Followers

Saturday, July 17, 2010

Empayar Hutang

Sebenarnya, hakikat kejayaan ekonomi dunia berasaskan hutang. Hutang dimana-mana dan sesiapa pun berhutang. Mungkin ini terjadi kerana prime mover ekonomi dunia adalah golongan Yahudi, yang mana golongan yang sangat pandai memanipulasikan sistem kewangan moden dan riba. Sudah berabad mereka hidup dengan menyediakan hutang yang besar kepada pengusaha, dan mendapat keuntungan berlipat ganda hasil perniagaan 'lintah darat' ini. 

Saya boleh meneruskan artikel ini tanpa merujuk ke mana-mana tetapi sudah adat, tulisan saya akan jadi lebih kuat jika dirujuk kepada 'pakar-pakar' atau setidak-tidaknya makalah finance. Maklumlah saya hidup dalam negara dimana dunia rujuk merujuk kepada pakar dan ulama sangat penting untuk membenarkan teori saya.

Saya harap sangat menjadi seperti Jean Paul Sartre, yang menolak Hadiah Nobel kerana jika dia menerimanya, dia bimbang orang akan merasakan fikirannya betul kerana diiktiraf oleh sebuah panatia yang tidak bebas sangat dari prejudis dan wasangka. Sartre benar-benar seorang intellectual masculine dan indifferent.

Dalam makalah The Economist bertarikh 26th June 2010, bertemakan 'Is there life after debt?' dihuraikan bahawa hutang merupakan fenomena yang mana memecutkan ekonomi dan dalam masa yang sama membawa kehancuran kepada pengguna kemudahan hutang yang tidak pandai mengatasinya. Hutang merupakan satu addicted yang mana pada tahun 1950an cuma 50% sahaja ketagihannya,  tetapi sekarang ini sektor swasta Amerika telah menanjak ke 300% penggunaannya.

Beberapa jenis pinjaman yang dicipta seperti kad kredit dan unsecured loan menjadi penyakit dalam empayar hutang. Jika dulu, banker-banker akan membuat penilaian kepada sesuatu venture dengan teliti, dan hanya memberi kemudahan pinjaman kepada projek yang genuine dan viable, sekarang institusi kewangan berlumba-lumba memberi pinjaman hatta kepada golongan yang tidak layak. Beberapa negara yang aggresif sanggup memberi pinjaman tanpa cagaran kepada pelajar asing yang belajar dinegara mereka. Ini jenis hutang sebagai contoh akan meningkatkan begitu banyak non perfomance loan(npl).
 
Fenomena ini berbeza dengan zaman nenek moyang mereka yang menggunakan kemudahan kredit sebagai facility sahaja. Sekarang ini kemudahan kredit ini adalah gaya hidup - buy first, pay later. Akhirnya kerancakkan ekonomi ini sebenarnya hanya seperti bubble atau buih-buih sahaja - tidak bersandarkan real business activities. Lambat laun, buih ini akan meletup dan kemewahan yang dirasai oleh mereka akan hilang dalam sekelip mata sahaja. Mereka menjadi generasi yang berhutang. Jika hutang sudah terlalu banyak dan tidak dapat dibayar lagi, maka runtuhlah institusi kewangan kerana memberi pinjaman bukan berdasarkan prudence. 

Banyak kerajaan dalam dunia ini juga turut berhutang. Mereka bukan tidak mempunyai hasil pendapatan dari tax dan sebagainya, tetapi fenomena 'berniaga' yang dijalankan oleh kerajaan(seperti GLC dan sebagainya), janji pilihanraya seperti skim pencen, negara kebajikan dan health care membuat mereka terpaksa berhutang. Ada kerajaan yang meminjam dan meminjam semula untuk membayar hutang lama. Apabila hutang diluar kawalan seperti Greek, bantuan IMF dan sekutu mereka seperti EC sebanyak 1trillion USD tidak akan mampu dibayar oleh Greek lagi. 

Tun Mahathir sudah lama menyuara rasa tidak senang terhadap manipulasi negara besar kepada negara kecil dengan senjata hutang ini. Negara besar mencipta tradisi dan trend, akan diikut dunia membangun dan dunia ketiga. Negara besar yang mencipta peradaban ini memperkenalkan macam-macam perniagaan yang sofistikated dalam dunia finance sementara mereka yang menetapkan rule dan regulationnya. Walaupun tidak adil tetapi negara membangun yang kebanyakkan datang dari negara jajahan mereka terpaksa menurut. Negara kecil akan menjadi negara yang diperkotak-katikkan dalam dunia sistem kewangan dan hutang.

Tidak ramai leader dari negara membangun sanggup menyongsong arus ini, walaupun Jepun yang maju tidak berani menyimpang dari kesucian capitalist dan laissez faire. Bagi mereka apa yang Barat buat adalah betul. Hingga kini, apabila Barat sendiri mengalami krisis ekonomi yang teruk, pemikir mereka mula memikir strategy baru. Mereka sedar, empayar hutang ini sebenarnya masalah kepada seluruh dunia, bukan lagi alat untuk menghambakan negara miskin.

Sekarang mereka akan mengenakan control supaya mereka tidak akan terperangkap dalam empayar hutang. Amerika sebagai kuasa besar, anehnya negara yang paling banyak berhutang, tetapi tiada siapa yang berani berbuat apa-apa jika mereka lambat membayar atau tidak membayar hutang mereka.

Sukarno ketika ditanya apa strategy beliau untuk membayar hutang Bank Dunia bagi pihak Indonesia menjawab: "Senang, kemplangkan saja". Sayangnya Indonesia bukan kuasa besar, tetap diburu untuk membayar hutangnya.






Mitos Sisyphus

 Nasib ekonomi Malaysia adalah seperti nasib Sisyphus

Greek mengalami masalah ekonomi yang parah. Greek, negara kelahiran begitu banyak mitology yang menarik seperti Medusa, Zeus, Hades, Poseidon dan Sisyphus. The Myth of Sisyphus merupakan kisah paling unik dan menarik.

Sisyphus ditakdir melakukan kerja yang sia-sia. Cangkul angin, kata orang Melayu. Sisyphus didera untuk memikul sebiji batu besar hingga ke puncak gunung, dan batu itu akan berguling semula ke bawah. Sisyphus akan memikul semula batu berkenaan, hingga ke puncak gunung hanya untuk menggulingkan semula batu itu ke bawah untuk dipikul semula. Menurut mitos, proses ini berulang tanpa sudahnya.Itu takdirnya Sang Sisyphus.

Setiap orang atau negara boleh sahaja menjadi seperti Sisyphus. Semasa saya di Ireland, dalam perjalanan ke Connemara, pemandu bas pelancung yang bernama Paul(bukan Paul the Octupus) berkata, " We are relatively a young country. We were poor country before, then we became a rich country, now we broke again, so throw your money here, help us to be rich again."

Malaysia pernah negara kaya, dimomokkan oleh Barat antara Tujuh Harimau Asia. Ketika Barat menguar-uarkan tentang 'miracle of Pacific Rim', Tun Mahathir sudah memberi amaran ada sesuatu yang tidak kena dengan ekonomi dunia. Ketika pasaran saham yang 'overheated' pada tahun 1997, Tun Daim juga memberi amaran supaya jangan jadikan Bursa Saham seperti casino.

Ketamakkan mengatasi segala, tiba-tiba semua orang ingin jadi remisier - lawyer, arkitek, kontraktor meninggalkan kerja untuk menjadi remisier. Tiba-tiba..... bang tahun 1997, dengan sekali klik pada mouse duit dipindahkan dari negara-negara seperi Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara harimau-harimau kertas yang lain tanpa belas kasihan. Electronic herd literally left those countries to death, bleeding till today.

Kepada siapa yang tidak faham ekonomi, menyalahkan kerajaan, ke mana perginya duit. Selama bertahun-tahun dan berdekad-dekad Malaysia dan negara dunia ketiga membangunkan ekonominya, tiba-tiba seperti nasibnya Sisyphus, mereka kena mulai semula dari bawah. Memikul batu dari bawah untuk dibawa ke puncak gunung hanya untuk digulingkan semula ke bawah. 

Dan nasib Sisyphus di mana-mana. Gaji pegawai kerajaan naik, hanya untuk membenarkan harga barang naik. Pegawai kerajaan yang bersorak kegembiraan dapati, 'kekayaan' mereka hanya sementara kerana kenaikan harga barang. Malam ini kerajaan mengumumkan kenaikkan harga gula, diesel dan petrol. Rakyat mengeluh. Kerajaan mungkin akan menaikkan atau 'meyelaraskan' gaji pegawai kerajaan, untuk mungkin membenarkan kenaikkan yang lebih besar. Oh Sisyphus, mengapa mitos mu begitu tepat dimana-mana.

Where the buck will stop?






Thursday, July 15, 2010

Keris

Saya tidak tahu mengapa kaum Cina sangat fobia dengan keris. Mungkin kerana keris senjata Melayu, atau kerana keris ini sangat mistik, atau mungkin kerana juga keris merupakan 'jiwa Melayu' seperti pedang samurai. Mengapa mereka tidak takut Melayu yang berpistol? Pistol boleh tembak dari jauh.

Keris memang senjata mistik orang Melayu. Ia bukan hanya senjata untuk membunuh musuh, tetapi ia lambang penyatuan dunia Melayu. Di mana-mana dalam Kepulauan Melayu, zaman silam orang menggunakan keris. Raja-raja Melayu juga masih mengekalkan keris sebagai lambang kebesaran di raja. Bila Melayu kahwin, keris turut digunakan dalam acaran bersanding. Keris adalah Melayu, Melayu adalah keris.

Satu fitnah racist yang dimainkan oleh pengkhianat bangsa seperti Nizar Jamaludin terhadap Datuk Seri Najib adalah kononnya ucapan DSN hendak amuk dan basahkan keris dengan darah Cina. Ucapan ini dibuat semasa pilihanraya Hulu Selangor. Jika 'amuk' mesti dikaitkan dengan 'keris'. Boleh saja mengamuk pakai parang, pisau Rambo, M16 macam Prebet Adam atau Ak 47, tetapi jika hendak meracistkan Melayu, keris akan dikaitkan dengan 'amuk' tadi. Ada cerita bertajuk 'Amuk' lakunan Nasir Bilal Khan juga menggunakan keris. 'Amuk' dan 'keris' memang ekslusifnya Melayu. Mungkin Melayu PAS akan mengamuk menggunakan pedang orang Arab sebab lebih Islamik, gamoknya.

Ada tokoh Pemuda UMNO menggunakan keris dalam Mesyuarat Agung UMNO. Beliau mencium keris walaupun diprotes oleh kaum Cina. Setelah prestasi buruk BN dalam Pilihanraya Umum ke 12, pemimpin berkenaan minta maaf. Cium saja keris, sokongan BN pun merosot. Hebat keris ini. Sakti tetapi boleh membawa bencana jika tidak kena dengan pemakainya. Tak rasilah kata orang Melayu.

Dalam bendera UMNO ada dua bilah keris yang tidak bersarung. Apabila UMNO sering berebut jawatan hingga membawa perpecahan, ada tokoh UMNO mencadangkan dibuangkan saja keris itu. Buang keris bererti buang jiwa Melayu.  Sebab keris jiwa Melayu orang Cina sangat takut dengan keris.

Sebenarnya tidak salah adanya dua bilah keris dalam bendera UMNO. Ada sikit yang 'tak comel'nya keris UMNO tidak bersarung. Keris telanjang mudah karat dan perlu sentiasa diasah, dilangir dan dikemiyankan.

Keris yang baik adalah keris yang berada dalam sarungnya, hanya keluar bila benar-benar diperlukan. Keris sebegini sangat bisa.






Wednesday, July 14, 2010

Darul Pasir

 Selangor ibarat seperti maju diatas,berlubang dibawah, kering dikolah - kata Anti PKR Club.

Kata seorang ahli falsafah, jika tidak silap Aristotles, negara adalah diri yang besar, diri merupakan negara kecil. Kata saya pula, Selangor adalah Malaysia kecil, Malaysia merupakan Selangor besar. Perumpamaannya mudah: bagaimana kita mentadbir negeri begitu juga caranya jika kita mentadbir negara - jika diberi peluang.

Selangor merupakan kes klasik negara utopia. Tidak berair, bumi berlubang, kerajaan huru hara, MB hanya boneka kepada parti chauvanist. Harapan rakyat kononnya Pakatan Rakyat mampu memberi saingan kepada kerajaan BN, malangnya Selangor diurus seperti kumpulan kongsi gelap. Isu pasir merupakan contoh betapa gelojohnya PR.

MB sudah terbukti powerless. Kuasa sebenar terletak pada DAP, pada Ronnie Liu dan Teressa Kok. MB hanya boneka sahaja. Pasir kerajaan negeri Selangor diusahakan oleh Kumpulan Semesta Sendirian Berhad(KSSB). Bekas MB Selangor, Datuk Seri Khir Toyo minta tutup KSSB dan kembalikan kuasa meluluskan permit mengorek pasir ini kepada pegawai kerajaan. Baca sini.

Baru setahun beroperasi KSSB sudah mampu memberi bonus beberapa bulan gaji kepada kakitangannya. Kita boleh lihat sendiri bagaimana Malaysia menjadi negara utopia jika PR memerintah Malaysia nanti. Bagaimana mereka memerintah Selangor, begitu juga mereka memerintah Malaysia.

Kuasa sebenar adalah pada chauvanist DAP.



Tuesday, July 13, 2010

1 Billion

MCA menuntut kerajaan menyediakan 1 Billion kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam Rancangan Malaysia ke 10, dan in return, Cina akan kembali mengundi BN. Itu yang didakwa oleh MCA - 1Billion untuk undi kaum Cina. Seperti kata perpatah Rom "Anyone has his price". Jadi ini merupakan tag price kaum Cina - 1Billion untuk sekolah jenis kebangsaan Cina. 

Sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dibenarkan wujud tetapi  kerajaan tidak perlu menyediakan peruntukkan. Asalnya, mereka seharusnya boleh membiayai sekolah jenis kebangsaan sendiri kerana ia bukan sekolah teras oleh kerajaan. Jika kaum Cina dan India tidak mampu, tutup sahaja dan hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. 

Kemudian, mereka menjadi entiti politik. Mereka boleh mengundi dan menentukan parti mana yang menjadi kerajaan. Kerajaan, atau parti politik akan tunduk  jika tidak mereka akan kehilangan sokongan dari puak ini. Demokrasi memang politik pertandingan siapa popular walaupun popular itu bererti membawa kehancuran. Tambahan pula orang politik Melayu sendiri takut untuk membawa perubahan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan memulakan 1pendidikan untuk semua. 

Semuanya - masa depan, pendidikan - diperjudikan untuk menang pilihanraya.Apa guna kuasa jika kerajaan takut bertindak. Tindakkan yang diharapkan ini sebenarnya untuk kebaikan rakyat Malaysia keseluruhannya. Saya tidak nampak mengapa perlu ada sekolah jenis kebangsaan mengikut kaum. Jika ingin 1Malaysia, perkauman perlu dihapuskan atas nama apa sahaja - apa lagi pendidikan.

Sekarang, apabila Cina bercakap pasal sekolah jenis  kebangsaan Cina, ia adalah hak kaum Cina, India juga sama dengan Hindrafnya. Semua kononnya demi 'human right' kaum bukan peribumi.Apabila Perkasa bercakap pasal hak Melayu seperti biasiswa, Melayu dilabel sebagai racist. Dan ada parti kata mereka berjuang untuk Islam. Islam apa jika majoriti penganutnya iaitu Melayu lemah dan terhimpit.

Dan berkokoklah Melayu Liberal, Tanggang Moden dan Si Kitol seperti Ketua Pemuda UMNO, itu memang hak kaum Cina. Berperanglah mereka dengan PAS dan Perkasa. Sinqui dan Dong Zhoau tidak akan berperang dengan Wee Ka Siong. Lim Kit Siang tidak akan berperang dengan Chua Soi Lek dalam soal kepentingan kaum mereka. Semua ada tugasan, tidak seperti poli-tikus Melayu yang dah tidak kenal mana ekor mana kepala.

SAKMONGKOL Ak47 membuat satu teori menarik. Jika PM merupakan Lone Ranger, maka KJ merupakan Tontonya iaitu sidekick kepada Lone Ranger bagi menangkis desakan ultra Malay ini. Baca sini. Jadi menurut beliau, KJ membuat 'kerja jahat' PM untuk berperang dengan golongan Melayu radikal. Ini kerana KJ bukan menteri kabinet walaupun mungkin beliau berbuat demikian untuk menjadi menteri kabinet. Mungkin juga beliau akan menjadi 'scape goat' jika rancangan ini backfire. Mungkin juga bukan jawatan kabinet yang KJ dapat tetapi menjadi 'kambing korban'. Ini teori Dato Ariff Sabri bukan saya. Don't shoot the mesengger, kata Datuk Ti Lian Ker.

Penutup kepada entri ini, saya ingin cerita perihal seorang kadi disebuah negeri. Ada satu kes pergaduhan rumahtangga yang merujuk kepada kadi berkenaan. Pasangan itu datang berasingan bagi mengadu masalah masing-masing. Hari pertama kadi itu didatangi oleh si suami. Si suami mengadu perihal salah laku isterinya. Isterinya malas memasak, asyik bermain mahjong, suka keluar dan tidak mempedulikan rumahtangga. Kadi berkenaan menyebelahi si suami.

Esoknya isterinya pula datang mengadu. Isteri menceritakan si suami seorang pemalas, tidak mahu bekerja, suka berpoya-poya dengan kawan-kawan dan suka berjudi. Kadi menyebelahi isteri pula. Dalam diam, isteri kadi berkenaan turut mendengar masalah rumahtangga pasangan berkenaan. Isteri kadi itu juga sudah tahu segala masalah pasangan itu, sudah nampak apa yang perlu dilakukan. Dia tidak setuju suaminya menyebelahi kedua-dua pasangan suami isteri itu. Baginya, salah seorang mereka, atau kedua-dua mereka perlu ditegur.

Mendengar nasihat isterinya itu, kadi berkenaan membetulkan kata-kata isterinya pula!

Pemimpin perlu berani menyebelahi kebenaran. Roosevelt pernah ditanya, apa kualiti seorang pemimpin. Jawab beliau: "Quick and firm decision." Kadang-kadang main selamat paling tidak selamat. Bak kata dek Sara dalam CSI, "not making a decision is making a decision". The worst one pula.








Monday, July 12, 2010

Melayu Bodoh.

Sekitar tahun 1990 sebuah akhbar nyamuk yang mana sudah pupus dan saya tidak ingat namanya membuat sensasi dengan mengadakan teori Hang Tuah bukan Melayu. Kononnya nama Hang Tuah adalah Hang Too Ah, dan rakan-rakannya yang lain Hang Jee Bat, Hang Li Kiew dan Hang Lee Ker. Pertarungan epic dua pahlawan Melayu ini kononnya seperti dalam filem-filem Kung Fu. Mendukacitakan, pengarang cerita fantasi ini adalah orang Melayu.

Saya tidak pernah jumpa mana-mana bangsa lain akan mengagungkan bangsa luar demi untuk melariskan akhbarnya. 'Penyelidikan' ahli sejarah amatuer dan buta sejarah ini dilanjutkan pula oleh seorang lagi melayu bodoh yang bernama Shahabudeen Jalil. Dalam blog MistiFiles, mengulas tentang kedangkalan hujah-hujah melayu bodoh ini. Mereka sanggup memperkosakan sejarah bangsa sendiri dan mengecilkan peranan orang Melayu dengan membuat 'hipotesis' kononnya Hang Tuah bangsa Cina. Seorang Melayu bodoh disokong oleh dua orang Melayu bodoh bertaraf doktor iaitu Dr. Mujahid Rawa dan Dr. Haji Mohd Hashim. Untuk mengetahui lebih lanjut, baca sini.

Pembaca boleh membaca hujah Shahabudeen Jalil, dan sanggahan dalam blog MistiFiles. Saya tidak mahu membincangkannya di sini. Saya pernah menulis kekesalan apabila Micheal Chick(en) membuat 'penyelidikan' bahawa Melayu bukan bangsa. Setidak-tidaknya beliau bukan Melayu. Dalam blog Suara Anum, orang Melayu sendiri yang mengubah sejarah mereka. 

Berdasarakan teori 'agak-agakkan', 'tebak-tebakkan' dan penyelidikan yang separuh masak, berani mereka memporakperandakan sejarah bangsa sendiri. Jika mereka benar-benar authority dalam bidang sejarah seperti Professor Khoo Kay Kim dan Mohd Yusuf Hashim, mungkin kita akan hormati pandangan mereka. Sebaliknya dalam MistiFiles menyatakan, seorang penyelidik bangsa Cina bernama Kenny Chee lebih faithful kepada fakta dari membuat teori hasil dari agak-agakkan, teka-tekaan demi untuk mendewakan bangsa lain. 

Huraian Kenny Chee menyatakan bapa Hang Tuah merupakan seorang batin Orang-orang Laut yang mana tulangbelakang kepada kekuasaan laut empayar Melaka yang berkhidmat kepada keturunan Bukit Seguntang Mahameru sebelum kewujudan Melaka lagi. Ramai yang tidak tahu, Parameswara yang juga dikenali dengan nama Sang Aji Palembang itu merupakan waris mutlak kerajaan Srivijaya yang secara tradisi menguasai lalulintas Selat Melaka sebelum mereka tewas kepada Majapahit.

Saya tidak pernah tengok perkara sebegini berlaku kepada bangsa lain. Tahukah penulis bahawa orang-orang Cina tidak semua Cina. Laksamana Cheng Ho contohnya merupakan seorang Muslim berketuruan Turki yang berkhidmat untuk kerajaan Ming. Namun Cheng Ho tetap dianggap Cina oleh orang China. 

Saya tidak tahu apa motif penulis berkenaan. Melihat kepada penyokongnya iaitu Mujahid Rawa, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kononnya bangsa tidak penting bagi mereka dan sesetengah parti. Ingin saya ingati, di Malaysia Melayu dan Islam adalah sama. Memerpertahankan Melayu sama seperti mempertahankan Islam. Malah seorang Cina memeluk Islam yang bernama Ridhuan Tee mengakui hakikat ini tanpa perlu setuju dengan ideologi yang memecahkan umat Melayu iaitu parti PAS.

Melayu seperti Shahabudeen Jalil ini merupakan pengkhianat bangsa Melayu.




Saturday, July 10, 2010

40:1

Berita Harian melaporkan, nisbah pengundi Melayu dan Cina yang berdaftar adalah 40 Cina: 1 Melayu. Kaum Cina terus menyerang mengatakan statement itu racist. Saya tidak tahu lagi apa yang tidak racist di Malaysia ini apabila Melayu berkata-kata. Harakah juga berkokok seperti Cina mengatakan momokkan itu adalah strategi BN. 

Dalam Bicara Nobisha, penulis menghuraikan dalam pencaturan UMNO-PAS sekarang ini, DAP merupakan pemenang. Ini kerana dalam pilihanraya, majoriti yang keluar mengundi dan berdaftar sebagai pengundi yang dikira. Ramai manapun Melayu, jika tidak berdaftar tidak memberi apa-apa makna kepada pilihanraya. PAS dan juga UMNO tidak boleh memandang enteng permasalahan pendaftaran pengundi ini. PAS mungkin menganggap ramainya penyokong DAP yang berdaftar merupakan penyokongnya juga. Api ketika kecil merupakan kawan, bila besar adalah lawan.Oleh kerana saya tidak mahu 'membebankan' blog ini dengan statistik, baca sini.

Ada pihak menyalahkan kedua-dua parti Melayu ini kerana gagal mendaftarkan penyokong mereka. UMNO dan PAS lebih kelihatan suka salah menyalah sesama sendiri dari membuat sesuatu yang vital demi survival politik mereka - mendaftarkan pengundi masing-masing. Kickdefella menyatakan dalam blognya, berbillion-billion akan digunakan oleh kedua-dua parti Melayu berkenaan untuk bertempur di 'common ground' demi menjadi jaguh siapa lebih Melayu dan Islam. Husam Musa menyatakan sudah ada 200juta di sediakan untuk memenangi kerusi Melayu yang dipertandingkan oleh UMNO. Baca sini.

Sementara itu, perlahan-lahan MCA, DAP dan Gerakan mempunyai strategi tersendiri untuk menjadi 'ultimate winner'. Majoriti yang berpecah adalah bukan majoriti. Dan musuh yang bersatu, walaupun kecil lebih ampuh sebenarnya. Mungkin saya akan dituduh racist selepas ini kerana kenyataan untuk kepentingan 'bukan parti' tetapi Melayu.

Melayu bukan menguasai ekonomi. Melayu juga tidak menguasai 100% politik Malaysia. Kerana suka berpecah, Melayu gagal menjadi kuasa besar dalam ekonomi dan politik walaupun majoriti. Hardcore parti masing-masing mengakui mereka lebih betul, lebih Melayu dan lebih Islam. Silent majority pula ada yang keliru siapa yang sebenarnya perlu disokong. Golongan yang fed up menyepikan diri, tidak keluar mengundi, protes dan langsung tidak mahu mendaftar pemilih.

Satu soalan yang penting sekarang ini: hendak ke mana hala tuju politik Melayu ini?


Thursday, July 8, 2010

Keganjilan

Dalam sejarah Piala Dunia, selalunya pasukan yang menjadi juara datang dari pasukan yang pernah juara atau pasukan tuan rumah. Ada 7 pasukan yang pernah memenangi Piala Dunia ini iaitu Italy, Uruguay, German, Brazil, Argentina, England dan Perancis.

Belanda pernah dua kali memasuki final Piala Dunia iaitu pada tahun 1974 tetapi kalah kepada German. Pada tahun 1978, lagi sekali Belanda layak ke final tetapi kalah kepada Argentina. 2010 merupakan kali ke tiga Belanda layak ke final.

Sepanyol merupakan 'the greatest underachiever' dalam sejarah Piala Dunia. Mereka sering diramal menjuarai Piala Dunia tetapi tidak pernah menjejakkan kakinya ke final. Kegagalan Sepanyol ini merupakan misteri Piala Dunia kerana secara tradisi Sepanyol mempunyai pemain yang hebat dari zaman Alfrendo de Stefano hingga zaman Luis Enrique, Valeron dan Raul Gonzales Blanco. 2010 juga tahun dimana Sepanyol buat julung kalinya menjejaki final dengan menewaskan German yang secara tradisi pasukan paling banyak ke final.

Banyak fakta menarik Piala Dunia 2010 ini. Antaranya, kedua-dua pasukan yang layak mengalahkan dua bekas pemenang Piala Dunia. Belanda mengalahkan Uruguay sebagai pasukan yang pernah dua kali menjulang Piala Dunia. Sepanyol mengalahkan German, pasukan yang tiga kali menjulang Piala Dunia. Kedua-dua pasukan ini yang akan menutup tirai Piala Dunia pada 11 Julai ini bertembung di Benua Afrika yang juga julung kali mengadakan pesta terbesar Planet Biru ini.

Kedua-duanya datang dari Benua Eropah. Mana-mana pasukan yang menang pada 11 Julai nanti merupakan kemenangan pertama negara mereka lantas menjadikan lapan pasukan yang pernah menjuarai Piala Dunia.Tidak seperti selalunya, jika bukan pasukan yang pernah menang, pasukan tuan rumah seperti England tahun 1966 dan Perancis tahun 1998 menjadi juara.

Paling menarik Piala Dunia 2010 ini adalah seekor sotong bernama 'Paul' yang tepat membuat ramalan ketika ini. Jika kaki judi percaya pada ramalan Paul ini, sudah ramai yang jadi kaya. Tengok di bawah , ramalan ini dibuat sebelum Argentina kalah kepada German. Mana yang di'pegang' oleh Paul akan menang.

 Paul tepat meramalkan German menang ketika bertemu Argentina
Umat Islam dilarang percaya, syirik, semuanya ketentuan Allah.

Wednesday, July 7, 2010

1Malaysia Bermula Dengan 1Pendidikan

Apabila PM Najib melaungkan 1Malaysia, ia menimbulkan reaksi yang berbagai. Seperti orang buta yang bertengkar tentang gajah, ada yang mengatakan 1Malaysia bukan Malaysian Malaysia, ada yang mengatakan 1Malaysia sama seperti Malaysian Malaysia - iaitu tidak ada lagi keistimewaan penduduk asal Malaysia.

Kaum Cina dan India menyambut baik 1Malaysia - asalkan menguntungkan mereka. Oleh itu, mereka minta setelah 50 tahun merdeka, dasar-dasar yang menguntungkan Melayu digubal demi untuk menjadikan Malaysia untuk orang Malaysia.

Satu perkara yang mereka tidak sanggup buat adalah mengubah diri mereka untuk 'sesuai' dengan semangat 1Malaysia yang mereka tuntut. Mereka menafikan mereka pendatang, tetapi masih mahu wujudkan sekolah aliran Cina dan India. Jika sesiapa yang mengaku sebagai anak bumi Malaysia, perlu korbankan warisan dan bahasa dari nenek moyang tanah bangsa asal mereka. New world. New Age.

Saya tertarik membaca posting terbaru Jebat Must Die berkenaan isu PPSMI dan sistem 1Sekolah. Baca sini. Suka saya meminjam maklumat dalam blog berkenaan, iaitu pandangan Almarhum Tunku Abdul Rahman berkenaan sikap kaum Cina tentang bahasa Melayu dan pendidikan negara. Ini petikan Almarhum:

"The attitudes of the communist elements and the three other groups I have mentioned earlier had  resulted for sometime past in the building up of anti-Malaysia feeling, which came out quite strongly in the elections. There are many reasons for this,but the main one is the National Language.

When the National Language was first introduced many Chinese and Indians had not found it to their liking, as a number of letters I received at various time revealed to me. As an offshoot, this difference over Malay being the foundation of the official language, other Chinese chauvanists - for that is the only word to describe them - demonstrated their own particular feelings by agitating for separate schools and hospitals and a university for the Chinese only."

Tunku juga menyatakan alasan yang diberi adalah di canteen sekolah kebangsaan tidak akan menyediakan babi! Tunku juga menyatakan, alasan ini sangat remeh. Saya quote lagi sepenuhnya kata-kata Al-Marhum:

"Such minor issues as food are only excuses. The real grouse of such chauvanists is against the idea of being Malaysian at all. It is repugnant to them to think of themselves as anything but Chinese.  Such an attitude of course is entirely up to them is they choose to have it so, but let us in this multi-racial society share in a common loyalty to the country, whatever our racial origin maybe. When the nation provides for a national language, in our case Malay, then I think in all fairness it is the duty of all to contribute our share towards making it a succes as was agreed upon and written down in the Constitution."

Tunku menyuarakan bahawa sudah dipersetujui dan di letak dalam Perlembagaan mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini bukti adanya social contract antara Bapa-bapa Kemerdekaan. Seterusnya Tunku menyatakan adalah menjadi tugas MCA untuk memastikan sebahagian Cina yang berfikiran rasional dan tidak terlalu chauvanist agar menerima apa yang dipersetujui dalam Perlembagaan. 

"It must be agreed that the Alliance policy is constitutional, then the MCA's backing of such a policy is correct..." kata Tunku seterusnya.

Kegagalan MCA membuat demikian akan menimbulkan semangat anti Cina dikalangan orang Melayu. Jika MCA terus menerus mengikut rentak DAP menjadi haluan kiri dan menekan kerajaan, menurut Tunku akhirnya bukan Melayu yang rugi, tetapi memberi ruang kepada golongan radikal Melayu untuk mewujudkan sentimen anti Cina pula. 

Tunku mengulas ini selepas Peristiwa 13 May. Scenario yang hampir serupa berlaku sekarang. Apabila Cina mabuk kuasa dan fikir mereka akan mampu memerintah Malaysia, mereka dengan kerjasama PAS pada ketika itu memecahkan undi Melayu. Apabila berlaku rusuhan kaum baru mereka faham sentimen Melayu tidak boleh terlalu disentuh, kerana akan bangkit juga semangat radikal Melayu bila mereka terhimpit. 

MCA sudah hilang fungsi jika mereka gagal memahami Perlembagaan negara seperti yang dilakukan oleh Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong. Beliau juga orang yang sama membuat laporan polis apabila cadangan oleh beberapa blogger untuk mewujudkan sekolah satu sistem dan menghapuskan sekolah aliran Cina dan India. Dalam isu biasiswa yang mana melibatkan MARA, beliau turut di sokong oleh Ketua Pemudi UMNO yang faham globalisasi tetapi tidak faham sejarah Malaysia. Ka Siong sebenarnya bermain dengan api.(Saya sudah tidak mahu ulas tentang Ketua Pemudi - seperti Luncai biar dia terjun dengan labu-labunya)

Sejak dari awal penubuhan Malaysia lagi sebenarnya sebahagian kaum Cina dan India tidak mahu mengasimilisasikan  mereka ke dalam bangsa Malaysia(jika wujud). Mereka akan terus melaungkan bahawa mereka tidak perlu berubah, sebaliknya Malaysia ini bukan tempat asal orang Melayu. Mereka minta macam-macam tetapi tidak sanggup berkorban sedikit - iaitu menyertai sekolah dalam aliran yang sama untuk semua anak Malaysia.

Di sini juga tampak kelemahan pemimpin Melayu - hatta dari zaman Tunku sendiri. Untuk membuat perubahan memerlukan keberanian. Seperti mana-mana pencipta sejarah pun, perubahan akan mendatangkan tentangan yang hebat. Oliver Cromwell yang mereformasikan England sebagai kuasa besar zaman pertengahan terpaksa mengambil langkah drastik - memancung rajanya dan memusnahkan sistem beraja England dan bukan tanpa tentangan.

Abraham Lincoln yang hendak membebaskan orang kulit hitam Amerika terpaksa membelah Amerika kepada Utara dan Selatan, berperang saudara demi untuk mengubah kebiasaan bangsanya.Di Malaysia ini, jika 1Malaysia benar-benar ingin dilaksanakan, tidak ada pilihan melainkan sekolah satu aliran perlu diadakan. Sekolah Jenis Kebangsaan India dan Cina perlu dihapuskan. Jika Lemass, Perdana Menteri Ireland tahun 50an memperjudikan nasibnya dengan membebaskan pendidikan Ireland dari pengaruh church dan catholic, saya tidak nampak ahli politik Malaysia perlu takut melakukannya.

Dan banyak contoh sebenarnya jika saya hendak kemukakan bahawa perubahan memerlukan keberanian. Cukup sekadar yang di atas sahaja.

Malaysia sudah tersilap selama 50 tahun membenarkan aliran yang memecahkan Malaysia mengikut kaum. Malaysia tidak boleh tunggu 50 tahun lagi untuk mengubahnya. Keberanian sangat diperlukan disini.

Kata perpatah Cina: "Masa terbaik untuk menanam pokok balak berkenaan adalah 50 tahun yang lalu, oleh kerana tidak ditanam dulu, masa kedua terbaik adalah sekarang."

Kita perlukan kepimpinan yang kuat dan berani.






Monday, July 5, 2010

Robber Baron

Sebenarnya soal perbezaan kelas tidak ada kena mengena dengan bangsa atau kaum. Tidak ada bezanya Melayu kaya dengan Cina kaya atau India kaya. Mereka termasuk dalam golongan elit. Begitu juga tidak ada beza antara Melayu daif dengan Cina dan India miskin. Mereka masuk golongan marhein, atau bawahan.

Kita boleh lihat dalam DEB antara matlamatnya adalah membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Membasmi kemiskinan bukan pula bererti menjadikan mereka kaya. DEB pula digunakan - mungkin salahguna - dengan mencipta jutawan segera dari kalangan Melayu dengan dasar 'rental-seeker' dan 'patronage'. Saya sifatkan salah guna kerana sebahagian mereka mendapat keistimewaan menjadi kaya tanpa perlu benar-benar menjalankan perniagaan ataupun bersaing secara terbuka.

Seringkali kita mendengar kisah orang Melayu yang menjadi kaya dengan memegang AP, permit-permit dan mendapat konsesi berbagai seperti emas, balak dan sebagainya. Maka kaum lain akan menuduh kerajaan tidak adil kerana hanya menolong Melayu sahaja. Jika diteliti secara halus, keistimewaan ini bukan hanya pada orang Melayu, terdapat juga kaum Cina dan India yang mendapat faedah dari 'rental-seeker' dan 'patron' ini. 

Ananda Krishnan, Vincent Tan, Patrick 'Badawi', YTL Group, Tony Fernandes dan berbagai lagi menjadi kaya raya dengan hasil 'patronage' dan monopoli juga. Ananda Krihsnan menjadi billionaires hasil monopoli yang diberi oleh kerajaan kepada telekomunikasi seperti hak ekslusif satelit Measat dan ASTRO yang mana kerajaan membuat larangan tidak ada satelit lain yang digunakan kecuali ASTRO walaupun satelit private boleh didapati dengan lebih murah.

Vincent Tan mendapat faedah patronage ini apabila Sport TOTO diswastakan kepadanya. Patrick 'Badawi' dengan Monsoon Cupnya dan Tony Fernandes dengan AirAsianya. Jadi sangatlah tidak adil apabila kaum bukan Melayu menuduh kerajaan BN hanya membantu Melayu sahaja dalam berkongsi kek ekonomi. Ironinya, kek ekonomi ini pula 70% dikuasai oleh bukan Melayu. 

Memang benar wujudnya beberapa 'usahawan' Melayu yang dibantu oleh kerajaan seperti Tajudin Ramli, Halim Saad dan Allahyarham Tan Sri Yahya. Kononnya Malaysia menganaktirikan bukan Melayu kerana menolong usahawan Melayu tetapi contoh diatas kesemua kaum ditolong jika mereka difikir layak mengendalikan sesuatu perniagaan itu. Orang Melayu dimomokkan tentang cerita mereka lemah, mereka memerlukan tongkat dan kerajaan hanya menghabiskan duit cukai kaum bukan Melayu dan sebagainya.

Tidak seperti kaum Cina atau India yang tidak akan membangkitkan kekayaan kroni kerajaan dari kaum Cina dan India, orang Melayu sendiri yang bertempik mengatakan kerajaan tidak adil kerana memberi kekayaan kepada kroninya walaupun Melayu. Kroni yang sering ditekankan oleh orang Melayu adalah orang Melayu sendiri sedangkan kroni kerajaan dari kaum lain tidak disentuh.

Sebenarnya dimana-mana juga didunia ini, perbezaan kelas atau jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin akan menimbulkan kekecohan jika tidak dibendung. Jika kelas atasan yang kaya ini diberi lesen untuk merompak rakyat bawahan, lama kelamaan akan berlaku pemberontakkan yang memprotes perbezaaan kelas seperti berlaku dinegara-negara yang pernah menjadi komunis. 

Banyak alat, atau device yang dicipta bagi membolehkan golongan berada ini merompak golongan bawahan ini. Antara yang terkenal adalah pasaran saham, hedge fund, kad kredit, future market dan pinjaman-pinjaman dari bank-bank. Ada juga dalam bentuk perkhidmatan dan monopoli seperti ASTRO, FOMEMA, PUSPAKOM dan sebagainya. Ada yang 'haram' dari segi moral tetapi dilesenkan untuk di'legitimate'kan seperti kasino Genting dan Sport Toto dan Magnum. 

Kerajaan sebagai pengutip cukai akan menggalakkan apa saja yang boleh menguntungkan kerana secara tidak langsung mereka adalah rakan kongsi golongan ini. Setiap keuntungan kerajaan akan mendapat cukai. Perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi semua negara kapitalist. 

Rockerfella, Bill Gates, Warren Buffet, Andrew Carnegie yang dikatakan usahawan bukan hanya sekadar usahawan biasa yang menjalankan aktiviti perniagaan. Kekayaan mereka yang berlimpah ruah ini hasil dari manipulasi sistem dan mekanisme kapitalist menyebabkan mereka dipanggil 'robber baron'. 

Dan di Malaysia, rakyat marhein tanpa mengira bangsa dan kaum sangat terpisah dari 'robber baron' ini. Golongan marhein dalam kelasnya tersendiri. Dan robber baron juga tanpa mengira kaum dan bangsa mampu membuat apa yang mereka sangat pakar - menjadi perompak berlesen. Gelaran robber baron yang diberi oleh social scientist bukan satu kebetulan. Mereka memang benar-benar 'robber baron'.

'Undang-undang dicipta adalah untuk melindungi orang-orang yang berkuasa dan berada'. Kata Aristotles. 





Thursday, July 1, 2010

Wasiat

1. Antara kelemahan ketara orang Melayu adalah membuat wasiat.

2. Selepas seseorang muslim meninggal dunia, harta yang tidak diagih-agihkan akan di faraid. Selalunya ini juga gagal dilakukan secepat mungkin, hingga bertahun-tahun. Makin lama, makin susah hendak memfaraidkan harta seseorang itu, apa lagi jika ada keluarga yang sudah meninggal dunia.

3. Akhirnya, harta itu akan kembali kepada kerajaan kerana mungkin tidak ada sesiapa yang ingin membayar cukai tanah dan sebagainya kerana anak-anak belum memlikinya lagi. Beginilah caranya bagaimana sesetengah orang Melayu hilang harta.

4. Kita tidak nampak masalah begini belaku kepada kaum lain. Mereka bersedia dari awal dan membuat wasiat secara perundangan. Kaum lain tidak akan meninggalkan anak-anak mereka dalam keadaan huru hara bererbut harta selepas mereka meninggal dunia.

5. Mungkin masalah ini berlaku kerana Melayu suka buat semua perkara saat akhir, atau merasakan harta dunia tidak penting bila menjelang ajal dan sebagainya. Bila harta Melayu diambil semula oleh kerajaan, orang Melayu jadi makin daif dan ini menyebabkan Melayu menjadi tidak kuat.

6. Contoh paling nyata adalah Kampung Bharu, Kuala Lumpur yang sukar hendak dimajukan kerana banyak melibatkan masalah harta pusaka.

Wednesday, June 30, 2010

Memudahkan Yang Haram dan Menyusahkan Yang Halal.

1. Mari kita berfikir.

2. Seorang Islam yang ingin berkahwin sangat susah. Kena  pergi kursus JAKIM. Jika berkahwin luar negeri kena minta 'Kebenaran Kahwin'. Jika sudah beristeri kena minta izin isteri dan kelulusan kadi. Kahwin halal samada poligami atau tidak. Kita susahkan ia.

3. Rumah urut banyak cambah. Kelulusannya bukan susah. Jika haram pun, hari ini tutup, esok buka semula. Di rumah urat berleluasa zina dan maksiat. Zina haram tapi dipermudahkan urusannya.

4. Cerai dibenarkan walaupun Allah tidak suka. Wanita yang digantung tidak bertali disusahkan urusannya untuk mencari kebahagiaan. Kononnya untuk mengurangkan penceraian dikalangan umat Islam. Kebahagiaan wanita diabaikan hanya kerana ingin mengurangkan statistic.

5.  Jika ada bijak pandai hendak mengajar atau berceramah atau bertukar pandangan yang berlainan sedikit kena minta kelulusan atau lesen atau kebenaran berceramah. Jika tidak akan ditangkap kerana tidak mengikut Ahli Sunnah, di cop Wahhabi dan lain-lain. Pintu perbincangan ditutup sama sekali. Umat Islam tidak dibenarkan berfikir. Semua kena ikut apa yang difatwakan oleh 'ulama'. Tidak boleh ada budaya ilmu. Yang ada cuma budaya 'parrot' - ulang berkali-kali apa yang tok guru kepada tok guru kepada tok guru kepada tok guru ajar. 

6. Quran rujukan paling akhir. Kedua akhir adalah hadis. Rujukan pertama apa kata tok guru ini dan tok guru itu. Apabila tok guru itu dan ini berkata-kata, tidak boleh dibantah sebab dia keramat, wali atau separuh wali.

7. Kesimpulan: dipersusahkan yang halal dan baik tapi dipermudahkan yang haram dan menyesatkan. Minum arak dan berjudi dipermudahkan. Tidur dalam masjid dipersusahkan.

Apa sudah jadi kepada orang Islam ini?



Tuesday, June 29, 2010

Young Mahathir?

Entah saya terbaca diblog mana pernah satu ketika dulu menyifatkan Khairy Jamaludin sebagai 'Young Mahathir'. KJ sendiri mengaku bahawa dia dan PM(DS Najib) merupakan seorang reformist. Joceline Tan pula pernah memberi julukan kepadanya sebagai 'the most powerful 28'. 

KJ sudah terkena penyakit narcissism - iaitu watak mitologi Greek yang merasakan dia tampan, tanpa menyedari disebalik wajah tampan dan pakaian indahnya dia mengalami sakit kudis buta yang parah. KJ jatuh cinta dengan dirinya sendiri. Mungkin dia akan minta saintis meng'klon'kan dirinya kerana dia sangat brilliance dan genius.

Ketika zaman mentuanya berkuasa, KJ menggambarkan imej jaguh mempertahankan Melayu. Dia minta DEB diteruskan dan tanpa segan silu dia mengakui dia menggunakan mentuanya untuk membela Melayu(read periuk nasinya). Dia juga mengumumkan cita-citanya hendak menjadi PM sebelum berumur 40 tahun - sudah tentu tanpa segan silu juga. Maklumlah, narcissism.

Dalam blognya, dia membincangkan pasal reformasi yang menurut pandangannya ada tiga mazhab dalam menangani isu Melayu. Baca sini. Mazhab yang pertama adalah golongan ortodoks yang 'purist' yang mana seinci pun tidak mahu berganjak dari semangat asal affirmative action. Malah menurutnya golongan ini minta affirmative action ini ditambah bagi golongan bumiputera.

Golongan kedua, adalah golongan yang ingin mengstruktur semula ekonomi dengan pembaharuan tanpa mengira kaum dan dalam masa sama mengurangkan ketirisan dan membuat reformasi dalam affirmative action supaya lebih efisien. Dia meletakkan PM Najib masuk golongan ini. Dia juga berkata, dia dan PM merupakan reformist, maka kita anggap dia meletakkan dirinya juga kategori ke dua ini.

Golongan ke tiga pula merupakan golongan yang ingin menghapuskan sama sekali affirmative action ini. Dia menyifatkan pembangkang terutama DAP golongan ketiga ini. Menyedihkan, katanya, golongan pertama dan ketiga ini merupakan golongan yang kuat bertempik dan mendesak. Sementara itu PM Najib bersendirian kerana kurang sokongan dari mana-mana pihak, mungkin kecuali KJ sendiri yang mengaku reformist.

Jika dia meletakkan dirinya sebagai kategori kedua, bersendirian mempertahankan mazhab PM Najib, KJ juga mencela dasar rent-seeker dan patron. Dia juga mencela 'leakages and wastage' - seperti yang dinyatakan dalam blognya. Mungkin Khairy lupa, dia merupakan penerima faedah terbesar dalam dasar 'rent-seeker' dan patron' mentuanya. Dia penerima faedah terbesar sebagai menantu PM kerana adanya 'leakages and wastage' dalam dasar affirmative action ketika zaman mentuanya PM! 

Sekarang dia merupakan 'reformist' pula!

Terbaru tentang bakal PM Malaysia yang dalam masa beberapa tahun lagi PM kerana sudah menghampiri 40an adalah polemik dia dengan Ibrahim Ali. Dia menyifatkan Ibrahim Ali sebagai jaguh kampung, katak bawah tempurung dan gedebe. Polemik ini bermula dengan kisah Ibrahim Ali memprotes Ketua Pemuda MCA, Wee Ka Siong yang menyentuh hak ekslusif MARA. Bagi KJ, Ibrahim Ali tidak setaraf dengannya kerana dia berfikiran global dan 'reformist'. Hanya dia dan PM sahaja yang faham bahasa globalisasi. Narcissism lagi.

Datuk Ruhanie Ahmad dalam blognya membuat kesimpulan 'polemik' ini berlaku kerana KJ mencemburui populariti Ibrahim Ali sebagai Presiden Perkasa. Ini kerana ketika mentuanya berkuasa, KJ merasakan populariti itu adalah haknya. Baca sini

KJ lupa, politik UMNO merupakan politik kampung, politik rakyat marhein yang menyokong UMNO. UMNO tidak boleh terus-terusan mengekalkan kuasa dengan ramainya orang 'berfikiran global' sepertinya yang ingin membuat reformasi perkara yang asas bagi orang Melayu. Bukan susah sangat untuk memahami aspirasi Melayu. Jika tokoh lompat seperti Ibrahim Ali yang tidak berparti menjadi popular kerana kelihatan ikhlas mempertahankan Melayu, maka itulah bread and butter beliau sebagai ahli politik. Menjadi reformist dan global tidak membantu KJ, malah akan memasukkan dia sebagai Melayu liberal.

Inilah liku-liku perjalanan politik 'young Mahathir'. Apa yang saya nampak, KJ sedang menukar(transform) dirinya menjadi 'young Anwar Ibrahim' - tolak kes liwatnya. KJ, seperti Anwar, tokoh politik yang sanggup mengubah apa saja - termasuk prinsip - untuk berkuasa. Masa mentuanya PM dia jaguh DEB, dan sekarang dia 'reformist'. Kita tidak tahu esok dia apa pula. Chameleon yang suka bertukar warna, dan narcissism pula. Kombinasi yang menarik. Memang KJ seorang poli-tikus yang mempunyai 'colourful character'. Menarik dan memualkan dalam masa yang sama. Kombinasi yang unik.

Malaysia Kini memuji-muji KJ. Baca sini. Bila musuh iaitu PKR memuji Ketua Pemuda UMNO yang tidak 'bertelor', yang lesu dan gagal bangkit berkaitan dengan isu Melayu kerana 'mengikuti trend', mungkin kecewa dengan UMNO satu ketika nanti, KJ akan menyertai PKR. 

Silap siapa yang melabelkan KJ sebagai 'young Mahathir'. Dia sesuai menjadi 'young Anwar'. Jangan lupa minus liwatnya.






Monday, June 28, 2010

Ulama Politik

Ada sesuatu yang tidak kena dengan cara kita 'mengendali'kan para ulama di Malaysia ini. Ada sesuatu yang tidak kena juga cara kita menyanjung atau membenci mereka. Sebenarnya, saya sudah banyak kali juga menulis tentang ini. Baca sini, sini, sini, sini, sini.

Yang ini memang tajuknya 'Ulama', saya rekomen pembaca membacanya jika malas membaca yang lain.

Ulama harus dihormati kerana ilmu mereka dan sumbangan mereka kepada Islam, tetapi tidak perlu didewa-dewakan. Kadang-kadang mereka di puja seolah-olah mereka keramat atau suci atau maksum. Ingin sekali lagi saya mengungkap kata-kata Imam Malik: "Dalam Islam, tiada siapa yang pendapatnya tidak boleh disanggah kecuali Rasulullah'.

Dalam blog Dr. Maza, beliau pernah menulis tentang bagaimana kita harus memuliakan ulama dan bukan mensucikan mereka. Baca sini. Keparahan jumud dan taksub umat Islam terhadap seseorang ulama, terutama di Malaysia ini boleh dilihat dengan soalan yang dibuat oleh seorang kepada Dr. Maza di sini. Soalannya apa hukum mengkritik tulisan Al-Ghazali!

Imam Ghazali tidak dinafikan seorang ilmuwan besar. Namun beliau cuma manusia biasa. Hanya rasulullah sahaja yang maksum atau terpelihara dari dosa. Rasulullah juga membuat silap sebagai manusia tetapi Allah akan turunkan wahyu sebagai panduan. Imam Ghazali, Imam Bukhari, Nik Aziz, Dr. MAZA atau sesiapa selepas Rasulullah tidak akan diturunkan wahyu lagi. 

Soal jika pengikut mereka mendakwa mereka rapat dengan Allah hanya dakwaan manusia. Tidak ada gerenti dari Allah SWT sendiri. Jadi soalan apa hukum mengkritik Imam Ghazali itu tidak sepatutnya timbul kerana dalam budaya ilmu setiap tulisan akan ada kekurangannya. Imam Ghazali terkenal dengan kelemahannya menyaring hadis. Ihya Ullumudin tidak boleh pula menggantikan Quran kerana Quran merupakan kata-kata Allah, yang satu lagi hanya karangan manusia.

Sekarang di Malaysia kecoh tentang 40 ulama menyertai UMNO. Primadona yang ditunggui adalah Dr. MAZA sendiri. Masuk atau tidak ulama atau Dr. MAZA tidak akan memberi impak yang besar kepada UMNO. Ini kerana mereka hanya individu. Jika Albert Einstein masuk Islam dan menyertai PAS pun tidak memberi impak kepada PAS kerana mereka semua - PAS dan UMNO - hanya parti politik. 

UMNO tidak lebih kelihatan 'suci' dengan kemasukkan Dr. MAZA dan 40 orang ulama. PAS tidak akan lebih teknologikal savvy jika Einstien yang masuk Islam tadi menyertai PAS. Apa yang hendak dikecohkan sangat. Ulama PAS pun berkatalah bahawa mereka akan menjadi murtad, munafik dan sesat kerana mengikut UMNO. Insaflah, ini abad yang keberapa? Jika inginkan ulama yang tidak menguasai ilmu selain feqah  menguruskan negara tengok apa jadi pada Kohilal? Kepada mereka ke kita ingin letak kepercayaan mengurus ekonomi moden. Sebelum tahun 2019, Malaysia sudah bankrap.

Ulama hanya manusia biasa. Mereka dihormati kerana ilmu mereka. Tidak ada kesucian atau kekeramatan pada title ulama itu. Sebagai manusia biasa mereka mempunyai citarasa mereka. Begitu juga dalam soal politik. Jika mereka memilih UMNO, itu juga ciitarasa mereka. Kita perlu hormati citarasa peribadi mereka. Allah akan menilai siapa betul di akhirat nanti. Siapa kita hendak mengadili sesama manusia.

Ulama juga ada yang betul dan ada yang keliru, ada baik. ada jahat. Seperti lumrahnya apa saja yang bersifat baru.

Saturday, June 26, 2010

Night of the Long Knives

 Captain Earnest Rohm


Peristiwa yang dikenali sebagai 'The Night of Long Knives' ini berlaku zaman Hitler. Pada awal pembentukkan Nazi, Hitler mempunyai para-trooper yang dikenali dengan nama SA atau Brown Shirt. Nama ini diambil kerana SA memakai seragam berwarna coklat yang asalnya untuk uniform tentera Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Jerman kalah perang sebelum uniform ini diagihkan, kemudia Weimar Republic menjual murah kepada Nazi apabila Hitler bercadang membentuk para-troopernya.

SA digunakan oleh Hitler sebagai 'streetfighter' dan secara literaly bertempur dengan sayap kiri parti Communist Jerman yang selalu melakukan aktiviti sabotaj dan perarakan menganggu perniagaan kapitalist. Nazi juga turut disokong dan dibiayai oleh beberapa industrialist Jerman bagi mengekang aktiviti komunis ini.

SA dikepalai oleh seorang homoseks bernama Captain Earnest Rohm. Dikatakan hampir keseluruhan SA adalah homoseks seperti kebanyakkan kaum Sparta zaman Greek. Rohm antara tokoh yang berpengaruh selepas Hitler,  malah lebih berpengaruh dari Goering, Goebel dan Himmler. Pengaruh Rohm dalam Nazi berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada populariti Hitler. Tambahan pula, Rohm mempunyai SA yang setia kepadanya.

Setelah Hitler menjadi Chancellor Jerman, dan apabila semua memanggil Hitler 'Fuhrer', Rohm satu-satunya tokoh yang memanggi Hitler secara casual iaitu 'Du'. Taat setia Rohm kepada Hitler memang tidak berbelah bahagi tetapi Rohm merupakan pemimpin yang bukan Pak Turut. Beberapa tindakkan Hitler tidak dipersetujui Rohm dan ini memberi ruang kepada musuh Rohm seperti Goering dan Himmler untuk plotting menentang Rohm.

Rohm kurang senang dengan polisi Hitler berbaik-baik dengan kapitalist. Hitler memerlukan dana industrialist seperti Thyssen Steel untuk membiayai keperluan pergerakkan Nazi. Dalam masa yang sama, SA yang kelihatan aggresif dibawah pengaruh Rohm membuat Hitler merasakan perlu untuk mengekang pengaruh Rohm.Pada 30 Jun 1934 bermula operasi yang dikenali dalam sejarah sebagai 'Night of the Long Knives'. Berakhir pada 2 Julai 1934, keseluruhan organisasi SA hancur. Rohm sendiri ditembak oleh SS setelah diberi peluang selama 10 minit untuk membunuh diri sebagai 'courtesy' yang biasa diberi kepada pemimpin yang dihormati. Jika Rohm hanya orang biasa, dia hanya ditembak oleh firing squad. Namun Rohm tidak mengambil peluang itu kerana dia minta Hitler sendiri yang menembaknya.

Saki baki SA(Brown Shirt) ini akhirnya dimasukkan kedalam organisasi baru yang dikenali dengan nama SS(Black Shirt).

Bunuh atau dibunuh merupakan perkara biasa dalam politik.  Di Malaysia ini ada tokoh yang seperti Hitler suka membunuh sekutunya setelah beliau naik. Pada tahun 1993, beliau menentang Timbalan Presiden dengan sekutunya yang dinamakan 'Team Wawasan'. Keempat-empat sekutunya memenangi jawatan Naib Presiden dan Ketua Pemuda. 

Tindakkan beliau selepas menang sebagai Timbalan Presiden, dan dikatakan sebagai 'designed succesor' kepada Perdana Menteri ketika itu ialah melancarkan operasi 'Night of the Long Knives' versi Malaysia. Mangsa pertama adalah Ketua Pemuda yang terpaksa meletak jawatan kerana terlibat dengan skandal seks remaja bawah umur. Mangsa kedua adalah seorang Naib Presiden yang tekantoi kerana membawa duit cash ke Australia, akhirnya meletatkan jawatan juga. Sebelum sempat beliau menghapuskan lagi dua naib presiden, beliau pula telah dipecat oleh pemimpin nombor satu semasa itu.

Setelah dipecat dari UMNO, pemimpin berkenaan sedang melancarkan operasi kedua 'Night of the Long Knives' versi PKR. Beliau ingin menghapuskan Captain Rohmnya iaitu hasil pencaturan Goebbel dan Goering. Mari kita tengok Hitler ini.

Mari kita lihat para pelakonnya:

 Captain Rohm


Dr. Goebbel

Herman Goering

Ini dia the great leader atau 'Fuhrer' mereka:


Mein Fuhrer or My Leader

'Membunuh' sekutu sendiri? Politik memang kejam.Baca sini. Dan sini

Thursday, June 24, 2010

Anak DOL

Penduduk Ireland dianggar sekitar lima juta sahaja. Orang Irish yang berhijrah ke luar Ireland lebih ramai dari penduduk Ireland. Di anggarkan sekitar 50 juta orang Irish yang berada di luar Ireland terutama Amerika dan Australia. Walaupun sejarah bangsa Irish ditindas oleh orang Inggeris, tetapi orang Irish menjadi dominan di Amerika Syarikat. Kebanyakkan presiden-presiden Amerika dari keturunan Irish. Presiden keturunan Irish yang paling terkenal sudah tentulah J.F Kennedy.

Orang Irish kebanyakkannya easy going, peramah, mudah mesra, sukakan bayi, tidak racist dan suka bercakap. 50 tahun yang lalu, sekitar tahun 1959 hingga 1966, seorang Perdana Menteri Ireland bernama Sean Lemass telah mengambil beberapa langkah berani dalam merevolusikan sistem pendidikan dan cara berfikir orang Ireland. 

Irish meruapakan bangsa yang kuat pegangan agama mereka iaitu Christian Catholic. Selama berabad, gereja merupakan pusat mengembangkan ilmu dan tidak dapat tidak gereja memainkan peranan dalam mencorak sistem pendidikan Ireland. Apa yang telah  dilakukan oleh Lemass adalah membebaskan sistem pendidikan dari pengaruh gereja. Dengan kata lain, Lemass telah meng'sekular'kan pendidikan Ireland yang selama ini masih dibawah kepompong gereja.Tindakkan Lemass ini mendapat tentangan dari 'ulama' Catholic.

Orang Irish membenci segala yang berbentuk pengaruh Inggeris termasuk bahasanya. Mungkin kerana Ireland selama ini dijajah oleh Inggeris. Pada peringkat awal republik, ada usaha yang ingin membebaskan Ireland dari pengaruh bahasa Inggeris dan menghidupkan bahasa Gaelic. Mengenalpasti bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu dan global, Lemass lagi sekali mengambil langkah berani dengan menjadikan bahasa Inggeris bahasa Ireland. Hasilnya kini, Gaelic menjadi bahasa hampir mati - hidup segan mati tak mahu. Bahasa Inggeris dipertuturkan oleh keseluruhan orang Irish dan Gaelic jarang dipertuturkan - malah ramai orang Irish yang tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka lagi.

Hasil dari reformasi Lemass ini dapat dilihat 50 tahun kemudian. Ireland pernah menjadi negara yang mempunya pendapat per kapita yang kedua tertinggi di Eropah. Kemajuan perubatannya hasil research mereka menjadikan Ireland negara yang melahirkan ramai doktor-doktor yang berkaliber. Kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar jurusan perubatan ke Ireland kerana kemajuan perubatan mereka.

Ireland merupakan negara kebajikan. Tidak akan ada orang Irish yang susah. Sesiapa yang tidak bekerja akan mendapat elaun mingguan yang dibayar seminggu sekali sebanyak lebih kurang 200Euro. Ini bererti mereka akan mendapat sebanyak 800 Euro(dengan currency sekarang kira-kira RM 3200)  sebulan. Mereka akan disediakan rumah yang percuma dan tidak perlu membayar bil eletrik dan air. Jika mereka mempunyai anak, mereka akan mendapat 'child benefit' sebanyak 200 Euro sebulan bagi setiap anak. Mereka ini masuk dalam skim DOL.

Orang-orang Malaysia di sini selalu menceritakan tentang anak DOL. Anak DOL adalah anak kepada penerima bantuan yang dinamakan DOL. Anak DOL ini selalu juga mengganggu orang dan buat hal seperti mabuk dan sebagainya. Mungkin kerana mereka tidak ada kerja dan ditanggung oleh kerajaan. Sangkaan saya jolokan 'anak DOL' ini versi Malaysia tetapi rupanya penerima bantuan ini memang dipanggil DOL. Jadi anak mereka memang 'anak DOL'. Apa makna DOL atau singkatan apa saya tidak pasti.

Sekarang kerajaan Ireland sudah kembali 'miskin'(broke). Ini kerana pada awal mereka menjadi 'kaya', mereka senang meminjam dengan pelabur asing dan bank dunia. Seperti negara Eropah yang lain, setiap kemelesetan ekonomi bermula dengan kejatuhan bank-bank. Bank-bank disini mengalami nasib yang sama mungkin kerana terlalu mudah memberi pinjaman dan mungkin pinjaman tidak berbayar(NPL) menjadi tinggi.

Dengan beberapa perbualan saya dengan orang Malaysia di Ireland, kerajaan Ireland sedang pening kepala kerana perlu mencari sebanyak 5billion untuk menampung masalah anak-anak DOL yang ditanggung oleh kerajaan ketika mereka kaya. Dengan penduduk hanya seramai 5 juta, cukai yang boleh dikutip tidak sampai sebanyak itu. Kerajaan Ireland mengenakan cukai yang tinggi kepada pekerja,terutama pekerja asing. Katanya cukai pendapat pekerja sebanyak 42%, dan ditambah dengan berbagai levi-levi lagi.

Walaupun kerajaan Ireland mengalamai krisis kewangan yang serius, anak-anak DOL ini tidak membenarkan kemudahan elaun mereka ditarik balik. Mereka sudah senang lenang hidup tanpa tanggungjawab dan tidak perlu bekerja dengan memakan duit kerajaan hasil cukai kepada golongan bekerja. Mereka juga pengundi dan mana-mana parti yang ingin menang masih perlu menjaga anak-anak DOL ini.

Saya rasa kisah anak DOL ini juga ada pengajaran buat kerajaan Malaysia yang diramalkan akan bankrap pada 2019. Datuk Ti Lian Ker kata "Don't shoot the mesengger" dalam mengulas kenyataan Idris Jala. Mungkin memang dia dijadikan menteri untuk ditembak kerana dia menteri yang bukan ahli politik.

Kembali kepada kisah anak DOL tadi, apa yang diberi bukan senang untuk diambil balik, terutama jika ia sudah menjadi entiti yang mempunyai kuasa undi ketika pilihanraya. 





Wednesday, June 23, 2010

Berakhirnya Penguasaan XY?

Kromosome XY merupakan kromosome lelaki, sementara XX merupakan kromosome perempuan. Zaman Arab Jahiliyah, orang Quraish mahu anak lelaki dan menanam hidup-hidup anak perempuan. Ini kerana anak lelaki akan membela kemuliaan sesuatu kabilah. Anak perempuan dilihat membawa aib dan malu kepada kabilah jika tidak dapat dikawal dengan baik.

Saya rasa kebanyakkan bangsa pada ketika itu memang memandang tinggi anak lelaki. Bangsa China umpamanya juga sering menyanjung anak lelaki kerana mereka yang membawa nama keluarga. Anak perempuan pula akan memakai nama keluarga suami apabila berkahwin kelak. Begitu juga bangsa Jepun.

Mungkin pada zaman berkenaan, survival atau kelangsungan hidup sesebuah keluarga bergantung kepada kejantanan lelaki. Lelaki merupakan 'bread winner' dan perlindung kehormatan keluarga kerana keluarga memerlukan keberanian dan kejantanan lelaki dizaman serba ganas. Dan kebanyakkan profesion dalam mencari nafkah memerlukan kekuatan seorang lelaki. Askar, buruh, petani, nelayan, pemburu dan sebagainya.

Saya tertarik membaca blog Datuk Marina Mahathir dalam blognya Rantings. Pada tahun 1970an, seorang ahli biologi bernama Ronald Ericsson(bukan pembuat telefon) telah mencipta method boleh memisahkan sperma yang membawa kromosome X dan membawa Y. Beliau meng'komersial'kan penemuannya dengan 'memajak' penemuannya kepada klinik-klinik seluruh USA. Tujuannya membolehkan ibubapa menghasilkan 'pengeluaran' bayi lelaki 'secara besar-besaran'.

Seperti biasa, seorang feminist pada era itu bernama Roberta Steinbacher mengkritik hasil kerja Ericsson kerana membahayakan masadepan bayi perempuan. Roberta Steinbacher bimbang teknologi ini akan menyebabkan penghasilan bayi perempuan akan berkurangan dan dunia dibanjiri dengan bayi lelaki.

“There’s no question that there exists a universal preference for sons.” Steinbacher went on to complain about women becoming locked in as “second-class citizens” while men continued to dominate positions of control and influence. “I think women have to ask themselves, ‘Where does this stop?’” she said. “A lot of us wouldn’t be here right now if these practices had been in effect years ago. Perenggan ini saya petik dari blog Rantings.

Apa yang menariknya, Ericsson hanya ketawa setelah diberitahu kata-kata berkenaan yang datang dari antogonist lamanya. Ini kerana pada tahun 1990, mengejutkan Ericsson sendiri dari dua dozen atau lebih  klinik yang menggunakan method Ericsson, semuanya mempunyai banyak permintaan terhadap bayi perempuan dan bukan bayi lelaki. Fakta ini mengejutkan Ericsson kerana method ini dicipta untuk meramaikan bayi lelaki yang dijangka merupakan permintaan pasaran.

Ini fakta menarik yang perlu difikirkan. Pada permulaan article berkenaan menyatakan: "Earlier this year, women became the majority of the workforce for the first time in US history." Di Malaysia sendiri, pelajar perempuan telah outnumbered pelajar lelaki hampir dalam keseluruhan department. Dalam bidang perguruan, kerana terlalu ramai guru wanita, kerajaan terpaksa mengenakan 'affirmative action' dengan memberi kelebihan kepada calon lelaki untuk meramaikan kaum lelaki sebagai guru.

Dengan pola berkenaan di Malaysia ini, dalam masa sepuluh tahun akan datang, kita akan lihat banyak jawatan-jawatan penting yang akan dipegang oleh wanita kerana kaum lelaki ramai yang tidak berkualiti. Jika dilihat lelaki pada generasi yang dinamakan generasi X dan generasi Y, lebih ramai wanita yang berkualiti sementara kebanyakkan lelakinya samada Mat Rempit atau jika belajar pun sekadar 'mediocre'. 

Lelaki bukan 'bread winner' lagi. Mungkin mencari nafkah sekarang memerlukan skills yang tidak banyak berkaitan dengan otot-otot atau kejantanan lelaki. Mungkin otak yang bergeliga merupakan pra-syarat untuk menjadi 'bread winner' dalam keluarga menyebabkan fenomena ini sedang pesat berkembang. Dan saya percaya perkembangan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi secara globalnya seluruh dunia.

Islam sebenar telah menaik-tarafkan kedudukan wanita dan melarang Arab Jahiliah memandang rendah anak perempuan mereka. Sebelum itu mereka hanya dipandang remeh dan sia-sia. Namun dalam surah Al-Baqarah ayat 227, Allah tetap menyatakan suami dilebihkan dari isteri dalam soal rumahtangga. Harap wanita muslim tidak lupa itu. Suami tetap ketua keluarga.

Secara keseluruhannya, satu mesej untuk kaum lelaki, seperti tajuk article dalam Rantings; 'Adapt or Die'.

Baca keseluruhanan article berkenaan di sini.





Tuesday, June 22, 2010

Racism dan Holocoust

Sesiapa yang bercakap pasal Melayu dan kepentingannya akan dituduh racist. Orang bukan Melayu akan menganggap dan melabel rasis bila Melayu berkata-kata untuk mempertahankan kepentingan bangsanya. Mari kita lihat apa yang dikatakan racist itu.

Di Amerika, orang kulit hitam tidak dibenarkan bersekolah dan menaiki bas yang sama dengan orang kulit putih. Tidak ada apa salahnya orang kulit hitam tetapi mereka bewarna gelap dan tidak sama dengan warna kulit putih. Orang kulit putih Amerika menubuhkan kumpulan yang dinamakan Ku Klux Klan yang menganggu malah membunuh orang kulit hitam. Pentadbiran Kennedy pada tahun 1960an telah menghantar National Guard untuk melindungi orang kulit hitam yang pertama memasuki kolej di Amerika dari diganggu oleh orang kulit putih yang racist.

Hitler semasa Perang Dunia Kedua menganggap semua yang bukan berdarah Aryan sebagai sub-human. Hitler tidak membenarkan mereka memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, dinafikan hak sosial, tidak dibenarkan mewakili Jerman dalam sukan dan tidak dibenarkan mengahwini orang Aryan.

Ketika era dasar Apartheid di Afrika Selatan, orang kulit hitam tidak dibenarkan duduk sama walaupun satu bas dengan orang kulit putih, tidak dibenar memegang jawatan penting dan sebagainya yang menidakkan mereka sebagai manusia hanya kerana warna kulit.

Perang Dunia ke Dua juga menyaksikan Hitler dikatakan banyak membunuh Yahudi dan ini dinamakan Holocoust. Holywood yang dikuasai oleh Yahudi memainkan filem-filem kekejaman Nazi dan Hitler. Sesetengah buku melebih-lebihkan Holocoust ini. Tujuannya bagi mewujudkan rasa bersalah Eropah terhadap kekejaman Hitler. 

Holocoust dilebih-lebihkan kononnya Yahudi ditindas tanpa belas kasihan oleh Jerman. Propaganda demi propaganda Yahudi ini akhirnya menyebabkan Eropah sering dihantui rasa bersalah apabila dikaitkan dengan holocoust. Kuasa Eropah dan Amerika sering mendiamkan diri apabila Israel berbuat kejahatan kerana rasa bersalah ini.

Walaupun benar Hitler melakukan kekejaman terhadap Yahudi, tetapi holocout tetap menjadi igauan dan ingatan kepada Eropah betapa mereka mempunyai hutang darah terhadap Yahudi.

Perkataan 'racist' di Malaysia juga menjadi sama dengan holocoust. 'Racism' seperti 'holocoust' merupakan perkataan gembur-gembur atau propaganda bukan Melayu agar orang Melayu tidak akan bercakap tentang hak mereka lagi. 

Saya tidak nampak kaum bukan Melayu dinafikan haknya untuk belajar, naik bas sama dengan orang Melayu dan tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Melayu. Saya tidak nampak bukan Melayu tidak dibenarkan mewakili Malaysia dalam sebarang acara sukan. Sesetengah mereka ada bekerja dengan kerajaan dan ada yang menjawat jawatan menteri. Mereka dibenar mempunyai sekolah jenis kebangsaan mereka yang mana tidak ada negara lain membenarkanya.

Apa yang saya dengar Oldtown Kopitiam tidak membenarkan orang Melayu menyertai francis mereka. Siapa yang racist sebenarnya?

Label 'racism' oleh sesetengah orang yang lebih racist kepada orang Melayu yang bercakap tentang hak mereka adalah seperti 'holocoust' yang digunakan oleh Yahudi bagi mewujudkan rasa bersalah Eropah. Dan akhbar mereka sering memainkan isu mereka dianaktirikan, Melayu racist dan sebagainya. Ini semua propaganda mereka dan tindakkan 'pre-emptive' mereka. Klik sini

Dan orang politik kita jadi takut untuk bercakap; apa lagi mempertahankan hak Melayu kerana bimbang dilabel 'racism'. Mereka memang jauh ke depan dari kita. 


Sunday, June 20, 2010

Penakluk Dunia

Ramai penakluk dunia yang bercita-cita besar. Tidak ada seorang pun yang berjaya kecuali satu. Mari kita lihat:

 Alexander the Great - gagal kerana mati muda.



Julius Caesar - gagal dibunuh oleh Senator ketika Ides of March



Gengkhiz Khan - gagal kerana mati sakit tua.



Napoleon Bonaparte - gagal kerana silap strategi menyerang Rusia


Adolf Hitler - gagal kerana strategi hampir sama dengan Napoleon.


Hanya satu yang berjaya menakluk dunia bahkan sampai ke negeri China.


Coca Cola - apabila yang lain gagal, Coke berjaya bahkan hingga ke China

Banyak sangat posting serius akhir-akhir ini. Berihat sekejap sementara menunggu game World Cup seterusnya. Iklan free Coke. Coke tak bayar apa-apa pun. kat blog ini. 

:)  

Saturday, June 19, 2010

Bumiputera, Bank Bumiputera dan UMNOPutra.

Tidak dapat dinafikan Melayu dan bumiputera lain seperti Orang Asli, Kadazan, Iban, Bidayuh dan berbagai etnik lagi di Sarawak dan Sabah merupakan bumiputera. Tidak dinafikan bumiputera mendapat banyak faedah dan bantuan, secara langsung atau tidak dari kerajaan. 

Oleh kerana Melayu paling ramai, serta parti Melayu iaitu UMNO menguasai kerajaan, sudah tentu mereka beroleh faedah dari dasar-dasar kerajaan seperti DEB dan sebagainya. Ada keluhan tentang kroni yang pernah diamalkan oleh UMNO yang tidak secara menyeluruh. Tidak adil juga jika kita menuduh UMNO hanya kerana gagal mengkayakan semua orang Melayu. Untuk menjadikan semua orang kaya mustahil.

Ada seorang kawan pernah berkata dia tidak dapat apa faedah pun dari DEB. Sudah tentu duit tidak datang sebongkah tetapi kerana ada dasar DEB dia boleh ke menara gading dan sekarang berkerja dan bergaji besar. Bayangkan keadaan orang Melayu selepas merdeka. Berapa doktor, lawyer, engineer yang kita ada.

Secara keseluruhan, DEB berjaya menaiktaraf kedudukan orang Melayu terutama dari segi pendidikan dan melahirkan ramai profesional. Walaupun ada sesetengah mereka selepas berjaya, malu untuk berada dalam kelompok Melayu dan mengaku 'Melayu liberal', dan minta kerajaan membuang tongkat kerana kononnya tongkat untuk orang lemah. Mereka sendiri bermula dengan tongkat.

Selama lebih kurang 50 tahun, UMNO mendapat keistimewaan mencorak Malaysia mengikut acuan mereka. Melayu hampir keseluruhannya solid menyokong UMNO. Pada peringkat awal, keikhlasan pemimpin masih jitu. Tun Abdul Razak merupakan orang yang bertanggungjawab mengubah mobiliti sosial orang Melayu. Siapa yang tidak mempunyai tanah akan diberi sebanyak 10 ekar seorang. Di beri rumah dan modal untuk bermula kehidupan hingga ada dikalangan peneroka dari kosong menjadi kaya raya. 

Tun Razak tidak memperolehi apa-apa dari setiap apa yang dilakukannya. Malah legenda menceritakan sebagai PM Malaysia, beliau ketika berada di Bond Street sangat menginginkan sepasang suit. Beliau melupakan hasratnya kerana sebagai PM negara baru merdeka beliau tidak mampu memilikinya. Anekdote terkenal tentang Tun Razak adalah beliau menolak pemintaan anak-anaknya untuk membina kolam mandi ketika beliau PM kerana takut membazir wang rakyat.

Beliau benar-benar negarawan untuk bangsanya yang ikhlas dan tulin. 

Ibnu Khaldun pernah menulis dalam Mukadimah, sesuatu dinasti itu boleh bertahan selama tiga generasi sahaja. Generasi zaman bapanya akan bekerja keras menumpaskan pemberontakkan dan mewujudkan kestabilan empayar. Generasi anaknya mengukuhkan empayar tetapi sudah ada unsur-unsur bermewah-mewah kerana kesusahan sudah ditanggung bapanya. Generasi ketiga terus hancur dan hanya ingin bermewah-mewah.

Begitu juga UMNO sekarang. Mula-mula pejuangan UMNO sangat relevan dengan rakyat terutama orang Melayu. Bapa-bapa kita membuat asas seperti Felda, Petronas dan sebagainya. Generasi kedua pula memperolehi faedah menuai hasil susah payah bapa-bapa UMNO kita.

Tun H.S Lee merupakan Menteri Kewangan pertama Malaysia kerana ketika itu tidak ada orang Melayu yang layak menjadi menteri kewangan dengan kompleksiti kewangan dunia. Tun Razak melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Menteri Kewangan Melayu yang pertama, minta Tengku mencipta berbagai 'angsa bertelur emas' untuk mengukuh UMNO dan Melayu. Tun Razak nampak bahayanya jika ahli politik Melayu sangat bergantung kepada kaum lain dari segi kewangan.

Antara hasil 'angsa bertelur emas' yang diwujudkan adalah Bank Bumiputera. Tujuan Bank Bumiputera diwujudkan adalah untuk menolong kaum bumiputera, terutama Melayu dalam perniagaan. Orang Melayu mempunyai bank mereka sendiri dan boleh membantu mereka dari segi modal. Semua orang tahu modal sangat penting dalam perniagaan dan kekurangan ini boleh membantutkan sesuatu usaha.

Malangnya, institusi yang berguna kepada orang Melayu ini sering disalahgunakan. Cara pemberian pinjaman bukan kerana viablity sesuatu projek sebagaimana sebuah bank diuruskan. Campurtangan orang politik yang minta kroni mereka ditolong dan tidak menggunakan wang berkenaan untuk berniaga menyebabkan bank itu mengalami kerugian. Write off demi write off menyebabkan bank ini akhirnya terpaksa dijual kepada Bank of Commerce.

Orang Melayu sudah hilang 'angsar bertelur emas' mereka kerana angsanya sudah disembelih sebab mahu kaya cepat. 

Apabila komuniti Melayu sudah berkembang denga cepat, UMNO sebagai parti sudah tidak dapat mempejuangkan keseluruhannya. Apalagi sesetengah 'angsa bertelur emas' sudah tiada disembelih dek kegopohan orang Melayu juga. Maka wujud generasi ketiga UMNO yang dikenali dengan nama UMNOputra.

UMNOputra inilah sebenarnya liability kepada parti. Mereka tidak menjalankan perniagaan, selalu menjadi broker atau orang tengah. Mereka mengambil komisen yang bukan sedikit. Kadang-kadang cecah ratusan juta kerana menjadi 'introducer' kepada 'right persons', selalu duduk di 'centre of power'.

Mereka tidak memerlukan daya intelek yang tinggi. Skill yang diperlukan selalu 'pandai entertain' orang atasan. Dengan duit komisen mereka bermewah-mewahan, memakai kereta mewah, membawa ramai pengikut, bercakap besar dan angkuh. 

Selalunya mereka ini juga pengamal politik wang untuk kekal memegang jawatan dan untuk kekal menjadi broker cum introducer kepada 'right person'. Jika nasib baik kerana menguasai jawatan dalam parti boleh bertanding sebagai Ahli Parlimen atau ADUN walaupun tidak ada pelajaran atau tidak layak. Kadang-kadang mereka ini masuk dalam golongan 'the dungus'.

Mereka sangat memperolehi faedah sebagai ahli UMNO sedangkan ramai ahli UMNO biasa, yang tidak aktif dan tidak memegang jawatan tidak terbela. Apa lagi bumiputera yang bukan ahli UMNO. Ini menimbulkan kebencian rakyat kepada UMNO. Seperti kata blogger SAKMONGKOL AK 47, jika generasi dulu umpama Ali Baba yang merampuk gua secara kecil-kecilan, UMNOputra ini seperti Kasim Baba. Habis licin gua dibuatnya. Kebanyakkan rakyat tidak lihat lagi mempertahankan UMNO seperti mempertahankan bumiputera, tetapi mempertahankan hak-hak elit UMNOputra. Ini sebenar masalah UMNO hendak mendapat sokongan padu Melayu keseluruhannya, dan memberi ruang kepada PKR dan PAS.

Jika ramalan Ibnu Khaldun tepat, mereka ini merupakan generasi ke tiga UMNO.