Followers

Wednesday, June 12, 2013

Jawapan Kepada Melayu Liberal: Neo-nationalism

Satu perkara yang kita perlu terima: sejak dari zaman British hingga Merdeka, sejak zaman Tuanku hingga Tun Mahathir, dan hingga sekarang; tidak ramai orang Cina yang ingin 'diMalaysiakan'. Menjadi Malaysia adalah menerima Melayu dan pribumi sebagai penduduk asal, mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan menghormati Islam, adat resam dan Raja-raja Melayu.

Tidak perlu mereka menjadi Melayu, tetapi dari segi bahasa tidak ada kompromi dalam urusan rasmi. Sultan-sultan Melayu perlu dihormati dan berada di atas politik. 

Melayu merupakan bangsa yang paling rendah semangat nationalism dan rasism mereka. Oleh itu mereka boleh menerima apa saja perlakuan kaum lain terhadap kebudayaan dan bahasa mereka. Malah lebih teruk lagi mereka semakin ditekan semakin menjadi apologetik.

Kita ingin menjadi global tetapi lupa kendiri bangsa  masih belum dimantapkan. Kita ingin kelihatan terbuka dan liberal tetapi ekonomi dan pendidikan bangsa masih jauh ketinggalan.

Maka akan lahirlah Melayu liberal. Melayu liberal ini selalunya lebih berjaya dalam bangsanya. Merekalah yang disifatkan 'good breed' atau 'high class'. Mereka tidal bercampur dengan Melayu kebanyakkan. Mereka meningkat naik dalam strata social melalui hasil polisi 'tongkat'. Kemudian mereka akan mengutuk polisi tongkat itu.

Saya berani bertaruh, tidak ada Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan, politik, pendidikan jika tidak diberi peluang secara 'tongkat'. Setidak-tidaknya untuk generasi pertama. Makin mereka berjaya, makin mereka terpisah dari kelompoknya: 'binatang jalang dari kumpulannya yang terbuang.'

Hasil dari kebijaksanaan bapa-bapa politik Melayu, Malaysia sedang dikuasai oleh Melayu liberal. Mereka berada di puncak kuasa dalam politik, berada dalam GLC, berada dalam perniagaan yang didukung oleh kerajaan.

Mereka tidak kisah sangat tentang nasib Melayu yang tidak elit ini. Malah Melayu liberal tidak suka dikaitkan dengan mereka. Bagi mereka, Melayu marhein ini kebanyakkannya tidak liberal. Dan bagi mereka liberal itu merupakan salah satu 'hallmark' kepada kehalusan peradaban(cultured)  kelas mereka.

Mereka adalah 'cream of the creams' kerana kaya, bijak, lulusan Oxford dan duduk dalam kelas 'cigar' bukan cigarette. Hilton dan Mandarin Oriental merupakan kedai mamak mereka. 

Jadi sudah enak, sudah selesa, sudah lemak, mereka menganggap nationalism ini perkara remeh. Semangat menyintai bangsa Melayu dan mengangkat kepentingan Melayu bukan urusan mereka. Urusan mereka adalah kuasa dan mengekalkannya. Urusan elit Melayu liberal ini adalah dollars and cents. 

Dan apabila Utusan Melayu berkata-kata, selalunya agak racist, mereka menjadi malu. Mereka akan menjadi apologetik bagi phak Utusan. Mereka akan jadi apologetik bagi pihak Melayu. Mereka hentam apa saja kononnya perkauman. Mereka hentam Perkasa. Mereka hentam Utusan. Mereka hentam golongan Melayu jati yang bersuara bagi kepentingan Melayu. (Melayu jati di sini bukan secara nasab tetapi secara assabiyah).

Mereka menjadi malu dengan rakan-rakan bukan Melayu mereka. Mereka lupa, disebalik liberalisasi yang kununnya ditunjukkan oleh rakan-rakan bukan Melayu, kaum itu tidak hentam Dong Zhong, Sin Chew dan sekolah Cina.

Jadi liberalisasi ini hanya hipokrasi. Seperti 'demokrasi', ianya di puja oleh Barat jika menguntungkan Barat. 

Adakah benar Amerika liberal? Guantanamo liberal? Bertepatan ke dengan semangat 'all men are create equal'? British dengan sejarah 'gunboat diplomacy'nya liberal? Lee Kuan Yew liberal? 

Tun Mahathir liberal? Tun Razak liberal? Suka atau tidak, Tun lebih kenal bangsa Melayu lebih dari mana-mana ahli politik. Dan hingga kini, tanpa menjadi liberal kedua-dua Tun itu berjaya mengubah landskap politik dan ekonomi Melayu.

Cuma saya sedih, Tun Razak melahirkan kambing bukan singa hasil dari DEB. Baca juga sini.

Saya seru Melayu dalam UMNO yang tidak elit, grass root, rakyat marhein agar kembali bersatu menjadi nasionalist. Dan para nasionalist ini dulu memerdekakan Tanah Melayu. Nasionalisme juga merupakan ideologi UMNO. Dan melalui ideologi asal ini, kita nyahkan Melayu liberal dalam UMNO.

Persetankan Melayu Liberal.












11 comments:

Anonymous said...

Terbaik STB!!

Bertambah ramai orang Melayu berani bersuara kini. Ini yang kita semua , orang Melayu bukan neoLiberalis dan elitis mahukan!

Pegi jahanam sama itu Melayu Elitis Melayu neoLiberalis Melau cigars dan Melayu Hotel!! Your days are numbered neoLiberalis Elitis!!

Anonymous said...

Macamlah semua "Melayu Liberal" pandu benz dan tinggal kat Taman Tun atau Kenny Hills.

Melayu yang memenangkan PR di Kelantan semua kaya raya ke? Melayu yang memenangkan PR di Selangor dan PP semua pandu Lambo ke? Tidak. Ramai tinggal kat flet atau setinggan, yg bertuah mampu dapat rumah teres dgn pinjaman bank. Hutang rumah, hutang hp kereta, bil kad kredit, semua kena bayar. Mereka bekerja di kilang, ofis, kedai, 5-6 hari dari waktu 8 ke 7.

sri tribuana said...

Anon 3:47,

Clearly you miss the point. This is nothing to do with sokong BN or sokong PR. To you everything must be partisan. Get life bro.

Anonymous said...

Melayu Liberal ni prasan mereka pandai,mereka elitist,mereka ada class TETAPI mereka tu lupa mereka tu MELAYU!!! Tengok dulu lah kulit kau tu!!!

Nak maju mcm US,UK,Jepun,Singapore senang ckp nak maju mcm Yahudi,Nasrani,Majusi dan Musyrikin..Mengamalkan kehidupan pun mcm kehidupan2 bangsa tu semua! Nak jadi World Class KONON..

Tetapi korang lupa MATLAMAT HIDUP kita ni adalah AKHIRAT CLASS lah BODOH!!!!!

Anonymous said...

Nicely said.

Senang jadi liberal bila kita dah selesa.

Aku, walaupun bila tengok melayu kat kampung susah, percaya benda karut-marut, malas berusaha etc, aku rasa tanggungjawab kita tolong mereka dan anak - anak mereka.

Najib pandang mereka sebelah mata pun tidak. Ialah sibuk menjadi citizen of the world. Jumpa Obama dan sebagainya. Adik beradik dia pun sama,

Najib mesti diberhentikan.

Anonymous said...

Melayu jati ada semua elemen yg Tuan tulis.Melayu perlu rasis dlm mempertahankan hak,Melayu perlu liberal dlm menjaga kehormonian kebangsaan,Melayu perlu nasionalitik dlm memelihara perlembagaan negara.Pandai2lah kita memikir bagaimana menggunakan elemen tersebut.

Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan maka Melayu wajib mempertahankannya.

Islam adalah agama rasmi kebangsaan wajib Melayu berjihad utk Islam.

Tradisi Melayu yg sopan santun dlm berbicara harus dikekalkan.Lembut tetapi berinti dgn hujah bernas.Bukan lembik spt sotong.

Jgn Melayu malu sebab kita Melayu.Malu kerana kita masih tidak maju.Malu dgn karut marut,percaya dgn toyol boleh dpt duit.

sekadar memberi pandangan..

Anonymous said...

nak jadi melayu liberal kena ada nama 1malaysia macam pm kita bernama ah jib gor. bila ada nama tu, barulah kita jadi 1malaysia. melalui 1malaysia kita kena dahulukan orang yang susah dan ditindas selama ini. kita perlu utamakan bangsa yang tak pernah mendapat nikmat sebagai bangsa 1malaysia. kita melayu dah untung banyak. semua melayu dah kaya raya dengan dasar DEB dan tongkat kerajaan. lihatlah kekuasaan melayu, semua yang terkaya di malaysia ni melayu macam syed mokhtar, mokhzani, halim saad, banyak lagi sehingga tak terkira. bangsa yg tertindas di malaysia ni, memang tak kaya pun walaupun dah jadi toke gula, toke judi, toke siaran tv, toke telepon. maka marilah kita ikut pm kita tukar nama menjadi nama rakyat yg tertindas agar kita dapat menakluk pula seluruh malaysia. 1malaysia untuk semua. sokonglah ah jib gor sebagai presiden umno. satu-satunya presiden yang mempunyai nama 1malaysia.

Anonymous said...

Saya klik link blog YB Mohd Sharkar dengan harapan dapat membaca sebarang idea drpdnya. Sedih saya dapati hanya gambar-gambar sahaja. Tak boleh kah menulis sesuatu untuk direnungi rakyat. Takkan YB Melayu macamni?

Anonymous said...

Mereka kahwin beranak dan berbahagia
Sedang kami mengembara seperti Ahasveros ...

Bara Barau said...

Melayu liberal adalah melayu yg tiada maruah ..

Anonymous said...

Ayoyo you tak paham apa itu "liberal" la. You main campak je perkataan liberal tu kat Melayu macam tu. Liberal, tak kisah la Melayu je, Saudi ke, Afghan ke, Iran ke, maksusnya org yg berfikiran terbuka, tak suka berfikiran dogmatic, anti katak bawah tempurung attutude.