Followers

Monday, April 22, 2013

PRU ke 13 - Sepintas Lalu.

Pembaca sekelian, saya agak sibuk kebelakangan ini dan tidak dapat menulis dengan kerap. Banyak perkara ingin saya tulis dalam blog ini tetapi masa tidak mengizinkan. 

Akhirnya Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013. Penamaan calon telah berlangsung pada hari Sabtu, 20hb April 2013. Mungkin ramai yang tidak menyedari, Hitler, seorang Taurus telah lahir pada 20 April 1889. Dan pada 20 April juga bermula musim ke tiga 'Game of Thrones'.

Dan bermulalah 'Game of thrones' dalam politik Malaysia, yang mana ultimate prizenya merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Buat julung kalinya dalam PRU berlaku watikah yang diserah kepada calon ditukar kepada calon lain menjelang penamaan calon. Ini berlaku di Lipis apabila calon Dato' Dr. Shahrum yang menerima watikah bertanding Parlimen diganti kepada Dato' Abdul Rahman. Begitu juga dengan calon Bebar, bertukar dari calon asal Ibrahim Awang Ismail kepada Mohd Fakhrudin Mohd Ariff.

Buat pertama kali juga tidak ada kerusi yang dimenangi percuma oleh mana-mana pihak. Pada PRU ke 12, BN memenangi lapan kerusi dan tiga DUN percuma, manakala PAS memenangi satu kerusi DUN percuma.

Beberapa nama besar dalam UMNO seperti Kamilia Ibrahim dan Dato' Mohd Sharif Omar telah membakar jambatan dengan partinya lalu bertanding bebas. Kedua mereka, dan beberapa lagi ahli UMNO bertanding bebas akan menghadapi risiko akan dipecat. 

Dua orang pembesar DAP, ADUN Teratai Jenice Lee juga bertindak keluar parti dan bertanding bebas. Seorang lagi Sim Tong Him mempertahankan kerusi Kota Melaka dan bertanding juga di DUN Kota Laksamana. Di kawasan Parlimen saya, Jerantut, ahli DAP Koh Boon Heng turut keluar parti dan bertanding bebas setelah kerusi Damak diberi kepada PKR. 

Damak meyaksikan pertanding empat penjuru iaitu Dato' Lau Lee dari MCA, Jamaludin Rahim dari PKR, Koh Boon Heng dari bebas dan Mohd Nor Jaafar juga dari bebas. Mohd Nor Jaafar merupakan calon PKR tahun 2008, meninggalkan PKR untuk menyertai KITA dan sekarang bertanding bebas.

Yang paling menarik adalah pertandingan antara calon BN menentang calon PAS dan PKR sekaligus. Ini merupakan Pakatan yang paling melucukan. Ada lima kawasan menyaksikan BN menentang PAS dan PKR yang kononnya sekutu dalam Pakatan. 

Soalan cepumas: adakah PKR akan mengundi PAS, dan adakah PAS akan mengundi PKR dilima kawasan berkenaan? PR yang sering mendesak PM membubarkan parlimen awal rupanya tidak dapat menyelesaikan pembahagian kerusi mereka hinggga saat akhir, hingga berlaga sesama sendiri. 

Selama 55 tahun tahun kewujudan BN, tidak pernah berlaku MIC menentang UMNO, atau MCA menentang UMNO. Tapi ini boleh berlaku dalam 'Pakatan Keramat' yang mendakwa mereka satu-satunya penyelamat Malaysia, menjanjikan bulan dan bintang.


Ini alasan dari Haji Hadi tentang fenomena aneh ini. Ia sangat menyalahi logik:




Haji Hadi kata PAS bertanding ditempat PKR bertanding bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tidakkah ini menyalahi logik apabila kita tidak menghormati sekutu kita dan gagal mencapai persetujuan bermakna Pakatan itu sudah hancur?

Haji Hadi juga berkata ada antara calon PKR itu penjual pil kuda, dan pemuja Stalin dan Lenin. Masalahnya adakah PAS selama ini tidak sedar PKR mempunyai ramai ahli yang 'aneh-aneh' seperti meminati sesama lelaki, EXCO yang bermukah dengan suami orang, beronani depan laptop dan berbagai lagi.

Sebenarnya ada cerita lain disebalik semua ini. Bangkai gajah sudah tidak dapat ditutup dengan nyiru. PAS sudah mula merasakan Anwar merupakan beban kepada PR. DAP juga turut berasa perkara yang sama.


Friday, April 12, 2013

Masih Ingat Tak Lagi......

Ingat tak lagi lagu ini? Sedap juga yer bila dengar balik.







Ingat tak lagi akhbar Harakah ini? Saya setuju dengan Harakah. Berita yang ini sajala.





Eh Mat Sabu pun ada.

Thursday, April 11, 2013

Calon - Siapa Masuk Siapa Keluar?

PRU kali ini sepatutnya berbeza dengan PRU-PRU sebelum ini. Tidak pernah dalam sejarah individu yang tidak duduk dalam pucuk pimpinan boleh mengusulkan calon-calon yang perlu ditolak. Tapi ini berlaku sekarang. Itu antara kuasa para blogger. Atau lebih tepat lagi, pengaruh.

Bujai, blogger JUST READ! telah menamakan calon-calon yang patut digugurkan dari bertanding dalam PRU ke 13 ini. Baca sini.

Rocky juga turut mengulas dan menambah bahawa dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir, satu list calon bukan winnable telah diserah kepada Tun Dr. Mahathir. Menurut Rocky, ada yang Tun setuju dan ada yang Tun tidak setuju. Baca sini.

Saya teringat zaman Rom dulu. Setelah Sulla memenangi Perang Saudara dengan parti Cinna dan Marius, beliau menjadi diktator Rom. Beliau membalas dendam dan membunuh ramai yang tidak menyokongnya. Ada kes mangsa dibunuh bukan kerana politik, tetapi dendam dari pihak Sulla walaupun bukan Sulla sendiri.

Rakyat Rom takut kerana tidak tahu siapa seterusnya akan dibunuh, lalu mereka minta Sulla membuat senarai, atau list siapa yang beliau ingin hapuskan. List ini terkenal dalam sejarah sebagai 'proscriptio' atau proscription. 

Esoknya, Sulla menampal proscriptionnya di dinding-dinding kota Rom. Ada yang tersenarai bukan kerana politk pun. Ada yang tersenarai kerana kaya dan Sulla serta kuncu-kuncunya ingin merampas hartanya.

Jadi proscription yang diberi kepada PM(jika PM membaca blog) merupakan persepsi awam terhadap sesetengah ahli politik. Malah blogger bersetuju bahawa ada yang mereka setuju dan ada yang mereka tidak setuju sesetengah calon itu digugurkan. Just another opinion.

Saya rasa elok jika calon yng tidak dikira winnable itu diberi ciri-cirinya. Ciri-cirinya mudah. Calon mesti tidak mempunyai banyak isu peribadi, bersih dan kelihatan bersih, tidak rasuah, walaupun mungkin boleh menang di kawasannya jika terpalit imej yang negatif memberi kesan kepada imej BN. 

BN perlu berubah. Sesiapa yang ingin menjadi calon perlu benar-benar mempunyai semangat untuk berkhidmat. Tidak ada lagi 'Billionaire Boys Club' dan tidak boleh menjadikan jawatan mereka sebagai stepping stone untuk menjadi kaya raya.

Jika ini boleh dilakukan, akhirnya BN sendiri akan jadi winnable.

Wednesday, April 10, 2013

Hari Mengundi.

SPR telah mengumumkan penamaan calon adalah pada 20 April 2013.

Hari mengundi awal pada 30 April 2013.

Dan hari mengundi umum pada 5 Mei 2013.

Mengundi secara bijak. Nasib Malaysia ditangan anda. 

Tuesday, April 9, 2013

KOOL and FOOL - UBAH Rocket STYLE.

DAP terkenal dengan UBAHnya. UBAH Rocket Syle. Tapi parti itu sendiri tidak berubah. Pemimpinnya sejak dari dulu kini dan hampir selamanya dipimpin oleh Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Outsyed The Box pula menulis tentang public figure di Malaysia ini yang tidak ada muka baru. Mujur Botak Chin sudah kena gantung, jika tidak mungkin dia masih penjenayah yang no 1 di Malaysia ini. Seronok membaca tulis Outsyed The Box

Tapi apa yang menggelikan hati saya komen seorang pembacanya. Bro, dengan izin,  I borrow your reader's comment:


Anonymous said...

It's called FOOLs:

Fenomena Orang Orang Lama


Ada sebuah kumpulan pop terkenal era 90an bernama KOOL. Ada yang mengatakan KOOL merupakan abbreviation yang bermakna Kami Orang Orang Lama.


Ini gambar kumpulan KOOL:






Dan ini gambar kumpulan FOOL(Fenomena Orang Orang Lama):





Dan ini UBAH Rocket Syle:





Ada soalan?


Monday, April 8, 2013

Bidak-bidak Raja.

"In life, you are either King, or pawns."

Dialog di atas dari filem "The Count of Monte Cristo".


Politik ini seninya indah. "Attack the Kingdom of Wei to save the Kingdom of Zhao", ini pula stratagem dari 36 Stratagems, dari Romance of three Kingdoms. Kaum Cina memang bijak dari segi menggunakan 'direct' dan 'indirect' force. Sebab itu catur Cina atau Go lebih sukar dari catur antarabangsa.

Kejituan DAP, yang terkenal sejak dari awal enggan berkompromi dengan kekuatan Melayu iaitu UMNO makin berkembang dari sehari ke sehari. Namun mereka tidak akan dapat menumbangkan Melayu tanpa bantuan Melayu.

Maharaja sedang menggerakkan bidak-bidaknya.

Mujur bagi mereka, kerana ada Melayu yang sanggup menjadi bidak. PAS tidak merasakan mereka bidak, sebaliknya mereka rasa mereka berjaya menggunakan DAP. Sudah tentu, jika mereka tahu mereka sedang digunakan maka tidak bijaklah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Malulah Sun Tzu.

Kita tengok video di bawah ini. Ini pendedahan berani bekas ahli DAP yang tidak sanggup bangsa dan agamanya di gadai. Sudah tentu PR akan kata dia sudah dibeli. Sidek Baba sudah di beli. Hasan Ali sudah dibeli. Zulkifli Nordin, Nasarudin Mat Isa. 

Tapi bila Wilfred Bumburing dan Lajim Ukim masuk PR, mereka akan kata 'sudah insaf' dan 'sudah sedar'. Ini videonya:




Melalui blog Datuk A. Kadir Jasin baru saya tahu dalam PRU ke 12, undi popular pembangkang bukan yang tertinggi pernah mereka perolehi. Dalam PRU ke 12 mereka meraih undi popular sebanyak 48.6%. Mereka mendapat undi paling popular dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia adalah pada tahun 1969 iaitu sebanyak 55.1%.

Apa jadi kepada Malaysia selepas PRU tahun 1969 setelah DAP menang besar? Dan saya menjangkakan DAP akan menang besar dalam PRU ke 13 ini berbanding PKR dan PAS. 43 tahun lalu Malaysia menumpahkan darahnya.

Dengan spin dari mereka akan berlaku huru hara, hendak tutup airport supaya pemimpin BN tidak boleh lari dan ugutan O' Haris bin Ibrahim, serta kebencian teramat sangat DAPster terhadap semua institusi kerajaan, tidak mustahil ianya boleh berulang.

Dan tidak ada siapa yang menang. Insaflah bidak-bidak raja sekelian.


Saturday, April 6, 2013

A 'Death Threat" Video Ala Al Qaeda by O Haris bin Ibrahim




He claims he will ensures justice for the sake of democracy. Listen to what he says, he mentions 'squad', 'regime' and he issues threats to the voters and particularly to UMNO and its supporter. He even warns Datuk Sri Najib that he and his supporters willing to die for what he believes. He asks Najib the same question.

Najib doesn't has to reply to this maniac and moron. We, the UMNO and Malays willing to die for what we believe. Maybe PAS too. Maybe DAP too. I am not sure about PKR because that party was formed merely to fights for a man who was convicted as a power abuser.

We all have the values that we uphold. We all believe our duty as sacred as yours. We all are also willing to shed blood and willing to die for that course. But we are in a democratic country. We don't send 'death threat' video to voters instead we persuade our voters. We are more like Lincoln than Hitler as you are more like Hitler.

There is no room in Malaysia for a maniac like Harris Ibrahim, no matter how sacred he thinks his duty is. Whatever mission, whatever just cause; whenever related to violent and crimes will be rejected by Malaysians. We are a peaceful nation. Don't you tries to brings this madness to this bless land.

If you ignores my warning, serve you right. We are not a deadwood and just waiting your axes falling to our necks. We will fight and surely we outnumbered your so called 'TAHAN' squad'.

Be a gentleman moron. Defeats your opponents through  ballot box. Your have no right to appoints yourself as 'Sheriff of Democracy'. You are only a private person. No authority and legitimacy whatsoever.

We don't need you Harris, go and takes your hatred somewhere else.


Friday, April 5, 2013

'Gang of Seven' Prelude Kepada PR berpecah di Sabah?

Akibat suka berjanji, Anwar dan sekutunya Lim Kit Siang dan Haji Hadi terkena 'mainan' 'Geng of Seven', itu yang telah diberitakan oleh Borneo Insider. Baca sini dan sini, 

Ansari, Ketua PKR Tuaran telah menamakan tujuh orang calon, termasuk dirinya untuk bertanding di Sabah tanpa merujuk kepada PKR Pusat. Ini menjejaskan pembahagian kerusi dengan sekutu PKR yang lain seperti DAP, PAS dan APS.

Bila ditanya mengapa beliau bertindak demikian tanpa menunggu arahan PKR Pusat, katanya:


“In line with the promise for autonomy (by Pakatan Rakyat leadership), we have taken the liberty to release the names of the seven candidates that have been picked by the respective divisions. All the seven divisional heads of the seven divisions are also here.
“We are very confident that Datuk Seri Anwar and the party leaderships of PAS and DAP will honour their commitment that matters involving Sabah will be decided by Sabahans.
“This is a test of whether the party leadership is sincere in its promise to give us autonomy. We are very confident that the party will pass this test,” he said.
Tindakkanya ini menimbulkan rasa tak puashati Alfred Bumburing. Menurut Bumburing, Tuaran telah diberikan kepada APS, yang mana beliau sendiri sebagai penerajunya. Seorang pembantu Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, turut menyelar tindakkan Ansari. Menurutnya tindakkan Ansari itu tidak disepakati oleh pemimpin tertinggi DAP, PAS dan PKR.
Ansari memberi jawapannya: Saya petik dari Borneo Insider.
As for the APS led by Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ansari noted that Bumburing had during the launch of APS declared that APS’s purpose is not to fight for candidacy but to help the PR, and secondly, they will not take PKR members but those who left BN without any party.
“Datuk Wilfred is my friend, he is an honourable man and I am sure he is a man of his words,” added Ansari.
Ansari juga menegaskan bahawa kononnya PR tidak seperti BN kerana memberi autunomi kepada orang Sabah berkaitan kepentingan mereka sendiri. Saya petik lagi dari Borneo Insider.

Besides this, he also emphatically rebutted the notion by a certain local opposition parties that PKR/PR is just a clone of UMNO/BN.
“That’s not right, because in our Buku Jingga, one of the undertakings given by PR is to treat Sabah as an “equal partner” rather than just another state and whatever that has been agreed under the Malaysia Agreement will be honoured by the coalition,” he contended.

PR sudah terperangkap dengan janji mereka. Orang tempatan kononnya menyokong mereka kerana mereka ingin 'memberi autonomi' kepada Sabah. Saya tidak rasa ini akan berlaku. Pemimpin pusat PR tetap akan mencorakkan keadaan di Sabah, dan sudah dari awal membuktikan mereka memang pemungkir janji. 

Lagi sekali dari Borneo Insider:

He said this was adequately reflected in the open pledge made by the Pakatan leaderships like Anwar, Datuk Hadi Awang of PAS and Lim Kit Siang of DAP in various occasions, both in Sabah and Sarawak.
He cited for example, in 15 September 2010 during the launching of PR Secretariat in Bukit Padang here, Anwar, Kit Siang and Ustaz Nasharuddin Mat Isa of PAS had pledged that all important decisions affecting Sabah will be decided by Sabahans.

Janji sana, janji sini sekarang sudah pening. Perlu diingat, ketika BN hilang 2/3 majoriti pada tahun 2008, istilah Pakatan Rakyat masih belum wujud. Ketika itu pembangkang dibantu oleh anasir dari berbagai, termasuk blogger pro-BN ingin mengurangkan majoriti Tun Abdullah.
Setelah pembangkang 'carried away' bahawa mereka boleh menjadi 'goverment in waiting' baru mereka wujudkan Pakatan Rakyat, tetapi hingga kini tidak didaftarkan sebagai single entity. Tidak seperti BN yang boleh bertanding dibawah satu simbol dan mempunyai ideologi dan pendekatan yang sama tanpa mengira komponen.
Dalam PR, terlalu banyak agenda, hidden agenda, vague agenda, flip flop agenda dan incoherent agenda. Ini kerana mereka hanya 'pakat'(plot) dan bukan barisan(coalition).

Patutlah Anwar suka menyanyi 'Sabah nak hilang'. Persoalannya siapa yang akan kehilangan Sabah?



Thursday, April 4, 2013

The man who sold the world.




Ini liriknya;


We passed upon the stair
We spoke of was and when
Although I wasn't there
He said I was his friend
Which came as a surprise
I spoke into his eyes
I thought you died alone
A long long time ago

Oh no, not me
We never lost control
You're face to face
With the man who sold the world

I laughed and shook his hand
And made my way back home
I searched for form and land

For years and years I roamed
I gazed a gazeless stare
We walked a million hills
I must have died alone
A long, long time ago

Who knows?
Not me
I never lost control
You're face to face
With the man who sold the world

Who knows?
Not me
We never lost control
You're face to face
With the man who sold the world

Di bawah adalah senarai orang yang tersedar dan meninggalkan 'The man who sold the world".




Dan yang terbaru, penyokong tegar selama 40 tahun, orang kuat ABIM, Dr Sidek Baba juga turut meninggalkan Anwar. Dengar sendiri sebab musabab mengapa beliau tinggalkan Anwar setelah mengetahui kebenaran.




Mereka yang di atas lebih mengenali Anwar lebih dari kebanyakkan rakyat Malaysia. Mereka tahu what kind of the devil they deal with. This man, sells his soul to any bidder who can makes him PM, regardless they are Jews, foreigners, chauvinists, religious extremists or LGBT. He simply "The Man who sold the world".


Dan bekas orang kuatnya, Zulkifli Nordin mendedahkan perancangan awalnya untuk mewujudkan huru-hara menjelang PRU ke 13.



video


Sanggupkah kita mempertaruhkan kejayaan, keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini hanya kerana cita-cita seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri?