Followers

Sunday, June 6, 2010

KJ Lagi

Mulanya saya ingin menulis tentang trend mengundi bagi mengulas posting Outsyed the Box. Tapi ada isu yang masih belum padam. Ini berkaitan dengan Khairy Jamaludin. Masih lagi beliau dikatakan akan akhirnya dibawa ke kabinet.

Ada pressure dari Pemuda mendesak PM membawa masuk KJ ke kabinet, sekurang-kurangnya timbalan menteri. Menurut Big Dot Com, "the pressure not only come within UMNO Youth, but also from UMNO Leaders which include the top echelons."  Klik sini

Terlalu kuatnya tekanan hingga PM menangguh rombakkan melibatkan beberapa menteri seperti Khalid Nordin, Nor Yaacob dan Nazri Tan Sri Aziz. Dan Big Dot Com bertanya hingga bila PM akan tahan dengan tekanan ini. 

Ada beberapa persoalan menarik di sini. Pertama siapa yang dikatakan 'UMNO leaders which include top echelons' itu? Kedua, apa pentingnya KJ ini dibawa ke kabinet oleh so called 'top echelons' ini hingga kelihatan PM sangat terhimpit. Dan yang paling pelik bagi saya, siapa lagi 'top echelons' apabila PM sendiri merupakan Presiden Parti.

Saya faham jika beberapa Ketua Pemuda Negeri mendesak PM mengambil KJ sebagai Menteri. Saya faham kerana Ketua-ketua Pemuda Negeri dilantik oleh KJ sendiri. Saya faham juga kerana budaya pemimpin Pemuda UMNO kini adalah 'berjuang untuk periuk nasi sahaja'. Jelas ketika Melayu makin hilang kuasa, Pemuda bukan menjadi pressure group atau pendesak kepada kerajaan untuk mengembalikan maruah dan harga diri orang Melayu, tetapi minta PM melantik ketua mereka berjawatan Menteri.

Motifnya senang diduga: akan mencurahlan segala projek untuk memperkasakan ketua-ketua Pemuda Negeri. Soal Melayu sudah jadi perkara kedua atau ketiga. Kita sudah lihat ketika KJ berkuasa dizaman mentuanya bagaimana rakus pemimpin Pemuda yang ada kaitan dengan KJ bermewah-mewah dan 'beraja dimata, bersultan dihati' hingga rakyat meluat. Pilihanraya 2008 adalah hasilnya.

Tentang desakkan 'top echelon' UMNO pula, saya rasa ini ada kena mengena dengan group yang ingin PM kelihatan depart dari Mahathirism. Semua orang tahu Tun Mahathir tidak meminati KJ.Jika 'top echelons' ini boleh mendesak PM, ini bererti mereka datang dari group yang sangat kuat. Lagi sekali persoalannya: adakah dalam keadaan UMNO yang makin tidak diminati, adalah lebih penting mereka pressure PM untuk melantik KJ ke kabinet dari mempersoalkan agenda Melayu dalam MEB? Jelas 'top echelons' juga ada kepentingan dengan terlantiknya KJ nanti. Ketika kapal hampir karam, 'top echelons' juga masih berfikir bagaimana ingin menyelamatkan harta dari mencari lubang yang bocor yang boleh menenggelamkan keseluruhan kapal UMNO!

Begitu hebatnya al kisah Ketua Pemuda sekarang yang tidak membuat sebarang gerakkan besar-besaram memprotes isu Israel. Dari segi ini sayap Pemuda UMNO telah  dikalahkan oleh Anwar Ibrahim sebagai veteran political street operator. Seperti apa yang Dr. Maza inginkan, mungkin inilah Islam liberal.

Semenjak Pemuda dipimpin oleh Menteri Amaran, Pemuda sudah gagal menjadi pressure group seperti dalam zaman kegemilangannya. Dan hujah mereka, jika wakil Pemuda tiada dalam kabinet, UMNO akan gagal menarik undi golongan muda.

Cuba lihat sekeliling dan nilai. Golongan muda lebih asyik bermain facebook dan clubbing. Mereka tiada masa memikirkan wakil Pemuda UMNO dalam kabinet kerana tidak ada kepentingan mereka pun. Malah dengan terlantiknya KJ dan mengagihkan harta negara kepada pengikutnya nanti sesuka hati, boleh pula membuat golongan muda yang sibuk bermain facebook lebih meluat kepada UMNO.

Wahai pemimpin UMNO, baik Pemuda atau 'top echelons', insaflah zaman sudah berubah.

Update: Parpu Kari Melapurkan seramai 150 sahaja Pemuda yang mampu dikumpul oleh Khairy bagi membantah Israel. Apa dah jadi dengan Pemuda ini? Klik sini Masa zaman mentua berkuasa bukan main gah lagi. rbf juga turut melapur. Baca sini. Nak jadi menteri ke macam ini?

3 comments:

Wake UP! said...

Sebelum gatal nak jadi menteri, baik buktikan tahap kepimpinan dulu.

Setelah jadi Ketua Pemudi UMNO, kenapa masih belum mampu nak satukan Pemudi dan menarik orang muda supaya menyokong UMNO?

sangkakala said...

STB,

KJ.... KJ.....KJ..... saya suka sebut nama tu sebab ketua pemudi tak bisa. Kuat kaut, cakap lantang-lantang nanti biji orang keluarkan. Itulah payahnya bila kita tak amanah jadi pemimpin pemuda. Nak buat kenyataan Anwar pun tak berani.

Ketua2 pemudi negeri yang kuat beriya-iya nak suruh PM lantik JK jadi menteri itu dapat berapa? ahh semua orang boleh bacalah KJ!.Nak jadi kP bolehlah bayar nak jadi menteri kena ada talent.

Jemput STB visit sangkakalanews.

sri tribuana said...

Terima kasih wake up, terima kasih sangkakala. Saya akan melawat blog saudara dan linkkan ke blog ini, insya Allah