Pages

Friday, November 4, 2011

Pembangkang Juga Perlu Berkualiti.

Baru-baru ini anak beranak Lim iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng 'mengamuk' sakan apabila waris mereka, anak LGE telah dibabitkan dengan isu 'ramas tetek'. Mereka gagal membezakan mereka sebagai bapa/datuk kepada Marcus Lim atau mereka sebagai pembangkang dari parti DAP. Mereka eksploit semua menjadi isu politik.

Namun kedua dinasti Lim itu lupa mereka pernah menggunakan senjata yang sama apabila cuba membunuh karakter musuh mereka dari BN. Blogger pro PR juga pernah membuat gambar super-imposed PM Najib bersama Antantuya dan Razak Baginda. 

Sekarang, selepas seminggu atau lebih sikit kedua beranak dari dinasti Middle Malaysia itu merengek menyalahkan semua orang dari blogger hingga ke TPM, cyber trooper PR telah menyeret anak PM pula kononnya berbelanja sebanyak AUD60,000 untuk membeli mutiara semasa lawatan PM ke Perth, Australia.

Kebetulan, blogger pro BN, Rocky's Bru turut serta membuat liputan di Australia. Beliau pergi sendiri ke kononnya kedai mewah Davis Jones di Perth. Menurut Rokcy, Davis Jones bukan shopping complex mewah pun, tidak lebih hanya seperti Jusco atau Metro di Malaysia. 

Dan yang paling penting,tidak seorang pun anak perempuan PM berada di Australia ketika itu. Hanya Wisma Putra yang boleh memastikan. Namun sudah jelas cybertrooper PR langsung tidak membuat 'homework' dan memberi berita palsu kepada pembaca.


Tidak lama selepas dua beranak dinasti Maharaja Lim merengek fitnah 'ramas tetek' anaknya, mereka turut membenarkan cybertrooper mereka menyeret anak musuh mereka ke dalam medan tempur politik. Ini kerana kedua-dua Lim tua dan Lim tidak berapa muda tidak mengutuk pihak yang menyebar fitnah itu.

Bagaimana nak minta hapuskan 'gutter politic' jika anda sendiri pengamal tegarnya?

1 comment:

  1. Tulisan dan pandangan saudara sangat
    menasabah,tetapi bukan kapada Malaysia,khususnya masa kini. saya
    perhatikan Malaysia sekarang dipenohi
    politison yang tidak berwibawa lebeh
    tepat tidak berkualiti .kalau adapun
    yang baik dan berkualiti akan dibunuh
    awal2 lagi,terutama UMNO.Kebanyakan
    yang baik dan berkualiti pemimpin drp sekutu BN.


    Bagi pembangkang lagilah teruk,kerana
    pemimpin mereka sangat rendah moralnya.
    Anuar pembohong,peliwat dan pelakun filem
    lucah.Nick Ajisss bersekutu dengan ibliss.Mat Sabuuuuu berfikiran songsang,
    Lim Guan Eng bapak perkauman dan ala2
    kominis,,,,

    Cuba kita perhatikan mereka berbahas
    diperlimant macam perumpak beranpas
    herta rompakan sahaja, tingkah laku
    mereka diikuti penginut mereka .Saya
    percaya kapada dimokerai,tetapi biarlah
    beratika.Rakyat terbayak sahaja yang
    boleh mengajar mereka samaada dengan
    tangan atau dengan mengundi.......

    PENYAMUN TERBUS.......TK

    ReplyDelete