Followers

Tuesday, May 11, 2010

Bangsa Melayu Tidak Wujud?

Menarik membaca Malaysia Today yang di tulis oleh kolumnis jemputan, Micheal Chick. Wartawan yang menjadi ahli sejarah separuh masak ini mempersoalkan bangsa Melayu yang menurut artikelnya merupakan bangsa yang tidak pernah wujud pun. Sebagai orang Melayu, meremang bola roma saya apabila membaca artikelnya yang bersandarkan fakta sejarah buatan sendiri. Lebih teruk lagi, dia tidak tahu sejarah!

Jika saya hendak bahaskan hujah beliau yang dipetik sana sini tanpa disiplin ilmu sejarah, terlalu banyak. Kita boleh baca disini. Tetapi saya tidak temui mana-mana blog yang cuba menjawab tuduhannya. Cuma saya dapati blog Tun Mahathir yang linkkan dalam posting Racist Label. Tun Mahathir yang bersuara tentang ini. 

Di mana orang Melayu sekelian? Mengapa kita membisu seribu bahasa bila orang menghina bangsa kita sampai begitu sekali. Melayu bukan hanya 'bukan tuan', malah bukan bangsa. Dan mereka ini yang menuduh kita racist. Bagaimana bangsa yang tiada berbangsa menjadi racist? Pelik permainan logik ini.

Pemuda UMNO juga tidak bersuara apabila bangsa yang didukungnya dihina sedemikian rupa, Mungkin kerana 1Malaysia UMNO tidak boleh mempertahankan 'bangsa'nya lagi. Kononnya Melayu ini datang dari Indonesia. Kepada Micheal Chick(en) cuba faham bahawa istilah Indonesia wujud selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Sebelum ini nusantara dikenali dengan nama Kepulauan Melayu.

Jadi Melayu yang datang dari Jawa, Sumatera, Bawean dan berbagai kepulauan Melayu ini Melayulah. Soal orang Indonesia tidak mahu mengaku Melayu sudah menjadi soal lain. Mengapa dinamakan Kepulauan Melayu dan bukan kepulauan Jawa, atau Kepulauan Bugis atau Kepulauan Acheh. 

Alfred Russel Wallace menulis bukunya bertajuk Malay Archipelago pada tahun 1869. Ini bermakna selepas 45 tahun Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memisahkan kekuasa an Inggeris dan Belanda, dibawah Belanda menjadi apa yang dinamakan Indonesia sekarang ini, penulis British masih menamakan rantau ini sebagai Kepulauan Melayu. Mengapa tidak dinamakan Kepulauan Indonesia? Sebab Wallace tahu sejarah tidak seperti Chick(en) yang buta sejarah dan berani menulis sejarah bangsa orang lain.

Ini kata-katanya yang sangat menghina dan sesiapa yang bernama Melayu wajib tersinggung:
"I told you all that I hate race classifications…. This is so depressing. Even more depressing is that the "malays" are not even a race; not since day one".

Saya biasa dengar penjajah mengatakan Melayu pemalas, suka berpoya-poya, easy going, suka berhibur dan berbagai tetapi ini kali pertama penghinaan semacam ini dilemparkan dan kita hanya mendiamkan diri di bumi kita! Dan penulis menulis atas nama portal 'Malaysia Today'!

Di mana UMNO? Oh saya sudah lupa, UMNO sudah jadi UNO. 1Malaysia. Dan saya menyesali saat Tunku memberi 1juta kerakyatan kepada Gaijin. Anak cucu dah rasa bahananya sekarang.

6 comments:

Azizan Yaakob said...

STB,
Biarlah dia dakwa apa pun. Dia tuduh melayu anak gampang ke, keturunan hantu ke, keturunan binatang ke kita dengar saja lah sebab kita tengah lemah dan tidak bertenaga.Lagipun perkataan "sabar' itu hanyalah perkataan kita. Mereka tengah rasa kuat sangat. Tun Dr Mahathir kata politik malaysia dikuasai oleh minoriti. Laman MKini milik melayu pun mereka beli untuk beri landasan kpd cina menghina melayu.
apa nak buat.

2. Kita fikirlah cara lain untuk memulihkan perasaan kita. Tapi kita nak ingatkan kepada mereka jangan tolak kita sampai kedalam dinding sudah.

3. Bangsa yahudi dari sejarah mereka mula lahir dan berkembang atas muka bumi ini telah dikutuk. Sehingga sekarang lebih tiga suku dunia menghina dan mengutuk yahudi tetapi bangsa mereka tetap wujud dan menguasai dunia.Apa resepinya hingga mereka begitu rupa? jawapnya mudah. Mereka pekakkan telinga,batukan hati, tebalkan muka.Persetankan semua. Janji gol mereka terjaring.

Kepada BANGSA MELAYU saya mengajak kita lebih berfikir apakah muslihat mereka berbuat demikan, nanti ikutilah laman blog melayurayadaily saya berikan tips mengapa mereka berbuat begitu.Jadi bertindak dengan otak lebih sempurna hasilnya dari cara perasan.

Bagaimanapun STB dan rakan-rakan lain teruskan menulis menerangkan fakta sejarah bahawa melayu ini tuan punya negara ini.

Mael Hashim said...

Sebab tu, orang Melayu yang dilantik jadi pemimpin oleh orang Melayu, berlumba-lumba untuk memperkayakan diri sendiri dulu secepat mungkin untuk sara hidup anak cucunya beberapa keturunan kerana mereka tahu nasib Melayu secara keseluruhannya sudah terumbang ambing, nak patah balik takut, nak maju pun takut, Raja-rajanya pun tak boleh diharap. Orang Melayu sedang menunggu kehadiran seorang pemimpin yang mengembalikan kedaulatan mereka di Kepulauan Melayu ini. InsyaAllah akan ada.

ducados said...

Itu lah yg menjadi tanda tanya kenapa UMNO lngsng tiada tindakan mempertahankan kenyataan yang menghina bangsa melayu yg sudah termaktub dalam sejarah adalah satu bangsa seperti yang diterangkan oleh tuan..
Mmg tak salah kalau saya katakan UMNO sudah kurang memperjuangkan nsaib melayu berbanding apa yang telha dilakukan oleh pemimpin zaman Tun M dan kebawah..
Kenapa perlu jadi begitu..adakah kerana ingin menjaga hati kaum minoriti sehingga yang majoriti ni di letak tepi..
Terus terang saya rindukan saat pemerintahn zaman Tun.bukannya disebabkan Tun memperjuangkan melayu, tp bagaimana kaum-kaum minoriti menghormati melayu yang mana kita lngsng tidak dpt lihat skrg..terlalu ekstrim atau lebih tepat puak2 pelampan cina tongsan terlalu biadab mempersoalkan bangsa melayu..Harapan Perkasa dpt memperkasakan melayu bagi pihak UMNO..jgn diharap sgt pemimpin UMNO utk bertindak..tambah2 si Ketua Pemuda dan Menteri Amaran...

sri tribuana said...

Terima kasih Dato Azizan, saudara ducados, dan mae100.
Pertama saya minta maaf ada satu comment saudara kita yg saya tertekan reject ketika saya hendak approve commentnya. Jika beliau membaca, saya mohon beliau komen semula kerana menarik komennya.
Terus terang saya nyatakan disini, saya merindui zaman Tun Mahathir dimana ketika itu martabat Melayu sangat tinggi bukan hanya diMalaysia tetaoi seluruh dunia. Kaum Cina tidak pernah mempersoalkan 'ketuanan' Melayu dizamannya. Hanya kini mereka menyoalkan dan persis menjelang 13mei dulu beginilah senario politik Malaysia itu. Penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang Melayu hingga orng Melayu hilang sabar.
Sekarang Melayu sering dilabelkan sebagai racist. Mcm mana bangsa yg racist sering mengalah, membenarkan kaum lain mengamalkan adat resam mereka, boleh ada sekolah kaum masing-masing, boleh berniaga dan memiliki harta dan boleh menidakkan Melayu sendiri dibumi Melayu. Kita ni jenis racist apa sebenarnya?
Racist mcm Apartheid di Afrika Selatan tidak benarkan org kulit hitam semeja atau sebas dengan org putih, seperti di German zaman Hitler Yahudi dicerca malah dibunuh. Melayu ni racist jenis mcm mana? Bagi saya Melayu sudah banyak mengalah dan berlembut. Dan perkataan 'racist' itu sengaja digembar-gemburkan oleh kaum lain utk mewujudkan rasa bersalah org Melayu agar berbuat baik kpd mereka atau tidak berani bersuara ttg hak Melayu sendiri. Strategi ini sama seperti perkataan 'holocoust' yg digunakan oleh Yahudi bagi mewujudkan rasa bersalah Eropah kerana adanya zaman Hitler dan Eropah terpaksa tunduk kpd Yahudi.
Lautan Melayu sekalian, insaflah, kita sedang menghadapi cabaran yang menguji keutuhan bangsa Melayu

Anonymous said...

bagi pendapat saya, jika itu yang mereka perkataan, maka betullah yang dikatakan sebelum ini bahawa melayu adalah bangsa yang misteri atau disorokkan. sangat jelas mereka tidak tahu apa apa langsung pada kita.mereka tidak percaya tuhan malah mengagungkan sains dari tuhan.naif sungguh, mentafsir mengikut nafsu.i see that the writer keeping a empty brain there.what a waste we keeping and raised this writer in this world.WHAT A WASTE la....

sri tribuana said...

Saudara Anon 3.05,

Apa yg ditulis oleh Chick(en) adalah rubbish. Apa yg perlu difahami adalah, tindakan kaum Cina sekarang ini adalah melecehkan org Melayu dan memecah belah politik Melayu supaya mereka boleh control M'sia spt S'pore. Jika MCA sendiri sudah mengatakan apa yg DAP katakan, tak ada kongsi kuasa lagi, now is either u choose to be with us, or with them. Masalah MCA kaum Cina tak sokong mereka kerana menganggap mereka talibarut UMNO or Melayu. 41 tahun lepas 13 mei, kaum Cina kembali merasa mereka lebih berhak memerintah M'sia dari Melayu. Malangnya ada juga Melayu yg rasa kita tak berlaku adil kpd mereka. Sebagai tuan rumah adatlah, kita mestin utamankan org kita dulu. Dan ramai kaum Cina professional migrate e oversea sbb sini tak adil so okla, tak suka boleh migrate, kita bukan Berlin Timur yg larang rakyat dia migrate. Dari satu segi M'sia mmg rugi hilang human capital profesional tapi jika kaum Cina yakin British, New Zealand, Australia benarkan mereka boleh ada sekolah Cina, boleh tuntut persamaan lebih dari M'sia, pergila