Pages

Sunday, July 3, 2011

Bank Buku.

Saya ke Medan pada hari Sabtu atas beberapa urusan. Semasa saya berlegar-legar di KLCentre untuk ke LCCT Airport, saya terpandangkan Bank Buku, yang mana usaha pihak tertentu mengumpul buku yang didermakan. Satu usaha yang murni, tidak dapat dinafikan tapi kurang diberi perhatian.

Saya sempat mengambil gambar. Bank Buku ini sudah overload. 'Buku-buku' yang didermakan juga banyak seperti risalah dari buku yang sebenar. Saya berharap sangat jangan ada pihak tidak bertanggungjawab memasukkan iklan, kad along, atau apa saja yang mereka ingin buang.

Masyarakat membaca masyarakat berjaya. Purata rakyat Malaysia membaca....... saya kurang pasti kurang dari dua buku setahun atau dua mukasurat setahun. Tapi saya pasti rakyat kita kurang membaca. Bagaimana pemimpin-pemimpin kita. Membacakah mereka? Jika membaca, apa bahan bacaan mereka.

Dalam kartun Simpson the Movie, Presiden Amerika diminta membuat keputusan tentang sesuatu, tapi perlu baca laporan dahulu. Malas membaca, dia menjawap: "I being elected to lead, not to read."

Mari kita tengok Bank Buku kita:



1 comment:

  1. Pasal politik ramai reply
    Pasal buku senyap

    Macam mana la negara nk maju
    Baca buku malas
    Asyik nk demo je

    Ni nk migrate oversea ni

    Aku Hensem

    ReplyDelete