Followers

Tuesday, February 22, 2011

Apabila 'Bangsa' Islam Menjaga Kepentingan Melayu.

Di Malaysia, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Mereka menjadi Melayu dan Islam bukan kerana DNA dan akidah tetapi kerana perlembagaan.

Di Malaysia, bukan hanya Dr. Mahathir boleh menjadi Melayu/Islam, Lim Guang Eng dan Samy Vellu juga boleh jika mereka mahu. Ini mengikut perlembagaan - mengamalkan budaya Melayu, bertutur bahasa Melayu dan  beragama Islam adalah dikira Melayu. Kata Tun Suffian, perlembagaan Malaysia memang aneh, seperti digubal oleh professor gila dari planet marikh.

Kata Tun Suffian bukan kata saya.

Di Malaysia yang tidak mahu menjadi Melayu bukan hanya Lim Guang Eng dan Lim Kit Siang, tetapi sesetengah Melayu - liberal atau terlalu 'Islamik'. Seorang menteri besar pernah berkata beliau tidak bangga menjadi Melayu. Tapi masa itu dia tengah mabuk asmara bagai laila dengan majnun dengan DAP.

Selepas beberapa siri kekalahan PAS seperti di Galas dan Tenang, dan merosot undi di Manik Urai, menteri besar yang sama tiba-tiba bercakap macam UMNO. Beliau jamin akan jaga kepentingan Melayu. Beliau jamin memperkasakan Melayu, dan banyak lagi. Ada 12 resolusi yang hampir sama dengan UMNO. Cari sendirilah malas nak link. Tak berbaloi pun.

Ini sebenarnya manifestasi keresahan PAS. Mereka sedar mereka lebih banyak dibantu oleh undi Cina. Di Tenang, Cina lebih ramai mengundi Normala dari calon BN. Sementara undi Cina makin ramai mengundi PAS, undi Melayu sudah makin ramai balik ke BN. Dulu PAS suka trend ini, tetapi sekarang PAS makin resah, makin sedar lama kelamaan mereka rugi kerana Melayu lebih ramai.

Bila mereka mula bercakap pasal bangsa, mereka juga akhirnya menjadi nasionalist. Betul, mereka akan mengaku mereka lebih Islamik dari UMNO, tetapi itu perakuan sendiri. Kata bahasa undang-undang: 'Nemo judex in causa sua' - tidak ada siapa boleh mengadili dirinya sendiri. Biar pengundi yang mengadili.

Dan konvensyen itu juga gagal memberi alternatif kepada bagaimana mempertingkat ekonomi Melayu selain seperti tiong bercakap tentang kepentingan Melayu. PAS lebih kepada Perkasa wannabe dari UMNO. Semuanya kerana undi Melayu.

Akhirnya baik UMNO mahupun PAS kena akur, ke'bangsa'an juga penting dalam pencaturan. Dan ke'bangsa'an tidak menyalahi akidah. Mohd Sayuti Omar pernah cakap minum arak walaupun haram tidak sampai menyalahi akidah. Inikan pula sekadar semangat nasionalis - sayangkan bangsa.

3 comments:

Penditakainsingkat said...

Bangsa dan puak kaum itu adalah kejadian ciptaan Allah.

Siapalah kita mahu mengubahnya.

Tetapi kerana politik, Pas boleh lakukan apa sahaja.

Kesilapan terbesar Pas dalam bermain politik agama ialah mereka menyangka hanya ustaz-ustaz Pas sahaja yang memahami Islam.

Panglima Perang Cyber said...

salam sahabat.

blog tuan dimasuk dalam list blog baru.

harap perjuangan kita makin hebat.


salam.

Anonymous said...

Dah terantuk baru nak termengadah........ dah terlambat krn hati dah dilukai parah........