada teori mengatakan satu per satu negara seperti Laos, Kemboja, Thailand dan seterusnya Malaysia akan menghadapi bahaya komunisme.

Namun ada anak muda yang boleh menerima komunisme. Malah ada juga yang memujanya. Kononnya ideologi itu bagus kerana menolong golongan tertindas dari kekejaman orang kaya. Kesamarataan. 

DAP seperti komunisme merupakan sebuah parti yang dikenali sebagai parti kaum Cina. Walaupun parti itu menerima semua kaum, namun memori DAP lahir selepas Lee Kuan Yew gagal menawan Malaysia melalui PAPnya  setelah dikeluarkan dari Malaysia masih kuat dalam ingatan generasi kami.

Kami masih ingat orang-orang tua bercerita tentang 13 Mei selepas DAP dan Gerakan berlaku biadap terhadap orang Melayu selepas mereka menang banyak kerusi. Secara mutawatir, orang-orang Melayu tidak dapat melupakan peranan DAP dalam menghasut api perkauman hingga mencetus peristiwa berdarah itu. 

Di mana-mana orang-orang tua yang pernah terlibat bercerita, bukan kerana propaganda kerajaan tetapi sebagai orang yang mengalami sendiri. Kami masih dengar ucapan-ucapan Lim Kit Siang yang menidakkan Melayu sebagai penduduk asal. Kami masih dengar bagaimana Karpal menghina para sultan hingga Kiyai Arsyad menampar Karpal kerana menghina Sultan Selangor.

Jika sekarang, mungkin Kiyai itu akan dituduh sebagai "perkakas BN."

Namun segala itu hanya tinggal kenangan. Selepas Malaysia menjadi makmur selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, orang Melayu semakin melupai belang DAP. Seperti komunisme, DAP diberi penjenamaan semula sebagai parti yang menentang korupsi dan penyelewangan.

Seperti kata Datuk Rahman Dahalan aka @MPkotabelud, memerangi rasuah bukan hak ekslusif DAP, PAS atau PKR. Ramai dalam UMNO juga tidak senang dengan apa yang berlaku. Rasuah adalah musuh negara dan ianya wajib diperangi oleh seluruh rakyat.

Dalam era liberal demokrasi semakin menjadi pilihan, terutama ramai golongam muda yang naive, DAP tidak berani lagi mempejuangkan slogan asalnya: "Malaysian Malaysia". Dengan membentuk Pakatan bersama dua lagi parti iaitu PAS dan PKR, DAP cuba memperdayakan Melayu bahawa mereka parti liberal, demokratik dan berbilang bangsa.

Justeru itu maka DAP melaksanakan polisi 'Pa-Malayu'(Holy Alliance) dan rekruit seramai mungkin Melayu ke dalam DAP dan bakal dikompangkan sebagai calon. Aspan Alias, Sakmongkol, Hata Wahari merupakan beberapa contoh yang melihat 'rumput hijau diseberang sana.'

Jika membaca blog Aspan Alias, bagi beliau UMNO sangat feudal dan langung tidak demokratik. Anehnya, UMNO sudah bertukar Presiden sebanyak 7 kali, dan ahli biasa seperti Sulaiman Palestine boleh menentang seorang Presiden(Husein Onn). Lebih menakjubkan, Sulaiman Palestine tidak dipecat, sebaliknya Tun Husein meletak jawatan.

Bandingkan dengan DAP. Lim Kit Siang begitu lama memegang jawatan Setiausaha Agung. Apabila beliau melepaskan jawatan yang berkuasa itu, diganti dengan anaknya. Hingga sekarang Lim Kit Siang masih menjadi ahli parlimen, dan bersama waris dinasti politiknya, mereka mencorakkan DAP.

DAP yang minta kerajaan telus namun melaksanakan gag order dalam partinya sendiri. Ahli tidak boleh mengkritik pimpinan mereka. Apabila Tunku Aziz menyatakan pendapatnya tidak setuju dengan polisi DAP dalam isu BERSIH dan membela PDRM, beliau menerima padahnya.

Pertama tempoh senator beliau tidak disambung. Kemudian beliau diminta berundur sebagai Naib Presiden. Akhirnya Tunku membuat keputusan keluar dari DAP. Bagaimana Melayu dalam DAP dapat mempertahankan Islam dan kepentingan Melayu jika hanya kerana memberi pandangan tentang BERSIH sahaja, nyawa politik Tunku sudah melayang.

DAP parti kaum Cina. Jelas. Kaum lain hanya hiasan dan trofi. Dan bertentangan dengan namanya, Democratic Action Party, DAP adalah parti yang paling tidak demokratik. Ianya tidak diterajui oleh Presiden tetapi Setiausaha Agung dan politburo. Macam komunis.

Tan Sri Lee Lam Thye seorang yang berprinsip dan kuat kerja untuk rakyat juga akhirnya meninggalkan parti yang mengamalkan double standard dan dictatorship itu. Saya masih ingat beliau menangis semasa meninggalkan parti itu.

Sesuai ditukar saja DAP dari Democratic Action Party kepada Dictatorial Autocratic Party.

'No to Middle Malaysia', says my middle finger! 


Sunday, May 13, 2012

Winter is coming?

Pertama saya ingin mengucapkan 'Selamat Hari Ibu' kepada ibu saya sendiri, Wan Sauja Ratna bte Wan Muhamad. Sudah tentu, mak bukan pembaca blog ini. Saya sangat yakin walau satu posting pun dari blog ini tidak pernah dibacanya.

Mak saya bekas guru sekolah dewasa. Kini beliau sendiri buta IT. Sudah lewat bagi saya untuk educate beliau mempelajari IT. Namun beliau tahu saya mempunyai blog. Saya tidak pernah menceritakan sendiri. Tapi dalam dunia ini, dinding pun bercakap, dan boleh menyampai.

"How delicate, how subtle, there is nothing cannot be spied." Kata Sun Tzu.

Selamat Hari Ibu juga kepada isteri saya. Juga seluruh wanita yang bergelar ibu di dunia ini. 

Semalam saya meladeni mak saya untuk shopping di KLCC. Kemudian kami dinner di Chilli's. Kembali ke rumah, tepat pukul 9, saya menonton 'Game of Thrones' musim kedua. Makin menarik. Makin banyak intriguenya. 

Pada hari Jumaat, UMNO menyambut ulangtahun ke 66nya(atau 24?). Dikatakan seramai 100 ribu berhimpun memakai baju merah di Stadium Bukit Jallil. Membaca tweet rakan-rakan dan pembangkang selepas itu, mereka berkeyakinan bahawa PRU ke 13 sangat hampir. 

Malah ada yang percaya PM akan mengumumkan pembubaran parlimen pada 14 atau 15 haribulan Mei ini. Saya dengar PM akan ke Australia, England dan Amerika selama tiga minggu. Saya tidak rasa ada sebarang pengumuman tentang pembubaran parlimen dalam minggu ini.

Mungkin hanya 'isapan jempul'. Nobisha meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada suku ke empat tahun ini. Ada yang meramalkan pada September.

Apa-apapun, samada bulan 6 atau bulan 9, (6 or 9, hrm mungkin numerologist suka ni), yang pasti : "WINTER IS COMING."

Bersedialah.

Thursday, May 10, 2012

Himpunan Belia Negara,





Semalam, 9hb Mei 2012 saya mendapat jemputan sebagai blogger untuk menghadiri Program Media Bersama Sekretariat Himpunan Belia Negara. Saya dijemput oleh rakan blogger juga yang mempunyai hubungan baik dengan KBS. Kebetulan dalam majlis berkenaan, saya bertemu dengan sepupu saya, Engku Azmi, Pengarah Hubungan Strategik Belia.

Dengan sepupu, Engku Azmi.

Majlisnya ringkas. Timbalan Pengarah, Hajjah Hatipah binti Ibrahim hanya satu-satu VIP yang memberi ucapan. Beliau mengalu-alukan kami, pengamal media sosial dan mengumumkan pada 15 Mei akan diadakan pelancaran Hari Belia Negara 2012, pukul 4 petang Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Tan Sri Muhyidin Yasin akan merasmikannya.

Anda boleh like laman Facebook Hari Belia Negara 2012 di sini dan boleh ke laman web di sini. Berbagai-bagai acara akan di adakan pada 23 hingg 27 Mei ini di Putrajaya. 

Jangan lepaskan peluang ini.

Tuesday, May 8, 2012

"Kita mau lagi banyak orang Melayu masuk kita punya parti."




Dialog dalam youtube di atas mengingatkan saya kepada sebuah parti chauvanist yang sedang aktif mengrekruit orang Melayu untuk bertanding dalam parti mereka. Seperti 'mendiang' parti komunis, kemasukan beramai-ramai Melayu ke partinya akan menjustifikasikan pejuangan mereka. Kononnya, mereka parti berbilang bangsa.

Namakan apa saja, namun kita tahu siapa mereka. Rekruit seramai mana Melayu pun, kita tetap tahu siapa mereka. Evil has many faces.

Lepas menonton you tube ini, saya teringat akan Dato' Arif Sabri aka Sakmongkol dan Aspan Alias. Mereka comfirm akan bertanding dalam PRU ke 13.


"Kita mau lagi banyak orang Melayu masuk kita punya parti."

"Banyak susahlah, ini Melayu banyak kuat sembahyang."

"Ha, kalau itu macam, lu mesti campur dia orang sembahyang,perlahan-lahan  lu cakap pasal parti."


LOL!

Monday, May 7, 2012

A: Samad Said: Dari Sasterawan Negara ke Sasterawan Rakyat.

A. Samad Said.


Saya masih mengaku bahawa saya tetap peminat A. Samad Said. Karya-karyanya seperti Salina, Langit Petang, Adik Datang, Sungai Mengalir Lesu, Daerah Zeni dan Hujan Pagi masih meninggalkan pengaruh kepada saya. Saya tidak faham mengapa beliau membiarkan dirinya menjadi 'haiwan politik'.

Saya ingin memanggil beliau Pak Samad, seperti sering saya panggil beliau jika bertemunya. Namun Datuk A. Kadir Jasin menyindir generasi baru yang tidak tahu apa-apa - Pak Samad dalam dunia kewartawanan adalah dirujuk kepada A. Samad Ismail.


Allahyarham A. Samad Ismail

Kedua-duanya adalah nama besar dalam dunia penulisan - A.Samad Said lebih berseni sementara A. Samad Ismail lebih tajam naluri kewartawannya. Kedua-duanya sangat berbeza dalam menangani manusia. A. Samad Ismail adalah 'leader of men', sementara A.Samad Said merupakan seniman yang berjiwa halus dan tidak mempunyai 'political material'.

A. Samad Said sering tenggelam dalam khayalannya. Dalam satu siri makalah Dewan Sastera, beliau sendiri mengakui jika menonton cerita di rumahnya, fikirannya akhirnya akan melayang dan berkelibat kesekian banyak cakerawala. Tidak banyak yang boleh diharap oleh mana-mana parti untuk menjadikan beliau sebagai tokoh mana-mana gerakan.

Meminjam ungkapan Datuk A. Kadir Jasin:

"Kini ramai yang mengaitkan keterampilan beliau dengan pejuang komunis Vietnam, “Uncle” Ho Chi Minh. Kelainan A Samad Said mudah dipisahkan daripada khalayak"


Ho Chin Minh

Saya setuju kerana beliau merupakan sasterawan, bukan pemimpin. Tugas beliau adalah menghasilkan karya-karya agung, buah tangan seniman untuk generasi akan datang. Sudah terlambat bagi beliau untuk menceburi politik atau menjadi ketua mana-mana gerakan.

Kegagalan beliau dan Ambiga dalam mengawal BERSIH baru-baru ini adalah satu contoh. Beliau telah diangkat ke taraf yang tinggi oleh negara untuk menjadi Sasterawan Negara. Tidak perlu terikut-ikut politik Pakatan yang kononnya beliau sasterawan rakyat.

Berapa ramai mereka yang benar-benar menghargai karya beliau? Membaca dan mengunyahnya. A. Samad Said perlu berkarya bebas dari politik dari menghasilkan karya seperti Unggun Bersih dan Peludah Warna. 

Seingat saya, seburuk-buruk seni adalah seni yang menjadi mesin propaganda mana-mana parti.

"The artist is the creator of beautiful things. To reveal art and conceal the artist is art's aim."

"Those who find ugly meanings in beautiful things are corrupt without being charming"

"Those who find beautiful meanings in beautiful things are the cultivated.For these, there is hope".

-Oscar Wilde, Picture of Dorian Gray.











Sunday, May 6, 2012

Soliloquy.

Dalam setahun yang lepas, seseorang menasihati saya: "Jika berdoa, mintalah pengakhiran yang baik, jangan minta kaya. Saya jumpa ramai orang minta kaya, makbul tapi bila tua jadi susah semula".

Sepanjang hidup saya, saya berusaha untuk menjadi kaya semasa muda. Saya gagal. Merenung semula masa silam, dan kini mungkin jika saya menjadi kaya masa muda saya akan termasuk golongan yang diberitakan. Saya kenal diri saya dengan segala keborosannya.

Ramai juga yang saya temui dalam hidup, mempunyai masa muda yang gemilang, kemudian menjadi sukar semakin mereka tua. Ini realiti yang perit. Terlalu teliti juga membahaya. Sama juga jika terlalu aggresif.

Bukan kebetulan juga ramai tokoh sejarah termasuk dalam dua kategori di atas. Napoleon yang menjadi 'berjaya' ketika muda, akhirnya mengalami kekalahan dan terbuang ke Pulau Helena. Julius Caesar seorang late developer.  Mula menjadi serius dalam kerjayanya ketika berusia 36 tahun. Sebelum itu, beliau hanya 'pleasure seeker'.

Winston Churchill juga menjadi 'agung' selepas beberapa kali gagal. Masa mudanya bukan gilang gemilang. Robert Kiyosaki pernah menceritakan tentang 'Billionaire Boys Club' yang mana dianggotai oleh orang muda, terkenal dan kaya. Mereka semua akhirnya mati dalam kemiskinan.

Semakin saya merasai ada kebenaran nasihat di atas. Kehancuran sesebuah kejayaan kerana kelekaan sendiri. Ianya bermula dengan ego dan angkuh. Tahun ini adalah 'turning point' dalam hidup saya. Harap saya tidak menjadi seperti itu.

Teringat saya dalam satu seminar seseorang memberi tip tentang 'public speaking'. Katanya, jika pembukaan kamu teruk, atau hujah kamu teruk, berikan closure yang menarik. Orang akan lebih mengingati 'good ending' dari yang lain-lain.

Mungkin itu sebab mengapa cerita Hindustan sentiasa mempunyai 'happy ending'. To ease the pain golongan susah di India agaknya. Tradisi kepenglipur-laraan.

BTW, posting akhir-akhir ini sangat berat tentang politik. 'Winter is coming' adalah bermaksud masa susah sedang menghampiri bagi keluarga Stark dalam siri 'Game of Thrones'. Bagi saya, 'election is coming', dan tak perlu saya huraikan lagi.

You hear me right, 'election', not erection.




Saturday, May 5, 2012

Kebenaran Tentang Legenda 'Silver Arrows'.

Saya pernah menulis tentang 'Silver Arrow' dalam awal-awal penulisan di blog ini. Sumber maklumat yang saya dapat adalah dari History Channel. Dalam temuramah yang dibuat dengan pakar sejarah Mercedez, mereka menceritakan kononnya pada awal Grand Prix, Mercedez menggunakan warna putih, kerana warna itu warna kebangsaan German.

Hingga Mercedez terpaksa mengikis cat kerana terlebih berat, kemudian Mercedez juga dikenali dengan nama 'Silver Arrow'. Warna rasmi Audi(ketika itu Auto Union) adalah silver. Sejak mula Audi dikenali sebagai 'Silver Arrow'. Apabila Mercedez menjadi 'silver', legend persaingan dua silver arrows dari German ini menjadi buah mulut GP sebelum WW2.

Legend of the Silver Arrows

Auto Union’s cars were run in silver, like their rivals Mercedes, giving rise to the term ‘silver arrows’. A popular story is that German cars were always painted white, as it is their national racing colour, but Mercedes scraped the white paint off their cars to reveal bare bodywork when it was found to be slightly overweight. It’s a popular story, and one perpetuated today by the Current Mercedes GP team, but it would appear to be nothing more than a myth. None of Mercedes early cars were ever painted white to start with, and the race where they supposedly removed it did not have any weight restrictions anyway. This story was likely an attempt by early Mercedes team owners to create a bit of mythology around the brand.
Menurut Martin Porter, penulis blog tentang sejarah Audi: 1930s Grand Prix: The History of Auto Union, cerita warna putih Mercedez itu hanya mythology yang dicipta oleh sejarahwan Mercedez. Sejak awal sebenarnya, seperti Audi, Mercedez juga bewarna silver.

Friday, May 4, 2012

Telahan Raja Monyet PRU ke 13,

Seronok membaca analisa politik oleh blogger Planet of the Monyet. Saya akan turunkan CnP dari blognya yang bertajuk: Strengths of political parties viz GE 13: A Monyet Assestment.

The GE13 is in the horizon. Despite many chickenheads making various predictions, no one really has a f*#king clue when the elections will be. May be even Najib doesn’t know. Only thing that is certain is that GE13 will be held between now and March 2013.

I thought perhaps this is an appropriate time for me to assess the progress each political party in Peninsular Malaysia has made since 2008 and their standing today. Of course, since I am only a little monyet and not very smart, please take my assessment with a large dose of salt. I am only an amateur – so forgive my amateurish analysis. Only Peninsular Malaysia based political parties are discussed. I only know a little bit about political parties in Sabah and Sarawak.



The assessment is based on my own review of various political literature, media reports and blogs and more importantly through talking to various individuals who are knowledgeable in the politikus industry in Malaysia. I have made an extra effort to understand the sentiments of the non-Queen’s English speaking crowd and the rural voters as these two groups making up the bulk of voters in Peninsular Malaysia. I would like to advise my readers (most of whom are urban professionals who mostly converse in English) that you guys are a minority. You views may not necessarily be representative of the views of the majority of Malaysians (you can read my earlier article about the importance of sample size here).

I will start with the party that has made most progress and go down in a descending order.

1. DAP has made most progress since 2008. It has a very strong support base amongst the Chinese and its winning of Penang has consolidated its appeal among the Chinese voters. Over the past 4 years, DAP has cleverly strategized its campaigns, has a sleek campaign machinery and probably the most tactical of all parties. If you study its campaigns, you will note that they are rather sophisticated – way ahead of other parties. Lim Guan Eng is a good man. Regardless whether you like him or not, he is doing a fine job as the CM of Penang and that has won him many admirers, Monyet King included. (he could do with better hairstyling though)

Unfortunately DAP has made little progress in attracting non-Chinese supporters. Despite the recruitment of a few high profile Malays (e.g. Tunku Aziz, Zairil, Sakmongkol), DAP is by and large, a Chinese party to the core. To the bulk of the Malays in the country, DAP = Lim Kit Siang = Chinese chauvinist – and it is going to take a lot of effort to wipe out that image. I can see that DAP is trying to rebrand but it will be hardwork. [BTW, I heard Zairil speak last week and was quite impressed with him. Bright and articulate].

Come GE13, DAP should win more seats (both state and Parliament) than it has now. I think it will make inroads in Johor, Sabah and Sarawak. It may lose one or two seats in Perak and NS.

2. UMNO. Surprise, surprise. Of course if you have only been reading Malaysiakini and Chinese newspapers, you will find this hard to believe. UMNO has consolidated itself. Najib is very popular among the people (if he keeps Rosmah at a distance, he will be even more popular). UMNO has a large grassroot network which is active on the ground. You may not hear very much about it – but UMNO Youth and the Wanita and Puteri folks are going good work on the ground outside the Klang Valley and Penang. UMNO now has a lot more professionals. Irrespective of whether you like him or not, Khairy Jamaluddin is very smart and very articulate. If you watched the debate between him and Ambiga recently, to many non-partisan observers, Khairy won hands down.

Najib is a smart cookie. Najib is head and shoulders above his predecessor, Slumberjack. Many of his GTP and ETP are working – although his team could do better by communicating the results clearly. You, my readers, might not see the benefits but folks in rural areas do. Abolishment of the ISA and a slew of other laws is a major breakthrough in terms of respecting human rights. Najib has made more progress on electoral reform than what was done by his predecessors over the past 25 years. All these have won him many admirers, Monyet King included.

UMNO of course carries a lot of baggage. The party still has many half-brained porcupines and tortoise-heads. A lot of the older members are probably still living in the 1980’s. The past (and even present) cosy links between businesses and the party is a problem that UMNO has not yet managed to eradicate. It has an image of lethargy and corruption which will also take a long time to get over with. Its dominance within BN gives the impression that it is also a bully.

Come GE13, UMNO should be able to win more seats than it has now (at the expenses of PKR). With a bit of luck, it could win back Kedah.


3. PAS of course has a long history of grassroot activism and a formidable campaign/ election machinery. The fact that it has held on to Kelantan so long is a testament of its strength. With the 2008 win of Kedah, PAS has also consolidated itself. Among the Pakatan partners, PAS probably has the best / biggest election machinery. Since 2008, PAS has been actively campaigning and exerting its influence in Kedah, Perlis and Terengganu.

The party has a few smart young cookies but suffers "old" image problem. The prominence of Nik Aziz and Hadi gives the impression that it is a party of oldies – which it is not. Of course, its ultimate goal of establishing an Islamic state has never and will never go down well with a vast majority of Malaysians, Malay-muslims included. However by virtue of its loose partnership with DAP and PKR, PAS has somewhat put forward a more tolerant, liberal face. Whether it is sufficient to convince the non-Muslim voters remains to be seen. More importantly, it has to find replacements for Nik Aziz and Hadi who are now more than 300 years old.

Come GE13, I think PAS will more or less maintain what it has now. It seems ambitious in Johor but unlikely to win much in that state. It is completely lost in Sabah and Sarawak. PAS will be strong in Kelantan, Kedah, Terengganu and Perlis – the four poorest states in Peninsular Malaysia. It will lose some seats in Selangor and Perak.


4. MCA. Very difficult to assess. It goes without saying that DAP is now the biggest Chinese party in the country and MCA is struggling to find its footing. But not all is lost. MCA members have rallied around Chua Soi Lek  (despite his “problems”) and CSL is seen as a firm leader. CSL has balls that his predecessors did not have. It has a large grassroot network and has been doing community work on the quiet. Despite what you may have read or heard, the Chinese have not totally abandoned the party.

MCA has to get rid of the image that it is UMNO’s pissboy (well I am not sure what a pissboy is but it sounds like a right word to use here). MCA is of course struggling to disprove this perception. One of MCA’s advantages is that it, though its long association with UMNO, has a better understand of the Malay psyche and is generally seen by the Malays as less chauvinistic than DAP.

MCA will struggle in GE13. However, with UMNO’s resurgence, it should be able to maintain its existing seats and may be win a few more.
 

5. MIC. The departure of Samy Vellu can only be good news to any party. MIC under Palanivel maintains a low profile. The party has been focussing most of its efforts amongst middle to lower income Indians and mostly outside Klang Valley. Some of its new leaders are very hardworking, smart and articulate. Kamalanathan (I like him), for example is a smart bloke who is articulate in Malay, English and Tamil. Najib has made numerous goodwill gestures towards the Indian community which should translate into votes for BN. With the departure of Samy Vellu, more Indian professionals have joined the party.

MIC of course also suffers an image problem. It has not really produced many leaders who are capable of leading a multi-ethnic society. Many Indian professionals have shunned the party in the past. It has to do lot of work to modernize the party, to inject new blood and make itself relevant.

For GE13, the good news for MIC is that the Indian voters are returning to BN. This is due to a combination of Najib’s gestures as well as MIC’s own effort. MIC should do better compared to its performance in GE12.


6. PKR’s originally strength was that it is the only real Malaysian party with a multiracial leadership. It also had a leader, Anwar, who managed to bring PAS and DAP together. Anwar’s sodomy trial helped PKR aplenty. PKR now runs Selangor and Khalid is doing a fairly decent job.

However, PKR is the most problematic party within Pakatan now. After flying high during GE12, PKR has basically gone downhill since. Seen as the weakest in the Pakatan coalition, it also had to endure a number of frogs that have switched allegiance. Through his own doing, Anwar has lost a fair bit of credibility (including his famous September 16 2008 claim and his alleged role in the recent Bersih3.0 rally). The sex tapes did not help. PKR’s own elections were in shambles – leading to senior members leaving the party. The image of Anwar, Azizah and Nurul at the head of the party also gives the impression that it is still a party for Anwar.

PKR would probably be the biggest loser in GE13. Anwar cannot carry the party on his own anymore. The images of policemen being attacked by a mob during Bersih3.0 rally (which BN will use to the maximum effect) will not win votes for PKR. Pakatan may just hold on to Selangor through the skin of its teeth.


7. As for PPP, KITA, KUTU, GARU, and other miscellaneous parties, they should seriously consider merging with one of the bigger parties. Tak ada harapan.




Monyet King says
Forgive my amateurish analysis. After all, I am only a little monyet. And also, my mind was clouded today for the lack of good teh tarik.


Added later
I should have written about Gerakan. Unfortunately, I don't know enough about that party. May be I will do more research and write on another day. Cheers

Secara keseluruhan, saya setuju dengan analisa Monyet King. Jika PRU ke 12 diadakan sekarang, atau dalam masa terdekat, BN masih kekal sebagai kerajaan. BN tidak lagi boleh bermimpinkan 2/3 majoriti. Ini realiti kini.

Dalam PR, DAP adalah pemenang terbesar dalam scenario politik sekarang. Saya sudah beberapa kali menulis tentang itu. PAS sebenarnya sedang mengalami krisis dalaman. Ianya tidak kelihatan kerana disiplin parti yang tinggi.

Umum mengetahui bahawa PAS berpecah kepada dua kumpulan; iaitu kumpulan ulama dan golongan 'erdogan'. Erdogan adalah golongan yang pro Anwar. Dengan kemelut yang dicipta Anwar sendiri, golongan Erdogan makin mengundang rasa kurang senang dari golongan ulama.

Ini dapat dilihat apabila Nasharudin Mat Isa mengkritik Ambiga sebelum BERSIH 3.0. Terpecatnya Hasan Ali juga menampakkan betapa dominannya golongan Erdogan. Golongan Erdogan pula menjadi berpengaruh kerana dipayungi oleh Muryidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Dalam PR, PKR merupakan beban kepada Pakatan itu. Tabiat beberapa orang kuat PKR seperti Rafizi Ramli yang mengumumkan ingin hapus PTPTN tanpa berbincang dengan DAP dan PAS menyebabkan Pakatan ini semakin membawa haluan masing-masing. Begitu juga dengan arahan Anwar untuk merempuh halangan di Dataran Merdeka dikritik hebat dalam PR sendiri.

Seperti analisa Monyet King, saya percaya banyak kerusi PKR akan kembali kepada BN, diimbangi pula dengan beberapa kerusi majoriti Cina yang dimenangi oleh DAP.

BN masih memerintah selepas PRU ke 13, insyaAllah.

Tuesday, May 1, 2012

Talkin Untuk Anwar.

Dalam sidang akhbar, Anwar telah dipersoalkan oleh Benji Lee, seorang peserta BERSIH yang ingin lihat BERSIH berkumpul secara aman.

 Bila Anwar bertanya: 

"You don't blame the police for shooting peoples at the Sogo?"(Anda tidak salahkan polis yg menembak orang di Sogo?) 

Jawab Benji:  "We cannot assumed the police department wouldn't acts the way any other professional police department.... come on, we weren't born yesterday? This is PDRM we talking about." (Kita tidak boleh mengenepikan polis tidak akan bertindak seperti mana-mana polis professional(yang lain), kita bukan dilahirkan semalam, kita bercakap tentang PDRM).

Sambung Benji lagi: "...the oppositions, Keadilan shouldn't has any part of this rally at all.... it was completely hijacked..." (pembangkang, Keadilan tidak sepatutnya mengambil bahagian dalam perhimpunan ini, ianya telah di hijack...)

Kemudian Anwar memotong soalan beliau, dan ada sumber mengatakan beliau di halau dari majlis yang kononnya hanya untuk wartawan. Kebebasan bersuara? Podah.

Dalam hal lain, seorang blogger terkenal pembangkang, Ameno World turut membalun Anwar. Kelihatan semua jari sedang menunding ke arahnya. Ironi, bukan dari UMNO tetapi dari pembangkang dan sekutu mereka. Saya petik posting Ameno World yang bertajuk: 'Konspirasi Serangan Dataran Merdeka Terdedah.'


Benarlah kata orang kebenaran tidak boleh diselindungkan.

Bersih neh under sapa?

Ambiga dan kali neh kita ada A.Samad Said. Dengar citer a.samad said terduduk di satu sudut dengan wajah yang sayu dan bagitau dia kepenatan ketika berdemo. Betul ke itu hal sebenarnya?

Kalaupun ada orang yang layak memberikan arahan untuk langgar penghadang, orang itu hanya ambiga atau a.samad said ataupun kedua2 insan neh. Tiada orang lain berhak. Apatah lagi ambiga dah keluarkan arahan kita takan langgar sekatan polis.

Angah kbsb, better ko delete kembali memori wassap kita tadi. Aku dah menyesal sekarang. Menyesal habis.

Nak salahkan sb yang rempuh dataran merdeka? Betul ka sb yang pergi memandai2 rempuh? Lue salahkan dulu sapa yang bagi arahan. Patutla member2 gua dah bagi hint.. kalau taktau jangan cakap der.. gua pun pelik gak. Tatau apa?

Perhimpunan neh sepatutnya perhimpunan aman. Tapi ada orang otak senget menjadikan ia huru hara. Ambiga, kali neh saya bersetuju marilah kita bersama2 mempertimbangkan semula dengan siapa kita bersama.

Lihat bawah. Kebenaran di hadapan anda.






ni ialah perhimpunan aman. Dsai tak sepatutnya bagi isyarat suruh rempuh halangan. Lepas tue bila rakyat kena serang dia kat mana? Bila rakyat kena balon, dia kat mana? Dsai bagi isyarat, barulah rakyat naik semangat slogankan suruh masuk di waktu chegu bard bagi ucapan bahawa kita tak boleh melepasi sekatan sebab polis tak bagi kebenaran. Apa benda tue?

Demm.

Nak hentam aku? Aku dah agak tegar dsai bersepah. Tapi aku tegar fakta. Aku tak peduli dengan sentimen korang. Aku hanya mahu peduli dengan sentimen rakyat.

1. Dsai bagi arahan = isyarat.

2. Azmin ali menyampaikan isyarat dsai. Ada facebooker cakap azmin ali yang bagi kebenaran tapi kalau lue tengok video di atas neh jelaskan yang azmin hanya membenarkan apa yang dsai arahkan. Arahan tidak keluar dari mulut azmin sendiri.

3. Lepas tue rakyat dok rempuh. Itupun sebab dah dapat greenlight. Yang rempuh tue kita tatau nak cakap apa. Mungkin dia lupa bahawa boss bersih ialah ambiga dan a.samad said bukan dsai.

4. Lepas kena rempuh, baru polis bertindak balas.

5. Jadi seterusnya apa yang berlaku, lue sendiri yang cari pasal.

6. Dengan neh gua surrender dengan segala bagai pendedahan sebab rasa malu. Ada macam2 info bab dataran yang gua dapat. Tapi gua nak masukkan dalam bakol sampah. Erase. Delete. G mampos. Walaupun gua tahu sb memang bersepah tapi gua reti malu bila tengok video kat atas neh. Gua dah taknak amek port pasal isu dataran merdeka lagi dah. Bab sogo dan masjid jamek je gua nak cover.

7. Kalau polis pukul lue di dataran merdeka, itu masalah orang yang bagi arahan.

8. Lepas tue sentimen tersebut mungkin meleret2 di bawa sampai ke sogo.

9. Nasib baik sampai masjid jamek kami kembali bertenang.

10. Dalam pada itu tak kurang berita2 bahawa kematian peserta2 bersih dihebahkan dari mulut ke mulut untuk menaikkan semangat rakyat.

11. Mula2 gua fikir neh kerja sb.

12. Tapi rasanya better gua berfikir semula dan kumpul segala bukti yang ada sebelum buat analisis ia disebarkan oleh sb. Boleh jadi ia bukanlah sebagaimana yang gua sangka. 

Dan, nasihat gua kepada diri gua sendiri, gua kena fikir masak2. Gua kali neh benar2 terkejut. Sampai taktau nak gambarkan sejauh mana gua terkejut. Bai.

Lupa, gua juga nak sesiapa bertanggungjawab bersihkan kembali nama unit amal yang teruk kena kecam. Lue yang pandai2 bagi isyarat apahal unit amal pula kena kecam? Lue jangan nak lepas tangan. Tenkiu.

Tak boleh tengok ye? Klik sini ==> https://www.facebook.com/my.remi/posts/282475921844299?notif_t=share_reply

Kredit kepada rakan reporter yang upload kebenaran neh. Thanks.

Ameno : Bagi arahan suruh rempuh halangan = beri keizinan untuk peserta melakukan provokasi. 


Ameno World, blogger PR sendiri sudah menyalahkan Anwar kerana mendorong pendemo menyerbu polis. Kemudian dia terus mengutuk apabila Anwar hilang entah ke mana ketika rakyat bertempur dengan polis.

Dalam satu artikel lain, Presiden Bar Council, Lim Chee Wee, meramalkan, tanggal 28 adalah bermulanya pengakhiran karier politik Anwar. Baca artikelnya:

Chaos and the Beginning of the END
Lim Chee Wei
29 April 2012
An obituary is something that is not easy to right. One never knows what to say as consoling those that have lost a loved one is nearly always an exercise in futility. The violence and chaos rained down by thousands of bused in Opposition members led by Keadilan’s Deputy President Azmin Ali yesterday was the final nail in the coffin of the political life his mentor, Anwar Ibrahim. 
I am not a fortuneteller but the writing is clearly on the wall. This is the beginning of the end of the political career of Anwar Ibrahim which has spanned more than 40 years. What should have been the natural support base of Pakatan Rakyat marching in KL on Saturday now, more than ever, has begun to count the toll of damage Anwar has done to the argument that all rallies are peaceful. 
The advent of a full democracy in Malaysia is not dependent on Ambiga’s unreasonable demands for the resignation of the entire Election Commission or the implementation of all reforms demanded before the next GE. Full democracy in Malaysia is dependent on the setting up of a sustainable and viable two-party system. People seeing Anwar lose control and sending his storm troopers in to destroy everything in their way has led many peacefully marching to believe that for democracy to face the BN, Anwar has got to go.  
The sheer desperation and willingness to cause the BN political damage at any costs, even causing damage and injury, shows that Anwar knows this GE is his LAST chance. It is the final salvo of one of the most divisive figures in Malaysia’s political history. Anwar will be 65 this year and waiting for the 14th election will see him just a shade under 70. This is his time, after GE13, it will be the time of the true leaders of Pakatan. Younger leaders who don’t want their families to dominate their parties, who are not singularly driven by a desire for power to take revenge on Tun Mahathir etc. and leaders who don’t have the baggage that a former Deputy President of UMNO will always surely have. 
It is sad to see an otherwise intelligent man blind to the fact that he will never be Prime Minister. The destructiveness he unleashed on Kuala Lumpur this weekend is the final act of desperation of a man hoping in vain that he has still got one final act to play. What he does not realize is that his audience has left and moved on to something, or someone, that far more closely resembles an ideal of leadership with which they want to spend time and watch. 
Datuk Ambiga herself conceded that the Police acted after the political segments of the rally intimidated and attacked the Police. In her own attempt to salvage what has become an irreparable situation of chaos and violence, she naively asks the Government to think about why some people would act so extremely. The motives of men smashing cars lies not in a desire for electoral reform. Rather, they were doing so because Anwar told them to do so. He told them to do so because he knew that if they rained chaos on the streets, the Police would be forced to act. Only then would his friends in the foreign media be able to dedicate many minutes of coverage to chaos in yet another Muslim majority country. 
Datuk Ambiga has to take some of the responsibility despite her attempts to ask the crowd to disperse before the trouble started. She herself repeatedly requested PAS and Keadilan to bulk up her numbers in the event that ordinary non-partisan Malaysians did not show up. It is as clear as day that Bersih has been entirely taken over by the Opposition. This could have been avoided if Datuk Ambiga never started on that slippery slope of sharing the Bersih stage with Anwar in particular. 


I am Chinese and the first trait of my people is pragmatism which is why we felt that there needed to be a much stronger Opposition in 2008 given the wanton corruption and abuses of the BN then. Pakatan would do well not to take my pragmatism for granted for this way of thinking does not know political loyalties. Chaos and desperation are not pragmatic. For the first time since 2008, Anwar does not seem like a pragmatic choice for Prime Minister. 
Democratic progress is NOT upturned cars on the streets and vigilante rowdies running riot in our cities. Democratic progress is the setting up of a true two party system. Pakatan needs a real leader who believes in the ideals of democracy and has NEVER practiced otherwise. With this, I hereby write the beginning of the end of Anwar Ibrahim’s political career on 28 April 2012.