Followers

Saturday, February 12, 2011

Jika Anda Malu Mengaku Melayu: Baca Sini.

Seorang Menteri Besar pernah berkata beliau tidak bangga menjad Melayu. Kita bukan kena bangga tapi itu takdir Allah yang menjadikan kita bangsa Melayu. Tugas kita juga untuk memertabatkan bangsa kita.

Saya pernah terbaca link kenalan saya dalam facebook blog seorang pelajar yang kononnya gagal mencari Melayu sebenar. Pelajar itu hanya menemui orang Jawa. orang Minang, orang Banjarmasin, orang Bugis dan sebagaiya. Menurutnya, di mana orang Melayunya?

Jelas ada orang yang malu mengaku mereka Melayu. Mereka berbangsa Islam. Kononnya.

Tapi sebenarnya bukan sedikit faedah yang mereka dapat kerana diiktiraf oleh kerajaan bahawa mereka Melayu atau bumiputera.

Di Indonesia tidak ada istilah Melayu dan peribumi. Tidak ada affirmative action dan quota. Dan bukan urusan kerajaan memelihara mana-mana etnik pun. Secara literal mereka bersendirian untuk memajukan diri mereka.

Di Malaysia, dengan adanya kaum lain mewajarkan pula kerajaan memberi keistimewaan kepada bumiputera. Ini istimewa Melayu Malaysia jika dibanding dengan Melayu Singapura dan Melayu Indonesia.


Di atas merupakan pengemis yang mengemis orang-orang selepas solat jumaat di masjid Mahshun, Medan. Mereka semua Melayu dan dalam negara majoriti rakyatnya serumpun bangsa Melayu, tidak ada hak istimewa buat mereka.



Walaupun ramai susah dan tidak mendapat apa-apa keistimewaan menjadi Melayu, mereka tetap bangga dan mempunyai jatidiri lebih tinggi dari sesetengah  Melayu di Malaysia. Lihat tajuk buku di atas.

Melayu Malaysia pula meraih banyak faedah kerana menjadi Melayu. Namun sesetengah mereka malu mengaku Melayu dan bersekongkol dengan 'sarjana' asing yang menidakkan Melayu sebagai penduduk asal.

Mungkin kita perlu hilang segalanya dulu baru kita mempunyai jatidiri semula. Aneh bukan?

3 comments:

Mae said...

'India' tu apa ?
'Orang India' tu apa ?
Ada ke 'Bahasa India' ?
Ada ke 'Budaya India' ?

Mook said...

ini y untungnya menjadi org indonesia kerana dorg tetap bangga dgn diri dorg, dorg berani utk bersuara demi bangsa dorg. malayu malaysia? kene gertak da mencecet lari...

Anonymous said...

Namanya Melayu. Istilah "melayu" dalam bahasa jawa adalah "lari". Jadi tak heranlah bila kena gertak da mencecet lari.....Wak sabar je.