Followers

Tuesday, November 13, 2012

Selama Hari Deepavali.

Saya terlalu sibuk melayani keluarga sejak akhir-akhir ini. Isteri saya akan kembali bertugas sebagai Doktor Pelatih(intern) pada 15 November ini. Tempoh cuti bersalinnya sudah habis tamat. Jadi kami bercuti ke Bali dan Langkawi dalam masa dua minggu.

Di Langkawi saya bukan sebenarnya bercuti. Saya menghadiri pertandingan paintball dalam kejohanan World Cup Asia. Yang Di Pertuan Agung merasmikan majlis pada 8hb Disember, dan penutupnya pada 11 November dihadiri oleh Tun Dr. Mahathir.

Saya walaupun sudah berhenti bermain tetapi masih mengurus pasukan saya, Legio X( Tenth Legion).

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada warga Malaysia yang beragama Hindu. Di Bali, keseluruhan penduduk asalnya Hindu. Namun mereka orang yang damai dan tidak suka permusuhan.

Saya juga mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada mereka yang melayani kami dengan baik semasa di sana.

No comments: