Followers

Sunday, May 23, 2010

Seni Untuk Seni dan Seni Untuk Masyarakat

 El Pensandor atau Thinker Statue karya Rodin.
Mulanya ditujukan buat Dante tetapi menjadi
lambang manusia secara universalnya pemikir.


Sesuatu yang membezakan manusia dan haiwan merupakan manusia mempunyai kehalusan perasaan dan menikmati sesuatu yang halus dan batiniah. Manusia muncul sebagai species di bumi Allah ini bukan hanya sekadar ingin hidup dan mencari makan. Ini dibuktikan dengan munculnya Cro-Magnon di Eropah yang menggantikan Neanderthal. Sementara Neanderthal hanya hidup untuk mencari makan, Cro-Magnon develop naluri bekerjasama, bahasa yang lebih canggih dan minat terhadap hiasan dan seni melebihi mana-mana species pun. Dan ini rahsia cro-magnun sebagai spesis yang paling berjaya.

Menurut Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, pada era 60an, polemik dikalangan seniman adalah slogan 'Seni untuk seni' atau 'Seni untuk Masyarakat'. Ketika itu, sasterawan merupakan penggiat seni sering berdebat samada seni ini hanya untuk seni walaupun tidak difahami masyarakat atau seni ini adalah untuk masyarakat bagi membentuk dan mendidik masyarakat. Ramai juga seniman percaya dalam karya seni jika terlalu banyak unsur-unsur propaganda dan didaktik bukan karya yang baik.

Saya sendiri sebenarnya mempercayai seni untuk seni dan seni adalah keindahan dan bukan alat propaganda serta bahan mendidik masyarakat. Seni hanya untuk diappreciate keindahannya sahaja seperti kata Oscar Wilde:  "Artist is the creator of beautiful things", "There is no such thing as a moral or immoral book. Books are well written, or badly written. That is all" dan "All arts is quite useless".

Saya mempercayai ramai juga masyarakat kita tidak boleh menerima 'art for art's sake'. Saya juga yakin saya boleh menerimanya termasuklah platonicnya Plato. Plato percaya seniman tidak boleh mempunyai rasa ghairah atau apa-apa perasaan dan nafsu terhadap objek seninya seperti pelukis yang melukis gambar bogel seorang wanita tidak boleh mempunyai nafsu terhadap wanita berkenaan. Kepercayaan saya teruji apabila saya terbaca dalam suratkhabar Raja Azmi akan membuat filem homoseks pertama di Malaysia. Selalunya saya menentang censorship kerana percaya badan ini akan membunuh pertumbuhan seni kerana kreativiti bermakna 'no rules'.

Apabila saya melihat gambar dalam akhbar berkenaan lelaki Melayu berpeluk-pelukan sebagai melakunkan watak gay, saya mula merasakan perlunya ada garispanduan dalam seni filem. Saya rasa loya dan menjijikkan.

Akhirnya, mahkamah kita yang selalu dituduh tidak suci dan banyak campurtangan politik membuat sesuatu judgement yang menarik tentang seni. Mahkamah kita sendiri sudah berwarna-warni seperti sebuah karya seni. STAR  melaporkan Datuk Bandar Kuala Lumpur diarah membayar sebanyak RM750  ribu kepada Datuk Syed Ahmad Jamal. Hakim Mahkamah Tinggi, Azhar Mohamed  berpendapat tindakkan Datuk Bandar mengubah ukiran Seniman Negara berkenaan tanpa persetujuannya merupakan tindakan 'institutional vandalism'.

"This is the first time a Malaysian court has awarded damages for infringement of moral rights over an art work."  Kata STAR. Baca sini

Sebagai muslim saya banyak terbelah antara isu moral dan seni. Penolakkan saya terhadap atas nama seni terhadap karya seni seperti filem homoseks Melayu membuatkan saya sedar seni tidak sentiasa indah. Namun keputusan mahkamah yang menghargai nilai seni itu sudah meletakkan Malaysia sebagai negara liberal.

Saya akui saya mula meragui pegangan seni saya: benarkah 'art for art's sake'?

Saturday, May 22, 2010

Apa Kaum Cina Mahu?

Soalan ini subjektif. Jika kita tanya sepuluh orang Cina, kita akan dapat sepuluh jawapan. Bagi penulis artikel 'What Chinese Want', Kee Thuan Chye yang dimuatkan oleh Datuk Ti Lian Ker dalam blognya, kaum Cina tidak mahu kerajaan yang corrupted seperti BN. Pada 18hb Mei baru-baru ini, Presiden MCA bersuara mewakili kaum Cina BN. Mungkin suara kaum Cina DAP lain pula.

Saya quote kata-kata Chua Soi Lek dalam Star:

"Chinese voters now have a deeper concern for intellectual issues rather than just wanting rice-bowl problems to be addressed, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said. These intellectual issues included racial fairness, accessibility to education, scholarships, promotions, judiciary and crime, he told a press conference after a dialogue with automative parts manufacturing associations, at Wisma MCA here Tuesday."

Bagi kaum Cina, isunya bukan 'bread and butter' lagi tetapi hal yang lebih mendasar: isu-isu intelek. Ini berbeza dengan orang Melayu dan India yang masih ramai dibawah paras kemiskinan. Dengan erti kata lain, kehendak kaum Cina adalah perkara yang sukar untuk dipenuhi, tidak hairan jika cek 3juta dan 18juta diperlekehkan.

Untuk menjadi lebih fokus, mari kita bincang satu persatu. Datuk Chua berkata antara isu 'intelek' yang dibangkitkan oleh kaum Cina di Malaysia ini adalah keadilan sosial, kemudahan pembelajaran, biasiswa, kenaikan pangkat, sistem kehakiman dan jenayah.  

Kaum Cina mahukan keadilan sosial. Di sini saya tidak faham keadilan sosial yang bagaimana. Dari segi asas mereka jauh lebih berjaya dari peribumi. Saya tidak nampak orang Melayu menindas kaum Cina. Malah kerajaan BN membenarkan mereka berkongsi kuasa, kebanyakkan mereka menang di kerusi majoriti Melayu kerana jika majoriti kaum Cina sudah tentu mereka akan kalah dengan DAP. Dalam isu menindas saya rasa Melayu paling toleran, membenarkan mereka mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina, membenarkan mereka mengamalkan adat resam dan budaya Cina. 

Dalam satu artikel yang di tulis dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh yang diterjemahkan oleh seorang kawan kaum Cina mengatakan kerana tidak puas hati dengan Malaysia sudah ramai kaum Cina profesional telah migrate ke Australia, New Zealand dan United Kingdom, untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Aneh, saya rasa negara berkenaan lebih rasis dibanding dengan Malaysia dan saya tidak fikir mereka membenarkan sekolah jenis kebangsaan Cina wujud di negara mereka. Apa lagi memberi bantuan kewangan.

Dianggarkan seramai tiga ratus ribu orang golongan profesional yang telah berhijrah dan kebanyakkan dari kaum Cina.
Saya akui Malaysia memang menghadapi krisis kepimpinan baru-baru ini. Mungkin ramai golongan business dan profesional tidak berpuashati dengan cara Malaysia ditadbirkan. Saya sendiri merasakan ramai profesional berhijrah merupakan sesuatu yang tidak elok kepada negara tetapi jika mereka merasakan boleh mencari keadilan di negara-negara lain, tidak ada siapa yang menghalang mereka.

Mengenai pendidikan, saya berpendapat sistem semi meritokrasi perlu diadakan. Jika ada anak orang Malaysia yang brilliant mereka perlu dibantu hingga jaya tanpa mengira kaum. Negara membangun seperti Malaysia ini memerlukan bijak pandai. Kepandaian ini kadangkala anugerah. Jika Enstein menjadi warganegara Malaysia, dia juga perlu dibantu semaksimum mungkin walaupun dia Yahudi. Dalam soal pendidikan, saya setuju pendidikan perlu bebas dari segala prejudis.

Tentang biasiswa, JPA sudah memberi biasiswa sebanyak 45% kepada lain-lain kaum. Ini bermakna seramai 45% bantuan biasiswa yang sepatutnya dapat ke anak bumiputera telah diambil. Kaum bumiputera tidak mengamuk hingga tidak mengundi kerajaan BN atau UMNO yang tidak berdaya mempertahankan hak mereka demi keadilan kaum.

Dari segi promosi, saya kurang faham promosi apa. Jika dalam bidang kakitangan awam, saya rasa kita juga tidak mengamalkan diskriminasi.  Dari segi kehakiman dan jenayah, seperti kata Datuk A. Kadir Jasin, ini bukan hanya isu kaum Cina, ini isu semua kaum di Malaysia ini, bumiputera, orang Asli dan India. Semua warga Malaysia tanpa mengira bangsa mahu melihat Malaysis sebagai sebuah negara yang adil, saksama, tanpa campurtangan politik dalam bidang kehakiman. Kita juga mahu lihat jenayah dikurangkan jika tidak dibenteras terus.

Jika keadilan perniagaan yang dibangkitkan oleh kaum Cina, jangan kita tidak tahu, dasar patronising ini bukan hanya kepada orang Melayu atau UMNOputra, kerajaan juga ada membantu kaum Cina hingga mereka menjadi billionaire hasil bantuan kerajaan. Berbeza dengan orang Melayu, jika mereka ditolong akan datang lagi dan minta ditolong lagi. Sebaliknya bagi kaum Cina, mereka akan menjadikan bantuan itu sebagai batu loncatan.

Datuk A. Kadir Jasin membariskan antara billioanaire Cina atau India yang dibantu oleh kerajaan dalam blognya. Baca sini.

Antara yang disebut sudah tentu Vincent Tan. Beliau mula menjadi billionaire apabila Sport Toto diswastakan dan beliau mendapat hak monopoli lesen judi itu pada tahun 1980. Baru-baru ini beliau mendapat lesen judi bola yang diluluskan kepada Ascort Sport. Begitu juga dengan Ananda Krishnan. Dengan sekelip mata beliau menjadi jutawan apabila mendapat hak pengswastaan lumba kuda Jalan Ampang, beberapa lesen judi dan komunikasi. Ini diberi kepada mereka kerana hak ekslusif tidak boleh diniagakan oleh bumiputera.

Di Sibu, kaum Cina yang mendapat faedah ekonomi hasil pembalakan tetapi tetap tidak menyokong kerajaan. STAR melaporkan seramai 27 orang  'Sarawak Shakers' dari kaum Cina. Antaranya Tiong Hiew King, Ting Pek Khiing, the Lau brothers (Henry Lau Lee Kong, Stephen Lau Lee Kiong and Vincent Lau Lee Ming), Hii Yii Chiong, Ding Jack Sung, Ling Chiong Ho, Wong Kie Nai, and Yaw Teck Sen.

Pada tahun 1970an YTL Group hampir bankrupt tetapi mendapat kontrak kerajaan membina sekolah, hospital, rail keretapi dan mendapat IPP(Independetn Power Producer) hasil dari kerajaan. Robert Kuok yang mendapat monopoli AP gula juga mendapat AP dari kerajaan. Jadi jika semua yang besar-besar sudah ditelan oleh mereka, apa lagi cerita keadilana sosial. Takkan kelasF yang monopoli bumiputera juga hendak dibangkitkan.

Jadi sebenarnya, apa kaum Cina mahu? Perdana Menteri Cina yang pertama, atau Presiden CIna? Langkah mayat saya dulu.







Wednesday, May 19, 2010

Islam dan Sekular

Seringkali kita mendengar orang pandai, atau rasa pandai atau mengaku pandai agama akan berkata, Islam syumul dan sekularisme bukan cara Islam. Saya setuju dengan ungkapan berkenaan. Saya rasa hampir keseluruhan orang Islam akan setuju. Mungkin juga keseluruhan orang Islam yang bersetuju tetapi masih ada persoalan: mengapa masih wujud apa yang dikatakan sekular itu?

Paling ketara dalam politik. Ahli politik Islam, atau yang membawa panji Islam, atau yang menggunakan Islam sebagai 'selling point' mereka akan mengatakan dalam Islam politik dan Islam bersatu dan bukan politik lain dan Islam lain. Mereka yang mengungkapkan tidak boleh pula memberi contoh dimana politik Islam selepas terbunuhnya Syadina Uthman bin Affan. Saya sudah membariskan bukti-bukti sejarah bahawa politik selepas terbunuhnya Khalifah yang ke tiga itu sudah tidak 'islamik' lagi - jika boleh dikatakan demikian.

Sekadar untuk mengulangi hujah berkenaan, mari kita ungkap semula. Fitnah berleluasa selepas terbunuh Uthman bin Affan dan banyak hadis palsu yang direka ketika itu. Ahli politik Islam seperti Muawiyah banyak menggunakan helah seperti menjunjung Quran untuk berdamai palsu. Selepas terbunuhnya peribadi gemilang Islam seperti Ali bin Abi Talib, politik Islam bertambah huru hara dengan muncul puak Syiah, Khawarij, Ummayah dan Abbasiyah yang mempunyai politik cacat cela dan sangat jauh dengan apa yang dikatakan 'politik Islam' itu.

Sudah tentu ilmuwan akan berhujah politik Rasulullah. Rasulullah merupakan rasul. Baginda telah mendapat wahyu dan ulama sekarang walaupun so called 'spiritual leader' sudah tidak mendapat wahyu lagi.  Jika peribadi sehebat Ali bin Abi Talib tidak dapat menyatukan ummah seperti politik Rasulullah walaupun Ali ditarbiah oleh Rasul sendiri, apa lagi hanya sekadar 'mursyidul am' yang mendapat pendidikan di Timur Tengah atau Pakistan sahaja.

Jadi jelas politik sebenarnya memecahkan ummah. Bermula mazhab atau sect dalam Islam adalah kerana perbezaan politik. Syiah dan ahli sunnah berasal dari perbezaan politik sedangkan Islam hanya satu dan rasulullah tidak mengajar mazhab-mazhab. Apabila nature politik itu sendiri kotor dan memecahkan tidak ada sebenarnya yang dikatakan politik Islam. Semua politik adalah kuasa dan mencari pengaruh. Plain and simple.
Jika ada perdebatan dengan hadis dan nas hanya perdebatan akedemik, secara praktikalnya politik tetap keji.

Sekularisme asalnya datang dari Barat. Ini kerana sistem feudal barat memberi kuasa kepada Raja sebagai tuan tanah dan dibantu oleh kuasa rohani seperti Papacy atau kegerejaan Vatican. Ketika Zaman Gelap di Eropah, masalah apa yang dikatakan sekularisme ini tidak melanda ummah kerana dalam Islam pemikiran saintifik dan rasional adalah intipati ajaran Islam dengan Quran sebagai panduan. 

Permulaan Islam seperti di zaman Abbasiyah ulama merupakan bijak pandai yang menguasai ilmu seperti Quran dan juga ilmu sains seperti fizik, kimia, biologi, geografi dan sebagainya. Memang istilah sekular tidak pernah wujud kerana ilmuwan Islam menguasai keseluruhan ilmu. Ini berlainan dengan Barat. Cleric mereka hanya menguasai hal-hal kerohanian dan sering bertelingkah dengan ilmuwan sains. Akhirnya terpisahlah gereja dan sains.

Apabila Barat meninggalkan gereja atau muncul gerakan Protestant oleh Marthin Luther yang protes terhadap monopoli penafsiran Bible oleh Vatican, Barat menjadi maju dizaman Enlighment.Mereka mula menguasai perdagangan dengan menguasai lalu lintas perdagangan, menguasai ilmu sains dan pemikiran rasional. Dalam dunia Islam pula, makin ramai ulama-ulama faqahi yang muncul dan menguasai Raja-raja Islam serta membuat fatwa yang melemahkan kebolehan berfikir orang Islam. Di sini bermula kemerosotan tamadun Islam persis zaman Gereja pula apabila Raja memberi kuasa kepada ulama untuk menafsirkan agama mengikut kehendak mereka. Dan bukan tidak berlaku penafsiran ini dibuat mengikut kepentingan politik ulama ataupun Raja berkenaan.

Kononnya orang Islam tidak boleh menafsir Quran tanpa pra-syarat ilmu seperti mereka. Dengan kuasa yang ada pada ulama berkenaan, akhirnya lumpuhlah pemikiran rasioanal orang Islam dan ummah makin terkongkong dan terkongkong dalam kepompong agama. Sebenarnya ini yang memisahkan Islam dengan keduniaan kerana apabila ulama berkenaan hanya menguasai ilmu kerohanian dan faqahi maka berlaku sekularisme.  Ummah yang ingin maju dari segi keduniaan terpaksa melihat model diluar Islam kerana jawapannya tiada dalam Islam - kerana ilmuwan Islam gagal memberi jawapan.

Seperti yang pernah saya tulis dalam posting 'Persoalan Yahudi', apabila orang Islam(read Arab) ingin membuat 'Islamic Banking'(still read Arab) maka mereka terpaksa rujuk kepada Yahudi yang menguasai sistem kewangan dunia sekarang. Dan ulama faqahi pula masih bertingkah. Ada yang kata interest bukan riba(Tantawi) dan jika mengikut Mazhab Hanafi bank Islam juga haram tapi Syafie kata halal. Umat Islam diseluruh dunia sebenarnya 'lawless'.

Lebih teruk lagi apabila ulama faqahi membuat fatwa terhadap ilmu yang mereka tidak kuasai. Semasa umat Islam menutup pintu mereka daripada ilmu 'orang kafir', di luar dunia Islam telah membangun dengan pesat sistem kewangan dan banking moden, kemajuan sains dan teknologi yang bebas dari moral seperti klon, permanian beradas dan muncul ilmu-ilmu baru yang tidak difahami oleh ulama tradisional. Dan pernah seseorang bertanyakan 'ustaz'  apa hukum main facebook!

Berlakunya sekularisme dalam dunia Islam bukan salah orang lain, tetapi salah ulama juga yang hanya menguasai ilmu keagamaan dan kerohanian sedangkan jika mereka mendakwa Islam syumul mengapa mereka langsung meninggalkan keduniaan? Dan lengkap bererti ada dunia dan ada akhirat, menguasai ilmu akhirat sahaja menjadikan mereka yang sekular.

Banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan Islam syumul semula. Dan kita memerlukan generasi ulama yang juga syumul, bukan yang hanya tahu menghukum.

Tuesday, May 18, 2010

Semua Kuasa Adalah Korup

"All powers are corrupt, absolut power corrupt absolutely."

Jika tidak salah itu merupakan kata-kata Lord Anton. Rakyat tidak akan suka korupsi. Sesebuah kerajaan yang kelihatan korup akan segera diguling oleh rakyat. Kemudian naik pula pemerintah baru. Mula-mula mungkin bersih, tetapi lama kelamaan dalam mercu kuasa, sudah mula berlaku korup.

Sepatutnya semua parti politik tidak boleh menjadikan ketelusan dan bersih dari korup sebagai manifesto mereka. Bukan saya suka korupsi, tetapi saya hanya ingin menjadi realist. Rasuah tidak mungkin dapat di hapuskan kerana ia hampir melibatkan semua pegawai kerajaan dan orang politik. Orang politik pula bukan hanya kerajaan BN, termasuk PR. Oh sudah tentu mereka tidak akan mengaku. Kesalahan hanya wujud jika 'terkantoi'. 

Mari kita renung mengapa DEB gagal, mengapa GLC gagal dan mengapa anak syarikat milik kerajaan negeri kebanyakkannya gagal? DEB bahkan MEB mempunyai idea dan nilai yang murni, tetapi tidak akan mencapai sasaran jika tidak dilaksanakan dengan teliti dan jujur. Seramai 1.2 juta pegawai kerajaan yang kebanyakkan Melayu, PM Melayu dan seramai 67% penduduk Malaysia merupakan Melayu. Mengapa kita masih gagal mengembeling tenaga untuk mencapai hasrat memantapkan ekonomi orang Melayu. Kita mempunyai 'gigantic Malay political dan administrative machine' untuk mencapai matlamat berkenaan. Kita ada jentera, kita ada matlamat, mungkin kita tidak mempunyai will power atau singlemindessness untuk mencapainya.

Jika Melayu sudah memenuhi pra-syarat berkenaan untuk mencapai matlamat rangka samada DEB atau MEB dan masih tidak kesampaian, in bererti pelaksanaan(atau pelaksana) sebenarnya tidak ikhlas melaksankan gagasan berkenaan. Mana-mana gagasan juga akan gagal.

Dan dengan jujur saya akui memang semua kuasa adalah korup. PR mengatakan BN korup.Namun bila PR berkuasa seperti di Penang, Selangor, Kedah dan Kelantan, kedengaran saja di sana sini korupsi, kroni dan juga tidaktelus dalam menangani dana awam. Mari kita baca posting terbaru Kickdefella di sini 

Dalam posting berkenaan, PAS sebagai parti berlandaskan Islam tidak bebas dari korupsi. Sebelum ini saya sudah banyak mendengar keghairahan poli-tikus PAS menjual kawasan balak dan tanah persis seperti poli-tikus UMNO yang ditentang mereka. Atas nama politik, buntut masing-masing memang hitam seperti kuali dan belanga. 

Di Selangor, seorang ADUN minta MB Khalid menyiasat kes konsesi pasir. Jadi dimana-mana ada saja isu salahguna kuasa ini. Bukan hanya kerajaan BN malah kerajaan utopia PAS-DAP-PKR juga sama. Saya rasa masalah yang paling ketara dalam isu salahguna kuasa dan korupsi ini adalah 'rule of law'. Malaysia sebuah negara yang terlalu banyak memberi kuasa kepada executive(MB atau Menteri) menggunakan kuasa budibicara. Begitu juga dengan pegawai kerajaan. Dan kuasa budi bicara ini merupakan 'blank cheaque' yang membolehkan mereka mewarnai apa saja polisi tanpa sekatan - selagi masih dalam penafsiran 'bidangkuasa' mereka.

Di negara-negara maju mereka meletakkan 'rule of law' sebagai check and balance kepada kuasa manusia. Kuasa manusia yang cenderung kepada korupsi. Untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam jangka panjang, 'rule of law' ini perlu dibaiki dan diperketatkan. Letak mereka dalam satu rangka polisi dan hanya boleh bertindak berdasarkan jurisdiction yang terbatas. Jika tidak, tindakan mereka 'ultravirus'.

Jika ini tidak dilakukan, kita akan kekal dalam politik dunia ke tiga, mungkin masa itu sama dengan Laos, Kemboja, Vietnam dan Filipina. Indonesia, Thailand mungkin lebih advance. Dan Singapore memang sudah jauh advance. 

Banggalah kita sebab masih ada dua tiga negara yang lebih teruk.


Monday, May 17, 2010

Bersediakah Kita




Seronok membaca komen disana sini mengulas kekalahan BN di Sibu. Macam-macam pendapat. Saya membaca komen di Rocky's Bru, di blog Datuk A. kadir Jasin dan sebagainya. Macam-macam kesimpulan dibuat. Oleh kerana saya dalam mood malas, maka saya tak mahu copy and paste komen mereka. Saya hanya ingin mengajukan cakap-cakap mereka mengikut versi saya

Seorang pembaca mengaku anak watan Sibu mengkritik dasar membantu orang Cina yang kebanyakkannya senang sementara pribumi dan Melayu Sarawak lebih susah. Ada yang menganalisis undi Cina seramai 60% tidak boleh memenangkan DAP jika tidak dibantu oleh undi bukan Cina. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.

Ada pendapat pula mengatakan kaum Cina tak suka disogok, mereka lebih muslim dari muslim. Pendapat yang ini paling saya nak tergelak. Jadi kita sudah ada ustaz Lim Guang Eng sebagai wannabe Umar bin Abd Aziz. Iyerla jika hati dah suka, semuanya indah belaka.

Ada pula yang berkata kerajaan BN memang dah decline jadi buat apa saja semua tidak kena. Rakyat memang dah tak suka. Beri duit tak suka, buat baik tak suka dan macam-macam. Mereka tidak kira DAP lagi teruk, atau Anwar peliwat ini semua tak relevan. Pokoknya orang dah tak suka.

Paling saya tak faham apabila PAS seronok melihat Islam dicerca dan dituduh menindas. DAP gunakan isu ini untuk memenangi hati kaum Cina Kristian dan PAS menganggap kemenangan DAP kemenangan mereka. PAS Kaduk sungguh, menang sorak kampung tergadai.

Paling menggelikan hati saya dalam salah satu komen Rocky's Bru. Katanya BN akan kalah PRU 13. Rossy kena banyak-banyak simpan duit berbillion-billion apabila BN kalah nanti.  Dan dia juga meramalkan Jibby adalah PM terakhir BN. Dia sudah ingin mengisi borang PKR kerana dia meramalkan BN akan kalah majoriti kecil di sana sini dalam PRU ke 13. Dia mengajak KJ join PKR juga. Dan Malaysia akan mempunyai Perdana Menteri gay yang pertama!

Sudah bersediakah kita semua?

Sunday, May 16, 2010

Cek 18 Juta dan 3 Juta

Dalam Perhimpunan Bersama PM yang dianjurkan oleh Gempita di PWTC tahun lepas, PM ada menyatakan bahawa DEB dan agenda Melayu perlu dinilai semula kerana terbukti selepas 30 tahun ia gagal mencapai matlamat. Menurut beliau, Melayu memerlukan strategi yang berbeza kerana sistem itu terbukti gagal. Sebenarnya mana-mana sistem pun akal gagal jika dibuat separuh hati dan tempoh 30 tahun DEB hendak melonjakkan ekuiti bumiputera sebanyak 30% itu sangat utopia hendak dicapai dalam masa berkenaan.

Logik kah sesuatu bangsa yang tidak pernah berniaga hanya ditolong selama 30 tahun kemudian kita tunduk dengan tekanan kaum bukan Melayu untuk menghapuskan tongkat? Dan alasan yang PM berikan pada masa itu adalah, jika sesuatu itu sudah dicuba berkali-kali tetapi gagal mendapat hasil yang kita inginkan, pendekatan mesti diubah. Untuk quote kata-katanya secara literally dengan hanya melalui memori saya sahaja: "Ada 99 jenis gila, antaranya meneruskan kerja yang terbukti tidak berhasil'.

Oklah kita terima logik ini. Bagaimana jika di Hulu Selangor dengan cek 3 juta diberi kepada Sekolah Cina masih tidak berhasil menarik undi kaum Cina, diteruskan juga dengan memberi 18 juta di Sibu. Hasilnya sama, kaum Cina hanya mempermain-mainkan BN dan akhirnya dipersendakan. Tidak belajar lagi. Bila mahu belajar sedangkan 'anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang sepi' tidak dihiraukan.

Sebagai Presiden UMNO, kembalilah ke sarang. That  matter now



DAP Menang Di Sibu, 1Malaysia Tewas

Keputusan tidak rasmi yang telah dikeluarkan oleh Utusan Malaysia DAP telah menang di Sibu yang sebelum ini dimenangi oleh BN. Klik sini

Kekalahan BN ini membuktikan kaum Cina benar-benar telah menolak BN. Di Sibu bukan isu perkauman tetapi DAP menggunakan isu agama Kristian. PAS pula bersembahyang hajat dan berdoa agar DAP menang. DAP yang menuduh Islam jika naik akan menindas kaum Cina Kristian di Sarawak. Syabas! Politik is politik.

1Malaysia telah tewas. Kaum Cina tetap tidak menerima BN

Sultans of Swing

Tukar parti? Hina atau bermaruah. Sekarang ini banyak sangat kedengaran wakil rakyat yang tukar parti. Kebanyakkannya dari PKR ke .... nanti dulu, masih di 'grey area' bukan BN. Apapun di Perak fenomena ini menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat, dan mengembalikan Perak ke BN.

Kepada wakil rakyat yang keluar parti, samada menyertai BN atau kekal bebas mereka dicop dengan berbagai stigma. Bagi bekas parti mereka akan melabelkan sebagai 'pembelot', 'katak' dan berbagai perkataan yang menghinakan. Dan ada pengikut berhujah, mandat yang diberi oleh mereka berdasarkan parti yang mereka dukung, bukan peribadi mereka.

Bagi saya perkara ini subjektif. Ia perlu diteliti berdasarkan kes. Jika kita berjuang didalam sesuatu parti dan parti berkenaan sudah lari dari matlamatnya, saya fikir wajar seseorang itu menukar parti. Kita tidak boleh jumud dengan parti, apalagi apabila parti sudah lari dari perjuangan asalnya. Pernah juga saya tulis, parti yang tidak ada ideologi tidak akan bertahan.

Parti seperti PAS dan DAP boleh bertahan kerana mempunyai ideologinya. Bagi mereka menang kalah soal lain tetapi mereka tetap dengan ideologinya. Parti seperti PKR memang bermasalah hendak mengekalkan momentum kerana parti berkenaan tidak mempunyai ideologi. Saya tidak rasa rakyat ramai akan terseret berterus-terusan menjadikan seseorang sebagai landasan perjuangan walaupun atas nama keadilan. Sesebuah parti memerlukan lebih dari itu sebagai ideologinya.

Maka terjawablah mengapa kebanyakkan 'raja katak' atau 'sultans of swing'(dengar lagu Dire Strait) terdiri dari kalangan wakil rakyat PKR. Jika mereka ingin memperjuangkan isu rasuah dan ketidakadilan, masalahnya dinegeri yang mereka kuasai juga mengamalkan rasuah dan pilih kasih. Lihat saja isu ADUN Kapar, Manikavasagam yang memprotes tuduhan rasuah dilkalangan Ahli Majlis kerajaan tempatan dan beberapa exco dalam isu pasir.

Terbukti apabila memegang kuasa, 'buntut kuali dah sama hitamnya dengan belanga.' Kepada ADUN dan MP yang idealist tidak dapat menerima keadaaan ini lalu bertindak keluar parti. Jika mereka keluar parti atas prinsip seperti YB Zulkifli Nordin, ini tindakkan yang berprinsip. Jika sudah jelas celanya sesuatu pertubuhan mengapa perlu disokong?

Di Kedah juga sedang bergolak dengan fenomena 'sultans of swing' ini. ADUN Bukit Selambau, S.Manikumar, Tan Chow Kang ADUN Sidam, Lim Soo Nee dari Kulim dan Lee Guan Aik dikatakan boleh melompat bila-bila masa sahaja. Bicara Nobisha dan Sayuti Omar sudah menulis tentang ini. Sayuti Omar tidak memempercayai janji Mukhriz Mahathir bahawa BN tidak akan mengambil Kedah dengan cara lompat parti. Politik is politik. Curiga memang asas waspada.

Sementara dari BN ke PR pula semuanya terdiri dari orang yang 'tidak laku' dalam BN seperti Chua Jung Meng, Zaid Ibrahim dan Datuk Fauzi Abd Rahman. Orang yang keluar dari PKR sering pula dilemparkan dengan tuduhan rasuah, disogok, diculik dan sebagainya. Penyokong PKR gagal melihat masalah dalaman PKR sendiri yang memangkinkan keluarnya YB seperti Zulkifli Nordin.

Menjadi pemerintah memang tidak sesenang membangkang. Apapun fenomena keluar parti dari PKR ini merosakkan imej PKR dan seperti 'house of card', PKR tidak akan bertahan. Jangan pula kita lupa, the real 'sultans of swing' sebenarnya berada dalam pertubuhan NGO Melayu. Sesuatu perlu dilakukan juga kerana merbahaya apabila non political organisation diketuai oleh orang politik. Semua tindakkan beliau nampak dipolitikkan. Tambahan lagi spesis yang melompat pula.

Friday, May 14, 2010

Klise

 YB Wee Cho Keong

Seorang lagi Ahli Parlimen dari PKR telah meninggalkan PKR. Beliau merupakan Wee Cho Keong, MP Wangsa Maju. 

Mengejutkan? Tak lah. Dah klise.(Cliche)

Thursday, May 13, 2010

Kuat Itu Benar

Ada peribahasa Inggeris mengatakan, "might make right'. Sepanjang sejarah manusia, sentiasa yang kuat akhirnya benar. Tidak kira dari segi moralnya siapa betul tetapi bangsa kuat adalah betul. Bahkan dalam Islam Rasulullah dengan bantuan dan petunjuk Allah menjadi kuat dalam Penaklukan Kota Mekah. Ini titik tolak baginda menjadi 'betul' bagi bukan Islam hingga Islam diterima diseluruh semenanjung Arab.

Mari saya bariskan bukti-bukti sejarah. Julius Caesar selama 15 tahun menakluk bangsa Gaul dalam Perang Gallic adalah benar dalam sejarah. Bangsa Gaul akhirnya pupus dan berjaya diromankan. Siapa akan protes sikap Rom yang menakluk ini? Mereka benar kerana mereka kuat. Tidak ada cerita dari segi moral orang Rom tidak betul kerana menjadi aggressor. Tidak ada protes kemanusiaan pun walaupun dari sejarahwan. Oh itu kisah purba. Lihat kisah moden.

Siapa memberi hak kepada British, Belanda dan Portugis menjarah rantau Melayu? Sepanyol menjarah dan menindas kaum Inca dan tidak ada siapa kata mereka salah? Red Indian dalam cerita koboi orang jahat dan orang kulit putih orang baik. Kenapa? Kerana yang kuat sentiasa benar.

Sejarah tidak akan menangisi orang yang kalah. Malah bangsa yang kalah juga tidak akan diingati pun. Saya menulis topik ini kerana Datuk Ti Lian Ker menghentam Tun Mahathir dalam entri terbarunya. Bagi tidak menganggu kelancaran artikel saya, saya akan linkkan tulisannya di akhir artikel ini.

Dengan segala hormat memang Almarhum Tunku Abdul Rahman disenangi oleh semua kaum kerana Tunku orang yang easy going. Saya berpendapat, karakter Tunku merupakan karakter Melayu yang sebenar. Walau apapun dosa Tun Mahathir, beliau memberi makna 'harga diri' kepada orang Melayu dan Malaysia. Usah dibangkitkan darah India sesuku dan sesudu dalam tubuhnya kerana itu tidak penting. Beliau Melayu dari segi semangat dan hati nuraninya.

Saya tidak sanggup melihat beliau dituduh 'berpura-pura' menjadi ultra Malay. Memang banyak sifat Tun M yang menyalahi peribadi Melayu. Beliau menghargai masa, kerja kuat dan yang penting seorang yang teliti dan tidak cincai( Ingat remark Lee Kuan Yew tentang orang Melayu yang suka cincai). Beliau benar-benar ingin membawa Melayu ke satu mercu yang boleh dibangga walaupun beliau gagal kerana kebanyakkan Melayu tidak mahu berubah.

Memang ada tindakkan beliau yang machiavellian tetapi dalam politik menurut machiavelli tindakan sebegini merupakan 'kemestian'. Jangan naive kononnya politik Islam tidak begitu. Ini dunia sebenar bukan dunia khayalan. Dunia Melayu memang memerlukan orang kuat. Memerlukan orang yang mempunyai karisma dan boleh membuat semua orang tunduk. Saya tidak ingat dizaman Tun Mahathir kaum Cina berani mecerca Melayu seperti sekarang ini. Kuat itu benar.

Menjadi satu tradisi kepada kaum Cina mereka tidak sesuai dengan demokrasi. Kaum Cina yang biasa dengan triad, yang mementingkan nilai kekeluargaan dan patriach memang takut kepada orang yang kuat. Ini cara Lee Kuan Yew menjinakkan bangsanya di Singapura. Jangan cerita dengan saya betapa demokratiknya Lee Kuan Yew dan beliau berjaya membawa bangsanya maju dengan sikap kuku besinya. Sudah tentu bersalut dengan baldu.

Bagi saya Tun Mahathir tidak racist. Beliau bejuang apa yang perlu untuk kebaikan bangsanya. Beliau juga tidak menindas mana-mana kaum. Malah dizamannya beliau melantik Setiausaha Politik dari kaum Cina. Walaupun beliau mengakui beliau terhutang budi kepada kaum Cina kerana mengundi kerajaannya dalam pilihanraya 1999 apabila Melayu yang mengundi mengikut sentimen dan emosi dalam kes Datuk Seri Anwar, Tun Mahathir tidak tunduk kepada desakan Siqui yang menuntut banyak perkara. Mungkin ini yang tidak disenangi oleh kaum Cina. 

Justeru itu layak jika beliau dikagumi oleh bangsanya, Melayu. Kami sanjung orang yang berani dan tidak lembik. Kami dalam pencarian wira Melayu yang berani untuk bangsanya. Dan berani Tun Mahathir bukan saja dari segi physical courage but moral courage.Berani beliau juga berani berakal.

Dalam dunia mangsa dan pemangsa, yang kuat adalah betul. Seperti kata Cardinal Richelieu,'dalam hal kenegaraan negara kuat sentiasa betul, dan negara lemah sentiasa perlu mengalah untuk tidak dilabelkan sebagai salah dimata dunia".

 Ini rahsia diplomasi barat: Might make right. Dan soal keadilan sosial hanya untuk bangsa lemah. Tak percaya? Lihat Iraq dan Amerika. Baca artikel Datuk Ti Lian Ker disini

Tragedi Greek

Kesatuan Eropah dan dan IMF telah memberi suntikkan dana sebanyak hampir USD I trillion. Greek tidak akan mampu membayarnya dan ekonomi Greek juga telah menyeret Kesatuan Eropah dalam kemelut ini. Euro telah turun dengan banyaknya. Ketika artikel ini ditulis, Euro turun lagi kepada 1 euro = RM4.052.

Globalisasi yang selalunya menelan mangsa-mangsanya melalui electronic herd memakan Greek pula. Seperti kata Perdana Menteri Greek, George Papandreou, market bond elektronik herd ini bukan manusia lagi,  mereka adalah komputer dan akan menjadi  mode automatik apabila mengesani ada masalah.

Rakyat Greek sendiri tidak tahu adakah mereka perlu menyimpan, melabur atau membawa keluar duit mereka dari Greek. Bantuan dari IMF juga bererti Greek perlu berhati-hati menangani pinjaman yang diberikan untuk memulihkan Greek. Greek sudah hilang kemerdekaan ekonomi mereka. Pegawai kerajaan yang korupsi, poli-tikus yang tidak cekap dan perniaga yang suka menipu cukai akan didakwa sekeras-kerasnya.

Samada Greek mampu menangani ekonomi dengan baik atau tidak bukan hanya memberi kesan kepada Greek, tapi juga kepada nilai euro dan seluruh 27 negara dalam Kesatuan Eropah. Lagi sekali seperti yang pernah ditulis, dalam dunia global, kita samada mangsa atau pemangsa.

Seperti kawan saya membuat remark selepas menonton 'Clash of the Titan' baru-baru ini, sebegitu banyak dewa Greek seperti Zeus, Hades dan Poseidon dalam mitos Yunani purba, masih gagal menyelamatkan Greek dari menjadi mangsa raksasa Globalisasi.

Kita ambil ikhtibar dari Tragedi Greek ini. Dan kali ini bukan 'The Birth of Tragedy' oleh Frederick Nietzsche. This time is the real Greece's tragedy.

Wednesday, May 12, 2010

Mereka Yang Dilumpuhkan

Ada beberapa petanda baik ekonomi. Menurut Outsyed The Box, ekonomi Malaysia mencapai pertumbuhan sebanyak 10% melepasi target 8% oleh kerajaan. Selepas kemelesetan ekonomi baru-baru ini, Malaysia telah pulih dengan cepat. Kita perlu angkat topi kepada PM Najib. Sila baca disini

Dalam entri terbaru Datuk Rocky's Bru, seramai 900 orang 'movers and shakers' menghadari bengkel National Key Economic Area(NKEA) di Kelana Jaya bagi membincang dan mencadangkan 'key area' yang kerajaan perlu tumpukan bagi mencapai objektif Model Ekonomi Baru dan menjana ekonomi hingga Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2020. Baca sini

Menarik juga kerana saya ada terbaca dalam Star baru-baru ini Tun Mahathir membuat statement, berdasarkan keadaan yang ada dan perkembangan ekonomi dunia yang sangat berlainan dan perubahan yang tidak dijangka, beliau skeptic Malaysia mampu menjadi negara maju pada 2020. Menurut beliau Malaysia belum betul-betul pulih dari kesan serangan matawang atau 'electronic herd' pada tahun 1997. Pembuat gagasan sendiri sudah meragui gagasannya. Maaf saya tidak ingat tarikh STAR berkenaan.

Walau bagaimanpun, petanda yang baik apabila PM Najib berjaya memulihkan ekonomi negara seperti yang dibincangkan oleh Outsyed The Box. Cuma saya ingin menyuarakan di sini, minta kerajaan bantu ekonomi kontraktor Kelas F. Rata-rata mereka sedang 'lumpuh' sekarang ini. Ramai kawan-kawan saya terpaksa buat kerja lain dan ada yang rumah dan kereta sudah tidak mampu dibayar lagi. Apalagi yang tidak ada pendapatan lain kecuali melalui kerja-kerja Pembangunan Luar Bandar.

Saya tidak ada lesen kelas F dan saya bukan termasuk dalam golongan ini tetapi mereka adalah wajah-wajah yang sangatt berharap kepada bantuan kerja-kerja projek kerajaan. Semua pemegang lesen kelas F ini merupakan bumiputera dan mereka merupakan sebahagian pengundi Melayu. Jika UMNO gagal menjaga mereka lambat laun mereka tidak akan mengundi BN.

Saya faham dasar PM sekarang tidak mahu lagi menaungi dan mengamalkan konsep 'rental' dibawah MEB tetapi mengubah sesuatu kebiasaan dengan mengejut akan mengakibatkan kerugian kedua pihak; kerajaan dan kontraktor. Dalam 48 Laws of Power mengatakan "preach reform frequently, make change slowly'. Jika tanpa amaran tiba-tiba nasib kontraktor ini menjadi 'mereka yang dilumpuhkan' akan memakan diri kerajaan BN juga.

DEB yang gagal mencapai matlamat 30% pegangan ekuiti bumiputera yang dilaksanakan selama 30 tahun ini tidak diboleh diganti secara drastik. Masih ada dasar-dasarnya yang perlu diteruskan, paling tidak untuk sementara waktu. Perniaga Melayu, dengan malu saya akui, masih memerlukan tongkat.

Orang Melayu masih belum hilang terkejutnya apabila Kementerian Koperasi dan Usahawan yang menjaga kepentingan Melayu selama ini sudah dihapuskan. Bagi mereka masa untuk mencernakan  realiti baru ini. Jangan abaikan kontraktor kelas F ini kerana saya ada terbaca di Perak, Dewan Perniagaan Melayu Perak membuat statement sudah ramai kontraktor kelas F yang sudah bungkus kerana tidak ada projek lagi. 

Kita perlu ajar perniaga Melayu bersaing tetapi padang masih tidak sama. Bagi mereka masa

Mengembalikan Roh UMNO

Saya terilham untuk menulis posting ini setelah membaca entri terbaru Datuk Seri Dr. Khir Toyo: 'UMNO Harus Kembali sebagai Parti Siasah'. Baca sini

Terus terang saya cakap, antara punca-punca UMNO kehilangan pengaruhnya adalah kerana parti ini dilihat sebagai parti elit, parti peluang dan pintu kepada 'technically know who'. Saya pernah kenal seorang Ketua Pemuda Bahagian yang baru menyertai UMNO kurang dari lima bulan, terus bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian dan menang. Secara berterus terang dia nyatakan kepada saya, dia menyertai UMNO kerana mahu kenal 'orang atas'.

Ketika saya menjadi Ketua Penerangan Pemuda Bahagian saya dahulu, apabila saya membuat program, akan ada yang menanyakan saya 'duit minyak', elaun dan imbuhan kewangan. Saya tidak menggalakkan perkara seperti ini dan bertegas ia mesti disertai dengan ihklas. Pointnya di sini adalah, apa yang UMNO buat ia akan dilihat oleh ahlinya sebagai tempat mereka mencari 'extra income'. Dan sokongan tidak akan diberikan kepada pemimpin yang tidak mahu melakukan. Ini menggalakkan budaya 'politik wang' dan seperti virus corrupted seluruh bahagian.

Pemimpin UMNO yang sudah melabur dan 'kenal orang atas' pula akan mencari projek berjuta-juta ringgit dan akan hidup mewah dengan kereta besar dan pengikut yang nampak hebat dan ramai. Tidak ada apa-apa kebolehan dan keistimewaannya mereka membuat duit kecuali 'kenal orang atas' tadi sahaja trademarknya. Silent majority yang tidak terlibat dengan UMNO akan mencemburui dan mula merasa meluat dengan elitisme UMNO.

UMNO sudah tidak dilihat sebagai parti perjuang tetapi parti peluang. Tidak ada keikhlasan menyertai UMNO hanya ingin merebuu peluang. Bukan tidak ada langsung ahlinya yang ikhlas dan kerana sayangkan bangsa tetapi mereka ini kebiasaannya terpinggir. Boleh dikatakan hampir keseluruhan pemimpin dari bahagian hingga ke cawangan memikirkan perut masing-masing. Seperti enau didalam belukar.

Saya percaya masih ramai silent majority Melayu yang sayangkan UMNO cuma mereka sangat membenci pemimpin UMNO yang terlalu elitsme dan hidup bermewah-mewah tanpa kerja keras dan bersaing. Lihat dalam isu artkel bangsa Melayu tidak wujud, mengapa Ketua Pemuda Malaysia dan exconya tidak membuat sebarang protes sedangkan Pemuda merupakan sayap yang radikal, aggresif dan pressure group.  Ini kerana Ketua Pemuda dan barisan exco datang dari generasi kepimpinan yang lembik, suka duduk dikerusi empuk, kereta mewah dan suka hang out di kelab-kelab eksklusif. Mereka sudah terpisah jauh dari masyarakat marhein kerana kemewahan mereka.Mungkin ada sesekali buat program Pemuda Masuk Kampung dan sebagainya tetapi hanya sekadar melepas batuk ditangga.

Tidak seperti pemimpin UMNO dahulu. Datuk Harun Idris, Jaafar Albar dan sebagainya.

Kemudiannya, ukhwah dalam UMNO sendiri sudah tidak ada. Ini kerana ahlinya bagaikan sudah memahami mereka menyertai UMNO bertujuan komersial semata-mata. Setiap gerik geri ahli yang lain akan dinilai, penyokong siapa mereka, jawatan apa yang hendak direbut dan apa keuntungan mereka dapat jika bersama dengan sesuatu golongan. Tidak ada soal tanya khabar, soal kebajikan atau soal silaraturahim lagi.

Saya pernah terjumpa Unit Media Baru yang turun ke bahagian-bahagian untuk mendapat maklumat tentang ahli-ahli dibahagian. Mereka mempunyai kesedaran untuk menjaga ukhwah dalam UMNO ini ingin mengumpul database ahli UMNO. Tujuannya jika ada anak orang UMNO masuk ke institusi pengajian tinggi di Kedah misalnya, UMNO Kedah akan mengambil berat kebajikan mereka tanpa menunggu masa pemilihan. Niat mereka yang baik ini tidak akan kemana tanpa bantuan pucuk pimpinan.

UMNO sudah mencecah usia 64 tahun. Seperti mana-mana pertubuhan pun, UMNO tidak lestari. Seperti mana-mana pertubuhan, UMNO juga sudah semakin hilang roh perjuangannya kerana kurang faham ahlinya sebab apa mereka menyertai parti yang banyak berjasa ini. Seperti mana-mana pertubuhan, selepas lebih setengah abad, kesucian perjuangan UMNO juga sudah corrupted.

Baca dalam sejarah, mana-mana empayar pun akan jatuh kerana bobrok dari dalam. Musuh hanya memainkan peranan yang kecil. Semua empayar runtuh kerana corrupted(bukan rasuah) dan rotten from inside. Rotten to the core.

Sesuatu perlu dilakukan bagi mengembalikan roh perjuangan UMNO yang semakin hilang. Jika roh tiada, maka badan UMNO sudah tidak bernyawa lagi.

Tuesday, May 11, 2010

Selamat Hari Jadi U(M)NO.

Hari ini genaplah 64 tahun usia U(M)NO. Pada hari jadi yang ke 64 ini, U(M)NO sudah meletakkan 'M'nya dalam kurungan. Saya percaya meletakkan M dalam kurungan bukan hati nurani seluruh ahli UMNO. Saya sendiri ahli UMNO, tetapi saya sedih apabila ia menjadi UNO.

Tidak ada apa yang hendak dikatakan, cuma saya ingin ingatkan, "perjuangan menegakkan maruah dan harga diri Melayu merupakan jiwa dan roh perjuangan UMNO". Kita tidak pernah memerlukan Perkasa selama ini. Kita tidak pernah memerlukan MPM selama ini. Kita hanya ada UMNO dan kita menyerahkan seluruh jiwa perjuangan Melayu kepada UMNO.

Sekarang sudah 64 tahun, bukan Melayu sudah berani menghina bangsa Melayu dan U(M)NO mendiamkan diri dan mengharap Perkasa atau MPM yang mempertahankan Melayu. Konsep main-con dan subcon dah berjangkit dalam mempertahankan 'olive tree' Melayu. Mungkin ini politik era globalisasi, agaknya.

Teringat saya kata-kata Tun Musa Hitam, politik UMNO merupakan politik kampung. Ini kerana orang Melayu ramai dikampung dan majoriti mereka menyokong UMNO. Melayu bandar ramai yang liberal dan tidak hiraukan perjuangan Melayu. Melayu liberal Melayu yang self-reliance dan tidak bergantung kepada bantuan kerajaan. Kesian Melayu kampung kerana mereka yakin kepada U(M)NO. Soalnya sampai bila jika U(M)NO terus-terusan meletakkan 'M'nya dalam kurungan.

Selepas 64 tahun kelahiran UMNO, sudah sampai masa UMNO melakukan 'soul searching'. Ingat UMNO adalah Melayu dan tidak akan berjaya jika majoriti Melayu tidak menyokong UMNO lagi.

Bangsa Melayu Tidak Wujud?

Menarik membaca Malaysia Today yang di tulis oleh kolumnis jemputan, Micheal Chick. Wartawan yang menjadi ahli sejarah separuh masak ini mempersoalkan bangsa Melayu yang menurut artikelnya merupakan bangsa yang tidak pernah wujud pun. Sebagai orang Melayu, meremang bola roma saya apabila membaca artikelnya yang bersandarkan fakta sejarah buatan sendiri. Lebih teruk lagi, dia tidak tahu sejarah!

Jika saya hendak bahaskan hujah beliau yang dipetik sana sini tanpa disiplin ilmu sejarah, terlalu banyak. Kita boleh baca disini. Tetapi saya tidak temui mana-mana blog yang cuba menjawab tuduhannya. Cuma saya dapati blog Tun Mahathir yang linkkan dalam posting Racist Label. Tun Mahathir yang bersuara tentang ini. 

Di mana orang Melayu sekelian? Mengapa kita membisu seribu bahasa bila orang menghina bangsa kita sampai begitu sekali. Melayu bukan hanya 'bukan tuan', malah bukan bangsa. Dan mereka ini yang menuduh kita racist. Bagaimana bangsa yang tiada berbangsa menjadi racist? Pelik permainan logik ini.

Pemuda UMNO juga tidak bersuara apabila bangsa yang didukungnya dihina sedemikian rupa, Mungkin kerana 1Malaysia UMNO tidak boleh mempertahankan 'bangsa'nya lagi. Kononnya Melayu ini datang dari Indonesia. Kepada Micheal Chick(en) cuba faham bahawa istilah Indonesia wujud selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Sebelum ini nusantara dikenali dengan nama Kepulauan Melayu.

Jadi Melayu yang datang dari Jawa, Sumatera, Bawean dan berbagai kepulauan Melayu ini Melayulah. Soal orang Indonesia tidak mahu mengaku Melayu sudah menjadi soal lain. Mengapa dinamakan Kepulauan Melayu dan bukan kepulauan Jawa, atau Kepulauan Bugis atau Kepulauan Acheh. 

Alfred Russel Wallace menulis bukunya bertajuk Malay Archipelago pada tahun 1869. Ini bermakna selepas 45 tahun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memisahkan kekuasa an Inggeris dan Belanda, dibawah Belanda menjadi apa yang dinamakan Indonesia sekarang ini, penulis British masih menamakan rantau ini sebagai Kepulauan Melayu. Mengapa tidak dinamakan Kepulauan Indonesia? Sebab Wallace tahu sejarah tidak seperti Chick(en) yang buta sejarah dan berani menulis sejarah bangsa orang lain.

Ini kata-katanya yang sangat menghina dan sesiapa yang bernama Melayu wajib tersinggung:
"I told you all that I hate race classifications…. This is so depressing. Even more depressing is that the "malays" are not even a race; not since day one".

Saya biasa dengar penjajah mengatakan Melayu pemalas, suka berpoya-poya, easy going, suka berhibur dan berbagai tetapi ini kali pertama penghinaan semacam ini dilemparkan dan kita hanya mendiamkan diri di bumi kita! Dan penulis menulis atas nama portal 'Malaysia Today'!

Di mana UMNO? Oh saya sudah lupa, UMNO sudah jadi UNO. 1Malaysia. Dan saya menyesali saat Tunku memberi 1juta kerakyatan kepada Gaijin. Anak cucu dah rasa bahananya sekarang.

Monday, May 10, 2010

Blok K dan J

Di blogoshepre masih hangat memperkatakan blok L dan M yang hilang kepada Brunei. Dan tak kurang juga yang masih memperkatakan tentang ura-ura Khairy Jamaludin ke kabinet. Saya tidak membuat survey secara terperinci tetapi saya dapat merasakan ramai yang tidak setuju KJ 'dihidupkan' semula. Masih ramai yang tidak dapat melupakan kesalahan KJ ketika beliau mencipta namanya untuk naik dalam UMNO yang menyebabkan Pak Lah terseret lalu rejimnya jatuh.

Ada juga beberapa blog yang menyokong KJ secara terbuka. Menarik sebenarnya dalam blog M. Bakri Musa sebelum ura-ura rombakkan kabinet ini sudah mencadangkan PM groom KJ sebagai pengganti Datuk Sri Najib. Saya turunkan kenyataan beliau dalam blognya di sini(Dalam posting : Labu and Labi Team of Najib and Muhyidin)

Najib should consider including in his team such individuals as Khairy Jamaluddin, even though I risk puffing up his already inflated ego. Khairy is not even half as smart as the late Tun, but then that is all UMNO has to offer these days. By specifically bringing in Khairy, Najib would be declaring that he is out of Mahathir’s shadow, or at least could not care less what he thinks. That would be quite a statement!

The danger is that unlike the late Tun, Khairy, apart from being not half as smart, is not content remaining in the background; he likes to hog the headlines. Khairy is also “damaged goods” because of his earlier overbearing ways while the under “protection” of his father-in-law, Abdullah Badawi. However, if a discredited politician like Nixon could be rehabilitated, so could Khairy.

Baca sini. 
Blog SAKMONGKOL AK47 juga terang-terang menyokong KJ untuk menjadi ahli kabinet. Baca sini.


Parpu Kari pula menentang cadangan ini. Boleh baca hujahnya disini.

Begitu juga dengan Braveheart. Baca di sini.

Jadi seperti semua perkara pun, kita akan ada pandangan yang berbeza. Sementara M.Bakri Musa mengakui Khairy ada cacat celanya, beliau percaya setiap orang boleh 'dibaiki'. SAKMONGKOL AK47 pula tentu mempunyai hujahnya yang tersendiri dan saya tidak mahu terperangkap dalam hujah mereka.

Selama 5 tahun Pak Lah menjadi PM, KJ telah melakukan banyak perkara yang merosakkan UMNO. Beliau telah menggunakan 'sanction, mentuanya untuk menjadi Naib Presiden. tTba-tiba entah datang dari mana beliau boleh menang tidak bertanding. Beliau didapati bersalah menggunakan politik wang tetapi terlepas dari hukuman kerana mentuanya masih PM.

Beliau telah menjadi dalang dalam meburuk nama Tun Mahathir dan cuba membunuh politik Mukhriz. Ini belum diambil kira peranan yang beliau mainkan dalam hal ECM Libra, penjualan Augusta, Scomi, projek Iskandar, yang terbaru beliau terseret juga dengan skandal blok L dan M dan apa saja polisi 'rich thy neighbour'(read Singapore). 

Dalam erti kata lain, beliau merupakan liability dan bukan aset kepada BN. Walaupun beliau menang  sebagai Ketua Pemuda tetapi tidak semudah itu beliau boleh di 'rehabilitated'kan. Reputasi yang beliau miliki sangat berat bebannya kepada UMNO. Jika saranan mencari tokoh muda ini perlu dipertimbangkan, carilah tokoh lain.

Saya tidak percaya teori 'menjenamakan' semula KJ ini. Jika beliau boleh dijenamakan semuala, mengapa Anwar tidak boleh? Sejarah membuktikan pemimpin yang rakus dan mahu naik dengan cepat seperti Anwar merupakan pemimpin yang membawa kemusnahan. Apa lagi jika mereka ini jenis yang boleh menjual apa saja untuk kepentingan peribadi. 

Kesimpulannya, saya fikir kita tidak boleh menerima kembali bekas 'the most powerful 28t ini. Beliau mempunyai reputasi yang menjadi liability kepada kerajaan.
It's even better to have a bad intention than a bad reputation.

Saturday, May 8, 2010

Mereka Yang Dilupakan

Sudah beberapa posting saya banyak menulis tentang politik, agenda Melayu dan beberapa teori jatuh bangunnya bangsa. Kali ini saya menulis lain dari kebiasaan. Bukan tentang politik, bukan tentang raja. Bukan tentang rombakkan kabinet. Bukan tentang pilihanraya Sibu. Bukan tentang 'ulama'. Ini tentang mereka yang tidak berwajah. Mereka yang tidak dikenali.  Mereka yang tidak bernegeri. Mereka yang bukan masalah semua orang. Mereka yang dibuang oleh masrayakat dan tidak dipedulikan. Mereka yang dilupakan.

Bermula dengan posting dalam blog Tengku Razaleigh bertajuk 'Chow Kit', saya mula sedar saya perlu melaksanakan tanggungjawab menulis tentang golongan 'untouchables' ini.  Tengku Razaleigh ada menulis dalam blognya tentang 'mereka yang dilupakan' ini dalam tajuk posting 'Chow Kit'. Baca sini

Dalam kita sibuk fokus tentang politik, kuasa dan kekayaan, kita semakin hilang nilai kemanusiaan. Ditengah-tengah kemajuan kota, beberapa kilometer dari KLCC, wujudnya dunia 'underworld' yang berlainan sekali dengan dunia kita. Di Chow Kit ini berkembangnya masyarakat yang terbuang dan pincang. Kanak-kanak yang tidak berbapa hasil dari hubungan luar nikah, ibunya pelacur dan bakal menjadi pelacur jika perempuan, yang lelakinya pula samada akan berakhir sebagai 'penagih' atau 'pengedar' dadah.

Mereka tidak bernegeri kerana tidak boleh didaftar, tidak bersekolah, dinafikan haknya sebagai warganegara walaupun ibubapa mereka rakyat Malaysia. Tidak ada masa depan dan akan menjadi gangguan kepada masyarakat. Sering dibenci dan dihina. Mereka berkembang dan tidak diminati, lebih-lebih lagi mereka tiada undi. Mereka bukan masalah BN ataupun PR. Mereka bukan masalah etnik Melayu, ataupun Cina. Mereka hanya hantu yang wujud dan tidak dipedulikan.Mereka dibeli dan dijual seperti barang. Sesetengahnya gelandangan dan dijadikan peminta sedekah oleh sindiket.

Masalah siapakah mereka ini?

Saya rasa masyarakat perlu ubah sikap yang suka menghukum. Kerajaan perlu mengurangkan rigidity dalam hal pendaftaran kanak-kanak. Jika mereka lahir sebagai anak pelacur atau tiada bapa, mudahkan urusan pendaftaran mereka. Wujudkan institusi yang memelihara kanak-kanak ini sejak dari lahir hingga mereka dewasa. Berbapa atau tidak, anggap sahaja mereka anak yatim piatu dan kerajaan dan masyarakat merupakan ibubapa mereka. Kudos kepada Rumah Nur Salam yang diwujudkan oleh Dr. Hartini Zainudin. Kita perlukan ramai lagi dermawan sebegini.

Saya mendapat maklumat, tentang hal orang gelandangan atau 'homeless' di ibukota. Kebanyakkan mereka Melayu. Mereka tidak dipedulikan oleh kerajaan atau pembangkang. Malah badan agama seperti JAKIM atau JAIS yang mengawal zakat juga tidak memperdulikan mereka. Selalunya gereja yang dikeji kerana isu Allah mengambil berat tentang mereka. Gereja memberi mereka makan dan perlindungan. 

Di negara Islam, bukan saudara sesama Islam yang membantu mereka tetapi gereja dan saya percaya gereja melakukan bukan berniat jahat. Mereka hanya menghulurkan bantuan kemanusian yang mana setiap muslim sepatut melakukannya, lebih-lebih lagi penguasa agama yang hanya ghairah menangkap orang berkhalwat, orang tidak puasa, orang main ekor dan orang mengajar yang tidak bertauliah. Adakah Islam hanya bermakna menghukum dan mengeji? Soal kebaikkan dan kebajikan perlu dilakukan oleh agama lain?

Masyarakat kita merupakan masyarakat yang suka menghukum, dan melantik diri mereka sebagai wakil Allah didunia ini bagi menjatuhkan hukuman dan mengeji perlakuan sesama Islam yang cela. Mengapa ramai gadis buang bayi? Kerana takut dikeji dan dinista dan dipulau oleh masyarakat. Di Ireland, mereka mengharamkan buang anak dan kerajaan Ireland akan memberi rawatan percuma kepada sesiapa sahaja yang mengandung tanpa menanya anak luar nikah ataupun warganegara mana. Bagi mereka mustahak bayi dilahirkan dahulu tanpa menghukum dari segi moral.

Kepada 'ulama' dan orang 'Taliban' yang suka menghukum, adakah anda yang ghairah sangat mahu tubuhkan kerajaan Islam merasa lebih Islamik dari kerajaan sekular? Adakah Islam hanya bererti mengintip orang melakukan maksiat, hendak merejam orang berzina(tidak ada dalam Quran hukuman ini), dan merotan orang yang minum. Bila soal kebajikan anda kalah dengan gereja. Kemana perginya nilai kemanusiaan anda?

Baru-baru ini saya menyertai group 'Dua juta orang benci sex sebelum kahwin' dalam Facebook. Niat saya elok kerana ingin berbincang secara ilmiah dan memberi pandangan. Saya kecewa kerana rata-rata peserta hanya berbincang mahu tubuhkan kumpulan mengintip orang, menghukum orang dan mencerca orang. Malah ada yang mengutuk anak luar nikah sedangkan kesalahan itu tiada kena mengena dengan bayi berkenaan. Ini lambang masyarakat kita yang suka menghukum dan melantik diri sendiri menjaga 'keislaman' orang lain. 

Siapa yang sebenarnya patut menjaga kebajikan mereka yang dilupakan ini? Biarlah dosa mereka ditentukan oleh Allah, tetapi setiap orang Islam wajib menjaga kebajikan sesama manusia. Dan jika ada Melayu murtad kerana tertarik dengan kebaikan agama lain, akan berhimpunlah umat Melayu mengutuk perbuatan mereka. Kita tidak sedar, kita yang tidak menjaga ukhwah ini yang menyebabkan saudara kita menjadi murtad.

Sesuatu perlu dilakukan oleh NGO Melayu, penguasa agama Islam, dan juga setiap individu muslim. Sesuatu perlu dilakukan untuk membantu mereka. Jika tidak, kita semua, termasuk saya gagal sebagai muslim yang baik.

Sesuatu perlu bermula juga.

Friday, May 7, 2010

Sultan, 'Ulama' dan Melayu Liberal

Institusi beraja merupakan institusi yang tua di dunia Melayu. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu, dunia Melayu hanya tahu sistem beraja sebagai cara berpolitik mereka. Mereka sangat menyanjung raja atau sultan mereka. Kita faham zaman itu merupakan zaman feudal. Bila ideologi barat dan pemikiran rasioanal berkembang melalui kuasa penjajah, institusi kesultanan mula dipersoalkan oleh Melayu moden atau liberal.

Kita tidak taat membutatuli kepada sultan seperti zaman Hang Tuah, tetapi ada kebijaksanaan nenek moyang kita mengekalkan institusi ini sebagai perlindung orang Melayu. Ingin saya turunkan di sini yang saya petik dari blog Tan Sri Sanusi di sini: (Baca entri penuh di sini)

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

1. Wasiat Raja-Raja Melayu mengandungi 7 perkara yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tanda-tangan persetujuan mereka ke atas pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5hb Ogos, 1957. 7 wasiat itu ialah;

i. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( sekarang dikenali dengan nama Malaysia );

ii. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU, sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

iii. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

iv. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

v. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

vi. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

vii. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. ( Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak )


Saudara-saudara Lautan Melayu sekelian, saya berasa sebak membaca WASIAT para banginda yang sudah mangkat menandatangani persetujuan membentuk Perlembagaan Malaysia ini. Mereka menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk mentadbir urusan rakyat sendiri dan menjadikan mereka(para sultan) hanya Raja Berperlembagaan.

Dan tindakan akhir mereka dari raja mutlak kepada berperlembagaan ialah memastikan kedudukan rakyatnya terjamin dan dimuliakan di dalam Perlembagaan. Di Malaysia ini, perlembagaan adalah lebih tinggi dari parlimen. Di England, parlimen lebih tinggi dari perlembagaan.

Kononnya pemikiran rasional sudah tidak boleh menerima raja-raja lagi. Dan nenek moyang kita yang tahu satu masa nanti kuasa mungkin akan terhakis dibumi kita ini meletakkan kuasa para banginda sebagai 'sanction' kepada kepentingan Melayu. Bukan pada parti. Bukan pada ahli politik yang boleh mengubah apa sahaja termasuk prinsip demi kelangsungan kuasa.

Isu pengunaan masjid pula dimanipulasikan oleh orang agama pula. Kononnya sultan bias dan berat sebelah, tidak membenarkan hanya pembangkang menggunakan masjid. Dan sultan yang dituduh itu datangnya dari negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. 

Saya nampak ada usaha dari Melayu liberal dan Melayu kononnya ulama memusnahkan kepercayaan rakyat kepada institusi ini. Ulama yang tidak tahu menahu politik kerana politik bukan bidang mereka. Ternyata apabila Hulagu Khan menyerang Bhagdad, tentera salib menyerang Jurusalem, Islam memerlukan tentera yang siaga mempertahankan maruah Islam, bukan ulama yang hanya tahu menjatuhkan hukum halal dan haram. (Baca sini)

Kita bukan Amerika. Kita bukan Perancis. Kita bukan Kanada. Kita bumi Melayu yang memerlukan 'kuasa' yang lebih dari hanya sekadar kuasa ahli politik. Lihatlah Thailand jika bukan kerana Rajanya, sudah lama politiknya sudah dikuasai oleh orang asing.

Malaysia merupakan 'Persekutuan'. Persekutuan bermakna setiap negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing. Bagi negeri yang bersultan, perlembagaan menetapkan Raja-raja Melayu merupakan ketua agama masing-masing. Jika ulama berkenaan tidak suka mereka boleh buat dinegeri lain. Jika Melayu liberal tidak suka dia juga boleh buat di negeri lain. (Baca sini). Menghormati titah Sultan berkenaan merupakan taat kepada ulil amri. Dalam Quran menganjurkan kita taat kepada ulil amri asalkna tidak menyalahi syarak.

Dan mereka berhujah, Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Suka saya menjawab, selepas terbunuhnya Uthman bin Affan, dalam Perang Siffin, orang Islam berbunuh sesama sendiri, menjunjung Quran bagi mengadakan perdamaian yang palsu dan menghina sahabat nabi seperti Ali bin Abi Thalib dalam masjid ketika khutbah dikira politik Islam?

Insaflah, selepas terbunuhnya Uthman, politik walaupun dalam Islam menjadi kotor dan tidak ada beza dengan mana-mana politik pun. Adakah pembunuhan keluarga Barmaki oleh Harun Aminnurasyid dan Abu Muslim Al Khurasani merupakan politik Islam? Menggali kubur khalifah Ummayah dan menyebat rangka-rangka khalifah Ummayah oleh Abu Abbas Al Saffah merupakan politik Islam?

Aliran 'politik Islam' di Malaysia ini menjadikan Iran dan syiah sebagai model. Ia tidak sesuai dengan Malaysia. Dan kepada ulama dan Melayu liberal, ikut perpatah Melayu, masuk kandang kambing, mengembek dan masuk kandang harimau mengaum. Sebagai MB, ulama berkenaan juga gagal menyelesaikan masalah Sultan dan putera-putera baginda yang sedang huru hara.

Melayu liberal pula mungkin  lebih suka peribahasa Inggeris, ingatlah "when in rome, you are roman." Di Malaysia kamu adalah Melayu. Tidak suka boleh migrate. Ulama ke Timur Tengah atau ke Pakistan, Melayu liberal ke Eropah atau Amerika. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Picture worth million words, jadi lihat sini:



Perjuang Bahasa sendiri tidak boleh berbuat apa-apa di negeri Tuan.

Thursday, May 6, 2010

Prelude Kepada Rombakkan Kabinet

Sudah beberapa kali kita mendengar akan adanya rombakkan kabinet. Buat masa ini ianya belum berlaku. Beberapa peristiswa kali ini menyebabkan saya merasakan akan berlaku rombakkan dalam masa terdekat ini. Beberapa blog seperti Outsyed The Box dan Sakmongkol AK47 sudah menulis tentangnya.

Perletakkan jawatan Ketua Wanita MCA, kekalahan bekas Presiden MCA dan perlantikkan Palinavel merupakan tanda-tanda kabinet perlu dirombak. Bagi saya, hint yang paling saya rasakan adalah pendedahan Tun M tentang kehilangan dua blok L dan M.

Sudah ada ura-ura Ketua Pergerakkan Pemuda, Khairy Jamaludin akan dilantik menjadi ahli kabinet. Masyarakat Melayu, seperti biasa yang mudah melupakan sudah 'mengampun'kan dosa Khairy. Terbukti juga PM Najib seorang yang memberi peluang kedua. Beberapa crony Tingkat 4 sudah mendapat tempat seperti apa yang berlaku di Petronas. Omar Ong menjadi salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Dengan meletakkan Khairy dalam 'storage' selama ini, maka 'taubat'nya sudah boleh diterima oleh kebanyakkan masyarakat, walaupun mungkin tidak kepada pembenci tegar Khairy. Di Hulu Selangor Khairy telah turun berkempen dan memainkan peranan penting - satu peranan yang tidak dapat dilakukan oleh KP ini dalam PRK yang sudah-sudah. Bagi pucuk pimpinan, Khairy mungkin sudah 'dijenama'kan semula.

Maka Tun M meledakkan semula bom dalam simpanan arsenal beliau. Tun M seorang yang resourceful. Dan maklumatnya juga tepat. Mengingatkan semula public 'dosa' Pak Lah dan peranan 'rasputin'nya ini menjelang rombakkan kabinet merupakan ciri-ciri istimewa Tun M - 'good sense of timing.' Dan kesalahan Pak Lah yang ini pula kesalahan 'unforgiven'. Dengan kecantikkan gerakkan Tun M kali ini, lagi sekali Khairy mungkin akan di 'storage'kan. Public lagi sekali tidak akan memaafkan KJ.

Outsyed The Box meramalkan Rais Yatim akan kembali menjadi Menteri Luar, menggantikan Anifah Aman. Ahmad Maslan akan menjadi Menteri Penerangan. Beliau juga mencadangkan muka-muka lama yang perlu ditukar, patut ditukarlah. Baca sini.

Ada kupasan yang menarik juga tentang rombakan kabinet dari Blog Sakmongkol AK47. Baca sini.

Kabinet kali ini perlu ada imej PM Najib sendiri. Kabinet sekarang ini beliau warisi dari Pak Lah. Kebanyakkan ahli kabinet ini sudah 'tainted'. Pak Lah mengambil alih Malaysia dalam keadaan baik, ditangan beliau banyak perkara menjadi tidak kena. PM Najib sebaliknya mengambil alih Malaysia dalam keadaan yang bermasalah. Walaupun belum selamat, hingga kini beliau dapat menangani dengan baik.

Beberapa kekalutan dalam Pakatan Rakyat juga mengubah landskap politik yang memberi kelebihan kepadanya. Tuah juga menyebelahi beliau tetapi 'fortune' kata perpatah roman, 'favour the brave.' Langkah pertama di sini DSN perlu berani melakukan perubahan dan keluar dari 'bayang-bayang adikuasa'.

Siapa yang bakal terlantik, atau gugur, menteri mana turun pangkat, timbalan menteri mana naik pangkat bukanlah sangat urusan saya. Kita hanya menginginkan 'strong goverment'. Dan perform juga.

Akhirnya, seperti kata Mingke dalam Bumi Manusia: "Soal bupati mana naik pangkat, bupati mana turun pangkat bukan soalku. Soal aku adalah persoalan bumi manusia dan seisinya."

Tuesday, May 4, 2010

Laut Biru Laut Merah.

Kita akui Malaysia merupakan negara berbilang bangsa. Isu perkauman merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan. Dan tidak akan ada kesudahannya kerana semua kaum akan melihat dari sudut pandangan masing-masing. Semua mereka mungkin betul mengikut perspektif masing-masing.

Saya bangsa Melayu. Saya menulis untuk menyedarkan bangsa saya(dan saya sendiri). Saya tiada niat menyinggung perasaan lain-lain bangsa(read chinese). Namun 'wanita cantik selalunya tidak setia'. Kebenaran tidak cantik('ugly truth') dan dalam saya menghujahkan kebenaran, mungkin ada yang tersinggung dengan fakta yang 'tak cantik' itu. Let's call a spade, a spade.

Saya tidak akan minta maaf kerana menyatakan  'ugly truth' ini. Demi Melayu, saya pernah nyatakan saya sanggup digelar 'criminal' pun dalam memperjuangkannya.Seperti kata Mahaguru kaum Cina(read DAP), "One great obstacle to a rapid and orderly political development of Malaya has been and still is the Malayan habit of ignoring unpalatable facts and avoiding unpleasant controversy."

Kita memang suka simpan masalah bawah karpet dan remark ini dinyatakan oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1950!

Pada awal perjuangan menuntut kemerdekaan, kaum Cina di Malaya setuju dengan konsep 'Ketuanan Melayu'. Mereka setuju untuk mengikut UMNO dalam Perikatan bagi menuntut kemerdekaan bersama. Walaupun tidak bertulis, inilah sosial contractnya.

Tidak dinafikan, di Singapura dan negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka, kaum Cina lebih dominan. Lee Kuan Yew melalui partinya PAP adalah seperti UMNO di Malaya. PAP bersetuju bersama UMNO dalam menuntut kemerdekaan bersama. Tunku dari mula tidak setuju Lee Kuan Yew atau Singapura bersama Malaya kerana takut Cina di Malaya yang mengikut MCA akan termakan 'hasutan' PAP.

Ketakutan Tunku benar-benar berlaku. PAP menyebarkan idea 'Malaysian Malaysia' mereka hingga ke Semenanjung. Mereka menafikan hak Melayu sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Tunku yang tidak senang dengan ideologi Lee Kuan Yew terpaksa melepaskan Singapura dengan 'talak tiga'.

Ideologi 'Malaysian Malaysia' diteruskan oleh DAP. Ketika zaman itu mereka bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya yang menguasai kesatuan sekerja. Oleh kerana komunis terlalu radikal dan tidak berpolitik secara 'sah', DAP adalah rakan kongsi parti radikal kaum Cina yang bergerak secara 'sah'. Jadi DAP merupakan benih PAP yang mana chauvanis dan radikal. Mereka merupakan 'laut merah' kaum Cina.

Namun Cina Malaya tidak sama dengan Cina Singapura. Masih ramai mereka yang setuju pendekatan MCA melalui bekerjasama dengan UMNO dan berkongsi kuasa.Oleh itu selama 50 tahun konsep perkongsian kuasa ini kekal dan berjaya. MCA merupakan 'laut biru' kaum Cina.

Sekarang laut biru sedang dilanda gelora. Kaum Muda Cina sangat radikal. Mereka sudah lupa sejarah. Majoriti mereka menyertai 'laut merah' DAP. Baru 50 tahun, mereka sudah merasakan kongsi kuasa adalah untuk kaum lemah. Jika kongsipun mereka sepatutnya dominan, bukan sebaliknya.

Malang bagi orang Melayu jika mereka terlalu naive dengan konsep 1Malaysia ini. Melayu sepatutnya berdiri sendiri dengan 'lautan Melayu'nya tanpa memikir laut merah atau laut biru kaum Cina. Biar ahli politik yang menguruskannya namun Melayu dalam laut hijau, laut biru atau laut biru muda mesti memikirkan kelangsungan survival politik orang Melayu.

Laut Merah kaum Cina sedar, dengan laut biru terlalu sedikit yang mereka boleh dapat secara politiknya. Ini sebab 20% sahaja yang masih setia dengan UMNO. Mereka sedar dengan PKR sebagai parti tidak bersandarkan perkauman, dan PAS parti Melayu/Islam yang kecil, tidak banyak kuasa Melayu yang ada dalam PR ini. Jika mereka menang plihanraya umum nanti, jika PM Melayu pun(read Anwar atau Zaid Ibrahim), DAP yang boleh merampas kerusi majoriti Cina akan menjadi dominan. PM hanya akan jadi boneka sahaja.

Ini sebenarnya trend mengundi kaum Cina. Mereka berilah apa-apa alasanpun mengapa mereka tidak boleh menerima BN, tetapi hakikatnya mereka sudah nampak, jalan menjadikan Malaysia republik yang dikuasai oleh kaum Cina seperti Singapura adalah melalui laut merah.

Seperti kata penulis blog Sakmonkol AK 47 , laut biru atau merah, survival politik kita terletak kepada kebolehan kita terapung dan berenang. Jika tidak, apa laut tetap menelan mangsanya yang tak pandai berenang.

Sunday, May 2, 2010

Dua Mulut

Saya bersama seorang kontraktor Cina dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada tahun 1997, saya belajar perkara baru. Kontraktor ini kurang fasih berbahasa Melayu, dalam bahasa Melayu pasar bila berbual dengan saya, dia memanggil pegawai kerajaan 'dua mulut'. Mula-mula saya tak faham kerana setiap kali dia rujuk ke orang kerajaan dia akan cakap 'itu dua mulutlah'.

Kemudian kawannya menerangkan kepada saya, 'dua mulut' maknaya pegawai kerajaan kerana dalam karakter tulisan Cina, pegawai kerajaan seperti dua mulut. Dan sambil bergurau dia menerangkan, mulut atas cakap jujur dan integriti tetapi mulut bawah boleh rasuah. Ini sebab Cina panggil mereka 'dua mulut'.

Kita lupakan sementara cerita ini. Mari kita baca posting terbaru Datuk Ti Lian Ker dibawah tajuk : 'What The Chinese Want?'. Baca sini.

 Artikel itu ditulis oleh Kee Thuan Chye. Ada perkara saya setuju dengannya seperti Melayu tidak boleh dengki dengan kaum Cina kerana kekayaan mereka, mereka bekerja keras. Mereka juga penyumbang kepada ekonomi negara dan pembayar tax yang memakmurkan negara ini. Seperti katanya, let's call a spade a spade.

Ini kata-katanya, saya quote keseluruhannya.

"Why did the Chinese by and large not vote for BN? Because it’s corrupt. Plain and simple. Let’s call a spade a spade. And BN showed how corrupt it was during the campaign by throwing bribes to the electorate, including promising RM3 million to the Chinese school in Rasa."

 Dan apa yang dikatakan 'dua mulut' kelihatan di sini. Satu 'mulut' cakap pasal prinsip, pasal kaum Cina anti-corruption tetapi satu 'mulut' lagi, let's be honest, siapa yang mengajar pegawai kerajaan Melayu ambil 'tumbuk rusuk'? Let's call a spade, a spade!

Sebelum DEB dilancarkan, dan anak Melayu 'jaga politik'(pegawai kerajaan dan petani), anak Cina berniaga dan anak India di estate, kata Tunku Abdul Rahman, siapa yang mampu merasuah pegawai kerajaan kalau bukan kaum Cina? Jadi budaya 'tumbuk rusuk' ini memang dimulakan oleh kaum Cina, to be honest. Let's call a spade, a spade!

Jadi seperti salah satu komen dalam posting Datuk Ti Lian Ker sebelum ini yang saya kumpulkan dalam posting 'Voices', bagi kaum Cina bukan mereka yang patut dirasuah, tetapi mereka yang merasuah! Ini berlaku bukan hanya kerajaan BN, tetapi kerajaan PR di negeri-negeri dibawah kekuasan mereka. Seperti Yahudi, mereka merupakan 'Ki Dalang' dalam semua wayang kulit.
Hentikan hipokrasi ini. Budaya rasuah memang budaya kaum Cina. Let's call a spade a spade. Dan gelaran 'dua mulut' dalam karakter mandarin ini bukan kebetulan, ia berasal dari budaya yang sudah berakar umbi.



Saturday, May 1, 2010

Perihal Dua Kaum

Seperti yang pernah saya tulis, peribadi sesuatu bangsa itu banyak dibentuk oleh persekitaran, iklim, geografi dan juga budaya. Makin kasar dan ganas persekitaran, makin gagah dan kuat sesuatu kaum. Jika tidak mereka akan pupus kerana tidak kuat menghadapi cabaran. Dan percayalah, tidak akan  ada 'divine intervention' dari Allah seperti yang Allah nyatakan dalam surah Al Rad ayat 10; "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri." Dan jangan kita fikir kita kerana kita muslim kita akan berjaya akhirnya tanpa berusaha.

Mari kita renung nasib dua kaum yang berasal dari keturunan yang sama, akhirnya membentuk peribadi yang berbeza kerana keadaan persekitaran, iklim dan geografi. Ini penting kerana ini hanya satu contoh dalam rantaian makanan semulajadi, yang kuat akan telan yang lemah. Oleh itu, Melayu tidak ada pilihan kecuali menjadi kuat. Serahkan soal 'perpaduan' kaum kepada pemerintah, tetapi menjadi 'kuat' adalah agenda setiap Melayu tidak kira UMNO, PAS atau Melayu dalam PKR dan DAP. Dan menjadi kuat bukan bererti menindas, hanya memastikan kita tidak di telan zaman.

Orang Polynesia menghuni lautan pasifik sudah berabad-abad. Mereka bertebaran dipulau-pulau kecil seperti Guam, Chantam, Hawaii, Fiji dan New Zealand. Ini merupakan 'tales of two tribes', jadi cerita ini hanya berkenaan dengan suku Maori yang menghuni New Zealand dan Maorori, juga keturunan Polynesia yang menghuni Pulau Cantham, kira-kita 500 batu dari New Zealand.

Orang Maori menetap di New Zealand, dimana iklimnya panas dan sesuai untuk bercucuk tanam. Ini mereka menjadi bangsa petani. Akhirnya tanah menjadi sangat penting kerana ramai orang ingin menetap disana. Ini menyebabkan berlaku perang antara kaum untuk merebutkan tanah. Perang ini membentuk masyarakat mereka menjadi siaga, warlike. Mereka juga pandai berorganisasi.

Sementara di Pulau Chantam, Maorori yang juga dari cabang Polynesia membetuk karakter yang berbeza dari 'cousin'nya. Walaupun mereka asalnya petani tetapi iklim di Pulau Cantham tidak membenarkan mereka mengamalkan skill berkenaan. Mereka menjadi 'hunter-gatherer', sangat bergantung kepada laut dan burung untuk dijadikan rezeki. Tanah yang tidak subur menyebabkan bercucuktanam bukan aktiviti ekonomi yang utama.

Mereka mempunyai populasi yang sedikit kerana mereka 'merancang keluarga'. Ini kerana tanah mereka tidak dapat menampung populasi yang ramai. Tidak seperti Maori, mereka tidak mempunyai sistem kepuakan(tribal), tidak memajukan organisasi seperti ketenteraan dan politik. Mereka tidak akan berperang dan lebih suka menyelesaikan konflik dengan permuafakatan.

Pada tahun 1835, kaum yang lebih ganas, lebih well-organised, mempunyai sistem politik dan tentera yang kuat iaitu Maori telah menemui adanya sebuah pulau yang didiami oleh kaum yang baik, toleran dan sukakan perdamaian. Dengan dua buah kapal perang yang penuh dengan pahlawan Maori, mereka menyerang dan membunuh kaum Maorori yang tidak bersedia, baik, suka berdamai, bertolak ansur, menyelesaikan konflik dengan permuafatan. Bahkan, Maorori tidak mempunyai pahlawan pun!

Benar kata Leon Trotsky: "You may not be interested in war, but war is interested in you."

Kemudian, Maori sendiri hampir menjadi pupus ditelan oleh bangsa yang lebih superior darinya iaitu orang kulit putih yang menakluki New Zealand kemudiannya. Sebelum adanya globalisasi, budaya telan menelan ini sudah wujud dalam rantaian makanan. Ini era Imperialist.

Globalisasi merupakan post-imperialist cuma penaklukan tidak berbentuk fizikal lagi, lebih kepada menjarah ekonomi sahaja.

Bersediakah kita dalam era neo-imperialist ini?