Followers

Tuesday, May 22, 2012

Muzakarah.

Dunia politik Melayu makin menarik dengan muzakarah. Nik Aziz ingin mengadakan muzakarah dengan UMNO tapi dengan syarat........

Nik Aziz merupakan 'political animal'. Kebetulan orang menganggap beliau ulama. Ulama politik atau ulama berpolitik. Objektifnya: kuasa atau mengekalkan kuasa. 

Syarat yang dikenakan:

1. Mesti terima DAP dan PKR.
2. Tukar dasar dari kebangsaan ke Islam dan
3. muzakarah perlu diadakan sebelum PRU.

Aneh bukan? Syarat yang kedua sudah bertentang dengan syarat pertama. Nik Aziz minta UMNO tukar dasar dari kebangsaan ke Islam, namun sekutunya yang sedia ada iaitu DAP menentang apa saja berbentuk Islam - negara Islam dan hudud.

Nik Aziz tidak berani letak syarat itu sebelum kerjasama dengan DAP, tapi berani letak syarat apabila ingin bermuzakarah dengan UMNO. Ermm.....

Kita semua tahu bahawa muzakarah ini memang tiada langsung keikhlasan, lebih sebagai perangkap atau ploy. Saya dapat mengesani keresahan PAS, mungkin kerana terlalu 'carried away' dengan DAP dan PKR, PAS sudah jauh menyimpang dari pejuangan asalnya.

Saya dengar desas desus dalaman PAS ada yang kurang setuju kerjasama yang 'melampau' antara PAS dengan DAP dan PKR. Parti itu sebenarnya sedang menghadapi perpecahan, permberontakan dari golongan purist.

Mungkin juga peminat tegar PAS di kampung-kampung sudah tawar hati dengan PAS yang nampak sangat liberal dan tak 'seIslamik' dulu. Saya percaya PAS kerugian ramai undi Melayu akibat persengkokolan melampau dengan DAP.

Keluarnya Hasan Ali dari PAS bukan tanpa ekor. Saya dapat maklumat, masih ada ekor-ekor Hasan Ali dalam PAS dan makin hari makin tidak puas hati dengan pucuk pimpinan PAS yang bagaikan dilimau-sintukkan oleh Anwar dan DAP.

Dan mereka ini merasakan Anwar makin lama makin menjadi beban kepada PAS. Skandal dan aksi-aksi videonya.

Jadi muzakarah ini mungkin untuk menunjukkan kepada golongan purist bahawa PAS sebenarnya tidak menutup pintu kepada UMNO. Mungkin jika benar-benar terdesak. 

Namun demikian, Mahfuz dan Mustafa Ali menolak untuk mengadakan muzakarah ini. Alih-alih, saya dengar Haji Hadi kata media tersalah lapor, muzakarah itu bersama NGO bagi menerangkan bahawa PAS tidak menyeleweng dalam pejuangan Islam. 

Kenyataan-kenyataan yang bercanggah ini semakin menampakkan PAS makin resah dan keliru. 

Kantoi!

No comments: