Followers

Tuesday, October 12, 2010

Persoalan Yang Membingungkan!!!

Datuk Seri Najib kata kaum Cina bukan pendatang tetapi warganegara yang setia kepada Malaysia. Baca sini. Saya akui, sudah beberapa generasi di Malaysia, kaum Cina memang bukan pendatang lagi. Mereka warganegara Malaysia, boleh mengundi dan menentukan kerajaan. Terbaru 80% mereka menolak kerajaan Barisan Nasional, dan hingga kini, masih menolak kerajaan Barisan Nasional.

Setia? Ramai juga yang sudah berhijrah ke luar negara kerana Malaysia ini terlalu menindas mereka.

Kita perlukan kaum Cina. Mereka bukan lagi pendatang. Mereka rakyat Malaysia tetapi mereka sangat marah jika dikatakan nenek moyang mereka pendatang. Ini persoalan yang membingungkan. Mereka bangga dengan sejarah dan peradaban nenek moyang mereka hingga sanggup membiayai sendiri sekolah jenis kebangsaan Cina. Terbaru mereka kata menyentuh sekolah kebangsaan Cina merupakana kesalahan 'Akta Hasutan'. Baca sini. 

Bangga keturunan Cina tetapi marah dikatakan keturunan pendatang.  Boleh sesiapa terangkan persoalan yang membingungkan kepala hotak saya ini? 

Mengapa mereka tidak sanggup menyertai program 1Malaysia? Jika mereka ikhlas, hapuskan dulu sekolah jenis kebangsaan Cina, jadi rakyat Malaysia yang etnik Cina tetapi mengikut acuan Malaysia berteraskan Melayu. Dalam perundingan kena ada timbal balas, malah dalam contract pun ada 'consideration' baru boleh perjanjian dimeterai. Jika asyik minta Melayu buang keris, buang bahasa Melayu, buang Ketuanan Melayu, buang sultan, buang artikel 153 dan buang segala bersifat Melayu, mereka tidak mahu berganjak walau seinci pun ini bukan 'rundingan'.

Tapi ada satu persoalan yang paling membingungkan saya. Ini adalah misteri kepada segala misteri. Jika kaum Cina sangat marah dikatakan keturunan pendatang, bagaimana anak Tun Razak iaitu Nazir begitu bangga mengakui dia sendiri keturunan pendatang?

Kita mendapat kuasa dan memerintah atas nama Melayu tetapi malu mengaku Melayu. Liberal sungguh.


7 comments:

Anonymous said...

Setia? Memang setia, sebab tu apa-apa pun program kerajaan 'kaum cina' yg 'ramai' turun padang.
Apa kata kita Melayu ni 'boikot' je semua program kerajaan? biar dia pi cari kaum setia tu pi program kerajaan, boleh?
kaum apa yg macam nak mati kerja pertahankan negara? jadi tentera? jadi polis? kaum dia sapu perabis hasi negara!
memang kita tak nafikan kita mesti hidup tanpa prejudis, tapi bangsa apa yg paling prejudis di muka bumi Malaysia ini? Bangsa apa yg paling kiasu? Bangsa apa yg minta itu dan ini sewaktu BN lemah?

Kama At-Tarawis said...

salam. yang bingung dan membingungkan ialah najib [kita semua ni dah lama bingung tahap gaban with all the goings-on, sampai malas dah nak fikir..]

saya setuju dengan your argument. kalau takmau dipanggil pendatang, for God's sake, shed your pendatang mentality... typical ingrates...

mae said...

Liberal dan BACUL.

chenerong ular said...

Hkikat nya bukan liberal sangat,tapi BACUL itu memang betul,bacul untuk mengunakan kuasa,bacul untuk mengambil tindakan,sanggup memberi dengan mudah sedikit demi sedikit hak2 kita kepada orang lain,bacul juga.TAKUT KEHILANGAN KUASA MEMBUATKAN PEMIMPIN KITA TUNDUK KEPADA TEKANAN BANGSA LAIN,BANGSA SENDIRI DI ABAIKAN. Cuba lihat negara jiran yang paling dekat dengan kita,APA YANG MEREKA LAKUKAN UNTUK KEBAIKAN KAUM DIA,MANA ADA DIPERBESAR BESARKAN DALAM MEDIA,KATA TIDAK,SEBELUM APA2 5 BULAN DAH HEBOH SELURUH DUNIA,APA YANG KITA NAK BUAT UNTUK KAUM KITA,KITA ADA KUASA KITA BUAT SAHAJA.INI TIDAK JIKA BOLEH SEMUA NAK BERITAHU JIKA BOLEH NAK DI HEBAHKAN DI DALAM JOM HEBOH.

Anonymous said...

Bak kata P.Ramlee dalam 3 Abdul, ini perjanjian berat sebelah. Alahai nazir tu tak tau dan tak kenal erti melayu, cuma tanya kerajaan sriwijaya, entah tau entah tidak, dia tau ke keluasan kerajaan melayu zaman dulu, Jose Rizal pun seorang melayu. Jadi bila dia cakap dia pendatang, dia anggapkan bab bugis tu datang meneroka. Tapi bugis masih di kira melayu. Melayu ni banyak sub-etnik. Ini lah jadi bila melayu tak tau definasi melayu.

Anonymous said...

Saya Melayu Liberal dan dalam pembentukan negara bangsa seperti Malaysia saya akui dan bersetuju semua bangsa harus ada sifat give and take.

Kita Melayu tak mungkin dapat semua dan kaum yang 'setia' juga tak harus mintak semua.....

Kalau tidak lupakan pasal negara bangsa @ 1malaysia kononnya....

Persoalanya...saya bukan ahli politik yang naik atas sokongan dan undi MELAYU....I only ordinary factory worker and getting my salary at the end of the month to feed my family SO if i'm a Liberal Malay nothing will effect the 'nation'......BUT @ TETAPI .....

Jika PM Melayu yang mendapat kuasa dari org2 malayu dan sokongan parti melayu serta berikhrar bagi menjaga kepentingan MELAYU terlalu LIBERAL....hahahaha mungkin dunia sudah terbalik KOT!!!!

Nak tengok apa kesudahan nasib PM tu....

Ikhlas Dari,
Lu Sapa....Gua Melayu La

cucunenekkebayan said...

haha.
paling tak boleh tahan, bila mereka kata Melayu ni jugak pendatang. tak pun kacukan cina+india.

nak cakap bahasa kebangsaan pun tak boleh. dasar mengaku kucing, tapi menyalak!