Followers

Sunday, March 7, 2010

Ku Li v Najib

Ku Li merupakan seorang tokoh yang unik dan "very colorful character.' Beliau pernah menjadi Naib Presiden yang termuda dalam UMNO. Seorang anak didik kepada Tun Razak, Chairman Petronas dan tokoh yang mendermakan tapak bangunan UMNO di PWTC sekarang ini.

Tidak lupa juga beliau merupakan bekas Menteri Kewangan sebelum mengambil keputusan menentang kerusi Presiden tahun 1987 menentang Tun Mahathir. Beliau kalah sebanyak 46 undi. Ini merupakan tentangan paling hampir berjaya merongrong kekuasaan Tun Mahathir.

Beliau merupakan 'the last of UMNO old guards'. Ketika rakan seangkatan dengan beliau samada sudah bersara(seperti Tun Dr. Mahathir dan Musa Hitam) atau telah meninggal dunia(seperti King Ghaz dan Tun Ghapar) tokoh veteran ini masih aktif menjadi MP Gua Musang dan masih aktif berpolitik.

Terbaru, beliau paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan PM Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bermula dengan kritikan beliau terhadap ketelusan sistem undang-undang yang berkaitan dengan kes Altantuya, dalam posting blognya: 'We should all come clean' beliau menyaran Datuk Najib menyaman semua akhbar asing yang mengaitkan Datuk Najib dengan kes berkenaan. Menurut Tengku Razaleigh, itu apa yang beliau lakukan bagi membersihkan nama beliau ketika skandal BMF dikaitkan dengannya oleh akhbar asing.

Beliau juga mengkritik cara Perak kembali ke pangkuan UMNO yang melalui proses lompat parti dan bukan pilihanraya negeri. Akhir sekali berkaitan isu royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Menarik gambit terakhir dari veteran perang UMNO ini yang pernah menubuhkan Parti Melayu 46 dan menyertai UMNO semula. Ku Li bukan calang-calang politician. Memang nasib tidak - atau belum - pernah menyebelahinya lagi, tetapi beliau sudah masak dengan politik ala UMNO dan Malaysia. Beliau tidak rugi apa-apa jika dipecat oleh UMNO sekalipun.

Ku Li bagaikan ingin 'settle old score' dengan Datuk Najib, kerana salah satu faktor kekalahan beliau tahun 1987 dulu adalah Najib swing menyokong Tun disaat akhir. Dan Datuk Najib juga merupakan bekas protege Ku Li sendiri apabila Tun Razak mengamanahkan Ku Li menjadi mentor Najib di Petronas.

Datuk Najib mengambil langkah berhati-hati dalam menangani isu Ku Li. Beliau minta ahli UMNO(tipikal Datuk Najib) membuat keputusan apa tindakan patut dibuat berkenaan Ku Li yang memberi pandangan dipentas pembangkang.

Dalam keadaan pasaran UMNO sedang naik kerana pakatan pembangkang sedang huru hara, Datuk Najib tidak mahu musuh seperti Ku Li. Dalam masa yang sama, dilemanya adalah ketegasan dan disiplin parti perlu dijaga dan tiada siapa yang boleh 'above the law'.

Dan sebagai tokoh yang kuat memperjuangkan hak-hak Melayu, Ku Li tokoh yang digeruni, apalagi UMNO sendiri sudah sangat liberal. Pertubuhan Majlis Perunding Melayu(MPM) iaitu sebanyak 76 NGO Melayu bergabung bagi memperjuangkan hak istimewa orang Melayu sudah menyaingi 'kebolehan' UMNO dalam soal ini.

Dalam isu lain, seorang rakan kontraktor Cina saya memuji langkah Datuk Seri Najib meliberalisasikan ekonomi dan memberi kelebihan kepada kaum Cina. Apabila saya tanya adakah majoriti undi kaum Cina akan swing ke BN, dia menjawab: "Tidak."

Kita ingin lihat apa akan seterusnya berlaku kepada Ku Li. Jika kekal didalam UMNO, beliau merupakan duri dalam daging. Jika dipecat, beliau menjadi hero kepada golongan tertentu.

Beliau merupakan Cato kepada Julius Caesar.

No comments: